The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqamidar, 2022-04-19 07:07:56

E-Portfolio Tugasan 2 PSVK3033

Portfolio

Keywords: Portfolio

TUGASAN 2 (PORTFOLIO)

NAMA : MUHAMMAD AFIQ DANIEL BIN AMIDAR
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021072340148
KUMPULAN
KOD DAN NAMA KURSUS : 010827-12-0959

NAMA PENSYARAH : PISMP PSV
TARIKH HANTAR
: PSVK 3033 PENGAJIAN DAN
PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN
SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

: FAZIDAH MOHD GANI

: 6 APRIL 2022

Saya Muhammad Afiq Daniel bin Amidar dengan ini mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas kerja kursus saya
daripada

pensyarah

Tandatangan : Tarikh :

ISI KANDUNGAN Muka surat

Bil Perkara 3
5
1.0 Pengenalan 11
2.0 Contoh susunan meja abad ke-21 17
3.0 Gambar bilik seni visual 24
4.0 Kajian Pelan Lantai 29
5.0 Lakaran Pelan lantai 31
6.0 Hasil pelan lantai bilik seni visual 34
7.0 Penerangan pelan lantai bilik seni visual
8.0 Kesimpulan

Rujukan

PENGENALAN

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’
atau ‘musuh’ dalam pembelajaran. Melalui pernyataan tersebut, persekitaran fizikal bilik
darjah adalah penting kerana persekitaran yang kondusif boleh menggalakkan dan
menghalang pembelajaran daripada terus berlangsung. Suasana fizikal boleh menyumbang
kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan
murid yang lain (Haliza Hamzah, 2009). Pengalaman pembelajaran murid akan lebih seronok
jika persekitaran selesa, kemas dan ceria. Susun atur bilik darjah boleh menampakkan
autoriti, stail pengajaran seseorang guru, menimbulkan rasa kepuasan dan membolehkan
berlakunya interaksi di dalam kelas. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih dapat
mewujudkan keselesaan kepada murid untuk belajar dan keselesaan untuk guru mengajar.
Oleh itu, aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus
ditekankan.

CONTOH
SUSUNAN MEJA
ABAD KE-21

Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memahami dan bersedia
melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran
abad ke -21. Antaranya ialah, meja guru boleh diletakkan di hadapan kelas ataupun dipenjuru
hadapan kelas supaya tidak mengganggu pergerakan murid-murid. Fedric H. Jones (2008),
ada menyatakan bahawa meja guru tidak semestinya berada di hadapan kelas. Hal ini
kerana, akan menghadkan pergerakan guru dan akan dapat mengurangkan pelajar duduk
secara berdekatan. Kedudukan meja murid juga perlu disusun mengikut kesesuai murid dan
ruang yang tidak terlalu luas dan sempit. Pelbagai bentuk digunakan untuk memberikan
persekitaran yang selesa kepada murid termasuklah bentuk U, L, barisan dan kumpulan.
Bentuk ini sesuai digunakan dalam kelas kerana memberi peluang kepada murid yang
berada di bahagian belakang dan tepi kelas agar dapat melihat tulisan ketika sesi
pembelajaran berjalan.

Contoh susunan 1 Contoh susunan 3
Contoh susunan 2 Contoh susunan 4

Contoh susunan 5 Contoh susunan 7

Contoh susunan 6 Contoh susunan 8

Contoh susunan 9 Contoh susunan 11

Contoh susunan 10 Contoh susunan 12

Contoh susunan 13
Contoh susunan 14

GAMBAR BILIK
SENI VISUAL

• Kelas seni diperlukan terutamanya untuk memaksimakan kebolehan dan bakat murid
dalam penerokaan murid dalam dunia seni.

• Dengan adanya kelas yang dikhaskan untuk merid dalam bidang seni, murid akan
mampu mempelajari dan membuat penemuan demi penemuan dalam bidang seni
dengan adanya kelas yang dijalankan khas untuk bidang kesenian.

