The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Anugerah Pengurusan Pelanggan finale submit

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ersyna, 2021-09-29 01:00:11

Anugerah Pengurusan Pelanggan finale submit

Anugerah Pengurusan Pelanggan finale submit

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

jelas misi serta visi jabatan dan akhir sekali wujud semangat
kekitaan dikalangan warga jabatan. Sebanyak empat item (soalan)
telah diguna pakai untuk mengukur kategori ini.

SUASANA PERSEKITARAN ORGANISASI

120.00%
100.00%

80.00%
60.00%
40.00%
20.00%

0.00%

Terdapat hubungan Rakan sekerja Warga faham dan Wujud semangat

baik antara pihak memberi pengaruh jelas misi serta visi kekitaan dikalangan

pengurusan dan positif dalam jabatan warga jabatan

warga AKMAL persekitaran kerja

harian

Ya Tidak

Carta 4 : Suasana Persekitaran Organisasi

Purata (min) menyatakan ‘Ya’ sebanyak 96.4% dan purata (min)
menyatakan ‘Tidak’ sebanyak 3.6%. Keputusan ini secara
keseluruhannya menunjukkan tahap kepuasan warga kerja AKMAL
dari segi suasana persekitaran organisasi adalah tinggi dan mereka
berpuashati dengan suasana persekitaran jabatan.

e) Motivasi
Merupakan satu istilah yang digunakan untuk cuba
mengembangkan suasana pengurusan yang optimum samaada
daripada sudut pengiktirafan ataupun pemupukan minat bekerja.
Pemupukan minat dalam bekerja adalah sangat penting kerana
minat merupakan satu elemen yang akan mendatangkan kesan
dalam motivasi seseorang untuk terus bertindak dan merasai
kepuasan dalam pekerjaan. Bagi menilai suasana persekitaran
organisasi, ia telah dipecahkan kepada beberapa kategori seperti
berikut:

51

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

MOTIVASI

88.80% 82.50% Peluang untuk mendapat
pengiktirafan dan kenaikan
95.00% 86.30% pangkat

Pusingan kerja dan
penempatan yang diamalkan
oleh organisasi

Peluang mengikuti latihan /
kursus untuk kemajuan
kerjaya

Peluang untuk melanjutkan
pelajaran

Carta 5 : Motivasi

Purata (min) menyatakan ‘Ya’ sebanyak 88.1% dan purata (min)
menyatakan ‘Tidak’ sebanyak 11.9%. Keputusan ini secara
keseluruhannya menunjukkan tahap kepuasan warga kerja AKMAL
dari segi motivasi adalah tinggi dan mereka berpuashati dengan
peluang-peluang yang disediakan oleh jabatan untuk kemajuan
kerjaya.

f) Kesimpulan Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan mendapati warga kerja
AKMAL berpuashati bertugas dan berkhidmat di AKMAL
berdasarkan keempat-empat faktor yang diuji, iaitu Tugas dan
tanggungjawab, Kemudahan Jabatan, Suasana Persekitaran
Organisasi dan Motivasi. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan
warga AKMAL terhadap perkhidmatan, pengurusan dan
kemudahan yang disediakan oleh AKMAL sangat memuaskan dan
berada pada purata (min) 145.4 orang berbanding responden 160
atau 90.9% yang menyatakan ‘Ya’.

52

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

5.1.3 Tindakan Susulan yang telah dan akan diambil
a) Tugas dan Tanggungjawab (Beban tugas dan lain-lain)

Perlulah buat pusingan kerja 3 Tugas dan tanggungjawab Memberi kepercayaan
- 5 tahun di sesuatu bahagian yang diberi perlu sama rata pegawai walaupun baru dalam
termasuk kumpulan sokongan
mengikut pangkat sesuatu bidang agar dapat
melihat kredibiliti dan
kemampuan seseorang
pegawai

Tidak dibahagikan mengikut Diarah menjalankan tugas di
keupayaan pegawai luar skop kerja

