ﯨﻋﺄ ﻋﻜﺎﺷﻪ
Amalan Terbaik
Edisi kedua, 2020
Doa Fadhilat dan Khasiat Doa Akasyah 3
Akasyah Doa Akasyah dan makna terjemahannya
7
Amalan Pendahuluan
Terbaik Pelibatan dalam PIBG 22
Melahirkan Latarbelakang penulis 24
anak pintar Salasilah keturunan 25
Suatu waktu dahulu 27
Inspirasi untuk lahirkan anak cemerlang akademik 29
Antara ahli keluarga yang cemerlang akademik 30
Amalan mendahulukan perkara wajib 31
Amalan lain yang perlu dilakukan 32
Perkara lain yang perlu diambil kira 34
35
. Rezeki di luar jangkaan
36
Bau harum keluar dari tanah 37
38
Kedatangan makhluk hitam
2
Dalam ‘Kitab Mujarabat’ dinyatakan bahawa doa Akasyah ini pada asalnya dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari Arasy. Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq r.a
telah berkata;
“Pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinah Al-Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril a.s.
dengan membawa Doa Akasyah lalu diberikan kepada Rasulullah SAW sambil berkata,
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya apa yang aku bawa ini, Doa Akasyah yang sejak dari Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain belum pernah diberi
kecuali kepada Dikau.” Kata Malaikat Jibril lagi, “Sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun
sebelum Allah menciptakan dunia dan segala isinya”.”
Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah Sesiapa yang membaca doa ini setiap hari,
sebulan sekali, setahun sekali atau seumur
‘Doa Akasyah’ hendaklah dibaca dengan penuh hidup sekali, maka Allah SWT memerintahkan
ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al- tujuh puluh ribu malaikat dari langit membawa
Quran. kebajikan, serta dimudahkan rezekinya dan
memperoleh rahmat.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata,
Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku, “Wahai
Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa
Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan
memperoleh kesejahteraan dan anugerah dari Allah
SWT serta dapat menghafal Al Quran dan Kitab.”
Sayyidina Usman Ibnu Affan ra. pernah berkata,
“Sesungguhnya aku dapat menghafal Al Quran
dengan berkat doa Akasyah ini.”
Sesiapa yang ingin menghafalkan Al-Quran, maka
tulisan doa ini dengan ambar dan minyak kasturi
serta minyak za’faran ditukis dalam mangkuk putih
yang diisi dengan air, kemudian airnya diminum
selama tujuh hari, InsyaAllah akan lekas dapat
mengingat.
Dapat Menghafal Al Quran
Dimudahkan Rezeki
3
Memperolehi Kekuatan Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. pernah berkata, Diampuni Allah SWT Membaca dengan benar-benar ikhlas hati
Luar Biasa “Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian Segala Dosa kerana Allah SWT secara istiqomah, InsyaAllah
yang luar biasa disebabkan berkatnya Doa diberi keampunan dan dihapuskan segala dosa.
Akasyah ini.”
Sesiapa yang membaca doa ini sehari sekali
atau seumur hidup sekali jika tidak dapat
membaca, maka tulisannya saja diletakkan di
dalam rumah, Allah akan memberikan ampunan
atas dosa-dosanya.
Mendapat Ganjaran Pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan Ditinggikan Darjat Dalam hidupnya sentiasa membaca doa
Pahalaa pahala yang besar. tersebut, nescaya Allah SWT mengangkat
darjatnya di dunia dan akhirat. Apabila bangkit
Hasan Basri r.a. berkata, Rasulullah SAW telah dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama…
bersabda: “Bahawasanya seseorang itu tidak akan banyaknya malaikat berada di sekelilingnya yang
memperolehi pahala yang berlimpah-limpah seperti semuanya membawa bendera dari cahaya terus
pahala orang yang membaca Doa Akasyah ini.” menuju ke syurga bersama-sama orang yang
membaca doa Akasyah. Orang yang berada di
Sayyidina Umar bin al-Khatab berkata: Rasulullah Padang Mahsyar merasa kagum dan tercengang
SAW telah bersabda: “Wahai Umar bacalah doa ini, hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan
kerana membaca doa ini akan memperoleh pahala orang soleh.
yang sangat besar, tujuh puluh ribu malaikat
berbuat kebajikan kerana membaca doa ini, satu 4
Malaikat mempunyai mulut, tujuh puluh dan
mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji
kepada Allah SWT dan semua itu diberikan kepada
orang yang mahu membaca doa ini, Allah memberi
rahmat kepadanya.”
Mimpi Berjumpa Nabi Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Rasulullah Diiringi Malaikat Syeikh Sya’ban r.a. berkata, Aku mendengar dari
SAW dalam mimpi, maka mandilah sebersih- sabda Rasulullah SAW. “Sesiapa yang berdoa
bersihnya pada malam Jumaat dengan memakai dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka
wangian kemudian melakukan solat dua rakaat akan sentiasa mendapat anugerah dari Allah
kemudian setelah selesai solat membaca doa ini SWT tujuh puluh ribu malaikat yang
lima kali dengan penuh ikhlas, maka InsyaAllah menghantar jenazahnya ke kubur yang setiap
memperoleh anugerah berjumpa dengan satu Malaikat alam nur / cahaya.” Malaikat
Rasulullah dalam mimpi. berkata: “Jangan engkau takut, sesungguhnya
Allah SWT telah memberikan anugerah kepada
Sesiapa membaca doa ini setiap hari tiga kali, engkau nanti di hari kiamat dan membuka pintu
nanti pada hari Kiamat wajahnya akan seperti syurga untukmu.” Allah SWT pun berfirman:
bulan purnama malam ke-14 dan masuk syurga “Wahai Fulan sesungguhnya Daku malu
tanpa kira-kira kerana berkat doa ini. menyiksa engkau kerana telah mengamalkan
membaca doa ini.”
