The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas penerangan ini menerangkan berkaitan dengan kerja merancang tanda kedudukan bangunan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maureen, 2021-03-03 19:26:02

IS 07 SETTING OUT

Kertas penerangan ini menerangkan berkaitan dengan kerja merancang tanda kedudukan bangunan.

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME Certificate in Building Technology (STN)

SESSION November 2020 – April 2021 SEMESTER 1
IS 07
CODE & COURSE TCB10042 SHEET NO
Site Survey

LECTURER Nur Mardhiah Maureen binti WEEK
Chelen

TOPIC UNIT 5.0 SETTING-OUT BUILDING

SUB-TOPIC 5.1 Definition
5.2 Instruments used
5.3 Term used
5.4 Methods and principle
5.5 Fieldwork procedures
5.6 Vertical and horizontal control

LEARNING After completing the topic, students should be able to:
OUTCOME
1. Identify definition of setting out building. (C1)
2. Recognize the equipment for setting out. (C1, P1)
3. Identify setting out terminology. (C1)
4. Perform the method and principle of setting out. (P3,

A3)
5. Identify vertical and horizontal control. (C3, P2)

Page 1 of 29

DPP B2(b)

Pengenalan Memancang Tanda

Memancang tanda adalah merupakan penetapan tanda-tanda dan garisan-
garisan bagi menentukan kedudukan dan aras kerja binaan supaya kerja-kerja
boleh diteruskan dengan merujuk kepadanya. Proses ini mungkin berbeza
dengan tujuan ukur di mana ianya adalah untuk menentukan kedudukan butiran
yang sedia ada dengan melakukan pengukuran.

Definisi

Definasi oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Piawaian ( ISO ) terbitan ISO /
DP 7078 Building Construction iaitu ;
“ Pemancangan adalah merupakan penetapan tanda-tanda dan garisan-garisan
bagi menentukan kedudukan dan aras elemen untuk kerja binaan supaya kerja-
kerja boleh diteruskan dengan merujuk kepadanya. Proses ini mungkin berbeza
dengan tujuan ukur di mana ianya adalah untuk menentu kedudukan butiran
yang sedia ada dengan melakukan pengukuran ”.

Pemancangan bermula dari pelan dan berakhir dengan beberapa projek
kejuruteraan contohnya bangunan, pembentung, longkang, jambatan dimana
kedudukan aras betul-betul berada di dalam kawasan tersebut dengan
menggunakan pelbagai cara terutamanya penggunaan alat-alat ukur.

Tujuan Memancang Tanda

Ada dua objektif utama apabila melakukan pemancangan iaitu:
a. Struktur baru mestilah betul kesemua dimensi secara relatif dan mutlak

iaitu mesti bersaiz, berada pada kedudukan pelan dan di aras yang betul.
b. Apabila pemancangan bermula ianya mesti diteruskan dengan segera

supaya kos boleh diminimumkan.

Bagi mencapai objektif tersebut tiga prinsip am berikut perlu diikuti:

a. Kawalan mengufuk.
Titik-titik kawalan mengufuk ( horizontal control ) mesti didirisiap dalam atau
berhampiran dengan kawasan rekabentuk yang mana titik-titik rekabentuk
boleh disetkan dalam kedudukan pelannya yang betul.

b. Kawalan menegak.
Tanda-tanda rujukan yang diketahui ketinggian relatif ke satu datum yang
dipersetujui adalah diperlukan dalam atau berhampiran dengan kawasan
rekabentuk. Dengan ini, titik-titik rekabentuk boleh disetkan pada arasnya
yang betul.

c. Kawalan kerja.
Kaedah-kaedah yang tepat mesti diamalkan untuk menubuhkan titik-titik
rekabentuk daripada kawalan mengufuk dan pugak ini.

Page 2 of 29

DPP B2(b)

Merancang Tanda Bangunan Menggunakan Teodelit

Merancang tanda bangunan menggunakan kaedah ini adalah lebih cepat
dan tepat berbanding dengan kaedah konvensional. Personal yang
membuat rancang tanda menggunakan kaedah ini mestilah seorang yang
mahir menggunakan teodelit serta juga mesti mahir dalam sifir log dan
Pytagoras Theorem.

Merancang Tanda Tapak Bangunan

Biasanya salah satu daripada sudut bangunan ditetapkan oleh perancang
sebagai batu aras (bench mark) sekurang-kurangnya 6 meter daripada jalan
(seperti yang disyaratkan untuk kawasan perumahan)
i. Ambilkan jarak dari batu aras yang telah ditetapkan dan tentukan satu

sudut bangunan dengan pancang A (Rajah 1)
ii. Ambil ukuran panjang sesuatu sisi A – B dan tentukan takat tersebut

dengan pancang B (Rajah 2)
iii. Tarik benang pada dua pancang A dan B tersebut dan ambilkan 90°

dari setiap pancang A dan B dengan menggunakan sesiku
bangunan atas nisbah 3 : 4 : 5
iv. Teruskan garisan 90° sehingga ukur panjang sisi bangunan yang lain
dan pancangkan pada tempat tersebut dengan C dan D.

