PORTFOLIO PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL INSYIRA KIRANA BINTI SAIFFUDIN
Nama INSYIRA KIRANA BINTI SAIFFUDIN No. K/P 030412120576 Angka Giliran 2021012340096 Program PISMP BAHASA MELAYU Ambilan JUN 2022 Unit BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH Nama Pensyarah TUAN THADIUS BIN GUGAU Tarikh Hantar 19 OKTOBER 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, BEG BERKUNCI NO.11, 89009 KENINGAU, SABAH PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL: E-PORTFOLIO
pENGENALAN KURSUS BIDANG INI MEMBERI KESEDARAN TENTANG ADANYA BEBERAPA JENIS KRAF TRADISIONAL DALAM BUDAYA TANAH AIR. KEGIATAN KRAF TRADISIONAL MEMPERKENALKAN FUNGSI, PROSES DAN TEKNIK MEMBUAT, ALAT DAN BAHAN, MOTIF, CORAK DAN HIASAN. ASPEK APRESIASI HASIL KERJA DIADAKAN SEBAGAI SATU PROSES PEMBELAJARAN YANG MERANGKUMI PENGENALAN, PROSES PEMBUATAN SERTA MENGENALI TOKOH-TOKOH BAGI SETIAP BIDANG KRAF YANG DINYATAKAN.
KRAF TRADISIONAL BOLEH DIDEFINISIKAN SEBAGAI PERUSAHAAN (KERJA SENI) YANG MELIBATKAN KEMAHIRAN KERJA TANGAN YANG MEMERLUKAN DAYA CIPTA OLEH MASYARAKAT YANG DIWARISI TURUN-TEMURUN. DEFINISI kraf
jenis kraf tradisional
1. ALAT DOMESTIK 3. ALAT PERTAHANAN DIRI 4. PERHIASAN DIRI 5, BATIK 6. TEKAT 7. UKIRAN 8. TENUNAN 9. TEMBIKAR 10. ANYAMAN 2. ALAT PERMAINAN
A L A T D O M E S T I K Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian. DEFINISI CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK BATU GILING BATU KISAR TUDUNG SAJI TUDUNG ROTAN TUDUNG SAJI MENGKUANG
ALAT DOMESTIK
9. Pada bahagian dalam dilapisi dengan daun sangai mengikuti bentuk dari susunan paring yang sudah diikat dan dijahit. 8. Paring disusun bertinding atau berlapis dan dijahit satu sama lainnya dengan menggunakan benang hingga terbentuk bulatan cekung. 10. Pada bahagian hujung lingkaran, tambahkan bingkai rotan yang sudah dikupas kulitnya. PROSESPENGHASILAN ALAT DOMESTIK(TUDUNG SAJI) 1. Sediakan rotan yang masih muda, berdiameter besar dan beruas panjang 3. Bahagian luar rotan dibuang. 4. Bahagian yang nipis dipanaskan sehingga rotan yang lain terkelupas dengan sendirinya. 5. Rotan di belah agar menjadi lembaran yang nipis. 6. Lembaran yang nipis atau paring dicuci dan dijemur dengan panas matahari sampai kering agar menghasilkan bentuk melengkung. 2. Potong – potong rotan sesuai ruasnya. 7. Setelah kering, paring dipotong – potong sesuai dengan ukuran tudung saji yang diinginkan.
A L A T P E R M A I N A N Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. DEFINISI CONTOH-CONTOH ALAT PERMAINAN CONGKAK WAU BATU SEREMBAN SEPAK RAGA GASING
WAU ADALAH SALAH SATU PERMAINAN TRADISI YANG DIMAINKAN UNTUK MENGISI MASA LAPANG. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI LAYANG-LAYANG SUATU KETIKA DAHULU DAN KINI LEBIH DIKENALI DI KAWASAN PEDALAMAN. ALAT PERMAINAN WAU
SELAIN WAU, NAMA LAIN ADALAH LAYANG-LAYANG.PERKATAAN “WAU” DIKATAKAN BERASAL DARI PERKATAANTHAILAND MEMANDANGKAN NEGERI SEPERTI KELANTAN,TERENGGANU, PERLIS DAN KEDAH MENGGUNAKANPERKATAAN TERSEBUT. PERKATAAN LAYANG-LAYANG PULA DIGUNAKAN DIKEBANYAKAN NEGERI-NEGERI SEPERTI DI PANTAI BARATDAN SELATAN SEMENANJUNG MALAYSIA SEPERTISELANGOR, MELAKA DAN JOHOR. INI DAPAT DIBUKTIKANMENERUSI CATATAN TUN SERI LANANG YANGMENYATAKAN BAHAWA RAJA AHMAD BERMAIN LAYANG-LAYANG BERSAMA PEMUDA-PEMUDA SERTA KERABATDIRAJA, DAN TIDAK PULA DISEBUT BERMAIN WAU.
