The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emillia22-157, 2022-04-16 11:22:27

TUGASAN 3 GISC1082

TUGASAN 3 GISC1082

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR, SARAWAK

Tugasan 3

Nama : EMILLIA ANAK SLANJAT
Angka Giliran : 2021032310008
No. K.P. : 030219-13-1230
Kumpulan : PPISMP BAHASA IBAN
Kod Kursus : GISC1082
Nama Kursus : ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN
Nama Pensyarah : DR ROZIAH BINTI MOHAMAD ALI
Tarikh Hantar : 14 APRIL 2022

Tandatangan Pemeriksa :
Nama Pemeriksa :
Tarikh Pemeriksaan :

Pengesahan Maklum Balas Kerja Kursus
Saya mengesahkan bahawa maklum
balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuk dan fahami.

.........................................
Tandatangan Pelajar

Tarikh: ... .......

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 1

1.0 Pendahuluan 1
2.0 Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam revolusi 4.0 1
2
2.1 Modal yang besar
2.2 Kekurangan tenaga mahir 2
2.3 Memerlukan pemikiran yang diterajui inovasi 3
3.0 Risiko yang dihadapi Malaysia dalam revolusi 4.0 3
3.1 Jurang ketidaksamaan yang melebar 4
3.2 Nilai dan etika merosot
3.3 Berhadapan dengan teknostres
4.0 Penutup
Rujukan

1.0 Pendahuluan

Pada masa kini dunia berada pada satu titik atau tahap yang bakal melakar sejarah dalam
mengalami perubahan yang ketara di dalam kehidupan manusia. Mungkin masih ramai
lagi masyarakat di malaysia tidak peka dengan kewujudan Revolusi Industri 4.0 yang
sering diperkatakan di dalam dan luar negara atau seluruh dunia. Revoulsi industri 4.0 ini
adalah transformasi disruptif dalam industri melalui penggunaan teknologi yang baharu
muncul yang memudahkan pekerjaan dalam jangka masa yang pendek. Sekiranya
perkara tentang teknologi tentulah tercetusnya perkataan mesin di dalam minda
seseorang dan mesin ini akan beroperasi secara bebas untuk mengumpul dan
menganalisis data. Secara amnya, industri 4.0 dapat merujuk kepada proses
pembangunan dalam industri pengeluar dan automasi (shahirah, 2018). Indusrti 4.0 ini
juga dapat mengubah cara kita bekerja dalam kehidup seharian kerana terdapatnya
keselamatan siber, pengkomputeran awan, rantaian bekalan, bahan tambahan, analisis
data dan automasi robot (Schwab & Davis, 2018).

2.0 Cabaran yang dihadapi dalam Revolusi Industri 4.0

2.1 Modal yang besar

Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita malaysia merupakan negara yang sedang
membangun dan masih berusaha untuk mengejar kemajuan seperti negara lain. Dengan
itu, pelbagai cabaran yang kita hadapi untuk menguasai visi dan misi revolusi industri 4.0
pada masa kini. Pertama, modal yang besar merupakan cabaran yang dihadapi oleh
negara kita. Hal ini demikian kerana ia menekankan pembinaan teknologi realiti maya
tanpa menggunakan tenaga manusia yang banyak (Edward, 2019). Perkara ini telah
menyebabkan masalah diantara syarikat kecil dan sederhana kerana kebanyakkan
syarikat lebih memilih tenaga buruh berbanding pelaburan teknologi. Tambahan pula, kos
pelaksanaan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kos teknikal, kos latihan
kemahiraan dan pendidikan menjadi permasalahan perlaksanaan industri 4.0 (Zureen
Zulaika Ismail, 1995). Oleh itu, revolusi industri 4.0 belum masih dikuasai oleh negara kita
dengan sepenuhnya disebakan halangan yang sukar dihadapi.

2.2 kekurangan tenaga mahir

Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita sering menggunakan buruh asing
dalam sektor pekerjaan lalu revolusi ini menyebabkan perubahan yang mendadak kerana

1

kemunculan teknologi untuk mengantikan manusia bekerja. Keadaan pekerja sudah tentu
memerlukan pekerja industri yang peka dalam sistem fizikal siber dengan mempunyai
keupayaan baharu dalam teknologi ini. Perkara ini menjadi permasalahan kepada negara
kerana masyarakat di negara kita masih belum cukup ilmu tentang teknologi. Malaysia
juga masih bergantung dengan teknologi luar kerana kekurangan usaha untuk
membangunkan sendiri teknologi yang seiring dengan keperluan revolusi industri 4.0 dan
tenaga mahir secara ekspress diperlukan barulah perkara ini boleh digerakkan dengan
sepenuhnya.

2.3 Memerlukan pemikiran yang diterajui inovasi

Pemikiran yang diterajui inovasi ini elemen yang sangat diperlukan untuk mencapai visi
dan misi industri keempat. Pemikiran ini diterajui inovasi dalam masyarakat, perniagaan
dan sektor awam untuk mencapai penerimaan kemunculan teknologi. Malangnya, rakyat
malaysia belum mempunyai tahap pemikiran yang kritis dan inovatif pada tahap yang
optimum dan kebanyakan sektor perniagaan mengalami kekurangan ilmu dalam teknologi
yang membantu menghasilkan produktiviti dengan kuantiti yang tinggi. Dalam
menghadapi era ini, softskills perlu ada pada generasi muda untuk merealisasikan
permintaan semasa dan masa hadapan.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat 2007,
kreatif membawa maksud mempunyai kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru. Rentetan dari itu, jika dilihat dengan mata kasar
masyarakat negara kita masih belum negara kita jauh ketinggalan dengan negara luar
disebabkan pemikiran mereka di luar kotak. Oleh itu, kerajaan seharusnya menggalakan
inovasi sains dan teknologi dari sekolah lagi serta memberi dana atau peruntukkan untuk
kajian lalu menggalakan kerjasama dalam pertukaran kepakaran dengan negara luar.