Wajah Berseri Di Hari
Kiamat
5
Banyak sekali kebaikan dalam ‘Doa Akasyah’ ini, terdapat beberapa faedah lagi yang boleh kita ikhtiarkan seperti berikut:
Sesiapa yang tidak mahu Jika ada anak, isteri, pembantu atau Sesiapa mempunyai
kekurangan rezeki yang lain, lari dari rumah dan lama tanggungan hutang dan
bacalah doa ini, tidak pulang maka lakukanlah solat
InsyaAllah, tidak dua rakaat dengan hati yang ikhlas ingin lekas dapat
kekurangan rezeki. kerana Allah, sesudah membaca Al- membayarnya dengan
Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas tiga
kali, sesudah salam membaca doa ini, membaca doa ini,
InsyaAllah lekas dapat
InsyaAllah orang yang diingati
tersebut akan cepat pulang. membayarnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, pada Jika akan bermusafir atau pergi
setiap malam, Allah SWT akan selalu belayar, maka bacalah doa ini
sewaktu akan pergi dan belayar,
melindunginya dari bahaya InsyaAllah akan selama dari mara-
kebakaran.
bahaya.
Jika ada orang yang sakit gila Doa ini apabila diamalkan setiap
kerana godaan syaitan atau hari dan malam dengan hati ikhlas,
sakit panas dan dibacakan doa
Akasyah ini InsyaAllah lekas maka ia tidak akan sakit kecuali
sakit yang menyebabkan ia
sembuh. meninggal dunia.
6
Berikut adalah ‘Doa Akasyah’ Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi
dan makna terjemahannya Maha Penyayang!
Ya Allah! Semoga Dikau rahmati junjungan
kami nabi Muhammad SAW dan seluruh
keluarga serta para sahabatnya.
Dengan nama Allah yang Maha Menyinari di
atas segala cahaya. Segala puji hanya bagi Allah
yang Maha Pencipta segala Nur dan yang
menurunkan kitab Taurat di atas gunung Thur
Sina. Segala puji hanya bagi Allah yang
kekayaanNya terbentang luas. Segala
Keperkasaan dan KebesaranNya amat benar
dengan KemasyhuranNya.
PemberianNya yang senang dan susah, tetap
disyukuri. Segala puji bagi Allah yang
menciptakan langit dan bumi, menciptakan
gelap dan terang. Pada akhirnya orang-orang
yang derhaka akan diadili dengan setimpalnya.
7
Kaf Ha Ya ‘Ain Shad Ha Mim ‘Ain Sin Qaf. Hanya .
kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu
kami memohon pertolongan. Wahai Tuhan
yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Allah
Tuhan kami yang Maha Belas Kasihan kepada
hambaNya, Dialah Maha Pemberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana
Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Mulia.
Wahai Tuhan yang Maha Mencukupi segala
sesuatu, cukupkanlah segala yang kami
perlukan dan hindarkanlah segala yang
mencelakakan kami. Di tangan kekuasaanMu
terletak segala yang baik, bahwasanya
Dikaulah yang Maha Berkuasa atas segala
sesuatu.
Ya Allah! Wahai yang Maha banyak
Pemberiannya, Wahai Tuhan yang Maha Kekal
Perhubungannya. Wahai Tuhan yang Maha
Elok perbuatannya, Wahai Tuhan yang Maha
Pemberi rezeki kepada hambaNya dalam
segala hal. Wahai Tuhan yang Maha tiada
bandingan, segala ciptaanNya tanpa contoh
yang KeabadianNya yang tiada binasa/berubah
sedikitpun. Selamatkanlah kami dari segala
bahaya kekufuran dan kesesatan atas hak yang
terkandung dalam kalimat ‘La Ilaha Illallah
Muhammadur Rasulullah SAW’.
8
.
Ya Allah! Sekiranya keimanku dimasuki syak-
wasangka atau keraguan terhadapMu
sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Seandainya keislamanku bercampur
kekufuran tanpa daku ketahui sebabnya atau
memang daku ketahui sebabnya, maka daku
bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan
mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur
Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika di dalam ketauhidanku dimasuki
rasa bimbang dan ragu terhadapMu sedangkan
daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka
daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu
dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah
Muhammadur Rasulullah SAW’.
9
.
Ya Allah! Jika ada rasa sombong, takabur, riya’
dan sum’ah / menonjolkan diri dan kekurangan
di dalam amal perbuatanku bagi Dikau masuk
ke dalam hatiku sedangkan daku tidak tahu
atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Seandainya sifat dusta, pengumpat,
mengadu domba dan pembohong berlaku
melalui mulutku, sedangkan daku tidak tahu
atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Sekiranya di dalam hatiku
terlintas rasa was-was, sedang daku tidak
mengerti atau mengerti, maka daku bertaubat
dan berserah diri sedangkan daku tidak tahu
atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu…
10
.
dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah
Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Seandainya rasa menyerupakan dan
lalai masuk ke dalam ma’rifatku kepadaMu,
sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Seandainya rasa nifak, dosa-dosa
besar dan kecil masuk ke dalam hatiku,
sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Sekiranya…
11
.
sifat riya’ masuk ke dalam amal perbuatanku
dan perkataanku, sedangkan daku tidak tahu
atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Kejahatan-kejahatan yang telah daku
perbuat, sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Kebaikan-kebaikan yang Dikau
kehendaki bagiku, lalu daku tidak
mensyukurinya, sedangkan daku tidak tahu
atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Hal-hal yang telah Dikau takdirkan…
12
.
kepadaku, lalu daku tidak bergembira atau
tidak menerimakannya, sedangkan daku tidak
tahu atau mengetahuinya, maka daku
bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan
mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur
Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah
Dikau berikan kepadaku, lalu daku salah
gunakan, derhaka kepadamu, sedangkan daku
tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku
bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan
mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur
Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah
Dikau kuasakan kepadaku, lalu daku tidak
bersyukur kepadaMu, sedangkan daku tidak
tahu atau mengetahuinya, maka daku
bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan
mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur
Rasulullah SAW’.
Ya Allah!…
13
.
Hal-hal yang telah Dikau takdirkan kepadaku,
lalu daku tidak bergembira atau tidak dapat
menerimanya, sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Kebaikan-kebaikan yang telah Dikau
anugerahkan kepadaku dan daku tidak
memujiMu, sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Berfikir dalam kekuasaanMu yang
Dikau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup
mata, sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
14
.
