KURSUS EJEN KASTAM
NOTA MODUL:
CUKAI JUALAN
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA
PERUNDANGAN
1. Perundangan berkaitan pelaksanaan cukai jualan adalah sebagai berikut:
(i) Akta Cukai Jualan 2018
(ii) Peraturan-peraturan Cukai Jualan 2018
(iii) Peraturan Cukai Jualan (Ketetapan Kastam) 2018
(iv) Peraturan Cukai Jualan (Penentuan Nilai Jualan Bagi Barang-barang
Kena Cukai) 2018
(v) Perintah Cukai Jualan (Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa) 2018
(vi) Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai Berhubung Dengan Kawasan
Ditetapkan) 2018
(vii) Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai Berhubung Dengan Kawasan
Khas) 2018
(viii) Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pendaftaran) 2018
(ix) Perintah Cukai Jualan (Jumlah Nilai Jualan Barang Bercukai) 2018
(x) Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Membayar
Cukai) 2018
(xi) Perintah Cukai Jualan (Barang-barang Dikecualikan Daripada Cukai)
2018
(xii) Peraturan-peraturan Cukai Jualan (Pengkompaunan Kesalahan) 2018
(xiii) Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018
SKOP CUKAI JUALAN
2. Akta Cukai Jualan 2018 adalah terpakai di seluruh Malaysia, tidak termasuk
kawasan yang ditetapkan dan kawasan khas. Cukai jualan adalah cukai seperingkat
yang dikenakan dan dilevikan ke atas semua barang-barang kena cukai yang
diimport atau dikilangkan di Malaysia.
PENGENAAN CUKAI JUALAN
3. Di bawah seksyen 8, cukai jualan dikenakan dan dilevikan ke atas semua
barang kena cukai:
(a) Dikilangkan dan dijual, digunakan atau dilupuskan di Malaysia oleh
pengilang berdaftar; atau
(b) Diimport ke Malaysia oleh mana-mana orang.
4. Cukai jualan dikenakan, dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa
pengimportan barang ke Malaysia dan dianggap sebagai duti kastam atau duti
eksais dan seolah-olah pengimportan tersebut adalah berduti dan dikenakan duti
kastam atau duti eksais.
KADAR CUKAI JUALAN
5. Cukai jualan adalah cukai ad valorem dan kadar yang berbeza dikenakan
mengikut kumpulan barang kena cukai. Cukai jualan bagi petroleum dikenakan pada
kadar tertentu yang berbeza dari barangan kena cukai lain.
6. Seksyen 10 Akta Cukai Jualan 2018 memberi Menteri kuasa untuk
menetapkan pelbagai kadar cukai jualan sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 yang dikenakan ke atas barang-barang
kena cukai yang tidak dikecualikan oleh Menteri Kewangan menerusi Perintah
Pengecualian Cukai Jualan yang berkuat kuasa pada 1 September 2018.
NILAI JUALAN
7. Dalam hal barangan buatan tempatan, cukai jualan dilevikan ke atas nilai
jualan barang-barang kena cukai. Oleh itu, adalah penting bagi penentuan nilai
jualan mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta Cukai Jualan 2018. Dalam
kaitan ini, Peraturan Cukai Jualan (Peraturan-Peraturan Penilaian) 2018 menentukan
kaedah-kaedah dalam menentukan nilai jualan barangan pengilangan tempatan.
Secara amnya, nilai transaksi barang kena cukai yang boleh dikenakan cukai
membentuk asas nilai jualan barang-barang yang boleh dikenakan cukai.
8. Berkenaan dengan barang kena cukai yang diimport ke Malaysia untuk
kegunaan dalam negeri, nilai jualan barang-barang itu kena cukai ialah jumlah
amaun yang berikut:
(i) Nilai barang-barang kena cukai itu bagi maksud duti kastam yang
ditentukan mengikut Akta Kastam 1967;
(ii) Amaun duti kastam, jika ada, yang telah dibayar atau akan dibayar atas
barang-barang kena cukai; dan
(iii) Amaun duti eksais, jika ada, yang telah dibayar atau akan dibayar atas
barang-barang kena cukai.
BARANG KENA CUKAI
9. Barang kena cukai adalah kelas atau jenis barang yang tidak dikecualikan
daripada cukai jualan pada masa itu. Barang yang dikecualikan daripada cukai jualan
disenaraikan dalam Jadual A, Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan
daripada Cukai Jualan) 2018.
NILAI AMBANG (PEROLEHAN JUALAN TAHUNAN)
10. Nilai jualan barang-barang kena cukai bagi tujuan pendaftaran mana-mana
pengilang yang ditetapkan oleh Menteri dalam Perintah Cukai Jualan (Amaun Nilai
Jualan Bagi Barang-barang Kena Cukai Yang Dikilangkan) 2018 adalah RM
500,000.
CUKAI JUALAN TERHUTANG
11. Cukai jualan yang dikenakan di bawah Akta ini adalah perlu dibayar pada
masa barang-barang kena cukai dijual, dilupuskan selain dengan cara jualan, atau
digunakan selain sebagai bahan bagi mengilang barang kena cukai oleh orang kena
cukai.
12. Berkenaan dengan petroleum, Menteri boleh menetapkan masa yang
berlainan bagi cukai jualan kena dibayar cukai.
13. Tiada cukai jualan yang perlu dibayar atas pembelian atau perolehan di
bawah ini apabila pengilang berdaftar berhenti menjalankan perniagaan sebagai
pengilang dan dia digantikan oleh orang lain dan orang yang menggantikannya
sama ada:
(i) Membeli stok barang-barang kena cukai yang berada di tangan pada
tarikh pemberhentian; atau
(ii) Memperoleh mana-mana stok barang-barang kena cukai sebagai
pemegang amanah, penerima, pelikuidasi, penerima derma, atau
benefisiari pengilang berdaftar.
PENDAFTARAN
TANGGUNGAN UNTUK BERDAFTAR
14. Setiap orang yang terlibat dalam pembuatan barang kena cukai dalam urusan
perniagaan adalah dikehendaki untuk memohon sebagai pengilang berdaftar tidak
lewat daripada hari terakhir bulan yang berikut selepas bulan yang dia
bertanggungan untuk berdaftar.
Contoh 1
Bertanggungan untuk didaftarkan pada 15 Disember 2018
Memohon pendaftaran dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Januari
2019
15. Dalam menentukan sama ada seseorang itu tertakluk kepada keperluan
tersebut, adalah penting untuk memastikan bahawa operasinya mematuhi definisi
'pengilangan' dan produk yang terhasil daripada operasi itu adalah bercukai.
16. ‘Pengilangan’ ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Cukai Jualan 2018
bermaksud:
(i) Berhubung dengan barangan selain daripada petroleum, pengilangan
adalah ditakrifkan sebagai kerja mengubah jadi dengan cara manual
atau jentera kepada sesuatu keluaran baharu dengan mengubah saiz,
bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan tersebut dan termasuk kerja
memasang bahagian hingga menjadi suatu jentera atau keluaran lain.
Walau bagaimanapun, pengilangan tidak termasuk kerja memasang
jentera atau alat kelengkapan bagi maksud pembinaan.
(ii) Berhubung dengan petroleum, apa-apa proses pemisahan,
pembersihan, penukaran, penapisan dan pengadunan.
17. Keperluan pendaftaran ini membolehkan JKDM mengenalpasti skop
percukaian pengilang-pengilang yang berada di bawah bidang kuasa Akta Cukai
Jualan 2018. Pengilang yang telah didaftarkan di bawah Akta tersebut dikenali
sebagai pengilang berdaftar.
18. Pengilang barang kena cukai adalah bertanggungan untuk berdaftar pada
awal:
(i) Tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas akhir bulan di mana
keseluruhan jumlah nilai jualan barang kena cukainya pada bulan itu dan
sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi RM 500,000; atau
(ii) Tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas akhir bulan di mana
keseluruhan jumlah nilai jualan barang kena cukainya pada bulan itu dan
sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi RM 500,000.
19. Pengilang yang menjalankan kerja subkontraktor dengan nilai ambang
melebihi RM500,000 setahun adalah bertanggungan untuk didaftarkan.
PERMOHONAN PENDAFTARAN
20. Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan pengilangan barang-barang
kena cukai hendaklah memohon untuk pendaftaran sebagai pengilang berdaftar
dalam Borang SST-01.
.
