TUGAS BERDASARKAN MASALAH
SKIM PINJAMAN YANG DITAWARKAN OLEH BANK ISLAM
MPU23012(PENGAJIAN ISLAM)
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
EDITOR 1
PENGHARGAAN 2
PENGENALAN: 3-4
PERBANKAN ISLAM SECARA AM
PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVESIONAL 5-6
LOGO BANK ISLAM 7
AWAL PENUBUHAN 8
PERKEMBANGAN 9
PEMBIAYAAN DAN PINJAMAN 10
PEMBIAYAAN PERIBADI PROFESIONAL 12-16
KESIMPULAN 17
LAMPIRAN 18-19
RUJUKAN 20
EDITOR
MUHAMMAD FARIHIN MUHAMMAD AZIM FATINIE NASUHA NUR HAYATI BINTI
BIN CHE FAUZAN AFFAN BIN ASMAWI BINTI MOHD NOOR CHE MARZUKI
04DPR21F1002 04DPR21F1010 04DPR21F1008 04DPR21F1006
20XX 1
PENGHARGAAN 2
Kami berempat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Alinawati Binti Abdul Aziz
kerana telah mengajar kami dalam mata pelajaran Pengajian Islam bagi
semester dua ini .Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ahli
kumpulan yang telah bersama membantu menjayakandan memberi
kerjasama yang sangat baik dalam menyiapkan projek e-majalah
ini.Terlebih dahulu, kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah
mengizinkan kami sekumpulan menyiapkan projek e-majalah ini dalam
tempoh yang ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada pensyarah Pengajian Islam kami, Puan
Alinawati Binti Abdul Aziz. Beliau telah memberi panduan, bimbingan dan
tunjuk ajar serta nasihat yang sangat bermanfaat dalam tempoh kami
menyiapkan projek e-majalah ini.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa
kami yang tidak henti memberikan sokongan dandorongan kepada kami
sepanjang tempoh menyelesaikan projek ini,Akhir kata, setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan bepada semua pihak yang terlibat dalam
menyiapkan projek e-majalah ini sehingga kami berjaya menyiapkan projek
e-majalah ini,Segala sokongan dan bantuan serta dorongan anda semua
,tidak akan kami lupakan serta tiada yang mampu balas jasa kalian semua
20XX
PENGENALAN 3
20XX
PERBANKAN ISLAM SECARA AM
Secara amnya, perbankan Islam adalah sebuah sistem perbankan
yang mematuhi undang-undang Islam, iaitu undang-undang yang
mematuhi syariah.
Kenapa perbankan Islam diperkenalkan?
Perbankan Islam ditubuhkan dengan satu objektif utama iaitu
untuk memberi alternatif dalam khidmat perbankan kepada umat
Islam. Ini kerana, sebelum perbankan Islam diperkenalkan, umat
Islam hanya mempunyai satu pilihan iaitu perbankan Konvensional.
Sistem kewangan Islam ini juga ditubuhkan untuk memajukan dan
meningkatkan ekonomi serta kewangan Islam dalam arena
perbankan dunia.
Sistem perbankan ini mematuhi undang-undang Syariah yang
telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan Hadis, dari segi transaksi
yang dibenarkan dalam Islam iaitu fiqh muamalat.
Antara prinsip asas yang dipatuhi oleh perbankan Islamik ialah:
Tidak boleh mengenakan unsur faedah (interest) yang menjurus
kepada Riba.Produk dan perkhidmatan mestilah Halal dan patuh
Syariah.Tidak menawarkan produk dan perkhidmatan dengan
unsur-unsur Haram, Riba, Gharar, Zulm, Ikhtikar dan Maisir.
20XX 4
PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM 5
DAN PERBANKAN KONVENSIONAL
Ramai yang masih keliru dengan perbezaan perbankan Islam
dan juga Perbankan Konvensional. Walaupun sekali pandang
nampak macam sama, namun kedua-dua sistem ini
mempunyai perbezaan yang besar.
Perbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional Dari
Sudut Prinsip
Perbankan Islam
Seperti yang kita ketahui, prinsip utama yang ditekan dalam
perbankan Islam adalah bebas unsur riba. Ini bermakna,
semua produk dan perkhidmatan yang dilaksanakan perlu
bebas dan tidak melibatkan elemen haram seperti Riba,
Gharar, Zulm, Ikhtikar dan Maisir.
Secara amnya, asas utama perbankan Islam secara ringkas
ialah sebuah perniagaan yang dijalankan dengan berlandaskan
akidah Islam, berdasarkan iman dan takwa, mengambil kira
pahala dan dosa, dan mencari keredaan Tuhan dalam setiap
urusniaga yang dijalankan.
20XX
PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM 6
DAN PERBANKAN KONVENSIONAL
Perbankan Konvensional
Perbankan Konvensional pula sebuah perniagaan yang
berasaskan mencari keuntungan dengan maksimum. Tidak
ada akidah, pahala atau dosa, dan juga perniagaan
perbankan konvensional tidak perlu mencari reda Allah di
dalam urusan perniagaan yang berlangsung.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud sistem
perbankan konvensional adalah sistem yang buruk. Cuma,
perbezaan prinsip antara perbankan Islam dan perbankan
konvensional adalah begitu ketara jika di buat
perbandingan.
20XX
20XX 7
AWAL 8
PENUBUHAN
Bank Islam Malaysia Berhad diperbadankan
pada tahun 1983 dan adalah bank pertama
yang mengamalkan konsep perbankan Islam
sepenuhnya di Malaysia. Ditubuhkan dengan
visi utama untuk menjadi sebuah institusi
kewangan yang mendahulukan kemakmuran
untuk semua, dan misi untuk menyediakan
penyelesaian yang menghasilkan nilai –
bank ini telah berkembang dengan pesat
sejak penubuhannya.
20XX
PERKEMBANGAN 9
Dengan 147 cawangan dan 1,100 terminal layan diri di seluruh
negara, Bank Islam telah meningkatkan kualiti perbankan Islam
di Malaysia. Bank Islam Malaysia Berhad mempunyai beberapa
anak syarikat seperti Bank Islam Trust Company (Labuan) Ltd,
BIMB Investment Management Berhad, Al-Wakalah Nominees
(Tempatan) Sdn Bhd, dan Farihan Corporation Sdn Bhd.
Oleh kerana Bank Islam adalah institusi kewangan patuh
Syariah, produk dan servis yang diberikan menarik minat
individu dan usahawan yang ingin menggunakan sistem
perbankan Islam. Bank Islam menawarkan servis perbankan
peribadi dan juga perbankan korporat. Antara produk Bank
Islam yang terkenal ialah Ar-Rahnu yang mengamalkan konsep
patuh Syariah.
Selain itu Bank Islam menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan peribadi dalam bentuk deposit dan pelaburan, kad
kredit Islamik, pembiayaan peribadi, dan pengurusan
kekayaan. Untuk usahawan dan syarikat pula, produk yang
ditawarkan ialah pembiayaan perniagaan, pengurusan tunai
dan perkhidmatan perbendaharaan.
Tidak ketinggalan dengan mengikuti kemajuan teknologi dalam
industri perbankan, Bank Islam menawarkan sistem perbankan
internet laman web bankislam.biz.
20XX
PEMBIAYAAN & PINJAMAN
Untuk pengetahuan anda, produk pinjaman Islamik tidak
menggunakan istilah pinjaman. Sebaliknya, ia menggunakan istilah
pembiayaan. Ini kerana dari segi konsep yang digunakan, institusi
kewangan tidak memberikan pinjaman kepada individu, Manakala
produk konvensional pula menggunakan istilah pinjaman kerana
konsep yang digunakan adalah peminjam meminjam wang
daripada pemberi pinjaman.
Bagi pemahaman yang lebih jelas, teruskan membaca.