Rajah 10 : Tindakan Susulan Tugas dan Tanggungjawab

b) Kemudahan Jabatan (Ruang pejabat, Kuaters, Pengangkutan,
Tempat Letak Kenderaan dan Lain-lain)

Kelengkapan peralatan Tempat letak Ruang pejabat agak
pejabat perlu diperbaiki kenderaan perlu terhad kerana
ditambah lagi dan bangunan lama
dan meja dan kerusi
yang terlalu lama perlu berbumbung

diganti

Kekurangan computer, Peruntukan tambahan Kuaters perlu ditambah
printer dan mesin bagi harta modal baik
Photostat. Terpaksa
berkongsi dengan khususnya peralatan
cawangan lain dan perkakasan
webinar

Perlu diatur semula Perlu disediakan ruang
untuk membezakan letak motosikal di
pegawai kanan dengan
pegawai sokongan Jabatan Penyelidikan
dan Pembangunan

(R&D)

Rajah 11 : Tindakan Susulan Kemudahan Jabatan

53

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

c) Suasana Persekitaran Organisasi (Rakan Sekerja Dan Lain-lain)

Suasana kurang selesa dengan Pengurusan perlu mengikut
wujudnya persekitaran yang ‘chain of command’ bukannya
sesetengahnya mementingkan
terus kepada pegawai
level jawatan. bawahan tanpa merujuk
Selalunya pegawai bawahan
atau sokongan yang diabaikan kepada penyelia

Ingin membuat kerja secara
team work tetapi mendapat

arahan dari ketua untuk
melaksanakan tugasan secara

sendiri dan ini menjadi
tekanan kepada staff

Rajah 12 : Tindakan Susulan Suasana Persekitaran Organisasi

d) Motivasi (Kenaikan Pangkat dan Lain-lain)

Melebihkan kuota pegawai yang Kenaikan pangkat mengikut Kenaikan pangkat perlu bersifat
mempunyai kelayakan yang lebih kekananan adil. Masih terdapat ramai lagi
tinggi untuk berpeluang menjawat Penguasa Kastam tahun 2015 yang

jawatan lebih tinggi atau tiada kenaikan
pengurniaan secara automatic
berdasarkan kelayakan akademik

demi kemajuan kerjaya

Mengiktiraf hasil kerja atau usaha Tingkatkan kuota kenaikan pangkat Markah SKT tidak patut dinilai
dengan pengiktirafan walaupun kepada pegawai yang mempunyai mengikut emosi

dalam bentuk sijil KPSL

Rajah 13 : Tindakan Susulan Motivasi

5.2 Kajian Kepuasan Pengurusan Pelanggan Luaran AKMAL untuk Tempoh
Julai hingga Disember 2020
Kajian ini dibuat untuk menilai kepuasan pelanggan luaran AKMAL seperti yang
telah ditetapkan di dalam Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2015 AKMAL iaitu
Prosedur Sokongan: Pengendalian Maklumbalas Pelanggan [PK(S)AKMAL.04].
Mengikut Prosedur Sokongan PK(S)AKMAL.4 pelanggan didefinisikan sebagai
meliputi stakeholder, anggota AKMAL, peserta-peserta kursus, orang awam yang
berurusan dengan Pengurusan AKMAL, pelawat-pelawat dan agensi luar yang
berkaitan. Bagi kajian ini, responden untuk menilai tahap kepuasan pelanggan
luaran AKMAL adalah terdiri daripada peserta-peserta kursus yang menghadiri

54

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

kursus di AKMAL Induk, AKMAL Cawangan Selatan dan AKMAL Cawangan
Timur.

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti dan menilai tahap
kepuasan pelanggan luaran AKMAL dalam empat aspek utama iaitu:

i. Pencapaian Objektif dan Isi Kandungan Kursus;
ii. Faedah Yang Diperolehi;
iii. Kemudahan Yang Disediakan; dan
iv. Keberkesanan Tenaga Pengajar

Kajian ini akan menilai tahap kepuasan pelanggan luaran AKMAL melalui 13
kursus yang telah dijalankan sepanjang tempoh Julai sehingga Disember 2020.

