The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IDEOLOGI LIBERALISME MPU3333

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafiq.rozaidi, 2023-01-09 01:22:17

IDEOLOGI LIBERALISME

IDEOLOGI LIBERALISME MPU3333

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE

MAKLUMAT PELAJAR

RAFIQ QAYYUM S.M BIN ROZAIDI S.M
54211119265
BETA MECHANICAL

DANIAL SYAHMI BIN ROSLAN
54211119221
BETA MECHANICAL

Rubrik Penilaian Tugasan MPU3333 Semester September 2022

Kriteria Penilaian Format Kualiti Isi Rumusan Sumber Rujukan
Penulisan (Muka Kandungan

Depan, Isi
Kandungan,
Muka Surat,
Nombor Muka
Surat,Format
APA dan lain-
lain/ Keselarasan
Penulisan dalam

Tugasan

Pemberat 1.5 4 11

Terdapat banyak Maklumat sedikit Sebahagian
sumber rujukan
Lemah format yang tidak dan tidak berkaitan Rumusan tidak
1 tidak
tepat dengan topik utama dinyatakan didokumenkan

Sederhana Terdapat sedikit Maklumat jelas dan Rumusan Semua sumber
2 format yang tidak berkaitan dengan dinyatakan rujukan
topik utama tetapi
Baik tepat tidak mempunyai dengan (maklumat dan
3 ringkas grafik)
maklumat dan
Cemerlang contoh didokumenkan
4 tetapi banyak
Kebanyakan Maklumat jelas dan Rumusan yang tidak mengikut
JUMLAH format yang berkaitan dengan baik dan format sebenar
digunakan tepat topik utama dan Semua sumber
mempunyai 1-2 tetapi kurang
maklumat contoh menyeluruh rujukan
maklumat
Semua format Maklumat jelas dan Rumusan (maklumat dan
tepat berkaitan dengan dinyatakan
grafik)
topik utama secara didokumenkan
termasuk beberapa menyeluruh tetapi sedikit
tidak mengikut
contoh yang dan tepat format sebenar
menyokong Semua sumber
maklumat
rujukan
(maklumat dan

grafik)
didokumenkan
dan mengikut
format sebenar

/6 /16 /4 /4

JUMLAH BESAR
/30

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN
1 MUKA DEPAN 1
2 MAKLUMAT PELAJAR 2
3 BORANG PENILAIAN 3
4 ISI KANDUNGAN 4
5 PENDAHULUAN 5-6
6 DEFINISI 7
7 SEJARAH
8 CIRI-CIRI 8-10
9 KAEDAH MENANGANI IDEOLOGI 11-12
10 KESIMPULAN 13-14
11 BILIOGRAFI
15
16

1.0 Pendahuluan

Tidak dapat dinafikan akhir-akhir ini kita menyaksikan pelbagai perkembangan
Islam-liberal yang cukup membimbangkan, termasuk yang digambarkan sebagai
fenomena Islam bashing. Sebagai contoh, Islam dimitoskan sebagai agama
kekerasan yang mengajarkan terorisme. Oleh itu Islam dipersalahkan setiap kali
berlakunya insiden gangguan keselamatan. Di waktu yang sama, dari dalam kelompok
masyarakat Islam sendiri, muncul berbagai jenis pemikiran yang mengelirukan. Saat
ini kita sedang berhadapan dengan gejala pemikiran Islam liberal. Pada hakikatnya ia
adalah kesinambungan dari pemikiran modenisme. Bagaimanapun, wajah pemikiran
Islam liberal yang sedang dikembangkan padamasa kini nampaknya lebih radikal dari
pemikiran modenisme Islam. Justeru, idea-idea kontroversi dalam perkara-perkara
asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam. Kertas ini adalah
paparan sepintas lalu kerangka-kerangka pemikiran Islam liberal. Kemudian, kita akan
membuat fokus terhadap implikasi pemikiran Islam terhadap kedudukan Islam dan
para penganutnya di Malaysia.