Pancang Ukur Tapak (Profiles)

Pancang ukur tapak digunakan untuk mengekalkan tanda-tanda yang telah
dibuat, di mana tanda-tanda kedudukan bangunan dipindahkan kepada
pancang ukur tapak semasa kerja-kerja menggali peparit untuk asas dilakukan.
Pancang ini didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-
kurangnya 1.2 meter dari garisan tersebut (Rajah 3)
Pancang ukur tapak boleh dibuat di sekeliling bangunan ataupun pada penjuru-
penjuru bangunan sahaja (Rajah 4)

Rajah 1

Page 3 of 29

DPP B2(b)

Rajah 2
Keperluan Memancang Tanda
Setiap proses pemancangan tanda perlu mempastikan kedudukan titik
pemancangan seperti:
i. Mempunyai kedudukan yang betul
ii. Mempunyai ketinggian yang sebenar
iii. Diletakkan dalam keadaan yang betul-betul pugak.
Personal
Mereka yang terlibat di dalam kerja pemancangan tanda perlu
mempunyai ciri-ciri ini.
i. Berpengetahuan dalam teknik dan prinsip pengukuran
ii. Mempunyai pengetahuan dan mahir dalam pembinaan.
iii. Bersedia untuk menghadapi masalah dan berusaha untuk

mengatasinya.
Pelan dan peralatan berkaitan
Mereka yang terlibat di dalam pemancangan perlu mempunyai pelan yang
diakui sah dan mereka juga mahir di dalam memahami pelan.
Peralatan ukur yang digunakan dalam kerja pemancangan perlu dipastikan
dalam keadaan baik. Pastikan mereka yang mengendalikan peralatan ini
mempunyai kemahiran yang tinggi dah tahu menggunakan mengikut
keperluan kerja. Contohnya alat tiodelit dan alat aras.
Teknik Penentuan Kedudukan
i. Daripada butiran yang sedia ada.
ii. Dengan menggunakan kodinit.
iii. Daripada titik stesen terabas.

Page 4 of 29

DPP B2(b)

Istilah-Istilah

i. Garisan Bangunan
- Garisan luar yang meliputi bangunan.

ii. Aras Datum
- Aras panduan untuk menandakan aras bagi bangunan yang baru.

iii. Batu Sempadan
- Tiang konkrit kecil ditanam oleh Jabatan Ukur untuk
menunjukan sempadan sesuatu lot.

iv. Nombor Lot
- Nombor rujukan oleh Jabatan Ukur.

Sebelum kerja-kerja memancang tanda bangunan dimulakan, jurukur mestilah
meneliti dan memahami Pelan Tapak bangunan yang akan didirikan.

Perkara berikut mestilah diambilkira:
a. Skala, arah utara, aras datum dan tarikh ukur tanah.
b. Garisan sempadan
c. Kedudukan bangunan dan struktur lain seperti asas, pagar dan lain-

lain.
d. Kedudukkan bangunan sedia ada, jalan, saliran air dsb.
e. Kemudahan-kemudahan paip air, bekalan letrik dan telefon.
f. Sistem paip buang (sewerage system)
g. Kedudukan sungai, paya dan lombong berdekatan.
h. Kontor dan kecerunan tanah tapak.

Prosedur Pemancangan Tanda

a. Menyemak rekabentuk

Maklumat rekabentuk mesti disemak sebelum dibuat pemancangan.
Kadangkala ianya, tidak mungkin untuk memancang sebahagian rekabentuk
berdasarkan kepada rintangan di kawasan tapak dan ini mesti dirujuk semula
kepada perekabentuk.

b. Peninjauan

Pemeriksaan kawasan tapak adalah sangat penting; melihat pada pelan tapak
di pejabat sahaja tidak mencukupi. Sebarang perbezaan di antara kawasan
dan pelan harus dicatatkan. Semasa peninjauan kedudukan yang sesuai untuk
tanda-tanda rujukan boleh ditanda secara sementara dengan pancang jajar
atau piket.

Page 5 of 29

DPP B2(b)
c. Stesen Ukur
Stesen-stesen ukur yang telah digunakan untuk menghasilkan pelan ukur boleh
digunakan sebagai rujukan bagi kawalan ufuk di tapak bina. Ianya dibina di
tempat yang terdapat gangguan yang boleh mengubah kedudukan asalnya.
d. Tanda Aras Yang Dipersetujui
Untuk menyediakan asas kawalan pugak, semua aras laras di tapak bina akan
dilaraskan ke tanda aras ordinan yang berhampiran. Tanda aras tersebut
digunakan sebagai rujukan untuk menentukan aras laras sementara (TBM) ke
kawasan pembinaan struktur yang berhampiran. Ketepatan nilai TBM tersebut
mesti antara ± 0.010m.

