The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by petrusunggang, 2024-05-08 20:00:13

E-book Nilai ( Kumpulan 1 )

E-book Nilai ( Kumpulan 1 )

KUMPULAN 1 PETRUS UNGGANG (20DKM23F1005) ERROL SLYVASTER (20DKM23F1027) MARCHELL RIMBUK (20DKM23F1002) HELDA HURING (20DKM23F1808) FIONELLA YLAINNE (20DKM23F1073) NILAI MASYARAKAT MALAYSIA PENSYARAH: NINIE AMIRA BINTI DRAHIM KES PEMBUANGAN BAYI DI KALANGAN MASYARAKAT


P E N G H A R G A A N Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami menyiapkan tugasan E-Folio ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapakan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Ninie Amira Binti Drahim selaku Pensyarah MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan E- Folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas kami yang banyak membantu serta sudi berkongsi idea baharu. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Akhir kata, ucapan ini juga kami tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang diberi amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik PENGHARGAAN


E-Folio ini diciptakan untuk menyedarkan masyarakat tentang kesan negatif pembuangan bayi terhadap individu, keluarga, dan masyarakat secara keseluruhan. Ia juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan maklumat tentang langkah-langkah pencegahan pembuangan bayi, termasuk alternatif yang ada seperti penamatan bayi dan adopsi. Selain itu, e-folio ini bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO, dan masyarakat tempatan dalam melindungi dan menyokong ibu yang berisiko terlibat dalam tindakan pembuangan bayi. Di samping itu, e-folio juga berusaha untuk memberikan sokongan kepada individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi, termasuk bantuan kewangan, sokongan emosi, dan pemulihan psikososial. Dengan pendekatan ini, diharapkan e-folio dapat menjadi alat penting dalam mengurangkan kes pembuangan bayi dan menyelamatkan nyawa serta masa depan mereka. OBJEKTIF Mengapa e-book ini diciptakan ?


P E N D A H U L U A N Marcapada ini, kes pembuangan bayi semakin berleluasa akibat arus pemodenan di Malaysia. Isu pembuangan bayi umpama duri dalam daging. Banyak nyawa yang tidak berdosa telah berkorban saban hari. Mayatmayat bayi selalunya dibuang dalam tong sampah, di tepi sungai, di dalam semaksamun, di dalam mangkuk tandas dan tempat-tempat yang terpencil. Warga Malaysia terutamanya remaja suka membuang bayi sejurus melahirkan anaknya disebabkan tidak ingin memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa tanpa berfikir panjang. Kadang kala adalah mereka dipaksa oleh si suami yang tidak bertanggungjawab supaya melakukan perbuatan keji iaitu membuang bayi. Isu ini kian membimbangkan segenap masyarakat disebabkan bayi merupakan nyawa yang patut dihargai. Persoalannya, apakah punca, kesan dan langkah untuk mengatasi kes pembuangan bayi di Malaysia? PENDAHULUAN


01 PENGHARGAAN 02 OBJEKTIF 03 ISI 6 PUNCA PEMBUANGAN BAYI 6 KESAN PEMBUANGAN BAYI 6 LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI 6 CONTOH ISU ISI KANDUNGAN 04 KESIMPULAN 05 AKTIVITI PENGUKUHAN 06 RUJUKAN 07 LAMPIRAN PENDAHULUAN 03


