The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Saranan kepada IMG yang bercadang hendak beralih arah menjadi IBS, agar membuat persediaan yang sewajarnya bagi mengharungi 2 tahun pertama dunia bekerja sendiri untuk elak daripada
gagal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shaikhani, 2021-02-04 00:59:34

Kelebihan & kekurangan individu bekerja sendiri (IBS) berbanding individu bekerja makan gaji (IMG) dari sudut percukaian

Saranan kepada IMG yang bercadang hendak beralih arah menjadi IBS, agar membuat persediaan yang sewajarnya bagi mengharungi 2 tahun pertama dunia bekerja sendiri untuk elak daripada
gagal

Kelebihan & kekurangan
individu bekerja sendiri
(IBS) berbanding individu
bekerja makan gaji (IMG)
dari sudut percukaian

Sejak zaman selepas merdeka, kerajaan telah menggubal dasar serta memberikan insentif
kepada mana-mana individu tanpa mengira kaum untuk menjadikan keusahawanan sebagai
suatu kerjaya bekerja sendiri. Bila kita mengimbau data ekonomi lalu, didapati negara-negara
yang mempunyai ramai IBS seperti Indonesia dan China, kemelesetan ekonomi dilihat sukar
berlaku berbanding negara ramai IMG seperti Singapura yang lebih terdedah kepada
perkembangan/kemelesetan ekonomi dunia.

Jika IBS menggunakan prinsip perakaunan standard, kadar keuntungan perniagaan mereka
sepatutnya secara purata sekitar 10% sahaja.

Untuk membuat pengiraan Untung/Rugi Bersih:
a. Jualan – Belian = Untung Kasar,
b. Untung Kasar – Perbelanjaan (termasuk susut nilai) = Untung/Rugi Bersih

Perniagaan yang biasanya boleh mendapat untung bersih melebihi 10% adalah terdiri
daripada perniagaan profesional seperti juruaudit, jurutera profesional, arkitek, dll.

IBS v IMG dari sudut percukaian | 2

Pengiraan Pendapatan Bercukai

Sebagai menghargai sumbangan IBS kepada ekonomi, dalam struktur percukaian IBS dilihat ada
sedikit kelebihan berbanding IMG sebagaimana masyarakat umum ketahui. Contohnya, pengiraan
cukai IBS bermula dengan mendapatkan jumlah untung/rugi perniagaan bagi sesuatu tahun
tertentu. Selepas itu ia perlu dilaras untuk dapatkan Pendapatan Berkanun Perniagaan

1 2 3 4

Untung/Rugi Perbelanjaan Elaun Modal Pendapatan
Bersih tak dibenarkan Berkanun
(ganti pengiraan Perniagaan
dalam pengiraan
cukai, contoh: susut nilai)
susut nilai

4 5 6

Pendapatan Pelepasan Pendapatan
Berkanun Bercukai
Perniagaan [individu, isteri,
anak-anak, dll]

Pengiraan pendapatan IMG adalah berdasarkan amaun diterima secara tetap setiap bulan seperti
gaji dan elaun-elaun tetap, serta bonus, ganjaran, dll dalam tahun berkenaan. Semua amaun
tersebut dijumlahkan menjadi Pendapatan Berkanun Penggajian. Setelah ditolak Pelepasan
[individu, isteri, anak-anak, dll] sama seperti IBS, ia dikira sebagai Pendapatan Bercukai. Jika IMG
ada mengeluarkan belanja tertentu berkaitan dengan pekerjaannya, beliau boleh menuntut re-
imbursement daripada majikan, oleh itu tak perlu buat pelarasan sebagaimana IBS.

IBS v IMG dari sudut percukaian | 3

Mengapa IBS sering dikaitkan dengan penggunaan kenderaan ‘cantik’?

Pembelian kenderaan oleh IBS berharga kurang RM 100,000 layak tuntut Elaun Modal sama
nilai dengan harga belian. Jika harga belian kenderaan melebihi RM 100,000, ia hanya layak
dapat tuntut Elaun Modal RM 50,000 sahaja.
Elaun Modal merupakan kaedah pengiraan yang diterima pakai oleh pihak LHDN bagi
menggantikan susut nilai. Walaupun bilangan kenderaan yang layak untuk tuntut Elaun
Modal bagi seorang IBS hanya dua buah sahaja, ia sedikit sebanyak memberikan kelebihan
kepada IBS.
Jika IMG beli kenderaan, segala-galanya perlu ditanggung sendiri. Hanya boleh tuntut re-
imbursement daripada majikan.

IBS v IMG dari sudut percukaian | 4

Contoh: Pengiraan Pendapatan Bercukai

Untung Kasar / Penggajian IBS IMG
- Perbelanjaan
Untung Bersih RM RM
+ Perbelanjaan tak dibenar
- Elaun Modal 120,000 120,000
Pendapatan Berkanun (30,000) -
- Pelepasan:
90,000 -
Individu 20,000 -
Anak (2 orang) (10,000) 120,000
100,000
Pendapatan Bercukai 9,000
9,000 4,000
4,000 (13,000)
(13,000) 107,000
87,000

Walaupun pada dasarnya kedua-dua IBS dan IMG memperulehi pendapatan kasar yang sama,
namun amaun Pendapatan Bercukai mereka jauh berbeza.

IBS v IMG dari sudut percukaian | 5

‘Safety net’

Kekurangan IBS begitu terasa semasa ia menghadapi masalah kesihatan dan juga ia lebih
terdedah kepada gangguan persekitaran seperti bencana alam atau wabak penyakit Covid-
19, beliau boleh kehilangan sebahagian punca pendapatan atau mungkin keadaan lebih
buruk dimana perniagaan terhenti sepenuhnya. Kebanyakan mereka bukan pencarum KWSP,
PERKESO dan SIP, hanya bergantung semata-mata kepada simpanan yang ada. Walaupun
pada zahirnya mereka nampak hebat, namun mereka juga perlukan bantuan sewajarnya
untuk teruskan kelangsungan hidup.

Bagi IMG pula, jika berlaku sesuatu yang buruk, mereka masih ada punca pendapatan tetap
walaupun mungkin sedikit berkurang disamping adanya tahungan dalam KWSP.

Tak kira sama ada IBS mahupun IMG, kadar sewa premis pula merupakan satu perbelanjaan
yang memberikan impak negatif kepada semua pihak. Bagi IBS ia perlu meletakkan harga
jualan lebih tinggi supaya dapat bayar sewa apabila tiba waktunya manakala bagi IMG pula ia
menyebabkan pendapatan boleh belanja berkurang selepas meletakkan peruntukan bayaran
sewa.

IBS v IMG dari sudut percukaian | 6

Sebagai kesimpulan, IBS disyorkan supaya mempertingkatkan kecekapan merekod urusniaga
perniagaan dengan menggunakan perisian seperti

SQL Account,

SQL Payroll &

payRECON (pengurusan perniagaan online)

Apabila tiba waktu hendak berurusan dengan pihak LHDN, segala rekod yang diperlukan
sudah tersedia dan mudah-mudahan segala urusan akan menjadi lebih mudah.

Kepada IMG yang bercadang hendak beralih arah menjadi IBS, buatlah persediaan yang
sewajarnya bagi mengharungi 2 tahun pertama dunia bekerja sendiri untuk elak daripada
gagal.

Susunan

AHMAD shaikhani

merupakan salah seorang daripada kalangan 1% bukan-Cina
Authorised Trainer SQL softwares

[Account | Payroll | POS | Stock Take | iDataKing | Cloud}
dan PAYSHOP & PAYRECON


Click to View FlipBook Version