5.2.1 Proses Kajian

Kajian ini melibatkan pegawai-pegawai dari pelbagai gred jawatan yang
telah menghadiri kursus di AKMAL Induk, AKMAL Cawangan Selatan
dan AKMAL Cawangan Timur. Terdapat empat pemboleh ubah utama
untuk menerangkan kedudukan tahap kepuasan pelanggan luaran
AKMAL iaitu pencapaian objektif kursus dan isi kandungan kursus,
faedah yang diperolehi dari kursus yang dihadiri, kemudahan yang
disediakan dan keberkesanan tenaga pengajar yang terdiri daripada
pensyarah, jurulatih dan fasilitator.
Data-data bagi kajian ini merupakan data sekunder yang diambil dari
laporan-laporan penilaian reaksi kursus-kursus yang dimuat turun dari
Sistem AKMAL2U. Data yang diperolehi dari Sistem AKMAL2U telah
dianalisis dan disenaraikan di dalam jadual mengunakan perisian
Microsoft Excel. Kaedah statistik yang digunakan untuk menganalisa
data adalah kaedah statistik diskriptif.

5.2.2 Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini merangkumi data kursus-kursus yang dijalankan pada
Julai hingga Disember 2020 bagi 7 jabatan pengajian seperti di dalam
Jadual 1 berikut:

55

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

BIL JABATAN JUMLAH KURSUS

1 JTEK 7
2 JKEP 1
3 JPL 0
4 JICT 4
5 JPAP 1
6 JHEP 0
7 JP&P 0
13
Jumlah Kursus

Jadual 1 : Jumlah Kursus Mengikut Jabatan Pengajian

Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus yang dijalankan oleh Jabatan
Pengajian Luar (JPL) yang berstatus antarabangsa atau melalui
Kerjasama Bestari, penilaian bagi kursus ini tidak dilakukan dan ia tidak
terlibat dengan tahap pencapaian yang ditetapkan dalam MS ISO
AKMAL.

a) Pencapaian Objektif dan Isi Kandungan Kursus

Pencapaian • Memastikan sejauh manakah objektif kursus-kursus yang telah dilaksanakan oleh AKMAL induk atau
Objektif cawangan tercapai.

• Skor purata (min) keseluruhan bagi pencapaian objektif kursus berada di tahap tercapai iaitu 4.87.

• Kesimpulannya, pencapaian objektif kursus ini menunjukkan bahawa kursus-kursus yang dijalankan
telah mencapai matlamat yang disasarkan.

Peratus • Pencapaian Objektif (Peratus) keseluruhan adalah 94.79%.
Pencapaian
• Kesimpulannya, semua kursus yang dilaksanakan dalam setengah tahun kedua 2020 telah melebihi
tahap Pencapaian Objektif Kualiti yang ditetapkan oleh MS ISO AKMAL iaitu melebihi 85% dan berada
pada tahap yang cemerlang.

Faktor Isi • Menentukan sama ada isi kandungan dalam modul yang disediakan dapat mencapai kehendak
Kandungan objektif kursus yang dihadiri.

Kursus • Skor purata (min) keseluruhan bagi aspek Kesesuaian Isi Kandungan Kursus berada di tahap tercapai
iaitu 4.76.

• Kesimpulannya, modul-modul kursus yang dibangunkan oleh AKMAL adalah praktikal dan menepati
keperluan warga Jabatan dalam melaksanakan tugasan.

• Di samping itu, tindakan pihak AKMAL dalam mengemaskini modul yang sedia ada dari masa ke
semasa menjadikan modul-modul kursus yang ada selari dengan perkembangan terkini.

