MPU23042:NILAI MASYARAKAT MALAYSIA PENGARUHBUDAYAHEDONISM DIKALANGANREMAJA
NO NO.MATRIK NAMA 1 17DEP21F013 SARVEENKUMAR A/L ANANTHAN 2 17DEP21F1043 THEVENISHYA A/P MURUGAN 3 17DEP21F1045 PREETYSHA LYANA A/P PETER 4 17DEP21F1061 YUVAN A/L JANAKI RAMAN 5 17DEP21F1063 MUGILAN A/L SILVA KUMAR NAMA PENSYARAH : TOBRONI MOHD SHAHLAN PROGRAM : DEP5B
PENGENALAN Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Hedonisme adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia. Oleh itu, golongan hedonisme memilih kebahagiaan sebagai langkah untuk mencapai kesenangan. Mereka juga berpendapat bahawa tindakan yang baik adalah untuk kenikmatan dan kepuasan diri. Contohnya, pergaulan bebas yang melampaui batas, berhibur dengan cara berlebihan dan perlu ke tempat yang eksklusif, begitu juga dengan pakaian perlu dari jenis yang berjenama dan bergaya untuk memperlihatkan kehebatan dan kepuasan kepada pemiliknya.
FAKTOR - FAKTOR BERLAKU BUDAYA HEDONISME DI KALANGAN REMAJA
Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonisme ini dapat menular ke negara ini dengan begitu mudah. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh pihak barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup minum arak, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas,parti liar dan sebagainya. Secara jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu sematamata tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini, dapat disimpulkan bahawa budaya ini telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat pada hari ini terutamanya gelongan remaja. Pengaruh Media Massa
Sebagai contoh, remaja pada masa kini menghabiskan sebahagian besar masa mereka di platform media sosial seperti Instagram, Facebook, Tik Tok, Twitter dan sebagainya. Mereka mudah terpengaruh dengan melihat imej dan video yang tidak sesuai di media sosial. Mereka kebanyakannya mengikuti langkah influencer kegemaran mereka tanpa memikirkan akibatnya. anak muda masa kini berpendapat bahawa mengikuti trend menjadikan mereka popular. Oleh itu, mereka mengikuti apa sahaja trend yang sedang viral sehingga mereka juga boleh menjadi terkenal.
Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang mudah terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di seluruh pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan budaya hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala ini tetapi tidak dinafikan bahawa masih banyak lagi diluar sana pusat hiburan seperti ini. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang. Wujudnya Pelbagai Pusat Hiburan dan Pusat Perjudian
Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja dan anak-anak. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Para remaja berpendapat bahawa ibubapa mereka sudah tidak mempedulikan mereka dan mengambil keputusan untuk tidak lagi menghabiskan masa bersama.Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
Kurangan Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa Dalam masyarakat yang sibuk, tekanan kerja dan komitmen keluarga seringkali menjadi bertentangan. Ibu bapa mungkin terpaksa bekerja lebih lama atau jauh dari rumah, meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan..Beberapa ibu bapa mungkin tidak menyedari betapa pentingnya pengawasan terhadap anak-anak mereka. Faktor ini mungkin berkaitan dengan kurangnya pendidikan atau pemahaman mengenai risiko dan keselamatan anak-anak. Kemajuan teknologi dan populariti media sosial boleh menjadikan ibu bapa kurang dapat mengawal aktiviti anak-anak mereka dalam talian. Anak-anak mungkin terdedah kepada konten yang tidak sesuai atau bahaya siber.Ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan mungkin terpaksa bekerja lebih banyak atau fokus pada mencari rezeki, meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan yang mencukupi.
Kurang Pegangan Agama Kurangnya pegangan agama dalam kehidupan seseorang dapat membawa dampak pada berbagai aspek kehidupan, termasuk perilaku, nilai-nilai, serta keputusan yang diambil. Beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kurangnya pegangan agama termasuklah Ketidakseimbangan kerjaya dan keluarga. Dalam masyarakat yang sibuk, tekanan kerja dan komitmen keluarga seringkali menjadi bertentangan. Ibu bapa mungkin terpaksa bekerja lebih lama atau jauh dari rumah, meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan. Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme ini. Kesan globalissasi dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan ajaran agama islam. Oleh itu, para remaja haruslah memupuk nilai-nilai murni agar mendapat ketenangan hidup dalam usaha mengelakkan diri daripada budaya hedonisme .
