ISI KANDUNGAN
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
ISI KANDUNGAN
• SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KLANG
• SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG YDP MPSM DAERAH KLANG
• AHLI JAWATANKUASA MPSM DAERAH KLANG 2018/2019
• AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG MPSM
DAERAH KLANG TAHUN 2019
• NOTIS MESYUARAT AGUNG MPSM DAERAH KLANG 2019
• MINIT MESYUARAT AGUNG MPSM DAERAH KLANG 2018
• LAPORAN AKTIVITI MPSM DAERAH KLANG 2019
• LAPORAN KEWANGAN MPSM DAERAH KLANG 2019
• PENGHARGAAN
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG
Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan yang
dikasihi,
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Majlis Pengetua Sekolah
Menengah Malaysia (MPSM) Cawangan Klang atas kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung MPSM
Daerah Klang kali ini walaupun dalam suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya akibat
musibah yang melanda negara kita dan dunia amnya, iaitu covid-19. Saya yakin dan percaya bahawa
tuan puan dapat mengatasi cabaran ini dengan semangat setiakawan yang tinggi dalam kalangan ahli
MPSM dan sentiasa berusaha memimpin dan mengurus organisasi masing-masing dengan pelbagai
pendekatan dan strategi demi kecemerlangan organisasi. Sesungguhnya, hubungan yang baik antara
ahli MPSM merupakan pra syarat utama yang akan memacu kejayaan dan kecemerlangan.
Kita sewajarnya telah bersedia memasuki tahun pertama Gelombang 3 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2021 yang penuh dengan cabaran baharu dan memberi fokus kepada pencapaian
pengetua melebihi tahap minima serta mengutamakan inovasi dalam pendidikan. Adalah diharapkan
agar tuan puan telah membuat persediaan yang rapi bagi mendepani cabaran ini terutamanya dengan
memiliki ilmu-ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai bekalan utama. Program-program ke arah
peningkatan profesionalisme kepimpinan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan pelibatan
secara menyeluruh daripada semua ahli. Saya sedar bahawa pada tahun ini ramai pengetua yang
berpengalaman telah bersara wajib mahupun pilihan. Pemimpin sentiasa datang dan pergi tetapi
besarlah harapan saya agar pengetua-pengetua yang baharu dilantik dapat meneruskan legasi
kecemerlangan pemimpin yang terdahulu di samping membuat penambahbaikan selari dengan
keperluan masa kini. Kita hendaklah sentiasa bermotivasi tinggi, bijak melaksanakan program-program
yang berimpak tinggi serta berani membuat perubahan. Namun pada masa yang sama, saya
mengharapkan agar tuan-puan melaksanakan apa jua program mengikut ketetapan dan peraturan yang
yang sedia ada. Saya yakin dan percaya akan kesungguhan tuan-puan mengemudi organisasi masing-
masing. Setiap organisasi berdepan dengan pelbagai cabaran yang tersendiri. Marilah sama-sama kita
membulatkan tekad serta beriltizam akan meneruskan usaha-usaha murni kita, mudah-mudahan akan
membuahkan hasil.
Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas sokongan padu MPSM Daerah Klang selama ini dalam menjayakan pelbagai program peringkat
daerah bukan sahaja dari segi sokongan moral bahkan juga kewangan. Saya mengharapkan kerjasama ini
berterusan pada masa-masa yang akan datang. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan
tahniah dan syabas atas kerja buat tuan puan sepanjang tahun 2020 yang penuh cabaran ini. Selamat
bersara kepada semua pengetua yang bersara pada tahun ini khususnya buat YM Pn Hjh Rozita binti
Raja Hanafi (NYD MPSM Daearah Klang) dan Pn Hjh Haznah binti Hamzah (YDP MPSM Daerah Klang) yang
bakal bersara pada hujung bulan ini.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
YDP MPSM DAERAH KLANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya, saya diberi ruang dan
kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Tahniah diucapkan kepada
semua pengetua yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amanah demi
kecemerlangan organisasi masing-masing lebih-lebih lagi mendepani cabaran baharu dalam pendidikan
akibat musibah yang melanda dunia iaitu penularan covid-19. Biarpun kita tidak pernah menduga akan
ujian seperti ini tetapi kita masih meneruskan kerja-kerja kita sebagai pemimpin dan pengurus
perubahan di sekolah.