Page 6 of 29

DPP B2(b)

Amat banyak perbezaan cara ke arah pemancangan dari suatu tapak ke
tapak yang lain, tetapi sering kali perkara-perkara yang kurang kepentingan
disertakan dalam proses pemancangan dan lebih cenderung
mempercepatkan proses ini untuk menjimatkan masa.

Malangnya, prosedur-prosedur tidak teratur seperti ini boleh membawa
kepada selisih di mana akibatnya pembetulan yang diperlukan adalah
mahal atau melibatkan kos yang tinggi.

Terdapat berbagai-bagai jenis projek pembinaan yang melibatkan
pemancangan tanda iaitu:
a. Bangunan
b. Jambatan
c. Penanaman cerucuk
d. Saluran paip
e. Penandaan lengkung jalan
f. Pemasangan pembetung
g. Pemasangan kabel

Pemancangan Bangunan

Sebelum sesuatu bangunan dibina, pemancangan perlu dibuat berasaskan
pelan yang telah diluluskan. Tujuanya ialah supaya pembinaan berada pada
kedudukan yang betul dari segi:
 Kawalan menegak
 Kawalan ufuk
 Kawalan kerja

Penandaan Tanda Untuk Tapak Bangunan
Page 7 of 29

DPP B2(b)

Pemancangan Jambatan

Pemancangan jambatan melibatkan penandaan titik tengah jambatan,
kedudukan tiang jambatan, kedudukan abutment, kedudukan cerucuk dan
juga penandaan aras jambatan. Pemancangan jambatan perlu di
hubungkaitkan dengan penjajaran lengkung jalan.

Penanaman Cerucuk

Pemancangan cerucuk perlu di tanda seperti mana yang terdapat di dalam
pelan. Kedudukan cerucuk boleh di tanda mengikut kaedah Gris atau
berpandukan bering dan jarak. Terdapat perbezaan penandaan cerucuk pugak
dan cerucuk condong.

Penandaan Saluran Paip / Pembetung

Sebelum paip dipasang, tanah perlu dikorek bagi meletakkan saluran paip.
Kerja pemancangan untuk saluran paip dibuat dengan menandakan kedudukan
paip secara mendatar. Bagi tujuan pengorekkan, peralatan seperti alat aras, rel
aras, traveller dan data mengenai penandaan paip perlu disediakan.

Penandaan Lengkungan Jalan

Sebelum jalan dibina,rekabentuk jalan perlu dilakukan oleh jurutera dengan
menggunakan data yang disediakan oleh pihak jurukur. Jurutera akan
menentukan alignment dan juga profil level jalan.

Kerja pemancangan yang terlibat di dalam kerja jalan ialah:
a. Allignment jalan
b. Profil level
c. Penimbusan dan pemotongan jalan.

Penggunaan Rod aras, Aras Pengembara dan Rel Cerun

Rod aras

Pernahkah anda mendengar perkataan rod aras dan melihat kerja-kerja
pengorekan untuk pembinaan sistem perparitan? Sebenarnya rod aras terdiri
daripada sebatang kayu lintang mengufuk yang dipakukan pada satu
penyokong atau sepasang penyokong yang dipacakkan ke dalam tanah. Alat
tersebut biasanya digunakan dalam projek-projek pembinaan sistem perparitan.
Rajah 6 menunjukkan beberapa rod aras yang berbeza-beza.

Page 8 of 29

DPP B2(b)

Rajah 6 Rod Aras
Tepi bahagian atas disetkan pada ketinggian yang sesuai di atas satah
struktur yang perlu biasanya sehingga setengah meter terhampir di atas
tanah bagi penjajaran oleh mata dengan mudah. Biasanya rel tenang
disetkan 2 atau 3 meter bersudut tepat pada garis pembinaan untuk
mengelakkan daripada termusnah semasa kerja pengorekan.
Rod pengembara

Rod pengembara atau istilah lain ialah traveller. Ianya digunakan
bersama-sama dengan Rod aras. Rod aras disetkan pada beberapa nilai
yang sesuai di atas satah yang diperlukan dan rod pengembara dibina
supaya panjangnya sama dengan nilai ini. Semasa operasi pengorekan,
Rod pengembara ditenang di antara Rod aras dan digunakan untuk
mengawasi pemotongan atau penimbusan. Rajah 7 menunjukkan satu rod
pengembara dan rod aras digunakan dalam pengorekan parit dan
pembinaan kerja tanah

Rajah 7 Rod Aras Dan Aras Pengembara
Page 9 of 29

DPP B2(b)

Contoh hitungan penggunaan rod aras dan aras pengembara.