Rajah 14 : Pencapaian Objektif dan Isi Kandungan Kursus

56

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

b) Faedah Yang Diperolehi
Faktor faedah yang diperolehi ini diukur bagi menentukan sama ada
kursus ini dapat memberi pengetahuan yang berguna yang boleh
diaplikasikan di tempat kerja dan boleh meningkatkan lagi
kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan tugas. Analisis
bagi faedah yang diperolehi meliputi tiga aspek seperti di Rajah 8
berikut:

•Skor purata (min) keseluruhan bagi aspek Faedah Yang Diperolehi (Pengetahuan Baru)

adalah 4.87 pada bersetuju dan sangat bersetuju.

•Kesimpulannya, pelaksanaan kursus sepanjang setengah tahun kedua 2020 menunjukkan
Pengetahuan bahawa kursus-kursus yang dilaksanakan AKMAL telah berjaya memberi ilmu dan
pengetahuan baru kepada peserta kursus.
Baru

•Skor purata (min) keseluruhan aspek Faedah Yang Diperolehi (Diaplikasi di Tempat Kerja)

adalah 4.81 iaitu berada pada tahap bersetuju dan sangat bersetuju.

•Kesimpulannya, peserta bersetuju bahawa pengetahuan dan ilmu yang mereka perolehi

Aplikasi di semasa berkursus dapat diaplikasikan di tempat kerja dan ini bermakna kursus yang
dilaksanakan di AKMAL dapat membantu mereka dalam menjalankan tugasan dengan
Tempat Kerja lebih efektif dan efisien.

Peningkatan •Skor purata (min) keseluruhan aspek Faedah Yang Diperolehi (Peningkatan Sikap) adalah
Sikap 4.85 pada tahap bersetuju dan sangat bersetuju

•Kesimpulannya, kursus-kursus di AKMAL dalam setengah tahun kedua ini telah berjaya
dalam mengubah sikap peserta dalam memahami konsep kerja mereka dan membantu
dalam usaha meningkatkan produktiviti kerja mereka.

Rajah 15 : Faedah Yang Diperolehi

c) Kemudahan
Faktor kemudahan ini penting untuk dikaji bagi menentukan
peserta-peserta yang hadir berkursus di AKMAL merasa selesa dan
berpuashati dengan kemudahan yang disediakan sepanjang
mereka berkursus. Analisis bagi kemudahan meliputi sembilan
aspek seperti di Rajah 9 berikut:

57

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

Nota ( Hardcopy / Softcopy )

•Kemudahan nota secara keseluruhannya mencapai skor purata (min) iaitu 4.54 dan berada
pada tahap memuaskan. Kebanyakan nota yang diberikan kepada peserta adalah dalam
bentuk softcopy yang mana ianya dilihat lebih praktikal dan menjimatkan kos.

Bahan Rujukan

•Kemudahan bahan rujukan mencapai skor purata (min) iaitu 4.55 dan dilihat mencukupi dalam
memenuhi keperluan peserta ketika menjalani sesi pembelajaran di AKMAL.

Alat Bantuan Mengajar

•kemudahan alat bantuan mengajar mencapai skor purata (min) iaitu 4.61 dan ini bermakna
kemudahan alat bantuan mengajar di AKMAL adalah mencukupi dan berada dalam keadaan
yang baik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan kursus.

Komputer/WIFI

•Keseluruhannya, kemudahan komputer / WIFI mencapai skor purata (min) iaitu 4.18 dan
berada pada tahap memuaskan.

Bilik Kuliah

•Kemudahan bilik kuliah mencapai skor purata (min) iaitu 4.69 dan ini menunjukkan AKMAL
berjaya menyediakan fasiliti pembelajaran yang kondusif serta mencukupi dalam menampung
jumlah peserta yang berkursus di AKMAL.

Perpustakaan

•Kemudahan perpustakaan mencapai skor purata (min) iaitu 4.24. Kebanyakan peserta tidak
menilai kemudahan ini kerana bahan rujukan dan maklumat yang mencukupi telah diberikan
oleh pensyarah semasa kursus dijalankan. Selain itu, peserta turut membuat rujukan serta
memperoleh bahan bacaan dan bahan rujukan secara online melalui kemudahan
komputer/WIFI yang disediakan.