MPSM sebagai wadah dalam menyatukan idea para pengetua dari pelbagai bangsa dan keturunan
dalam usaha untuk memperkasakan sekolah dan kemenjadian modal insan . Abad ke-21 ini membawa
banyak cabaran yang tidak dapat diduga. Penyelesaian hari ini tidak semestinya menjadi penyelesaian
untuk hari esok. Justeru, kepimpinan pengetua yang berkualiti perlu mempunyai kekuatan dalaman
yang tinggi kerana kitalah penentu kecemerlangan di sekolah. Kecekapan dan dinamika organisasi
adalah berlandaskan kepekaan kepada persekitaran yang sentiasa berubah mengikut kehendak masa.
Sehubungan dengan itu, pengetua perlu menghayati ciri-ciri ‘situational leader” yang berkesan dan
mengambil pendekatan-pendekatan yang lebih praktikal dalam melaksanakan keputusan. Hal ini adalah
sangat diperlukan dalam mengisi Gelombang 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-
2025) yang memberi fokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan
operasi iaitu pada permulaan gelombang ini , semua sekolah, guru dan pengetua perlulah menunjukkan
prestasi melebihi standard minimum dan mampu mencetuskan inovasi dan pencapaian yang lebih
tinggi.
Saya menaruh keyakinan yang tinggi bahawa pengetua-pengetua di daerah Klang mampu menggalas
amanah yang diberikan dengan kerjasama dan bimbingan secara berterusan dari PPD Klang dan Jabatan
Pelajaran Negeri Selangor serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran kemeruapan/ ketidakstabilan
(Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity, dan Kekaburan / Kesamaran
(Ambiguity) di dunia yang mencabar ini. Akhir kata saya mengambil kesempatan di sini merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan kepada saya selaku YDP MPSM Daerah
Klang. Saya mengharapkan hubungan yang baik dalam kalangan ahli diteruskan lagi pada masa-masa
yang akan datang dan saya momohon kemaafan atas segala kesalahan sepanjang saya memimpin
MPSM Daerah Klang. Saya mendoakan semua pengetua sentiasa kekal positif dan dipermudahkan
urusan dan berupaya merealisasikan Klang Cemerlang Klang Terbilang.
Sekian, terima kasih.
HJH HAZNAH BINTI HAMZAH
Yang Dipertua
MPSM Daerah Klang
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
AJK MPSM DAERAH KLANG
2018/2019
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
MPSM DAERAH KLANG TAHUN 2019
Penasihat : Puan Maimunah binti Mustaffa
Pengerusi (Pegawai Pendidikan Daerah Klang)
Aetiausaha
Bendahari : Puan Hjh Haznah binti Hamzah
(Pengetua Cemerlang SMK Tengku Ampuan Rahimah)
: Puan Hjh Rohimah binti Muhammad
(Pengetua Cemerlang SMK (P) Raja Zarina)
: Puan Siti Dinar binti Hamid
(Pengetua Cemerlang SMK Meru)
JAWATAN KUASA KECIL PELAKSANA
Jemputan : Puan Hjh Rohimah binti Muhammad
(Pengetua Cemerlang SMK (P) Raja Zarina)
Pengacara/
Bacaan Doa : Tuan Hj Norhisham bin Ahmad
(Pengetua SAM Nurul Iman)
Pendaftaran : Puan Fauziah binti Md Kassim
(Pengetua SMK (P) Methodist)
Dokumentasi : Puan Rubiah binti Hayat
(Pengetua SMK Jalan Kebun)
Teknikal : Puan Noraizah binti Mohd Nor
(Pengetua SMK (P) Bukit Kuda)
Sijil/ Cendermata : Puan Mariam binti Rahamat
(Pengetua Cemerlang SMK Shahbandaraya)
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
NOTIS MESYUARAT AGUNG MAJLIS
MPSM DAERAH KLANG 2019
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
CAWANGAN KLANG
d/a SMK (P) Raja Zarina,
Persiaran Raja Muda Musa
42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan
No.Tel : 03-331688031 No.Faks : 03-31663605
Rujukan Kami : SMKPRZ100-7/1/1 ( )
Tarikh : 01 DISEMER 2020
Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Klang
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (MPSM)
DAERAH KLANG TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyurat Agung MPSM Daerah Klang akan diadakan pada ketetapan
berikut:
Tarikh /Hari : 15 DISEMBER 2020 (Selasa)
Tempat : Aplikasi Google Meet (pautan akan diberi kemudian)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Agenda: Ucapan Yang Dipertua
1. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung MPSM Tahun 2019
2. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti MPSM Daerah Klang Tahun 2019
3. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang Berakhir pada 31
Disember 2019
4. Membentang dan Membahas Usul
5. Pemilihan Jawatankuasa 2020/2022
6. Ucapan Penangguhan
3. Sekiranya tuan/puan ingin mengemukakan usul, sila emelkan kepada Setiausaha di alamat
[email protected] pada atau sebelum 11 Disember 2020 ,dengan menggunakan borang usul
yang dilampirkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(HJH HAZNAH BINTI HAMZAH)
YDP MPSM Daerah Klang
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
MESYUARAT AGUNG MPSM DAERAH KLANG TAHUN 2020
BORANG USUL
Nama : ………………………………………………………………………
Sekolah : ……………………………………………………………………..
