The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinorasikin1899, 2022-02-12 09:13:47

KEPENTINGAN GEOGRAFI

KEPENTINGAN GEOGRAFI

E-B
OOK

KEPENTINGAN

GEOGRAFI

Nurul Izzah Sulaiman
Nurul Shazrin Syahirah Zahrin

Siti Nor Asikin Mohd Yusoff

PGT223

ISI
KANDUNGAN!




1.0 KONSEP GEOGRAFI........................................................................(2)

2.0 KEPENTINGAN GEOGRAFI:
2.1 KEPENTINGAN GEOGRAFI KEPADA MANUSIA .............................(3)
2.2 KEPENTINGAN GEOGRAFI KEPADA KURIKULUM.......….............(4-5)
2.3 KEPENTINGAN GEOGRAFI KEPADA PENGAJIAN SOSIAL.............(5-6)
2.4 KEPENTINGAN GEOGRAFI KEPADA PELANCONGAN...................(7-8)

3.0 KESIMPULAN................................................................................(9)

KONSEP GEOGRAFI

Perkataan Geografi

berasal daripada perkataan

Yunani

Bidang Geografi

membincangkan tentang

ruang dan tempat

Ilmu berkaitan Geografi
perlu dikuasai oleh semua
orang dalam pelbagai
bidang

KEPENTINGAN KEPADA

MANUSIA

MEMPUNYAI Mengkaji bagaimana sistem beroperasi dan
PENGETAHUAN menjala
nkan prosesnya.
BERKENAAN BUMI
DAN HIDUPAN. Mengkaji bagaimana berlakunya gempa bumi,
tanah runtuh, letusan gunung berapi,
kejadian siang dan malam dan sebagainya.

Mengkaji bagaimana manusia menjalankan
kehidupan mereka di negara-negara
tertentu.

Meramal dan Meramal dan merancang sesuatu dengan
merancang menggunakan pendekatan yang saintifik dan
masa hadapan. sistematik
Ramalan awal mampu menyelamatkan nyawa,
Memelihara contohnya memberi amaran awal berkenaan
Alam Sekitar gempa bumi dan tsunami.
Perancangan awal mempengaruhi
perkembangan sesebuah negara contohnya,
perancangan kependudukan seperti yang
dilaksanakan oleh Singapura.

Bidang yang mengkaji tentang hubungan
antara manusia dan alam sekitar, jadi
dengan adanya ilmu Geografi menjadikan
kita lebih cakna
Contonya berkaitan kitaran hidrologi,
sekiranya tidak diambil cakna akan
menyebabkan bencana yang teruk.
Melalui bidang geografi akan menjadikan
seseorang lebih cakna dengan alam sekitar.

KEPENTINGAN GEOGRAFI
KEPADA KURIKULUM
mendedahkan kemahiran asas geografi

Dengan melakukan pelbagai kajian lapangan
dapat meluaskan persepsi pelajar terhadap
alam sekitar dan menguasai kemahiran
geografi.

memupuk nilai hidup yang harmonis dan
sejahtera

Menyediakan murid menghadapi cabaran
hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri
dan masyarakat melalui nilai-nilai murni

MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID

Mendedahkan fenomena geografi yang berfokus
kepada negara Malaysia dan hubungannya
dengan negara-negara lain

KEPENTINGAN GEOGRAFI
KEPADA PENGAJIAN SOSIAL

melengkapkan diri setiap individu dengan
kemahiran asas geografi

Subjek Geografi mengandungi kandungan yang
relevan dan sangat berkait rapat dengan
Pengajian Sosial terutama dalam aspek kehidupan
manusia

menerapkan semangat patriotik

Ilmu Geografi dapat memupuk individu agar terus
meningkatkan kecintaan terhadap negara untuk
melestarikan keindahan alam dan persekitaran

menjelaskan fenomena alam

Meningkatkan pengetahuan mengenai fenomena
alam yang berasaskan interaksi antara manusia
dengan alam sekitar fizikal

KEPENTINGAN GEOGRAFI
KEPADA PELANCONGAN

Pelancongan tidak dapat dilakukan tanpa geografi.
Geografi dan pelancongan saling berkait antara satu
sama lain.
Dalam pelancongan pengetahuan geografi memainkan
peranan yang penting kerana pelancongan bersifat
geografi dan kartografi.
Ciri-ciri sistem pelancongan yang berkaitan rapat dengan
geografi
1.Pelancongan luar bandar - Tertumpu kepada kawasan
luar bandar
2.Pelancongan bandar - Tertumpu kepada kawasan bandar
3.Ekopelancongan spa - Perjalanan untuk kesihatan dan
kesejahteraan
4.Pelancongan sukan - berasaskan alam semula jadi
5.Pelancongan warisan - Tempat bersejarah
Antara kepentingan geografi terhadap pelancongan ialah
cuaca dan iklim, guna tanah dan maklumat tambahan
kepada pelancong.

Cuaca dan iklim
Cuaca dan iklim juga penting dalam sektor pelancongan terutama
pelancongan yang melibatkan kawasan lautan.
Pelancongan di kawasan pulau tidak dapat dijalankan pada musim
tengkujuh.
Dalam pelancongan, maklumat mengenai cuaca adalah penting untuk
penerbangan, perkapalan dan keselamatan pelancong.
Misalnya, amaran taufan atau banjir di sesuatu tempat dapat
mengelakkan seseorang melancong ke kawasan tersebut.

Guna tanah
Pembangunan yang dijalankan untuk membina kawasan
pelancongan memerlukan pengetahuan geografi.
Pembangunan seperti bangunan tinggi, lapangan terbang, lebuh
raya dan resort memerlukan bantuan daripada ahli geologi.
Ahli geologi perlu mengkaji dan meneliti kawasan tersebut
untuk menilai struktur bahan, kekuatan tanah dan keadaan
bawah tanah agar kawasan tersebut diselamat untuk
dibangunkan.

Maklumat tambahan kepada pelancong
Geografi memberikan maklumat mengenai kawasan
pelancongan
Maklumat mengenai persekitaran kawasan
pelancongan sama ada baik atau buruk
Darjah ketersampaian pelancong

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa geografi sememangnya penting
terhadap kehidupan manusia. geografi juga sentiasa berubah mengikut
perubahan waktu dan perkembangan teknologi. Geografi adalah berkenaan
apa yang manusia lakukan, apa yang manusia mahu, bagaimana manusia
berubah dan bagaimana persekitaran fizikal mengubah manusia lalu
merumuskan bahawa "Geography lives" (Stuckey W. K., 1971). Geografi
juga memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi warganegara global
dengan meneroka tempat mereka sendiri di dunia, nilai-nilai mereka dan
tanggungjawab mereka kepada orang lain, untuk alam sekitar dan
kemampanan planet ini.

Rujukan:
Stuckey W.K. (1971). Geography Lives!. Dlm. ball, J.M, Streinbrink, J.E
dan Stoltman, J.P (editor). The Social Sciences and Geographic Education: A Reader.
Hlm. 307-313. Toronto: John Wiley & Sons, Inc.

https://sains.sindonews.com/berita/1479778/124/bmkg-siarkan-fenomena-gerhana-
matahari-cincin-live-streaming-besok

http://materi-ipa-kelas-lima.blogspot.com/2017/01/materi-ipa-kelas-v-semester-2-
siklus.html

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version