The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilahsyamimi17, 2022-06-21 00:42:27

EFOLIO PEP

EFOLIO PEP

PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

NAMA 6.2 PERLEMBAGAAN
PENSYARAH: SEBAGAI TIANG SERI DAN
USTAZ MOHD ROSDI BIN
RIPIN TAPAK INTEGRASI

NAMA PENGHAYATAN E-FOLIO
PELAJAR: ETIKA MPU21032
NUR AQILAH SYAMIMI BINTI
SOHAIMI &
01DKB21F2025
NURUL FATIHAH BINTI BUSRI PERADABAN
01DKB21F2023
NORSYAFIKAH BINTI SADIK PERLEMBAGAAN
01DKB21F2016 PERSEKUTUAN
MENYUMBANG KEPADA
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

1. PENGENALAN
2.6.2 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG

SERI DAN TAPAK INTEGRASI

3. 6.2.1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

MENYUMBANG KEPADA
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

4. HAK ASASI MANUSIA
5. ELEMEN WARISAN

6. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN UNDANG-

UNDANG TERTINGGI

7. PENUTUP
8. RUJUKAN

9. JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS

PERLEMBAGAAN SEBAGAI
TIANG SERI DAN TAPAK
INTEGRASI

PENGENALAN

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang bagi setiap negara yang merdeka
dan berdaulat. Pada asasnya perlembagaan merupakan peraturan dan norma-norma
tertentu yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan dalam sesebuah
masyarakat atau negara dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasa dalam pentadbiran negara. Secara umumnya, Perlembagaan sesebuah negara
boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan negara
Malaysia adalah jenis perlembagaan bertulis. Manakala bagi negara yang mempunyai
perlembagaan tidak bertulis adalah seperti negara United Kingdom.

Perlembagaan bertulis merupakan perlembagaan yang telah diluluskan oleh badan
yang bertanggungjawab dan berautoriti. Setiap perlembagaan bertulis
memperuntukkan kaedah pindaannya. Sungguhpun sesuatu perlembagaan
merupakan undang-undang asas, namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke semasa.
Misalnya, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan empat kaedah pindaan.
Seterusnya, perlembagaan bukan bertulis pula merupakan gabungan tradisi, undang-
undang biasa, badan legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-
amalan yang dianggap teras oleh rakyat. Perlembagaan bukan bertulis boleh dipinda
dengan undi majoriti mudah Badan Legislatif negara berkenaan.

Secara ringkasnya, kebanyakan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam

bentuk bertulis iaitu prinsip perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam
satu dokumen. Namun begitu, terdapat juga perlembagaan jenis yang tidak bertulis
iaitu merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
surat atau dokumen. Dalam bab ini akan membincangkan definisi Perlembagaan
Persekutuan dan Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

PERLEMBAGAAN SEBAGAI
TIANG SERI DAN TAPAK
INTEGRASI

Maksud tang seri ialah tiang rumah yang mula-mula didirikan dan terletak di tengah-
tengah rumah. Dalam konteks masyarakat Melayu zaman dahulu, setiap rumah mesti
didirikan tiang seri di tengah-tengah rumah. "Integrasi" bermaksud gabungan dua
atau beberapa kaum (unsur, bahagian dan lain-lain) menjadi satu kesatuan,
manakala "berintegras'" membawa erti bergabung supaya menjadi kesatuan. Dengan
itu, tapak integrasi dapat ditakrifkan sebagai asas yang menjadi tanda atau lambang
kepada perpaduan kaum di negara ini. Tapak integrasi secara amnya merupakan
sebuah rang sosial sama ada abstrak atau nyata dan satu titik pertemuan antara
kelompok etnik yang telah melalui proses tawar-menawar (bargaining),
“perundingan” (negotiation) dan “pengantaraan” (mediation). Ada antara tapak
integrasi ini yang telah diinstitusikan dan ada yang tidak diinstitusikan serta ada yang
berjaya dan tidak berjaya. Walau bagaimanapun, usaha tetap diteruskan ke arah
penyatupaduan kaum di Malaysia (Samrahayu, 2020). Menurut Shamsul Amri (2017)
seacar amnya, elemen seperti adat, adab, agama dan masyarakat Melayu menjadi
kerangka kepada tapak integrasi di Malaysia.

