The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah Makanan Tradisional VS Makanan Moden

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliff Shah, 2023-01-14 11:06:50

E-Majalah Makanan Tradisional VS Makanan Moden

E-Majalah Makanan Tradisional VS Makanan Moden

M A K A N A N T R A D I S I O N A L V S M O D E N FOOD IS CULTURE AND LOVE kumpulan 11


1 PENGENALAN 2 MAKANAN TRADISIONAL VS MAKANAN MODEN 3 NASI LEMAK 4 ZONGZI 5 THOSAI 6 MANUK PANSUH 7 HINAVA 8 PIZZA 9 PISANG GORENG CHEESE 10 SATAY 11 SPAGETTI 12 BERIANI 13 PENUTUP ISI KANDUNGAN


Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai identiti nasional yang tersendiri dan unik yang berbeza dengan negara lain. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, selain itu, pelbagai adat resam dan makanan tradisi yang diturunkan dari generasi ke generasi ibarat kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tidak dilupakan juga makanan moden masa kini yang bukan perkara baru dalam masyarakat moden dan semakin berkembang dan semakin maju setiap hari dengan kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan bagai cendawan tumbuh selepas hujan namun tetap perlu disantuni. Pengenalan


MAKANAN MODEN VS TRADISIONAL Masakan moden merujuk kepada hidangan yang menyerap pengaruh masakan asing dan diterima serta dinikmati oleh masyarakat moden dengan cara terkini. Inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan istimewa di mata dunia. Walaupun berbeza agama dan bangsa, rakyat Malaysia saling berhubung dan boleh hidup dalam harmoni. Aspek pemakanan amat berkait rapat dengan sesebuah negara sehinggakan ia menjadi identiti utama bangsa tersebut. Apabila bercakap tentang makanan, kepelbagaian makanan ini bertindak dalam beberapa cara sebagai pemangkin kepada perpaduan dan mencerminkan latar belakang kehidupan dalam komuniti yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Selain itu, majoriti penduduk Malaysia boleh dibahagikan secara kasar kepada tiga kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya termasuk Dayak, Kadazan, Malanau dan kumpulan etnik lain di Malaysia Timur. Makanan tradisional Melayu dan makanan moden ini dapat dibahagi menjadi beberapa kategori utama seperti lauk pauk dan kuih kering dan Ia mencerminkan susunan kaum yang berbeza dalam populasinya.


DALAM MASAKAN TRADISIONAL MELAYU, PENGGUNAAN REMPAH RATUS DAN SANTAN DALAM MASAKAN TIDAK DINAFIKAN LAGI. REMPAH-REMPAH SEPERTI BELACAN DAN BUDU PENTING UNTUK MENAMBAH RASA PADA MAKANAN. KEBANYAKAN MAKANAN TRADISIONAL MELAYU DIHIDANGKAN PADA HARI PERAYAAN SEPERTI HARI RAYA. NASI LEMAK MAKANAN TRADISIONAL MELAYU SEBAGAI CONTOH, NASI LEMAK MERUPAKAN MAKANAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU. NASI LEMAK IALAH HIDANGAN YANG SEDERHANA DAN MUDAH. HIDANGAN INI DILENGKAPI DENGAN NASI YANG DIMASAK BERSAMA SANTAN, SAMBAL PEDAS, TELUR REBUS, IKAN BILIS, KACANG TANAH DAN MENTIMUN SERTA BOLEH JUGA DITAMBAH DENGAN LAUK PAUK KESUKAAN SENDIRI. NASI LEMAK JUGA BOLEH DIKATAN SEBAGAI SIMBOL ATAU IDENTITI MALAYSIA, APABILA BANGSA ASING MELANCONG DATANG KE MALAYSIA, NASI LEMAK ANTARA MAKANAN YANG DICARI OLEH MEREKA