20XX Pitch Deck 10
PEMBIAYAAN Seperti yang kita tahu, institusi kewangan yang mematuhi syariah
ISLAMIK Islam mengharamkan riba. Sebaliknya, ia menggunakan konsep
kewangan seperti Bai’ Al-Inah dan Tawarruq. Melalui konsep ini,
proses yang terhasil adalah urusan kontrak jual beli yang
menghasilkan hutang.
Walau bagaimanapun, hutang tersebut bukanlah daripada
pinjaman. Ia adalah daripada urusan jual beli. Sebagai contoh,
pihak bank membeliu aset bagi pihak peminjam dan menjualnya
semula kepada peminjam dengan satu kadar keuntungan (profit
rate) yang telah dipersetejui oleh kedua-dua pihak.
Caj lewat bayar turut dikenakan. Ia dianggap sebagai satu kos rugi
daripada pembiayaan yang dihadapi oleh institusi kewangan atau
bank kerana pelanggan tidak dapat menjelaskan hutangnya.
20XX 11
SKIM PINJAMAN ATAU BIAYAAN YANG
DITAWARKAN
SKIM PINJAMAN DARI BANK ISLAM MEMANG MEMPUNYAI BANYAK,SKIM YANG MENARIK MINAT KAMI UNTUK DIBINCANGKAN IALAH BANK
ISLAM PEMBIAYAAN PERIBADI PROFESIONAL.APA ITU PEMBIAYAAN PERIBADI PROFESIONAL?JOM KITA BINCANGKAN !
20XX 12
BERIKUT IALAH MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI
Forecasting for success
KEY METRICS REVENUE BY YEAR
Clients Orders Gross revenue Net revenue $40,000
20XX 10 1100 $10,000 $7,000 $30,000
20XX 20 200 $20,000 $16,000 $20,000
20XX 30 300 $30,000 $25,000 $10,000
20XX 40 400 $40,000 $30,000 $0
20XX 20XX 20XX 20XX
20XX Pitch Deck 16
Bank Islam Pembiayaan Peribadi Profesional adalah pelan
pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam Berhad.
Pelan pembiayaan ini adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu
anda tidak perlu memperkenalkan penjamin atau menyediakan
cagaran untuk mohon. Pelan ini juga adalah pembiayaan Islamik
patuh Syariah sepenuhnya. Pelan ini juga dikenali sebagai Bank
Islam Personal Financing for Professional Program.
BANK ISLAM Skim pembiayaan peribadi Bank Islam ini ditawarkan khusus
PEMBIAYAAN kepada golongan profesional di Malaysia. Untuk layak mohon, anda
PERIBADI perlu berstatus warganegara Malaysia dan menjawat jawatan
PROFESIONAL sebagai Doktor, Doktor Gigi, Akauntan, Jurutera, Juruterbang,
Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan (Safety and Health
Officer), Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Optometris, Juruoptik, atau
Juruukur Bahan.
Sekiranya anda menjawat salah satu jawatan di atas, anda perlu
berumur tidak kurang dari 25 tahun dengan tempoh akhir
pembiayaan tidak lebih daripada umur bersara, iaitu 60 tahun.
Kelayakan pendapatan yang diperlukan pula ialah pendapatan
tetap dengan gaji kasar lebih dari RM3,500 sebulan atau RM42,000
setahun.
20XX 14
KELEBIHAN 15
• Pinjaman Islamik 100% patuh Syariah : Pelan pembiayaan ini
adalah pelan pinjaman Islamik yang patuh Syariah
• Tidak bercagar : Sebagai pelan pembiayaan tidak bercagar,anda
tidak perl menyediakan cagaranatau memperkenalkan penjamin
untuk mohon
• Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi : Pembiayaan
peribadi profesional ini menawarkan jumlah yang fleksibel
iaituserendah RM10,000 hingga RM300,000 satu jumlah yang
tinggi
• Tempoh pembiayaan yang Panjang :Anda boleh pilih tempoh
pembiayaansehingga 10 tahun atau 120 bulan.
