The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

bahan buangan merupakan satu topik dalam silibus tahun 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURULHUDA BINTI ABDUL RAZIFF Moe, 2020-05-06 22:59:47

BAHAN BUANGAN

bahan buangan merupakan satu topik dalam silibus tahun 6

Keywords: bahan buangan

BAHAN BUANGAN

SAINS TAHUN 6

Pada akhir topik ini, saya akan
dapat…..

• Mengenal pasti bahan buangan berdasarkan jenis bahan melalui pemerhatian
persekitaran dan pelbagai media seperti:
 kaca;
 kertas;
 plastik;
 logam;
 sisa toksik;
 sisa makanan;
 bahan kumuh dan tinja;

• Menyatakan maksud bahan buangan terbiodegradasi dan tidak
terbiodegradasi.

• Mengelaskan bahan buangan kepada bahan terbiodegradasi dan tidak
terbiodegradasi.

• Menaakul penggunaan bahan tidak terbiodegradasi secara berhemah.

• Memerihalkan pengurusan bahan buangan secara terancang untuk kehidupan
yang lestari.

Kenali Bahan Buangan

• Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan
lagi dan tidak mahu disimpan.

• Bahan buangan berasal daripada pelbagai
sumber: Kediaman, kilang, gerai makanan, pasar,
kenderaan bermotor, dan pertanian.

sisa toksik plastik: logam
-cecair kimia -bahan sintetik -besi buruk
cecair bateri -tin aluminium
-sisa pertanian -pebungkus
makanan -tin susu
-botol
-bekas

bahan kumuh jenis kaca
& tinja buangan
- botol
- urin dan tinja
-balang

-peralatan
kaca

sisa makanan kertas

-sisa tulang -surat khabar
lama
-kulit buah-
buahan dan -majalah
sayur-sayuran

Terbiodegradasikan atau Tidak?

Bahan buangan terbahagi kepada dua iaitu:

TERBIODEGRADASI TIDAK TERBIODEGRADASI

bahan buangan yang boleh direputkan bahan buangan yang tidak boleh
oleh mikroorganisma. direputkan oleh mikroorganisma.

Contoh: Bahan organik seperti sisa Contoh: Kaca, plastik, logam, sisa toksik.

makanan, kertas, bahan kumuh dan tinja.

Hargai Bumi Kita

• Kita perlu menggunakan bahan buangan tidak
terbiodegradasi secara hemah kerana bahan-
bahan ini tidak mereput jika dibuang dan akan
kekal di persekitaran kita buat jangka masa yang
lama.

• Bahan buangan tidak terbiodegradasikan akan:

– Menyumbang kepada pencemaran persekitaran
– Menyebabkan terjadinya bencana alam
– Memberi kesan kepada kesihatan kita

• Kesan pembuangan bahan buangan yang tidak
terancang akan mendatangkan masalah:

– Pencemaran udara
– Pencemaran air
– Sakit dan penyakit
– Hujan asid
– Banjir kilat
– Kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan
– Kepupusan sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan

Amalan Pengurusan Bahan Buangan

• Kehidupan lestari adalah amalan yang
mengurangkan impak kepada alam sekitar
agar keindahan alam dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.

Peranan kita dalam mengurus bahan buangan
dengan cara terancang:

1. Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat
dengan kemas.

2. Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut
jenis bahan sebelum dibuang.

3. Gunakan bekas khas untuk membuang bahan
buangan kimia dan sisa minyak.

4. Bahan buangan sisa makanan yang boleh
direputkan boleh dijadikan baja kompos.

5. Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dapat mengurangkan
longgokan bahan.

– Reduce: Kurangkan penggunaan bahan buangan seperti
beg plastik.

– Reuse: Guna semula atau pelbagaikan penggunaan bahan
buangan.

– Recycle: Kitar semula bahan buangan menjadi produk yang
baharu.

6. Menggunakan plastik terbiodegradasikan
7. Membawa beg sendiri semasa membeli belah
8. Menghasilkan makanan haiwan daripada bahan buangan.

Pegurusan Bahan Buangan Secara

Terancang

• Bahan buangan biasanya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan.

• Cara- cara bahan buangan dilupuskan:

– Bahan buangan dikutip dan dihantar ke pusat pengumpulan
sampah.

– Bahan buangan diasingkan mengikut jenis: Boleh kitar semula
dan tidak boleh kitar semula.

– Bahan buangan yang boleh dikitar semula dipadatkan dan
dihantar ke kilang pemprosesan untuk dijadikan bahan yang
baharu.

– Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula dibakar dalam
insinerator.

– Sisa daripada insinerator dihantar ke tapak pelupusan sampah
untuk dilupuskan.



Sekian, Terima Kasih…


Click to View FlipBook Version