Ya Allah! Jika perbuatan-perbuatan yang daku
lakukan sepanjang umurku, tidak Dikau redhai
sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika daku memperingkaskan
amalanku dengan mengharapkan pahala
dariMu tanpa daku ketahui atau daku sengaja
berbuat demikian, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika daku bergantung kepada selain
Dikau di dalam menghadapi segala kepayahan,
sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika…
15
.
dalam saat genting daku menyandarkan
pertolongan kepada sesama manusia tetapi
bukan kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu
atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Setiap kebaikan yang daku rasakan
kerana kurniaanMu tetapi daku melihatnya
bukan dariMu, sedangkan daku tidak tahu atau
mengetahuinya, maka daku bertaubat dan
berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La
Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika kakiku tergelincir menyimpang
daripada jalan lurus (Sirat) kerana memohon
kepada selain daripadaMu, sedangkan daku
tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku
bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan
mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur
Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Wahai Yang Maha Hidup,…
16
.
Maha Mengurus, Maha Mengasihi, Maha
Mengurnia, Maha Pemurah, Maha Menguasai,
tiada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau dari
segala sifat kekurangan dan cela. daku adalah
orang yang menzalimi diri sendiri, sebab itu
daku memohon dikabulkan segala permintaan
kami dan mohon diselamatkan dari segala
kesusahan; Demikian juga tatkala Nabi Zakaria
berdoa; “Tuhanku! Janganlah biarkan aku
hidup sendirian tanpa keturunan.”
Ya Allah! Dengan hak kalimat ‘La Ilaha Illallah’
dan kemuliaannya, dengan hak ‘Kursi Allah’
dan keluasannya, hak ‘Arasy’ kerajaan Allah
dengan segala keagungannya, dengan hak
kalam dan segala ilmu dan hikmah
kebijaksanaan yang berjalan tanpa hentinya,
dengan hak ‘Luh Mahfuz’ dan pengawasan
para penjaganya ,
Dengan hak ‘Mizan’ (neraca timbangan)
dengan dua matanya, dengan hak ‘Siratul
Mustaqim’ dan kelembutannya, dengan hak
Malaikat Jibril dan kejujurannya, dengan hak
Malaikat Mikail dan belas kasihannya, dengan
hak Malaikat Israfil…
17
.
dan tiupan semboyannya, dengan hak Malaikat
Izrail dan pengambilannya, dengan hak
Malaikat Ridwan dan syurganya;
Dengan hak Nabi Adam dan terpilihnya,
dengan hak Nabi Syith dan kenabiannya,
dengan hak Nabi Nuh dan bahteranya, dengan
hak Nabi Ibrahim terpilih sebagai khalilullah,
dengan hak Nabi Ishak dan keagamaannya,
dengan hak Nabi Ismail dan korbannya, dengan
hak Nabi Ya’akub dan kedukaanya, dengan hak
Nabi Yusuf dan terasingnya, dengan hak Nabi
Harun dan kehormatannya, dengan hak Nabi
Hud dan kewibawaannya, dengan hak Nabi
Saleh dan untanya, dengan hak Nabi Lut dan
pemikirannya, dengan hak Nabi Yunus dan
dakwahnya, dengan hak Nabi Danial dan
kekeramatannya, dengan hak Nabi Zakaria dan
kesuciannya, dengan hak Nabi Isa dan
kehidupan kerohaniannya…
18
.
dan dengan hak Nabi Muhammad SAW yang
terpilih menjadi kekasihNya dan syafaat
utamanya.
Ya Allah! Wahai yang Maha Hidup, Maha Berdiri
Sendiri, Tiada Tuhan selain Dikau, Maha Suci
Dikau: Sesungguhnya kami ini termasuk orang-
orang yang zalim (menganiaya diri). Maka kami
memohon Dikau mengabulkan doa kami,
menghapuskan segala dosa kami serta
selamatkan kami dari kesusahan dan juga
kesusahan orang-orang yang beriman. Tiada
Tuhan selain Allah, Allah jua kusembah, hanya
kepadaMu aku bertawakkal. Dia-lah Tuhan yang
menguasai ‘Arasy yang Agung. Allah yang
mencukupkan segala keperluan. Dia sebaik-baik
Pelindung, semulia-mulia Penolong. Tiada daya
dan kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi
dan Maha Agung.
Ya Tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan di
dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari
azab neraka. Semoga Allah sentiasa
mencurahkan rahmatNya ke atas makhluk Nya
yang paling mulia, cahaya ‘ArasyNya’ penghulu
kami, nabi kami dan pemberi syafaat kepada
kami iaitu Nabi Muhammad SAW, seluruh
keluarganya
19
.
dan para sekalian sahabatnya. Dengan
rahmatMu wahai yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang. Amin, semoga Dikau
mengabulkan wahai Tuhan Sekalian alam.
Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait
dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia, serta memohon
keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mahupun yang tidak kita
sedari.
Petikan dari kitab bertajuk “Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).
َوال َّسلاَمُ َعلَ ْي َك ُْم َو َر ْح َم ُة اللُ َوبَ َر َكاته
20
Amalan Terbaik
Edisi kedua, 2020
Tujuan utama penulisan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan amalan-
amalan yang telah dipraktikkan generasi terdahulu yang disesuaikan dengan perkembangan
semasa bagi melahirkan generasi baharu yang terbilang.
Melalui pemerhatian penulis sepanjang pelibatan dalam PIBG sejak 2007 iaitu semasa anak,
Ahmad Zulhilmi di Tahun 1 sehingga sekarang, terdapat keperluan mendesak khusus untuk
para bapa mempraktikkan amalan tertentu yang boleh membantu diri sendiri serta ahli
keluarga masing-masing dalam mengharungi cabaran duniawi serta mengumpulkan bekalan
sewajarnya untuk dibawa ke alam barzah serta akhirat.
Semasa fasa pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 pada tahun
2012, penulis telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) sebagai Jurulatih Utama
PIBG Daerah (2012 -2014). Selain daripada mengikuti kursus-kursus anjuran JPS, beliau juga
pernak dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan Sarana Ibu Bapa di beberapa buah
sekolah.
agsaan b
SARANA IBU BAPA
Suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi
kecemerlangan masa hadapan negara tercinta: M A L A Y S I A
Memandangkan fokus utama pelan tersebut adalah pembangunan murid, pihak Kementerian
Pendidikan akan memperhebat usaha bagi memastikan murid dapat diterapkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui kurikulum yang disemak semula, guru yang
kompeten dan penggunaan Teknologi, Maklumat & Komunikasi (TMK) dalam pendidikan.