Contoh 2
Able Copier Sdn Bhd mengilang dan menjual mesin fotokopi selain
menyediakan perkhidmatan selepas jualan. Able Copier menjual
barang-barang kena cukai dan menyediakan perkhidmatan yang
tidak boleh dikenakan cukai. Able Copier hanya perlu didaftarkan di
bawah seksyen 13 Akta Cukai Jualan 2018.
21. Orang kena cukai yang mengeluarkan petroleum hendaklah mengemukakan
pelan dan lukisan yang menyatakan:
(i) Tapak;
(ii) Susun atur premis;
(iii) Susun atur loji, jentera, kelengkapan, talian paip, meter dan peranti;
dan
(iv) Tangki simpanan,
pada masa permohonan pendaftaran dikemukakan kepada Ketua Pengarah.
22. Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat bagi pengeluar
petroleum berdaftar seperti yang berikut:
(i) Sebarang pelan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah akan
ditandatangani olehnya dan orang kena cukai tidak boleh menyimpang
dari pelan yang telah diluluskan tanpa kelulusan bertulisnya;
(ii) Pengeluar petroleum berdaftar hanya menyimpan petroleum yang boleh
dikenakan cukai dalam tangki simpanan di gudang berlesen;
(iii) Pengeluar petroleum berdaftar tidak boleh mengubah gred mana-mana
petroleum tersimpan tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu
daripada Ketua Pengarah;
(iv) Semua saluran paip yang telah dilekatkan dengan meter dan peranti
hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah;
(v) Semua meter dan peranti yang digunakan untuk mengukur petroleum
hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah;
(vi) Pengeluar petroleum berdaftar akan membetulkan dengan segera apa-
apa kebocoran petroleum yang berlaku di dalam premisnya.
23. Pengilang berdaftar dikehendaki untuk menduduki premis di tempat itu untuk
tujuan perniagaannya. Jika dia gagal berbuat demikian, maka dia melakukan suatu
kesalahan di bawah peraturan 5 Peraturan Cukai Jualan 2018.
24. Pengilang berdaftar dikehendaki memberitahu JKDM dengan serta-merta apa-
apa perubahan dalam butir-butir syarikat yang berkaitan dengan perkara-perkara
seperti nama perniagaan, status perniagaan, perubahan dalam barang-barang kena
cukai yang dikilangkan, dan sebagainya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
peraturan 6 Peraturan Cukai Jualan 2018.
PENDAFTARAN LEWAT
25. Jika pengilang gagal berdaftar apabila dia bertanggungan di bawah Akta ini
dan gagal memberitahu Ketua Pengarah mengenai tanggungannya, Ketua Pengarah
hendaklah mendaftarkannya pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah tetapi tidak lebih awal daripada tarikh tanggungannya untuk berdaftar
diketahui atau diberitahu kepada Ketua Pengarah.
PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN
26. Permohonan pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Portal
MySST yang disediakan untuk memudahkan pengilang yang ingin memohon
sebagai pengilang berdaftar. Permohonan dalam talian boleh diakses di
www.mysst.customs.gov.my.
PENDAFTARAN SUKARELA
27. Pengilang berikut yang tidak bertanggungan untuk berdaftar boleh memohon
untuk didaftarkan di bawah Akta Cukai Jualan 2018 tertakluk kepada syarat yang
ditentukan oleh Ketua Pengarah:
(i) Pengilangan barang kena cukai tetapi di bawah nilai ambang
(ii) Orang yang dikecualikan daripada pendaftaran
28. Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkannya pada tarikh yang ditentukan
oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkannya patut
dikenakan.
PENDAFTARAN PERKONGSIAN
29. Pendaftaran bagi orang yang menjalankan perniagaan dalam suatu
perkongsian sebagai pengilang berdaftar hendaklah di atas nama firma tersebut.
Sekiranya orang yang sama menjalankan perniagaan berasingan dalam perkongsian
sebagai pengilang berdaftar, pendaftaran boleh dibuat di atas nama firma masing-
masing.
PEMBATALAN PENDAFTARAN
30. Pengilang berdaftar hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis
termasuk tarikh pemberhentian jika: -
(i) Pengilang berdaftar tidak lagi menjalankan perniagaan pengilangan
barang-barang kena cukai; atau
(ii) Jumlah nilai jualan barang-barang kena cukai pada bulan itu dan
sebelas bulan sebaik sahaja bulan itu tidak melebihi RM500,000.
31. Pengilang berdaftar boleh membuat permintaan bertulis untuk membatalkan
pendaftarannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberhentian.
32. Sebelum pendaftaran tersebut dibatalkan, suatu notis hendaklah disampaikan
kepada pengilang berdaftar untuk memaklumkan mengenai cadangan pembatalan
dan memerlukannya membuat pernyataan mengenai perkara tersebut. Jika Ketua
Pengarah Kastam berpuas hati bahawa pendaftaran itu perlu dibatalkan, notis
pembatalan hendaklah disampaikan kepada pengilang berdaftar dan pembatalan itu
hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
33. Ketua Pengarah boleh membatalkan apa-apa pendaftaran yang telah
diluluskan jika didapati bahawa terdapat apa-apa pelanggaran syarat yang
dikenakan oleh Ketua Pengarah kepada pengilang berdaftar.
PENGECUALIAN PENDAFTARAN
34. Seksyen 20 Akta Cukai Jualan 2018 memberikan Menteri kuasa untuk
mengecualikan orang tertentu daripada pendaftaran. Pengecualian tersebut
diberikan dalam Peraturan Cukai Jualan (Pengecualian daripada Pendaftaran) 2018.
35. Pengilang berikut adalah dikecualikan daripada pendaftaran:
(i) Pengilang barang bukan kena cukai (tidak layak untuk pendaftaran
secara sukarela)
(ii) Pengilang di bawah nilai ambang;
(iii) Subkontraktor yang mengilang di bawah nilai ambang; atau
(iv) Aktiviti pengilangan yang telah dikecualikan daripada pendaftaran.
Contohnya : jahitan, pemasangan atau penggabungan barang ke dalam
bangunan, tukang emas, ahli optik
36. Pengilang yang dikecualikan daripada pendaftaran tidak perlu mendaftar
untuk sijil pengecualian. Walau bagaimanapun, mana-mana orang yang dikecualikan
daripada pendaftaran boleh memohon untuk didaftarkan sebagai pengilang
berdaftar. Orang yang menjalankan hanya salah satu operasi pengilangan seperti di
senarai berikut adalah dikecualikan daripada pendaftaran di bawah subseksyen
13(1) Akta tanpa mengira jumlah nilai jualan barang bercukai dalam tempoh dua
belas bulan. Senarai operasi pengilangan yang dikecualikan daripada pendaftaran
adalah seperti berikut:
i. Mencuci dan mencetak gambar dan pengeluaran slaid filem.
ii. Ukiran pada barang dengan nama penerima itu, rekod sukannya
atau hal keadaan lain di mana barang itu didermakan atau
dianugerahkan.
iii. Penggabungan barang ke dalam bangunan.
iv. Pengilangan konkrit siap campur.
v. Penyediaan makanan.
vi. Penyediaan logam tar, penapisan tar, dan penyediaan campuran
bitumen dan logam panas untuk pembuatan jalan.
vii. Pengeluaran salinan dokumen dengan fotokopi atau proses
penyalinan yang serupa.
viii. Pembungkusan semula barang pukal ke dalam bungkusan yang lebih
ix. kecil oleh seseorang selain daripada seorang pengilang berdaftar.
x.
xi. Pembaikan barang terpakai atau barang yang telah digunakan.
xii. Ujian penglihatan, preskripsi kanta yang sesuai dan pemasangan
kanta tersebut ke dalam bingkai.
xiii.
Operasi yang berikut apabila dilakukan oleh seseorang selain
xiv. daripada pengilang berdaftar—
xv. (i) memvarnis dan/atau menggilap kepingan perabot yang telah
xvi.
xvii. siap.
xviii.
xix. (ii) pemasangan bahagian atas kaca dan/atau pintu kaca ke
xx. perabot selain yang siap.
Pengurangan saiz dan/atau perubahan bentuk bahan bercukai tanpa
mengubah sifat bahan tersebut, dengan syarat bahawa ukuran
dan/atau bentuknya bukan sebahagian daripada proses biasa dalam
pengilangan suatu barang yang berasingan.
Pemberian perkhidmatan jahitan peribadi tetapi tidak termasuk
pengilangan pakaian dan barang tekstil lain berdasarkan pukal dan
bukan pengeluaran peribadi oleh firma atau syarikat yang terlibat
dalam perniagaan pengilangan pakaian dan barang tekstil lain.