Sejak awal abad ke-20, dunia Islam menghadapi cabaran pemikiran yang
hebat yang datang daripada peradaban Barat, dengan kemunculan
cendekiawancendekiawan yang berfikiran sekular dan liberal di kalangan umat Islam
yang giat mempromosikan ideaidea dan nilai-nilai Barat. Meskipun niat para reformis
itu untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun
kesan-kesan modenisme yang berakar dari filosofi Barat telah menyebabkan
timbulnya kesan-kesan negatif dalam pemikiran Islam. Terdapat idea-idea yang
dipakej dan diperlihatkan sebagai produk wacana keintelektualan yang mengundang
kontroversi dan yang melemahkan imej serta perpaduan umat Islam. Sama ada idea-
idea ini memakai label “liberal” atau tidak, yang dikhuatirkan ialah terhakisnya hakikat
Islam yang sebenar apabila Islam cuba disekularkan, dimanusiakan, dirasionalkan,
serta direlatifkan, sehingga hilang thawabit (prinsip asas), mutlaqat (hal-hal yang tetap,
mutlak dan muktamad), muqaddasat atau kekudusannya.

Di Malaysia, golongan pelampau Islam Liberal kelihatan semakin berani
memasarkan idea liberalisme secara terbuka, sehingga semakin ramai orang yang
mula terpengaruh dengan dakyah mereka. Perkembangan ini sangat
membimbangkan dan perlu dijelaskan serta ditangani segera agar keutuhan agama

dan umat Islam di Malaysia terus terpelihara. Serangan terhadap dunia Islam dari
Barat tidak tertumpu kepada peperangan berbentuk fizikal sahaja, sebaliknya ia
didatangkan dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Dalam hal ini, serangan pemikiran
melalui penyebaran ideologi liberalisme, merupakan antara ancaman yang paling
berbahaya kepada umat Islam pada masa kini.

2.0 Definisi

Liberal berasal daripada perkataan Latin iaitu liber, liberalis atau liberal yang
bermaksud bebas, tidak terikat, progresif, reformis atau radikal. Berfikir secara liberal
bermaksud berfikir secara bebas dan terbuka, bertoleransi, berfikiran luas dan tidak
jumud. Ia juga disebut sebagai suatu struktur pemikiran yang mencakupi hampir
seluruh aspek kehidupan manusia termasuk sosial, budaya, politik, pendidikan,
ekonomi dan agama. Dari perspektif teologi, liberal bermaksud berfikir untuk bebas
daripada kepercayaan tradisi, atau berfikir bahawa ajaran bersifat tradisi perlu diubah
kerana didapati tidak lagi sesuai dengan pemikiran moden. Kamus Dewan Bahasa
Dan Pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat) pula menyatakan bahawa Liberal
membawa maksud bersifat condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik
dan bersifat atau berpandangan bebas (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran
pemikiran).

Aliran ini bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang
dikatakan demokratik. Manakala aliran Islam Liberal merujuk kepada aliran yang
memiliki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam
syariat Islam yang asli lagi tulen. Dalam konteks kini aliran ini merupakan serangan
pemikiran dan kebudayaan di mana bentuk-bentuk serangan yang secara tidak
langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam serta boleh
memberi kesan kepada keruntuhan Islam.

3.0 Sejarah / Latar Belakang Liberalisme.

Kajian ini menerangkan tentang sejarah atau historiografi pemikiran liberal. Ia
bermula semenjak zaman Yunani, Rom sehinggalah era renaissance dan pasca moden.
Kajian ini juga menerangkan implikasi kepada perubahan Kitab Bible, penguasaan
golongan feudal dan dominasi gereja dalam membentuk liberalisme dalam
masyarakat Barat. Perkembangan liberalisme dalam masyarakat Barat menekankan
manusia sebagai objek kepada paksi membuat keputusan. Pemikiran yang menolak
campur tangan dan peraturan agama dalam menentukan keputusan dan penilaian
kepada sesuatu tindakan. Masyarakat Barat menerima liberalisme sebagai satu idea

kemajuan yang perlu dipertahankan. Mereka yang mahu berjaya dan maju ke
hadapan menguasai dunia mesti bebas dari ikatan dan peraturan agama yang
dianggap sebagai candu masyarakat. Penolakan peranan agama dalam kehidupan
merupakan gagasan besar yang membina tamadun Barat moden. Metodologi
penulisan kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap data dan
fakta yang diperoleh daripada buku-buku dan dokumen yang berkaitan liberalisme.
Kajian menunjukkan pemikiran liberal yang menjadi anutan masyarakat Barat
menjadi pilihan sebahagian kecil masyarakat Islam di Malaysia. Muncul pandangan
yang menolak dominasi syariat dalam kehidupan seperti kewajipan memakai hijab,
lelaki sebagai imam solat dan wali perkahwinan, pewarisan harta pusaka dan lain-lain.
Adaptasi pemikiran liberal Barat kepada masyarakat Islam adalah suatu yang tidak
wajar kerana Islam adalah agama yang memerdekakan manusia daripada
penghambaan sesama manusia dan meletakkan nilai mulia kepada peribadi dan
kemanusiaan itu sendiri.

