1.0 PENGENALAN
Kita tidak dapat menepis tolak fakta bahawa Malaysia adalah negara yang istimewa dan hal
ini dapat dibuktikan melalui terdapat begitu ramai pelancong luar negara yang telah memilih
Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui pelbagai
jenis pelancongan yang dimiliki oleh Malaysia termasuklah pelancongan yang berasaskan seni
kraftangan, kebudayaan, makanan tradisi dan banyak lagi. Tidak dapat disangkalkan lagi
bahawasanya Malaysia adalah salah satu impian terbesar para pelancong untuk mengambil
pengalaman di Asia Tenggara disebabkan oleh tiga faktor. Antara tiga faktor tersebut ialah
Malaysia merupakan tempat tarikan pelancong dari dalam mahupun luar negara, keunikan
penduduknya juga dikenali dengan pelbagai bangsa, budaya, agama dan kaum malah Malaysia
juga menjadi istimewa disebabkan oleh negara ini terdapat tujuh mercu tanda.
Terdapat begitu banyak faedah dan manfaat yang diperolehi oleh Malaysia disebabkan
negara kita ini mempunyai penduduk yang pelbagai kaum iaitu kita telah melahirkan
masyarakat yang aman serta harmoni. Perkara ini dikatakan demikian disebabkan oleh kita
dapat belajar sekaligus memahami budaya dan adat resam semua kaum yang berada di
Malaysia dan dipercayai bahawa inisiatif ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang
telah atau bakal terjalin. Tambahan pula, apabila hubungan sesama masyarakat telah menjadi
kukuh maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa imej negara Malaysia juga turut dikenali di mata
dunia. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan kelebihan terhadap Malaysia dalam
pelbagai aspek misalnya politik, ekonomi, pelancongan dan banyak lagi.
Perkara yang paling penting apabila kita sentiasa berusaha untuk mengekalkan perpaduan
adalah supaya keselamatan negara dapat dijamin akan terpelihara. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang terkenal di serata dunia dengan keistimewaannya
tersendiri iaitu mempunyai pelbagai kaum ini mempunyai perselisihan faham dan
menimbulkan kontroversi maka sudah tentu keselamatan rakyat Malaysia akan terjejas. Oleh
hal yang demikian, menjadi tanggungjawab bersama dan bukanlah pihak kerajaan semata-mata
untuk sentiasa berusaha mengekalkan keharmonian bahkan perpaduan yang terjalin di antara
rakyat Malaysia agar masa depan generasi yang akan datang adalah cerah.
2.0 ISI WARNA-WARNI MALAYSIA
2.1 AGAMA
Seperti yang sudah diketahui umum, agama menjadi perkara yang paling penting untuk
rohani dan juga jasmani setiap orang dan perkara ini telah terbukti kesahihannya sejak zaman
kegemilangan Tanah Melayu lagi. Shamsul Amri telah mengatakan komunikasi bersama
pelbagai negara luar telah terjadi sejak abad ke-5 Masihi di mana ia memerlukan komunikasi
di antara kebanyakan budaya masyarakat di seluruh pelosok bumi termasuklah Buddhisme,
Arab Islam, Hinduisme dan sebagainya. Agama adalah satu perkara yang paling diperlukan
oleh semua orang bagi menjalani kehidupan seharian di mana agama dapat berfungsi sebagai
pendorong dan juga panduan terhadap umat manusia bagi sentiasa melakukan amal kebajikan
dan kebaikan di muka bumi Allah ini.
