NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
Nama : MUHAMMAD WA’IE BIN MUSTAZA
Angka Giliran : 2019212350061
Nombor K/P : 001015040385
Kumpulan/Unit : PISMP TESL D AMBILAN 2019
Kod dan Nama : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Kursus
Nama Pensyarah : ENCIK MOHAMAD AZHAR BIN ABDUL WAHAB
Tarikh Hantar : 15 OKTOBER 2022
Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh
Pensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Pengesahan Pelajar
/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:
Tarikh : 15 OKTOBER 2022
Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM 3R DAN
GOTONG ROYONG DI TABIKA PERPADUAN TAMAN
KESANG INDAH
16
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK : Program 3R, Khidmat Masyarakat
JANGKA WAKTU / MASA : 12 Oktober 2022/ 10.00 pagi - 12.00 tengahari
LOKASI : Tabika Perpaduan Taman Kesang Indah, Jasin, Melaka
PESERTA : Murid-murid tadika
JUMLAH PESERTA : 10 orang
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
1.Memberi penerangan mengenai amalan 3R (Reduce, reuse, recycle)
2.Mempraktikkan amalan kitar semula (recycle) dalam kawasan tadika
3.Melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan tadika
16
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Pemerhatian
2.2 Kertas kerja
2.3 Carta Gantt
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Proses pendedahan dan penerangan tentang amalan 3R
3.2 Proses gotong-royong di sekitar kawasan tadika
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup
8.0 Rujukan
16
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM 3R DAN GOTONG ROYONG DI TABIKA
PERPADUAN TAMAN KESANG INDAH
1.0 Pengenalan
Amalan gaya hidup lestari merangkumi pelaksanaan pelbagai jenis aktiviti untuk
melestarikan alam sekitar. Antaranya merupakan program 3R dan program khidmat
masyarakat. Kedua-dua program ini merupakan antara inisiatif yang boleh diambil dalam
usaha melestarikan alam sekitar kerana mereka berupaya meningkatkan kesedaran
masyarakat akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Program-program
tersebut juga perlulah diberi penekanan yang khusus sebagai salah satu langkah bagi
menangani isu alam sekitar yang berkaitan seperti pencemaran alam sekitar.
Shawal (2021) telah mentakrifkan pencemaran alam sekitar sebagai gangguan
keseimbangan alam sekitar akibat daripada penghasilan bahan-bahan fizikal, kimia atau
radiasi yang boleh menjejaskan kehidupan di sekitarnya. Dalam konteks ini, ia merujuk
kepada aktiviti-aktiviti harian manusia yang boleh mengakibatkan penghasilan bahan-bahan
toksik dan pertambahan bilangan sampah sarap dalam kehidupan seharian. Semua
permasalahan ini berpunca daripada kurangnya kesedaran masyarakat terhadap impak
negatif yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti manusia serta signifikasi amalan lestari
terhadap alam sekitar, menurut Shawal (2021).
Untuk mengatasi masalah tersebut, pihak pelaksana telah memutuskan untuk
mengambil langkah yang proaktif untuk melaksanakan program ini dalam usaha
menggalakkan ahli masyarakat supaya mereka menjadi lebih peka terhadap isu-isu alam
sekitar di sekeliling mereka.
2.0 Fasa Perancangan
Fasa perancangan untuk projek ini terdiri daripada tiga elemen iaitu pemerhatian,
perangkaan kertas cadangan dan penghasilan carta Gantt.
2.1 Pemerhatian
Dewasa ini, isu pencemaran alam sekitar di Malaysia semakin membimbangkan.