USUL
USUL 1
USUL 2
Tandatangan : ………………………………………….
Tarikh : ………………………………………….
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
Lampiran:
Senarai Pengetua
1. Pengetua SMK Raja Mahadi
2. Pengetua SMK Raja Lumu
3. Pengetua SMK Tengku Ampuan Rahimah
4. Pengetua SMK Tengku Ampuan Jemaah
5. Pengetua SMK Tengku Idris Shah
6. Pengetua SMK Sultan Abdul Samad
7. Pengetua SMK Pulau Indah
8. Pengetua Kolej Sri Istana
9. Pengetua SMK Rantau Panjang
10. Pengetua SMK(P) Kapar
11. Pengetua SMK Pendamaran Jaya
12. Pengetua SMK Telok Gadong
13. Pengetua SMK Sri Andalas
14. Pengetua SMK Jalan Kebun
15. Pengetua SMK Kampung Jawa
16. Pengetua SMK Taman Klang Utama
17. Pengetua SMK Kota Kemuning
18. Pengetua SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
19. Pengetua SMK Sungai Kapar Indah
20. Pengetua SMK Shahbandaraya
21. Pengetua SMK Batu Unjur
22. Pengetua SMK Bukit Tinggi Klang
23. Pengetua SMK Methodist (ACS)
24. Pengetua SMJK Kwang Hua
25. Pengetua SMK Convent
26. Pengetua SMK La Salle
27. Pengetua SMK (P) Methodist
28. Pengetua SMK(P) Bukit Kuda
29. Pengetua SMK Dato Hamzah
30. Pengetua SMK Tinggi Klang
31. Pengetua SMK (P) Raja Zarina
32. Pengetua SMK Pulau Ketam
33. Pengetua SMJK Chung Hwa
34. Pengetua SMK Meru
35. Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah
36. Pengetua Kolej Vokasional
37. Pengetua SAMT Sultan Hisamuddin
38. Pengetua SAM Hisamuddin
39. Pengetua SAM Nurul Iman
40. Pengetua SMK Bukit Kapar
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
MINIT MESYUARAT AGUNG MPSM
DAERAH KLANG 2018
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MPSM DAERAH KLANG TAHUN 2018
Tarikh : 8 September 2019
Tempat : Ballroom Hotel Puteri Pacific, Johor Baharu
Masa : 11.30 malam – 12.30 tgh malam
AGENDA 1 UCAPAN YANG DIPERTUA
1.1 Puan Hajah Haznah binti Hamzah selaku YDP MPSM Klang
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada AJK dan ahli yang dapat hadir dalam mesyuarat agung
pada tahun ini .
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan
komitmen yang tinggi daripada semua rakan pengetua daerah
Klang dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang
sepanjang tahun 2018 / 2019. Beliau juga menyatakan rasa terharu
atas penglibatan dan Kerjasama yang sangat baik dari[ada Tn Hj
Kamarul Arifin (Pengetua KISAS) yang sudi Bersama-sama dalam
persidangan kali ini.