NASI LEMAK MAKANAN TRADISIONAL MELAYU MEMBASUH BERAS SEDIAKAN KUALI, MASUKKAN SEDIKIT MINYAK, TUMIS SERAI, DAUN PANDAN, HALIA DAN BAWANG BESAR. MASUKKAN AIR DAN SANTAN, BIARKAN MENDIDIH. MASUKKAN GARAM DAN GAUL RATA. TUANGKAN NASI CAMPUR KE DALAM PERIUK NASI. KEMUDIAN TUANGKAN SANTAN YANG TELAH DIMASAK TADI DAN MASAK NASI. SELEPAS MASAK, KACAU NASI UNTUK MENGELAKKAN NASI PECAH DAN SEDIA DIHIDANG BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS, SOTONG, TELUR REBUS DAN TIMUN. Cara-Cara Pembuatan DISEBABKAN NASI LEMAK TINGGI KALORI/TENAGA, SELAIN MEMPUNYAI BAHAN YANG TINGGI LEMAK AKAN TETAPI ATAS RASANYA YANG ENAK MASIH TERDAPAT PENGEMAR WALAUPUN AKAN RISIKONYA. INI TERBUKTI BAHAWA SETIAP MAKANAN TRADISIONAL MEMPUNYAI PELBAGAI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN YANG DAPAT KITA TERAPKAN, MISALNYA MEMAKAN NASI LEMAK DENGAN KADAR BERSEDERHANA TIDAK MENAMBAH LAUK PAUK YANG PERLBAGAI


ZongZi Makan nasi ladu di Festival Perahu Naga adalah salah satu adat perayaan. Zong, iaitu, "Zongzhen", biasanya dikenali sebagai "Zongzi", adalah salah satu daripada "Zong". "Zhen" ialah penghormatan yang digunakan untuk menyembah tuhan dan nenek moyang semasa perayaan. Terdapat pelbagai jenis zhen. Perayaan yang berbeza akan menghasilkan zhen yang berbeza. Ia adalah adat kuno untuk membuat zhen untuk menyembah tuhan dan nenek moyang. Zongzi mempunyai kelikatan yang tinggi, dan mengandungi terlalu banyak lemak, garam dan gula. Pakar menyarankan agar tidak makan zongzi duajamsebelumtidur. Iabolehmeningkatkanpenghadaman. Ramai yang masih mempunyai kesan perut kembung selepas makan terlalu banyak ladu beras. Malah, pulut adalah makanan yang paling mudah dihadam.Daniaseringdigunakanoleh orang ramai untuk memasak bubur untuk menyuburkan badan. Ia mengandungi selulosa, karbohidrat, vitamin B, dan lain-lain, yang boleh meningkatkan fungsi badan dan imunitimanusia. KELEBIHAN KELEMAHAN


Proses Penghasilan ZongZi Untuk ladu nasi bacon, campurkan dahulu daging segar dengan sedikit monosodium glutamat, gula, wain, garam, dan kicap ringan dan gosokkannya berulang kali sehingga perasa meresap ke dalam daging sebelum dibungkus. Pengikatan Zongzi: Ladu pes kacang tidak boleh diikat terlalu ketat untuk mengelakkan biji beras daripada memerah ke dalam pes kacang. Jika ladu nasi bacon diperbuat daripada daging berlemak, ia tidak boleh diikat dengan ketat, tetapi hanya elastik sederhana. Jika digunakan daging tanpa lemak, ia mesti diikat dengan ketat, kerana daging tanpa lemak akan mengecut selepas ia dimasak, dan jus lemak isi ladu beras akan bocor ke dalam air, yang tidak dapat menyimpan ladu nasi lemak dan berlilin. Memasak Zongzi: Semasa memasak Zongzi, air mesti direbus sebelum menjatuhkan Zongzi. Jangan tambah air semasa proses memasak. Perlu diingatkan bahawa ladu nasi Jianshui tidak boleh dimasak dengan ladu nasi lain. Keluarkan dari api selepas masak.


THOSAI MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA Thosai atau dosal, atau juga dipanggil dosey, atau dosha ialah lempeng nipis dalam masakan India Selatan yang dibuat daripada adunan lentil hitam dan nasi yang ditapai. DosaI popular di Asia Selatan dan juga di seluruh dunia. DosaI dihidangkan panas bersamachutneydansambar. CARA-CARA PEMBUATAN: 1 cawan ullunthe (gram hitam yang telah dibuang kulitnya) 2 cawan nasi belum masak 1/4 sudu teh HALBA 3 sudu besar nasi, dimasak Air mengikut keperluan Sama seperti nasi lemak dan ladu dosey perlulah dicari di kedai makan berbangsa India atau kedai mamak misalnya. Ini kerana, keunikkannya tidak sama jika dimakan di kedai atau dimasak oleh bangsa yang berlainan, dan ini juga sama dengan makanan-makanan dari bangsa-bangsa yang lain.