• Ia penting bagi murid untuk mengenali elemen-elemen seni, murid mampu belajar
membuat ekxpresi dalam seni, mempelajari pelbagai kaedah dan teknik dan kaedah
menggambar, melakar dan merekabentuk.

• Hal ini membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali
cita rasanya sendiri.

• Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel.

• Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh
koordinasi pancaindera secara seimbang.





Suasana fizikal bilik seni menjadi rangka yang
menentukan keadaan pembelajaran, sama ada
menggalakkan atau menghalang pembelajaran.
Perancangan dan penyusunan fizikal bilik seni
melibatkan mengorganisasi, merancang dan
menggunakan perkara-perkara yang melibatkan tempat
duduk murid, alat bantu mengajar, alat-alat pandang
dengar, sudut-sudut aktiviti dan pameran, papan tulis
dan pelbagai perabot lain, dengan sempurna

Bilik seni yang cerah, berwarna-warni, selesa, ruang
yang luas dan interaksi guru dengan murid serta
sesama murid yang menyeronokkan pasti akan

menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan
kekal berbanding dengan keadaan sebaliknya. Susun

atur meja dan kerusi murid sebaik-baiknya dalam
keadaan kemas bagi memudahkan guru mengawal
kelas dan menggalakkan interaksi antara guru dengan

murid.

OBJEKTIF PENGHASILAN BILIK SENI
1. Membina kelas yang memberi fokus terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

melalui latihan intensif pengkaryaan.
2. Menyediakan ruangan khas yang kondusif kepada murid bagi memberikan fokus yang

lebih mendalam dalam seni visual.
3. Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui

pameran, aktiviti, kritikan dan pertandingan yang dijalankan.
4. Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni

dalam empat bidang bukan sahaja mengikut sukatan pelajaran malah meneroka
bidang ini ke peringkat masteri.
5. Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya yang
dipamerkan.
6. Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran yang
dilaksanakan.
7. Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

KAJIAN PELAN
LANTAI

Suasana dan susun atur bilik
seni merupakan perkara utama
yang perlu ditekankan. Dalam
hal ini, salah satu perkara yang
sangat penting adalah
pencahayaan. Hal ini kerana,
semua aktiviti seni memerlukan
murid melakukan aktiviti dalam
keadaan yang jelas dan terang.
Pencahayaan ini dapat
diwujudkan sama ada daripada
lampu yang terang mahupun
cahaya matahari yang
semulajadi.

Selaras dengan itu,
pengudaraan di dalam
sesebuah bilik seni itu juga
perlu dititikberatkan kerana
pengudaraan yang baik
mampu memberi keselesaan

kepada murid untuk
melakukan kerja-kerja seni.
Dalam hal ini, tingkap boleh
diletakkan pada sisi kanan

dan kiri kelas dan boleh
dibuka untuk melancarkan

pengudaraan semasa
melakukan kerja-kerja seni

Di dalam bilik seni juga, adalah
penting untuk menyediakan
kemudahan-kemudahan asas
seperti punca pendawaian elektrik,
sinki dan sebagainya. Melihat
daripada perkara tersebut, sinki
perlu diletakkan pada kawasan
yang sesuai atau sistematik bagi
memudahkan kerja-kerja seni
dilakukan oleh murid. Sinki yang
boleh digunakan di dalam bilik
seni ialah sinki yang sedikit dalam
bagi mengelakkan air melimpah
keluar.

Seterusnya, susunan barang-
barang di dalam bilik seni seperti

meja dan kerusi yang sesuai
dengan murid perlu disediakan
sepanjang murid melakukan kerja-
kerja seni mereka. Dalam hal ini,
murid semestinya akan melakukan
pelbagai aktiviti seni, menyebabkan
pentingnya pemilihan perabot yang
tepat untuk diletakkan di bilik seni
iaitu meja yang tahan serta kalis

air.

