LEBIH BAIK CEGAH : MURID CERIA , GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA PROGRAM E-KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) SEKOLAH - SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 DIHASILKAN OLEH : DAMIA IRDINA BINTI ELY DENIEL ADRIANA ASYIQIN BINTI SAIFUL AZRIN NURADRIANA AQIELAH BINTI KHAIRUL AFENDEE NAMA SEKOLAH : SMK SAUJANA IMPIAN KOD SEKOLAH : BEA4621 TINGKATAN : 5 HIKMAH NAMA GURU PEMBIMBING : PN. LIDYANNA BINTI MOHD MUSA (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
1. Pengenalan 2. Apa itu dadah? 3. Jenis- jenis dadah 4. Punca pengambilan dadah 5. Kesan pengambilan dadah 6. Cara mengatasi pengambilan dadah 7. Penghargaan 8. Penutup ISI KANDUNGAN
PPeennggeennaallaann Apabila mendengar sahaja perkataan dadah , kita akan terus memikirkan jenis - jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi , sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya pada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Kesimpulannya , Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah.
DADAH? Apa itu Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang diperlehi secara haram membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial 1. 2. 3. 4. 5. CIRI - CIRI:
DADAH Jenis - jenis OPIAT KANABIS DEPRESEN STIMULAN HALUSINOGEN Heroin , Morfin , Candu , Kodein Ganja & Hashish Amfetamin & Kokain Sedatif / Hiponotik , Barbiturat , Tansquilizer Lysergic acid diethylamide & Meskalin
DADAH Punca pengambilan Sesetengah orang mempunyai masa lampau yang tidak menyenangkan sama ada di rumah atau di sekolah. Selain itu, mereka mempunyai perasaan kecewa,resah,kemurungan,atau rasa tidak berguna. Ini mengakibatkan kegagalan emosi dan boleh membawa mereka kepada penyalahgunaan dadah. Pengaruh Rakan Sebaya Rasa Ingin Tahu Rasa Bosan Kegagalan Mengurus Emosi Dalam kalangan remaja, mereka mahu persahabatan dalam bentuk kumpulan tanpa mereka sedar, mereka telah terjebak dengan pengaruh negatif rakan sebaya dengan mengambil dadah sebagai bentuk kenalan dan untuk terus berada dalam kumpulan. Antara alasan yang sering digunakan ialah rasa ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka ingin mencoba perkara-perkara baharu. Apabila meningkatnya usia mereka semakin cenderung mengambil dadah tanpa tahu akibatnya terhadap diri masing-masing. Kebanyakan remaja zaman sekarang tidak mempunyai aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang mereka. Apabila seseoarang mempunyai rasa bosan maka akan membawa mereka kepada penyalahgunaan dadah.
DADAH Kesan pengambilan Dadah yang dihisap atau dihidu oleh seseorang boleh merosakkan sistem pernafasan dan menyebabkan jangkitan dan penyakit pernafasan kronik.Opiod memperlahankan pernafasan seseorang dengan menyekat penerima tertentu di sistem saraf pusat yang berfungsi untuk pernafasan. Dengan menyekat dan menekan pernafasan seseorang, dadah ini boleh menyebabkan pernafasan seseorang berkurangan atau tidur dalam keadaan berdengkur yang kuat.Individu tersebut mungkin tidak dapat bernafas lagi jika mereka mengambil dos opioid yang tinggi atau mengambilnya bersama ubat lain seperti ubat tidur atau arak. Kecederaan dan Kematian Kerosakan buah pinggang Penyakit hati Masalah pernafasan Anda berkemungkinan mengalami kecederaan fizikal atau terlibat dengan kemalangan kereta. Lebih teruk lagi, anda juga mungkin akan meningkatkan risiko kematian dengan bunuh diri dan membunuh. Kematian disebabkan dadah semakin meningkat dan bertambah sejak awal 1980an lagi. Buah pinggang menapis lebihan mineral dan bahan buangan daripada darah. Heroin, ketamine dan kanabinoid sintetik boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang. Penggunaan dadah dan arak yang kronik boleh merosakkan sel hati dan menyebabkan keradangan, parut dan juga kegagalan hati.
DADAH Cara mengatasi pengambilan Pihak kerjaan telah menubuhkan rumah pemulihan untuk memberi rawatan kepada penagih-penagih dalam berbagai peringkat umur. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental dan tingkah laku mereka supaya kembali kepada jalan yang benar serta di redhai Allah. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat. Melaksanakan pendidikan Mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan Penubuhan pusat - pusat pemulihan Pihak kerajaan perlu memberikan hukuman mati(gantung) kepada pengedar dadah.Hal ini dikatakan demikian sekiranya pengedar dadah tiada maka pengambil dadah akan sukar untuk memperoleh bekalan dadah. Pihak yang berkenaan sama ada kerajaan mahupon swasta perlu ada usaha untuk membantras dadah dengan mengadakan pendidikan. Contohnya, membuat ceramah,seminar,pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan supaya masyarakat sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa. Contohnya, masyarakat dan pihak kerajaan perlu mata-matai dan bertindak pantas untuk melaporkan kegiatan-kegiatan yang memcurigakan.
Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Terdapat banyak faktor penyalahgunaan dadah yang mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap seperti musuh utama Negara. Antara pihak yang bertanggungjawab ialah pihak kerajaan, mereka hendaklah mengatur langkah untuk mengatasi masalah penyalagunaan dadah di negara kita. Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya masyarakat tidak mahu memberikan kerjasama untuk membanteras masalah ini. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan membimbing anakanak mereka supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kita perlulah sedar bahawa penyalahgunaan dadah boleh membahayakan diri sendiri dan juga membebankan keluarga serta negara. Akhirnya, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani penyalahgunaan dadah sama ada dalam kalangan murid - murid , remaja mahupun masyarakat. PENUTUP
Selamat sejahtera, dan kami bersuyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga kami siapkan buku skrap yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Lebih Baik Cegah: Murid Ceria,Guru Bahagia dan Sekolah Bitara”. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu dalam menyiapkan buku skrap ini. Pertama sekali kepada PN. Lidyanna Binti Mohd Musa (Guru bimbingan dan kaunseling) kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan kepada ibu bapa, kerana mereka telah memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan buku skrap ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada ahli keluarga kerana memberikan sokongan sepanjang kami menyiapkan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini amat kami hargai. Akhir sekali kami ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan buku skrap ini. Sekian terima kasih. PENGHARGAAN