ELEMEN YANG MEMBENTUK TAPAK INTEGRASI

TAPAK INTEGRASI
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata
dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban
bertemu dan beriktiar mencari persetujuan secara aman dan

harmonis tanpa keganasan

PLATFORM INTEGRASI

ELEMEN YANG MEMBENTUK TAPAK INTEGRASI :

 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
 COMMUNITIES LIASION COMMITTEE (CLC) 1949

 PILIHAN RAYA MAJLIS TEMPATAN 1952
 LAPORAN RAZAK 1956

 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957 & 1963
 RUKUN NEGARA

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENYUMBANG KEPADA
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MALAYSIA

ISLAM AGAMA PERKARA MALAYSIA KEWARGANEGARAAN
SUBVERSIF DAN DARURAT NEGARA ELEMEN WARISAN

PERSEKTUAN PERSEKUTUAN

PINDAAN
PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN UNDANG- HAK KEBEBASAN ASASI
UNDANG TERTINGI

PERKONGSIAN
KEDAULATAN

NEGERI DIBERI MEMPUNYAI
KUASA PERLEMBAGAAN

AUTOMOMI BERTULIS

NEGARA TERTAKLUK PADA
PERSEKUTUAN PERLEMBAGAAN
SEBAGAI UNDANG
LAYANAN SAMA
RATA SEMUA UNDANG
NEGERI TERTINGGI

KEWARGANEGARAAN
MALAYSIA

Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan
disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14

hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. Perkara 23 hingga Perkara

28 Perlembagaan Persekutuan pula
menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan

kehilangan kewarganegaraan. Seseorang itu
boleh mendapatkan kewarganegaraan

melalui empat cara, laitu: dm

(a) Secara kuat kuasa undang-undang

(b) Secara pendaftaran/permohonan (iii) Seseorang warganegara itu telah menderhaka terhadap
kerajaan semasa
(c) Secara masukan/naturalisasi
peperangan dengan berniaga atau berhubung serta
(d) Secara cantuman wilayah menjalankan urusan

Seorang warganegara boleh kehilangan dengan musuh negara.
kewarganegaraan melalui dua cara, jaitu:
(iv) Seseorang warganegara yang
(a) Individu tersebut menolak
kewarganegaraannya. memperoleh kewarganegaraan secara

(b) Kerajaan negara tersebut melucutkan pendaftaran telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12
kewarganegaraan individu tersebut atas bulan atau

sebab-sebab yang berikut: didenda tidak kurang

(i) Seorang individu telah menjadi warganegara kesalahannya.
asing.
daripada RM5000 tapa pengampunan
(ii) Seorang warganegara membuktikan dia
tidak seta melalui percakapan atau bagi

(v) Seseorang warganegara yang bermastautin di negara
asing melebihi lima

tahun secara berterusan tapa mendaftar diri di Pejabat
Konsul Persekutuan.

tindakannya.

HAK ASASI MANUSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang menyokong dan mengiktiraf hak asasi manusia.
Dalam hal ini, Malaysia memainkan peranan yang aktif bersama dengan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) melalui Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menjamin hak asasi
manusia dengan tertubuhnya United Nations Commission for Human Rights (UNCHR).
Walau bagaimanapun dalam konteks negara Malaysia, Malaysia sememangnya komited
untuk mengiktiraf hak asasi manusia dengan mengiktiraf seluruh aspek kehidupan
kemanusiaan tapa mengira latar belakang agama, etnik dan kepercayaan. Malaysia secara
rasminya melindungi hak asasi rakyat di negara ini melalui penubuhan Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (SUHAKAM) pada tahun 1999 yang terletak di bawah Seksyen 4(2), Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Di Malaysia, hak asasi manusia
yang dilaksanakan adalah tidak mutlak. Hak asasi rakyat Malaysia terkandung dalam Perkara
5, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan asasi kepada semua rakyat dalam
Persekutuan. Perkara lain yang menyentuh kebebasan asasi ini ialah Perkara 6, 10, 11, 12
dan 13. Bahagian I Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan asasi seperti yang
berikut:

(a) Perkara 5 (Hak kepada kehidupan/kebebasan peribadi)

(b) Perkara 6 (Larangan terhadap perhambaan dan kerja paksa)

(c) Perkara 7 (Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa

sebelum tarikh ia diluluskan dan undang-undang jenayah)

(a) Perkara 8 (Hak untuk kesamarataan di sisi undang-undang)

(e) Perkara 9 (Larangan dari dibuang negeri, kebebasan bergerak)

(f) Perkara 10 (Kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan)

(g) Perkara 11 (Kebebasan beragama)

(h) Perkara 12 (Hak berkaitan pelajaran)