Sejajar dengan itu, bilik seni
juga perlu mempunyai stor bagi
menyimpan barang-barang atau
peralatan seni yang berharga,
berbahaya serta stok alat dan
bahan seni. Berdasarkan
dengan pernyataan tersebut,
stor seni juga boleh digunakan
untuk menyimpan hasil-hasil
karya murid yang tidak
dipamerkan pada masa itu.

Kemudian, bilik seni yang
dihasilkan juga perlu mempunyai

sudut pameran sama ada rak
mahupun papan atau meja

pameran. Hal ini adalah untuk
menghargai hasil kerja murid
sekaligus memberi motivasi
kepada murid untuk menghasilkan
karya yang lebih baik.. Sebagai
contoh, bilik seni perlu mempunyai
pameran bidang menggambar,
membuat corak dan rekaan,
mengenal kraf tradisional serta
membentuk dan membuat binaan

LAKARAN
PELAN LANTAI

Lakaran 1

Di dalam lakaran ini, kedudukan
meja disusun membentuk huruf
‘V’ dan ditambah 3 barisan meja
pada tengahnya. Melalui lakaran
ini, kapasiti murid yang boleh
dimuatkan di dalam kelas dalam
1 sesi PdP hanya 25 orang.
Selain itu, sinki diletakkan pada
bahagian belakang kelas
berselang dengan tingkap.
Tingkap hanya ada pada
bahagian belakang. Tingkap
pada bahagian belakang
menjadikan pameran LCD
terganggu kerana cahaya akan
terkena pada banner putih
pameran LCD tersebut.

Lakaran 2

Dalam lakaran ini, meja yang
digunakan ialah meja bulat. Di dalam
1 meja, terdapat 4 orang murid.
Jumlah keseluruhan murid yang
boleh dimuatkan di dalam kelas ini
hanya 20 orang. Pencahayaan bagi
kelas ini sangat baik kerana tingkap
terdapat pada dinding kanan dan kiri.
Kelas ini juga dilengkapi dengan sinki
untuk mencuci peralatan seperti
berus yang telah digunakan atau
untuk mencuci palet warna. Rak
pameran pada kelas ini ada pada
bahagian belakang kelas dan rak
penyimpanan berada di hadapan
kelas.

Lakaran 3

Melalui lakaran ini, konsep susunan ‘Double
horseshoe’ digunakan namun diubahsuai
menjadi lebih baik. Dalam lakaran ini, susunan
meja disusun seolah-oleh mengelilingi sebuah
meja pada tengah kelas tersebut. Meja pada
tengah kelas tersebut digunakan untuk
memperlihatkan kepada murid sesebuah
objek sama ada objek yang ingin dilukis
mahupun contoh karya. Meja guru berdekatan
dengan papan putih merangkap kawasan
paparan LCD serta dekat dengan kawasan
masuk ke dalam kawasan tengah. Pameran
hasil karya murid boleh diletakkan pada
dinding belakang. Tingkap ada pada sisi
kanan dan kiri menjadikan pencahayaan kelas
ini sangat baik. Kelas ini boleh memuatkan 31
orang murid.

Lakaran 4

Di dalam lakaran ini, murid duduk
secara berkumpulan iaitu 4 orang
di dalam 1 meja. Susunan meja
seperti ini boleh menggalakkan
perbincangan oleh murid-murid.
Dengan susunan kelas seperti ini,
sebanyak 36 orang murid boleh
masuk ke dalam kelas sekaligus.
Meja guru terletak pada hadapan
kanan kelas berdekatan dengan
sudut pameran. Tingkap kelas ini
ada pada bahagian belakang
kelas yang diselangi dengan
beberapa sinki tempat
penyimpanan barang kelas ini
terletak pada sisi kiri kelas dan
pintu terletak pada hadapan kiri
kelas.