i b a n Manuk Pansuh Masyarakat Serawak kaya dengan kepelbagaian kaum dan juga mempunyai pelbagai aneka makanan tradisional. Antaranya ialah Manuk Pansuh. Manuk bermaksud ayam dan pansuh pula bermaksud masakan yang dimasak didaam bulub. Manuk pansuh merupakan makanan wajib ketika hari perayaan Gawai. Apabila tiba hari perayaan Gawai kaum Iban dan Bidayuh misalnya akan memasaknya dan dihidangkan dan dimakan seisi keluarga. Dengan ini, tidap dapat dinafikan lagi masakan manuk pansuh ini dapat mengeratkan silaturrahim seisi keluarga dan masyarakat. Makannan Tradisional Masyarakat Iban FB BORNEOTALK caridestinasi.com


Iban M A N U K P A N S U H Menyediakan bara api Menyediakan buluh yang dibersihkan Menumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Pastikan ayam telah dibersihkan. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, serai, halia, bawang merah, garam, serbuk perasa dan bunga kantan. Cara-Cara Memasak: Masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh. Dan bakar buluh yang berisi ayam tersebut di atas bara api lebih kurang setengah jam. Apabila asap telah keluar dari penutup buluh maka pansuh telah masak dan sedia untuk dihidangkan. sambungan Makannan Tradisional Masyarakat Iban


MAKANAN DI SABAH MEMPUYAI KEUNIKKAN DAN KEISTIMEWAAN YANG PELBAGAI DAN IANYA ADALAH SIMBOL DAN IDENTITI SESUATU KAUM. SEMASA PERAYAAN SEPERTI AGNI, BIASANYA TERDAPAT PELBAGAI JENIS MAKANAN YANG BOLEH DILIHAT MELALUI PELBAGAI HIDANGAN. MAKANAN INI AKAN DISEDIAKAN DENGAN PELBAGAI CARA MENGIKUT KAEDAH TRADISIONAL ORANG KADAZAN. K A U M K A D A Z A N M A K A N A N


Ikan tenggiri dibersihkan dan kemudian dicincang. Tuangkan sedikit air panas ke atas ikan selama beberapa minit dan kemudian toskan air. Campurkan semua bahan yang dihiris dengan isi ikan. Kemudian campurkan dengan jus limau kapas. Siap dihidangkan Hinava merupakan hidangan tradisi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Maksudnya masakan yang dimasak tanpa menggunakan api. Hinava adalah campuran isi ikan segar dan biji banbangan yang dikisar. Selain itu, bahan-bahan lain seperti paprika, halia, bawang merah, limau kapas, dan garam dicampurkan. Isi ikan yang digunakan adalah mentah dan tidak perlu dimasak. Di masak bersama air limau. Ikan yang boleh digunakan dalam hidangan ini biasanya ikan tenggiri atau ikan jerung. Selian ikan, juga boleh menggantikan udang atau sotong untuk hidangan ini. Kaedahnya: HINAVA M A K A N A N T R A D I S I O N A L K A D A Z A N


MAKANAN


PIZZA Pizza merupakan makanan moden dari pengaruh barat dan berasal dari Itali dan ianya dibakar dengan mencampurkan rempah, tomato dan keju yang berbeza. Pizza adalah merupakan makanan yang terkenal ke serata dunia. Mengambil tempoh masa yang pendekuntukmenyediakannya Mudahuntukdimakan Mempunyairasayanglazat KELEMAHAN KELEBIHAN Kandungankaloriyangtinggi Nilaipemakananyangrendah Mudah menimbulkan kegemukan "Seiring dengan pengedaran zaman, terbukti bahawa makanan juga mampu dipengaruhi oleh seluruh negara dan tidak kira bangsa"


Proses Penghasilan PIZZA Masukkan serbuk penaik ke dalam tepung dan jadikan doh, kemudian uli mentega, uli doh rata, dan biarkan ia ditapai sehingga ia menjadi dua kali ganda. Tiada mentega boleh ditinggalkan. PIZZA DOUGH KAEDAH PEMBUATAN: Taburkan sedikit tepung kering di atas kuali, letakkan doh yang naik terus pada kuali, dan kemudian sapukan semua sos pizza di atas permukaan pizza. Letakkan lapisan sosej. Taburkan lapisan keju keju yang dibeli di pasar raya Taburkan satu lagi lapisan daging yang dibeli, dan lada hijau, dan akhirnya taburkan lapisan keju. Membakarnya dan siap dihidangkan. 1. 2. 3. 4. 5.