Shawal (2021) telah mentakrifkan pencemaran alam sekitar sebagai gangguan
keseimbangan alam sekitar akibat daripada penghasilan bahan-bahan fizikal, kimia atau
radiasi yang boleh menjejaskan kehidupan di sekitarnya. Dalam konteks ini, ia merujuk
16
kepada aktiviti-aktiviti harian manusia yang boleh mengakibatkan penghasilan bahan-
bahan toksik dan pertambahan bilangan sampah sarap dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, aktiviti perindustrian selama berbelas tahun di Zon Perindustrian Bayan
Lepas telah menyebabkan pencemaran yang sangat teruk kepada air Sungai Keluang
sehingga ia telah dilabel sebagai salah satu sungai “mati” kerana ia tidak lagi selamat
untuk digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian, menurut Anita et al. (2019)
dalam Sinar Harian.
Selain itu, seperti yang dibincangkan dalam “Peningkatan Jumlah Kenderaan” (2022),
Malaysia mengalami risiko pencemaran udara dan pemanasan global yang sangat teruk
akibat daripada pertambahan yang mendadak kepada bilangan penggunaan kenderaan
bermotor terutamanya di kawasan-kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur. Di samping
itu, Muhammad et al. (2021) dalam Harian Metro, anggaran jumlah sampah yang akan
terhasil dalam tahun 2022 sahaja ialah 14 juta tan sampah, di mana ia akan
mengakibatkan pertambahan tapak pelupusan sampah yang akan memakan kos dan
tenaga yang sangat banyak. Semua permasalahan ini masalah alam sekitar berpunca
daripada kurangnya kesedaran masyarakat terhadap impak negatif yang terhasil
daripada aktiviti-aktiviti manusia serta signifikasi amalan lestari terhadap alam sekitar,
menurut Shawal (2021). Sebagai contoh, suatu kajian yang dilakukan oleh Mohd et al.
(2021) telah menunjukkan bahawa fenomena hujan asid di Malaysia semakin kerap
berlaku akibat daripada sikap masyarakat yang terlalu mementingkan pembangunan
teknologi dan infrastruktur yang pesat sehingga mengabaikan kelestarian alam sekitar.
Untuk mengatasi masalah tersebut, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah
memberi perhatian yang khusus kepada ahli masyarakat dari bangku sekolah lagi
supaya mereka menjadi lebih peka terhadap isu-isu alam sekitar di sekeliling mereka.
Sehubungan itu, program ini telah dijalankan oleh pihak pelaksana dalam usaha untuk
memberi pendedahan awal tentang amalan 3R terhadap murid-murid Tabika Perpaduan
Taman Kesang Indah di samping menggalakkan mereka supaya bergiat aktif dalam
aktiviti khidmat masyarakat. Hal ini selaras dengan usaha untuk menerapkan ilmu
tentang alam sekitar dalam diri kanak-kanak melalui pengintegrasian dalam elemen
merentas kurikulum, seperti yang diperkatakan oleh Nurul, Jamilah dan Suhaizal (2018).
2.2 Kertas kerja
Kertas kerja untuk program ini meliputi beberapa maklumat penting seperti matlamat,
objektif, rasional dan butiran program seperti yang ditunjukkan di bawah:
16
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM 3R & GOTONG ROYONG
DI
TABIKA PERPADUAN TAMAN KESANG INDAH
TARIKH: 12 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD WA’IE BIN MUSTAZA
16
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program 3R & Gotong Royong di Tabika Perpaduan Taman
Kesang Indah
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup
16
1.0 Pengenalan
Program 3R dan khidmat masyarakat merupakan aktiviti-aktiviti lestari alam sekitar
yang berupaya meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan mengamalkan
amalan pelestarian alam sekitar di sekeliling mereka.
2.0 Matlamat
Program ini akan dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan awal terhadap
kanak-kanak akan kepentingan aktiviti 3R dan khidmat masyarakat sebagai amalan-
amalan gaya hidup lestari bagi memastikan alam sekitar terpelihara.
3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i)Memberi pendedahan awal tentang amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) kepada
murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kesang Indah.
ii)Mempraktikkan amalan kitar semula (recycle) dalam kawasan tadika
iii)Menggalakkan amalan aktiviti gotong-royong dalam kalangan kanak-kanak.