JENIS WAU WAU BULAN WAU KUCING WAU MERAK WAU JALA BUDI
5) MEMBUAT CORAK 4) MENAMPAL RANGKA 6) MENAMPAL CORAK 7) MEMASANG TERAJU 1) MEMILIH BULUH 2) MERAUT BULUH 3) MEMBUAT RANGKA
A L A T P E R T A H A N A N D I R I Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu. DEFINISI CONTOH-CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI KERIS LEMBING PERISAI GOLOK
KERIS BERASAL DARIPADA PULAU JAWA DAN MENYEBAR KE SELURUH NUSANTARA, KERIS SETIDAKNYA TELAH DIKENALI PADA ABAD KE-9 DAN BOLEH DIBUKTIKAN DENGAN GAMBARAN KERIS YANG TERDAPAT DI CANDI BOROBUDUR. SENJATA INI TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN IAITU MATA, HULU DAN SARUNG.
Musang iAndas Lepa Tukul Tukul puting Kikir Alat yang paling penting dalam kerja pertukangan besi. Ia diperbuat daripada kayu dan berbentuk tong panjang. Berfungsi untuk mengepam dan menghembuskan angin yang terperangkap masuk ke dalam saluran dapur untuk menempa besi. Musang juga dikenali dengan pelbagai nama, contohnya di Perak dikenali sebagai ‘kelubung’, dan ‘hembusan’ di Kelantan. Landasan yang diperbuat daripada sekeping besi tebal dan diletakkah di atas sebongkah kayu. Digunakan sebagai tempat untuk mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas. Sejenis alat pemotong besi. Bentuk mata lepa kelihatan seperti pahat yang disepitkan di antara dua keping buluh dan diikat kemas. Digunakan untuk menempa alat-alat besi yang matanya nipis. Berbentuk segiempat dan digunakan untuk mengasak masuk puting parang atau keris ke dalam hulunya. Mempunyai pelbagai saiz. Kikir digunakan untuk melicinkan dan menghaluskan mata keris yang telah dibentuk. ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KERIS:
Penyepit Penyepuh Ragum besar Jara sila Temin Arang Pahat Digunakan untuk memegang besi yang panas semasa kerja-kerja menempa dijalankan. Tong kayu berisi air. Alat ini digunakan sebagai bekas untuk menyepuh alat-alat besi yang telah ditempa, diketuk, dan dikikir supaya sejuk, tajam, kukuh dan tahan lama. Berfungsi sebagai pemegang atau penyepit sesuatu bahan. Digunakan untuk mengapit mata dan hulu keris bagi tujuan memudahkan kerja, terutamanya bagi membentuk dan mengikir. Jara sila digunakan untuk membuat lubang pada hulu. Temin diperlukan untuk mengetatkan alat-alat besi di pangkal hulu. Arang digunakan sebagai bahan api untuk membakar. Merupakan alat besi yang mempunyai mata yang tajam. Digunakan untuk membuat lubang dan mengukir. Terdapat dua jenis pahat yang utama, iaitu pahat mata bulat dan pahat mata lintang. ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KERIS:
PROSES MEMBUAT KERIS Proses Membentuk Belalai Gajah. Proses Mengikir. Proses Mencampurkan Besi. Proses Membuat Lok Keris. Proses Menempa. Proses Menyepuh Proses Menimbulkan Pamor 05 01 03 02 04 06 07
A L A T P E R H I A S A N D I R I Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. DEFINISI CONTOH-CONTOH PERHIASAN DIRI DOKOH PENDING CUCUK SANGGUL ANTING-ANTING
