The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBM10623 Adibah Khalija Binti Mohd Zaki, 2023-09-17 23:29:17

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Disediakan kl

PENDIDIKAN DI MALAYSIA


PUTRI AISYA ADIBAH KHALIJA NURUL NADZIRA AHLI KUMPULAN


Pengenalan perkembangan pendidikan di Malaysia Perkembangan pendidikan masa kini Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Perhubungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perkembangan pendidikan kini Perhubungan Falsafah Pendidikan Guru dengan perkembangan pendidikan kini. Penutup 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. KANDUNGAN


PENGENALAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Selepas merdeka, Laporan Razak telah mewujudkan kesedaran Kebangsaan dalam lapangan pelajaran yang mengutamakan Sistem Pelajaran Kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu.Tujuannya adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaysia.Selain itu,pendidikan asas iaitu membaca,menulis dan mengira telah ditekankan melalui Laporan Rahman Talib. Tujuannya adalah untuk meneliti dan memudahkan sistem pengurusan agar pendidikan di Malaysia berkualiti secara holistik.Di samping itu juga,kerajaan Malaysia telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) bagi tujuan memperkukuhkan lagi sistem pendidikan di Malaysia dengan melibatkan 3 gelombang yang utama iaitu melibatkan pelbagai pihak seperti pihak kerajaan sendiri,guru pelajar dan juga ibu bapa.


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MASA KINI MARCH 2023


PENDIDIKAN MASA KINI Selaras dengan perkembangan yang berlaku, Kementerian Peniddikan di Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013)-(2025) (PPPM) pada 6 September 2013). terdapat beberapa perkara yang dititik beratkan dalam pelan ini termasuklah lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang perlu dicapai dalam tempoh 13 tahun ini.


LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN AKSES KUALITI PERPADUAN EKUITI KECEKAPAN 0 0 100% enrolmen negara dalam kelompok 1/3 teratas 50% pengurangan dalam jurang pencapaian pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan


11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 11 anjakan ini bertujuan bagi memastikan matlamat pelan ini tercapai


6 Aspirasi Murid Bertujuan memastikan kualti yang peru diwujudkan dalam diri murid ia juga penting sebagai pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani


IMPLIKASI PPPM TERHADAP MURID wujud persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa. Persekitaran Pembelajaran aktiviti dijalankan secara berkempulan tanpa mengira perbezaan yang ada. Pengetahuan dan Kemahiran Insaniah DSKP pembelajaran yang membantu pelajar berfikir secara meluas dan lebih tinggi Kemahran Berfikir Berpeluang mendapat hak pendidikan dan manfaat yang sama seperti pelajar biasa. Murid Berkeperluan Khas


APA ITU TS25? DIAPLIKASIKAN SEJAK TAHUN 2015 Mempunyai tiga matlamat utama iaitu TS25 ialah salah satu usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam PdP. > Kepimpinan : meningkatkan kepimpinan sekolah > Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran : memaksimum. potensi guru dan murid > Penglibatan Komuniti : Melibatkan kerjasama antara . ibu bapa, guru dan komuniti dalam kejayaan murid


OBJEKTIF TS25 01 MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAM KPM guru mempunyai pelbagai kemahiran menyediakan latihan komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN LEBIH 03 BERMAKNA Menyediakan persekitaran pembelajaran dan suasana kelas yag lebih kondusif dan fleksibel menggunakan teknik PdP yang kreatif dan berkesan Pengurusan sekolah lebih cekap


Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi. Komitmen komuniti yang padu Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.


KONSEP FPK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item, atau pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting Pendidikan pula merujuk kepada memelihara atau mengasuh Membawa maksud Sesuatu yang universal dan berkaitan dengan semangat kenegaraaan secara keseluruhannya


Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Menjadi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan


PERKEMBANGKAN DIRI DAN MURID SECARA HOLISTIK PERANAN GURU MEREALISASIKAN FPK MEMUPUK CINTA MURID TERHADAP ILMU MENYEMAI RASA CINTA TERHADAP DIRI, MASYARAKAT SERTA NEGARA. MENUNJUKKAN SIFAT PEKERTI YANG MULIA BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK. MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERDISIPLIN


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan berdisiplin FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.