Alat Sukan

•Kemudahan alat sukan mencapai skor purata (min) iaitu 4.51. Kemudahan ini tidak mendapat
penilaian yang menyeluruh kerana peserta jarang menggunakan kemudahan alatan sukan
semasa berkursus di AKMAL.

Penginapan

•Kemudahan penginapan mencapai skor purata (min) iaitu 4.36 dan menunjukkan pengurusan
asrama dan penginapan adalah dalam keadaan yang baik dan memuaskan bagi menjamin
keselesaan kepada peserta kursus.

Makanan

•Kemudahan makanan mencapai skor purata (min) iaitu 4.30. Ini menunjukkan bahawa peserta
kursus berpuashati dengan perkhidmatan makanan yang disediakan kerana ia telah mencapai
kualiti yang telah ditetapkan dan berjaya memenuhi keperluan peserta.

Rajah 16 : Kemudahan

d) Keberkesanan Tenaga Pengajar
Faktor tenaga pengajar ini dikaji bagi memastikan kaedah
pengajaran yang berkesan. Ia dilihat dari aspek kebolehan dan
kemampuan tenaga pengajar untuk meyampaikan maklumat,
persediaan tenaga pengajar dan kaedah penyampaian yang
digunakan. Analisis bagi Keberkesanan Tenaga Pengajar meliputi
tiga aspek seperti di Rajah 17 berikut:

58

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

Penyampaian Tenaga •Isi kandungan = Isi kandungan modul telah disampaikan dengan baik dan berkesan
Pengajar kepada peserta kursus.

Persediaan Mengajar •Persembahan = Teknik persembahan oleh tenaga pengajar dalam menyampaikan
syarahan bagi setengah tahun kedua 2020 adalah berkesan dalam meningkatkan
Kaedah Mengajar pemahaman dan menarik perhatian peserta kursus.

•Kaitan = Tenaga pengajar berjaya dalam membuat perkaitan mengenai teori dan
implementasi bagi meningkatkan pemahaman peserta kursus.

•Latih amal = Latih amal yang diberikan tenaga pengajar dilihat amat berguna dalam
menguji dan meningkatkan pemahaman peserta kursus.

•Nota = Nota yang diberikan oleh tenaga pengajar kepada peserta kursus adalah
sangat berinformasi dan dapat dijadikan panduan dalam menjalankan tugas di
lapangan.

•Alat bantuan mengajar = Alat bantuan mengajar yang digunakan sewaktu sesi
pengajaran amat membantu dalam memastikan penyampaian syarahan yang lancar
serta berkesan.

•Penggunaan masa = Tenaga pengajar telah berjaya mengoptimumkan peruntukkan
masa yang digariskan dalam modul semasa sesi pengajaran.

•Syarahan = Kaedah pengajaran melalui teknik syarahan blended learning yang
dipraktikkan amat berkesan dalam penyampaian input pembelajaran.

•Demonstrasi = Kaedah mengajar secara demonstrasi dilihat dapat mempelbagaikan
kaedah penyampaian pengajaran dalam usaha menarik perhatian dan fokus peserta
kursus.

•Simulasi = Kaedah mengajar secara role play / simulasi merupakan salah satu kaedah
mengajar yang berinteraktif dan dapat meningkatkan penglibatan peserta semasa
sesi pembelajaran.

•Latih amal / Kajian kes = Teknik pengajaran melalui latih amal / kajian kes dilihat
amat berkesan dalam menguji dan mengukur tahap pemahaman peserta sekaligus
dapat membantu mencapai hasil pembelajaran seperti yang digariskan di dalam
modul kursus.