4) Perkara 13 (Hak memiliki harta)

PERKARA 5:KEBEBASAN
DIRI​

Hak kebebasan diri diperuntukkan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan
yang menyatakan:​

Fasal1 :Tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya melain
kan menurut undang-undang.​

Fasal2 :Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera ya
ng boleh alasan-
alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seora
ng pengamal undang-undang pilihannya.​

Fasal3 :Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kele
ngahan yang tidak munasabah,
dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-
apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan
orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret.​

PERKARA 6: KEABDIAN DAN BURUH PAKSA​

 Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi dan buruh paksa.​
Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Undag
Undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengadakan khidmat
kerahan untuk negara.​
Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana
orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia
bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut
pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di
bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam.​

PERKARA 7 :PERLINDUNGAN
DARIPADA UNDANG-UNDANG
JENAYAH YANG BERKUAT KUASA
SEBELUM TARIKH IA DILULUSKAN​



Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesu

atu perbuatan atau peninggalan yang tidak bole

h dihukum menurut undang-undang pada

masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan 

atau dibuat, Seseorang yang telah dibebaskan daripa
dan tiada seorang pun boleh menanggung
hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesal da sesuatu kesalahan atau disabitkan atas
ahan daripada yang telah ditetapkan oleh sesuatu kesalahan tidak boleh
undang-undang pada dibicarakan semula kerana kesalahan
masa kesalahan itu dilakukan.​ yang sama kecuali jika sabitan atau
pembebasan itu telah dibatalkan dan
 perbicaraan semula diperintahkan oleh



suatu mahkamah yang lebih atas

 daripada mahkamah yang telah

membebaskan atau mensabitkannya itu.



PERKARA 8 :

KESAMARATAAN DI

SISI UNDANG- 

Fasal2 memperuntukkan seseorang warganegara tidak bol

eh dibezakan semata-

 mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat
lahir.​
Semua orang adalah sama di sisi

undang- Perlantikan apa-
undang dan berhak mendapat hak apa jawatan atau di bawah pihak berkuasa awam, tempat
perlindungan yang sama.​ an dan berkanun sama ada dalam bidang
perniagaan, perdagangan, kerja profesional dan
 sebagainya. ​



PERKARA 9: LARANGAN BUANG NEGERI
DAN KEBEBASAN BERGERAK​



Tidak seorang pun warganegara yang boleh
dibuang negeri atau ditahan daripada masuk
 ke dalam Persekutuan.​
Hal ini tertakluk pada undang 
-undang imigresen yang
berkaitan Sabah dan
Sarawak serta
undang-
undang yang berkaitan deng
an keselamatan Persekutuan
seperti ketenteraan awam,
kesihatan awam,
dan hukuman yang
dikenakan
kepada pesalah.​



PERKARA 10 : KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN

PERSATUAN​

Semua warganegara diberi hak kebebasan untuk bercakap dan bersuara, berhimpun
secara aman tanpa senjata dan menubuhkan persatuan.​

Parlimen boleh mengenakan sekatan demi menjaga keselamatan persekutuan atau
mana-mana bahagian.​

Penghinaan terhadap mahkamah dan perbuatan yang boleh menimbulkan penentan
gan terhadap kerajaan.​

Akta (pindaan) Perlembagaan 1971, Akta 30 berkuat kuasa pada 10 Mac 1971
yang menjadikannya hasutan atau jenayah kepada sesiapa yang mempersoalkan isu-
isu sensitif seperti hak keistimewaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kuota
bagi orang Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu.​

PERKARA 11: KEBEBASAN BERAGAMA

Semua warganegara Malaysia berhak mengamalkan agamanya sendiri.​
Seseorang individu berhak mengembangkan agamanya tetapi undang-
undang negeri
dan persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-
apa iktikad atau kepercayaan agama dalam kalangan orang
yang menganuti agama Islam.​
Undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-
apa agama, iktikad dan kepercayaan dalam kalangan orang
Islam berkehendakkan undian sebanyak 2/3 daripada jumlah bilangan anggota
Dewan Undangan Negeri bagi Sabah dan Sarawak.​

PERKARA 12 : HAK TENTANG PELAJARAN ​

Tidak ada perbezaan terhadap mana-
mana warganegara semata-
mata kerana agama, kaum, keturunan dan tem
pat
lahir untuk mendapatkan pendidikan.​

Mana-mana
agama diberi kebebasan untuk menubuhkan da
n menyelenggarakan yayasan pendidikan untuk
pelajaran kanak-
kanak atau berkenaan dengan agama.​