2.1.1 ISLAM
Islam dari segi bahasa boleh ditakrifkan sebagai inqiyad iaitu tunduk serta istislam iaitu
pasrah manakala dari segi istilah pula Islam boleh didefinisikan sebagai agama yang pasrah
kepada Allah dengan cara bertauhid, tunduk dan taat kepadaNya sekali gus sentiasa
melepaskan diri daripada melakukan segala bentuk kejahatan dan kesyirikan terhadap Allah
swt. Islam mempunyai dua pengertian iaitu secara umum dan juga khusus. Dari segi pengertian
umum, Islam adalah segala tunjuk ajar para nabi dalam mentauhidkan Allah swt serta menuruti
segala arahan yang terjadi ketika ini. Manakala Islam dari sudut pengertian secara terperinci
pula bermaksud tunjuk ajar yang dibawa oleh kekasih Allah swt dan syariat baginda adalah
untuk menghapuskan syariat sebelumnya yang dipercayai bertentangan dengan ajaran agama
Islam.
Kita tidak dapat menepis tolak kenyataan bahawa agama Islam ini sangat sesuai dengan
naluri fitrah manusia untuk beragama yang ingin menyembah sekali gus berdoa kepada Allah
swt. Oleh sebab yang demikian, setiap bayi yang baru dilahirkan di muka bumi ini akan berada
dalam situasi fitrah iaitu mengakui kebenaran tauhid.
2.1.2 BUDDHA
Agama Buddha adalah suatu agama yang berumur 2540 tahun dan datang daripada
Anak Benua India. Unsur ini dijumpai serta didedahkan oleh Siddhattha Gotama selepas dia
menerima Pencerahan Sempurna iaitu Penyadaran Penuh sekali gus dikenali sebagai Sang
Buddha. Kata Buddha boleh didefinisikan sebagai yang telah terjaga atau tersedar. Isi unsur
agama Buddha ini meliputi permasalahan berkaitan kehidupan sama ada realiti, pengetahuan,
akal dan banyak lagi. Dipercayai bahawa Sang Buddha ini akan menyelamatkan penganutnya
dengan mengajarkan mereka Dharma iaitu kepercayaan yang bakal mengolah kehidupan
mereka untuk bertukar lebih baik daripada sebelum ini sekali gus membentuk mereka lebih
kental agar dapat melawan derita yang diterima. Objektif akhir semasa menuntut sekali gus
mempraktikkan ajaran ini adalah untuk mencapai Nibbana atau Nirvana iaitu memadamkan
seluruh penderitaan.
Manusia boleh mendapatkan segala informasi berkaitan agama Buddha melalui pelbagai
cara iaitu dengan melawat vihara, membaca buku berkaitan agama Buddha sehingga
pengaksesan situs-situs Buddhis di laman sesawang internet. Namun yang demikian, cara yang
paling berkesan melalui kunjungan ke vihara sekali gus meluahkan persoalan yang terbuku di
dada secara berdepan terhadap biarawan-biarawan ataupun lebih dikenali sebagai bhikkhu dan
bhiksu. Seterusnya, mereka akan memperdengarkan ceramah-ceramah mereka. Perkara yang
paling penting bagi memenuhi kriteria sebagai penganut Buddha haruslah memulakan kajian
dan mempraktikkannya ke dalam kehidupan seharian. Melalui langkah tersebut, dipercayai
bahawa rohani seseorang yang menerima agama Buddha sebagai Guru, Dharma sebagai ajaran
Kebenaran dan Ariya Sangha sebagai teladan.
2.1.3 KRISTIAN
Agama Kristian boleh didefinisikan sebagai sebuah agama yang mempunyai penganut
yang terbanyak iaitu sebanyak satu pertiga jumlah penduduk di dunia. Seperti agama Islam,
agama Kristian juga mempunyai mazhab akidah iaitu mazhab Catholic, Orthodox dan juga
Protestant. Berlaku perbezaan mazhab di dalam agama Kristian disebabkan oleh pada 500
tahun yang pertama sejak kewujudannya, para penganut agama tersebut tidak bersetuju tentang
kefahaman nabi Isa. Mereka bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa nabi Isa
tersebut bukanlah Tuhan mereka tetapi cukup sekadar anak angkat tuhan sahaja di mana nabi
Isa itu tidak setanding langsung dengan ciri-ciri tuhan.