• Caj kadar keuntungan yang rendah Dengan caj kadar keuntungan
bermuladari serendah 4.52% p.a, ini adalah antara caj kadar
keuntungan yang rendah diantara pelan pembiayaan peribadi
Islamik
• Saluran bayaran balik yang fleksibel : Anda boleh pilih untuk buat
bayaranbulanan melalui potongan gaji, arahantetap (standing
instruction), atau auto-debit ke akaun pinjaman bank Islam.
• Rebat penamatan awal : Bank Islam akan memberikan rebat
atauIbra' sekiranya anda ingin membayar semua baki
pembiayaan lebih awal daripada tempoh yang
dipersetujui.dengan berlandaskan konsep Tawarruk.
20XX
KEKURANGAN • Keperluan Ketat: Oleh kerana banyak pinjaman bank memerlukan
beberapa bentuk cagaran, syarikat permulaan dan perniagaan yang ada
tanpa aset boleh menyukarkan permohonan pinjaman mereka disetujui.
Sekiranya peminjam ini memilih untuk mendapatkan pinjaman tanpa
jaminan, mereka akan mendapat faedah yang lebih tinggi.
• Beban Bayaran Balik: Peminjam pinjaman mesti membuat pembayaran
berkala ke bank mereka. Mereka yang ketinggalan dalam pembayaran
menghadapi kemungkinan aset mereka disita. Walaupun anda berjaya
membuat pembayaran lewat, bank anda masih boleh melaporkan anda
kepada biro kredit - langkah yang memberi kesan negatif terhadap skor
kredit anda. Dengan skor yang lebih rendah, memperoleh pinjaman pada
masa akan datang menjadi lebih sukar. Beban pembayaran balik adalah
kerugian berbanding dengan mengumpulkan wang melalui pemegang
saham, kerana pemegang saham tidak memerlukan pembayaran tetap.
Sebaliknya, mereka biasanya membayar dividen hanya atas keuntungan.
• Amaun Bayaran Tidak Teratur: Sekiranya anda mendapat pinjaman bank
dengan kadar faedah yang berubah-ubah, kadarnya berubah dengan
keadaan pasaran. Ini menyukarkan untuk menentukan jumlah pembayaran
masa depan yang tepat. Oleh itu, menjadi sukar untuk membuat
rancangan kewangan yang baik.
20XX 16
KESIMPULAN
Kesimpulannya ,Perbankan Islam semakin mendapat pengiktirafan di
seluruh dunia dengan pelanggan Islam dan bukan Islam. Oleh itu, jika
prinsip-prinsip perbankan Islam merayu kepada anda terdapat produk-
produk kewangan lain yang harus anda periksa daripada pembiayaan
peribadi. Untuk lebih banyak pilihan pinjaman peribadi berlandaskan
syariah dan kad kredit Islam, cuba alat perbandingan kami.
Pembiayaan Peribadi-i Profesional daripada Bank Islam yang disasarkan
kepada golongan profesional terpilih di Malaysia ini sangat sesuai bagi
mereka yang ingin memulakan perniagaan, atau ingin menggunakan
wang untuk kegunaan peribadi. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan
adalah tinggi dengan perkongsian kadar keuntungan yang sangat
rendah. Anda juga boleh mohon dengan tempoh pembiayaan yang
panjang dan tidak membebankan. Syarat kelayakan seperti gaji juga
tidak membebankan kerana rata-rata golongan profesional ini
berpendapatan bulanan lebih tinggi daripada syarat kelayakan
pendapatan yang dipinta.
20XX 17
LAMPIRAN
20XX 18
LAMPIRAN
20XX 19
RUJUKAN
https://pinjamanperibadibank.com/institusi-kewangan/bank-islam-malaysia-
berhad/
http://pinjamanperibadibank.com/
https://www.mypersonalcreditmalaysia.com/
https://youtu.be/Ls1qnRPk76I
20XX 20
TERIMA KASIH 24
20XX