Mencetak logo, mengait, krusye atau menyulam pada pakaian siap
yang dibekalkan oleh orang lain.
Pewarnaan kain yang dibekalkan oleh orang lain tanpa mengubah
saiz atau bentuk kain tersebut.
Pengilangan kain batik menggunakan teknik tradisional pencetakan
blok secara manual, pencetakan skrin secara manual dan/atau
lukisan tangan atau lukisan dan barang daripadanya.
Pemasangan penyaman udara dalam kenderaan bermotor.
Pengilangan barang kemas dan barangan tukang emas.
Mengekstrak emas daripada bijih mineral.
Mendapatkan semula emas dari barang kemas dan/atau
penyulingan emas.
PERAKAUNAN UNTUK CUKAI JUALAN
37. Bahagian ini menerangkan tempoh bercukai dan jenis rekod yang dikehendaki
untuk berkaitan dengan pengilangan barang-barang kena cukai, sebagai orang
berdaftar di bawah ACP 2018. Ia juga menyediakan panduan di mana invois
diperlukan atau tidak dikehendaki dikeluarkan dan beberapa garis panduan tentang
kewajipan menyimpan rekod.
TEMPOH BERCUKAI
38. Tempoh bercukai pertama bagi setiap orang kena cukai hendaklah bermula
dari tarikh dia sepatutnya telah didaftarkan di bawah seksyen 13 dan berakhir pada
hari terakhir bulan berikutnya dan tempoh bercukai berikutnya ialah tempoh dua
bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan dalam mana-mana tahun
kalendar.
Kekerapan Penyata Tempoh Bercukai
Tempoh Cukai Pertama
Tempoh Bercukai Berikutnya Dua Bulan Sekali (Sept – Oct 2018)
Asas Khusus Nov-Dec, Jan-Feb, Mar-Apr,
May-Jun, Jul-Aug, Sept-Oct, …..
Tertakluk kepada kelulusan daripada
Ketua Pengarah
39. Ketua Pengarah boleh menetapkan tempoh bercukai yang berlainan
berkenaan dengan petroleum tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang
difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
40. Ketua Pengarah boleh menetapkan semula orang kena cukai kepada apa-apa
tempoh kena cukai selain daripada tempoh yang diberikan kepadanya dan juga atas
permohonan secara bertulis, mengubah tempoh apa-apa tempoh bercukai atau tarikh
mana mana-mana tempoh bercukai bermula atau berakhir jika dia menganggapnya
perlu dalam keadaan mana-mana kes tertentu.
INVOIS
41. Setiap pengilang berdaftar dikehendaki di bawah Akta, melainkan jika
ditetapkan selainnya oleh peraturan, untuk mengeluarkan suatu invois, sama ada
dalam bentuk salinan cetak atau secara elektronik kepada pembeli berkenaan dengan
apa-apa transaksi yang berhubungan dengan penjualan barang kena cukai.
42. Jumlah cukai jualan yang kena dibayar hendaklah dinyatakan secara
berasingan kepada nilai barang kena cukai yang dijual dan diperolehi oleh pengilang
berdaftar daripada pembeli.
43. Invois hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:
(a) Mengandungi butiran yang ditetapkan;
(b) Nombor siri invois cukai;
(c) Tarikh pengeluaran invois;
(d) Nama, alamat dan nombor pengenalan pengilang berdaftar;
(e) Nama dan alamat orang yang membeli barang kena cukai;
(f) Kuantiti dan perihal barang;
(g) Apa-apa diskaun yang ditawarkan;
(h) Bagi setiap perihalan, bezakan jenis barang, kuantiti barang dan
amaun kena dibayar tidak termasuk cukai;
(i) Jumlah amaun kena dibayar tidak termasuk cukai, kadar cukai dan
jumlah cukai dikenakan ditunjukkan secara berasingan atau jumlah
amaun kena dibayar termasuk jumlah cukai dikenakan; dan
(j) Apa-apa jumlah wang yang dinyatakan dalam mata wang selain
daripada ringgit juga akan dinyatakan dalam ringgit pada kadar
jualan tukaran mata wang yang lazim di malaysia pada masa
pengilangan.
(k) Ia mestilah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris;
PENGELUARAN INVOIS OLEH KOMPUTER
44. Peruntukan akta untuk membolehkan invois yang dihasilkan komputer untuk
transaksi yang berkaitan dengan penjualan barang-barang kena cukai. Bagi maksud
mana-mana peruntukan di bawah seksyen 22 ACJ 2018 berkenaan dengan invois,
maka dianggap bahawa invois telah dikeluarkan kepada pelanggan, walaupun tidak
ada penyerahan apa-apa dokumen bersamaan dalam bentuk kertas kepada
pelanggan. Ini adalah jika maklumat yang diperlukan direkodkan dalam komputer
dan
(i) Dihantar kepada pelanggan tersebut dengan cara elektronik; atau
(ii) Dihasilkan dalam apa-apa bahan selain kertas dan dihantar kepada
pelanggan.
45. Pengeluaran invois secara elektronik dibenarkan.
Contoh 3
Able Furniture menjual kabinet dapur dan peralatan selain menyediakan
perkhidmatan perundingan untuk merekabentuk dan menyusun semula
dapur. Able Furniture adalah pengilang barang-barang kena cukai dan
menyediakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai (perkhidmatan
perundingan). Oleh itu, dia dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen 13
Akta Cukai Jualan 2018 dan seksyen 13 Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Walau bagaimanapun, dia boleh menggunakan format invois yang sama
sama ada untuk penjualan barang atau penyediaan perkhidmatan tertakluk
kepada kelulusan Ketua Pengarah.
NOTA KREDIT DAN NOTA DEBIT
46. Nota kredit dikeluarkan apabila jumlah invois yang sebelumnya dikurangkan
atau transaksi dibatalkan atas sesuatu sebab. Pengurangan tersebut adalah
disebabkan oleh keadaan berikut: -
(i) Mana-mana barang dikembalikan oleh pembeli atas sebab salah
kuantiti, kualiti tidak baik atau cacat atau yang tidak dikontrakkan,
dengan syarat bahawa barang itu belum lagi dijual atau dilupuskan
oleh pembeli; atau
(ii) Diskaun telah diberikan berkenaan dengan barang yang dijual dan
yang adalah dinikmati secara bebas oleh semua yang bersedia
menjalankan perniagaan.
47. Jika orang kena cukai telah mengemukakan penyatanya kepada KP dan
kemudiannya terdapat potongan cukai jualan yang disebabkan oleh perenggan 46,
orang kena cukai yang menjual barang-barang kena cukai mesti mengeluarkan nota
kredit bagi potongan tersebut.
48. Sebaliknya, nota debit dikeluarkan apabila jumlah invois yang sebelumnya
ditambah disebabkan oleh penambahan kepada amaun cukai jualan kena bayar jika
terdapat apa-apa pelarasan harga.
49. Orang kena cukai perlu membuat pelarasan berkaitan nota kredit atau nota
debit dalam penyatanya apabila nota kredit atau nota debit dikeluarkan atau jika dia
telah berhenti menjadi orang yang kena cukai, dia hendaklah membuat pelarasan
dalam penyata untuk tempoh percukaian terakhir yang selama ini didaftarkan.
50. Suatu nota kredit atau nota debit hendaklah mengandungi butir yang berikut:
(i) Perkataan “nota kredit” atau “nota debit” di tempat yang mudah dilihat;
(ii) Nombor siri dan tarikh dikeluarkan;
(iii) Nama, alamat dan nombor pengenalan pengilang berdaftar;
(iv) Nama dan alamat orang yang kepadanya barang-barang kena cukai
dijual;
(v) Sebab ia dikeluarkan;
(vi) Suatu perihal, kuantiti dan amaun barang-barang kena cukai yang
baginya nota kredit atau nota debit itu diberikan;
(vii) Jumlah amaun tidak termasuk cukai;
(viii) Kadar dan amaun cukai; dan
(ix) Nombor dan tarikh invois asal.
51. KP tidak membenarkan apa-apa potongan jika nota kredit yang dikemukakan
didapati tidak benar atau tidak betul.
52. Jika potongan bagi mana-mana tempoh kena cukai melebihi amaun cukai
jualan yang kena dibayar oleh orang kena cukai, bakinya hendaklah dibawa ke
hadapan kepada tempoh kena cukai yang akan datang dan tempoh cukai yang
kemudiannya, sehingga keseluruhan baki telah dipotong.