Rajah 17 : Keberkesanan Tenaga Pengajar

e) Kesimpulan Dapatan Kajian
Dari taburan diskriptif yang dibentangkan dapat dirumuskan secara
amnya bahawa pelanggan-pelanggan luaran AKMAL yang terdiri
dari peserta-peserta kursus anjuran AKMAL berpuashati dengan
kursus-kursus yang telah dijalankan. Mereka juga bersetuju dengan
apek utama iaitu Isi Kandungan Latihan di mana Pencapaian
Objektif Kursus dan Peratus Pencapaian Objektif Kursus melebihi
standard yang ditetapkan MS ISO 2001:2015 iaitu sekurang-
kurangnya skor purata (min) 3.00 dan 85% ke atas. Manakala
faedah yang diperolehi dari kursus yang meliputi 3 aspek iaitu
Pengetahuan Baru, Diaplikasi di Tempat Kerja dan Peningkatan
Sikap juga menunjukkan melebihi skor purata (min) 3.00. Secara
keseluruhannya pelanggan-pelanggan luaran AKMAL amat
berpuashati dengan pencapaian objektif kursus yang dijalankan di
AKMAL bagi setengah tahun kedua 2020 ini. Peratusan
keseluruhan pada tahap 94.79% adalah sangat baik dan mencapai
tahap Objektif Kualiti MS ISO 9001:2015 yang ditetapkan iaitu pada
tahap sekurang-kurangnya 85%. Dari aspek kemudahan-
kemudahan berkaitan latihan yang disediakan di AKMAL secara

59

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

amnya pelanggan AKMAL berpuas hati dengan kemudahan-
kemudahan yang disediakan secara keseluruhan. Walau
bagaimanapun, sebagai langkah penambahbaikan adalah
disarankan pihak Pengurusan AKMAL terus mempertingkatkan lagi
kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh para pelanggan
luaran AKMAL. Ini termasuk kemudahan berkaitan dengan bahan
rujukan, alat bantuan mengajar, komputer, bilik kuliah, penginapan,
kemudahan makanan, perpustakaan, alat sukan dan juga nota.

5.2.3 Tindakan susulan yang telah dan akan diambil
Dari aspek kemudahan-kemudahan yang disediakan berkaitan dengan
latihan, pelanggan luaran AKMAL juga amat berpuas hati dengan
kemudahan-kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun,
dicadangkan langkah-langkah penambahbaikan seperti berikut perlu
dipertimbangkan oleh Pengurusan AKMAL untuk meningkatkan lagi
tahap kepuasan pelanggan luaran AKMAL:

a) Adalah dicadangkan agar kemudahan WIFI di AKMAL
dipertingkatkan tahap kelajuannya bagi tujuan pembelajaran yang
lebih lancar. Berikutan penularan pandemic Covid-19 yang
melanda, pembelajaran peserta secara maya atau dalam talian
merupakan cara terbaru dalam usaha AKMAL untuk menjalankan
kursus dan memberikan latihan kepada para peserta. Pelbagai
kursus secara Webinar akan dijalankan dan ini bermakna pihak
AKMAL memerlukan rangkaian internet yang berkelajuan tinggi
dalam memastikan perjalanan webinar itu lancar dan berjaya.

b) Pihak urusetia MS ISO AKMAL perlu mengadakan latihan &
bengkel (KSA) mengenai Prosedur-prosedur MS ISO AKMAL
kepada warga AKMAL yang baru dan sedia ada. Pendedahan ini
amat perlu supaya mereka dapat memahami dan dapat
mengaplikasi serta menggunakan borang yang betul dalam
menyelaras kursus-kursus jabatan. Selain itu, warga AKMAL yang
juga merupakan penyelaras dan urus setia kursus perlu
dimaklumkan tentang sebarang pindaan terbaru mengenai
Prosedur-prosedur MS ISO AKMAL.