Sebagai tanda sokongan, kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan dalam
menyediakan anak-anak yang dapat memenuhi harapan tersebut.
22
Menurut pandangan penulis, beberapa pendekatan yang pernah arwah ayah beliau lakukan
dahulu sedikit sebanyak ada terkandung dalam elemen-elemen yang disyorkan bagi
meningkatkan pencapaian akademik anak-anak. Oleh itu, beliau merasa terpanggil untuk
berkongsi amalan terbaik ini supaya lebih ramai ibu bapa dapat praktikkan dan seterusnya
dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang.
Bagi menghadapi cabaran masa kini dan akan datang, ibu bapa perlu membuat persediaan
sewajarnya bersesuaian dengan tahap persekolahan anak-anak. Mereka perlu memiliki ilmu
yang boleh dijadikan panduan untuk diri mereka dan pada masa sama memimpin ahli
keluarga masing-masing. Melalui ilmu yang mereka miliki, diharapkan semoga berupaya
menghidu sesuatu peluang yang dapat memajukan diri serta keluarga mereka. Melalui
perkongsi ilmu ini, mudah-mudahan kita semua akan memperoleh manafaat serta dapat
membuka lebih banyak peluang bagi mencapai kedua-dua kejayaan iaitu di dunia dan juga di
akhirat.
Sebagai satu usaha menyokong kejayaan anak-anak, penulis ingin berkongsi prinsip yang
dipegangnya iaitu,
“Di mana juga ada anak bersekolah maka di situ juga beliau melibatkan
diri dalam PIBG tanpa mengira jawatan”
Di dalam penulisan ini juga, penulis turut menyelitkan kisah-kisah daripada pengalaman beliau
sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada semua.
23
Institusi Jawatan
Jabatan Pendidikan tahun
Negeri Selangor
SK Meru Jurulatih Utama
PIBG Daerah
SMK Tinggi Klang 2012 - 2014
SMK Tengku
Juruaudit Dalaman
Ampuan Rahimah 2007 - 2008
SMK Agama
Naib Yang Dipertua
Kuala Selangor 2009 - 2011
Yang DiPertua
2012 - 2014
Ahli Jawatankuasa
2015
Naib Yang DiPertua
2016 - sekarang
Naib Yang DiPertua
2016 - sekarang
Ahli Jawatankuasa
2017 - 2018
24
Pendidikan 1989 | Advanced Diploma in Accountancy | Stamford College
Keahlian 1987 | Diploma in Accountancy | Institut Teknologi MARA (UiTM)
profesional
Pengalaman 1983 | Sijil Pelajaran Malaysia | Victoria Institution, Kuala Lumpur
profesional
Associate, The Institute of Cooperative & Management Auditors
Beliau pernah berkhidmat di firma AHMADFAISAL (NF 0295) Chartered
Accountants.
Antara tugas beliau di firma tersebut adalah menyediakan akaun pengurusan serta
akaun akhir pelanggan, menguruskan buku dan rekod perakaunan menggunakan
sistem perakaunan berkomputer, SQL Account, serta penempatan di pejabat
pelanggan untuk menasihati mereka berkenaan kaedah merekod urusniaga
perakaunan bagi meminimumkan impak percukaian.
Beliau juga berpengalaman untuk mengisi borang nyata cukai (Borang C - syarikat,
Borang C1 - koperasi, Borang P - perkongsian, Borang B - individu dengan
pendapatan perniagaan & Borang BE - individu dengan pendapatan penggajian)
pelanggan, menyediakan pengiraan cukai, membuat rayuan bagi kes-kes pertikaian
dan permohonan ansuran cukai terkebelakang, mengendalikan kes-kes Audit Cukai
& Penyiasatan termasuk menyediakan penyata modal (capital statement),
memahami sistem merekod urusniaga pelanggan dan menggunakannya sebagai
asas untuk menyangkal dakwaan pihak LHDN, menasihati pelanggan tentang
pematuhan cukai dan memaklumkan mereka berkenaan amalan percukaian
semasa.
25
. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Perunding Cukai & Ejen Wakaf
PERBADANAN WAKAF SELANGOR.
Antara sumbangan yang beliau berikan adalah membantu pihak perbadanan
menyediakan Kalkulator Wakaf di laman sesawang www.wakafselangor.gov.my supaya
pengguna dapat membuat anggaran pengiraan wakaf dan cukai untuk individu,
individu dengan pendapatan perniagaan dan syarikat.
Beliau juga pernah menyampaikan taklimat seperti berikut:
● Layanan Cukai terhadap Wakaf dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
● Maklumat Asas Percukaian
● Pengiraan Pendapatan Agregat bagi menentukan amaun Wakaf
Seterusnya, beliau juga merupakan salah seorang daripada kalangan 1% bukan-Cina
Authorised Trainer SQL softwares [Account | Payroll | POS | Stock Take | iDataKing |
Cloud] dan PAYSHOP & PAYRECON.
SQL Account - Perisian Perakaunan No. 1 di Malaysia - digunakan oleh lebih
daripada 600,000 profesional perakaunan dan perniagaan melaksanakan tugas harian
mereka dengan berkesan dilebih daripada 210,000 perniagaan
PayRecon - Perisian auto payment reconciliation bagi perniagaan atas talian yang
boleh diintegrasikan dengan SQL Account
Menggunakan perantara SQL Account, beliau berpengalaman melatih ramai pemilik
perniagaan serta kakitangan mereka untuk memahami secara mendalam perundingan
dan garis panduan GST/SST supaya mereka dapat merekod urusniaga perniagaan
masing-masing serta menghantar Borang GST/SST sebagaimana dikehendaki Kastam.
Beliau juga turut mengendalikan bengkel 'hands-on' untuk pegawai dan staf syarikat
SME bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang perubahan persekitaran
perniagaan apabila GST dimansuhkan dan diganti dengan SST.