53. Berkenaan dengan orang kena cukai yang jika berhenti menjalankan
perniagaan, tiada pembayaran balik boleh dibenarkan atas apa-apa baki yang
dibawa ke hadapan kepada tempoh yang orang kena cukai itu berhenti menjalankan
perniagaan.
PENYIMPANAN REKOD
54. Di samping itu, adalah menjadi kewajipan bagi setiap pengilang berdaftar
untuk mengekalkan rekod penuh dan sebenar bagi semua urus niaga yang
melibatkan penjualan barang kena cukai. Rekod atau buku akaun tersebut mesti
dikekalkan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
55. Rekod mesti disimpan di Malaysia melainkan jika diluluskan selainnya oleh
Ketua Pengarah. Rekod yang diperlukan adalah: -
(i) Semua rekod penyediaan perkhidmatan bercukai oleh atau kepada
orang yang kena cukai termasuk invois, resit, nota debit dan nota
kredit;
(ii) Semua rekod pengimportan dan pengeksport barang-barang kena
cukai; dan
(iii) Semua rekod lain yang ditentukan oleh ketua pengarah.
56. Jika rekod disimpan dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod
sedemikian hendaklah mudah diakses dan mudah diubah menjadi tulisan. Jika rekod
pada mulanya disimpan dalam bentuk manual tetapi kemudiannya ditukar menjadi
bentuk elektronik, rekod tersebut dikehendaki disimpan dalam bentuk asal sebelum
penukarannya.
57. Rekod asas yang perlu disimpan adalah:
(lx) Invois dan resit pembayaran;
(lxi) Laporan Jualan Harian, Bulanan atau Tahunan;
(lxii) Senarai Debit Aging;
(lxiii) Senarai Nota Kredit / Debit;
(lxiv) Penyata Kewangan yang Telah Diaudit;
(lxv) Penyata bank; dan
(lxvi) Perjanjian Kontrak dan Laporan Progresif
58. Rekod atau buku akaun hendaklah disimpan untuk tempoh tujuh tahun dari
tarikh terkini bagi rekod itu berkaitan. Kegagalan untuk mematuhi keperluan itu
merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 24 Akta Cukai Jualan 2018 dan
pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
PENGEMUKAAN PENYATA DAN PEMBAYARAN CUKAI JUALAN
PENYATA CUKAI JUALAN
59. Orang yang kena cukai hendaklah mengemukakan penyata cukai jualan dan
mengakaun cukai jualan dalam Borang SST-02 setiap dua bulan mengikut tempoh
kena cukainya yang ditakrifkan sebagai dua bulan kalendar.
60. Penyerahan borang boleh dilakukan secara elektronik di MySST atau orang
kena cukai boleh memuat turun dan mencetak Borang SST-02 dari portal MySST.
Penyata hendaklah dihantar melalui pos ke Pusat Pemprosesan Kastam.
TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN PENYATA CUKAI JUALAN
61. Penyata cukai jualan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah tidak
lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukai.
62. Jika tempoh bercukai orang kena cukai tidak berakhir pada hari terakhir bulan
itu, penyata cukai jualan hendaklah dikemukakan tidak lewat dari hari terakhir
tempoh tiga puluh (30) hari dari akhir tempoh bercukai yang berlainan.
63. Penyata cukai jualan hendaklah dikemukakan sama ada atau tidak ada cukai
yang perlu dibayar.
64. Orang kena cukai hendaklah mengemuka, antara lain, butir-butir berikut dalam
penyata cukai jualan:
(i) Nilai jualan semua barang kena cukai yang telah dijual semasa tempoh
bercukai;
(ii) Nilai barang kena cukai selain daripada jualan;
(iii) Nilai semua barang kena cukai yang digunakan selain sebagai bahan
mentah;
(iv) Amaun cukai jualan yang perlu dibayar.
PEMBETULAN KESILAPAN
65. Jika seseorang membuat kesilapan dalam apa-apa penyata, pembetulan
boleh dibuat dalam Borang SST-02 dengan apa-apa cara dan dalam masa yang
diperlukan oleh pegawai cukai jualan.
PENYATA TERAKHIR CUKAI JUALAN
66. Mana-mana orang yang kena cukai yang terhenti untuk didaftarkan atau
terhenti pengilangan barang-barang kena cukai hendaklah mengemukakan penyata
akhir tidak lewat dari tiga puluh (30) hari dari tarikh dia berhenti didaftarkan.
67. Jika mana-mana orang kena cukai yang berhenti menjalankan perniagaan
sebagai pengilang memegang mana-mana barang-barang kena cukai di mana cukai
jualan belum dibayar dan subseksyen 11(4) tidak terpakai, dia dikehendaki
memasukkan barang-barang kena cukai tersebut ke dalam penyata seolah-olah
barang itu telah dijual olehnya dalam tempoh bercukai terakhir dan membayar cukai
dengan sewajarnya.
KESALAHAN BAGI PENYATA LEWAT HANTAR
68. Pengilang berdaftar yang gagal mengemukakan penyata cukai jualan dalam
tempoh yang ditetapkan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen
26 (7) Akta Cukai Jualan 2018 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000
atau penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
PEMBAYARAN CUKAI JUALAN TERHUTANG DAN KENA DIBAYAR
69. Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk memberikan suatu
penyata cukai jualan hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah jumlah cukai
yang perlu dibayar olehnya tidak lewat dari hari terakhir yang dia dikehendaki untuk
memberikan penyata cukai jualan.
70. Dalam hal pengilangan tempatan barang-barang kena cukai, cukai jualan
dikenakan pada saat barang-barang kena cukai adalah:
a. Dijual;
b. Dilupuskan selain dari jualan;
c. Digunakan dahulu selain sebagai bahan dalam pengilangan barang-
barang kena cukai.
CARA PEMBAYARAN
71. Pembayaran cukai jualan boleh dibuat secara:
a. Elektronik; atau
b. Cek, draf bank dan dihantar ke pusat pemprosesan kastam. Cek tarikh
hadapan adalah tidak dibenarkan.
Contoh 4:
Syarikat ABC mengeluarkan cek untuk pembayaran cukai jualan pada
25 Jan 2019. Cek tersebut adalah bertarikh masa hadapan 29 Jan
2019. Cek telah diterima oleh Pusat Pemprosesan Kastam pada 26
Jan 2019. Cek yang ditulis oleh orang berdaftar untuk tarikh pada
masa hadapan tidak diterima sebagai pembayaran cukai jualan oleh
JKDM.
MASA PEMBAYARAN
72. Apa-apa cek atau draf bank, untuk pembayaran cukai dianggap diterima oleh
Ketua Pengarah pada tarikh amaun yang dibayar kepada Ketua Pengarah, ketika
cek itu dijelaskan.
73. Sebarang pembayaran yang dibuat secara elektronik, amaun tersebut
dianggap diterima apabila pembayaran tersebut diserahkan kepada kredit Ketua
Pengarah.
74. Sebarang pembayaran yang diterima melalui pos dianggap diterima pada
tarikh tanda pos.
KESALAHAN BAGI CUKAI LEWAT BAYAR
75. Pengilang berdaftar yang gagal membayar cukai jualan yang kena dibayar
dalam tempoh yang ditetapkan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah
subseksyen 26(7) Akta Cukai Jualan 2018 dan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM50,000 atau penjara selama tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
PENALTI BAGI CUKAI LEWAT BAYAR
76. Jika mana-mana cukai yang kena dibayar tidak dibayar sepenuhnya atau
sebahagiannya oleh mana-mana orang kena bayar cukai selepas hari terakhir di
mana ia kena dibayar dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai
hendaklah membayar penalti: -
a. Untuk tempoh tiga puluh hari yang pertama, jika cukai itu tidak dibayar
sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh itu, penalti
sepuluh peratus daripada jumlah cukai yang masih belum dibayar;
b. Bagi tempoh tiga puluh hari kedua, jika cukai itu tidak dibayar
sepenuhnya atau sebahagiannya selepas habis tempoh, penalti
tambahan lima belas peratus daripada amaun cukai yang masih belum
dibayar;
c. Untuk tempoh tiga puluh tiga hari ketiga, jika cukai itu tidak dibayar
sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat tempoh itu, denda
tambahan sebanyak lima belas peratus daripada jumlah cukai yang
masih belum dibayar.
77. Orang kena cukai akan dikenakan denda maksimum 40% selepas tempoh
tamat tempoh 90 hari.