AMALAN MENGHIAS DIRI TELAH BERMULA SEJAK ZAMAN PRIMITIF. MASYARAKAT PADA ZAMAN ITU MENGGUNAKAN PELBAGAI WARNA UNTUK MEWARNAI TUBUH BADAN MEREKA SEBAGAI HIASAN DIRI. APABILA MANUSIA BERTAMADUN, REKAAN PELBAGAI ALAT PERHIASAN DIRI MULA DICIPTA DENGAN MENNGUNAKAN PELBAGAI BAHAN-BAHAN SEPERTI EMAS, PERAK DAN BATU PERMATA. DENGAN PENEMUAN PERHIASAN DAN WANG EMAS DI LEMBAH BUJANG, KEDAH, MEMBUKTIKAN BAHAWA ORANG-ORANG MELAYU TELAH MENGGUNAKAN ALAT PERHIASAN DIRI SEJAK ABAD TUJUH MASEHI (7 M) LAGI. PADA ZAMAN KEGEMILANGAN RAJA-RAJA MELAYU PEMBUATAN BARANGAN KEMAS ADALAH UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEGUNAAN KELUARGA DI RAJA. OLEH YANG DEMIKIAN, PENGHASILAN BARANGAN KEMAS PADA ZAMAN DAHULU ADALAH DI BAWAH NAUNGAN ISTANA. ANTARANYA IALAH HIASAN KEPALA, TELINGA, LEHER, TANGAN DAN KAKI SERTA HIASAN DI KEPALA. SEJARAH ALAT PERHIASAN DIRI
BAHAN - BAHAN MEMBUAT CUCUK SANGGUL : 1. Cekak kosong 2. dawai hiasan 3. daun emas PROSES : 1. Sediakan bahan - bahan untuk membuat cucuk sanggul 2. Balutkan seluruh cekak kosong itu dengan dawai hiasan 3. Kemudian lilitkan daun emas di cekak itu sehingga ia dipenuhi dengan daun emas.
B A T I K Batik merupakan merupakan satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud ' pakaian yang mempunyai titik-titik kecil'. Perkataan 'tik' bermaksud 'titik' yang asalnya daripada perkataan yang berdetik atau 'tik-tik'. DEFINISI CONTOH-CONTOH BATIK BATIK LUKIS BATIK SKRIN BATIK PELANGI BATIK BLOK
BATIK MERUPAKAN SATU BIDANG KRAFTANGAN YANG UNGGUL DI MALAYSIA. SEJAK ABAD KE 15 MASIHI LAGI MANUSIA TELAH MENEMUI KAEDAH PEMBUATAN BATIK SECARA TRADISIONAL. PADA MASA DAHULU, MASYARAKAT MELAYU MENGGUNAKAN UBI KENTANG SEBAGAI ALAT PENGECAP TETAPI KINI KAIN BATIK TELAH DIUSAHAKAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT-ALAT MODEN. BATIK MULA DIPERKENALKAN DINEGARA KITA KHUSUSNYA DI NEGERI KELANTAN SEJAK TAHUN 1910 LAGI. BATIK BERASAL DARI INDONESIA DAN TERBIT DARI PERKATAAN JAWA 'TIK' YANG BERMAKSUD MENITIK ATAU MENULIS TITIK-TITIK. AMBATIK PULA BERMAKSUD MELUKIS, MENULIS, MEWARNA ATAU MENITIK. DI ALAM MELAYU,SEJENIS BATIK YANG DIPANGGIL BATIK PELANGI TELAH DIPERKENALKAN SEJAK TAHUN 1770-AN LAGI. DIMALAYSIA KEBANYAKAN KILANG PERUSAHAAN BATIK BANYAK TERDAPAT DI KELANTAN DAN TERENGGANU. SEJARAH BATIK
JENIS BATIK BATIK BLOK BATIK PELANGI BATIK LUKIS BATIK SKRIN
BATIK LUKIS BATIK LUKIS DIKENALI JUGA DENGAN PANGGILAN BATIK CANTING ATAU BATIK TULIS. CANTING DIGUNAKAN UNTUK MELAKARKAN IMEJ ATAU MOTIF PADA KAIN DAN SECARA LANGSUNG MENJADI PENGHALANG WARNA DARIPADA MEMASUKI BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG TIDAK DIKEHENDAKI. WARNA YANG DIGUNAKAN DALAM BATIK LUKIS INI IALAH REMAZOL ATAU PRIMAZIN. HARI INI, TEKNIK YANG SAMA DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN LUKISAN BATIK.