Awal kemunculan paham liberalisme adalah peristiwa revolusi Perancis yang terjadi
pada abad 18 dahulu. Peristiwa tersebut disebabkan karena kepincangan sistem dan jurang
sosial di masyarakat yang sangat terserlah. Pada masa itu di negara Perancis masih terdapat
penggolongan terhadap masyarakat, dimana golongan tertentu mendapatkan keistimewaan
yang tidak mungkin didapatkan golongan lainnya. Kenyamanan hanya dapat dirasakan oleh
mereka dari keluarga kerajaan dan pemuka agama, sedangkan masyarakat lainnya baik yang
kaya atau yang miskin harus patuh pada masyarakat daripada golongan istimewa. Ini kerana
rakyat tidak memiliki kebebasan dalam berpendapat dan bertindak. Keadaan tertekan ini
menimbulkan kritik dari berbagai kalangan yang menginginkan kebebasan di semua bidang
kehidupan.

Mengutip modul Sejarah Kelas XI (2020), konsep kebebasan dalam bidang politik
melahirkan pemikiran tentang negara yang demokrasi. Konsep bebas dalam bidang ekonomi
membuat masyarakat menentang monopoli dan campur tangan pemerintah, rakyat
menginginkan ekonomi bebas. Dalam bidang moral, liberalisme menjunjung tinggi kebebasan
individu dan menentang otoriterisme.

Dalam bidang agama, kaum liberal menginginkan kebebasan memilih agama sesuai
dengan keyakinannya, bebas beribadah menurut agamanya, dan juga bebas untuk tidak
menganut agama apapun. Di mana, urusan agama tidak boleh dicampur dengan urusan
pemerintahan. Dwi Siswanto dalam penelitiannya berjudul Konvergensi antara Liberalisme
dan Kolektivisme ada menyebutkan bahwa terdapat empat unsur yang mendorong lahirnya
liberalisme, iaitu perkembangan ilmu pengetahuan, pemanfaatan alat-alat teknologi,
perubahan sosial, dan timbulnya kesadaran memperbaharui cara hidup.

Masyarakat dari golongan tanpa hak menuntut kemerdekaan dan kebebasan mereka.
Pada puncaknya, iaitu pada tahun 1789, terjadilah revolusi yang kemudian menjadi awal
pembentukkan golongan liberal. Liberalisme kemudian menyebar luas ke berbagai negara
lainnya di Eropah yang kemudian diterima dan mendapat dukungan. Kaum liberalisme
menolak adanya pembatasan, khususnya dari pemerintah dan agama. Liberalisme
menghendaki pertukaran gagasan yang bebas, ekonomi pasar yang mendukung usaha
pribadi, dan sistem pemerintahan yang telus. Salah satu peristiwa yang menjadi tanda
lahirnya liberalisme di Eropa ialah Revolusi Industri di Inggris (1760-1840) dan Revolusi
Perancis (1789-1815).

Selain itu, ada empat unsur yang mendorong lahirnya liberalisme, iaitu:
➢ Perkembangan ilmu pengetahuan:

Ilmu pengetahuan menyadarkan masyarakat akan potensi, baik potensi individu
maupun potensi organisasi, dalam hal ini adalah negara. Pemanfaatan alat-alat teknologi:
Kemudahan teknologi dari waktu ke waktu memudahkan manusia dalam mengelola
berbagai aspek kehidupannya.

➢ Perubahan sosial masyarakat:
Perubahan sosial di mana masyarakatnya mulai enggan terkungkung di dalam

pemerintahan yang timpang.

➢ Timbulnya kesadaran memperbaharui cara hidup:
Memperbaharui cara hidup menjadi tindak lanjut atas perkembangan ilmu
pengetahuan di tengah masyarakat. Masyarakat terdorong untuk merealisasikan

potensi-potensi yang dimiliki. Kaum liberalis menolak adanya pembatasan, khususnya
dari pemerintah dan agama. Liberalisme menghendaki pertukaran gagasan yang bebas,
ekonomi pasar yang mendukung usaha pribadi, dan sistem pemerintahan yang transparan.