Contoh 5: Cukai bagi lewat bayar
Cukai Perkhidmatan Tempoh berakhir
Tempoh Tempoh Cukai Cukai Baki Kadar Penalti
Bercukai berakhir berakhir dibayar (RM)
Pengenaan sebelum
(RM) tempoh penalti % (RM)
Penalti berakhir
(RM)
1.10.2018 31.12.2018 10,000 - 10,000
–
30.11.2018
30.01.2019 10,000 5,000 5,000 10% 500
01.03.2019 5,000 3,000 2,000 15% 300
31.03.2019 2,000 1,000 1,000 15% 150
Nilai amaun penalti dikira seperti: -
• 30.01.2019: RM5,000 x 10% = RM500
• 01.03.2019: RM2,000 x 15% = RM300
• 31.03.2019: RM1,000 x 15% = RM150
KUASA MENAKSIR
78. Ketua Pengarah boleh menaksir jumlah cukai jualan dan penalti yang kena
dibayar daripada orang yang kena cukai yang:
a. Gagal memohon pendaftaran;
b. Tidak mengemukakan penyata; atau
c. Mengemukakan penyata yang tidak lengkap atau tidak tepat untuk
sebarang tempoh bercukai.
79. Pegawai yang sewajarnya boleh menaksir cukai jualan yang kena dibayar ke
atas apa-apa barang yang diimport oleh mana-mana orang. Walau bagaimanapun,
Ketua Pengarah boleh menaksir jumlah cukai termasuk penalti yang kena dibayar
daripada orang kena cukai yang gagal membayar cukai ke atas apa-apa barang
yang diimport oleh mana-mana orang dalam perjalanan perniagaannya dengan
sebab:
i. Barang-barang kena cukai telah dijual olehnya;
ii. Barang-barang kena cukai telah dieksport atau dialihkan dengan
cara jualan; atau
iii. Barang-barang kena cukai telah hilang atau dimusnahkan.
Notis penaksiran akan dihantar kepada orang secara bertulis.
KEMUDAHAN DI BAWAH AKTA CUKAI JUALAN 2018
PENGECUALIAN DI BAWAH SEKSYEN 35
80. Seksyen 35 Akta Cukai Jualan 2018 memberi Menteri kuasa untuk
mengecualikan. Pengecualian boleh dikategorikan sebagai berikut:
a. Pengecualian khusus; atau
b. Pengecualian melalui Perintah
PENGECUALIAN KHUSUS
81. Orang atau golongan orang boleh memohon kepada Menteri untuk
dikecualikan daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai
jualan yang akan dibayar oleh orang atau golongan orang itu. Dalam kes ini,
permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Analisis Cukai Kementerian
Kewangan. Dalam memberikan pengecualian, Menteri boleh menetapkan orang
atau golongan orang itu kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan.
82. Apabila mana-mana orang yang kepadanya pengecualian telah diberikan
gagal atau tidak lagi mematuhi apa-apa syarat, orang yang kepadanya
pengecualian itu diberikan atau mana-mana orang yang didapati memiliki barang itu
hendaklah secara bersama dan berasingan bertanggungjawab untuk membayar
cukai jualan.
PENGECUALIAN MELALUI PERINTAH
83. Menteri boleh dengan perintah mengecualikan:
a. Apa-apa barang atau kelas barang dari keseluruhan atau mana-mana
bahagian cukai jualan
b. Mana-mana orang atau golongan orang dari pembayaran keseluruhan
atau mana-mana bahagian cukai jualan.
PENGECUALIAN DI BAWAH JADUAL A PERINTAH CUKAI JUALAN
(BARANGAN YANG DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI JUALAN) 2018
84. Barangan atau kelas barangan yang dikecualikan daripada cukai jualan
disenaraikan dalam Jadual A Perintah Cukai Jualan (Barangan Yang Dikecualikan
dari Cukai Jualan) 2018.
Contohnya adalah haiwan hidup, makanan yang tidak diproses, sayur-
sayuran, ubat-ubatan, jentera, bahan kimia, dan sebagainya.
PENGECUALIAN DI BAWAH JADUAL A, B DAN C PERINTAH CUKAI JUALAN
(ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI JUALAN) 2018
85. Jadual-jadual dalam Perintah menyenaraikan perkara berikut:
a. Jadual A menyediakan senarai orang atau kelas orang yang
dikecualikan daripada pembayaran cukai jualan
Contohnya Sultan, Jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri, Pihak
Berkuasa Tempatan, Depot Pelepasan Dalam Negeri, Kedai Bebas
Cukai
(ii) Jadual B memperluaskan pengecualian cukai jualan kepada
pengilang, yang bukan pengilang berdaftar, berkenaan dengan barang
yang diperoleh oleh pengilang sedemikian untuk digunakan dalam
pembuatan produk tertentu
Contohnya Pengilang barang bukan bercukai - pengecualian cukai ke
atas perolehan bahan mentah, komponen, pembungkusan untuk
digunakan dalam aktiviti perkilangan
(iii) Jadual C memberikan pengecualian cukai jualan kepada pengilang
berdaftar atas perolehan bahan mentah, komponen dan bahan
pembungkusan yang akan digunakan dalam pengilangan barang-
barang bercukai.
PEMBAYARAN BALIK, AMBILAN BALIK DAN REMISI
TUNTUTAN PEMBAYARAN BALIK CUKAI JUALAN BERHUBUNG DENGAN
HUTANG LAPUK
86. Bagi tujuan cukai jualan, hutang lapuk bermaksud jumlah pembayaran
tertunggak berkenaan dengan penjualan barang-barang bercukai termasuk cukai
jualan yang tertunggak kepada seseorang yang telah atau tidak lagi menjadi
pengilang berdaftar tetapi belum dibayar kepada dan tidak dapat dikutip oleh orang
itu.
87. Sebarang tuntutan hutang lapuk dari Ketua Pengarah boleh dibuat oleh
pengilang berdaftar atau orang yang telah berhenti menjadi pengilang berdaftar.
Tuntutan hutang lapuk secara keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan
yang kena dibayar hendaklah dibuat dalam tempoh enam (6) tahun dari tarikh
barang-barang bercukai dijual tertakluk kepada syarat-syarat dan memuaskan hati
Ketua Pengarah seperti berikut:
(i) Cukai jualan telah dibayar;
(ii) Keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai jualan yang kena dibayar
telah dihapuskan dalam akaunnya sebagai hutang lapuk;
(iii) Dia belum menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan penjualan
barang-barang bercukai dari penghutang enam bulan dari tarikh barang
itu dijual; dan
(iv) Usaha yang munasabah telah dibuat olehnya untuk mengutip hutang .
88. Pembayaran berhubung dengan barang-barang kena cukai yang dijual oleh
pengilang yang dihutang oleh penghutang disifatkan sebagai tidak dapat didapatkan
jika;
(i) pengilang berdaftar tidak menerima keseluruhan atau mana-mana
bahagian pembayaran itu selepas enam (6) bulan dari tarikh cukai
jualan itu dibayar olehnya; dan
(ii) pembayaran hutang oleh penghutang telah dianggap sebagai hutang
ragu atau dihapus kira di dalam akaun pengilang berdaftar itu sebagai
hutang lapuk.
89. Penghutang hendaklah dikira tidak solven jika keseluruhan atau mana-mana
bahagian cukai jualan yang kena dibayar kepada pengilang berdaftar telah dihapus
kira dalam akauannya sebagai hutang lapuk. Pengilang berdaftar itu berhak untuk
menuntut pembayaran balik hutang lapuk jika KP berpuas hati bahawa:
(i) Dalam hal jika penghutang itu adalah seorang individu, dia dihukum
bankrap, suatu surat ikatan atau perkiraan dibuat untuk kepentingan
pemiutangnya atau suatu komposisi atau skim perkiraan yang
dicadangkan olehnya diluluskan di bawah Akta Kebangkarapan 1967
[Akta 360]; atau
(ii) Dalam hal jika penghutang adalah suatu syarikat;
(iii) ia diperintahkan oleh mahkamah untuk digulungkan kerana ia tidak
mampu membayar hutangnya mengikut pengertian Akta Syarikat 2016
[Akta 777]; dan
(iv) seorang penerima dilantik dan pernyataan hal ehwal yang dikemukakan
kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa asetnya
akan menjadi tidak mencukupi untuk meliputi pembayaran apa-apa
dividen berkenaan dengan hutang yang tidak terjamin mahupun
menjadi keutamaan.