1.3 Beliau turut menyuarakan rasa kecewa kerana ada dalam kalangan
ahli yang tidak hadir tanpa menyatakan sebab atau alasan yang
kukuh. Makluman
1.4 Beliau juga berkongsi rasa sedih atas pencapaian daerah Klang
dalam bidang akademik. Sebagai peneraju di sekolah-sekolah di
daerah Klang, beliau menggesa semua rakan pengetua untuk
melaksanakan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan
pencapaian akademik sekolah masing-masing supaya dapat
meningkatkan kecemerlangan darah Klang dalam bidang akademik
daerah Klang.
Tindakan:Semua Pengetua
1.5 Selain itu, beliau mengingatkan bahawa tanggungjawab setiap
pengetua adalah besar dan harus dilaksanakan bukan sahaja atas
nama tuntutan kerja bahkan tuntutan agama. Pengetua harus
bertindak bijak meneraju sesebuah sekolah seperti mengutamakan
gaya berkomunikasi berkesan. dengan orang bawahan dan
menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran unik sesebuah
sekolah .Beliau juga mengharapkan agar saling sesama ahli dapat
bekerjasama dan memanfaatkan memanfaatkan kekuatan atau
kelebihan masing-masing untuk kepentingan daerah Klang secara
amnya seperti kemudahan tempat di KISAS yang boleh
dimanfaatkan oleh guru mahupun murid daerah Klang.
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
AGENDA 2 1.6 Beliau membuka cadangan tempat Mesyuarat Agung MPSM Klang
bagi tahun 2020. Pemilihan Exco MPSM KLang juga akan
dilaksanakan pada tahun 2020 memandangkan ramai pengetua
akan bersara pada tahun hadapan. Beliau juga menasihatkan agar
exco baharu dapat membina kekuatan MPSM Klang demi kebaikan
semua.
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
AGUNG 2018
2.1 Puan Hajah Rohimah binti Muhammad, selaku setiausaha
MPSM telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung dari muka surat 9
hingga 13.
2.2 Tn Hj Shamsuddin bin Shaari mencadangkan agar Minit
Mesyuarat Agung itu diterima dengan pembetulan dan disokong oleh
Tn Hj Hishamudin bin Sirat.
AGENDA 3 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI MPSM
TAHUN 2018
3.1 Puan Hajah Rohimahbinti Muhammad, selaku Setiausaha
Kehormat membentangkan Laporan Aktiviti MPSM dengan merujuk
muka surat 14 hingga 16.
3.2 En. Shukri bin Zakaria mencadangkan agar Laporan Aktiviti
MPSM Tahun 2018 diterima dan disokong oleh Pn Hajah Bidah bin
Kassim.
AGENDA 4 : MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN
AGENDA 5 : BERAKHIR 31 DISEMBER 2018
4.1 YM Puan Hajah Raja Rozita binti Raja Hanafi selaku Bendahari
MPSM telah membentangkan Penyata Kewangan MPSM Daerah Klang
Berakhir 31 Disember 2018 dengan merujuk muka surat 17 hingga
22.
4.2 En. Shahruddin bin Kasman mencadangkan agar Penyata
Kewangan MPSM Daerah Klang berakhir pada 31 Disember 2018
diterima dan disokong oleh En. Mukhtar bin Zakaria
PEMBENTANGAN USUL
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ada beberapa usul yang
diterima telah pun dikemukakan dalam Mesyuarat Agung MPSM
di peringkat kebangsaan, negeri mahu pun daerah.
5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa usul pertama yang
dikemukakan oleh Tn Hj Hishamudin bin Sirat adalah
persekolahan satu sesi. Secara dasarnya usul ini sangat sukar
untuk dilaksanakan kerana kekangan yang sangat besar.
Namun bagi mengurangkan limpahan murid di SMK Meru, Pn.
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
AGENDA 6 Saadah binti Kasiran telah memakluman bahawa selepas
AGENDA 7 lawatan Pegawai Khas Timbalan Menteri ke SMK Meru baru-
baru ini, masalah limpahan murid di SMK Meru akan diatasi
dengan membina sebuah lagi sekolah di Jalan Limau. Menurut
pengerusi, PPD Klang telah memaklumkan bahawa limpahan
murid di SMK Kota Kemuning dan SMK Jalan Kebun cuba di
atasi dengan meletakkan murid-murid dari kawasan-kawasan
sekitar SMK Kota Kemuning dan SMK Jalan Kebun ke sekolah-
sekolah lain di daerah Klang seperti diarahkan oleh KPM.
