The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56143860, 2021-09-21 09:14:30

PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

MAJLIS PENUTUPAN
BULAN KEBANGSAAN KE-64

SMK KETARI 2021

Malaysia prihatin

22 SEPTEMBER 2021 RABU
8:30 PAGI

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

GURU-GURU SMK KETARI

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

PENGENALAN

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada
setiap 31 Ogos bagi menandakan negara bebas daripada
belenggu penjajah sejak tahun 1511. Pada setiap tahun,
bulan kebangsaan disambut di seluruh Malaysia bermula
dari bulan Ogos sehingga 16 September.

Hari Kebangsaan merupakan peristiwa penting yang
disambut bagi memperingati detik bersejarah negara kita
mencapai kemerdekaan. Semoga sambutan Hari
Kebangsaan yang ke-64 bertemakan “Malaysia Prihatin”
dapat memupuk rasa kecintaan dan semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat Malaysia.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021

MALAYSIA PRIHATIN

MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan bulan
kemerdekaan adalah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-
murid dan guru-guru SMK Ketari serta meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak
yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, melalui pertandingan yang
diadakan dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid secara
menyeluruh.

OBJEKTIF

i. Menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan murid dan guru
ii. Memupuk dan memperkukuh hubungan antara kaum dalam kalangan

murid dan guru
iii. Mewujudkan rasa bersyukur terhadap keamanan yang di kecapi dan

menghargai jasa para pemimpin
iv. Mencungkil dan mengetengahkan bakat yang terpendam murid melalui

aktiviti yang diadakan

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021

MALAYSIA PRIHATIN

UCAPAN PENGETUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Ketari.
Saya berharap semua dalam keadaan sihat walafiat serta mampu menjalani
kehidupan dalam suasana pandemik Covid 19.

Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini yang akan
diraikan pada 31 Ogos 2021, saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 kepada
semua warga SMK Ketari. Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ yang telah
diumumkan oleh mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Dato
Saifuddin Abdullah pada 10 Ogos 2021 yang lalu, marilah kita menyambut
kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh keikhlasan, kejujuran, taat setia
kepada raja dan Yang Di-Pertuan Agong negara kita.

Harapan saya agar kita semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yang
baik, prihatin, berakhlak mulia, berdisiplin serta saling menghormati.
Sebagai generasi muda pada hari ini, saya percaya kamu semua masih
kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada zaman
sekarang, erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan
secara fizikal semata-mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan
menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021

MALAYSIA PRIHATIN

amalan-amalan yang merosakkan negara. Saya berharap dengan adanya
sambutan kemerdekaan ini pada setiap tahun dapatlah kita mengimbau dan
mengambil iktibar bagaimana kita perlu mempunyai jati diri yang tinggi dan
semangat cinta akan negara agar keharmonian, kemakmuran dan
kemerdekaan negara kita terus kekal dipertahankan agar tidak dijajah
kembali.

Dengan mengambil contoh sambutan kemerdekaan bagi negara jiran kita
iaitu Indonesia yang mana rakyatnya sangat bersemangat dengan
mengenakan pakaian yang bertemakan merah putih sambil mengibarkan
bendera negara mereka. Semangat seperti inilah perlu kita terapkan dengan
mengibarkan bendera di rumah, sekolah dan premis perniagaan sebagai
tanda sokongan dan bangga dengan kemerdekaan negara. Bagi pihak
sekolah semangat kemerdekaan ini akan terus kita pupuk dan semai dalam
jiwa para pelajar dengan mengibarkan bendera Malaysia serta mengadakan
pelbagai program menarik yang berunsurkan patriotik bagi melahirkan
generasi yang cinta akan negara dan hidup dengan penuh toleransi serta
kemakmuran yang tinggi walaupun hidup dalam suasana berbilang kaum
dan berbeza agama serta budaya.

Selain daripada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat juga perlulah

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021

MALAYSIA PRIHATIN

memainkan peranan dalam meningkatkan usaha melahirkan generasi
berjiwa patriotik dan jati diri yang tinggi. Hal ini akan dapat melahirkan pelajar
yang menghargai dan menghormati guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan sekali
gus menyayangi negara.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita
yang kini diuji dengan pandemik Covid-19, banjir, tanah runtuh, wabak
denggi, tibi dan sebagainya kembali normal dan kita dapat menjalani
kehidupan seperti sediakala. Kita juga hendaklah berdoa agar semua warga
Ketari, ahli keluarga dan saudara mara kita disembuhkan dan dijauhkan
daripada wabak ini dan musibah yang lain. Murid-murid perlu sentiasa
bersedia untuk mengadaptasi pendidikan dalam bentuk norma baharu.
Sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Saya ingin
menasihatkan seluruh warga Ketari agar mematuhi SOP, duduk di rumah dan
yang paling penting kita jaga kita dan terus berjuang untuk memerangi wabak
ini.