PROSES PENGHASILAN BATIK
Menegangkan kain pada pemidang MEWARNA CORAK MENGGUNAKAN BERUS MEMANASKAN LILIN SEHINGGA CAIR. MEREBUS KAIN DAN CAMPURAN AIR. (CUCI, BILAS DAN JEMUR) MERENDAM KAIN DALAM PEMATI WARNA MELAKAR MENGGUNAKAN CANTING
T E K A T Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. DEFINISI CONTOH-CONTOH TEKAT
CIRI-CIRI TEKAT Baldudan benang emas Sulam penuh Sulam pahat Tekat timbul benang emasdan perak Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur ) Tekat perada ( perada emasditampal pada kain ) Motif tumbuhan / flora Motif geometri ( bersudut ) Motif burung /unggas Motif awan larat UNSUR DAN BENTUK MOTIF
ALAT DAN BAHAN Cuban –untuk membulut benang emas / perak ( terdiri daripada cuban kayu, cuban buluhdan cuban kayubercabang tiga ) Jarum –untuk menjahit benang emas / perak Baldu –kain berbuluhalusdan lembut Mempulur–isi tekatan yangdibuatdaripada kertas keras Benang emasdan perak Pemidang kayu–untuk meregangkan kain baldu Sediakan pemidang->Regangkan kain putihdi atas pemidang ->Letakkan kain baldudi atas kain putih->Kedua-dua kain tersebutdicantum menggunakan jahitan sembat->Letakkan mempulurdi atas kain baldu->Rentang benang emasdi atas mempulur->Jahit benang emasdengan benang putih-> Ulang proses ini hingga siap. PROSES TEKATAN
U K I R A N Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasilkan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali. DEFINISI CONTOH-CONTOH UKIRAN
Ukiran Layang–dibuat pada permukaan kayu Ukiran Bunga Timbul–dibuat pada papan, latar papan ditebuk Ukiran Tebuk Tembus–kayuataupapan ditebuk hingga tembus Ukiran Arca–berbentuk 3dimensi seperti hulukeris & kukuran Ukiran Larik–dibuat pada batang kayuyang berbentuk bulat JENIS-JENIS UKIRAN KAYU
BUAT KAJIAN LOKASI DAN BENTUK-BENTUK OBJEK YANG HENDAK DI UKIR SEPERTI PERAHU TRADISIONAL, BERDASARKAN TEMA TEMPAHAN PELANGGAN. SELEPAS ITU, LAKARAN DIBUAT DIATAS KAYU. SETIAP LAKARAN DIOLAH MENGIKUT KESESUAIAN SAIZ DAN KUANTITI BAGI MENAMPAKKAN SENI DAN KEHIDUPAN SESEBUAH LUKISAN. PROSES MEMBENTUK PEMANDANGAN DI LAKUKAN DENGAN TELITI BAGI MEMASTIKAN KESILAPAN TIDAK DI LAKUKAN. PROSES INI MEMAKAN MASA DAN MEMERLUKAN KESABARAN SERTA KREATIVITI BAGI MEMASTIKAN LUKISAN MENAMPAKKAN KELEMBUTAN DAN HIDUP DARI SEGI BENTUK PERAHU, NELAYAN YANG LALU LALANG DENGAN PUKAT DAN LAIN-LAIN. SETELAH LAKARAN SIAP, LUKISAN ITU AKAN DI ROUTER BAGI MEMBENTUK STRUKTUR BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG TIMBUL DAN TENGGELAM. LANGKAH INI BERTUJUAN UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGUKIR DI JALANKAN DI SAMPING MENJIMATKAN MASA. PROSES MENGUKIR
T E N U N A N Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif. Tenunan ialah proses menjalin helaian benang sehingga menjadi sebidang kain. DEFINISI CONTOH-CONTOH TENUNAN TENUNAN BUNGA PENUH TENUNAN BUNGA TABUR SUSUNAN BERCORAK
Songket berasaldaripada perkataan ‘sungkit’ iaitukegiatan menyungkitdengan lidi buluhdan nibung. Pada masadahulusongketditenum dengan benang suteradan kini iaditenum dengan benang kapas ataukedua-duanya sekali. Kain songketdipakaioleh golongan bangsawan dan pakaian diraja pada majlis rasmi. Bahan yang biasadiguna ialah benang loseng yang berfungsi sebagai kain dasardan benang pakan sebagai benang sisipuntuk membentuk motif. Alatan untuk membuat songket ialah jentera, cuban, belira, torak, loseng, peleting, sumbi, rahak, kek tangan dan kek kaki. Motif yang biasadiguna ialah motif flora, fauna, geometri, makanan, Benda,dan awan larat. TENUNAN SONGKET