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa setiap agama mempunyai konsep pahala dan
juga dosa. Bagi agama Kristian, antara dosa dan pahala yang telah diaplikasikan terhadap para
penganutnya adalah segala tingkah laku yang negatif serta bertentangan apa yang dituntut oleh
tuhan mereka dikategorikan sebagai berdosa dan dosa tersebut digelar dengan dosa warisan
ataupun sebagai original sin. Menurut kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa konsep
original sin ini telah dicetuskan oleh nabi Adam dan Hawa. Namun yang demikian, sekiranya
mereka ingin bertaubat daripada kezaliman yang telah dilakukan maka mereka hendaklah
mengakui segala kesalahan yang telah dilakukan sekali gus mereka sewajarnya merayu
kemaafan terhadap tuhan mereka ditemani dengan seorang paderi dalam upacara confession.
Dapat disimpulkan bahawa sikap perpaduan yang tinggi di antara rakyat Malaysia pada
hari ini sewajarnya berkekalan hingga akhir hayat. Hal ini dikatakan demikian kerana perihal
perpaduan dan permuafakatan memainkan peranan utama di dalam sesebuah negara yang
majmuk disebabkan oleh perkara asas itu sendiri telah bertindak sebagai tunjang utama
terhadap kemajuan negara.
2.2 BANGSA
Bangsa merupakan spesies manusia yang dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza
berdasarkan perbezaan fizikal dan tingkah laku yang diwarisi. Bangsa merujuk kepada
sekumpulan manusia yang secara objektif dibezakan daripada kumpulan lain dalam budaya,
bahasa, sejarah, dan merupakan satu konsep yang dibentuk melalui kajian sejarah evolusi
manusia dan bangsa sejak zaman moden. Atas sebab sejarah, sesebuah negara boleh
mempunyai kewarganegaraan yang berbeza, dan kewarganegaraan boleh tinggal di negara
yang berbeza.
Walaubagaimanapun, Malaysia boleh dikatakan sebagai satu-satunya negara yang
terdapat pelbagai bangsa yang berlainan berbanding dengan negara yang lain. Malaysia adalah
sebuah negara yang memiliki berbagai bangsa yang mampu bertinggal sesama dengan
kehidupan yang harmoni. Malaysia terdapat beberapa bangsa yang berlainan seperti bangsa
India, Melayu, Cina dan bumiputera. Jumlah komposisi demografi di Malaysia adalah seperti
50.1% orang Melayu, 22.6% orang Cina, 11.8% Bumiputera asli, 6.7% orang India, dan
kumpulan yang lain telah menyumbang sebanyak 0.7%. Seterusnya, bukan warganegara pula
telah menyumbang sebanyak 8.2% daripada kalangan penduduk Malaysia. Oleh hal yang
demikian, pelbagai bangsa yang terdapat di negara ini telah membentuk Malaysia menjadi
sebuah masyarakat yang majmuk dan kaya dengan pelbagai agama, adat, budaya dan makanan
tradisional.
2.2.1 Orang melayu
Terdapat sebanyak 50.1% orang melayu dalam kalangan penduduk Malaysia, bangsa
Melayu boleh dikatakan sebagai kumpulan kaum yang terbesar di Malaysia berbanding dengan
bangsa yang lain. Kebanyakan bangsa Melayu adalah beragama Islam dan mereka akan
mengamalkan kesemua budaya Melayu. Selain itu, bahasa melayu yang diamalkan oleh bangsa
melayu juga digunakan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan kebanyakan bangsa melayu
akan menguruskan hal politik untuk negara ini. Budaya bangsa melayu dipengaruhi daripada
agama animisme, Buddha, dan Hindu.