4.0 Rasional
Program 3R dan khidmat masyarakat di sekolah yang bakal dijalankan ini adalah
diharapkan supaya dapat memberi pendedahan dan seterusnya menerapkan amalan
penggunaan semula barangan terpakai (reuse), pengurangan penggunaan barangan
baru (reduce) dan kitar semula barangan terpakai (recycle) di samping menggalakkan
pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat dalam murid-murid dari usia muda lagi.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 12 Oktober 2022
Tempat: Tabika Perpaduan Taman Kesang Indah, Jasin, Melaka
Sasaran: 10 orang murid tadika
16
Cadangan nama program: Program 3R & Gotong Royong di Tabika Perpaduan
Taman Kesang Indah
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program 3R ini. Aktiviti-aktiviti
tersebut merangkumi tiga peringkat. Pada peringkat pertama, pihak pelaksana akan
menyentuh dan membincangkan mengenai amalan 3R dan menghuraikan mengenai
setiap elemen dalam amalan tersebut berserta contoh kepada murid-murid tadika. Di
peringkat kedua, pihak pelaksana akan menjalankan aktiviti gotong-royong bersama
murid-murid tadika di kawasan sekitar tadika tersebut. Di peringkat akhir, pihak
pelaksana akan menguji kefahaman murid-murid tadika tersebut mengenai amalan kitar
semua secara praktikal dengan meminta setiap murid mengutip sekurang-kurangnya
satu jenis sampah yang boleh dikitar semula di sekitar kawasan tadika tersebut dan
mengkelaskan barangan tersebut mengikut klasifikasi yang ditunjukkan pada tong-tong
sampah kitar semula.
7.0 Carta alir pelaksanaan Program 3R dan Gotong Royong di Tabika Perpaduan
Taman Kesang Indah
16
8.0 Kewangan Kuantiti Kos Jumlah
8.1 Anggaran perbelanjaan: (RM per (RM)
Item
unit) 0.00
Barangan kitar semula 10 0.00
seperti plastik, kaca
dan kertas (diperoleh 3 0.00 0.00
daripada tong kitar 2 20.00
semula) 10.00
Tong-tong sampah 20.00
kitar semula (diperoleh
daripada tadika)
Biskut coklat Cloud 9
(hadiah)
Jumlah Keseluruhan
(RM)
8.2 Peruntukan:
Peruntukan daripada : Diri sendiri
9.0 Penutup
Tadika atau pra-sekolah merupakan institusi pendidikan terawal yang terlibat dalam
pembentukan seseorang individu. Pendidikan alam sekitar hendaklah bermula dari
zaman kanak-kanak dan diterapkan seawal di tadika lagi agar dapat memberi galakan
kepada golongan muda supaya membudayakan amalan pemuliharaan alam sekitar
dengan lebih berkesan. Pendekatan ini diambil agar generasi muda lebih
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar
serta mengetahui cara menjaga atau melindungi sumber alam semula jadi negara.
Tanpa mempersiapkan generasi baharu dengan fikrah lestari untuk mengambil alih
pengurusan alam sekitar di negara ini, negara ini bakal menghadapi cabaran alam
sekitar yang lebih serius dan juga bakal memberi impak kepada masyarakat di seluruh
negara. Oleh itu, diharapkan pihak pelaksana yang terdiri daripada pelajar IPG Kampus
Bahasa Antarabangsa dan murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kesang Indah dapat
16
bekerjasama menjayakan Program 3R dan gotong-royong ini bagi memberi pendedahan
yang sewajarnya serta menerapkan semangat cinta akan alam sekitar dalam diri
mereka.