Dengan sukacitanya saya merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Bulan
Kemerdekaan Peringkat SMK Ketari Tahun 2021. Malaysia Prihatin.

Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah. Assalamualaikum w.b.t

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

JAWATANKUASA INDUK

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

PERANCANGAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Pelaksanaan Tindakan

1 Pertandingan Deklamasi Sajak Sepanjang Bulan - Penyelaras Unit Beruniform
Kemerdekaan Kebangsaan Puan Maimun bt Ibrahim

2 Pertandingan Deklamasi Sajak Sepanjang Bulan - Penyelaras Pendidikan Khas
Kemerdekaan (Pendidikan Khas) Kebangsaan En. Alias b Ibrahim

3 Pertandingan Senamrobik Sepanjang Bulan - Penyelaras Unit Beruniform
Kebangsaan Puan Maimun bt Ibrahim
4 Pertandingan Menulis esei Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris Sepanjang Bulan - Penyelaras Kelab dan Persatuan
Kebangsaan Puan Husna Bt Salleh
5 Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Sepanjang Bulan
6 Pertandingan Melukis Poster Kebangsaan - Penyelaras Kelab dan Persatuan
Sepanjang Bulan Puan Husna bt Salleh
Kemerdekaan Kebangsaan
- Penyelaras Sukan Dan Permainan
7 Pertandingan Nyanyian Lagu Sepanjang Bulan En. Muhammad Yazid b Mohd
Patriotik Kebangsaan Kamal

8 Pertandingan Reka Poster Digital Sepanjang Bulan - Penyelaras Sukan dan Permainan
Kemerdekaan Kebangsaan En. Muhammad Yazid b Mohd
Sepanjang Bulan Kamal
9 Pertandingan Pantun Merdeka Kebangsaan
- Penyelaras Tingkatan 6
Puan Amy Azreyan bt Amy

- Penyelaras Tingkatan 6
Puan Amy Azreyan bt Amy

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

LOGO MALAYSIA PRIHATIN

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

JALUR GEMILANG

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

LAGU JALUR GEMILANG Jalur gemilang…
kami semua bersatu
Merahmu bara semangat waja Perpaduan ketaatan
Putihmu bersih budi pekerti Amalan murni rakyat Malaysia
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan Jalur gemilang…
Lautan luas telah kau redah megah kami terasa
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya Jalur gemilang…
kibarkanlah wawasan
Empat belas melintang jalurnya Merah putih biru kuning
Semua negeri dalam Malaysia Jalur semangat kami semua
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang… Berkibarlah
di bawah naunganmu

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

LAGU JALUR GEMILANG

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

NAMA UNIT: PENDIDIKAN KHAS
NAMA PERTANDINGAN: DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN
KATEGORI: PENDIDIKAN KHAS

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. HAU JESSY PKB TEMPAT PERTAMA
2. NUR AAFREEN AAFIA BT MOHD PKB TEMPAT KEDUA

AZEEM SHAH PKB TEMPAT KETIGA
3. LEE YEE LING PKC SAGUHATI
4. MUHAMAD AQIL B MOHD ISRAR PKJ SAGUHATI
5. ARIANCE ADITSON WILLIE

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

NAMA UNIT: UNIT BERUNIFORM
NAMA PERTANDINGAN: DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN
KATEGORI: MENENGAH RENDAH

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. JANANI A/P SIVASANMUGOM 1K TEMPAT PERTAMA

NAMA UNIT: UNIT BERUNIFORM KELAS PENCAPAIAN
NAMA PERTANDINGAN: SENAMROBIK 1S TEMPAT PERTAMA
KATEGORI: MENENGAH RENDAH

BIL NAMA PELAJAR

1. MANPREET SINGH

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

NAMA UNIT: KELAB DAN PERSATUAN
NAMA PERTANDINGAN: MENULIS ESEI KEMERDEKAAN (BAHASA MELAYU)
KATEGORI: MENENGAH RENDAH

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. JEEVINA SHERREN A/P JAMES 2K TEMPAT PERTAMA