2.2.2 Orang Cina
Terdapat sebanyak 22.6% bangsa cina daripada kalangan penduduk di Malaysia,
bangsa cina di negara Malaysia boleh dikatakan sebuah kumpulan bangsa yang kedua terbesar
di negara Malaysia. Bangsa Cina di Malaysia telah tinggal selama berabad-abad, dan mereka
juga merupakan bangsa yang membawakan peluang perdagangan dan perniagaan kepada
negara Malaysia. Keika ketibaan orang cina, mereka amat berusaha bekerja dalam menyertai
perlombongan bijih timah dan pembinaan kereta api dan seterusnya mereka mula memiliki
perniagaan sendiri. Perniagaan ini hari ini adalah konglomerat besar. Agama mereka
terutamanya Taoisme atau Buddha. Orang Cina selama ini telah menyerap unsur-unsur budaya
Malaysia, berkahwin campur dengan kumpulan orang asli dan kumpulan etnik lain juga, yang
telah membawa kepada perkembangan "budaya baru" yang merupakan campuran yang kaya
dengan semua tradisi.
2.2.3 Bumiputera Bukan Melayu Dan Kumpulan Orang Asli Lain
11.8% daripada penduduk Malaysia adalah terdiri daripada kumpulan peribumi bukan
Melayu lain yang juga telah diberi taraf Bumiputera. Suku kaum ini termasuk Dayak, Iban,
Biyaduh, Kadazan, dan pelbagai kumpulan orang asli. Bumiputera lain termasuk Burma,
Chams, Khmer, dan Siam Malaysia.
2.2.4 Orang India Malaysia
Orang India Malaysia telah menduduki sebanyak 6.7% daripada kalangan penduduk di
negara Malaysia. Terdapat beberapa Sub kumpulan India seperti Punjabi, Tamil dan Telugas,
yang telah menduduki sebanyak 86% daripada kalangan orang India di Malaysia. Ketika zaman
penjajahan pada abad ke-18 dan ke-19, buruh India telah dibawa ke dalam negara Malaysia
untuk menyertai projek pembinaan landasan kereta api, bekerja di ladang kelapa sawit dan
getah. Kebanyakan orang Tamil di Sri Lanka merupakan berpendidikan inggeris yang bekerja
sebagai pekerjaan kolar putih, penjawat awam, kerani dan guru. Seterusnya, kebanyakan orang
Punjabi terletak dalam tentera Malaysia. Selain itu, beberapa orang Islam berketurunan Asia
Selatan (India) telah berkahwin campur dengan orang Melayu Islam dan menjadi bersepadu di
Malaysia.
2.2.5 Kumpulan Etnik yang Lain
Kumpulan bangsa ini telah menduduki sebanyak 8.8% daripada kalangan penduduk
Malaysia. Ini termasuk rakyat Malaysia yang berketurunan Eropah atau Timur Tengah, Nepal
Madhesi, Filipina, Burma, Vietnam dan Cina. Rakyat Malaysia Eurasia selalunya berketurunan
penjajah British, Portugis dan Belanda. Cina adalah keturunan perkahwinan campur antara
Cina dan India kumpulan yang semakin meningkat, mereka masih belum diiktiraf sebagai
kategori rasmi. Kumpulan etnik yang lain ini telah menjadikan negara Malaysia membentuk
sebuah masyarakat dan penduduk yang pelbagai budaya dan berlainan bahasa.
2.3 Budaya dan Adat Resam
Budaya merujuk kepada tingkah laku sosial dan norma kehidupan yang diturunkan dari
generasi ke generasi. Budaya bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing amalan
individu seseorang. Ini merangkumi cara hidup, proses, bahasa, adat, tradisi, dan pengetahuan.
Istilah budaya merujuk kepada cara dan tabiat yang mengatur cara hidup sekumpulan individu
tertentu, atau merujuk kepada bidang pengetahuan yang tertentu dan aktiviti khusus. Adat
didefinisikan sebagai suatu aturan atau cara hidup yang melibatkan segala tingkah laku,
kepercayaan dan sebagainya. selain itu, ia dianggap sebagai norma kehidupan yang diamalkan
sejak turun temurun dalam masyarakat sehingga menjadi satu peraturan yang harus dipatuhi.