Tiada perbezaan kerana agama dalam undang-
undang berkaitan yayasan tetapi dalam
undang-
undang negeri membolehkan untuk mengadak
an bantuan kewangan khas bagi menyelenggar
akan
Yayasan Islam atau mengajarkan agama
Islam kepada penganutnya.​

PERKARA 13 : HAK TERHADAP HARTA ​



Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
mengikut undang-undang.​




Tiada undang-
undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggun
aan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.​



PINDAAN PERLEMBAGAAN ​

Perlembagaan Malaysia ​

Dipinda lebih kurang 22 kali sejak 1957 hingga akhir 1982.​

Boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen mengikut perkara 159 (4) dan perkara 161
(E).​

(a) Perkara 159 (4) -
sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam Majlis Parlimen tanpa p
ersetujuan sesiapa di luar Majlis Parlimen.​
(b) Perkara 161 (E) -sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah
dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam Majlis Parlimen jika dipersetujui ol
eh Yang Dipertuan mana-mana Negeri.​

Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-
tiap dewan, dengan syarat perkara itu telah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.​

-Perkenan dan persetujuan Majlis Raja-
Raja diperlukan sekiranya perkara yang menyentuh:​
1. Kedudukan raja-raja Melayu.​

2. Kedudukan istimewa orang Melayu .​

3. Perkara yang dianggap sensitif dalam Perlembagaan.​

ELEMAN WARISAN​

Beberapa perkara yang mendapat persetujuan orang Melayu dengan orang bukan M
elayu semasa menuntut kemerdekaan dan penggubalan undang-undang.​
Dikenali sebagai unsur tradisi atau kontak sosial.​
Merangkumi agama
Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orag Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak serta pemerintahan beraja.​

PERKARA 152: BAHASA
KEBANGSAAN​



Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan
yang diperuntukkan melalui undang-
undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—​

Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-
apa bahasa lain; dan​

Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan
Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.​

Walau apa pun peruntukan Fasal
(1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka,
dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Ingger
is boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen,
di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri,
dan bagi segala maksud rasmi yang lain.​

PERKARA 153 : KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG
MELAYU​

Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak mendapat beberapa keistimewaan seperti pengisian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan lain.​
Perkara tersebut juga melindungi kaum lain
dan hak mereka menjadi tanggungjawab YDPA.​

PERKARA 3 : AGAMA ISLAM​

Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.​
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri mempunyai kuasa, kebebasan dan keistimewaan dalam menubuhkan,
menyelenggarakan dan membantu penubuhan institusi Islam untuk melaksan
akan ajaran Islam atau mengeluarkan belanja.​

PERKARA 11 : AGAMA
SELAIN ISLAM​

Agama lain juga boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian Persekutuan.​
Setiap orang berhak untuk menganut agamanya dan mengamalkannya.​
Setiap agama berhak mengurusakan hal ehwal agama mereka sendiri.​
Undang-undang Negeri dan Wilayah boleh menyekat atau mengawal apa-
apa perkembangan agama lain kepada kepada penganut agama Islam.​

PERKARA 103 :
PEMERINTAHAN
BERAJA​

Pemerintahan beraja ialah Malaysia sebagai sebuah negara
yang berdaulat mempunyai Raja sebagai Ketua Negara.​
YDPA bertindak sebagai Ketua Negara Persekutuan dan setiap negeri diketuai oleh
Sultan.​
Bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan,
Yang Dipertuan Negeri bertindak sebagai Ketua.​

Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Tertinggi

Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran
sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang
tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen,
Kabinet.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama negara Malaysia dan
semua undang-undang perlulah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan untuk
menjamin keabsahan peruntukan tersebut.
Perlembagaan merupakan asas rujukan bagi rakyat dalam memperoleh dan menjamin
hak asasi sendiri seperti kebebasan bergerak, bercakap, berhimpun, berpersatuan,
beragama dan lain-lain kebebasan seperti termaktub dalam Bahagian Dua Perlembagaan.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi
punca kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan ketertinggian
perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi
iaitu:
i. Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan
Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.

ii. Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.
Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran,
hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan
undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak
sah.

iii. Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang
negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia
tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah
raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
iv. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan,
pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
Perlembagaan.

v. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh
menahan seorang warganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa
seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu
melainkan menurut undang-undang



Islam Agama Persekutuan

Agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak awal abad ke-13 lagi melalui
penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1292 Masihi dan berkembang maju
pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Perkara 3 (1)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi
Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kebebasan kepada
semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni
di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam
di negerinya. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam
di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah
dan Sarawak.