4.0 Ciri-Ciri Ideologi Liberalisme.

Suatu ideologi dapat kita kenali dari karakteristiknya. Sesuai dengan pengertian sejarah atau
latar belakang liberalisme di atas, di bawah antara ciri-ciri liberalisme adalah seperti berikut:

• Setiap individu mempunyai kesempatan yang sama.
o Salah satu nilai pokok di dalam liberalisme adalah setiap individu memiliki
kesempatan yang sama (Hold The Basic Equality of All Human) pada semua
bidang. Namun, bukan berarti setiap orang bisa memberikan hasil yang sama.
o Persamaan hak dan kesempatan merupakan hal yang mutlak di dalam ideologi
ini. Sedangkan hasil yang nantinya akan diperoleh setiap individu tergantung
pada banyak faktor misalnya keterampilan, kerja keras, sumber daya, dan
lainnya.

• Berhak mendapat perlakuan yang sama.
o Mengacu pada poin #1 yaitu kesempatan yang sama, maka penyelesaian
setiap masalah yang dihadapi individu akan mendapatkan perlakuan yang
sama (Treat the Others Equally), baik itu di bidang ekonomi, politik, sosial, dan
lainnya.

• Mempunyai hukum dan diterapkan.
o Di dalam setiap negara harus ada hukum di dalamnya yang bertujuan untuk
melindungi dan menjaga hak-hak masyarakatnya. Negara liberal menetapkan
penanda aras hukum tertinggi yang menghargai hak-hak kebebasan dan
persamaan kedudukan setiap individu di dalam hukum (The Rule of Law).

• Pemerintah ditentukan dengan persetujuan.
o Negara liberal, kekuasaan tertinggi ada di tangan rakyat sehingga penentuan
pihak-pihak yang akan menjalankan negara tersebut harus mendapat
persetujuan dari rakyat yang bermaksud, pemerintah harus bertindak sesuai
kehendak rakyat dan tidak boleh bertindak atas keinginan sendiri.

• Negara sebagai alat.
o Negara yang menganut pahaman liberalisme menganggap bahwa suatu
negara merupakan mekanisme yang dipakai dalam mewujudan tujuan-tujuan
yang lebih besar.

• Tidak menerima ajaran dogmantisme.
o Penganut pahaman liberalisme tidak menerima ajaran Dogmantisme, iaitu
ideologi yang memegang kepercayaan dan menentang apapun yang tidak
sesuai dengan kepercayaannya.

Sementara itu, Heru Susanto membagi ciri-ciri liberalisme dalam beberapa bidang,
antaranya seperti berikut:

• Bidang Politik:
o Munculnya demokrasi.

• Bidang Sosial:
o Kebebasan berpendapat, kesamaan kesempatan dalam usaha, reformasi
sosial, dan perasaan setara/sedarjat.

• Bidang Seni dan Budaya:
o Kebebasan dalam berekspresi, seperti lukisan, drama, seni, musik, dan lain-
lain.

• Bidang Ekonomi: pasar yang demokrasi.
o Ekonomi

5.0 Kaedah Menangani Ideologi Liberalisme

Idea liberalisme dan kebebasan individu dalam agama seperti yang dilihat di atas,
merupakan sesuatu yang berbahaya bagi akidah Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jamā‘ah. Hal ini
disebabkan Islam menyeru agar umatnya berpegang dengan ijmak, yang juga merupakan
salah satu kaedah asal atau usul agama yang diterima umumnya oleh semua ulama Muslim.
Dalam hal ini, Muḥammad Idrīs bin ‘Abd al-Ra’ūf al-Marbawī (1896-1989) menyatakan
bahawa berpegang kepada aliran muktabar dalam Islam adalah sebahagian daripada
maksud ajaran Hadith Rasulullah SAW, apabila baginda bersabda,

“Aku berwasiat kepada kamu dengan sahabatku, kemudian yang mengikut mereka,
kemudian tersebar pembohongan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak dituntut
sumpah, dan bersaksi seorang saksi dan tidak dituntut saksi, sesungguhnya tidak akan
bersendirian seorang lelaki dengan wanita kecuali adalah yang ketiganya syaitan, atas kamu
dengan jemaah, dan berhati-hati dengan jangan berpecah kerana sesungguhnya syaitan
bersama-sama dengan yang sendirian, dan dia daripada yang berdua-dua lebih jauh,
sesiapa yang hendak bersuka-ria di tengah-tengah syurga maka lazimkan jemaah, sesiapa
yang menyukakannya kebaikannya dan mendukacitakannya keburukannya maka
demikian itulah mukmin”.