60

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

c) Penyelaras Kursus perlu peka mengenai Pelan Pengurusan Risiko
dan Peluang dalam mengawal sebarang risiko yang boleh memberi
impak negatif termasuk kegagalan mencapai Objektif Kualiti yang
ditetapkan. Sebarang ketidakakuran perlu dilaporkan melalui
Laporan Keseluruhan Penilaian Reaksi Kursus di samping
pemantauan berterusan berkenaan Prosedur Kerja Wajib [PK(W)
AKMAL. 04] Prosedur Kawalan Output Tidak Akur serta Tindakan
Pembetulan perlu diambil segera selaras dengan Prosedur Kerja
Wajib [PK(W) AKMAL.05] Tindakan Pembetulan.

d) Kemudahan bilik kuliah juga perlu diberi perhatian kerana kursus
yang dijalankan di AKMAL sering melibatkan jumlah peserta yang
ramai. Kekurangan bilik kuliah yang selesa dan bilik kuliah yang
berkeadaan baik sering menjadi isu yang akan diutarakan oleh
peserta kursus. Di antara isu-isu bilik kuliah yang perlu diambil berat
ialah kerosakan penghawa dingin dan juga kemudahan LCD
projektor.

e) Mesyuarat bersama pembekal perlu diadakan sebelum, semasa
dan juga selepas kursus diadakan terutamanya yang melibatkan
kursus jangka panjang bagi memastikan kualiti dan kuantiti bekalan
makanan serta minuman menepati syarat kontrak perkhidmatan
yang telah dipersetujui bersama.

61

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

6.1 Buku Program Tahunan AKMAL Secara Digital
6.1.1 Pendahuluan
AKMAL merupakan sebuah institusi latihan di bawah Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) serta mendapat pengiktirafan sebagai Regional
Training Centre (RTC) bagi rantau Asia Pacific oleh World Customs
Organization (WCO). Oleh yang demikian, bagi menjamin
kewibawaannya di tahap yang cemerlang, AKMAL sentiasa
mengemaskini dan memastikan pencapaiannya berada seiring atau
melebihi institusi yang lain baik di dalam dan luar negara baik dari segi
latihan ataupun pengurusan sumber manusianya. Sehubungan dengan
itu, AKMAL sentiasa peka kepada perkembangan semasa dunia dan
bertindak mengikut keperluan tersebut agar AKMAL tidak ketinggalan.
Pada masa yang sama, AKMAL juga harus mengambil langkah yang
proaktif serta kreatif untuk mengatasi keperluan semasa bagi kegunaan
masa hadapan yang lebih efektif. Oleh yang demikian, sepertimana
institusi yang lain dan mengambil kira AKMAL sebagai sebuah institusi
latihan yang diiktiraf, AKMAL juga menyediakan buku program
tahunannya atau senarai kursus tahunan. Buku Program Tahunan
merupakan salah satu medium yang digunakan oleh AKMAL untuk
memaklumkan butiran kursus atau latihan AKMAL kepada pelanggan
AKMAL samaada dalaman ataupun luaran untuk sepanjang sesuatu
tahun. Ianya merupakan salah satu medium yang efektif untuk mewar-
warkan kepada warga JKDM.

6.1.2 Status Perlaksanaan
Buku Program Tahunan AKMAL sebelum ini disediakan dengan
menggunakan kepakaran perekanya sendiri untuk kreativiti dan ”design”.
Ianya disediakan dalam bentuk salinan ”hard copy” dan seterusnya
diedarkan kepada warga AKMAL, semua Pengurusan Tertinggi JKDM
serta pelawat yang melawat AKMAL. Melalui kaedah ini, perbelanjaan
yang terlibat adalah pencetakan dan wang kiriman pos. Oleh yang
demikian, dengan mengambilkira faktor-faktor di Rajah 11, AKMAL telah

62

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

mengambil inisiatif dengan mengubah bentuk penyediaannya pada
tahun ini.

Kemahiran
Individu

Teknologi
Terkini

Perkembangan
semasa

Rajah 18 : Faktor-faktor Terkini Penyediaan Buku Program

Penyediaan Buku Program Tahunan AKMAL disediakan secara dalam
talian (secara maya). Kaedah ini secara tidak langsung dapat mewar-
warkan perancangan latihan tahunan AKMAL dan dapat diakses oleh
semua warga JKDM. Melalui kaedah ini juga, aktiviti pencetakan dan
pengagihan tidak lagi diperlukan. Ini secara langsung dapat menjimatkan
kos pencetakan dan kiriman pos serta secara tidak langsung dapat
menjimatkan masa penyediaannya. Anggaran kos yang dapat dijimatkan
adalah sebanyak RM 15,000.00 setahun.