HASIL PELAN
LANTAI BILIK
SENI VISUAL



PENERANGAN
PELAN LANTAI
BILIK SENI
VISUAL

Segi empat tepat yang mempunyai Dinding pada bahagian ini boleh dijadikan sebagai Ini merupakan pintu
bulatan ini merupakan sinki yang kawasan pameran karya sementara atau karya semasa masuk ke dalam bilik
seni yang dihasilkan
digunakan untuk mencuci murid.
peralatan melukis seperti berus Meja ini diletakkan di
bahagian tengah bagi
dan palet.. murid melihat objek

rak ini digunakan untuk secara 360 darjah
menempatkan peralatan yang ditunjukkan oleh

dan bahan seni visual guru dengan lebih
mengikut kategori jelas.

seperti, pensel warna, Tingkap ini penting
warna air, berus, kertas bagi menggalakkan
lukisan dan sebagainya pencahayaan serta

Meja pada bahagian ini pengudaraan di
merupakan meja tambahan dalam
sekiranya murid terlalu ramai
sesebuah bilik
dan ruangan pada meja tersebut.
utama tidak mencukupi.
Garisan putus-putus
Rak ini untuk Papan putih ini digunakan Meja guru diletakkan ini menggambarkan
menyimpan hasil untuk menerangkan sesuatu berdekatan dengan papan putih ‘Tape’ yang dilekat
karya kekal atau teknik atau isi pembelajaran pada lantai dan meja
hasil karya yang serta rak hasil karya kekal bagi menggalakkan
tidak kerap ditukar kepada murid. LCD juga supaya guru dapat memantau penjarakan sosial.
kepada pameran boleh dipaparkan pada murid, dan karya kekal dengan
baru atau semasa.
bahagian ini baik.

• Pendidikan Seni Visual merupakan peluang yang bernilai kepada murid pada
peringkat akar umbi bagi menimba pengalaman dalam seni visual.

• Seni bermula pada media seperti lakaran pensil, warna pensil, krayon, pastel,
warna air dan sebagainya. Selain daripada itu, rekabentuk, kraf dan rekacipta
adalah perkembangan seni yang bernilai dalam memantapkan kemampuan murid
dalam dunia seni visual

• kelas yang kondusif bagi membina suasana pembelajaran yang lebih efektif yang
mana murid dapat meneroka dunia seni dengan lebih mendalam.

• Selain itu, kelas seni mampu memberikan murid motivasi dan mengembangkan
motivasi serta membina keyakinan diri mereka dalam pembelajaran seni
khususnya.

KESIMPULAN

Dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru PSV, guru memerlukan ruangan yang
boleh membantu guru-guru untuk melaksanakan tugasan mereka dengan lebih efektif. Ini

kerana seni lukis dan pengkaryaan perlu latihan kemahiran dan pemantapan kemahiran
yang dilaksanakan sepanjang tahun. Justeru, dengan adanya ruangan utama untuk kerja-

kerja kesenian. Asas seni dari akar umbi mampu dimantapkan, pembelajaran menjadi
lebih sistematik dan efektif dan murid mampu meneroka seni visual dengan lebih meluas

RUJUKAN

Farihah Hasbulah. (2020). Portfolio pendidikan seni visual. Diakses pada 19 Mac 2022 daripada
https://fliphtml5.com/wdlzj/gdxm/basic

Fredric H. J. (1987). Positive Classroom Instruction. The university of Michingan: McGraw Hill.

Haliza Hamzah. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Irisha Dani Mohd Zaki. (2014). Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif. Diakses pada 19 Mac 2022 daripada
https://www.scribd.com/doc/208703879/Bilik-Pendidikan-Seni-Visual-Yang-Kondusif

Marland, M. (1975). The craft of the classroom: A survival guide to classroom management in the secondary school. London:
Heinemann Educational.

Nor Hamishah Intan. (2014). Penyediaam bilik pendidikan seni di sekolah. Dialkses pada 18 Mac 2022 daripada
https://www.scribd.com/doc/245246237/Contoh-Pelan-Bilik-PSV

Nur Ain Nabilah Ismail. (2018).Pelan lantai bilik seni visual yang ideal. Diakses pada 18 Mac 2022 Daripada
https://dokument.pub/folionur-ain-nabilah-binti-ismail-flipbook-pdf-i-5f1acc4a7cb40.html


Click to View FlipBook Version