Adat resam merupakan cara hidup kebiasaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang
mempamerkan keunikan budaya masyarakat tersebut. Di Malaysia, Terdapat beberapa contoh
adat dan budaya yang diamalkan oleh setiap bangsa terutamanya Melayu, Cina dan India sejak
zaman berzaman yang akan dikongsi dibawah.
2.3.1 Adat Kelahiran Bayi
● Melayu
Bagi kaum melayu ataupun yang beragama islam, terdapat beberapa adat semasa
kelahiran bayi yang kebiasaannya dilakukan seperti memotong tali pusat bayi,
mengazankan bayi serta membelah mulut. Selain itu, terdapat juga adat bagi ibu yang
sudah selesai melahirkan bayi seperti berpantang dan bertungku.
● Cina
Bagi masyarakat cina pula, mereka juga mempunyai adat resam dan budaya yang
diamalkan semasa mengandung dan selepas kelahiran. Segala pantang larang dan adat
yang diamalkan ini adalah bertujuan untuk memastikan bayi yang bakal dilahirkan itu
dijauhkan dengan segala musibah seperti keguguran, kecacatan dan kematian. Bagi adat
selepas kelahiran pula, ibu mertua bertanggungjawab penuh untuk menjaga mak dan
bayi bukannya suaminya. Masyarakat cina juga mementingkan anak lelaki untuk
mewarisi nama nenek moyang. Selain itu, anak perempuan juga hanya akan menjadi
milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja sebelum berkahwin kerana selepas
mendirikan rumah tangga anak perempuan itu akan menjadi milik sepenuhnya keluarga
lelaki.
● India
Bagi masyarakat India, adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan
sulung si ibu menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. si ibu tersebut akan
dipakaikan gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Si ibu itu akan duduk
di dalam bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa
muda, air mawar dan air rendaman bunga. Si ibu juga akan digayakan dengan busana
perkahwinan atau busana baru iaitu sari yang akan dibeli oleh ibu bapanya sendiri.
Selain itu, terdapat beberapa adat yang diamalkan oleh masyarakat india selepas
kelahiran bayi seperti, bayi akan dibawa pulang ke rumah pada hari ganjil, mandi
selepas bersalin, mendodoi bayi atau menggoyangkan lidah serta upacara memberi
nama kepada bayi pada hari ke-16.
2.3.2 Adat Perkahwinan
● Melayu
Bagi masyarakat melayu, terdapat adat perkahwinan yang melibatkan beberapa
peringkat. Pertama sekali, adat merisik. Adat merisik adalah adat yang dikenali sebagai
meninjau. Semasa merisik, wakil dari pihak lelaki akan berkunjung ke rumah pihak
perempuan bertujuan untuk memastikan gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu
belum berpunya. Merisik juga diisi dengan adat berpantun merisik untuk bertanyakan
tujuan pihak lelaki dalam bahasa kiasan. Sudah menjadi adat melayu, pantun ini
dimulakan dengan pihak perempuan lalu disudahi dengan pantun jawapan dari pihak
lelaki. Seusai sesi berpantun, pihak lelaki akan mempersembahkan sebentuk cincin
belah rotan kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan bersetuju, kedua belah
pihak akan berbincang tarikh yang sesuai untuk majlis pertunangan. Pihak perempuan
akan menghantar rombongan yang diwakili orang yang lebih berpengalaman untuk
memberikan jawapan. Apabila pinangan diterima, mereka akan berbincang tentang
segala hal berkaitan dengan mas kahwin dan duit hantaran untuk perbelanjaan majlis
perkahwinan.
● Cina
Bagi masyarakat cina pula tidak banyak bezanya seperti masyarakat melayu. Mereka
juga mempunyai proses merisik, meminang, bertunang dan perkahwinan. Cuma, dalam
setiap proses sebelum berkahwin itu terdapat beberapa adat yang masih diguna pakai
sehingga sekarang. Sebagai contohnya, hari pertunangan yang dipilih bersesuaian
dengan bintang kelahiran, upacara bertukar cincin dan Guo Da Li ataupun hadiah besar
yang diberikan kepada keluarga perempuan pada hari pertunangan.
