FLORA JULIA ANK HENRY | ANGGELIYANA USUN STONEY | ANGELA ALAU JEFFREE | GLADYS LUHONG YAMIN MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
AHLI KUMPULAN FLORA JULIA ANK HENRY 20DKA22F1044 ANGELA ALAU JEFFREE 20DKA22F1028 GLADYS LUHONG YAMIN 20DKA22F1022 ANGGELIYANA USUN STONEY 20DKA22F1078 NAMA PENSYARAH PUAN FAYZATOL JAMIYAAH BT. ABDULL RAHIM
Selamat Sejahtera, bersyukur kami kehadrat Tuhan kerana dengan limpahan rahmat dan berkat oleh-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan ingin kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Puan Fayzatol Jamiyah binti Abdull Rahim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Jutaan terima kasih juga ingin kami ucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini kami tujukan kepada rakan-rakan yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap kemusykilan umum yang kami utarakan. PRAKATA/PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Ahli kumpulan 2 Prakata/Penghargaan 3 Objektif 5 Pendahuluan 6 Faktor Materialisme 7-11 Kesan Materialisme 12-16 Cara Mengatasi Materialisme 17-21 Isu Materialisme 22-26 Kesimpulan 27 Aktiviti Pengukuhan/Uji Minda 28 Rujukan 29 Lampiran 30 ISI KANDUNGAN
OBJEKTIF Menerangkan definisi materialisme Mengenalpasti faktor materialisme dalam kalangan masyarakat Mengenalpasti kesan materialisme dalam masyarakat Mengetahui cara mengatasi sikap materialisme dalam kalangan masyarakat Mempelajari contoh isu-isu materialisme
PENDAHULUAN Materialisme merupakan satu sifat yang tergolong dalam kehidupan masyarakat masa kini yang mengutamakan keinginan untuk mengejarkan hal keberadaan.Sedar atau tidak, sebenarnya meterialisme ini semakin terserap ke dalam sanubari masyarakat dunia yang sedang terkejar-kejar untuk mencari kesenangan dunia dengan kebendaan yang ada di sekeliling mereka. Maka,wujudlah “budaya materialisme” di mana ia semakin mendominasikan global.Lebih membimbangkan lagi apabila budaya ini telah memberi impak negatif yang terlalu dasyat kepada persekitaran.Memanglah kita sebagai manusia ingin menjalani kehidupan yang selasa.Tambahan pula pada zaman moden ini terlalu banyak cabaran dari segi ekonomi dan lainlain yang membuatkan ramai orang berkerja keras untuk hidup dengan selesa.Akan tetapi, secara tidak langsung apabila terlalu mempamerkan kemewahan hidup kepada orang luar dapat memberi satu sikap yang negatif.
Masyarakat kini menganggap trend semasa dan rakan sebaya sebagai prioriti utama dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini menyebabkan mereka menjadi paranoid kolot atau tidak berkemampuan dari segi kewangan. Mereka juga takut dipandang rendah oleh orang sekeliling mereka. FAKTOR - FAKTOR MATERIALISME. 1.Meletakkan trend semasa dan mempengaruhi rakan sebaya.
Ini menyebabkan masyarakat terikut-ikut budaya barat kerana dunia orang barat lebih moden sehingga menghilangkan ciri-ciri jati diri. 2. Menekankan konsep materialistik dalam kehidupan seharian. Masyarakat kini menerapkan konsep materiaIistik dalam kehidupan seharian melalui television dan internet. Perkembangan pesat media sosial juga mampu menekankan konsep materialisme dalam kehidupan seharian. Contohnya melalui Twitter, Facebook, Tiktok, Instagram dan sebagainya.
3. Sikap ibu bapa Remaja yang dibesarkan dengan keluarga boros dan mementingkan status dalam berbelanja. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak - anak seperti sentiasa membeli barangan mahal yang mereka inginkan dan berikan apa sahaja yang mereka mahu sehingga anak-anak tidak tahu erti hidup susah .
Masyarakat yang obses terhadap kebendaan atau materialistik ini kurang berpegang kuat pada ajaran agama dan kurang nilai rohani pada diri sehingga melupakan Tuhan dan hanya fokus terhadap benda yang diingini. 4.Tidak berpegang kuat pada ajaran agama .
Hal ini menyebabkan masyarakat terikut-ikut dengan budaya luar kerana dunia orang barat lebih moden sehingga menghilangkan ciriciri jati diri 5. Perkembangan modenisasi Ini menyebabkan rakyat lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat . Secara tidak langsung, ia mempengaruhi minda dan fikiran masyarakat dari aspek budaya dan cara hidup .
KESAN- KESAN TERCETUSNYA SIKAP MATERIALISME TERPENGARUH BUDAYA LUAR Masyarakat yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya luar atau budaya barat yang semakin moden ,hal ini kerana dunia barat sangat mendalam sehingga masyarakat hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri seseorang seperti yang diajar agama masing-masing
MEMILIKI KEINGINAN YANG TINGGI Manusia biasa yang memiliki keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara atau barang adalah perkara biasa,namun kepada mereka yang memiliki sikap materialisme ini mereka memiliki keinginan terhadap sesuatu harta benda itu amat lah tinggi tanpa melihat kemampuan diri sendiri.