26
Kali pertama penulis menjejakkan kaki ke kampung asal keluarga kami di
Blora, Semarang adalah pada 2003. Tempat tersebut terletak kira-kira 2
jam perjalanan dari Lapangan Terbang Semarang, Indonesia. Sebelum itu,
iaitu pada 1978, Abang #6 [1951 - sekarang] telah merintis jalan ke sana
bagi menjejaki keluarga kami sewaktu mengikuti latihan ketenteraan di
Surabaya.
Bagi mengesahkan tempat yang dikunjungi adalah betul, bapa kami
pernah menceritakan bahawa ciri khas kampung tersebut adalah
‘kuburan dibelah ratan’, bermaksud di situ terdapat sebuah kawasan
perkuburan bernama Makan Jangboyo yang berada di kedua-dua belah
kiri dan kanan jalan raya utama yang menghubungkan Blora dan
Rembang.
Menurut cerita daripada saudara mara di sana yang selari dengan cerita
daripada ibu dan bapa penulis, dimana datuk kami Mbah Haji Norsham b
Haji Nawi mempunyai ilmu agama yang tinggi, datang dari salasilah
keluarga yang ramai sudah kerjakan haji serta sangat dihormati
masyarakat. Beliau juga mewarisi harta/sawah yang agak luas di
Karangjati daripada Mbah Haji Nawi b Haji Abdul Rahman. Kegemaran
beliau menjamu selera dengan makan daging kambing. Memandangkan
penggunaan matawang mungkin agak terhad, maka kaedah perniagaan
pada waktu itu adalah secara ‘tukar barang’.
Mbah Haji Nawi b Haji Abdul Rahman pula pernah menjadi lurah/ketua
kampung semasa hayatnya. Oleh kerana jawatan tersebut tiada gaji,
maka pihak pemerintah memberikan imbuhan dalam bentuk kebenaran
mengutip hasil daripada kawasan ‘sawah lurah’ yang dikhaskan untuk
pemegang jawatan lurah/ketua kampung yang terletak di seberang
sungai. Selain itu beliau juga memiliki sawah beliau sendiri. Hasil yang
diperolehi daripada kedua-dua kawasan sawah tersebut melebihi
keperluan keluarga beliau.
27
ALWI
ABDUL Keterangan gambar di muka 21:
RAHMAN
Lawatan oleh generasi ke-7 ke rumah
NAWI dan perigi yang dibina oleh Mbah Haji
Alwi kira-kira 150 tahun dahulu di Blora,
NORSHAM Semarang.
KASMIN
Diceritakan oleh arwah ibu bahawa
SHAIKHANI berbanding dengan perigi-perigi lain
yang berhampiran, perigi tersebut yang
AHMAD MARISSA MAZIAH AHMAD MAHFUZAH AHMAD digali oleh Mbah Haji Alwi tidak pernah
ZULHILMI ZAHIRAH ZULFA ZULADLI ZAWANA ZULHUSNI kering walaupun semasa musim
kemarau yang boleh menjangkau
sehingga 8 bulan. Selain daripada faktor
pemilihan tempat yang strategik, ada
kemungkinan disebabkan oleh amalan
dan doa mbah sendiri yang dikenali
sebagai seorang yang berilmu.
Kini, air perigi tersebut telah disalurkan
menggunakan pam ke musalla (surau)
yang ditadbir oleh saudara-saudara
sepupu, iaitu anak-anak Pak Muntakib b
Haji Norsham.
28
Sekitar tahun 1941, arwah ayah pernah bekerja di ladang teh tanah rendah di Bukit Cheeding,
Kuala Langat yang diusahakan oleh Boh Plantation Sdn Bhd – syarikat sama yang memiliki
ladang teh di Cameron Highlands. Ladang tersebut dibuka sekitar 1930an, masih wujud hingga
sekarang dan fasiliti pembungkusan teh jenama ‘BOH’ terletak di situ. Daun teh daripada
ladang ‘BOH’ di Cameron Highlands juga dibawa ke situ untuk proses pembungkusan sebelum
dipasarkan.
Pada zaman itu, pengurusan syarikat telah meletakkan syarat iaitu hanya individu yang sudah
mendirikan rumah tangga sahaja yang layak diambil bekerja. Semasa para bapa bekerja di
ladang, kaum ibu serta anak masing-masing berkumpul di pusat penjagaan anak-anak. Arwah
ayah hanya sempat bekerja dan tinggal di kuarters pekerja kira-kira 2 bulan sahaja kerana
Perang Dunia Kedua hampir meletus dan pemilik ladang, John A. Russell serta kakitangan
British membuat keputusan untuk melarikan diri ke Singapura dan membebaskan semua
pekerja daripada ikatan kontrak. 8 bulan selepas meninggalkan ladang itu, baharulah mereka
mendengar berita tentang serangan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Memandangkan Kg Jenjarom (dibuka pada 1926) merupakan kawasan penempatan yang
berdekatan, mereka telah berhijrah ke sana. Sebahagian besar daripada kawasan kampung
tersebut pada waktu itu masih lagi hutan. Pentadbir tanah daerah dari semasa ke semasa
telah membahagikan lot-lot tanah yang belum diteroka kepada penduduk kampung termasuk
arwah ayah untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian. Mereka perlu menebang pokok-
pokok hutan tersebut terlebih dahulu dan membersihkannya supaya boleh bercucuk tanam.
Penebangan pokok-pokok hutan itu hanya menggunakan kapak dan gergaji sahaja. Antara
pengalaman yang sukar dilupakan, arwah ayah pernah mengambil masa selama seminggu
dengan dibantu oleh beberapa orang rakan untuk menebang sebatang pokok yang sangat
besar dan tinggi. Kebiasaannya sebatang pokok saiz sederhana boleh ditebang dalam masa
sehari dua sahaja.
Selepas selesai menebang pokok-pokok besar, segala batang, dahan dan ranting pokok
dilonggokkan dan dibiarkan supaya kering. Apabila tiba masa yang sesuai, ia telah dibakar
sehingga menjadi abu. Selepas musim hujan, abu menjadi seperti selut dan digaul dengan
tanah supaya boleh ditanam dengan jagung, ubi kayu, ubi keledek dan pisang. Hasil jualan
tanaman tersebut diguna untuk beli barang dapur seperti beras, gula, garam dan ikan kering.
29
Corak didikan arwah bapa, Haji Kasmin b Haji Norsham [1911 – 2007] dan ibu, Hajah Aishah bt Haji
Idris [1920 – 1997] agak tegas sesuai dengan zamannya.