PRABHAKER

2. JANANI A/P SIVASANMUGOM 1K TEMPAT KEDUA

NAMA UNIT: KELAB DAN PERSATUAN
NAMA PERTANDINGAN: MENULIS ESEI KEMERDEKAAN (BAHASA INGGERIS)
KATEGORI: MENENGAH ATAS

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. CHONG SUE HUI 5K TEMPAT PERTAMA
2. NG XIN YAN 5K TEMPAT KEDUA

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

NAMA UNIT: KELAB DAN PERSATUAN
NAMA PERTANDINGAN: MENULIS ESEI KEMERDEKAAN (BAHASA INGGERIS)
KATEGORI: MENENGAH RENDAH

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. TANUSHAN SRI A/L S GANESAN 2K TEMPAT PERTAMA

NAMA UNIT: SUKAN DAN PERMAINAN
NAMA PERTANDINGAN: MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN
KATEGORI: MENENGAH ATAS

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. CHONG SUE HUI 5K TEMPAT PERTAMA

2. NUR FATINI BATRISYIA BT AHMAD FAIZA 5O TEMPAT KEDUA

3. TIVINESH 5A TEMPAT KETIGA

4. NUR AIN ADILAH 5L SAGUHATI

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

NAMA UNIT: SUKAN DAN PERMAINAN
NAMA PERTANDINGAN: MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN
KATEGORI: MENENGAH RENDAH

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1 TAN SZE YING 3S TEMPAT PERTAMA
2 TAN SZE YEN 2S TEMPAT KEDUA
3 KON JE YU PA TEMPAT KETIGA
4 LEE JANE YING 3O SAGUHATI
5 PRAVIN 3S SAGUHATI

NAMA UNIT: SUKAN DAN PERMAINAN
NAMA PERTANDINGAN: NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
KATEGORI: MENENGAH RENDAH

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1 JANANI A/P SIVASANMUGOM 1K TEMPAT PERTAMA

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

NAMA UNIT: TINGKATAN ENAM
NAMA PERTANDINGAN: PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL KEMERDEKAAN
KATEGORI: TINGKATAN 6 RENDAH

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. GAN HUI MIN 6RSN TEMPAT PERTAMA
2. TUI HUI ZHI 6R2 TEMPAT KEDUA
3. NUR FAQIHAH YUSRINA 6R1 TEMPAT KETIGA
4. KOK PUI KUAN 6R2 SAGUHATI
5. CHONG SUE ANN 6R2 SAGUHATI

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

NAMA UNIT: TINGKATAN ENAM
NAMA PERTANDINGAN: PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL KEMERDEKAAN
KATEGORI: TINGKATAN 6 ATAS

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. TAN WEI QIE 6ASN TEMPAT PERTAMA
2. CHAN SHIN YEW 6ASN TEMPAT KEDUA
3. NITHYASRI A/P RAJA SAKIR 6A1 TEMPAT KETIGA
4. LOH WEI LING 6A1 SAGUHATI
5. RUBINI A/P SELVER RAJOO 6A3 SAGUHATI

NAMA UNIT: TINGKATAN ENAM
NAMA PERTANDINGAN: PERTANDINGAN PANTUN MERDEKA
KATEGORI: TINGKATAN 6 ATAS

BIL NAMA PELAJAR KELAS PENCAPAIAN

1. LEE WAI LING 6A3 TEMPAT PERTAMA
2. TAN WEI QIE 6ASN TEMPAT KEDUA

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

PENUTUP

Semoga Sambutan Bulan Kebangsaan dapat memupuk rasa cinta
terhadap negara di samping mengukuhkan perpaduan dalam
masyarakat yang berbilang kaum walaupun negara sedang dilanda
wabak Covid-19.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan
kebangsaan pada tahun ini. Semua aktiviti yang dijalankan,
berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat
patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai
warganegara Malaysia.

Tahniah kepada para pelajar yang menyertai aktiviti yang
dipertandingkan dan sentiasa mematuhi SOP terkini yang
diberikan oleh MKN dan KKM dari masa ke semasa.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021
MALAYSIA PRIHATIN

SEKALUNG BUDI

Unit kokurikulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Penutupan
Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 pada tahun 2021


Click to View FlipBook Version