The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by etag82, 2022-07-13 05:53:10

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GBKSM DAERAH PONTIAN SIRI 2

14 JULAI 2022
KHAMIS
8.00 PAGI - 4.00 PETANG

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DAERAH PONTIAN (SIRI 2)

TARIKH : 14 JULAI 2022 (KHAMIS)
MASA : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT : PKG BANDAR PONTIAN
ANJURAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH & MGKK DAERAH PONTIAN

PENGENALAN

• Program Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan
Kaunseling ini merupakan satu usaha murni Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD Pontian) dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan
(MGKK) Daerah Pontian yang bertujuan untuk meningkatkan
kompetensi guru Bimbingan dan Kaunseling dalam perkhidmatan
menolong di sekolah. Program ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam
membina kesepakatan strategik untuk membantu proses pembangunan
Kaunselor Pendidikan serta Guru Bimbingan dan Kaunseling. Matlamat
membitarakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan
langkah yang sangat penting dan memerlukan komitmen semua
pengamal psikologi dan kaunseling dalam menghayati nilai Kaunselor
Bitara. Justeru, program ini adalah diperlukan bagi memperkasakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling khususnya di sekolah –
sekolah daerah Pontian.

MATLAMAT

• Program yang dirancang beberapa siri ini bermatlamat untuk
melahirkan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang kompeten,
professional dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan dalam
bidang kaunseling yang semakin mencabar seiring dengan
perkembangan masa kini. Program siri 2 ini memberi fokus
kepada tiga slot utama iaitu Penataran SePKM, Perkongsian
Pengurusan Perkhidmatan UBK Cemerlang dan sebaran
maklumat kemasukan ke IPT/City University.

OBJEKTIF

• Meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang pengurusan
Bimbingan dan Kaunseling (Pengurusan SePKM).

• Memberi pendedahan dan penyaluran ilmu kepada peserta
mengenai kemasukan ke IPTS/City University.

• Meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan Unit
Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang dalam kalangan GBKSM.

• Memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk berinteraksi
dan serta bertukar pendapat dan pengalaman dalam usaha
meningkatkankan lagi tahap kompetensi GBKSM.

JAWATANKUASA
INDUK

JAWATANKUASA PELAKSANA

TENTATIF
PROGRAM

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan terima
kasih kepada semua yang terlibat
menjayakan Program Peningkatan

Profesionalisme GBKSM Daerah
Pontian Siri 2 ini.


Click to View FlipBook Version