5.3 Usul kapasiti murid dan kelas terapung juga disuarakan oleh Tn
Hj Hishamuddin bin Sirat. Usul ini juga telah dibawa ke peringkat
atasan.
5.4 Usul beban kerja pengetua atau pentadbir yang tidak seimbang
di sekolah-sekolah juga dikemukakan oleh Tn. Hj. Hishamuddin
bin Sirat. Ini adalah kerana bilangan murid dan guru di
sesetengah sekolah adalah terlalu ramai dan ada juga yang
terlalu sedikit. Hal ini menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan beban tugas pengetua di sekolah-sekolah.
5.4 Usul seterusnya adalah berkaitan anak-anak murid yang terlibat
dengan Persembahan Padang sempena Sambutan
Kemerdekaan 2019 yang disuarakan oleh Pn Siti Dinar bin
Hamid. Beliau memohon agar pada tahun-tahun seterusnya
anak-anak murid yang terlibat diberikan peluang utuk
menghadirkan diri ke sekolah untuk sesi pdpc supaya mereka
tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pengerusi meminta agar
peruntukan kelas tambahan yang diberikan kepada murid-murid
terlibat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Selain itu, pihak
sekolah boleh memohon pengecualian penyertaan murid-murid
ini dengan memberi alasan terbaik kepada pihak jabatan.
5.5. Pengerusi memberi jaminan usul-usul yang dikemukakan akan
dibawa ke pengetahuan dan tindakan pihak atasan melalui
perjumpaan atau flatform-flatform sesuai meskipun ia adalah di
luar bidang kuasa MPSM Klang.
: HAL-HAL LAIN
6.1 Pn. Hajah Rohimah binti Muhammad memohon agar dalam
kunjungan hormat MPSM ke Pejabat Menteri Besar mahupun ke
Pejabat Pengarah JPS, MPSM membuat permohonan kepada
kerajaan negeri Selangor supaya mewujudkan peruntukan
kewangan bagi membantu sekolah-sekolah harian seperti mana
kerajaan negeri memberikan peruntukan kewangan untuk
sekolah-sekolah missionari yang lain yang kurang memerlukan
bantuan kewangan. MPSM juga dipohon untuk menggesa
pihak-pihak berkenan untuk memberikan perhatian serius
kepada pembangunan dan penambaikan prasarana sekolah
yang sangat diperlukan oleh sekolah demi keselesaan dan
keselamatan semua murid dan warga sekolah.
: UCAPAN PENANGGUHAN
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
7.1 Puan Hajah Haznah mengucapkan terima kasih atas mandat dan
kepercayaan kepada beliau menerajui MPSM Daerah Klang.
Beliau berharap agar MPSM Kang akan terus maju dan disegani
di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam.
Disediakan oleh,
Hjh Rohimah binti Muhammad
Setiausaha Kehormat MPSM Daerah Klang
Senarai Kehadiran :
Bil Nama Sekolah
SMK Tengku Ampuan Rahimah
1 Pn. Hjh. Haznah binti Hamzah SMK Tinggi Klang
SMK (P) Raja Zarina
2 YM Pn. Hjh. Raja Rozita binti Raja Hanafi SMK Shahbandaraya
SMK Sri Andalas
3 Pn. Hjh. Rohimah binti Muhammad SMK Meru
SMK(P) Methodist
4 Pn Siti Dinar binti Hamid SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
SMK Raja Mahadi
5 Cik Hjh. Noreha binti Hailani SMK Dato Hamzah
Kolej Islam Sultan Alam Shah
6 Pn Saadah binti Kasiran SMK Pendamaran Jaya
SMK Jalan Kebun
7 Pn.Fauziah binti Md Kasim
SMK Rantau Panjang
8 Pn.Mariam binti Rahamat
SMK Tg Ampuan Jemaah
9 Pn. Noraizah binti Mohd Nor SMK Sultan Abdul Samad
Kolej Tingkatan 6 Sri Istana
10 En Sahrudin bin Kasman SMK Taman Klang Utama
SMK Bukit Kapar
11 Tn Hj. Kamarul Ariffin bin. Mohd Sharif SMK Bukit Tinggi
12 En.Mukhtar bin Zakaria