Disediakan oleh,
(MUHAMMAD WA’IE BIN MUSTAZA)
16
Menulis laporan // // 16
Analisis SWOT
Fasa Analisis dan Laporan // / // /
Post -mortem
Fasa Selepas Pelaksanaan // // // 1/10 / 2/10 / 3/10 / // // // /// /// /// /// 11/10 /
Gotong-royong
2.3 Carta Gantt Taklimat Amalan 3R 22/9 / 23/9 / 24/9 / 25/9 / 26/9 / 27/9 /
Tugasan/ Fasa Pelaksanaan
Penghasilan Poster
TarikhCarta Gantt
Kertas kerja Cadangan
Pemerhatiann
Fasa Perancangan
28/9 29/9 30/9 4/10 5/10 6/10 7/10 8/10 9/10 10/10 12/10 13/10 14/10 15/10
3.0 Fasa Pelaksanaan
Seterusnya, fasa pelaksanaan pula melibatkan proses pelaksanaan bagi semua aktiviti
yang dijalankan dalam program ini seperti yang telah dirangka dalam kertas kerja cadangan
di atas. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi peringkat iaitu peringkat teori ataupun
penerangan mengenai alam sekitar dan 3R serta peringkat praktikal iaitu aktiviti bergotong-
royong bersama sama dengan murid-murid tadika tersebut.
Pelaksanaan Program 3R dan Gotong Royong ini telah djialankan pada 20 Februari
2021. Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas untuk memberi pendedahan awal
kepada murid-murid Tabika Perpaduan Taman Kesang Indah tentang amalan 3R sebagai
salah satu cara untuk menjaga alam sekitar. Seterusnya, program ini diteruskan dengan
perkongsian yang lebih spesifik mengenai amalan kitar semula. Kemudian, aktiviti yang
terakhir ialah aktiviti gotong-royong di kawasan tadika tersebut. Murid-murid tadika bergerak
mengelilingi kawasan tadika sambil memastikan kebersihan kawasan di persekitaran.
Sampah-sampah yang boleh dikitar semula diklasifikasikan mengikut tong-tong sampah kitar
semula yang sesuai. Pihak pelaksana ditemani oleh guru-guru tadika telah mengawasi
pergerakan di samping memberikan bimibngan kepada murid-murid yang memerlukan.
Rajah 1: Poster yang menunjukkan maklumat berkaitan program tersebut
16
3.1 Proses pendedahan dan penerangan tentang amalan 3R
Seorang pelajar IPG Kampus Bahasa Antarabangsa merangkap pihak pelaksana
program ini telah memberikan taklimat mengenai ketiga-tiga elemen dalam amalan 3R,
iaitu menggunakan semula barangan terpakai (reuse), mengurangkan penggunaan
barangan baru (reduce) dan juga mengitar semula barangan terpakai (recycle). Pihak
pelaksana ini juga telah memberikan penerangan yang lebih mendalam mengenai
amalan kitar semula seperti mendedahkan kepada murid-murid tadika tentang bahan-
bahan yang boleh dikitar semula, jenis-jenis tong kitar semula, dan kepentingan
mengamalkan amalan kitar semula kepada alam sekitar.
Rajah 1 dan 2: Taklimat mengenai Amalan 3R dan penerangan lanjut mengenai amalan
kita semula
16
3.2 Proses gotong-royong di sekitar kawasan tadika
Murid-murid tadika telah ditempatkan di sekitar kawasan tadika tersebut dan diminta
untuk mengutip sampah-sampah yang berserakan di sekeliling kawasan tersebut dan
memastikan bahawa kawasan persekitaran mereka bersih daripada sampah sarap.
Untuk menguji kefahaman murid-murid tadika tersebut mengenai amalan kitar semula
yang telah diajar sebelum itu, setiap seorang daripada mereka juga diminta untuk
mengutip sekurang-kurangnya satu sampah yang boleh dikitar semula dan meletakkan
sampah tersebut di dalam tong kitar semula yang betul. Pada masa yang sama, pihak
pelaksana bersama-sama guru-guru tadika tersebut telah mengawasi dan membimbing
murid-murid supaya dapat memastikan aktiviti gotong-royong itu berjalan dengan lancar.