FPG dtelah digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru Falsafah Pendidikan Guru bertujuan melahirkan guru yang dapat merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebnagsaan. KONSEP FPG


Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama MODEL KONSEPTUL PENDIDIKAN GURU KEUTUHAN K KENDIRI EMASYARAKATAN MARCH 2023 Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia


PANDUAN KEPADA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA KEPENTINGAN FPG MMEREALISASIKAN FPK BERPERANAN MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR MEMELIHARA MASYARAKAT YANG BERSATU PADU MELAHIRKAN GURU YANG PROFESIONAL DAN BERKEMAHIRAN MENJADI PEMBIMBING DAN PAKAR RUJUKAN.


HUBUNGAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN PENDIDIKAN MASA KINI


ELEMEN - ELEMEN FPK


PENDIDIKAN IALAH SUATU USAHA YANG BERTERUSAN MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI PERKEMBANGAN POTENSI SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERILMU PENGETAHUAN MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERAKHLAK MULIA MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERKETERAMPILAN BERKEUPAYAAN UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI


PENDIDIKAN IALAH SUATU USAHA YANG BERTERUSAN HUBUNGAN ELEMEN INI DENGAN PENDIDIKAN PADA MASA KINI PENDIDIKAN MASA KINI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPP 2013-2025) Melahirkan individu yang mampu untuk menyediakan kesamarataan akses yang berfokuskan kepada aras pembelajaran Bahasa,Matematik dan Sains berdasarkan standard antarabangsa melalui pendidikan berkualiti yang bertaraf antarabangsa.Sebagai amsalannya,murid akan mempelajari untuk pembelajaran pada masa hadapan mengenai asas literasi dan numerasi melalui kemahiran asas.Bukan itu sahaja,mata pelajaran Sains juga dapat memberi input yang utama dalam bidang pertumbuhan pada masa hadapan.Hal ini didasari oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi Intelek berdasarkan pendidikan ialah usaha yang berterusan.


MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP2013-2025) telah memanfaatkan atau menggunakan sepenuhnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PDP.Hal ini dapat membantu golongan remaja memperkasa kemahiran teknologi supaya dapat mendepani cabaran arus modenisasi hari ini.Perkara ini sejajar dengan elemen FPK iaitu mampu untuk memperkembangkan ptensi diri. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP2013-2025)


MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI Pendidikan Masa Kini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025) Dapat meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam supaya dapat melahirkan murid yang bertanggungjawab, berakhlak mulia,berilmu pengetahuan dan berketerampilan agar dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara selari dengan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. HUBUNGAN ELEMEN INI DENGAN PENDIDIKAN PADA MASA KINI


PERKEMBANGAN POTENSI SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP2013-2025) memastikan agar murid-murid dapat menunjukkan hasil melalui setiap wang ringgit yang dikeluarkan.Hal ini berkait dengan elemen fpk iaitu untuk memperkembangkan potensi secara menyeluruh . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025)


KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN Terdapat elemen fpk iaitu kepercayaankepada tuhan dalam Pelan Penbangunan Pendidikan Malaysia.Hal ini adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai akhlak dalam usaha membina keluhuran peribadi dengan menghayati nilai dalam mempelajari Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Oleh itu, gejala sosial yang bertentangan dengan ciri atau nilai budaya serta nilai keagamaan seperti membunuh, merompak dan sebagainya dapat dihindari agar masyarakat dapat hidup dengan harmoni . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025)


MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERILMU PENGETAHUAN Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 mempunyai kaitan dengan elemen fpk iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dimana perkaitan ini dapat membangunkan modal insan yang menfokuskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.Sebagai amsalannya,pihak kerajaan telah mewujudkan subjek Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) disekolah rendah pada tahun 2014. Usaha ini bagi melahirkan para pelajar yang berilmu pengetahuan dalam bidang ICT bertepatan dengan era pendidikan Revolusi 4.0 di Malaysia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Hubungan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dengan elemen FPK


MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERAKHLAK MULIA Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025) menekankan agar rakyat mempunyai tanggungjawab sivik dengan bertindak untuk kebaikan negara,mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar serta memiliki keupayaan yang mendalam untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.Pelan ini juga memberikan penekanan kepada setiap murid dengan mewujudkan nilai yang kukuh agar dapat didukung oleh semua masyarakat.Bukan itu sahaja,PPP ini juga mengutamakan etika dan kerohanian.Hal ini sejajar dengan hubungan elemen Fpk iaitu dapat melahirkan rakyat yang berakhlak mulia.


MELAHIRKAN RAKYAT YANG BeRTANGGUNGJAWAB Mempunyai matlamat dalam melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab seperti yang terdapat dalam elemen FPK.Hal ini dapat dibuktikan apabila murid bertanggunjawab dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui aplikasi Zoom ,Youtube dan Google Meet memandangkan ia merupakan satu akses yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.Oleh itu,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025) mempunyai kaitan dengan elemen FPk ini.