13 Tn Hj.Hishamuddin bin Sirat
14 En Abdul Hakim@ Abdul Khakin bin
Samuri
15 En.Shukri bin Zakaria
16 Pn Hjh Siti Rahimah binti Tormidi
17 Pn Hjh Bidah binti Kassim
18 Tn Hj Shamsudin b Shaari
19 Pn Siti Hajar binti Ayub
20 En Sabri bin Baharom
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
21 Tn Hj Shokimi bin Saman SMK Telok Gadong
22 Pn Sidah binti Sedek SMK Tg Idris Shah
23 Pn Hjh Siti Hunaini binti Othman SMK (P) Kapar
24 En. Abdul Razak bin Supajan SMK Batu Unjur
25 En Safiruddin bin Saud SMK Raja Lumu
Senarai Tidak Hadir : Sekolah
SMK Pulau Indah
Bil Nama SMK Kg Jawa
1 Mohd Azwan bin Mohd Nawawi SMK Kota Kemuning
2 Belum diisi SMK Methodist (ACS)
3 Tn Hj Shamsul Yusli bin Mohd Yusop SMK Chung Hwa
4 En Raman A/L Annamalai SMK Convent
5 Pn Lim Peck Poh SMK Kwang Hua
6 Pn Lee Poh Eng SMK La Salle
7 En Law Choon Lee SMK Pulau Ketam
8 En Woon Boon Yiat Kolej Vokasional
9 En Ooi Bok Tiek SAM Hisamuddin
10 En Abdul Hamid bin Suhani SAM Nurul Iman
11 Tn Hj Mohd Rahman bin Sulaiman SAMT Sultan Hisamuddin
12 Tn Hj Mohd Norhisam bin Ahmad SMK Sungai Kapar Indah
13 Tn Hj Mashanizat bin Ngasri SMK (P) Bukit Kuda
14 Pn Hjh Lubna binti Hj Damanhuri
15 Pn Rubi’ah binti Hayat
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
LAPORAN AKTIVITI MPSM
DAERAH KLANG 2019
2016 / 2017
LAPORAN AKTIVITI MPSM DAERAH KLANG 2019
1.0 SENARAI JAWATANKUASA MPSM DAERAH KLANG 2019
Penasihat : Pn Hjh Adliyah binti Ramli
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Yang Dipertua : Pn Hajah Haznah binti Hamzah
Pengetua Cemerlang SMK Tg Ampuan Rahimah
Timbalan Yang Dipertua : YM Pn Hjh Raja Rozita binti Raja Hanafi
Pengetua SMK Tinggi Klang
Setiausaha Kehormat : Pn Hjh Rohimah binti Muhammad
Pengetua SMK (P) Raja Zarina
Penolong Setiusaha
Kehormat : Pn Hjh Sa’adah binti Kasiran
Pengetua SMK Meru
Bendahari : Pn Siti Dinar binti Hamid
Pengetua SMK Shahbandaraya
Ahli Jawatankuasa : Cik Hjh Noreha binti Hailani
Pengetua SMK Sri Andalas
: Pn Hjh Fauziah binti Md Kassim
Pengetua SMK Methodist
: Pn Rubi’ah binti Hayat
Pengetua SMK (P) Bukit Kuda
: Pn Mariam binti Rahamat
Pengetua SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman
: En.Shahrudin bin Kasman
Pengetua SMK Dato Hamzah
: En Mohd Azuan bin Mohd Nawawi
Pengetua SMK Pulau Indah
Pemeriksa Kira-Kira : Pn Lee Poh Eng
Pengetua SMK Convent Klang
: En Raman A/L Annamalai
Pengetua SMK Methodist
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
2.0 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MPSM DAERAH KLANG 2019
BIL TARIKH TEMPAT
1 16 Januari 2019 SMK Tengku Ampuan Rahimah
2 24 Jun 2019 SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman
3 19 Ogos 2019
4 29 Oktober 2019 SMK Shahbandara
Hotel Movenpick, KLIA
3.0 AKTIVITI-AKTIVITI MPSM DAERAH KLANG 2019
BIL TARIKH AKTIVITI TEMPAT
1 31 Januari 2019 Majlis Sanjungan Budi Sejambak Hotel Geno
Kasih
Persaraan Pengetua Selangor
2 1 Februari 2019 Program Santunan Kasih dan Hotel UITM
Ramah Mesra MPSM
3 14 Februari Taklimat Amanat tahun Baharu SMK Bukit
2019 dan Naratif baharu Amalan Rahman Putra
Pendidikan Malayisia
4 2 April 2019 Program Kembara MPSM SMK Meru
Selangor ke Daerah Klang
5 11 April 2019 Majlis Makan Malam Sambutan AIM Point
Hari Guru Peringkat Negeri Plaza, Banting
Selangor
6 12 April 2019 Majlis Sambutan Hari Guru KCCC, Klang