Saluran paip sepanjang 80 meter hendak dibina dengan kecerunan
menurun yang dirancang 1: 110. Aras laras di atas titik permulaan
pembinaan (A) ialah 20.102m dan Titik B ialah 20.195m. Aras terbalik di
titik awalan penggalian (A) ialah 18.123m. Panjang rod pengembara
ialah 3m. Hitungkan;

i. Aras terbalik di titik akhiran (B).
ii. Hitungkan ketinggian rod aras yang perlu didirikan di atas tanah

pada kedua-dua titik tersebut iaitu titik A dan B.
iii. Kedalaman yang perlu digali di titik A dan B

Penyelesaiaan:

Panjang saluran longkang = 80 m

Kecerunan menurun = 1 : 110

Aras terbalik di titik A = 18.123m

Panjang rod pengembara = 3m

Kadar perubahan kecerunan dari titik A ke titik B = 80
110

= 0.727m

Maka aras terbalik di B = Aras terbalik di A – kadar perubahan kecerunan
dari A ke B

= 18.123 - 0.727
= 17.396 m

Maka panjang rod aras yang perlu didirikan di A = Aras terbalik di A + panjang
rod pengembara - aras laras di A

= 18.123 + 3 - 20.012
= 1.11 m

Panjang rod aras yang perlu didirikan di titik B = 17.396 + 3 - 20.195
= 0.201m

Kedalaman yang perlu digali di A = Aras laras titik A - aras terbalik titik A
= 20.102m - 18.123
= 2.979m

Kedalaman yang perlu digali di B = Aras laras titik B - aras terbalik titik B
= 20.195 - 17.396
= 2.799m

Page 10 of 29

DPP B2(b)

Rel Cerun
Rel cerun digunakan untuk mengawal cerun-cerun tepian penambakan dan
pemotongan. Kiraan yang berkaitan bagi rel cerun dalam penambakan iaitu
anggapkan traveller 1.5m akan digunakan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.
Aras laras P dan Q diperolehi seperti berikut;

Tanah yang wujud dianggap aras.
RLQ = ( RLA + h + 1.5 ) – ( sh + 2x ) / s
RLP = RLQ + (x/s)

RLA, h dan s akan diketahui dan x harus dipilih (biasanya 1m). Setelah dikira
aras laras bagi paku Q(RLQ) dan aras laras tanah di bawah Q(RL) harus
dibandingkan untuk menjamin bahawa (RLQ – RLB) > 0.5m. Jika tidak, traveller
yang lebih panjang akan digunakan supaya tenangan boleh dilakukan daripada
ketinggian yang selesa.

Rajah 8 Rel cerun untuk tambakan
Untuk potongan pula, pancang-pancang kayu yang menyokong rel-rel
cerun biasanya disetkan beberapa meter jarak ufuk daripada tepian
cadangan pemotongan untuk mencegah daripada diganggu semasa
pengorekan. Rajah 9 menunjukkan rel cerun dalam kerja pemotongan
tanah. Kiraan yang berkaitan rel cerun dalam kerja pemotongan,
traveller tidak diperlukan.

Page 11 of 29

DPP B2(b)

Aras laras P dan Q diperolehi seperti berikut. Tanah yang wujud
dianggap laras.
RLQ = (RLA – h) + (sh + x)/s
RLP = RLQ + (x/s)
Seperti tambakan , RLA, h dan s akan diketahui dan x dipilih biasannya 1
meter.

Rajah 9 Rel cerun untuk potongan

Contoh hitungan penggunaan rel cerun.

Satu projek penambakan akan dijalankan bagi pembinaan jalanraya. Kecerunan
dirancang ialah 1 : 3 dan ketinggiaan aras pembentukan ialah 4 meter. Aras
laras sedia ada ialah 35.000m dan jarak pemasangan rel cerun dengan tepian
cadangan penambakan ialah 0.5 meter. Panjang rod pengembara (traveller)
ialah 1.5 meter. Hitungkan ketinggian rel cerun yang perlu didirikan berdasarkan
aras laras P dan Q dalam kerja penambakan.

Penyelesaian.

