PENGERTIAN AKIDAH DAN
KEPENTINGANNYA
NURUL NAJWA BINTI ABDULLAH R01SSK21F002
NURMASTURA BINTI ABDUL JAMAL R01SSK21F004
NUR SHAMILIA BINTI SHARUDDIN R01SSK21F005
NURAIDA AFIZA BINTI ABDUL RAHMAN R01SSK21F034
PENGENALAN
Apabila kita bercakap mengenai akidah sesungguhnya kita sedang bercakap dalam daerah kepercayaan,
keyakinan dan keimanan. Hal itu jelas apabila kita merujukkan perkataan akidah itu sendiri yang
menjurus kepada kepercayaan dan keyakinan sedangkan perkataan keyakinan yang merupakan salah
satu unsur makna kepada perkataan akidah itu pula merupakan salah satu unsur makna kepada
perkataan keimanan, maka itu ungkapan aqidah merujuk kepada perihal keimanan, kepercayaan serta
keyakinan. Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa akidah dan keimanan itu merupakan dua istilah yang
mempunyai makna yang sama.
PENGERTIAN AKIDAH
Akidah ( )العقيدةdari segi bahasa berasal dari Bahasa Arab ( ) َع َق ََدyang bermakna ikatan atau sangkutan atau
menyimpulkan sesuatu.
Menurut istilah akidah bererti kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang murni (hanif) dan tidak mudah
tergugat, tidak mudah terpengaruh lalu terjejas terus tidak mudah terurai angkara pengaruh mana pun sama ada
dari dalam atau dari luar diri seseorang.
Pengertian akidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah SWT yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi
fungsinya Allah SWT sebagai Rabb ()رب, Malik ()ملك, dan Ma'bud (َ ) َن ْع ُب ُدatau Ilah ( )إلهseperti dapat dilihat dalam
Surah Al-Fatihah ayat 2, 4, 5, Surah An-Nas ayat 1, 2, 3.
SUMBER UTAMA AKIDAH ISLAM
· Al Quran :
Iaitu kalam Allah (wahyu Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
· Hadis Nabawi :
Iaitu setiap Perkataan / Ucapan , Perbuatan , Pengakuan & Sifat Rasulullah
ASPEK PERBAHASAN AKIDAH
ISLAM
1.Ar- Rububiyyat :
Mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Penguasa.
2.Al- Uluhiyyat :
Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Hanya Allah wajib disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap.
3.An- Nubuwwat :
Kenabian Rasulullah SAW yang membawa ajaran Allah untuk disampaikan kepada umat manusia.
4.As- Samiyyat :
Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan tidak wajib disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap dapat difikir
oleh akal manusia , diketahui melalui al-Quran & hadis rasulullah seperti kaimat, dosa, pahala, melalui al-Quran & hadis rasulullah seperti kiamat, dosa, pahala,
syurga dan neraka.
CIRI-CIRI AKIDAH
CIRI-CIRI AKIDAH YANG BENAR
Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang cukup teguh, bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak
َنdَ aُ ْوnؤ ِمنtْ i ُمdالaاk ّنَ َمm َنَ ِإuيnلَّ ِذg اkْواiُnا َمنd َءigلل ِهuااg ِبa َِهtْو ِلo ُسle َرhّمَ َوsَ ُثeَْمb َلarang kepercayaan lain sebagaimana firman Allah s.w.t.
َي ْر َت ََابُ ْوا
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya kemudian mereka tidak meragu- ragukan”.
Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula diikuti bersama dengan perkataan ataupun kepatuhan hati serta kemahuan untuk
mempraktikkan segala hukum atau suruhan dengan penuh rasa rela tanpa sebarang bantahan.
CIRI-CIRI AKIDAH YANG SALAH (FASAD)
Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas syariah dari al Quran dan as Sunnah.
Akidah yang berpuncak dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun penyelewengan aqidah yang sahih yang diselewengkan menurut
akal fikiran hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tarikat yang menyeleweng,ahli falsafah,
golongan batiniah dan lain-lain lagi.