MELAHIRKAN RAKYAT YANG BeRKETERAMPILAN Dalam situasi perkembangan dunia hari ini yang pesat dengan teknologi,elemenfpk iaitu keterampilan diri dalam diri setiap rakyat perlu dilahirkan bagi memastikan keseimbangan pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek.Oleh itu,KPM telah melakukan satu usaha melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025) supaya ICT dapat dimanfaat bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.Hal ini dikatakan demikian kerana ciri-ciri individu yang berketerampilan adalah mahir dalam bidang yang diceburi seperti bidang ict yang sesuai dengan kepesatan teknologi pada zaman kini . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025)


BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI Mencapai kesejahteraan diri di sini ialah meliputi keupayaan seseorang individu untuk mempunyai tubuh badan yang sihat bertepatan dengan elemen FPk iaitu berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti sukan di sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Pelaksanaan aktiviti sukan ini adalah untuk melahirkan rakyat yang sihat tubuh badan.Jadi,elemen FPK iaitu dapat mencapai kesejahteraan diri berkait dengan Pelam Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP 2013-2025).


HUBUNGAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN GURU DENGAN PENDIDIKAN MASA KINI


“GURU YANG PEKERTI MULIA, BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI NEGARA SERTA MENYANJUNG WARISAN KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN. ” FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PPPM) 2013-2025 TUJUAN OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Tujuan PPPM adalah ingin mencapai standard pendidikan antarabangsa serta dapat melahirkan pelajar yang memenuhi keperluan negara Memahami prestasi dan cabaran semasa Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan


OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Memahami prestasi dan cabaran semasa - Memberi fokus utama ke arah penambahbaikan akses terhadap sektor pendidikan serta meraptkan jurang dalam kalangan murid Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan - program transformasi yang dapat memenuhi permintaan serta mampu memberi sokongan terhadap tranformasi perkhidmatan awam


GURU SEBAGAI PELATIH SERTA MENJADI MENTOR KEPADA MURID Guru perlu sentiasa membimbing murid dalam aktiviti yang murid ceburi agar bakat yang terdapat dalam diri murid dapat dicungkil serta dikembangkan. Selaras dengan “menjamin pembangunan individu ” guru menjadi penggerak utama dalam merancang serta menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah agar aktiviti yang dijalankan selaras dengan kehendak KPM


GURU SEBAGAI AGEN PEMBENTUKAN AKHLAK DAN MORAL PELAJAR Falsafah Pendidikan Guru menekankan elemen guru yang bepekerti mulia. Elemen ini menyatakan bahawa guru menjadi contoh atau role model kepada pelajar yang berada di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid menjadikan guru sebagai contoh kehidupan mereka sama ada dari aspek tutur kata, tingkah laku mahupun akhlak . Jika guru menunjukkan teladan yang baik, maka produk yang dihasilkan juga berkualiti


Selari dengan pendidikan masa kini, guru merupakan insan yang perlu berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencapai sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Selaras dengan “ guru berpandangan progresif dan saintifik” , guru boleh mengaplikasikan kemudahan digital dalam sesi PdP selaras dengan revolusi Industri 4.0 GURU BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK


GURU BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI NEGARA Guru perlu sentiasa menjalankan tugas dalam mendidik serta mengajar murid-murid dengan penuh intergriti. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru, tanggungjawab ini perlu dijalankan agar membuahkan hasil yang lumayan iaitu dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik ,sahsiah mahupun kokurikulum


Guru perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat membantu mencapai sesi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif serta dapat menarik minat para pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran bersama rakan-rakan yang lain. Berkait dengan pendidikan masa kini, guru boleh menghasilkan inovasi yang dapat membantu murid-murid untuk menguasai tajuk pembelajaran dengan lebih baik GURU YANG SENTIASA KREATIF DAN INOVATIF


PENUTUP KESIMPULANNYA, FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MERUPAKAN ELEMEN YANG SANGAT PENTING DALAM PENDIDIKAN MASA KINI. HAL INI BAGI MEMASTIKAN TAHAP PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA SENTIASA DUDUK SAMA RENDAH BERDIRI SAMA TINGGI DENGAN NEGARA LAIN. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU PERLU SENTIASA DITERAPKAN AGAR PEMBENTUKAN MODAL INSAN SELARAS DENGAN HASRAT KPM.


Click to View FlipBook Version