MPU21032:PENGHAYATAN ETIKA DAN PERDABAN
E-MAJALAH (ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN
KAUM INDIA DI MALAYSIA)
PENSYARAH: PN.NOORWATI BINTI MOHD DAWAM
SESI I:2022/2023
AHLI KUMPULAN :
RAJA MUHAMAD
MUHD HAKIMEE AIMAN
HARITH 17DAS22F1041
17DAS22F1021
Notes : NUR 'AIN NADHIRAH
NURIN IRDINA 17DAS22F1037
17DAS22F1019
ETIKA DAN PERDABAN
AMALAN KAUM INDIA DI
MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Etika dan Peradaban Yang Menjadi Amalan Kaum India
1.2.1 Amalan pantang larang kaum india
1.2.2 Amalan adat resam kaum india
1.2.3 Amalan pakaian tradisional kaum india
1.2.4 Amalan makanan tradisional kaum india
1.2.5 Amalan kepercayaan beragama kaum india
1.2.6 Amalan menyambut hari perayaan kaum india
1.2.7 Amalan perkahwinan kaum india
1.2.8 Amalan kematian kaum india
1.3 Kesimpulan
1.4 Sumber Rujukan
PENGENALAN
Kaum india merupakan kaum ketiga terbesar di
Malaysia selepas Melayu dan Cina.Kaum ini juga
majoritinya penganut agama Hindu.Kaum ini telah
menetap di Malaysia sebelum kemerdekaan Tanah
Melayu lagi di mana sejumlah imigran yang berasal
dari Tanah India telah dibawa masuk oleh penjajah
british untuk dijadikan buruh ladang di Tanah
Melayu.Ketika kemerdekaan Tanah Melayu ,
imigran ini telah diisytiharkan menjadi rakyat
tempatan di Tanah Melayu sekaligus sebagai kaum
yang sah di Tanah Melayu.
Setelah sekian lama kaum India menetap di
Malaysia,mereka telah menjadi salah satu
penyumbang pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di Malaysia.Seperti yang kita maklum,
kaum India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan
dan amalan tradisi di mana mereka masih
mengekalkan sehingga kini.Tamsilnya,
perayaaan,makanan,pakaian tradisional dan lain-
lain.
Raja Muhamad Harith 17DAS22F1021
PANTANG LARANG DAN ADAT RESAM KAUM INDIA DI
MALAYSIA
AMALAN PANTANG LARANG KAUM
INDIA
Setiap kaum di Malaysia mesti mempunyai pantang larang
tersendiri yang mana pantang larang ini wujud sejak nenek
moyang kita dahulu.Pantang larang ini diciptakan
mempunyai tujuan iaitu ke arah kebaikan dan ada juga
pantang larang yang dipengaruhi agama kaum masing
masing.Sebagai contoh kaum India yang mana pantang
larang dipengaruhi agama hindu
Pantang larang ketika perkahwinan,bagi kaum India terdapat
beberapa pantang larang dalam majlis perkahwinan antaranya
dilarang menghidangkan hidangan daging lembu,sekiranya jamuan
perkahwinan dilakukan di kuil maka hanya sayur sayuran sahaja
boleh dihidangkan kepada para tetamu.Makanan lain tidak boleh
dihidangkan terutamanya daging lembu,ini kerana bagi
kepercayaan agama Hindu lembu merupakan haiwan yang suci dan
haram bagi mereka untuk makan daging lembu
Raja Muhamad Harith 17DAS22F1021
AMALAN ADAT RESAM
KAUM INDIA
Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat resam
atau tradisi iaitu amalan dalam sesebuah kaum
dan diamalkan secara turun temurun sejak sekian
lama dan diwarisi oleh nenek moyang.Adat ini juga
turut digelarkan sebagai adat kebiasaan yang
mana dilakukan dengan cara yang sama.
Adat resam kaum india apabila menduduki rumah baharu adalah
dengan mendidihkan susu diatas dapur baharu sehingga susu itu
melimpah,ini simbol adat memohon rezeki sentiasa melimpah
ruah.Selain itu, mengikut tradisi kaum india apabila membeli kereta
atau rumah baharu mereka akan menghempaskan sebiji kelapa ke atas
lantai sehingga pecah bertujuan memohon keberkatan tuhan.
