MINGGU
PANITIA MATEMATIK
MATEMATIK MENJANA PEMIKIRAN KRITIS & KREATIF
Minggu Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid
untuk memahami dan menghayati matapelajaran Matematik. Program ini
bertujuan untuk melahirkan murid yang kreatif dan berinovatif dalam bidang
Matematik. Selain itu, program ini cuba mencungkil bakat dan minat murid
dalam bidang Matematik.
Justeru, bagi memastikan semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan
lebih mesra, Minggu Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-
murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan
pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.
Membuka minda murid bahawa Matematik adalah fenomena yang berlaku di
sekeliling mereka.
Menyedarkan murid bahawa Matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan
di samping mencabar minda.
Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa PdPR Matematik .
Membuka peluang meneroka alam Matematik di luar bilik darjah melalui
pertandingan dan permainan.
Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam
aktiviti yang dianjurkan.
PRA SEKOLAH
MURID PEMULIHAN
MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2
SK TELOK MAS, MELAKA
JAWATANKUASA INDUK
PANITIA MATEMATIK
PENGERUSI
ENCIK SABRI BIN ABU SAMAH
( GURU BESAR SK TELOK MAS )
TIMBALAN PENGERUSI
ENCIK MOHD LATIB BIN MOHD RAIS
( GPK KURIKULUM )
PENGERUSI PANITIA
PUAN SITI MAZIAH BT ZAKARIAH
SETIAUSAHA
PUAN FAZLIN BT MUSA
JAWATANKUASA INDUK
PANITIA MATEMATIK
AHLI JAWATAN KUASA
PUAN FAIZAH BT UZIR
PUAN ZURINAH BT MOHD DIAH
PUAN SITI AMINAH BT HARUN
PUAN KAMARLIAH BT MOHAMAD
PUAN NORAISHAH BT YAAKOP
ENCIK MOHD NUR’IZZUDDIN BIN MOHD ZAIN
PUAN SITI ARDILA BT ESA
PUAN NURAFZAN BT AHMAD
PUAN SURYANA BT MOHD LANI
PRA SEKOLAH PEMULIHAN
Pertandingan Kraftangan Membina Carta Fakta Asas
Haiwan “Animal Shape Craf”
Tambah & Tolak
TAHAP 1
Mencipta Buku Skrap Nombor 1-10
Membina Muka Jam Analog
Binaan 3 Dimensi
TAHAP 2
Kuiz Matematik Online
Video Masakan Menggunakan Sukatan Piawai
Quizizz Online Kuiz /Wordwall Kuiz
JADUAL AKTIVITI MINGGU
PANITIA MATEMATIK ( PRA SEKOLAH & PEMULIHAN )
BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN TINDAKAN
PENYERTAAN
1 Pertandingan 11- 19 September Pra Sekolah -Pn.Nurafzan bt Ahmad
Kraftangan Haiwan 2021 -Pn.Suryana bt Mohd
“Animal Shape Craf” Lani
2 Membina Carta Fakta 11- 19 September Murid Pemulihan -Pn. Siti Ardila bt Esa
Asas Tambah & Tolak 2021
JADUAL AKTIVITI MINGGU
PANITIA MATEMATIK ( TAHAP 1 )
BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN TINDAKAN
PENYERTAAN
1 Mencipta Buku
Skrap Nombor 11- 19 September Tahun 1 -Pn. Kamarliah bt Mohamad
1-10 2021 -Pn.Noraishah bt Yaakop
-Semua Guru Matematik
2 Membina Muka Tahun 1
Jam Analog
11- 19 September Tahun 2 -En.Mohd Nur Izzudin bin
3 Binaan 3 Dimensi 2021 Mohd Zain
-Semua Guru Matematik
Tahun 2
11- 19 September Tahun 3 -Pn.Fazlin bt Musa
2021 -Semua Guru Matematik
Tahun 3
JADUAL AKTIVITI MINGGU
PANITIA MATEMATIK ( TAHAP 2 )
BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN TINDAKAN
PENYERTAAN
1 Kuiz Matematik Online 11 September 2021 Tahun 4 -Pn.Siti Maziah bt Zakariah.
( 10:00 pagi ) -Semua Guru Matematik
Tahun 4
2 Video Masakan 11- 19 September Tahun 5 -Pn.Siti Aminah bt Harun
Menggunakan Sukatan 2021 -Semua Guru Matematik
Piawai Tahun 5
3 Quizizz Online Kuiz 13 September 2021 Tahun 6 -Pn.Zurinah bt Mohd Diah.
/Wordwall Kuiz ( 10:00 pagi ) -Pn.Faizah bt uzir
-Semua Guru Matematik
Tahun 6
PENUTUP
Minggu Matematik ini diharapkan dapat dilaksanakan
mengikut perancangan dan berjalan dengan
lancar.Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti
sepanjang minggu ini akan memberi kesan positif
di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil
bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama
guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak
pentadbir kami berharap prestasi Matematik sekolah ini
akan meningkat dengan lebih baik lagi.
PENUTUP
Perancangan telah dilakukan dengan teliti dan merangkumi
perancanaan aktiviti dan juga bajet yang sangat membantu
kelancaran keseluruhan program.Ahli Jawatankuasa yang
dipertanggungjawabkan juga merupakan di kalangan
mereka yang berkaliber dan bersesuaian dengan tugasan
dan kemahiran masing-masing.
Diharapkan kertas cadangan ini dapat diterima dan diluluskan
seperti yang telah dirancangkan. Diharap juga bahawa
program ini akan berjaya mencapai objektif seperti yang telah
dinyatakan di awal kertas ini.