Aras laras Q = { Aras laras sedia ada(RLA )+ketinggiaan aras bentukan + Panjang
rod pengembara } - { kecerunan x ketinggian bentukan + 2 x
jarak pemasangan rel cerun}/ Kecerunan

(RLQ) = ( RLA + h + Panjang rod pengembara ) – ( sh + 2x ) / s

= (35.000 + 4 + 1.5) – (3 x 4 + 2 x 0.5)
3

= 36.167m

Page 12 of 29

DPP B2(b)

(RLP) = RLQ + (x/s)
=
= 36.167 + 0.5
3

36.334m

Ketinggian titik Q dari aras sedia ada = 36.167 - 35.000
= 1.167m

Ketinggian titik P dari aras sedia ada = 36.334 - 35.000
= 1.334m

Piket Ofset

Sebaik sahaja pengorekan untuk asas tapak bermula, piket-piket penjuru akan
hilang. Untuk mengelakkan dari menentukan semula piket-piket ini daripada
tanda-tanda rujukan, piket-piket tambahan ditentukan kedudukannya di atas
garis-garis di sisi bangunan tetapi diofsetkan ke belakang daripada kedudukan
penjuru sebenar. Piket-piket ofset adalah seperti Rajah 10.

Rajah 10 Piket Ofset
Page 13 of 29

DPP B2(b)

Tanda Aras Sementara (TBM)
Kedudukan TBM harus ditentukan semasa proses awal peninjauan tapak
supaya pembinaan boleh disempurnakan yang sesuai. Di mana sahaja TBM
dibina di kawasan tapak, rekabentuk yang ditunjukkan dalam gambarajah di
bawah adalah disyorkan. Setiap TBM dirujukkan pada nombor di pelan tapak
dan pelan pemancangan. Rajah 11 di bawah menunjukkan kedudukan TBM
yang di pancang kayu pada kebiasaanya dicat dengan warna merah dan putih
supaya senang dikenalpasti. Mungkin anda pernah melihat kayu tersebut
yang di letakkan di hujung atau di luar kawasan tapak pembinaan

Rajah 11 Rekabentuk kedudukan tanda aras

Teknik Menentukan Kedudukan
Daripada kordinat
Teknik ini boleh dilakukan dengan satu daripada teknik – teknik berikut:
Dengan kiraan bering dan jarak daripada sekurang-kurangnya tiga kawalan
mengufuk ke setiap titik rekabentuk seperti dalam Rajah 12 di bawah. Dalam
kaedah pertama, ialah sudut yang akan dipancangkan selepas dikira daripada =
WCB (ST) – WCB (SA). Panjang 1 dan WCB bagi ST dan SA dikira daripada
kordinat-kordinat S,T dan A. Dalam kaedah kedua, bulatan mengufuk teodolait
disetkan pada bacaan WCB bagi ST dan teleskop ditenangkan ke titik T dengan
alat di atas stesen S. Kemudian teleskop diputarkan ke arah A sehingga WCB
bagi SA terbaca pada bulatan mengufuk. Dalam kedua-dua kaedah, 1 adalah
panjang mengufuk yang akan dipancang dari S ke A dan nilainya dikira daripada
kaedah kordinat apabila dua titik tersebut diketahui nilai kordinatnya.

Page 14 of 29

DPP B2(b)

Rajah 12
Dengan kaedah silangan , menggunakan dua teodolait daripada dua titik
kawalan dengan menggunakan bering-bering sahaja dan disemak daripada titik
kawalan ketiga. Persilangan ditunjukkan dalam Rajah 13 di bawah.

Rajah 13
Dengan cara ofset daripada satu atau lebih garis bes seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 14 di bawah. Ofset dikira daripada kordinat penghujung garis bes
dan kordinat rekabentuk. Jika hanya satu garis bes digunakan, penjajaran
tambahan perlu dibuat kerana terdapat kurangnya semakan untuk titik-titik
pemancangan

Rajah 14
Page 15 of 29

DPP B2(b)
Perletakan Paip
Setelah selesai pengorekan, rel tenang pengawal dipindahkan ke piket-piket di
dasar parit seperti Rajah 15 di bawah. Bahagian atas bagi setiap piket disetkan
pada aras invert (terbalik) bagi paip.

Rajah 15
Biasanya paip diletakkan di atas beberapa susunan pengalas dan aras
pengembara (traveller) perletakan paip sangat berguna untuk tujuan ini seperti
dalam Rajah 16. Paip-paip diletakkan daripada hujung bahagian terendah dengan
soket-soket hala menaik. Ia boleh ditempatkan dengan menggunakan tepian lurus
dalam paip sehingga tepi yang dianjurkan itu menyentuh piket hadapan yang
berikutnya atau dengan cara lain dengan menggunakan tiga traveller secara
serentak seperti dalam Rajah 17 di bawah.