NUR 'AIN NADHIRAH BINTI YAHYA 17DAS22F1037
AMALAN PAKAIAN
TRADISIONAL
KAUM INDIA
NUR 'AIN NADHIRAH BINTI YAHYA 17DAS22F1037
DHOTI
Merupakan pakaian bagi
kaum lelaki
Dhoti diperbuat daripada
lembaran kain putih yang
panjang
Kain tersebut dihiasi dengan
manik-manik kecil supaya
kelihatan menarik
CARA PEMAKAIAN:
Kain dililit di bahagian
pinggang dan diikiat pada
celah paha dan kemudian
disangkutkan pada bahu.
Pakaian ini banyak
dipakai oleh golongan ceti
NUR 'AIN NADHIRAH BINTI YAHYA 17DAS22F1037
Sari Cara pemakaian:
Merupakan pakaian Sebelum memakai sari,si pemakai
bagi wanita perlu memakai anak baju yang
ketat dan singkat.Kemudian sari
Sari terdiri daripada lembaran
kain yang berukuran semeter dililit dari pinggang dan
diselempang pada bahu kiri.
hingga dua meter dan
panjangnya pula antara Lilitan pinggang sebanyak
lima hingga lima belas tiga hingga lima kali untuk
meter mengikut saiz pemakai. menguatkan lilitan supaya
tidak terurai.
Pemilihan corak mengikut Kebanyakan sari yang dipakai
si pemakai.Ada yang berwarna gelap seperti merah,biru,
lebih suka bercorak
hijau dan ungu kerana lebih
tumbuh-tumbuhan dan menarik untuk dipakai
ada juga yang lebih pada musim perayaan.
suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai
kelihatan menarik,kebanyakan
mereka memilih sari yang
mempunyai perlbagai
jenis manik yang berkilat.
NUR 'AIN NADHIRAH BINTI YAHYA 17DAS22F1037
AMALAN
MAKANAN
TRADISIONAL
KAUM INDIA
NUR 'AIN NADHIRAH BINTI YAHYA 17DAS22F1037
IDLI
Merupakan kuih yang juga
berasal dari India.
Boleh dimakan semasa
sarapan pagi mahupun
sebagai makanan ringan.
Mempunyai pelbagai jenis seperti
sanna,rave atau sambar idli
Bahan utama untuk
menghasilkan idli
ini adalah vigna
mungo dan juga nasi
NUR 'AIN NADHIRAH BINTI YAHYA 17DAS22F1037
Ayam Tandoori
digelar ayam tandoori Cara memasak:
kerana proses memasaknya Sebelum ayam dipanggang
dalam oven,ia akan diperap
yang bernama tandoori.
terlebih dahulu dengan
Bahan-bahan yang digunakan rempah ratus yang telah
sebagai perapan adalah seperti dikhaskan.Kemudian,
minyak mustard,garam dipanggang dengan
masala,garam,yoghurt,serbuk suhu yang sangat
ketumbak,serbuk cili,serbuk jintan tinggi sehingga
serta rempah khas india iaitu
mecapai 300 darjah celcius.
kasoori merthi.
Ayam tandoori enak
dimakan bersama roti naan,
atau nasi beriani.Hidangan
ini juga cukup
terkenal di serata dunia.
NUR 'AIN NADHIRAH BINTI YAHYA 17DAS22F1037
Contoh Makanan Tradisional India
Tosai Putu Mayam
Murukku Biryani
Vadai
Naan Kandarppam
NURIN IRDINA BINTI ANUAR 17DAS22F1019
AMALAN KEPERCAYAAN BERAGAMA
Agama Hindu mempunya lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut
denganPancasradha.Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu.
Antara keyakinan tersebut adalah:
1.Widhi Tattwa– Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan
segala aspeknya.
2.Atma Tattwa– Percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
3.Karmaphala Tattwa– Percaya dengan adanya hukum sebab-akibat
dalam setiap perbuatan.
