The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU MOHAMAD RASHID BIN HUSIN, 2020-05-05 21:12:19

manual KK Geo calon

TERHAD





MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)













PEPERIKSAAN


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)







Manual Kerja Kursus (Kajian Luar)


Geografi

Kertas 4 (942/4)



Semester 3 Tahun 2020















PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
__________________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 32 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2020


1 TERHAD

TERHAD




BAHAGIAN II : CALON

12.0 Tanggungjawab Calon

12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
kursus (kajian luar)

12.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan
12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan

12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu
12.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu;
(a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja,

(b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
kajian luar
12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan
kerja kursus (kajian luar)
12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar)
calon

12.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar
kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4

12.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)

12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru
Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi

12.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada
tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

12.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon
sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan
mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja
kursus (kajian luar)


28 TERHAD

TERHAD


12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan
yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan
kerja kursus (kajian luar) Geografi

13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi

Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh Tindakan Calon
Aktiviti


4 Mei MPM memuat naik bahan berikut  Menerima soalan tugasan

hingga dalam portal MPM  Memahami skop tugasan kajian luar
26 Jun 2020 (www.mpm.edu. my) pada

4 Mei 2020:

i. Manual kerja kursus yang

mengandungi Bahagian I : Guru,

Bahagian II : Calon

ii. Soalan tugasan


29 Jun Persiapan sebelum ke lapangan  Mendapatkan sumber kewangan

hingga  Mendapatkan kebenaran ibu

17 Julai bapa/penjaga

2020
 Membincangkan jadual kerja

bersama-sama ahli kumpulan

 Mengagihkan kerja dan membentuk

struktur organisasi kumpulan

 Menyediakan kerangka tugasan

 Menyediakan peralatan dan instrumen

seperti borang soal selidik

 Mencari sumber rujukan seperti

sumber primer dan sekunder


20 Julai Perlaksanaan kajian di lapangan  Mengumpul data dan maklumat

hingga melalui pemerhatian, pencerapan,

14 Ogos pengukuran, temu bual, dan kaji

2020 selidik

 Memperoleh data dan maklumat dari

sumber sekunder

















29 TERHAD

TERHAD


Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh Tindakan Calon
Aktiviti



17 Ogos Penulisan kajian setelah kembali  Menyusun dapatan (data dan

hingga dari lapangan maklumat) mengikut keutamaan dan

11 struktur tugasan

September  Memproses, mentafsir, manganalisis,

2020 dan merumus data dan maklumat

 Mempersembahkan data dan

maklumat dalam bentuk peta, jadual,

graf, carta, dan lain-lain yang

bersesuaian

 Membincangkan dapatan hasil kajian

dan menghubungkait dengan teori

yang dipelajari

 Menulis penulisan kajian luar yang

lengkap mengikut format yang

ditetapkan

 Menyemak dan membuat

penambahbaikan penulisan kajian

luar



14  Penilaian laporan kajian luar  Menghantar penulisan kajian luar

September  Pembentangan berkumpulan masing-masing kepada guru

hingga hasil kajian luar oleh semua  Membentangkan hasil kajian luar

19 Oktober calon secara berkumpulan

2020



14.0 Format Penulisan

14.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan

14.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian
luar mengikut format berikut:

14.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

14.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat
sahaja

14.2.3 Langkau (spacing): 1.5

14.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.

Contoh:

2.0 Objektif kajian

2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji

14.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah,
graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk
lampiran


30 TERHAD

TERHAD


14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.
Contohnya,

i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..."

ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..."

14.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu
bual, dan penyataan lokaliti

14.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut:

14.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

14.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

14.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

14.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar)
Geografi (Lampiran 4)

14.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi

14.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada
guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

15.0 Struktur Penulisan

Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

15.1 Isi kandungan

15.2 Penghargaan

15.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan

15.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan

15.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan,
letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di
kawasan kajian

15.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,
pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data
primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan
dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta

15.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding,
membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan
aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh
dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta

15.8 Kesimpulan – Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk
penambahbaikan yang berkaitan





31 TERHAD

TERHAD


15.9 Senarai rujukan

15.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan
Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut:

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat.

Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2017.
Tanjung Malim: MDTM.

15.9.3 Rujukan Internet seperti contoh berikut:

Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13

Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation.
http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].

15.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut:

Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New
Straits Times, 21 February: 20.

Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman.
Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang).

15.10 Lampiran – Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang
tidak dimasukkan dalam teks
































32 TERHAD


Click to View FlipBook Version