Pengaruh Rakan Sebaya Rakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling penting dalam kehidupan sescorang remaja. Lazimnya sescorang remaja akan bergaul dengan keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di rumah.Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan sebaya.Namun, oleh sebab remaja lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan sebaya berbanding keluarga mereka,maka tidak hairanlah terdapat remaja yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka. Bentuk-bentuk budaya hedonisme yang dipersepsikan sebagai menimbulkan keseronokan adalah melayari internet, menonton rancangan hiburan, bercuti dan membeli - belah. Manakala mengadakan majlis mewah, bercuti, mengunjungi konsert, melepak dan mengunjungi pusat hiburan pula adalah bentuk hedonisme yang dipersepikan sebagai pengaruh rakan sebaya. Menghisap dadah pula dipersepsikan sebagai bentuk hedonisme yang tidak menimbulkan keseronokan dan bukan disebabkan oelh pengaruh rakan sebaya.
CARA - CARA MENGATASI MASALAH BUDAYA HEDONISME DI KALANGAN REMAJA
Peranan Ibubapa Ramai ibubapa sekarang yang tidak mempedulikan anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sebagai ibubapa kita haruslah menjadi contoh yang terbaik untuk anakanak kerana dengan cara ini mereka akan merasakan diri mereka disayangi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik. Ibubapa haruslah meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak mereka agar dapat mengeratkan lagi hubungan dalam institusi kekeluargaan. Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak- anak mereka. Dari masa ke semasa, ibu bapa perlu mencari tahu tentang keberadaan anak-anak mereka dan apakah yang dilakukan oleh anak-anak mereka semasa berada di luar rumah. Ibu bapa juga harus mendidik anak mereka dari kecil tentang budaya-budaya yang tidak bermanfaat di luar sana. Mengajar mereka tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara supaya anak-anak lebih memahami cara hidup di luar dan tidak mudah dipengaruhi rakan-rakan sebaya yang tidak membawa manfaat di dalam hidup.
Gerakan Dakwah Agama Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mereka haruslah mengetengahkan dakwah mereka berkaitan dengan mengapa pengangan agama seseorang mudah luntur yang menjeruskan kepada perkara yang tidak baik . Para pendakwah haruslah bijak dalam mengatur strategi untuk memantapkan iman para remaja dengan menerangkan bahawa agama Islam bukanlah agama yang membebankan atau menyusahkan mereka malahan Islam adalah satuatunya agama yang suci. Apabila mereka tiada pegangan agama mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.
Peranan Individu Sebagai individu, anda dapat memainkan peran penting dalam mengatasi masalah budaya hedonisme di kalangan remaja dengan melakukan langkah-langkah berikut. Salah satu langkah ialah jadilah contoh hidup yang menunjukkan nilai-nilai positif dan prinsip-prinsip agama dalam kehidupan sehari-hari. Selain itu, tingkatkan pemahaman anda tentang nilai-nilai agama dan dampak negatif hedonisme agar dapat berkontribusi secara efektif dalam memberikan informasi yang benar kepada orang lain. Seterusnya, ikut serta dalam kegiatan-kegiatan sosial dan keagamaan yang dapat membentuk karakter positif dan menciptakan lingkungan yang mendukung. Sebagai individu, kita perlu terlibat dalam dialog terbuka dengan teman, keluarga, atau rekan sejawat untuk saling mendukung dalam memperkuat nilai-nilai positif. Jaga hubungan yang kuat dengan keluarga dan dukung usaha bersama dalam menerapkan nilai-nilai agama di dalam rumah. Akhirnya, ingatlah bahwa setiap tindakan kecil yang positif dapat memberikan dampak yang signifikan dalam menghadapi tantangan budaya hedonisme di masyarakat.
PENUTUP Kesimpulannya, pengaruh budaya hedonisme ini semakin berleluasa dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada generasi muda pada zaman sekarang. Hal ini kerana hedonisme menggariskan keseronokan sebagai asas utama kehidupan. Konsep keseronokan, kenikmatan dan kelazatan berjaya mempengaruhi masyarakat dan hasil daripada buah fikiran hedonis telah diimplementasi sepenuhnya oleh golongan masyarakat pada hari ini terutama golongan remaja. Kehidupan mereka yang bersifat individualistik dan materialistik kini dipenuhi dengan berpoya-poya menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan, minum arak, berzina dan sebagainya dengan hasrat untuk mencapai satu matlamat iaitu keseronokan, kebahagiaan dan kenikmatan duniawi.
RUJUKAN https://missthreetower.blogspot.com/201 7/07/cara-mengatasi-budayahedonisme.html https://myref.org.my/2023/01/06/budaya -hedonisme-mengikis-keperibadian-danjati-diri/ https://www.bharian.com.my/berita/nasio nal/2022/08/991245/dewan-ulama-pasgesa-kerajaan-kawal-budaya-hedonisme https://www.scribd.com/doc/261354849/ Faktor-Menularnya-Budaya-HedonismeDalam-Kalangan-Masyarakat-Kita-docx https://www.coursehero.com/file/645024 54/JAWAPAN-1-1-1docx/