3.0 Risiko yang dihadapi dalam Revolusi 4.0

3.1 Jurang ketidaksamaan yang melebar

Penggunaann teknologi secara meluas mempengaruhi jurang ketaksamaan dalam
kalangan masyarakat khususnya pada sosioekonomi. Latar belakang masyarakat bebeza
antara satu sama lain kerana adanya kaya, sederhana dan miskin. Dalam konteks ini,
masyarakat yang kurang berkemampuan untuk memiliki akses terhadap teknologi akan
mendapat peluang yang rendah dalam melibatkan diri dalam menerajui dunia teknologi.
Misalnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan di sekolah. Tanpa akses yang baik
terhadap teknologi dan alatan digital maka pelajar yang kurang berkemampuan akan terus

2

ketinggalan dari segi peluang mendapat ilmu jika dibanding dengan rakan sebaya di
kawasan memiliki akses baik kepada sumber informasi dan pengetahuan. Selain itu,
penciptaan teknologi robotik dan buatan telah menyebabkan golongan berkemahiran
rendah berisiko untuk kehilangan pekerjaan. Kesannya, mereka terpaksa menceburi
bidang perkhidmatan dan majikan bertindak menawarkan gaji yang tidak berpatutan
kepada pemohon dalam keterdesakan.

3.2 Nilai dan etika yang merosot

Kewujudan Revolusi 4.0 membawa kepada ancaman keselamatan siber yang tinggi
berbanding dari sebelumnya. Hal ini demikian kerana pengenalan internet yang
mengintegrasikan antara sistem fizikal san siber. Penggunaan internet secara berleluasa
akan memberi kesan yang negatif dalam sistem rangkaian seperti penggodam dan
penjenayah siber ( Min, David & Suk, 2018). Perkara ini akan menimbulkan risiko secara
tidak langsung kepada keselamatan risiko pemilikan data atau sesebuah syarikat.
Contohnya, hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat peribadi. Perkara ini
merupakan risiko industri 4.0 kerana revolusi ini mempunyai kecanggihan yang sangat
luar biasa dan pengenalan internet of things (IOT) yang membolehkan kita berhubung
antara satu sama lain tanpa campur tangan manusia. IOT ini mencipta kecerdikan,
pengesan rangkaian , mengawal dan memprogram dengan sendirinya. Oleh hal yang
demikian gunakan industri ini dengan cerdik dan beretika supaya kita dapat memperolehi
faedahnya bersama.

3.3 Berhadapan dengan teknostres

Teknostres ini merujuk kepada hubungan psikologi yang negatif antara orang dengan
pengenalan teknologi baharu. Kemajuan teknologi perkomputeran rentetan dari industri
4.0 mengakibatkan jurang kebolehupayaan tenaga manusia mengendalikan sesuatu. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana keadaan tertekan tidak mampu menggunakan teknologi
dan automasi yang sangat mendesak. Misalnya, teknostress ini hasil daripada kebiasaan
kerja yang berubah akibat penggunaan teknologi moden di pejabat atau di rumah.
Fenomena ini memberi kesan kepada “ baby boomers” kerana mereka merupakan ketua
keluarga pada masa kini. Perkara ini memberi impak kepada ekonomi isi keluarga dan
menyumbangkan tekanan stres dalam kalangan pelajar secara tidak langsung pendidikan
mereka juga akan terjejas.

3

4.0 Rumusan
Revolusi industri ini telah merubah cara hidup kita manusia secara mendadak
terutamanya dalam sektor perniagaan. Industri 4.0 juga mempunyai pro dan kontra yang
dapat memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan revolusi dengan cara yang betul
sangat membantu kita dan memudahkan sesuatu kerja tetapi sekiranya tidak digunakan
atau dimanfaatkan dengan berhemat maka ia akan memberi impak yang negatif.
Walaubagaimanapun, visi dan misi atau objektif revolusi 4.0 ini haruslah dicapai bersama
terutama kepada anak-anak muda yang merupakan pewaris atau pelapis masyarakat
untuk membangunkan negara dan sentiasa menimba ilmu teknologi bak peribahasa
genggam bara api sampai menjadi arang.

4

Rujukan

Budiyono, H. (2012). Pembelajaran Keterampilan Menulis Berbasis Proses Menulis dan Teori
Pemerolehan Bahasa. Pena: Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra, 2(1).

Educalingo. (n.d.). TECHNOSTRESS - Definisi technostress dalam kamus Corsica.
Educalingo.com. Retrieved April 14, 2022, from
https://educalingo.com/ms/dic-en/technostress

Edward, O. T. (2019, April 29). Penjajahan baharu Revolusi 4.0. Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/25802/KHAS/Pendapat/Penjajahan-
baharu-Revolusi-40

Schwab, K., & Davis, N. (2018). Shaping the fourth industrial revolution. World
Economic Forum ; Crown Business.

shahirah. (2018, July 9). Revolusi Perindustrian 4.0. Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Root of Science. https://rootofscience.com/blog/2018/sains-komputer/zaman-
industri-4-0/

Zureen Zulaika Ismail. (1995). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DECLARATION OF THESIS / POSTGRADUATE PROJECT PAPER AND
COPYRIGHT Title : CABARAN INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA
TERHADAP REVOLUSI INDUSTRI 4.0. universiti teknologi malaysia.
https://bic.utm.my/files/2018/08/ZUREEN-ZULAIKA-ISMAIL.pdf


Click to View FlipBook Version