KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU SAINS: SAINS DUNIAKU
ANJURAN:
PANITIA SAINS DAN MATEMATIK
MADRASAH IDRISIAH, KUALA KANGSAR
dengan KERJASAMA
PELAJAR DPLI (YIK-TIJARAH)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
TANJUNG MALIM
1. PENGENALAN
Program Minggu Sains: Sains Duniaku ini dilaksana bagi memberikan
inspirasi terhadap murid supaya belajar dan berusaha bersungguh-sungguh
dalam mempelajari serta menerokai sains dan teknologi. Sejajar dengan
hasrat dan mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk
menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap dalam kurikulum di
sekolah. Aktiviti ini memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari
secara lebih mendalam berkaitan ilmu sains dan teknologi, hal ini dapat
melahirkan murid yang mampu menjalankan penyelidikan secara saintifik.
Program ini juga menyuntik semangat murid untuk lebih kreatif dan inovatif
dalam menjalankan aktiviti ini.
2. OBJEKTIF
2.1 Mendedahkan murid aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan
seharian.
2.2 Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sains
dan teknologi.
2.3 Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan
2.4 Memberikan galakan dan minat terhadap subjek sains.
2.5 Membina modal insan murid yang cemerlang, seimbang dan gigih
berusaha dalam melakukan kajian susulan.
3. KUMPULAN SASARAN
3.1 15 orang pelajar 1 Ibnu Sina
3.2 5 orang guru Sains dan Matematik Madrasah Idrisiah
4. TETAMU KEHORMAT/ PERASMI
Perasmian Pembukaan: Ustaz Khairul Anwar El Syazalli bin Musa
1
5. JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua : Nor Azua Binti Mohamed Nawawi
Penolong : Nasyrah Binti Abdul Rahman Najib
Setiausaha : Nurul Akma Binti Osman
Publisiti dan Hadiah: Fathin Farah Atilia Binti Musa
Protokol : Mohamad Ridhwan Bin Mohamad Ariffin
6. CADANGAN PROGRAM
Butiran pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh :11 hingga 15 Julai 2022
Hari : Isnin hingga Jumaat
Anjuran : Panitia Sains dan Matematik
Tempat : Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
7. TENTATIF PROGRAM
7.1 Perasmian program: Isnin - 11 Julai 2022.
Masa Aktiviti
9.00 pagi Mengambil kehadiran murid
9.15 pagi Bacaan doa
9.20 pagi Ucapan pengerusi majlis
9.25 pagi Ucapan pengetua
9.30 pagi Perasmian: Pelancaran roket air.
Perkenalan kepada kit model 3D dan kit media bagi subjek Sains
Tingkatan 1, berdasarkan topik sel.
10.00 pagi Bersurai
2
7.2 Tarikh dan hari pengisian sepanjang program Minggu Sains
Tarikh Aktiviti
12 Julai 2022 i. Sesi PdP berlangsung dengan penggunaan kit media dan
(Selasa) pertandingan model 3D sel.
13 Julai 2022 i. Projek Buku Skrap.
(Rabu) ii. Fotografi Sains
14 Julai 2022 i. Drama Sains
(Khamis)
i. Explorace Sains
15 Julai 2022 ii. Pemberian hadiah dan saguhati
(Jumaat)
8. ANGGARAN PERBELANJAAN Jumlah (RM)
70
Bil Jenis Perbelanjaan 30
1. Banner 30
2. Kit model plasticine
3. USB Thumb Drive Tajaan
4. Hadiah pemenang dan saguhati 130
Jumlah keseluruhan
9. PENUTUP
Kesimpulannya, diharap program ini dapat diluluskan serta diterima baik oleh
pihak pentadbir untuk membenarkan kami mengadakan program ini. Program
ini juga dapat meningkatkan kemahiran reka cipta dalam kalangan murid demi
melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam mereka cipta. Aktiviti ini
dapat meningkatkan dan membantu murid untuk mempelajari dan memahami
subjek sains dengan lebih menyeronokkan. Program ini mampu memberikan
banyak manfaat kepada semua pihak iaitu murid, sekolah, ibu bapa,
masyarakat dan negara.
3
Disediakan oleh,
…………………………….
(Nor Azua Binti Mohamed Nawawi)
Ketua Program Minggu Sains: Sains Duniaku
Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar
Disemak oleh,
…………………………….
(Ustaz Khairul Anwar El Syazalli Bin Musa)
Pengetua
Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar
4
LAMPIRAN
i. Banner
ii. Kit Media
https://drive.google.com/drive/folders/1BMNkCWjRYPrLyW8dUnbvxn6mq8w0
aJPa?usp=sharing
5
iii. Kit model 3D
6
KERTAS KERJA
PROGRAM PELANCARAN ROKET AIR
MADRASAH IDRISIAH KUALA KANGSAR
_________________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH
Meluluskan Kertas Kerja Program Pelancaran Roket Air Madrasah Idrisiah
Kuala Kangsar.
Atau
Tidak meluluskan Kertas Kerja Program Pelancaran Roket Air Madrasah
Idrisiah Kuala Kangsar.
ULASAN:
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………….
(USTAZ KHAIRUL ANWAR EL SYAZALLI BIN MUSA)
Pengetua
Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar
Tarikh:...........................
7