Rajah 16 Aras Pengembara Perletakan Paip

Page 16 of 29

DPP B2(b)

Rajah 17 Boning Rod
Ukuran Semakan Ke atas Struktur Sedia Ada
Ukuran semakan (as built survey) ialah kerja yang dilakukan selepas kerja
pembinaan siap. Kerja tersebut dilakukan bertujuan untuk memastikan
kedudukan dan dimensi adalah tepat mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Bagi kerja pembinaan adalah menjadi suatu kelaziman jika
terdapat beberapa perubahan atau pindaan daripada pelan asal.
Dari titik kawalan ufuk dan pugak, suatu pelan lengkap akan disediakan untuk
menunjukkan kesemua pindaan yang telah dilakukan semasa pembinaan.
Oleh itu as built survey amat penting di mana ia perlu disediakan untuk
menyediakan pelan yang berguna apabila menghadapi kemungkinan binaan
akan ditambah atau diubahsuai pada masa depan.

Page 17 of 29

DPP B2(b)

D piket penjuru piket opset
A C

garisan silang

B
raj.1

Kaedah memancang tanda tapak bangunan.

 Penandaan tanda bangunan berdasarkan dari batu sempadan atau
garisan bangunan.

 Tentukan ukuran berbentuk empat sudut tepat contoh A, B, C dan D (
raj.1 ).

 Ukur panjang AB dan tandakan titik dengan piket yang mempunyai
paku diatasnya.

 Dengan kaedah 3:4:5 bersudut tepat ukur panjang AD dan BC,
tandakan dengan piket di C dan D.

 Penyemakan memancang tanda boleh dilakukan dengan membuat
garisan persilangan. Kedua-dua sukatan persilangan hendaklah sama
bagi menentukan kejituan pengukuran.

 Penanaman piket opset diperlukan bagi tujuan semakan atau tanda
rujukan jika piket bangunan hilang.

 Kerja aras dilakukan pada piket penjuru bangunan untuk tujuan lubang
tiang.

A α Bα l αC
α
αα l l
l CADANGAN
l l BANGUNAN
l l l
l α bering
titik-titik grid
tapak αα l jarak

l αα

αl
α

Contoh memancang tanda kaedah grid tapak
Page 18 of 29

DPP B2(b)

Papan profil ( raj. 2 )
Papan profil digunakan untuk menentukan pepenjuru atau sisi-sisi
bangunan. Berukuran keratan 25 mm x 150 mm secara mengufuk dan
panjangnya mengikut kesusuaian. Papan ini dipakukan pada sebatang
kayu empat segi sama ( 50 mm ) dan ditanamkan di dalam tanah.
Papan profil jenis lain adalah papan profil lintang dan ianya digunakan
bersama-sama pengembara untuk mengawasi dalamnya pengorekan (
raj. 4 ). Papan profil hendaklah dibina diluar binaan untuk memberi
laluan semasa pengorekan samaada dengan tangan atau jentera
pengorek ( raj. 3 ). Papan profil boleh juga digunakan sebagai datum
untuk menentukan ketinggian contoh jenang, tutup tiang ( wall plates )
dan lain-lain. Setelah papan ini dibina, garisan binaan akan
direntangkan dengan tali untuk menentukan ketebalan tapak atau
dinding. Tali diikatkan pada tanda paku atau pun papan profil yang
telah ditoreh berbentuk ‘ V ’.

Page 19 of 29

DPP B2(b)

papan profil
penjuru

papan profil sisi

cadangan tapak
bangunan

Kedudukan papan profil

raj. 3

i. Memancang lengkungan atau berbagai bentuk dinding.

Memancang tanda dinding melengkung atau dinding berbagai bentuk
papan profil tidak boleh digunakan. Berbagai teknik digunakan oleh
jurubina kebiasaanya menggunakan pencontoh kayu bagi perbentukan
permukaan dinding. Garisan tengah akan digunakan untuk
mewujudkan ukuran daripada dinding berkenaan.

Page 20 of 29

DPP B2(b)
ii. Memancang tanah bercerun.
Sukatan hendaklah dilakukan secara mendatar dengan menggunakan
kaedah tangga. Persilangan mestilah disukat secara mengufuk juga.
Bangunan besar.
Memancang tanda pada bangunan besar seperti bangunan kilang
bangunan komersial dan lain-lain ketepatan adalah diutamakan.
Kesilapan akan mengakibatkan kerugian masa dan kos untuk
membetulkan semula. Beberapa langkah perlu dibuat semasa
pengukuran dijalankan terutamanya dari segi penggunaan alatan ukur.
Kaedah memancang tanda tapak.
Rajah 5 adalah sebuah pelan bangunan kilang. Tiang diperbuat
daripada konkrit tetulang dan dinding daripada bahan berpanel.
Bumbung berstruktur besi dan disokong oleh tiang besi. Tiang mestilah
ditempatkan tepat pada ukuran sebenar dan lurus.

Page 21 of 29

DPP B2(b)

 Tentukan garisan AB daripada stesen tapak terabas dan sukat
jaraknya daripada garisan tengah ( dikiri tiang ) sukat jarak
dengan tepat.