Rajah 3, 4, 5 dan 6: Aktiviti gotong royong yang dijalankan serentak dengan
aktiviti kitar semula
16
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan post-mortem
yang dijalankan pada akhir program. Perbincangan post-mortem tersebut melibatkan
pengenalpastian kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan cadangan penambahbaikan.
Penulisan laporan mengenai pelaksanaan program turut dilaksanakan pada fasa selepas
pelaksanaan ini.
5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
5.1 Kekuatan
Program yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dalam
kalangan murid-murid tadika tersebut. Perkara ini dapat dilihat daripada penyertaan
yang sangat aktif dalam kalangan mereka dan pemahaman yang sangat baik mengenai
amalan 3R. Hal ini bukan sahaja kerana penerangan dan contoh yang diberikan pihak
pelaksana dalam taklimat tersebut jelas dan mudah untuk murid-murid, mereka telah
pun didedahkan kepada amalan ini melalui pembelajaran di tadika tersebut sendiri,
menurut salah seorang guru tadika tersebut. Kesannya, murid-murid tadika tersebut
lebih mudah untuk menyerap dan memahami ilmu yang telah disampaikan dalam
program itu dan berupaya untuk mempraktikkan amalan tersebut dengan betul tidak kira
di mana sahaja.
5.2 Kelemahan
Walaubagaimanapun, program ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri
iaitu kekangan waktu dan ruang yang terhad. Walaupun terbukti bahawa murid-murid
dapat menimba ilmu yang berguna daripada pelaksanaan taklimat dan aktiviti gotong-
royong tersebut, tempoh masa selama dua jam yang diberikan telah mengehadkan
fokus program ini kepada amalan kitar semula sahaja. Ruang yang diberikan untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut juga sangat terhad kerana murid-murid tadika itu
tidak sama sekali dibenarkan berlegar-legar di luar kawasan tadika itu atas faktor
keselamatan. Hal ini telah menghalang interaksi antara kanak-kanak tersebut bersama
masyarakat di kawasan kejiranan itu semasa melakukan aktiviti khidmat masyarakat.
16
5.3 Peluang
Oleh kerana respons yang diberikan murid-murid tadika yang terlibat sangat
memberangsangkan, pihak pelaksana telah menyimpulkan bahawa konten dan aktiviti
yang dijalankan sepanjang program itu bersesuaian dengan kefahaman kanak-kanak
kecil dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. Untuk membangunkan lagi program ini pada
masa akan datang, pihak pelaksana bercadang untuk menghasilkan aktiviti-aktiviti yang
lebih menarik dan interaktif supaya dapat menarik perhatian murid-murid terhadap isu
alam sekitar. Pihak pelaksana juga merancang untuk memperbesar skop audiens untuk
program ini dengan menjemput murid-murid daripada beberapa tadika atau sekolah
rendah untuk menyertai program ini supaya mereka dapat berinteraksi sesama mereka
dalam mewujudkan komuniti mesra alam yang saling bekerjasama dalam memastikan
kelestarian alam sekitar terjaga.
5.4 Ancaman
Namun, pihak pelaksana telah berjaya mengesan beberapa ancaman yang
berpotensi untuk menggugat pelaksanaan projek ini. Antaranya ialah tingkah laku murid-
murid. Sepanjang program itu berlangsung, terdapat segelintir murid-murid yang
menunjukkan tanda-tanda negatif seperti tidak fokus kepada penerangan yang diberikan
dan bermain-main ketika diminta untuk mengutip sampah dan barang yang boleh dikitar
semula. Hal ini kerana kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur di bawah 7
tahun mudah terganggu dengan perkara yang berlaku di sekeliling sehingga
menyebabkan mereka kahilangan fokus terhadap aktiviti-aktiviti yang sedang
berlangsung. Terdapat di antara mereka yang mengganggu rakan mereka yang lain dan
menyebabkan terjadinya kekecohan semasa program sedang berlangsung.