Bapa berkebolehan membaca secara hafazan Surah Yaasin, sebahagian Juz Amma, sebahagian
Berzanji & doanya, doa Akasyah.
Hampir setiap hari beliau membaca surah dan doa pada waktu malam dan awal pagi.
Beliau tak pernah suruh anak belajar namun dengan adanya peluang pendidikan dan suasana pada
ketika itu mendorong anak-anak belajar bersungguh-sungguh demi untuk mengubah nasib
keluarga.
Di mana juga tempat anak beliau belajar sama ada semasa di sekolah menengah mahupun IPT,
beliau sering meluangkan masa untuk melawat tempat-tempat tersebut sebagai tanda sokongan
moral. Beliau ada melawat anak-anak yang bersekolah di Sekolah Teknik Kuala Lumpur (Abang #4)
dan Sekolah Alam Shah (Abang #6) yang terletak berdekatan secara serentak.
Beliau juga menceritakan bahawa sekitar peristiwa rusuhan kaum pada 1969, orang ramai
termasuk beliau sendiri telah dihalang daripada memasuki Masjid ar-Rahman, Universiti Malaya
kerana ketika itu ia sedang ditutup selama sebulan.
Hasil maklum balas daripada rakan-rakan abang dan kakak, mereka akui sukar menyaingi
pencapaian akademik ahli keluarga kami.
Yakin dan percaya bahawa amalan membaca al-Quran secara kerap sudah dipraktikkan sejak
beberapa generasi terdahulu dan kesan positifnya masih dapat dirasai sehingga kini.
Ibu bapa zaman sekarang boleh melahirkan anak-anak yang cerdas dan berjaya dalam akademik serta
berakhlak mulia jika mereka mempraktikkan amalan-amalan membaca al-Quran, mengerjakan solat hajat
dan doa yang ampuh sebagaimana yang dilakukan oleh generasi terdahulu.
30
I
II
III
Pada tahun 1968, beliau Merupakan seorang yang Mengambil STPM dan menjadi
merupakan antara anak Melayu mempunyai keupayaan fizikal dan pemain pasukan bola sepak
yang dapat masuk ke Fakulti Sains, mental yang paling kuat dalam sekolah semasa belajar di SMK
Universiti Malaya dengan merit. keluarga. Tengku Ampuan Rahimah, Klang
pada 1978 - 1979.
Sebelum bermulanya Dasar Mengambil iktibar daripada Beliau pernah dipanggil untuk
Ekonomi Baharu pada 1971 pengalaman Abang #4 masuk menyertai pasukan bola sepak
sebagaimana menurut cerita Tuan universiti dan digagalkan sebelum Universiti Malaya semasa
Mohd Said b Kadis, mantan tamat pengajian, beliau memilih mengikuti pengajian di Fakulti
Pengarah Pusat Asasi, Universiti untuk masuk tentera dan diberi Undang-undang, Universiti Malaya
Malaya tahun 1980an, pada waktu peluang jalani kursus pegawai Mengikuti ‘chambering’, latihan
beliau memulakan pengajian di kadet di Britannia Royal Naval wajib sebelum disahkan
Fakulti Sains, UM pensyarah beliau College, England pada 1970. perlantikan sebagai peguam oleh
memberitahu bahawa dia tak nak Mahkamah Tinggi Malaya, di
tengok muka 7 daripada 30 siswa Menjadi pegawai pengasas firma guaman milik YBhg Tan Sri
seangkatan beliau dalam Tahun 2. pasukan Komando TLDM pada Ramli Ngah Talib, mantan Yang
Dalam batch beliau hanya ada 6 1982. Pasukan itu kini dikenali DiPertua Dewan Rakyat dan
orang Melayu sahaja – dalam erti sebagai KD Panglima Hitam. Menteri Besar Perak.
kata lain dia secara sengaja Menjadi peguam Melayu pertama
meletakkan suatu penanda aras Nama beliau diabadikan pada dari Kuala Langat pada 1985 (lebih
agar semua siswa Melayu gagal. nama senjata yang diguna pakai 30 tahun lepas) dan memiliki
Dengan takdir Allah s.w.t. beliau dalam latihan komando TLDM firma guaman di Shah Alam
merupakan 2 daripada 6 siswa sehingga kini iaitu SUG, singkatan sehingga kini.
Melayu yang melepasi Tahun 1 dan kepada Sutarji Underwater Gun
seterusnya menjadi satu-satunya [Sumber: majalah TEMPUR edisi 31
siswa Melayu yang lulus Sarjana Mei 2009]
Muda Sains daripada batch
tersebut. Memperolehi PhD semasa masih
berkhidmat dalam TLDM sebelum
Kegagalannya di UM membuka menamatkan kerjaya awal
peluang kepadanya untuk masuk ke dengan pangkat Laksanana 1-
Politeknik Ungku Omar, Ipoh. bintang.
Kini beliau memiliki firma jurunilai Menyambung kerjaya kedua
di Kluang, Johor. dengan jawatan terakhir Prof
Madya di UPM.
Rukun Iman Rukun Islam
Percaya dengaan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t. Mengucap dua kalimah syahadah
yang mencipta alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak Mendirikan solat 5 waktu
disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup
Menunaikan zakat
Percaya bahawa malaikat merupakan pesuruh Allah
s.w.t. yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala Berpuasa di bulan Ramadhan
perintah–Nya. Ia dicipta daripada cahaya, berakal dan Mengerjakan haji ke Baitullah
tidak akan menderhakai Allah s.w.t.
Contoh: Jika ada solat fardu atau puasa
Percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para Ramadhan yang masih terhutang, maka
rasul utusan Allah. Al-Quran merupakan kitab terakhir hendaklah diqada’ dahulu sebelum
dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengerjakan amalan-amalan sunat
Percaya kepada semua rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.
bagi mengajak umatnya beribadah kepada Allah s.w.t.