PERKARA / AMALAN YANG
MEROSAKKAN AKIDAH
PERKATAAN HATI
• Menghina Islam seperti mencela Allah.Al Quran dan Hadis • Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri
• Mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardu dan menolak • Percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain
• Ragu-ragu dengan rukun Iman, rukun Islam dan hukum Islam
kewajipan menutup aurat • Berniat keluar daripada Islam
• Menyanyi lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah
• Mengubah ayat al Quran atau hadis
PERBUATAN
• Menyembah selain daripada Allah seperti berhala , pokok, syaitan dll
• Memakai lambang mana-mana agama seperti salib
• Menghina Al Quran seperti mengoyak,memijak,mencampak
• Menyertai upacara agama lain seperti upacara penyembahan berhala dan penyucian dosa
(baptis) di gereja
• Sujud selain daripada Allah seperti sujud kepada manusia , batu dan lain-lain
PERKARA / AMALAN UNTUK
MEMANTAPKAN AKIDAH
LISAN HATI
• Membaca dan memahami al Quran dan hadis nabi • Sentiasa mengingati Allah s.w.t.
• Berzikir,bertahlil,bertasbih dan bersalawat • Yakin dengan pertolongan Alla
• Bercakap benar • Ikhlas melakukan ibadat dan amal kebajikan
• Nasihat menasihati kearah kebenaran • Sangka baik terhadap Allah
• Berdoa • Bercita-cita tinggi dan bertawakal kepada Allah
PERBUATAN
• Menunaikan Ibadat sama ada fardu atau sunat
• Menolong golongan yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, fakir miskin
• Menuntut ilmu yang berfaedah
• Beradab sopan dalam pergaulan
PERANAN AKIDAH
Akidah merupakan perkara asas alam Islam.Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan
runtuh pegangan Islam seseorang.Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan
akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera kehidupannya.Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan
perjalanan hidup seseorang. Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan seseorang muslim.Akidah yang lemah mempengaruhi
gaya hidup negatif seseorang.
Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang,maka hendaklah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita
melalui amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus. Secara ringkasnya antara lain, kita hendaklah berusaha untuk:
• Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib. Cuba menghubungkan diri bersama orang-orang mukmin yang ikhlas.
• Mengelakkan diri dari suasana dosa dan maksiat.
• Bermujahadah melawan nafsu (Al-Nafs) dan jihad melawan pujuk rayu syaitan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.
• Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara haram.
• Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah,bertadabbur Al-Quran dan mengamalkan Sunnah serta
melatih diri untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T.
• Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri).
• Sentiasa berdoa.
• Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
KEPENTINGAN AKIDAH DALAM
KEHIDUPAN MUSLIM
• Membentuk jati diri sebagai muslim sejati
• Menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan
• Benteng daripada perkara khurafat dan syirik
• Syarat amalan diterima Allah SWT
• Penentu kebahagiaan didunia dan diakhirat
• Tunjang kekuatan umat dan negara-negara Islam
KESAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
1 . Berpandangan luas
Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepadaYang
Menciptakan langit dan bumi,Pemilik alam semesta,Pemilik barat dan timur,Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk.Dia tidak
akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah.
2. Melahirkan rasa bangga dan harga diri
Orang yang beriman kepada Allah berasa bangga sebagai manusia dan mempunyai harga diri. Dia mengetahui Allah adalah
Pemilik sebenar segala kekuatan yang ada dalam alam ini, tidak ada yang memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah,tidak ada
yang menghidup dan mematikan kecuali Allah serta tidak ada yang memiliki hukum,kekuasaan dan kedaulatan kecuali Allah.
3 . Rendah hati sesama manusia
Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin menjadi angkuh,tidak mensyukuri nikmat dan tidak terpedaya dengan
kekuatan dan kemahiran yang dimilikinya kerana dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan Allah kepadanya. Malah dia
sedar Allah berkuasa mengambilnya kembali apabila Dia menghendaki.
4 . Jiwa yang bersih dan beramal soleh
Orang yang beriman dengan Allah yakin tidak ada jalan untuk mencapai keselamatan dan keuntungan kecuali dengan jiwa yang
bersih dan beramal saleh.Kesedaran itu timbul kerana dia beriman kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Adil, bergantung
harap segala sesuatu kepada-Nya.
SUMBER RUJUKAN
https://ps2unic.wordpress.com/2013/09/13/topik-2-pengertian-aqidah-dan-kepentingannya/
https://abdullahdazid.blogspot.com/p/akidah.html
http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/03/pengertian-akidah-serta-huraian-konsep.html
http://aqidahsv.blogspot.com/p/asas-aqidah-islam.html?m=1
https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2018/06/peranan-akidah-dan-kesannya-topik-2.html