Peringkat Daerah Klang
7 15-18 April Menyertai Simposium Hotel Syuen ,
2019 Kebangsaan Pengurusan Ipoh
Pendidikan
8 1 Mei 2019 Majlis Lautan Budi Lestari Kasih Hotel Marriot,
9 23 Julai 2019 Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Putrajaya
Kassim (Mantan Pengarah JPN
Selangor) SMK Tinggi
Menganjurkan Nadwah / Bengkel Klang
Kecemerlangan SPM
10 28-30 Ogos 2019 Persidangan Pengurusan Hotel Puteri
Pendidikan dan Mesyuarat Agung Pacific, Johor
Tahunan MPSM Negeri Selangor Bharu
ke-57
11 30 Ogos 2019 Mesyuarat Agung MPSM Daerah Hotel Puteri
Klang Pacific, Johor
Bharu
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
12 1-5 September Rehlah Keluarga MPSM Klang di Dalat,
13 22 Oktober 2019 Dalat, Vietnam Vietnam
Hari Kualiti Daerah Klang SJK( C ) Kong
Hoe
14 30 Oktober Program Peningkatan Hotel
2019 Profesionalisme Kepimpinan dan Movenpick
Majlis Selaut Budi Seharum KLIA
Kasturi
15 12 Disember Bicara Profesional Bersama-sama SMK Bukit
2019 Pengarah Pendidikan dan Rahman Putra
Taklimat Google Classroom
16 28 Disember Majlis Sanjungan Budi Semarak Hotel
2019 Kasih Premiere
Sepena Persaraan Pegawai Klang
Pendidikan Daerah Klang (Pn Hjh
Adliyah binti Ramli)
Laporan disediakan oleh,
Hajah Rohimah Binti Muhammad
Setiausaha Kehormat MPSM Daerah Klang
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
MPSM DAERAH KLANG 2019
2016 / 2017
Majlis Sanjungan Budi Sejambak
Kasih
Persaraan Pengetua Selangor
31 Januari 2019
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
MPSM DAERAH KLANG 2019
2016 / 2017
Persidangan Pengurusan Pendidikan dan
Mesyuarat Agung Tahunan MPSM Negeri
Selangor ke-57
28-30 Ogos 2019
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
Majlis Lautan Budi Lestari Kasih Tuan LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim MPSM DAERAH KLANG 2019
(Mantan Pengarah JPN Selangor) 2016 / 2017
1 Mei 2019
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
Rehlah Keluarga MPSM Klang LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
di Dalat, Vietnam MPSM DAERAH KLANG 2019
1 – 5 Sept 2019 2016 / 2017
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
Program Peningkatan LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Profesionalisme Kepimpinan dan MPSM DAERAH KLANG 2019
Majlis Selaut Budi Seharum Kasturi 2016 / 2017
30 Oktober 2019
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
Menganjurkan Nadwah / Bengkel LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
Kecemerlangan SPM MPSM DAERAH KLANG 2019
2016 / 2017
23 Julai 2019
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
LAPORAN KEWANGAN MPSM
DAERAH KLANG 2019
2016 / 2017
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
LAPORAN KEWANGAN MPSM
DAERAH KLANG 2019
2016 / 2017
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
LAPORAN KEWANGAN MPSM
DAERAH KLANG 2019
2016 / 2017
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
PENGHARGAAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
SELANGOR
PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH KLANG
SEMUA PENGETUA & WARGA PENDIDIK
SMK DAERAH KLANG
DAN
SEMUA YANG TERLIBAT SECARA
LANSUNG ATAU TIDAK LANSUNG
BERSAMA
MPSM DAERAH KLANG
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020
MESYUARAT AGUNG MPSM KLANG 2020