INGIN DIPANDANG HEBAT DAN SENTIASA DIHORMATI Individu yang sentiasa ingin dipandang tinggi dan dihormati hanya kerana mereka memiliki kemewahan yang tidak dimilki oleh orang lain ,hal ini dapat kita lihat dikehidupan seharian kita sendiri.Namun perkara itu tidak lah penting kerana kehidupan yang selesa ialah dengan tidak menunjuk kemewahan terhadap orang lain
SIKAP MEMENTINGKAN HARTA BENDA Sifat individu yang mementingkan harta benda ini ada kerana mereka tidak mahu dipandang serong oleh masyrakat,Individu seperti ini juga sanggup berhutang dan meminta duit hanya tidak mahu mengalah dengan individu yang lain
Sikap materialisme ingin tercetus kerana adanya masyarakat yang memilki pemikiran yang menganggap individu yang memilki harta adalah individu yang berjaya dan kaya raya hanya kerana memilki harta benda yang banyak dan mewah. PEMIKIRAN MASYARAKAT YANG TERLALU CETIK
CARA MENGATASI MATERIALISME Sebagai ibu bapa, kita haruslah mengajar dan mendidik anak-anak untuk berhemah dalam kehidupan dari kecil lagi supaya apabila mereka beranjak dewasa nanti mereka mampu berdikari dan tidak terus mengejar kesenangan dunia. Sesibuk apapun,sejauh apapun kita pergi, keluarga merupakan tempat pulang. Wang dan populariti tidak mampu membayar kebersamaan dengan keluarga. Ajarilah anak-anak hidup secara sederhana supaya dewasa nanti mereka akan tahu betapa bahagianya jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada. 1.IBU BAPA HARUSLAH MENDIDIK ANAK-ANAK DARI KECIL LAGI 9785 suka Semua Komen... CARA MENGATASI MATERIALISME
Contohnya, kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki. Bukan semua benda yang kita inginkan dapat menjadi milik kita . Kita haruslah sedar bahawa tidak ada benda yang akan kekal selamanya di muka bumi ini dan menyadari bahawa harta benda hanya bersifat sementara. Oleh itu,sifat rakus dan tamak harus dihindari agar kita tidak terus jatuh dalam kesenangan dunia ini. 2.KITA HARUSLAH MENGHINDARI SIFAT RAKUS DAN TAMAK CARA MENGATASI MATERIALISME 9785 suka Semua Komen... CARA MENGATASI MATERIALISME
CARA MENGATASI MATERIALISME Pada zaman ini, ramai orang berjuang dengan materialisme dalam semua hal. Contohnya, ingin memiliki barang yang terbaharu dan berkualiti tinggi. Tetapi kita mestilah kurangkan sikap tersebut, dengan cara kita harus dapat mempertimbangkan berapa banyak kita dapat berjimat cermat. Kita haruslah ketahui bahawa kita tidak perlu membeli barang yang baharu. Dengan cara ini, kita boleh berjimat cermat dan akan memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. 3.MENYEDIAKAN DIRI KITA BAHAWA DUIT DATANG DAN PERGI 9785 suka Semua Komen... CARA MENGATASI MATERIALISME
CARA MENGATASI MATERIALISME Sifat menabung haruslah diterapkan dalam diri kita agar kita mampu lebih bersedia pada masa yang akan datang. Dapat kita lihat beberapa tahun yang lalu, banyak orang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19. Pendapatan juga semakin berkurangan. Oleh itu,dengan menabung kita dapat gunakan sementara bagi menampung sebahagian daripada kehidupan kita. 4. KITA PERLU MENANAM SIKAP MENABUNG DALAM DIRI KITA 9785 suka Semua Komen... CARA MENGATASI MATERIALISME
CARA MENGATASI MATERIALISME Kita perlu menghindarkan diri daripada lingkungan yang membuat kita menjadi materialisme dan ketahuilah bahawa itu adalah sifat yang sangat negatif untuk diri kita. Apabila terlalu sibuk memikirkan cara untuk mendapatkan barang-barang yang tidak diperlukan dan barang ingin dibeli kerana ramai membeli barang tersebut akan membuatkan diri kita tidak memikirkan hal di masa hadapan dan mereka seharusnya berfikir bahawa mereka sepatutnya membeli barangan keperluan harian sahaja. Jangan kerana orang membeli kita juga ingin beli barang tersebut. Sebaiknya kita simpan duit itu untuk keprluan masa akan datang. 5.MENJALANI SOSIALISASI DENGAN LINGKUNGAN MASYARAKAT SEDERHANA 9785 suka Semua Komen... CARA MENGATASI MATERIALISME
-Sikap materialisme ini juga boleh menimbulkan perasaan dengki antara satu sama lain.Perasaan dengki yang tidak dapat dibendung mungkin akan menyebabkan seseorang itu bertindak keterlaluan termasuk mengamalkan ilmu hitam untuk menjatuhkan seseorang. CONTOH ISU MATERIALISME YANG BERLAKU DI MALAYSIA 1.KEBENCIAN
2.OBSES DENGAN KEBENDAAN ATAU MATERIALISTIK -Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti jenis kereta yang dipakainya,rumah bagaimana yang didiaminya serta di mana,selain jenama pakaian apa yang dipakai.Bak kata orang, ‘ yang kaya disanjung dan yang miskin dihina’ . -Ramai anak muda sekarang menjalani gaya hidup mewah seperti berbelanja di tempat-tempat yang eksklusif dengan mempamerkan kad kredit di sana sini.Apa yang jelas sekarang adalah kejayaan seseorang itu banyak diukur dari aspek kebendaan. CONTOH ISU MATERIALISME YANG BERLAKU DI MALAYSIA
CONTOH ISU MATERIALISME YANG BERLAKU DI MALAYSIA 3.MUFLIS -Memang kita dapat lihat semua kemewahan ini tetapi kenyataannya ramai antara mereka yang hidup berhutang sana sini semata-mata ingin memuaskan nafsu kehendak mereka sahaja.Hutang lama pun belum habis, sudah membuat hutang baru pula.