 Tanda piket D dengan muka kiri dan kanan pandangan dari A.
Tentukan kedudukan D, dari jarak garisan tengah kekanan tiang.

 Tanda C pula dengan melihat pandangan dari D iaitu CD=AB.
 Periksa sudut C dan jarak CB untuk menentukan ABCD adalah

bersudut empat segi tepat.
 Tanda tengah tiang sepanjang garisan diatas profil atau diatas

piket. Garisan tengah mesti ditanda dengan menggunakan pita
ukur untuk memberi kelonggaran oleh sebab suhu.
 Kedudukan tengah tiang ditentukan dari tali persilangan atau
diantara tanda rujukan atau mendirikan alat tiodolit diatas piket
bersebelahan bangunan, lihat kedudukan piket bersebelahan
dan luruskan tiang berterusan dari alat berkenaan.

Penandaan tanda untuk tingkat atas bangunan atau penyemakan
kepugakan.

Terdapat beberapa cara jurubina atau jurutera membuat penyemakan
kepugakan di antaranya ialah;
 Tiodolit.
 Plumet optik.
 Batu ladung (plumbbob).

A. Kaedah tiodolit ( raj. 6 ).

 Apabila memancang tanda kawasan kerja untuk kawalan
mendatar, panjangkan tanda di P1 ke P4 dimana dua garisan
berada bersudut tepat diantara satu sama lain. Empat piket
diperlukan pada setiap sudut.

 Ulangi langkah diatas dipiket P3 pula.
 Tiodolit didirikan di pandangan kiri diatas piket luar P1 dan

pandang ke piket P2. Teropong didongakkan keatas pada
bangunan dan buat tanda diluar tiang. Ulangi langkah ini pada
pandangan kanan pula. Kedua-dua tanda berkenaan akan
bertembung sekiranya pengukuran dibuat dengan betul.
 Ulangi langkah yang sama pada kesemua tiang berikutnya.

Page 22 of 29

DPP B2(b)

alat tiodolit P4 P2 P1
P3 raj. 6

B. Kaedah ‘ Autoplumb ’.

 Alat ini boleh digunakan di luar atau dalam bangunan.
Ketinggian penyemakan alat ini boleh digunakan lebih kurang
jaraknya 150 m apabila menggunakan 100 mm alat pemusatan
(raj. 7).

 Alat ini dilengkapi dengan plummet optik bertujuan untuk
pandangan ke atas dan ke bawah.

Page 23 of 29

DPP B2(b)

Alat Automatic Plumbing

C. Kaedah ladung ( plumbbob )
Ladung digunakan daripada gegelung dilepaskan ke arah tanda di atas
lantai. Kedudukan tanda pada kebiasaanya ditempatkan pada jarak
tertentu di tengah bangunan. Ladung akan dibiarkan berendan di dalam
air untuk melembabkan tali daripada tindakan angin.

ii. Memancang tanda - Kawalan menegak.
Aras bangunan, aras kedalaman, kecuraman, pembentungan dan lain-
lain telah ditanda di pelan tapak kemudian dipindahkan ke atas tanah
dengan pelarasan dibuat menggunakan alat-alat aras. Tinggi aras
kolimatan selalunya digunakan untuk pemancangan tanda dan
menyemak pada titik yang ditentukan.
A. Pemancangan tanda untuk paip.
Penjajaran garisan paip dilakukan dengan menggunakan peralatan
tiodolit. Bagi tujuan pengorekan dasar paip, aras dasar paip ditentukan
dengan pengiraan aras yang berdasarkan kepada aras rekabentuk
dasar paip. Kerja ukur aras perlu dibuat dengan betul untuk tujuan
pengorekan dan perletakan paip.
a Peralatan kerja paip.
i. Rel aras atau papan tenang ( sight rail ).
Terdiri daripada kayu melintang mengufuk yang dipaku kepada
kayu penyokong yang dipacak kedalam tanah. Rel aras boleh
juga digantung dengan besi pada kayu penyokong dan diangkat
untuk memudahkan pengorekan. Tepi bahagian atas papan
disetkan pada aras yang telah dikira dan harus pada ketinggian
yang sesuai untuk penjajaran dengan mata. Rel aras ini
digunakan bersama-sama dengan pengembara ( raj. 8 ).

Page 24 of 29

nota DPP B2(b)
rujukan ketinggian
rel aras

besi penyokong

1. Kerja-kerja jalan, 2. Paip bergaris pusat 3. Penjuru bangunan Cara alternatif untuk
tapak paip bergaris besar memasang rel
pusat kecil.

raj. 8

ii. Pengembara ( traveller or boning rod ).
Ia digunakan bersama-sama dengan rel aras untuk mengawal
kerja-kerja pengorekan dan penimbusan.

iii. Alat aras dan setaf.
Digunakan untuk kerja-kerja pengarasan ( lihat nota tajuk ukur
aras ).