● India
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ianya jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Bagi adat perkahwinan masyarakat india, pada kebiasaannya dimulakan
dengan merisik. Merisik sangat penting bagi masyarakat India bagi mengetahui latar
belakang pasangan merangkumi faktor etnik, sub-etnik, kasta dan agama. Adat
perkahwinan masyarakat India diteruskan lagi dengan kunjungan ke rumah pengantin
perempuan untuk melihat sendiri wajah bakal isteri dan pihak lelaki juga harus datang
dengan wakil jumlah yang ganjil. Nicayyam atau ikat janji dilakukan setelah kedua
belah pihak bersetuju untuk berkahwin. Seterusnya, budaya Parisam iaitu budaya
pemberian hadiah. Kad jemputan juga amat penting dalam adat perkahwinan
masyarakat India. Tidak lupa juga pada penyediaan Thaali yang merupakan lambang
suci perkahwinan yang dikalungkan di leher pasangan pengantin.
2.3.3 Adat Kematian
● Melayu
Bagi masyarakat Melayu, Mereka wajib untuk menuruti perintah Al-Quran, begitu juga
dengan adat kematian, haruslah berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Namun, sudah
pastinya terselit adat kemelayuan di dalam adat kematian itu sendiri. Pertamanya,
sekiranya berlakunya kematian di dalam sebuah keluarga, keluarga si mati
bertanggungjawab untuk mengkhabarkan berita kematian kepada imam atau siak yang
di masjid kawasan perumahannya tidak lupa juga jiran tetangga. Ia bertujuan untuk
mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih pakar untuk menguruskan jenazah.
Sesiapa yang menziarahi si mati digalakkan untuk menyedekahkan ayat-ayat suci Al-
Quran. Setelah selesai jenazah dimandikan, jenazah akan dikafankan. Kafan membawa
maksud membalut badan jenazah dengan aturan yang ditetapkan berlandaskan Al-
Quran. Setelah jenazah dikafankan, ahli keluarga terdekat dan muhrim jenazah
dibolehkan untuk mengucup dahi jenazah sebagai tanda penghormatan terakhir
sebelum dikebumikan. Selepas itu, jenazah akan dibawa untuk disembahyangkan dan
dikebumikan. Kebiasaannya, selepas kematian seseorang, kenduri arwah dan doa
selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia
diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari.
Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh.
● Cina
Bagi masyarakat Cina pula, Apabila berlaku kematian, mayat akan dimandikan sebagai
penghormatan terakhir terhadap beliau. Setelah dimandikan, mayat akan disapu dengan
minyak wangi dan akan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama
apabila berada di alam kubur. Kemudian, mayat tersebut akan dipakaikan dengan
pakaian yang serba bersih dan cantik. kebiasaannya, pakaian tersebut adalah pakaian
yang dipakai ketika hari perkahwinan. Justeru itu, telah menjadi kewajipan bagi
masyarakat Cina untuk menyimpan busana perkahwinan mereka untuk dipakai sewaktu
meninggal dunia. Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat
handai dikehendaki menangis dan meratapi pemergian si mati. Mereka digalakkan
untuk menangis dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah
ditanam di tanah perkuburan.
● India
Bagi masyarakat india pula, kebiasaannya individu yang telah mati akan dibakar atau
dikebumikan. Bagi menyempurnakan upacara ini, pelbagai adat dan budaya tertentu
akan dilakukan. Selain itu, Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyangkan. Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut
akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.
