INSTITUTLATIHANDANDAKWAHSELANGOR
PENOLONGPENGURUS
INSTITUTLATIHANDANDAKWAHSELANGOR
INSTITUT LATIHAN DAN DAKWAH SELANGOR
PUSAT LATIHAANMPENGURUSAN
Satu mekanisme yang penting untuk membangun dan mengembangkan kemahi-
ran sumber manusia ialah melalui latihan. Ia merupakan usaha bersungguh-sungguh
perkhidmatan awam untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam sesuai dengan
skop kerja, bidang tugas dan entiti keperluan organisasi yang sentiasa berkembang dan
berubah selaras dengan keperluan semasa.
Pusat Latihan Pengurusan Am (PLPA) merupakan salah satu pusat yang bertanggung-
jawab melaksanakan kursus-kursus dan latihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan sebaiknya berdasarkan modul-modul yang
telah dibangunkan hasil sumbangan panel-panel daripada setiap bahagian di JAIS. Di
samping itu, PLPA berperanan merancang, melaksana dan menilai latihan pengurusan
ke arah mempertingkatkan profesionalisme JAIS.
Oleh itu, adalah menjadi harapan PLPA agar keberkesanan kursus yang dilaksanakan
tercapai dan seterusnya dapat mempertingkatkan prestasi kakitangan dari segi penge-
tahuan, sikap dan kemahiran.
PUSAT LATDIHAAKNWPAEHNGURUSAN
Dakwah adalah suatu usaha mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t dan mendorong
manusia untuk berbuat perkara maaruf dan mencegah kemungkaran agar memperoleh kebahagiaan
di dunia dan akhirat.
Pusat Latihan Pengurusan Dakwah (PLPD) merupakan salah satu daripada 5 pusat latihan utama di
Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS) yang secra khususnya merangka latihan dan kursus
dakwah dengan menjadikan golongan warga industri, pendakwah bertauliah, Orang Kurang Upaya
(OKU), pelajar sekolah, pelajar muallaf, Ngo’s dan orang awam segala sasaran utama dakwah.
Kepelbagaian mad’u ini memberikan peluang yang sangat luas kepada PLPD bagi menjalinkan kerjasa-
ma strategik bersama agensi-agensi kerajaan, swasta dan Ngo’s dalam menambahbaik modul-modul
latihan dan kursus yang lebih berkesan dengan menerapkan pelbagai metodologi dan uslub dakwah
untuk dilaksanakan sepanjang tahun.
PUSAT LATIHMAANSJPIDENGURUSAN
Peranan masjid sebagai pusat perkembangan agama Islam, penyebaran ilmu,perkembangan
budaya, peningkatan aspek sosial dan ekonomi memang tidak dapat dina kan. Memandangkan besarn-
ya peranan institusi masjid dalam pembinaan masyarakat, usaha yang berterusan dan pelbagai diperlu-
kan dalam memastikan syiar Islam dan rohnya sampai ke segenap lapisan masyarakat dan diamalkan
dalam setiap aspek kehidupan.
Bersama beredarnya masa, peranan masjid dalam mendidik masyarakat menjadi semakin penting dan
mencabar. Kepesatan perkembangan sains dan teknologi membawa cabaran yang lebih besar bagi
pihak berkuasa agama dan pengurusan masjid dalam mendepani isu-isu dalam masyarakat dan negara,
terutama yang menyentuh agama Islam dan pengamalannya secara langsung dan tidak langsung.
Justeru, penubuhan Pusat Latihan Pengurusan Masjid Di ILDAS merupakan salah satu usaha memantap-
kan lagi kemampuan dan kecekapan jawatankuasa yang diamanahkan mentadbir dan mengimarahkan
masjid di seluruh Negeri Selangor khususnya, melalui latihan dan penerapan ilmu serta kemahiran yang
berterusan .
Membawa misi untuk memberikan latihan pengurusan masjid yang terbaik, Pusat Latihan Pengurusan
Masjid ILDAS dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid,JAIS dan MAIS bertekad meneruskan
perjuangan menegakkan Islam melalui penyediaan latihan yang berkesan, terkini dan sesuai kepada
jawatankuasa masjid yang bertindak secara langsung sebagai duta jabatan dalam menegakkan syiar
Islam di Negeri Selangor khasnya, dan di Malaysia amnya.
PUSATPELNATDIIHDAIKNAPNENISGLAUMRUSAN
Ilmu dan pengetahuan adalah penting untuk memahirkan dan meningkatkan diri
dalam mendidik anak bangsa melalui pembangunan diri. Satu usaha yang berterusan
dalam mendidik guru-guru sesuai dengan bidang tugas guru dan kakitangan dalam
bidang pendidikan melalui pengurusan , pentadbiran, ikhtisas dan ict.
Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam adalah pusat latihan pengetahuan guru dan
kakitangan pendidikan yang bertanggungjawab melaksanakan kursus-kursus dan
seminar yang diarahkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Jais (BPI) dengan sebaik mungkin
dengan bantuan agensi-agensi terpilih di seluruh negara bertujuan untuk meningkatkan,
membangun dan mengembangkan kemahiran-kemahiran baru dan lama sesuai dengan
perkembangan dunia pendidikan masa kini.
Semoga Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam dapat membantu menghasilkan
keberkesanan yang diharapkan melalui guru-guru JAIS selepas menghadiri program-
program yang telah dirancang dan dapat bersaing seiring dengan kemajuan teknologi
pendidikan semasa.
Menyedari pentingnya usaha usaha pembangunan modal
insan dilakukan secara berterusan , terancang dan sistematik .
Pelan Operasi Latihan Jais telah diwujudkan bagi memenuhi
keperluan perlaksanaan latihan yang berstruktur. Pelan ini men-
etapkan supaya setiap anggota perkhidmatan awam di Jabatan
Agama Islam Selangor dapat memahami tanggungjawab
masing masing dalam merancang sikap, kemahiran dan penge-
tahuan yang bersesuaian melalui program latihan terancang
yang berteraskan pembagunan kompetensi dan pembelajaran
berterusan