Percaya kepada Hari Kiamat iaitu bertitik tolak daripada
kepercayaan kepada kematian, pembalasan alam kubur, hari
kebangkitan setelah dunia dihancurkan, Padang Mahsyar,
dihisab segala amalan, meniti titian (sirat) dan Syurga & Neraka
Percaya kepada qada’ & qadar
32
33
Membaca al-Quran secara berjadual/rutin terutamanya selepas Puasa sunat secara
solat Maghrib berjadual, contoh: 10 hari
Membaca al-Quran sehingga Membaca surah- Muharram, 10 hari Rajab, 6
khatam setahun sekali surah pilihan, hari Syawal
sebulan sekali Solat Hajat diikuti
Doa Akasyah selepas
Sepanjang isteri sedang mengandung Surah muka solat Maghrib, contoh: 3
suami perlu baca al-Quran hingga khatam At-Taubah 187 – 207
Yusuf 235 – 248 kali seminggu (malam Isnin –
Contoh pengiraan untuk khatam al-Quran Maryam 305 – 312 Rabu; malam Rabu – Jumaat)
Luqman 411 - 414
Wakaf,
Bil muka/hari Bil 600 m.s. Tempoh untuk
(a) hari/minggu [(a) x (b)] khatam (minggu) dapat menambahkan sumber
rezeki berlipat kali ganda
3 (b) 600 40
3 x5
4 5 30
600
5 5 4 x5 30
4 600
5 x4
34
Bekalan di Akhirat Keutamaan Aktif dalam PIBG Al-Quran
Amalan-amalan sunat dapat Bapa, bukan ibu, yang Anak tidak menimbulkan
perlu lakukan amalan- •Kitab yang mengandungi 6,236 ayat
menampung amalan membaca al- masalah di sekolah. dalam 114 surah
kekurangan/kecacatan Quran, puasa sunat, solat Memudahkan ibu bapa dalam •Wahyu Allah yang kekal asli hingga
Kiamat
amalan wajib dan hajat dan doa urusan berkaitan •Membaca al-Quran dapat pahala
menambahkan berat persekolahan anak
timbangan di Akhirat Istiqamah Solat Hajat
Bapa sebagai ketua ‘Guru bukan ahli silap
Tidak mudah berputus keluarga perlu lakukan mata’ •Untuk memohon sesuatu hajat
asa amalan-amalan tersebut kepada Allah s.w.t. supaya tercapai
secara berterusan Ibu bapa perlu menyediakan kejayaan
Allah s.w.t. pasti tunaikan anak yang mudah dilentur •Hanya Allah s.w.t. yang berkuasa
hajat mereka yang supaya guru dapat jadikannya memakbulkan hajat hamba-Nya
sebagai murid cemerlang
bermunajat kepadaNya Puasa Sunat
•Dapat mendekatkan diri dengan
Allah s.w.t.
•Membentuk disiplin diri bagi
individu muslim
35
Pada suatu hari, satu peristiwa menarik Seketika kemudian, si anak memberitahu Lalu Ali berkata, ”Iman seseorang itu belum
berlaku kepada keluarga Saiyidina Ali r.a.. bahawa ibunya hendak guna duit itu diakui benar sehingga dia lebih bergantung
Ketika mereka didatangi seorang untuk beli tepung. kepada apa yang ada di sisi Allah daripada
pengemis, Ali menyuruh salah seorang apa yang ada di tangannya sendiri.
anaknya menemui ibunya, Fatimah untuk Katakanlah kepada ibumu, berikanlah
mengambil 6 dirham duit simpanan Ali. kesemua 6 dirham (duit perak) itu.”
Semasa Fatimah menyerahkan duit Ali terus menyerahkan duit itu kepada Beberapa ketika kemudian, sewaktu Ali baru
tersebut, beliau mengingatkan suaminya pengemis yang berada di depannya. hendak keluar rumah untuk memaklumkan
bahawa 6 dirham itu adalah untuk masalah beliau kepada Rasulullah s.a.w.,
keperluan keluarga mereka dan tidak datang kepadanya seorang penjual unta yang
sesekali beliau berniat hendak kedekut. sanggup menjual unta dengan harga 140
dirham secara hutang.
Seketika kemudian datang pula seorang Selepas selesai urusniaga tersebut, Ali Dengan bersedekah 6 dirham, Ali
yang lain yang melihat unta tadi lalu telah membayar hutang 140 dirham dan sekeluarga telah dikurniakan
bersetuju untuk membelinya dengan bakinya 60 dirham diserah kepada
harga 200 dirham tunai Fatimah. rezeki 60 dirham (10 kali ganda)
oleh Allah s.w.t.
36
Bagi menghubungkan silaturrahim, kami adik beradik pernah membincangkan hasrat untuk sama-
sama berkunjung ke kampung asal keluarga kami di Blora, Semarang. Namun hasrat itu tidak
terlaksana atas pelbagai sebab antaranya faktor kesihatan abang-abang senior. Akhirnya hajat
tersebut tertunai pada 2016, dimana penulis bersama Abang #5 [1948 -2018] telah
melaksanakannya atas persetujuan bersama.
Dalam kunjungan tersebut kami menegaskan bahawa kedatangan kami ke sana bukan untuk
menuntut hak peninggalan harta pusaka. Sebaliknya kedatangan kami sekadar untuk melanjutkan
silaturrahim. Selain itu kami mahu menjejaki makam datuk/nenek serta keturunan terdahulu.
Tugasan itu sememangnya agak sukar kerana tanda nisan diperbuat daripada kayu dan tapak
kubur tersebut mungkin sudah diguna semula.
Pada ziarah kali pertama ke Makam Jangboyo, Blora kami hanya dapat mengagak sektor di mana
kedudukan kubur datuk kami, Mbah Haji Norsham bin Haji Nawi [meninggal dunia 1950]. Selepas
mendapat maklumat yang lebih sahih, kami sekali lagi melakukan kunjungan ke perkuburan yang
sama dan berjaya menemuinya.
Sebagai tanda penghormatan dan ingatan, diketuai oleh Pak Mutohar, suami kepada sepupu
penulis, kami membaca tahlil di situ. Memandangkan permukaan kubur mbah ditumbuhi dengan
rumput jenis menjalar, sambil membaca tahlil penulis bersama Abang #5 mencabut rumput-
rumput tersebut satu per satu. Setiap kali rumput dicabut dari atas kubur mbah, tanah yang
terdedah kelihatan lembab disamping mengeluarkan bau yang sangat harum yang belum pernah
kami temui. Kami teruskan kerja tersebut sambil bertahlil sehinggalah kedua-duanya, tahlil sambil
cabut rumput selesai.