P U N C A - P U N C A K E S P E M B U A N G A N B A Y I


Stigma masyarakat terhadap kehamilan di luar nikah atau remaja, menyebabkan individu merasa malu dan takut akan penolakan. Tekanan dari keluarga, yang mungkin memaksa untuk menyembunyikan kehamilan atau menolak memberikan sokongan, juga menyumbang kepada tekanan yang dialami individu. Norma sosial yang memandang rendah terhadap ibu yang hamil di luar nikah atau tanpa pasangan, membuat individu merasa terdesak untuk menyembunyikan kehamilan atau mencari penyelesaian yang tidak betul. Selain itu, tekanan moral dari agama juga berperanan dalam mendorong individu untuk mengambil tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap kehamilan yang tidak diingini, menyebabkan pembuangan bayi menjadi pilihan yang dipilih. Individu yang belum matang secara emosi mungkin tidak mampu menangani tekanan yang datang dengan kehamilan atau menjaga anak. Mereka mungkin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi atau keupayaan untuk membuat keputusan yang matang. Akibatnya, mereka mungkin mengambil jalan pintas dengan membuang bayi sebagai penyelesaian kepada masalah mereka, tanpa memikirkan akibat jangka panjang dari tindakan tersebut. Individu yang menghadapi masalah kewangan mungkin merasa tidak mampu untuk memberikan perawatan yang mencukupi kepada bayi, dan mungkin juga tidak mampu untuk membesarkan anak dengan sumber daya yang mencukupi. Ini boleh mengakibatkan tekanan emosi yang tinggi dan menyebabkan individu membuat keputusan yang tidak bertanggungjawab terhadap kehamilan yang tidak diingini, termasuk pembuangan bayi sebagai penyelesaian. PUNCA K E T I D A K M A T A N G A N E M O S I 03 02 K E T I D A K S T A B I L A N E K O N O M I T E K A N A N S O S I A L 01 01


Ini termasuk keadaan emosi individu, pengalaman peribadi, dan hubungan interpersonal. Individu mungkin menghadapi konflik internal, seperti takut akan penolakan atau rasa malu, yang boleh mempengaruhi keputusan mereka. Pengalaman peribadi seperti trauma atau ketidakstabilan emosi juga boleh memainkan peranan dalam keputusan untuk membuang bayi. Hubungan interpersonal yang tidak menyokong atau tidak stabil juga boleh menyumbang kepada tekanan yang membuat individu merasa terdesak untuk mengambil tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap kehamilan yang tidak diingini. Individu yang kurang mendapat pendidikan tentang kesihatan reproduktif mungkin tidak memahami tentang kontrasepsi, perancangan keluarga, atau hak mereka dalam situasi kehamilan yang tidak diingini. Ini boleh menyebabkan kurangnya kesedaran tentang pilihan yang tersedia untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini atau untuk mendapatkan bantuan dalam menguruskan kehamilan yang tidak dijangka. Akibatnya, individu mungkin merasa terdesak atau tanpa pilihan lain selain membuang bayi sebagai jalan keluar. Hubungan yang tidak stabil atau konflik antara pasangan boleh menyebabkan tekanan emosi yang tinggi, terutama dalam situasi kehamilan yang tidak diingini. Kurangnya sokongan dari pasangan atau ketidakmampuan untuk membuat keputusan bersama-sama boleh membuat individu merasa terpinggir dan tidak mampu untuk menghadapi tanggungjawab membesarkan anak. Akibatnya, individu mungkin merasa terdesak untuk mengambil tindakan yang tidak bertanggungjawab, termasuk pembuangan bayi, sebagai cara untuk menyelesaikan masalah hubungan mereka. PUNCA K U R A N G N Y A P E N D I D I K A N K E S I H A T A N R E P R O D U K T I F 06 04 P E R K A R A P E R I B A D I 05 K E T I D A K S T A B I L A N H U B U N G A N 02


K E S A N K E S A N P E M B U A N G A N B A Y I


Antara kesannya ialah kadar kematian bayi semakin meningkat. Majoritinya, ibu yang bersedia untuk membuangkan bayi mereka akan melahirkan anak dengan menggunakan cara sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital. Sewaktu mereka melahirkan anak, ibu akan mengalami jangkitan kuman dan juga kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak. Dalam keadaan ini, anak akan cedera sewaktu bersalin dan kadar kematian bayi adalah sangat tinggi jika berbanding dengan kelahiran bayi di hospital. Tidak dapat dinafikan juga kes pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi muda pada masa kink. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara untuk bayi tersebut. Pada masa yang sama, ibu bapa kepada bayi tersebut akan dicari dan sekiranya mereka tidak dijumpai, bayi tersebut akan dijaga oleh rumah kebajikan itu. Perkara ini pastinya membebankan pihak kerajaan Dan pihak yang berkaitan sari segi kewangan. KESAN P E M B A N G U N A N N E G A R A T E R J E J A S 03 02 K A D A R K E M A T I A N B A Y I M E N I N G K A T 01 03 G A N G G U A N E M O S I D A N P S I K O L O G I Selain itu, emosi dan psikologi akan terganggu. Pembuangan bayi menyebabkan gangguan emosi yang serius kepada ibu dan keluarga. Wanita yang melahirkan bayi dan meninggal kan bayi mereka berasa bersalah dengan apa yang relay dia lakukan dan kehilangan harga diri mereka. Keluarga dihadapkan dengan dilema kerana berasa malu dengan perbuatan yang anak mereka lakukan.


Kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku Kesan daripada pembuangan bayi juga adalah berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga turut terkena tempias. Hal ini disebabkan ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingakah lakunya. Mereka menganggap anak seperti itu telah menconteng arang ke muka mereka. Mereka juga bimbang pandangan orang sekeliling mereka. Terutamanya jiran sekeliling pasti memandang serong dan negatif terhadap keluarga mereka. Masalah pembuangan bayi tersebut juga akan menyebabkan berlaku penceraian. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral itu akan bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Jelaslah bahawa kesan pembuangan bayi ini dapat meruntuhkan institusi kekeluargaan. KESAN 06 M E R U N T U H K A N I N S T I T U S I 0 K E K E L U A R G A A N 0 I B U B A Y I 5 4 04 M E N J E J A S K A N I M E J


L A N G K A H - L A N G K A H M E N G A T A S I K E S P E M B U A N G A N B A Y I


Ibu bapa sepatutnya menyelitkan unsur agama dan moral dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini amat signifikan kerana pendidikan agama dan moral mampu menyedarkan anak-anak mereka tentang dosa dan pahala. "Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya". Oleh itu, ibu bapa perlu memberitahu isu tentang pembuangan bayi serta menerangkan kesannya melakukan pembuangan bayi. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana "bapa borek anak rintik". Ibu bapamestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Ibu bapa harus sentiasa memantau anak-anak mereka apablia mereka berada di luar. Hal ini demikian supaya dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan. Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan juga perlu bekerjasama untuk mengatasi kes pembuangan bayi. Kini, cadangan penubuhan "Tabung DNA merupakan satu langkah yang perlu disokong oleh seluruh rakyat kerana menerusi pelaksanaan ini, ibu bapa yang terlibat dalam kes pembuangan bayi akan lebih mudah untuk dikesan. Hal ini demikian kerana setiap bayi yang dilahirkan akan diambil sampel DNAnya untuk simpanan pihak hospital. Penubuhan "Baby Hatch juga mampu mengatasi kes pembuangan bayi. Dengan itu, bayi ibu bapa akan meletakkan bayi mereka dalam pelindung bayi sebaliknya membuang bayi di tempat lain. LANGKAH MENGATASI 03 P E R A N A N I B U B A P A P E R A N A N P I H A K K E R A J A A N D A N B A D A N B U K A N K K E R A J A A N 01 P E R A N A N P I H A K P O L I S 02 05 Pihak polis sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Hal ini sangat penting dalam membendung isu pembuangan bayi. Pihak polis perlu mengenakan hukuman berat ke atas individu yang membuang bayi sesuka hati. Sebagai contohnya, pihak polis harus melakukan hukuman penjara ke atas mereka. Hal ini supaya mereka akan menginsaf akan kesalahan yang dilakukan. Jika perlunya, pihak polis boleh mengenakan hukuman mati ke atas individu yang mengulangi kesilapannya iaitu membuang bayi diri sendiri berulang kali. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak polis turut berperanan penting dalam membendung isu pembuangan bayi.


Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama badan- badan bukan kerajaan perlulah menggiatkan lagi program-program kesedaran yang sedia ada bermula dari sekolah rendah lagi agar kesedaran timbul lebih awal dalam diri pelajar. pihak media massa boleh menyelitkan unsur pengajaran yang penting dalam iklan tersebut iaitu menjelas kesan buruk pembuangan bayi. Hal ini dikatakan mampu menjadi perisai kepada mereka kerana mempunyai maklumat tentang perkara yang sepatutunya dilakukan. Seiring dengan itu, pengenalan subjek pendidikan seks juga dilaksanakan. Hal ini demikian supaya generasi muda sekarang akan memahami pergaulan bebas dengan terperinci tentang pergaulan seks. Media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu pembuangan bayi di Malayasia. Media masaa seperti televisyen perlu menayangkan iklan tentang kes pembuangan bayi. Sebagai contoh, pihak media massa boleh menyelitkan unsur pengajaran yang penting dalam iklan tersebut iaitu menjelas kesan buruk pembuangan bayi. Sementara itu, pihak media massa boleh memaparkan video tentang kes pembuangan bayi mengikut tahun.Dengan berbuat demikian, orang awam akan mengetahui betapa kesiannya bayi bayi yang terkorban tersebut. Selain daripada itu, media elektronik seperti 'facebook' , 'instagram' dan lain-lain boleh memaparkan berita tentang kes pembuangan bayi. Dengan itu, seluruh masyarakat terutamanya anak muda akan memandang serius terhadap isu ini serta mengambilnya sebagai iktibar di dalam kehidupan harian mereka. LANGKAH MENGATASI 06 P E R A N A N M E D I A M A S S A P E R A N A N P I H A K K E M E N T E R I A N P E L A J A R A N M A L A Y S I A N 04 06 05 P E R A N A N I B U B A P A Dalam hal ini, ibu bapa adalah golongan yang paling hampir dengan remaja. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah pembuangan bayi ini. Ibu bapa perlu bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama- sama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menyediakan ruang untuk bermesra dengan anakanak serta memberikan kasih sayang secukupnya terutamanya anak-anak yang sedang meningkat remaja kerana anak remaja sebenarnya memerlukan perhatian dan layangan yang lebih daripada ibu bapa kerana mereka akan rasa lebih dihargai.


C O N T O H - C O N T O H I S U K E S P E M B U A N G A N B A Y I


CONTOH ISU PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA 03 R E M A J A P E R E M P U A N D I T A H A N K E S B U A N G B A Y I 01 B A Y I D A L A M B E G P L A S T I K 02 B A Y I D A L A M K O T A K M I N U M A N 07


CONTOH ISU PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA 06 B A Y I D I B U A N G T E P I J A L A N J U M L A H P E M B U A N G A N B A Y I D I M A L A Y S I A 05 M A Y A T B A Y I L E L A K I D A L A M P A M T A N D A S 04 08


KESIMPULAN Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini yang disebabkan oleh banyak faktor mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah samasama dituruni Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkanı masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan-


A K T I V I T I P E N G U K U H A N pn https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfvR2rNHCQjiDHG71W JemICiYBFFrab-zCPjC4BNK8IWqKqnw/viewform?usp=sf_link


Buku Nilai Masyarakat Malaysia Siri Politeknik karya masitah Mohd Ali, Siti Noryanie dan Kamsani Md Saad. 1. RUJUKAN Buku Ilmiah 2. Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Azura Yahya, Nasihah Hashim & Noor Aida Makmur. (2016). Kesantunan Bahasa Semasa Berkomunikasi di Laman Sosial. Dalam Proceeding International Conference on Government & Public Affair 2016 (ICOGPA2016), UUM COLGIS. 3. Pendidikan Moral Tingkatan 4, Hisham bin Aris Abdul Pabil bin Adam. ILUSTRATOR Barathi a/p Santhasaran, Abdul Razak bin Husin, Vijayalecmy a/p Muniyandy


1. https://990428.blogspot.com/?m=1 RUJUKAN Sumber Internet 2. https://www.ipendidikan.my/berbudibahasa.html


LAMPIRAN


Buku ini menggali akar penyebab dan dampak tragedi pembuangan bayi. Dengan pendekatan yang holistik, buku tersebut membahas faktor-faktor sosial, ekonomi, dan psikologis yang mempengaruhi fenomena ini. Melalui penelusuran kasus-kasus yang terjadi, pembaca diarahkan untuk memahami kompleksitas isu ini dan merenungkan solusisolusi yang efektif. Dari aspek hukum hingga dukungan sosial, buku ini menawarkan wawasan yang mendalam tentang masalah yang meresahkan ini dan memperjuangkan upaya-upaya pencegahan yang bermakna. SINOPSIS


Click to View FlipBook Version