Majlis Raja-raja bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
Biasanya,Majlis Raja-raja di setiap negeri akan bertindak secara bersama/persetujuan
ramai dalam menentukan hal berkaitan dengan agama Islam di Persekutuan seperti
penentuan tarikh mula puasa dan tarikh 1 Syawal. Dalam hal ini, Majlis Raja-raja akan
bersama-sama bersetuju dan YDPA akan bertindak mewakili raja-raja. Kedudukan ini
diperuntukkan dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pada 17.
Oktober 1968, bagi menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama Islam pada peringkat
Persekutuan, sebuah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh
Majlis Raja-raja. Anggotanya terdiri daripada seorang pengerusi (biasanya Perdana
Menteri), seorang wakil dari setiap negeri Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh raja
negeri masing-masing. Sementara bagi Pulau Pinang dan Melaka, wakil dilantik oleh
YDPA serta Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, lima orang ahli yang dilantik oleh
YDPA dengan persetujuan daripada Majlis Raja-raja.

Setiap negeri Persekutuan juga mempunyai sebuah Majlis Agama Islam yang berperanan
menasihati raja tentang hal agama Islam. Penubuhan majlis ini berdasarkan undang-
undang negeri. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 11 (4)
memperuntukkan undang- undang negeri, undang-undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dalam kalangan
orang Islam.

Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada persekutuan untuk
mengadakan undang-undang bagi memperuntukkan bantuan kewangan bagi
penubuhan Yayasan Islam ataupun pembiayaan pelajaran agama Islam kepada orang
Islam selain di Sabah dan Sarawak, kecuali telah mendapat kebenaran daripada Yang
Dipertua Negeri berkenaan.Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam
terletak dalam Senarai Negeri. Hal ini bermaksud hanya negeri yang berkuasa dalam hal
perundangan agama Islam. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan, terdapat beberapa perkara yang berada di bawah kuasa perundangan
negeri tentang agama Islam, iaitu hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga;
Adat istiadat Melayu; wakaf; fitrah; zakat; baitulmal; masjid; mengadakan hukuman bagi
kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam; Mahkamah Syariah
serta mengawal iktikad dan kepercayaan dalam kalangan orang Islam.



Menangani Ancaman Keselamatan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenal pasti sebanyak 66 isu, cabaran dan
ancaman baharu terhadap keselamatan negara. Isu tersebut merangkumi pelbagai
perkara, termasuklah aspek ketenteraan, jenayah, ekonomi, sosial, kestabilan politik
dan hal ehwal antarabangsa. Antara ancaman keselamatan yang amat
membimbangkan ialah pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta
pelarian, jenayah siber dan isu perpaduan rakyat Malaysia. Ancaman lain yang
dikenal pasti seperti isu yang membabitkan keselamatan siber selaras Revolusi
Industri 4.0 (IR4.0), memiliki impak kepada tadbir urus kerajaan, ekonomi dan sosial
(Berita harian: 12 Julai, 2021).

Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan ialah hal berkenaan dengan perundangan
menentang perbuatan subversif. Peruntukan tentang hak dan kebebasan asasi yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah bukan mutlak, malah tertakluk
pada pelbagai sekatan dan pengecualian tertentu seperti Perkara 149 dan Perkara
150 Perkara 149 memberikan pengecualian kepada hak yang diberikan di bawah
Perkara 5, 9, 10 dan 13. Perkaraini membenarkan Parlimen untuk menggubal
undang-undang yang tidak konsisten dengan Perkara 5, 9, 10 dan 13. Malahan,
terdapat beberapa akta lain di Malaysia yang berkait rapat dengan Perkara 149, iaitu
Akta Hasutan 1945 Akta Rahsia Rasmi 1972 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984 yang menyekat kebebasan bercakap. Selain itu, Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 (ISA) dan Akta Dadah Berbahaya 1985 juga adalah antara akta yang
saling berkait rapat dengan perkara 149 .

Darurat

Sebelum merdeka, Malaysia yang ketika itu merupakan Tanah Melayu atau Malaya
telah diisytiharkan darurat oleh pentadbiran British. Ia bertujuan bagi membendung
kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti Komunis
Malaya (PKM), selepas penyerahan Malaya daripada Jepun kepada British. Ia berkuat
kuasa dari tahun 1948 hingga 1960.