B. Kaedah perletakan paip.

 Tanam piket laluan paip dengan menggunakan alat EDM. (
tanda dibuat mengikut sela yang ditetapkan ).

 Dapatkan aras laras piket dan aras laras tanah.
 Rel aras berbentuk tiang gol ditanamkan merintangi tempat

pengorekan.
 Dengan berpandukan aras laras terbalik ( invert level ) paip,

setkan ketinggian rel aras pada permulaan paip dan penghujung
paip.
 Kirakan kedalaman korekan untuk meletakkan paip mengikut
aras yang telah dikira.
 Lakukan kerja pengorekan atau penimbusan dan periksa aras
korekan dengan menggunakan pengembara untuk kerja ( raj 9 ).

Page 25 of 29

DPP B2(b)

iii. Rel cerun atau papan sendeng ( raj. 10 dan raj. 11 ).

Rel cerun digunakan bertujuan untuk menambak atau memotong
tanah. Kaedah ini selalu dipraktikkan untuk membuat jalan atau
perumahan dilereng-lereng bukit.

Rla + h + 1.5 paku ( sh + 2x )
 P s

CL traveller tidak
kurang
1.5m daripada
0.5m
 aras bentukan di
garisan tengah

paku Q

h l  RLp
s
L1 = aras sedia RLQ (x/s
ada di garisan cerun sisi )
 tengah
RLB
b
piket A piket B

sh x x

raj. 10 Rel cerun untuk tambakan

Page 26 of 29

DPP B2(b)

PENGAWALAN PENGOREKAN DENGAN REL ARAS

a. Pengorekan aras mengufuk.
Satu kawasan dikehendakki diaraskan kepada 50.0 m untuk dijadikan
padang bola. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil untuk
memancang tanda rel aras.

 Aras pada rel kebiasaanya diambil 1.0 m daripada aras tanah. ( 50.0 +
1.0 = 51.0 m ).

 Aras diambil diatas batu aras sementara dan 50.0 m dikenalpasti
diatas tanah. Rel aras didirikan disekeliling garisan kontur.

 Oleh itu panjang pengembara ialah 51.0 - 50.0 = 1.0 m. Panjang
pengembara hendaklah dicatat dibelakang rel aras dengan cat atau
kapur ( raj. 12 )

b. Pengorekan aras kecuraman.

Satu pembentung hendak dibina diantara dua titik iaitu A dan B jarak
120.000 m. Aras kedalaman longkang berkenaan di A ialah 23.500 dan
kecuraman diantara dua titik ialah 1:60. Panjang rel aras ialah 1.000 m
dari paras tanah.

 Aras diambil dan dibaca daripada batu aras sementara dimana
kedudukan di A aras tanahnya tidak diketahui. Berikut adalah bacaan
diambil dengan menggunakan kaedah tinggi garis kolimatan.

P.Belaka P.Anta P.Hadap TGK Aras Catatan
ng ra an laras
28.1 26.720 TBM
1.380 00
25.150 Aras tanah A
2.950 26.000 Rel aras A
28.000 Rel aras B

Page 27 of 29

DPP B2(b)

 Aras rel diberi 26.000 m. Oleh itu panjang pengembara di A ialah
26.000 - 23.500 = 2.500 m.

 Aras kedalaman di B; Panjang pembentung = 120.000

Kecuraman = 1:60

Naik ( A ke B ) = 120 / 60

=+ 2.000 m

Aras kedalaman B = 23.500 + 2.000
= 25.500 m.

 Aras rel aras di B adalah panjang pengembara keatas aras kedalaman.
Oleh itu aras rel aras di B ialah 28.000 m ( 26.000 + 2.000 ).

 Bacaan setaf yang diperlukan untuk memancang tanda rel aras ialah
( raj. 13 );

Setaf di A = 28.100 - 26.000 = 2.100 m.
Setaf di B = 28.100 - 28.000 = 0.100 m.

Page 28 of 29

DPP B2(b)

EXERCISE :

1. Berapakah jarak pancang dari sekeliling bangunan?.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan aras datum?
3. Berapakah nilai Ketepatan TBM?.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan peninjauan?
5. Berapakah ukuran kayu tegak?
6. Apakah yang dimaksudkan dengan rod aras?
7. Mengapakah diperlukan ukuran semakan?.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan bonning rod?

REFERENCE :

o Buku Kejuruteraan Survey
- UTHM, UTM

o Modul
- ECV 2072 -Introduction To Survey -

o Laman web
- http:// www.wikipedia.

Page 29 of 29


Click to View FlipBook Version