2.4 TEMPAT PELANCONGAN
Malaysia terkenal dengan negara yang kaya dengan kawasan pelancongan ataupun
tempat peranginan. Ini membuatkan ramai pelancong yang dating ke negara Malasia semata-
mata untuk menikmati keindahan tempat peranginan yang terdapat di negara kita. Walaupun,
dengan keadaan cuaca di Malaysia agak panas berbanding dengan cuaca negara lain tetapi itu
tidak menjadi halangan kepada pelangcong untuk mengunjungi Malaysia.
Antara tempat yang menarik di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang terletak di negeri
Sabah, Malaysia. Gunung Kinabalu ini menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia kerana ianya
merupakan gunung yang tertinggi di Asia. Dengan ketinggian 4095 meters dari paras laut,
sudah pasti ianya menjadi cabaran kepada sesiapa sahaja yang ingin mendakinya. Pendakian
Gunung Kinabalu ini kebiasaanya memakan masa selama 2 hari 1 malam untuk sampai ke
puncak dengan mengambil masa 6 jam pendakian pada hari pertama dan 3 jam pada hari kedua.
Apabila tiba di puncak Gunung Kinabalu kita dapat melihat pemandangan yang sangat cantik
dan jarang dilihat oleh orang ramai. Suhunya, boleh mencapai sehingga 15C hinggan 24C pada
waktu siang hari tetapi ia boleh menjadi sangat-sangat sejuk ketika waktu malam dan boleh
mencapai sehingga suhu -14C.
Selain itu, pelancong yang datang ke Malaysia sudah tentu akan pergi ke pulau-pulau
yang terdapat di negara kit aini. Seperti yang kita tahu di Malaysia terdapat banyak pulau-pulau
yang cantik. Antaranya, ialah Pulau Tioman yang dikenali sebagai syurga buat para penyalam
yang terletak di negeri Pahang. Keunikan pulau ini adalah ia penuh dengan batu-batu karang
yang cantik. Disebabkan itu, ia menjadi tumpuan para pelangcong yang ingin melakukan
aktiviti menyelam sambal melihat pemandangan di bawah laut yang cantik. Terdapat satu lagi
pulau yang menjadi tumpuan para pelangcong ketikat dating ke Malaysia iaitu Pulau Redang
yang teletak di negeri Terengganu. Di sana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik
antaranya ialah menyelam dan berkayak. Untuk penginapan pelangcong tidak perlu khawatir
kerana di sana telah disediakan pelbagai resort untuk para pelangcong.
2.5 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
2.5.1 Bahasa Rasmi Malaysia
Pada tahun 1948 bahasa melayu diangkat menjadi Bahasa rasmi Malaysia hasil
daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun yang menggantikan Malayan
Union meletakkan semula bahasa rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan
Persekutuan. Salah satu asbab penyelarasan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah bertujuan dalam menyatupadukan kaum di Malaysia di bawah satu bahasa.
Dengan penguatkuasaan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan, Bahasa melayu
menjadi bahasa pengantar dan digunakan dalam semua perkara-perkara rasmi.
Walaupun Bahasa melayu ialah Bahasa kebangsaan, namun setiap kaum boleh
menuturkan, mengajar dan belajar bahasa lain.
2.5.2 Dasar Kerajaan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan salah satu platform yang
diwujudkan oleh kerajaan bagi membina dan memperkaya bahasa Melayu dan semua
bidang termasuk sains dan teknologi. Selain itu, DBP juga berperanan penting dalam
memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan kepada
rakyat-rakyat di sekitar Pantai Timur. DBP berperanan dalam membakukan ejaan dan
sebutan, membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam Bahasa kebangsaan. Bahasa
Melayu merupakan Bahasa kebangsaan yang digunakan sebagai Bahasa pengantar
utama di Malaysia. Justeru, penggunaan Bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu
melambangkan setiap kaum itu mampu menghormati perlembagaan Malaysia dan
menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera sesuai dengan warna-warni
Malaysia.