PISANG G O R E N G C H E E S E


Menyediakan pisang seperti pisang sanggar, abu dan sebagainya. Kupas dan belah 2/3 bahagian. Sediakan bancuhan tepung 4 sudu tepung gandum & 4 sudu tepung beras 1/2 sudu garam & sedikit serbuk penaik kacau dan tambahkan air sehingga bencuhan menjadi pekat Panaskan minyak celupkan tepung dan salut rata pisang ke dalam bancuhan tepung Pastikan minyak panas dan masukkan pisang yang disalut satu persatu Goreng sehinggan perang keemasan Taburkan keju cheddar yang diparut Siap untuk dihidangkan Pisang goreng merupakan makanan yang digemari oleh seluruh masyarakat tidak mengambil kira jantina dan umur. Pisang goreng cheese amat popular atau viral pada masa kini. Antara kaedah pemasakannya ialah: HIDANGAN MASA MINIT 2/3 10-15 PISANG G O R E N G C H E E S E


Sediakan isi atau bahan yang diigini Potong isi berbentuk kiub atau dadu dan basuh serta toskan airnya hingga kering. Sangaikan ketumbar, jintan manis dan jintan kemudian kisar lumat. Satukan isi ayam dan ramuan yang dikisar tadi. Kemudian masukkan garam, gula, air gula kabung dan asam jawa. Gaul rata semua bahan supaya tekstur isi ayam atau daging menjadi lembut dan sebati dengan rempah. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicucuk dan dibakar. Satay atau sate merupakan masakan dari jawa dan sejenis makanan yang dimasak menggunakan kaedah membakar dengan arang atau kayu api. Khususnya, sate dibuat dengan isi daging, lemak dan bahagian tertentu yang dicucuk pada lidi. Terdapat juga pelbagai jenis sate seperti sate lembu, ayam, arnab, pedal, kerang, ikan, dan banyak lagi. Selain itu, biasanya turut disertakan nasi impit, kuah kacang dan sayuran seperti timun dan bawang. Sate merupakan makanan yang mudah dimakan ini kerana sate mudah dibawa dan dimakan dimana-mana. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Tidak dinafikan yang sate merupakan makanan yang digemari oleh seluruh masyarakat, dengan harganya yang murah, mudah disediakan dan mudah dimakan. Cara pembuatan: SATAY


Spaghetti


SPAGHETTI Bolognese Carbonara Alfredo Pesto Aglio e Olio Spaghetti juga merupakan makanan yang dipengaruh oleh negara barat dan digemari oleh seluruh masyarkat. Terdapat pelbagai perisa atau sos yang dimasak bersama pasta seperti


SPAGHETTI Bolognese ialah menjadi sosspageti paling umum dan disukai hampir semua masyarakat. Dibandingkan dengan yang lain, sos ini juga merupakan yang klasik. BOLOGNESE Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam, rebus spaghetti hingga lembut dan Toskan. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau. Masukkan daging kisar & bebola daging kacau sehingga masak dan air mula kering. Kemudiaan masukkan sos pasta, sos cili dan sedikit air, masukkan tomato yang di potong dadu, cendawan dan tunggu sehingga sos menggelegak, letak sedikit Italian herbs dan oregano black pepper dan garam. Kacau hingga kuah naik minyak. Tutup api dan hidangkan bersama spaghetti, taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan. BOLOGNESE DIBUAT DARI CAMPURAN DAGING CINCANG, SERTA BAWANG HOLLAND. Kaedah Pembuatan:


