MAJLIS SAMBUTAN
BULAN KEBANGSAAN KE-64
SMK KETARI 2021
23 0G0S 2021 // ISNIN // 8:30 PAGI
PENGENALAN
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh
negeri pada setiap 31 Ogos bagi menandakan negara
bebas daripada belenggu penjajah sejak tahun 1511.
Pada setiap tahun, bulan kebangsaan disambut di
seluruh Malaysia bermula dari bulan Ogos sehingga 16
September.
Semoga sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64
bertemakan “Malaysia Prihatin” dapat memupuk rasa
kecintaan dan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat Malaysia.
MATLAMAT OBJEKTIF
Matlamat utama penganjuran i. Menanam semangat cinta
akan negara dalam kalangan
aktiviti bersempena sambutan murid dan guru
bulan kemerdekaan adalah ii. Memupuk dan memperkukuh
hubungan antara kaum dalam
memupuk semangat patriotisme kalangan murid dan guru
dalam kalangan murid-murid dan iii. Mewujudkan rasa bersyukur
terhadap keamanan yang di
guru-guru SMK Ketari serta kecapi dan menghargai jasa
para pemimpin
meningkatkan kesedaran warga
iv. Mencungkil dan
sekolah tentang sejarah mengetengahkan bakat yang
terpendam murid melalui
kemerdekaan negara dan aktiviti yang diadakan
perjuangan pelbagai pihak yang
berusaha meraih kemerdekaan.
Selain itu, melalui pertandingan
yang diadakan dapat mencungkil
bakat terpendam murid-murid
secara menyeluruh.
UCAPAN PENGETUA
PN. HAJJAH ZAINAB BINTI HARUN
PENGETUA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga SMK Ketari dan saya
harapkan semua berada dalam keadaan sihat walafiat serta menerima
keadaan kita sekarang ini yang hidup dalam suasana pandemik Covid 19.
Sempena kemerdekaan Malaysia pada tahun ini yang akan dirai
pada 31 Ogos 2021 ini, saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan
selamat Hari Kemerdekaan yang ke-64 kepada warga SMK Ketari. Tema
Bulan Kemerdekaan kita pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’ yang telah
diumumkan oleh mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Dato
Saifuddin Abdullah pada 10 Ogos 2021. Marilah kita menyambut
kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh keikhlasan, kejujuran, taat
kesetiaan kepada raja dan Yang Dipertuan Agong negara kita.
Saya berharap dengan adanya sambutan kemerdekaan ini pada
setiap tahun dapatlah kita mengimbau dan mengambil iktibar bagaimana
kita perlulah mempunyai jati diri yang tinggi dan semangat cinta akan
negara agar keharmonian, kemakmuran dan kemerdekaan negara kita
terus kekal dipertahankan agar tidak dijajah kembali. Dengan mengambil
contoh sambutan kemerdekaan bagi negara jiran kita iaitu Indonesia di
mana rakyatnya sangat bersemangat dengan mengenakan pakaian yang
bertemakan merah putih sambil mengibarkan bendera negara mereka.
Semangat seperti inilah perlu kita terapkan dengan mengibarkan bendera
di rumah sebagai tanda sokongan dan bangga dengan kemerdekaan
negara.
Bagi pihak sekolah semangat kemerdekaan ini terus kita pupuk
dan semai ke jiwa para pelajar dengan menggantungkan bendera Malaysia
serta mengadakan program-program berunsurkan patriotik bagi
melahirkan generasi yang cinta akan negara dan hidup dengan penuh
toleransi serta kemakmuran yang tinggi walaupun hidup dalam suasana
berbilang kaum dan berbeza agama serta budaya. Selain daripada pihak
sekolah pihak ibu bapa dan juga masyarakat juga perlulah memainkan
peranan dalam meningkatkan usaha melahirkan generasi berjiwa patriotik
khususnya cinta akan negara dan semangat kesetiaan kepada negara. Ini
akan dapat melahirkan pelajar yang menghargai dan menghormati guru-
guru, ibu bapa, rakan-rakan sekaligus menyayangi negara.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua warga Ketari
untuk memohon kepada Allah bagi beragama Islam dan Tuhan bagi
agama dan kepercayaan lain untuk terus berdoa agar negara kita
yang kini diuji dengan wabak penyakit seperti banjir, tanah runtuh,
wabak denggi, tibi dan paling terkini Korona virus ini supaya
diangkat kembali wabak dan ujian ini supaya kita dapat menjalani
kehidupan seperti sediakala semula.
Kita juga hendaklah berdoa agar warga Ketari, ahli keluarga
dan saudara mara kita agar disembuhkan dan dijauhkan daripada
wabak ini serta dijauhkan daripada sebarang bencana dan penyakit.
Saya menasihatkan agar seluruh warga Ketari agar mematuhi SOP,
duduk di dalam rumah dan yang paling penting kita jaga kita dan
terus berjuang untuk memerangi wabak ini. Akhir kata sekali saya
ingin mengucapkan selamat hari kemerdekaan ke-64 buat warga
Ketari dan rakyat Malaysia.
Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah. Assalamualaikum w.b.t
SASARAN TARIKH PERLAKSANAAN
● Program ini menyasarkan ● Sepanjang bulan Ogos hingga 16 September
penglibatan semua murid 2021.
bermula daripada kelas
pendidikan khas, peralihan ANJURAN
sehingga pelajar tingkatan
enam. ● Unit Kokurikulum SMK Ketari
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI : PN. ZAINAB BINTI HARUN
NAIB PENGERUSI I : EN. ROSTAM BIN ABDULLAH
NAIB PENGERUSI II : PN. FARIDAH BINTI MOHAMAD SAUKANI
NAIB PENGERUSI III : EN. BOON CHEE YONG
NAIB PENGERUSI IV : EN. RADZUAN BIN ABU BAKAR
SETIAUSAHA : CIK BALKIS BINTI MOHD TAIB
NAIB SETIAUSAHA : EN MOHD FUAD BIN IBERAHIM
PENYELARAS UNIT : PUAN MAIMUN BINTI IBRAHIM
UNIFORM
PENYELARAS KELAB : PUAN HUSNA BINTI SALLEH
DAN PERSATUAN
PENYELARAS SUKAN : EN. MUHAMMAD YAZID BIN MOHD KAMAL
DAN PERMAINAN
PENYELARAS TINGKATAN 6 : PUAN AMY AZREYAN BINTI AMY
CADANGAN AKTIVITI
Bil Aktiviti Pelaksanaan Tindakan
1 Pertandingan Deklamasi Sajak Sepanjang Bulan - Penyelaras Unit Beruniform
Kemerdekaan Kebangsaan Puan Maimun bt Ibrahim
2 Pertandingan Deklamasi Sajak Sepanjang Bulan - Penyelaras Pendidikan Khas
Kemerdekaan (Pendidikan Khas) Kebangsaan En. Alias b Ibrahim
3 Pertandingan Senamrobik Sepanjang Bulan - Penyelaras Unit Beruniform
Kebangsaan Puan Maimun bt Ibrahim
4 Pertandingan Menulis esei Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris Sepanjang Bulan - Penyelaras Kelab dan Persatuan
Kebangsaan Puan Husna Bt Salleh
5 Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
Sepanjang Bulan - Penyelaras Kelab dan Persatuan
6 Pertandingan Melukis Kemerdekaan Kebangsaan Puan Husna bt Salleh
Sepanjang Bulan
Kebangsaan - Penyelaras Sukan Dan Permainan
En. Muhammad Yazid b Mohd
7 Pertandingan Nyanyian Lagu Sepanjang Bulan Kamal
Patriotik Kebangsaan
- Penyelaras Sukan dan Permainan
8 Pertandingan Reka Poster Digital Sepanjang Bulan En. Muhammad Yazid b Mohd
Kemerdekaan Kebangsaan Kamal
9 Pertandingan Pantun Merdeka Sepanjang Bulan - Penyelaras Tingkatan 6
Kebangsaan Puan Amy Azreyan bt Amy
- Penyelaras Tingkatan 6
Puan Amy Azreyan bt Amy
LOGO MALAYSIA PRIHATIN
JALUR GEMILANG
LAGU MALAYSIA PRIHATIN
Kedamaian milik kita bersama Di mana bumi dipijak
Amanah bangsa Junjung di situ langit di junjung
selamanya Kita gunungkan semangat sejiwa
Abadikanlah jiwa dan ragamu Walau di mana sahaja berada
Teguh sinar cahaya satukan jiwa Makmurnya seiringan
Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan
Abadikanlah jiwa dan ragamu
Teguh sinar cahaya satukan jiwa Malaysia prihatin selamanya
Negara bangsa diutamakan
Semarakkan api cinta di hati Khidmat diberi dengan penuh rela
Pada setiap insan kita gapaikan
Tanah air yang tercinta
Agar gemilang mekar di persada Namamu harum di puncak dunia
Satu langkah satu hati untukmu
pertiwi Payung mahkota teras pertiwi
Di persada nan gemilang
LAGU KERANAMU MALAYSIA
Buruh, nelayan dan juga petani Keranamu kami mendakap tuah
Gaya hidup kini dah berubah Keranamu kami bangsa berjaya
Anak-anak terasuh mindanya Keranamu kami hidup selesa
Lahir generasi bijak pandai Limpah budi kemakmuran negara
Pakar IT, pakar ekonomi Keranamu kami bebas merdeka
Jaguh sukan dan juga jutawan Keranamu myawa dipertaruhkan
Berkereta jenama negara Keranamu rela kami berjuang
Megah menyusur di jalan raya Demi bangsa kedaulatan negara
Alam cyber teknologi terkini Keranamu Negara Malaysia
Kejayaan semakin hampiri Malaysia...
Biar di kota ataupun desa Terima kasih Malaysia !
Kita semua pasti merasa bangga
PENUTUP
Semoga Sambutan Bulan Kebangsaan dapat memupuk rasa
cinta terhadap negara di samping mengukuhkan perpaduan
dalam masyarakat yang berbilang kaum walaupun negara
sedang dilanda wabak Covid-19. Setiap aktiviti yang
dirancang juga diharapkan dapat dilaksanakan dan
sentiasa mematuhi SOP terkini yang diberikan oleh MKN
dan KKM dari masa ke semasa.
SEKALUNG BUDI
Unit kokurikulum mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Majlis Sambutan Bulan
Kebangsaan ke-64 pada tahun 2021