90. Orang yang membuat tuntutan untuk pembayaran balik berhak untuk
mendapatkan balik semua cukai jualan yang dibayar jika dia tidak menerima apa-apa
bayaran berkenaan dengan penjualan barang-barang bercukai.
91. Jika dia telah menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan penjualan
barang-barang kena cukai, tuntutan itu boleh dibuat untuk perbezaan antara cukai
jualan yang dibayar dan amaun tersebut yang dikira mengikut formula berikut:
_A X C
B
Di mana A adalah bayaran yang diterima berkenaan penjualan
barang-barang kena cukai tersebut;
B adalah nilai jualan barang-barang kena cukai tersebut
ditambah dengan cukai jualan yang kena dibayar atas
barang- barang kena cukai tersebut; dan
C adalah cukai jualan yang kena dibayar atas barang-
barang kena cukai tersebut.
Contoh 6:
Kilang Kertas Merah Sdn Bhd adalah pengilang berdaftar yang belum
menerima baki pembayaran termasuk cukai jualan berjumlah RM120,000
daripada nilai jualan RM220,000 yang tidak dapat dipungut. Kemudian,
penghutangnya telah diisytiharkan sebagai bankrap dan dia tidak dapat
membayar hutang itu. Pengilang berdaftar telah mengakaunkan cukai jualan
sebanyak 10% kepada JKDM. Oleh itu, Kilang Kertas Merah Sdn Bhd berhak
menuntut hutang lapuk berdasarkan pengiraan seperti berikut :-
RM 100,000 = RM 10,000
___________ XRM 22,000
RM 220,000
Hutang lapuk yang boleh dituntut balik daripada JKDM ialah RM12,000
(RM22,000 – RM10,000)
92. Jika suatu tuntutan bagi hutang lapuk telah dibuat oleh Ketua Pengarah
kepada seseorang dan apa-apa pembayaran berkenaan dengan penjualan barang-
barang kena cukai yang kena dibayar oleh cukai itu kemudiannya diterima oleh
orang itu, orang itu hendaklah membayar balik kepada Ketua Pengarah cukai yang
dituntut mengikut formula dalam perenggan 91.
Contoh 7:
Pengilang berdaftar telah menerima pembayaran balik hutang lapuk dari KP
berjumlah RM5,000 berhubung dengan jualan barang bercukai pada nilai
RM105,000 yang tidak dapat dipungut dari penghutang. Empat tahun
kemudian, penghutang bebas dari bankrap dan telah membayar hutang
sebanyak RM10,000 termasuk 5% cukai jualan kepada pengilang berdaftar
untuk menjelaskan hutangnya. Walaupun hanya sebahagian bayaran diterima,
pengilang berdaftar hendaklah membayar balik cukai jualan kepada JKDM
berdasarkan pengiraan seperti di bawah :-
RM 10,000 X RM 5,000 = RM 476.20
RM 105,000
Jumlah cukai jualan yang perlu dibayar kepada JDKM adalah RM 476.20
93. Mana-mana orang membuat pembayaran balik cukai jualan kepada KP,
hendaklah: -
(i) Dalam kes pengilang berdaftar, pembayaran balik cukai jualan kepada KP
hendaklah dibuat dalam penyata SST-02 bagi tempoh bercukai di mana
dia menerima pembayaran cukai jualan daripada penghutang; dan
(ii) Dalam hal orang yang telah terhenti menjadi pengilang berdaftar,
pembayaran balik hendaklah dibuat kepada KP dalam penyata SST-02
dalam penyata tempoh berakhirnya dia menjadi orang kena cukai itu.
94. Orang yang menuntut hutang lapuk dikehendaki menyimpan semua rekod
dan dokumen yang berkaitan dengan tuntutan untuk tempoh tujuh (7) tahun dari
tarikh tuntutan untuk diperiksa oleh pegawai yang hak pada bila-bila masa.
Contoh 8:
Pengilang berdaftar menjual barang bercukai pada 2 September 2018 dan
tiada bayaran telah diterima. Penghutangnya telah diisytiharkan bankrap dan
pengilang berdaftar menuntut hutang lapuk pada tahun kelima dari tarikh
cukai jualan dibayar pada 1 Oktober 2023. Oleh itu, rekod yang berkaitan
dengan tuntutan hutang lapuk akan disimpan untuk tempoh tambahan tujuh
(7) tahun hingga 30 September 2030.
95. Pengilang berdaftar yang disebut dalam perenggan 88 yang layak memohon
tuntutan hutang lapuk hendaklah membuat permohonan dalam Borang JKDM No.2
bersama dengan dokumen seperti berikut:
(i) Salinan invois dan resit;
(ii) Borang sst-02 atau mana-mana dokumen lain yang menunjukkan cukai
jualan telah dibayar dan diakaunkan;
(iii) Rekod atau dokumen yang menunjukkan bahawa tiada bayaran diterima;
(iv) Rekod atau dokumen yang menunjukkan usaha munasabah telah dibuat
untuk mendapatkan pembayaran balik barang bercukai;
(v) Rekod yang menunjukkan hutang lapuk telah dihapus kira; dan
(vi) Rekod atau dokumen yang menunjukkan status penghutang sebagai tidak
solven.
dan dikemukakan kepada Cawangan Perakaunan Hasil di zon / negeri / stesen
kawalan.
96. Pengilang berdaftar yang disebut pada perenggan 96 akan menerima surat
kelulusan jika permohonannya diluluskan oleh KP dan jumlah pembayaran balik
yang diluluskan akan dipindahkan ke dalam akaun banknya.
97. KP boleh tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik jika;
a. Rekod atau mana-mana dokumen yang dikemukakan adalah tidak
benar atau tidak betul; atau
b. Atas apa-apa sebab yang lain untuk tujuan perlindungan hasil.
PEMBAYARAN CUKAI JUALAN, DSB. TERKURANG BAYAR ATAU DIBAYAR
BALIK SECARA TERKHILAF
98. Ketua Pengarah hendaklah menuntut mana-mana orang:
i. Untuk membayar cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain; atau
ii. Untuk membayar cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang
kurang;
iii. Untuk membayar balik bayaran balik yang terkhilaf dibayar kepadanya.
jika keseluruhan atau mana-mana bahagian dari apa-apa cukai jualan yang kena
dibayar, surcaj terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang belum dibayar oleh
seseorang atau selepas dibayar, telah dikembalikan secara khilaf kepada seseorang.
99. Tuntutan tersebut hendaklah dibuat dalam masa enam (6) tahun dari masa
pembayaran balik terkurang atau terkhilaf bayar.
100. Mana-mana orang yang telah terkhilaf membayar cukai disebabkan suatu
perintah yang telah terhenti berkuat kuasa secara keseluruhan atau sebahagian,
boleh membuat tuntutan untuk pembayaran balik dalam masa satu tahun dari tarikh
perintah itu terhenti berkuatkuasa. Tuntutan ini mungkin melibatkan perubahan kadar
atau jenis pembekalan.
101. Mana-mana orang yang membuat tuntutan itu dikehendaki mengemukakan
permohonan untuk kelulusan bagi membuat pindaan dalam Borang SST-02.
PEMBAYARAN BALIK CUKAI JUALAN, DSB. YANG TERLEBIH BAYAR ATAU
TERKHILAF BAYAR
102. Ia diperuntukkan di bawah seksyen 39 Akta Cukai Jualan 2018 bahawa Ketua
Pengarah boleh membenarkan pembayaran balik cukai jualan, penalti, surcaj, atau
apa-apa wang lain yang telah terlebih bayar atau terkhilaf bayar, dengan syarat
suatu tuntutan dibuat dalam masa satu tahun selepas bayaran terlebih atau bayaran
terkhilaf telah dibuat. Permohonan pembayaran balik mesti dibuat dalam borang
yang ditetapkan JKDM 2 bersama-sama dengan dokumen sokongan yang berkaitan.
a. Surat permohonan dari pengilang yang menjelaskan tentang
pembayaran balik cukai jualan, penalti, surcaj, fi dan apa-apa wang lain
b. Salinan invois dan resit.
c. Salinan surat pengecualian jika berkenaan.
d. Salinan Borang Kastam No.1 (jika barangan import).
e. Salinan Penyata Cukai Jualan SST- 02.
f. Penyata Tuntutan pembayaran balik seperti di Lampiran I.
g. Lain-lain dokumen berkaitan
103. Di bawah seksyen 39 Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau sama sekali
tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik kerana setakat mana pembayaran
balik itu secara tidak adil akan memperkayakan pihak menuntut atas anggapan
bahawa wang yang dikembalikan tidak akan diserahkan kepada pengguna.