BRIYANI Biriyani atau Beriani dikenali sebagai makanan kegemaraan masyarakat India dan juga digemari oleh seluruh masyarakat. Makanan ini mempunyai sejarah yang unik. Sejarah kewujudan biriyani bermula dari penjajahan Empayar Mughal. Briyani lengkap dengan kandungan protein, karbohidrat dan serat yang diperlukan. Setiap negeri dan daerah di India mempunyai versi biriyani unik yang tersendiri dan ini telah berkembang shingga memberi pengaruh di Malaysia Percampuran dua budaya iaitu dari masyarakat India dan Timur Tengah telah memperkenalkan Nasi Biriyani yang merupakan nasi yang dimasak dengan minyak sapi, rempah ratus, serta daging atau ayam. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi di ikuti rempah dan bahan tumis empat beradik. Masukkan air, kiub ayam, serai, susu cair dan beras. Masak nasi dan masukkan pewarna makanan dan biarkan seketika, kemudian kacau sehingga rata. Taburkan bawang goreng, buah gajus, dan kismis. Kalau suka, masukkan daun ketumbar ikut selera masing-masing. Panaskn minyak, masukkan rempah tumis, bahan kisar, bawang besar dan daun ketumbar. Masak hingga wangi, masukkan rempah beriani dan serbuk kari ayam. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air secukupnya. Masukkan ayam dan tomato puri, biar ayam masak. Masukkan sedikit susu cair. Biar sebati, dan tabur daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan KAEDAH PEMBUATAN:


Kesimpulannya, negara kita merupakan sebuah negara yang mampu hidup dengan keadaan aman damai walaupun penduduk di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Rakyat Malaysia dimajorit oleh kaum Melayu diikuti kaum Cina, India dan kaum-kaum lain. Sejak beberapa generasi yang lalu, semua kaum kita telah hidup bersama dan ia sudah pasti akan saling mempengaruhi budaya antara satu sama lain. Antara perkara yang mampu memberi pengaruh antara budaya satu sama lain adalah makanan kerana makanan merupakan antara perkara yang mudah untuk dilakukan dan diberi kepada orang lain. Makanan tradisional boleh didefinisikan sebagai makanan yang telah wujud sejak sekian lamanya dan diturunkan dari generasi ke generasi sehingga sekarang. Makanan tradisional ini sudah semestinya pasti akan digemari oleh generasi yang lahir pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an kerana generasi ini telah merasai dahulu makanan tradisional yang sedia ada ketika dahulu seperti nasi lemak, thosai dan ladu atau dikenali sebagai zingzu. Namun, generasi kini lebih menggemari makanan moden sedia ada seperti pizza, burger dan francais makanan segera yang ada seperti KFC, McDonald dan PizzaHut. Antara faktor mengapa generasi kini kurang berminat dengan makanan tradisional kerana proses untuk membuat makanan tradisional itu mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Selain itu, kebanyakkan makanan Barat ataupun makanan segera lebih diagungkan berbanding makanan tradisional kita sendiri. Oleh itu, ia merupakan tugas penting oleh pihak Kerajaan bagi mempromosikan semula makanan tradisional kepada seluruh rakyat Malaysia. Di samping itu, ibubapa juga perlu mendidik anak-anak mereka tentang makanan tradisional yang masih ada pada masa kini. Ini sudah pasti akan membuat anak muda pada semua kaum berasa bangga akan makanan tradisional yang pernah ada. Akhir kata, makanan tradisional di negara kita perlu dikekalkan supaya ia akan terus mampu dinikmati oleh semua bangsa, segenap lapisan masyarakat di negara kita. PENUTUP 1 MORAL 2 JATI DIRI Dalam kehidupan bermasyarakat, makanan dapat menanam kesedaran moral dalam diri masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat menghormati makanan tradisi kaum lain dan menghargai ciptaannya, seperti juga memakan atau memasaknya pada hari-hari yang tertentu. Ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang. “Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”. Makanan tradisional penting dalam meneruskan adat dan warisan budaya yang diwarisi. Makanan tradisional merupakan elemen yang penting untuk melambangkan identiti dan keunikan sesuatu budaya dan bangsa. Oleh itu, kami menyeru supaya seluruh masyarakat tidaka melupakan adat dan budaya kaum di Malaysia, terutamanya makanan tradisional. Masyrakat harus sedar akan kewujudan, keunikan dan keistimewaan budaya di Tanah Air sendiri.


Click to View FlipBook Version