The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marmi_mariana, 2019-03-20 17:41:45

HIPOTESIS KAJIAN

HIPOTESIS KAJIAN

BMR3996 – PROJEK TAHUN
AKHIR

HIPOTESIS
KAJIAN

MARMI MARIANA ZAKARIA
D20161073476
KUMPULAN C

MAKSUD HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian merupakan saranan andaian
atau suatu kenyataan sementara tentang
hubungan antara dua pembolehubah atau lebih
yang ingin diuji oleh penyelidik. Dengan kata
lain hipotesis adalah suatu ramalan atau
jangkaan awal yang mungkin betul atau tidak,
tetapi dianggap betul sehingga terdapat bukti
menolaknya.

PERANAN HIPOTESIS KAJIAN

Digunakan untuk menjelaskan sesuatu fakta atau
perhubungan antara yang ingin dikaji (berdasarkan tajuk
kajian). (Untuk memudahkan anda menjelaskan kajian
anda, anda perlu mula dengan membentuk jangkaan awal
hipotesis)

Ia adalah sebagai panduan dalam mencari data yang perlu
bagi menjawab jangkaan awal tadi. (Penakrifan hipotesis
akan memberi panduan kepada penyelidikan di dalam
mencari data-data yang berkaitan).

SUMBER-SUMBER
HIPOTESIS

1. Hipotesis didapati dari perasaan atau gerak hati penyelidik.

i. Hipotesis melalui sumber ini tidak mempunyai perkaitan dengan
pengetahuan umum atau teori

ii. Gerak hati atau fikiran penyelidik merupakan pencetus kepada
perancangan penyelidikan dan pembinaan hipotesis penyelidikan

iii. Gerak hati dan perasaan penyelidik pada peringkat awal
memungkinkan pembinaan hipotesis dan seterusnya satu kajian dpat
dibangunkan untuk mengujinya.

SUMBER-SUMBER
HIPOTESIS

2. Hipotesis mungkin juga berdasarkan kepada penemuan-
penemuan kajian lain (penyeldiidkan berkaitan).

i. Dengan menjangkakan bahawa perhubunggan yang sama akan
dijumpai dalam kajian yang akan dijalankan. Walau
bagaiamanapun, ia mungkin berbeza dari segi kawasan atau
tahun kajian.

SUMBER-SUMBER
HIPOTESIS

3. Hipotesis juga boleh didapati melalui teori

i. Teori dari penyelidikan terdahulu juga merupakan sumber kepada
pembentukan hipotesis penyelidikan .

ii. Berdasarkan kepada teori yang sedia ada, penyelidik boleh
membina hipotesis dan mengujinya sama ada benar atau tidak
teori berkenaan dengan keadaan serta pembolehubah-
pembolehubah yang dikaji.

SUMBER-SUMBER
HIPOTESIS

4. Suatu hipotesis juga boleh timbul hasil dari
komunikasi antara penyelidik dengan mereka yang
terlibat dengan masalah yang dikaji.

i. Apabila penyelidik berkomunikasi dengan populasi
kajian, di sini akan timbul hipotesis mengapa
keadaan berkenaan terjadi kepada populasi
berkenaan dan bukannya kumpulan lain.

CIRI-CIRI HIPOTESIS

1. Hipotesis hendaklah boleh dinyatakan dengan mudah, jelas dan
tepat, iaitu setiap pembolehubah dalam hipotesis mesti ditaktifkan
dengan jelas, pengukuran dan definisi yang boleh diterima umum.

2. Hipotesis mestilah bersifat spesifik. Dari hipotesis kajian umum,
perlu dibentuk hipotesis yan spesifik dan khusus. Ini perlu untuk
memudahkan kajian nanti. Hipotesis yang dibentuk mestilah
boleh dikaitkan dengan mudah antara pembolehubah-
pembolehubah yang hendak dikaji, bidang penyelidikan serta
skop penyelidikan berkenaan.

CIRI-CIRI HIPOTESIS

4. Hipotesis mestilah boleh diuji. Ianya bermaksud setiap hipotesis
yang dibangukan itu boleh diuji dalam lingkungan skop data,
maklumat dan objektif kajian berkenaan.

5. Hipotesis haruslah dikaitkan dengan teori asas terhadap bidang
yang dikaji. Biasanya teori adalah fakta yang pernah diuji. Jika
hipotesis tidak berkaitan dengan teori, kajian tersebut akan
terpisah dari keadaan sebenar yang berlaku.

6. Hipotesis tidak akan mengandungi pertimbangan nilai, moral dan
etika, iaitu saranan yang mengatakan baik atau buruk sesuatu
perkara itu patut dibuat atau sebagainya.

JENIS-JENIS HIPOTESIS

• Sebelum hipotesis dijalankan, dua kenyataan hipotesis perlu
dibangunkan terlebih dahulu. Dua kenyataan hipotesis itu
ialah hipotesis yang menyokong kenyataan berkenaan yang
dikenali sebagai hipotesis nul dan satu lagi hipotesis
alternatif yang menolak atau menyangkal kenyataan
berkenaan.

• Hipotesis Nul

• Penyataan atau dakwaan yang akan diuji (H˳)

• Hipotesis Alternatif

• Penyataan yang diterima sekiranya hipotesis nul ditolak (Hₐ)

CONTOH-CONTOH
HIPOTESIS

1. Hₒ Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min
pencapaian tatabahasa pelajar kaedah koperatif dengan kaedah
tradisional dalam praujian.

2. Hₒ Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
pelaajar kaedah koperatif dengan kaedah tradisional dari segi
penggunaan imbuhan meN- dalam praujian

3. Hₒ Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
pelajar kaedah koperatif dengan kaedah tradisional dari segi
penggunaan imbuhan meN- dalam pasca ujian.

CONTOH-CONTOH
HIPOTESIS

4. Hₒ Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pencapaian pelajar kaedah koperatif dengan kaedah
tradisional dari segi penggunaan ayat tanya dalam
praujian.

5. Hₒ Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pencapaian pelajar kaedah koperatif dengan kaedah
tradisional dari segi penggunaan frasa dalam praujian.

6. Hₒ Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
pencapaian pelajar kaedah koperatif dengan kaedah
tradisional dari segi penggunaan frasa dalam pasca ujian.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version