Sebaik sahaja selepas tahlil, penulis bertanya kepada Abang #5 sama ada beliau turut tercium bau
harum, dari kubur yang sudah lebih 60 tahun dan menjawab ‘Ya’. Lantas kami melihat sekeliling
serta mendekatkan hidung kami ke kubur-kubur lain yang berhampiran untuk dapatkan kepastian.
SubhanAllah! Memang sah bau harum semerbak itu
datangnya hanya dari kubur Mbah Haji Norsham sahaja.
Kalau sebelum-sebelum ini kami hanya dengar cerita sedemikian, namun pada petang Khamis, 15
Disember 2016 kami berpeluang mengalami sendiri peristiwa ‘niknat kubur’ yang sangat sukar
ditemui serta boleh dijadikan sebagai iktibar. Mudah-mudahan kita sentiasa beringat untuk
meningkatkan amal dan ibadah agar terhindar daripada ‘azab kubur’.
37
At-Tirmizi dan Abu Hatim meriwayatkan dalam Shahihnya, dari Abu Hurairah r.a. Ia
berkata,”Rasulullah bersabda, ‘Ketika kalian telah mengubur seseorang, datanglah dua
malaikat yang hitam kepadanya. Mereka disebut Mungkar dan Nakir’ …”.
[Sumber: Malam Pertama di Alam Kubur, Dr Aidh al- Qarni, muka 98]
Sebagai tanda kasih dan penghormatan terakhir buat ayah, kami adik beradik sepakat untuk
menemankan beliau memulakan perpindahan ke alam barzah selama 3 hari. Apabila tiba
harinya pada 2007 maka beliaupun kembali kerahmatullah. Selepas selesai urusan
pengebumian tengah hari tersebut, kami terus menunggu kubur beliau secara bergilir-gilir
berterusan sehingga selepas solat Asar hari ke-3.
Dikalangan kami adik beradik serta anak-anak saudara, ada yang menunggu pada waktu
siang dan ada pula yang menunggu pada waktu malam mengikut kelapangan waktu masing-
masing. Manakala Abang #2 (1942 – 2016) dan Abang #3 (1944 – 2008), mereka berdua
menunggu sepenuh masa siang dan malam sehingga hari ke-3.
Pada malam pertama, secara umumnya tiada apa-apa kejadian berlaku selain daripada
tiupan angin rendah di atas permukaan tanah dari arah Timur dan ‘kehadiran’ haiwan
meyerupai seekor musang pada jarak 3 – 4 meter daripada kami selepas solat Maghrib.
Hujan turun sangat lebat sehingga air mengalir di bawah khemah tempat kami berteduh
pada malam ke-2. Ada 4 orang abang serta penulis yang berjaga pada malam tersebut dan
masing-masing tiada yang terlihat apa-apa perkara yang ganjil.
Pada malam ke-3 kira-kira pukul 10.15 malam, penulis ternampak kilat yang bukan biasa-
biasa kerana ia bermula dari satu titik (spark) yang sangat terang di tengah langit pada
kedudukan di atas kubur ayah dan diikuti dengan pancaran kilat yang bergerak secara
mendatar seperti garisan lurus di sebelah kiri dan kanan titik tersebut. Selepas itu terdengar
pula satu dentuman petir yang tersangat kuat sehingga terasa denyutan jantung terhenti
dan terangkat tapak kaki kami.
38
Selepas itu terdengar pula bunyi ‘krak-krak’ yang menggerunkan beberapa kali seperti
seekor haiwan sedang melompat-lompat dari satu dahan pokok ke dahan pokok yang lain
dalam bentuk zig-zag dari arah kiblat menuju ke arah kubur ayah dan bertenggek di atas
pokok betul-betul di atas kubur ayah.
Memandangkan makhluk tersebut masih berhenti di situ dan kami semua berasa sangat
takut sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Abang #3 yang juga merupakan
seorang imam masjid, telah memberanikan diri lalu berkata kepada makhluk tersebut
seperti berikut, “Kami tahu kamu (malaikat Mungkar Nakir) datang. Kami minta tangguh
sehingga selepas waktu Asar esok. Kami tahu kamu malaikat - suci, tiada sebarang dosa,
tetapi kami manusia, ada ilmu pengetahuan”. Tak lama kemudian makhluk tersebutpun
beredar dengan melompat-lompat dari satu dahan pokok ke dahan pokok lain secara zig-zag
seperti mana ia datang dari arah kiblat.
Semasa peristiwa tersebut berlaku ada seramai 6 orang yang berada di sana termasuk
penulis. Akibat terkejut dengan kehadiran makhluk yang sedemikian rupa, masing-masing
tak berani nak buka mulut sehinggalah keesokan malam iaitu selepas majlis tahlil malam
ke-4.
Mengikut cerita Abang #2, beliau melihat makhluk tersebut menyerupai seekor musang
berwarna hitam pekat yang saiznya kira-kira sebesar batang kayu balak dan muncungnya
seperti seekor buaya tetapi agak pendek semasa ia melalui kawasan sekitar yang diterangi
lampu dan tiada pokok. Abang #3 pula hanya mendengar bunyi ‘krak-krak’ semasa ia datang
dan pergi sahaja tetapi tidak pula melihat apa-apa.
Abang #2 merumuskan bahawa sekiranya begitulah cara kedatangan malaikat Mungkar
Nakir menemui roh arwah ayah, seorang yang mengamalkan dan hafal Doa Akasyah, maka
beliau merasakan bahawa segala amalan kebaikan yang telah dilakukan selama hayatnya
masih belum mencukupi dan belum bersedia untuk mati.
39
Yang bulat tidak akan datang bergolek
Yang pipih tidak akan datang melayang
Berilmu tak semestinya kaya
Beramal dapat memudahkan laluan rezeki
Berusaha melalui
Amalan Terbaik
Susunan
MOHAMAD SHAIKHANI BIN KASMIN
Naib Yang DiPertua
PIBG SMK Tengku Ampuan Rahimah
dan PIBG SMK Tinggi Klang
2016 hingga sekarang
Edisi pertama, 2016
Edisi kedua, 2020
40