Mewarna benang dengan bahan pewarna asli seperti kunyit Menerai benang iaitu memasukkan benang kedalam rahakuntukdiputar pada peleting Menganing iaituproses menyusun dan menentukan ukuran benang Menggulung benang ke papan gulung yang dipanggil benang loseng Menyampuk iaitu memasukkan benang loseng ke gigi jentera Mengarat iaituproses pembentukkan dua lapisan benang loseng Menyolekdilakukan dengan menyusun lidi buluhuntuk membentuk motif Menenum dilakukan dengan alat yang dipanggil kek iaitu proses menyilang benang losengdan benang pakan sehingga menjadi kain PROSES TENUNAN SONGKET
T E M B I K A R Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahanbahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. DEFINISI JENIS-JENIS TEMBIKAR GELUK BUYUNG JAMBANGAN LABU BEKAS BARA
J E N I S T E M B I K A R PASU SARAWAK LABU SAYONG BELANGA KENDI TERENANG
Ambil tanah busut/sungai/sawah -> Keringkan/jemur -> Tumbuk hingga hancur -> Buang bendasing -> Ayak -> Kacau dan campur air -> Peram semalaman -> Uli hingga sebati -> Potong dengan dawai -> Uli semula -> Potong dengan dawai -> Proses membentuk tembikar bolehdimulakan. PROSES MEMBUAT TEMBIKAR 1) Proses Penyediaan Tanah Liat
Teknik picit– memicit tanah liatdari bahagian tengah Teknik lingkaran –tanahdiulidan dilingkar membentuk tembikar Teknik kepingan –kepingan tanah liatdicantumkan Teknik acuan – menekan tanah liat kedalam acuan kayuataulogam Teknik putaran –tanah liatdi letakdi atas roda pemutar PROSES MEMBUAT TEMBIKAR 2) Proses Membentuk Tembikar Proses membentuk tembikar bolehdilakukan dengan beberapa teknik, iaitu;
Pembakaran cara Sayong–tembikardiletakkan di atas para selama 6 jam dan Pembakaran cara Pulau Tiga – tembikar dikeringkan di sisi unggun api, kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kuning kehitaman. PROSES MEMBUAT TEMBIKAR 3) Proses PEMBAKARAN Teknik tradisional – pembakaran dedah dimasukkaNkedalam api selama 6–8 jam dan dimasukkan kedalam sekam padi 5–10 minituntuk menghitamkannya.
A N Y A M A N Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahanbahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. DEFINISI CONTOH ANYAMAN
SURAT KHABAR GAM VARNISH BERUS CAT PISAU PEMOTONG GUNTING LIDI Bahan-bahan yang diperlukan::
1) Lipatkan surat khabar kepada 4 bahagian secara memanjang. Kemudian, potong mengikut garisan tersebut. 2)Gulungkan surat khabar tadi menggunakan lidi.Gamkan hujung surat khabar yang telah siapdigulungdan keluarkan lidi dari gulungan tersebut. 3) Susun gulungan suratkhabar mengikut bentuk palang seperti didalam gambarDANGunakan gulungan surat khabar lain untuk melilit bahagian tapak. 4)Gunakan surat khabar yang digulunguntuk menganyam bahagian tepi bakul/pasu mengikut saiz yang bersesuaian. PROSES MEMBUAT ANYAMAN BAKUL
5) Kemaskan bahagian tepi pasu/bakuldengan menggunting gulungan surat khabar yang berlebihan. 6) Sapukan syelek pada pasu/bakul yang telah siapdianyam. PROSES MEMBUAT ANYAMAN BAKUL
SENARAI RUJUKAN Farhan Kamaruddin. (2019). Mengenal Kraf Tradisional. Scribd. https://www.scribd.com/doc/129063569/MENGENAL-KRAF-TRADISIONAL Izzani Mat Il M. Hum & Md Baharuddin Abdul Rahman. (2022). Pendidikan serta kemahiran ukiran kayu tradisional Melayu: Nilai ekspresi dan makna. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 10(1). http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/824 Mohd Sazali Mohd Yusop. (2019). Inovasi Blok Batik Tembaga Sebagai Kraf Hiasan: Reusing Copper Batik Blocks as Items of Decoration. KUPAS SENI, 3. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2245 Nor Afizah. (2017, March 12). Kraf tradisional. Academia.edu. https://www.academia.edu/31828042/KRAF_TRADISIONAL Sudirman Bin Kiffli. Puteri Saadong: Cucuk Sanggul Sebagai Aksesori Perhiasan dan Senjata Rahsia.
SEKIAN, TERIMA KASIH