AMBIL BALIK CUKAI JUALAN
104. Seksyen 40 Akta Cukai Jualan 2018 membenarkan ambil balik cukai jualan
yang dibayar berkenaan dengan barangan yang kemudiannya dieksport. Adalah
menjadi hasrat Kerajaan untuk mempromosikan eksport produk pengilangan
tempatan dengan mengurangkan kos pengilangan, seterusnya meningkatkan daya
saing produk sedemikian di pasaran global.
105. Seseorang boleh memohon untuk ambil balik cukai jualan yang dibayar
berkenaan dengan barangan semasa pengeksportan barang itu kecuali petroleum.
Secara amnya, ambil balik cukai jualan boleh dikategorikan sebagai berikut:
a. Ambil balik cukai jualan yang telah dibayar ke atas barangan siap,
sama ada yang diimport atau dibeli dari pengilang berdaftar, yang
dieksport semula;
b. Ambil balik cukai jualan yang telah dibayar ke atas bahan mentah dan
komponen yang digunakan untuk membuat barang-barang siap untuk
eksport.
KELAYAKAN UNTUK AMBIL BALIK
106. Permohonan untuk ambil balik cukai jualan dibenarkan jika:
(i) barangan tersebut dieksport dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cukai
jualan telah dibayar untuk pengimportan barang-barang kena cukai atau
tarikh invois untuk pembelian barang-barang kena cukai; dan
(ii) permohonan itu dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh eksport dalam
Borang JKDM 2 yang ditetapkan dan disokong oleh dokumen yang
berkaitan seperti Borang Kastam No. 1, Borang Kastam No. 2, Borang
Kastam No. 9, invois daripada pengilang berdaftar, invois jualan dan
dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(iii) barang-barang atas mana cukai jualan telah dibayar dan pulang balik
dituntut melalui Borang Kastam No. 2 untuk dieksport dan ditentukan
dengan memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan bahawa barang-
barang tersebut telah dieksport;
(iv) bayaran pulang balik ke atas satu kelas barang yang hendak dieksport
tidak dilarang oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta
Kastam 1967;
(v) barang-barang itu telah tidak digunakan selepas pengimportan atau
selepas pembayaran cukai jualan;
(vi) setiap permohonan untuk pulang balik cukai jualan hendaklah dibuat
dalam Borang JKDM No. 2 melainkan dalam hal-hal dimana barang-
barang itu layak untuk pulang balik di bawah Akta Kastam 1967, tuntutan
itu boleh dikemukakan dalam borang yang sama seperti borang untuk
pulang balik duti kastam;
(vii) tiap-tiap orang yang menuntut puakng balik mestilah membuat akuan
bahawa barang-barang itu tidak akan didaratkan semula atau diturunkan
pada mana-mana tempat dalam Malaysia.
107. Pulang balik tidak dibenarkan ke atas petroleum.
108. Permohonan pulang balik dikehendaki dibuat dalam borang JKDM No. 2 dan
mengemukakan dokumen seperti berikut:
(i) Borang kastam No.1 atau borang kastam No.9
(ii) Invois belian dari pengilang yang berdaftar
(iii) Invois jualan kepada pengeksport
(iv) Salinan Borang Kastam No. 2
(v) Salinan Penyata Cukai Jualan SST-02 dari syarikat pengilang
(vi) Air waybill, sea waybill, manifes atau bil muatan
(vii) Lain-lain dokumen yang mengandungi butir-butir cukai pengimportan/
pengeksportan.
109. Mana-mana pengilang berdaftar yang layak memohon pulang balik hendaklah
membuat permohonan dalam Borang JKDM No.2 kepada KP dan dikemukakan
kepada Cawangan Perakaunan Hasil di zon / negeri / stesen kawalan.
110. Dalam kes ambil balik cukai jualan yang berkaitan dengan bahan mentah dan
komponen, permohonan awal hendaklah dikemukakan kepada pejabat cukai jualan
untuk kegunaan kemudahan ambil balik. Pengilang dikehendaki mendedahkan butir-
butir berkenaan dengan bahan mentah dan komponen, barangan siap serta formula
yang dicadangkan untuk pengiraan ambil balik. Lawatan ke premis pengilangan
biasanya dijalankan untuk mengesahkan permohonan itu dan untuk tujuan
mengesahkan formula perhitungan. Jika ambil balik melibatkan duti import dan cukai
jualan, tuntutan untuk ambil balik dibuat bersama dalam borang yang sama. Dalam
semua kes, tuntutan untuk ambil balik akan disemak dengan teliti untuk memastikan
bahawa pemohon telah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang dikenakan.
PEREMITAN OLEH MENTERI KEWANGAN
111. Menteri Kewangan boleh meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian
cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar oleh mana-mana orang.
112. Permohonan untuk peremitan itu boleh dibuat secara bertulis kepada Menteri
Kewangan. Tidak ada borang khusus yang perlu diisi tetapi permohonan itu perlu
disertakan semua butiran yang berkaitan.
PEREMITAN OLEH KETUA PENGARAH
113. Ketua Pengarah boleh meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian
penalti yang kena dibayar atau surcaj yang terakru oleh mana-mana orang di mana
ia adalah adil dan saksama untuk berbuat demikian. Permohonan itu boleh dibuat
secara bertulis kepada Ketua Pengarah dengan bukti dan dokumen sokongan untuk
menyokong permohonan itu.
114. Mana-mana orang yang berhasrat untuk memohon remisi atas apa-apa cukai
jualan, surcaj, penalti, fi dan wang lain yang perlu dibayar hendaklah mengemukakan
dokumen seperti berikut:
(i) Surat rayuan
(ii) Laporan audit akaun (jika berkenaan)
(iii) Laporan polis (seperti kecurian / kebakaran / bencana alam / dll)
(iv) Laporan kebakaran (jika berlaku kebakaran)
(v) Salinan polisi insurans (jika berkenaan)
(vi) Dokumen berkaitan lain (jika berkenaan)
PEMBAYARAN BALIK OLEH MENTERI KEWANGAN DAN KETUA PENGARAH
115. Menteri Kewangan dan Ketua Pengarah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
suatu kes tertentu boleh mengarahkan pembayaran balik keseluruhan jumlah cukai
jualan, surcaj atau penalti yang mana berkaitan dengan peremitan.
KETETAPAN CUKAI JUALAN
KETETAPAN UMUM
116. Ketetapan umum adalah keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah dan
dikeluarkan kepada orang ramai untuk memberikan panduan mengenai tafsiran dan
pemakaian mana-mana peruntukan Akta Cukai Jualan 2018. Matlamatnya adalah
untuk menyediakan penjelasan dan ketelusan dalam pemakaian undang-undang
cukai jualan.
117. Mana-mana ketetapan umum yang dikeluarkan boleh digunakan untuk mana-
mana orang atau golongan orang, atau apa-apa jenis pengaturan. Jika sesuatu
keputusan telah dikeluarkan kepada orang awam, Ketua Pengarah boleh menarik
balik sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya ketetapan itu untuk
memudahkan pelaksanaan Akta Cukai Jualan 2018.
KETETAPAN KASTAM
118. Ketetapan kastam adalah suatu ketetapan yang dibuat oleh Ketua Pengarah
atas permohonan oleh mana-mana orang untuk mendapatkan ketetapan mengenai
pemakaian peruntukan Akta Cukai Jualan dan pengaturan yang mana ketetapan
kastam itu dimohon. Pengeluaran ketetapan kastam bertujuan untuk menjelaskan
dan kepastian layanan cukai dan konsistensi dalam pemakaian undang-undang
Cukai Jualan. Ini akan membantu memastikan pematuhan dan meminimumkan
pertikaian.
119. Permohonan ketetapan kastam hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk
dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada fi
yang ditetapkan
120. Apabila suatu permohonan untuk ketetapan kastam diterima, Ketua Pengarah
akan membuat ketetapan yang diminta oleh orang berkenaan dan akan berkuat
kuasa daripada tarikh yang dinyatakan dalam ketetapan.
121. Seseorang yang telah memperoleh ketetapan kastam dikehendaki
memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah maklumat berikut: -
(i) Sama ada terdapat perubahan ketara yang dibuat kepada pengaturan
yang dikenal pasti dalam ketetapan kastam;
(ii) Sama ada orang itu menerima ketetapan kastam dan berhasrat untuk
mengaplikasikan ketetapan itu kepada pengaturan tersebut; dan
(iii) Sama ada orang itu telah memulakan atau melaksanakan pengaturan
yang baginya ketetapan kastam itu dimohon.