3.0 Refleksi
Daripada apa yang dikaji dan dinilai, Malaysia merupakan salah satu negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Dimana masyarakat
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, adat resam dan Bahasa. Justeru, sikap tolak-
ansur dan saling menghormati antara satu sama lain dapat dilihat dengan jelas. Masyarakat
Malaysia juga mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan menjaga kedaulatan negara
dengan mematuhi undang-undang negara serta menghormati sistem Raja berperlembagaan.
Negara Malaysia juga menunjukkan nilai hormat-menghormati yang tinggi dalam setiap diri
masing-masing. Sebagai contoh, tidak menghina agama bangsa lain, menghormati waktu azan
orang Islam dan tidak membuat rusuhan kaum. Hal ini dapat mengeratkan silaturahim antara
masyarakat yang berbilang kaum. Terdapat juga semangat saling tolong-menolong antara
masyarakat tanpa mengira pangkat atau darjat seseorang itu. Daripada apa yang dipelajari,
sikap warna warni yang dipamerkan pada diri masyarakat majmuk Malaysia pada hari ini,
sangat memberi kesan positif untuk pembangunan negara suatu hari mendatang. Namun, nilai
murni dan kesedaran sivik juga perlulah sentiasa diterapkan dalam setiap diri individu itu
sendiri. Jika semangat dan nilai murni dapat ditatang bagai minyak yang penuh, maka warna-
warni masyarakat Malaysia dapat melambangkan kedaulatan dalam negara itu tercapai.
4.0 Kesimpulan
Konklusinya, Malaysia boleh dikatakan sebagai negara yang amat unik daripada
pelbagai aspek seperti negara ini mempunyai pelbagai agama, bangsa atau kaum, adat resam,
tempat peranginan dan bahasa yang berlainan. Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai
bangsa dan warna kulit yang amat berbeza, tetapi semua penduduk di negara ini bersikap
toleransi dan saling menghormati sesama yang lain sehingga membentuk sebuah negara yang
harmoni dan aman. Ikatan perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia yang
harmoni dan berbilang kaum telah menarik kedatangan pelancong asing untuk melancong di
negara ini. Selain itu, keistimewaan tradisi yang terdapat dalam setiap kaum turut menjadi daya
tarikan pelancong asing serta dapat meningkatkan pendapatan dalam bidang pelancongan.
Bukan begitu sahaja, kedudukan geografi Malaysia yang strategik juga membantu negara ini
mendapat pelbagai jenis bahan mentah untuk di dagang dan cuaca yang terdapat di Malaysia
adalah sesuai untuk petani atau pembekal untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penghasilan
bahan mentah seperti durian, padi, kelapa sawit dan getah.
5.0 Rujukan
1. Madiha Abdullah (2020). Gunung Kinabalu Yang Istimewa, Megah Bukan Sekadar
Kemuncaknya. Astro Awani.
2. Hema1609 (2017). Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Malaysia. Politeknik
Malaysia Sultan Haji Ahmad Shah. Kuantan, Pahang.
3. A. (2021, September 23). Pengertian Bangsa: Tujuan, Faktor, Unsur dan Ciri-Cirinya
- Gramedia.com. Gramedia Literasi
4. race - The history of the idea of race. (2022). Encyclopedia Britannica.
5. Sawe, B. E. (2019, July 18). Ethnic Groups Of Malaysia. WorldAtlas.
6. 3E Accounting. Budaya Di Malaysia. Kuala Lumpur.
7. Khairul Anuar Bin Abdul Halim. Pengetahuan Agama Islam. Arau, Perlis.
8. Noor Aziera Mohamad Rohana (2017). Kepelbagaian Dan kesepaduan Etnik Di
Malaysia Menurut Islam. UITM, Melaka.
9. Muhammad Hafiz Badarulzaman (2016). Perlembagaan Serta Cabaran Masa Lalu
Dan Masa Kini. ResearchGate. Universiti Utara Malaysia.
10. Abdul Latif Samian (2011). Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan:
Kedudukan dan peranannya Dalam Konteks Komunikasi Perpaduan. UKM Journal
Article Respository. UKM, Bangi.