4.KES PENIPUAN (SCAM) -Ramai yang mudah ditipu disebabkan ingin cepat kaya.Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk pelaburan yang tidak wujud.Saban hari makin kerap terjadi isu penipuan ini tetapi masih tidak ambil peduli. CONTOH ISU MATERIALISME YANG BERLAKU DI MALAYSIA
-Sudah ramai yang mengalami tekanan mental kerana masalah kewangan.Mereka tertekan kerana memikirkan hutang keliling pinggang yang perlu diselesaikan dan bagaimana mencari yang lebih.Lebih buruk lagi apabila ada orang yang sanggup berhutang dengan “ah long” . -Lalu, ada yang terpaksa berkorban masa dengan bekerja sambilan di waktu malam.Namun, ada juga yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan bebanan hidup berhutang. CONTOH ISU MATERIALISME YANG BERLAKU DI MALAYSIA 5.BUNUH DIRI
sudah terang lagi bersuluh,maka hendaklah kita sentiasa mengingatkan diri sendiri dan orang di sekeliling bahawa sikap sentiasa memandang seseorang melalui harta dan kekayaan atau lebih dikenali sebagai materialisme mampu memudaratkan diri sendiri dan keluarga. hal ini boleh dilihat apabila kita mudah membandingkan sesuatu benda mengikut jenama dan kualiti sesuatu barang dan membandingkan kekayaan seseorang dengan kekayaan orang lain seperti lebih menghormati orang yang mempunyai harta yang banyak berbanding dengan orang yang sederhana sahaja. justeru, hal ini juga mampu membawa impak yang negatif pada masyarakat pada zaman kini. akhir sekali, kita haruslah terapkan nilai-nilai murni dalam diri terutamanya sikdap sederhana dalam setiap perkara bagi menelakkan diri sendiri dari menjadi semakin alpa dengan kebendaan dan kemewahan. KESIMPULAN
AKTIVITI PENGUKUHAN UJI MINDA https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe axWenPIAAt6dEnL3PZtCWkf4aiUWHlz_e4wsQU mOmhOQL8g/viewform?usp=sf_link
1. CATHRINA ANAK GRIFFIN ,CLARRISA DARRIS JANTA ANAK JEFFRY,DAIYANNA ANNE AK,ALEXIUS MACPHERSON,MARY MING ANAK SUNOK,18okt2020,Menghuraikan cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang materialisme. - https://nilaidka2a.blogspot.com/?m= 2.MIMIYS AMMELIS,(2018,29 JAN),Bahayanya budaya materialisme yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. - https://iluminasi.com/bm/bahayanya-budayamaterialisme-yang-semakin-menjadi-jadi-dalamkalangan-masyarakat-kita.html 3.https://www.studocu.com/my/document/universititeknologi-mara/falsafah/materialisme-negaranotes/15092527 4. https://nilaidka2a.blogspot.com/?m=1 5. https://bussines.co.id/gaya-hidup-materialisme/ RUJUKAN
LAMPIRAN
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA E-book ini menjelaskan tentang faktor,kesan dan cara yang mengakibatkan sifat materialisme wujud dalam masyarakat di malaysia.Selain itu, e-book ini juga menceritakan contoh-contoh wujudnya materialisme yang dapat dielakkan oleh masyarakat agar keharmonian sejagat terjamin dan juga dapat menjaminkan masa depan yang cerah di kalangan masyarakat Malaysia.Untuk itu, e-book ini juga telah diselitkan dengan beberapa keratan akhbar dan artikelmengenai materialisme yang ada di Malaysia Harapan kami dalam penciptaan e-book ini ialah semoga lebih ramai pihak yang sedar mengenai materialime dalam masyarakat serta dapat menjamin masa depan yang cerah kepada generasi akan datang dan seterusnya.Sekian terima kasih daripada kami. MPU23042