Selepas merdeka

Darurat yang pertama diisytiharkan di Malaysia selepas kemerdekaan ialah akibat
konfrontasi negara Indonesia akibat pembentukan Malaysia yang menggabungkan
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku pada
September 1964. Pada 14 September 1966 pula, proklamasi darurat dikeluarkan oleh
Yang di-Pertuan Agong di Sarawak bertujuan untuk membolehkan kerajaan

menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.[2] Ia berlaku setelah Ketua Menteri
Sarawak ketika itu, Stephen Kalong Ningkan, tidak meletakkan jawatan selepas 21
daripada 42 orang anggota Dewan Undangan Negeri Sabah mengisytiharkan hilang
kepercayaan terhadapnya. Pada 15 Mei 1969 pula, proklamasi darurat dikeluarkan
oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Ia berlaku akibat berlakunya provokasi perkauman setelah berlangsungnya Pilihan
raya umum Malaysia 1969.

Pada 8 November 1977, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong
di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan. Ia
berlaku setelah Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir, tidak
meletakkan jawatan selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan undi
tidak percaya terhadapnya.

Penularan Covid-19

Berikutan kemelut politik Malaysia dan pandemik COVID-19 di Malaysia, Perdana
Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada
23 Oktober 2020 untuk mencadang pengisytiharan darurat bagi seluruh negara.
Walau bagaimanapun, cadangan awal tersebut ditolak.

Pada 18 November 2020, proklamasi darurat diisytiharkan di Parlimen Batu Sapi,
Sabah sebagai langkah membendung penularan wabak sekaligus membatalkan
pilihan raya kecil yang sepatutnya dilangsung dalam waktu terdekat. Kerusi Parlimen
Batu Sapi diisytiharkan kosong setelah Ahli Parlimennya, Liew Vui Keong meninggal
dunia.

Pada 16 Disember 2020 pula, proklamasi darurat diisytiharkan di dua tempat iaitu
Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah sebagai langkah membendung
penularan wabak sekali gus membatalkan pilihan raya kecil yang sepatutnya
dilangsungkan dalam waktu terdekat. Pilihan raya kecil dua kerusi berkenaan
dijadualkan serentak pada 16 Januari 2021, setelah diisytiharkan kosong selepas
wakil rakyat masing-masing, Hasbullah Osman (Gerik) dan Manis Muka Mohd Darah
(Bugaya) meninggal dunia.

Pada 12 Januari 2021, proklamasi darurat diisytiharkan di Malaysia keseluruhannya
sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Ia diisytiharkan
oleh Perdana Menteri setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Ia
dikuatkuasakan hingga 1 Ogos 2021. Sistem perundangan digantung di peringkat
persekutuan (Parlimen) dan negeri (DUN). Hal ini sekaligus menghalang penganjuran
sebarang pilihan raya umum di Malaysia.

PENUTUP

Merujuk kepada hubungan etnik di Malaysia, setiap
etnik itu mempunyai identiti yang tertentu dan diamalkan mengikuti
kaum masing-masing. Kepelbagaian identiti ini merupakan satu
keunikan yang tersendiri yang tidak sewajarnya dicerobohi.
Usaha-usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia perlu disusun
dan difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan
etnik.Keharmonian ini akan mantap sekiranya setiap etnik mempunyai
sikap menghormati hak-hak yang menjadi identity etnik lain.

Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang telah
bertungkus lumus menyiapkan tugasan e-folio dan ribuan terima kasih
juga kepada pensyarah kami, Ustaz Mohd Rosdi Bin Ripin yang telah
memberi tunjuk ajar dan menolong untuk menyiapkan tugasan ini.

RUJUKAN

https://anyflip.com/pucrs/gjat/basic
https://anyflip.com/gfdvx/cpbx/basic
https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-6-perlembagaan-sbg-tapak-
integrasi
https://perlembagaan-integrasi.blogspot.com/2020/10/62-perlembagaan-sebagai-
tiang-seri-dan.html
https://etikagroup3.blogspot.com/
https://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Kebebasan_Asasi
BUKU TEKS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS

NAMA PEMBAHAGIAN TUGAS

NUR AQILAH SYAMIMI -PENDAHULUAN

(F2025) -PENUTUP

-6.2PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
DAN TAPAK INTEGRASI

NURUL FATIHAH - 6.2.1 KEBEBASAN DIRI -ELEMEN
WARISAN

(F2023) - 6.2.1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
NORSYAFIKAH UNDANG-UNDANG TERTINGI-DARURAT


Click to View FlipBook Version