122. Mana-mana ketetapan kastam yang dikeluarkan bagi maksud apa-apa
pengaturan adalah muktamad dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap ketetapan itu.
123. Jika suatu peruntukan Akta Cukai Jualan dipinda atau dimansuhkan yang
berkaitan dengan ketetapan kastam yang dikeluarkan, ketetapan itu hendaklah
dianggap sebagai tidak terpakai berkuat kuasa dari tarikh peruntukan itu dipinda
atau dimansuhkan.
124. Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah bagi ketetapan
kastam di bawah seksyen 43 Akta Cukai Jualan 2018 mengenai perkara yang
berikut:
(i) Klasifikasi barangan kena cukai;
(ii) Penentuan orang kena cukai;
(iii) Prinsip-prinsip yang akan diguna pakai untuk tujuan penentuan nilai
barang-barang kena cukai;
(iv) Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN KAWASAN YANG DITETAPKAN
(KD)
125. Di bawah Bahagian VIII Akta Cukai Jualan 2018, tafsiran Malaysia dan
kawasan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
(i) ‘Malaysia' tidak termasuk kawasan yang ditetapkan dan kawasan khas;
(ii) 'Kawasan yang ditetapkan' bermaksud Labuan, Langkawi, dan
Tioman;
(iii) 'Langkawi' bermaksud Pulau Langkawi dan semua pulau yang
berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau
Langkawi daripada tanah besar.
(iv) ‘Labuan’ bermaksud Pulau Labuan dan pulau takluknya, iaitu Rusukan
Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan Daat.
(v) ‘Tioman' bermaksud Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis,
Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat.
126. Akta Cukai Jualan 2018 tidak terpakai bagi apa-apa barang kena cukai yang
dikilangkan di KD selain petroleum. Barang-barang kena cukai yang dikilang dan
dijual, digunakan atau dilupuskan atau diangkut dalam KD selain petroleum tidak
tertakluk kepada cukai jualan.
127. Mana-mana barang yang dikenakan cukai yang diimport ke KD dari luar
Malaysia atau dihantar ke KD dari Malaysia tidak tertakluk kepada cukai jualan
melainkan yang telah ditetapkan dalam Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai
Jualan Berkenaan Dengan Kawasan Ditetapkan) 2018.
128. Perintah tersebut menyatakan bahawa cukai jualan hendaklah dikenakan dan
dilevikan pada kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen 10 (2) Akta Cukai Jualan
2018 ke atas pengimportan:
(i) Wain, spirit, bir, minuman keras malta, tembakau dan produk tembakau
ke dalam KD;
(ii) Marmar dan ikan bilis ke dalam Langkawi; dan
(iii) Kenderaan bermotor ke dalam Tioman.
129. Barang-barang kena cukai yang diangkut di antara KD adalah tidak tertakluk
kepada cukai jualan.
130. Barang barang kena cukai yang diangkut dari KD ke Malaysia dianggap
sebagai barang import ke Malaysia. Cukai jualan hendaklah dibayar ke atas barang-
barang kena cukai tersebut pada masa pengimportan ke Malaysia. Nilai jualan
barang-barang kena cukai yang dikenakan cukai jualan akan ditentukan mengikut
perenggan 7 di atas.
131. Barang-barang kena cukai yang dibawa dari Malaysia ke KD dianggap seolah-
olah barang-barang tersebut telah dieksport dari Malaysia atau ke tempat di luar
Malaysia.
132. Barang-barang kena cukai dari KD ke Kawasan Khas (KK) tidak tertakluk
kepada cukai jualan.
PERMOHONAN PENGAMBILAN BALIK
133. Seksyen 40 memperuntukkan bahawa pengambilan balik itu boleh diguna
pakai ke atas barang-barang kena cukai selain daripada apa-apa barang yang
diisytiharkan oleh Menteri untuk dikenakan cukai atas pengimportan ke dalam DA.
PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN KAWASAN KHAS (KK)
134. Di bawah Bahagian VIII Akta Cukai Jualan 2018, tafsiran Malaysia dan
kawasan khas adalah seperti berikut:
a) ‘Malaysia' tidak termasuk kawasan yang ditetapkan dan kawasan khas;
b) 'Kawasan Khas' bermaksud sebarang zon bebas, gudang berlesen, gudang
pengilangan berlesen dan Kawasan Pembangunan Bersama.
135. Akta Cukai Jualan 2018 tidak terpakai bagi apa-apa barang kena cukai yang
dikilangkan di KK.
136. Barangan bercukai yang dikeluarkan dan dijual, digunakan atau dilupuskan
atau diangkut ke dalam KK tidak tertakluk kepada cukai jualan.
137. Tiada cukai jualan boleh dikenakan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang
kena cukai yang diimport ke dalam kawasan khas atau diangkut ke kawasan khas
dari Malaysia melainkan yang telah ditetapkan dalam Perintah Cukai Jualan
(Pengenaan Cukai Jualan Berkenaan Dengan Kawasan Khas) 2018.
138. Perintah tersebut menyatakan bahawa cukai jualan hendaklah dikenakan dan
dilevikan pada kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen 10 (2) Akta Cukai Jualan
2018 ke atas barang-barang berikut:
(i) Pengimportan barang-barang tertentu yang akan digunakan atau diguna
pakai di dalam suatu zon bebas di bawah seksyen 2 Akta Zon Bebas
1990. Barang-barang tersebut adalah seperti berikut:
(a) Trak angkat susun
(b) Kren
(c) Peralatan atau perabot pejabat
(d) Peralatan pemadaman kebakaran dan pengawalan pencemaran
(e) Kenderaan bermotor dan alat ganti
(f) Petroleum dan produk petroleum
(g) Tayar
(h) Bahan letupan dan bahan kimia
(i) Peralatan hawa dingin
(j) Alat bantu pengilangan
(k) Semua barang yang tidak digunakan secara langsung dalam aktiviti
yang diluluskan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Zon Bebas
1990.
(ii) Pengimportan wain, spirit, bir, minuman keras malta, tembakau dan hasil
tembakau ke dalam Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir.
139. Barang-barang kena cukai yang diangkut di antara KK tidak dikenakan cukai
jualan.
140. Barang-barang kena cukai yang diangkut dari KK ke Malaysia adalah dianggap
sebagai barang-barang tersebut diimport ke dalam Malaysia. Cukai jualan hendaklah
dibayar ke atas barang-barang kena cukai tersebut apabila diimport ke dalam Malaysia.
Nilai jualan barang-barang kena cukai yang dikenakan cukai jualan akan ditentukan
mengikut perenggan 7 di atas.
141. Barang-barang kena cukai yang diangkut dari Malaysia ke KK dianggap seolah-
olah barang-barang tersebut telah dieksport dari Malaysia atau ke tempat di luar
Malaysia.
142. Barang-barang kena cukai yang diangkut dari KK kepada KD tidak tertakluk
kepada cukai jualan.
PERMOHONAN PENGAMBILAN BALIK
143. Seksyen 40 memperuntukkan bahawa pengambilan balik adalah terpakai
kepada barang-barang kena cukai selain daripada apa-apa barang yang diisytiharkan
oleh Menteri untuk dikenakan cukai atas pengimportan ke dalam KK.
SEMAKAN SEMULA DAN RAYUAN
144. Mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan yang
dibuat oleh Ketua Pengarah boleh memohon untuk membuat semakan dan semakan
semula atas keputusan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga puluh (30) hari
dari tarikh pemberitahuan keputusan itu. Apabila menerima permohonan sedemikian,
Ketua Pengarah akan membuat keputusan dalam tempoh enam puluh (60) hari atau
dalam masa yang dapat dilaksanakan dan memberitahu orang itu.
145. Setiap permohonan untuk semakan yang dibuat di bawah seksyen 96 Akta
Cukai Jualan 2018 hendaklah dibuat dalam Borang SST-03.
146. Jika mana-mana orang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah
(termasuk keputusan selepas semakan dan semakan), dia boleh membuat rayuan
terhadap keputusan tersebut kepada Tribunal Rayuan Kastam dalam masa tiga puluh
(30) hari dari tarikh keputusan yang dipertikaikan itu. Apa-apa rayuan perlu dibuat
dalam bentuk yang ditetapkan bersama dengan fi yang ditetapkan.