6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang lebih menarik dan interaktif seperti permainan alam sekitar dan perlawanan antara
kumpulan murid. Perkara ini dapat memastikan semua murid yang terlibat dalam program ini
mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih aktif dan mengelakkan
berlakunya gangguan antara murid-murid. Selain itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan
juga ialah menambah masa dan ruang untuk melaksanakan program ini. Sebagai contoh,
pihak pelaksana boleh membuat kertas cadangan untuk membawa murid-murid ke tempat-
16
tempat awam di luar kawasan tadika supaya mereka dapat menjalankan aktiviti khidmat
masyarakat sambil berinteraksi dengan warga tempatan. Tempoh masa yang lebih banyak
juga membenarkan pihak pelaksana untuk memberi penerangan lanjut dan melakukan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan elemen “reuse” dan “reduce” juga. Hal ini dapat
memastikan bahawa murid-murid mengamalkan amalan 3R dengan lebih tepat dan
berkesan.
7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dan ancaman
dikenalpasti sepanjang pelaksanaan program ini seperti kekangan masa, ruang yang terhad
serta tingkah laku murid-murid. Namun begitu, kelemahan ini dapat diatasi dengan
kerjasama yang diberi oleh pelbagai pihak di samping membenarkan pihak pelaksana untuk
menambahbaik pelaksanaan program ini di masa hadapan. Jelaslah bahawa, Program 3R
dan Gotong Royong di Tabika Perpaduan Taman Kesang Indah telah berjaya memberi
kesedaran kepada murid-murid tadika tersebut tentang kepentingan mengamalkan amalan
3R dan amalan khidmat masyarakat kepada alam sekitar.
Disediakan oleh,
(MUHAMMAD WA’IE BIN MUSTAZA)
16
8.0 Rujukan
Anita Abu Hasan, Mohd Firdaus Yon, Nor Ainna Hamzah, Ahmad Ismadi, Raziatul Hanum A.
Rajak, Azlina Othman... & Syajaratulhuda Mohamad Rosli. (2019, September 24).
Sungai mati angkara industri. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/49082/berita/nasional/sungai-mati-angkara-
sisa-industri
Mohd Hishamudin Che Omar, Mohd Hairy Ibrahim, Mohd Ihsan Muhamad Ismail, Nor
Kalsum Mohd Isa, Mohd Hashiq Hashim, Kamarul Ismail, ... & Aditya Saputra.
(2021). Hujan asid: Satu kajian awal di Ipoh, Perak (Acid rain: A preliminary study in
Ipoh, Perak). Asian Journal of Environment, History and Heritage, 5(1), 25-39.
Muhammad Saufi Hassan, Nor ‘Asyikin Mat Hayin, Muhamaad Razis Ismail dan Nurul
Husna Mahmud. (2021, July 20). 14 juta tan sampah pada 2022. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022
Nurul Hidayah Liew Abdullah, Jamilah Ahmad, & Suhaizal Hashim. (2018). Peranan
sosiologi dalam pendidikan alam sekitar: Satu cabaran. Online Journal for TVET
Practitioners, 3(1).
Peningkatan jumlah kenderaan menyumbang kepada fenomena pulau haba bandar. (2022,
July 8). Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peningkatan-
jumlah-kenderaan-menyumbang-kepada-fenomena-pulau-haba-bandar-370243
Shawal Sahid Hamid. (2021). Analisa tahap kesedaran komuniti terhdapa tahap
pencemaran industri kajian kes: Yan, Kedah. Jurnal Sains Sosial: Malaysian Journal
of Social Sciences, 6(1), 97-107.
16
APPENDIX
16
APENDIKS A - SURAT KEBENARAN PELAKSANAAN PROJEK
16
16
16
16