- Di antara kaedah-kaedah dan strategi yang boleh dipraktikkan dalam menangani
isuliberalisme ialah pertamanya dengan memantapkan sistem pendidikan di negara kita. Ia
dapat dilaksanakan dengan memperbaiki sistem pendidikan dualisme agar tidak
mengasingkanagama dengan akademik supaya mampu membendung
permasalahan akidah. Dalam erti kata lain, ia hanya akan melahirkan pelajar yang

berpengetahuan tentang Islam tetapi tidak mengamalkan ajarannya. Pelajar-pelajar seperti
inilah yang seterusnya akan menjadi sasaran mudah bagi golongan liberalisme untuk
memperkembangkan ideologi merekadi masa hadapan.

- Seterusnya, pihak-pihak berwajib seperti JAKIM, JAIN, Jabatan Mufti,
Mahkamah Syariah dan sebagainya perlu memainkan peranan penting dalam
memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dalam menepis
cabaran liberalisme, sesuai dengan peruntukan perlembagaan yang menetapkan
Islam sebagai agama persekutuan. Tindakan yang terancang dan sistematik perlu
dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh seperti mengeluarkan fatwa pengharaman
liberalisme di Malaysia. Hukum dan Implikasinya Kepada Islam di Malaysia dan telah
memutuskan bahawagerakan pemikiran liberal adalah mengandungi fahaman-
fahaman yang menyeleweng dari sudut akidah dan syariah Islam dan merupakan ajaran
sesat. Selain itu, pihak berkuasa juga perlulah tegas di dalam membanteras mana-
mana individu, pertubuhan dan institusi yang didapati mengamalkan fahaman
liberalisme dan pluralisme agama yang bertentangan denganprinsip Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Sebagai contoh, Jawatankuasa Fatwa Selangor yang bersidang pada 17
Julai 2014 telah mengharamkan kumpulan Sisters In Islam (SIS) yangdidapati
menyeleweng daripada ajaran Islam.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, usaha kolektif amat ditagih antara agensi agama, para
intelektual Islam dan badan/agensi berkaitan dalam menangani gerakan liberalisme di
kalangan masyarakat dimulakan serta merta . Sistem perundangan Islam yang
berpaksikan Al-Quran dan as-Sunnah perlu dilihat sebagai sumber utama dalam
menangani gerakan liberalisme. Pelbagai pendekatan, usaha dan strategik dakwah
boleh dilakukan oleh agensi-agensi agama serta pendakwah masa kini dalam
menangani serta menangkis ancaman aliran pemikiran tersebut sama ada di peringkat
kawasan penempatan sehinggalah ke peringkat nasional. Pihak kerajaan (sebagai
badan eksekutif) pula perlu memainkan peranan secara proaktif dan berhemah dalam
menangani isu-isu yang timbul. Sistem pendidikan Islam juga perlu diintegrasikan
dengan sains dan ilmu lain dengan memastikan guru Pendidikan Islam dan juga guru
sains dan lain-lain dapat bekerjasama dalam pengajaran kedua-dua subjek ini supaya
ianya dapat dilaksanakan secara bersepadu. Bagi pihak masyarakat, mereka perlu
mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam daripada guru-guru agama yang
mempunyai tauliah dan berautoriti. Dengan itu, dapatlah menjadi benteng daripada
terpedaya dengan corak pemikiran Islam Liberal tersebut. Masyarakat juga perlu
memainkan peranan yang efektif, sikap akauntibiliti pada agama dan ambil tahu bukan
sekadar untuk diri sendiri malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang
bahayanya gerakan ini dan betapa pentingnya untuk kembali dan memahami ajaran
Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

7.0 Bibliografi

1. Kamal Hassan, M. (2018). Natural Science from the Worldview of the Quran, Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan Negara.

2. Abu Bakar, Z.R. (2012). Peranan Secara Kolektif Agensi Agama dan Para
Intelektual Islam Menangani Gerakan Liberalisme dan Pragmatisme, Shah Alam :
Jabatan Agama Islam Selangor

3. Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa (2019). Liberalisme dan Pemikiran
Pemimpin Muslim di Malaysia, Bandar Baru Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia.

4. Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail (2018). CABARAN AKIDAH : PEMIKIRAN ISLAM
LIBERAL, Kuala Lumpur : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

5. MUHAMMADIDRIS DUEREH (2013). ANALISIS LIBERALISME AGAMA DI
MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF AKIDAH ISLAM, Universiti Sains Malaysia.


Click to View FlipBook Version