4.Punarbhava Tattwa– Percaya dengan adanya proses kelahiran
semula
5.Moksa Tattwa– Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan
tujuan akhir manusia
NURIN IRDINA BINTI ANUAR 17DAS22F1019
AMALAN KEPERCAYAAN BERAGAMA
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut
oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi
menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga
dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh
dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan
penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak
Cancer.
Hari Thaipusam juga merupakan hari menunaikan nazar
dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-
dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut
Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon
sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan
dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai
tanda kesyukuran.
Perayaan Thaipusam disambut secara besar-besaran dan
meriah di Malaysia.
Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil
tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan
Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan
dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas
pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di
Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa
Murugan.
Perbandingan Malaysia dan India
Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Tanah Melayu sejak abad pertama, sebelum
kedatangan agama Islam. Ia kembali bertapak pada zaman penjajahan British seawal 1786 dengan
kedatangan oleh buruh-buruh ladang termasuk di Pulau Pinang.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal
lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut
Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar
sahaja.
NURIN IRDINA BINTI ANUAR 17DAS22F1019
AMALAN MENYAMBUT PERAYAAN TRADISIONAL
HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan
perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu
di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya
dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini
disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara
bulan Oktober dan November. Pada hari yang bermakna bagi
penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka
akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain
itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli
keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka
akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.
MUHAMMAD HAKIMEE AIMAN BIN BAHARIN
(17DAS22F1041)
AMALAN UPACARA
MAJLIS
PERKAHWINAN
HURAIAN MUHAMMAD HAKIMEE AIMAN BIN BAHARIN
(17DAS22F1041)
KAD JEMPUTAN
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam
perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat
berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan,
bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan
lancar.
Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan
serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan
ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa
bersembahyang (arccanai).
Kad diletakkan di atas dulang
bersama sirih, wang ringgit, kelapa,
pinang dan sebagainya sebagai
lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagai paanam paaku.
Kemudian dulang akan dibawa ke
rumah pengantin perempuan untuk
diberi kepada pengantin lelaki dan
begitulah sebaliknya.
MUHAMMAD HAKIMEE AIMAN BIN BAHARIN
(17DAS22F1041)
CONTOH KAD
KAHWIN
AMALAN UPACARA
KEMATIAN KAUM INDIA
KOLLIC CATTI
HURAIAN
Kollic catti bermaksud
periuk tanah liat yang
mengandungi api. Periuk
tersebut diangkat dengan
menggunakan pelepah kelapa
yang dibelah tiga di bahagian
hujung dan diikat pada periuk.
Pembawa Kollic catti atau buyung
dikehendaki mengelilingi mayat
sebanyak tiga kali menurut arah
jam. Kemudian diikuti oleh
pengurus mayat yang akan
menebuk kollic catti dengan
menyebut 'sorkam seer,
kaiulaasam seer' berulang kali.
pada pusingan ketiga, pembawa
kollic catti berada di hadapan
mayat dan duduk melutut tetapi
tidak menghadap mayat.
CONTOH KOLLIC
CATTI
KESIMPULAN
Sebagai penyimpul kata, etika dan peradaban yang
diamalkan oleh kaum india sememangnya masih
diamalkan pada waktu kini meskipun dunia semakin
hari semakin dibawa arus kemodenan.Bukan itu
sahaja,amalan ini juga sedikit sebanyak turut
mempengaruhi etika dan peradaban kaum lain
seperti kaum Melayu.Maka dengan itu,kita sebagai
rakyat Malaysia sewajarnya menghormati etika dan
peradaban kaum lain kerana hormat-meghromati
adalah kunci kepada keamanan dan kemakmuran
sesebuah negara serta membantu dalam
pembangunan dan kemajuan negara.
RUJUKAN :
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
https://pkpgbk6.weebly.com/kaum-india.html
29 Makanan Tradisional India Unik Dan
Terbaik
https://saji.my/makanan-tradisional-india/
Pantang Larang Kaum India
https://www.propsocial.my/topic/1262/my/
5-indian-household-superstitions-you-
might-not-know-posted-by-propsocial-
editor
Amalan adat resam kaum India
https://selangorkini.my/2020/11/pengaruh-
masyarakat-india-dalam-kehidupan/