6.1.3 Proses Penyediaan
Penyediaan Buku Program Latihan Tahunan AKMAL telah
dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Penyelidikan dan
Pembangunan (JP&P), AKMAL. Pada suku ketiga akhir setiap tahun,
JP&P akan melaksanakan satu bengkel bagi penyediaan buku tersebut.
Proses yang terlibat untuk tahun sebelum ini adalah seperti di dalam
Rajah 12 berikut dan kebiasaanya proses ini mengambil masa sehingga
empat (4) ke lima (5) bulan.

63

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

1. Kajian TNA/TNI 8. 9.
•Setelah mendapat kelulusan •Setelah mendapat kelulusan,
•Menyerahkan sesalinan hasil
kajian TNA/TNI kepada semua daripada Pengarah AKMAL, JP&P akan berurusan
Jabatan Pengajian di AKMAL seterusnya akan dengan syarikat pencetakan
bagi merancang dan seterusnya
menyenaraikan kursus yang dibentangkan kepada Ketua berkenaan.
Pengarah Kastam
akan dicadangkan untuk 10.
dilaksanakan pada tahun yang 7. •Pembentangan deraf untuk
•Menghadiri bengkel dan
berkenaan. menyediakan deraf buku mendapatkan kelulusan
pencetakan
2. program tersebut dan
seterusnya pembentangan.
•Mendapatkan bilangan pegawai
yang akan menghadiri bengkel
tersebut.

3. 6. 11.
•Mendapatkan •Mengeluarkan memo
tarikh/tempat/kos untuk berbengkel kepada semua •Pencetakan dan seterusnya
melaksanakan bengkel buku pegawai yang terlibat. pengedaran
program tersebut.
•Menempah secara tidak formal 5.
sebelum mendapat kelulusan •Setelah mendapat
daripada pihak atasan. kelulusan, membuat
•Mendapatkan syarikat pengesahan penempatan
serta menyedia dan
pencetakan. menyerahkan dokumen
yang berkaitan kepada
4. pihak yang berkenaan.
•Menyediakan dan menghantar
dokumen kewangan kepada Unit
Kewangan AKMAL dan Ibu Pejabat.

Rajah 19 : Proses Kerja Penyediaan Buku Program Terdahulu

Sehubungan dengan itu, dengan mengambil kira faktor-faktor seperti di
para b di atas, proses kerja untuk menyediakan buku program tahunan
ini akan berubah di proses kerja nombor tiga (3), sembilan (9) dan tiada
lagi proses kerja di nombor sepuluh (10) dan sebelas (11) iaitu tiada lagi
proses yang melibatkan pencetakan dan pengedaran secara fizikal.
Rajah 13 menunjukkan proses kerja semasa. Seterusnya proses untuk
mewar-warkan kepada warga JKDM mengenai Program Latihan
Tahunan AKMAL tersebut akan dilakukan melalui e-mel jabatan. Oleh
yang demikian, tempoh penyediaannya juga dapat dipendekan daripada
empat (4) atau lima (5) bulan kepada dua (2) bulan.

64

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

1. Kajian TNA/TNI 6. 7.

• Menyerahkan sesalinan hasil kajian • Mengeluarkan memo berbengkel kepada • Menghadiri bengkel dan menyediakan
TNA/TNI kepada semua Jabatan semua pegawai yang terlibat. deraf buku program tersebut dan
Pengajian di AKMAL bagi merancang dan seterusnya pembentangan.
seterusnya menyenaraikan kursus yang
akan dicadangkan untuk dilaksanakan 5. 8.
pada tahun yang berkenaan.
• Setelah mendapat kelulusan, membuat • Setelah mendapat kelulusan daripada
2. pengesahan penempatan serta menyedia Pengarah AKMAL, seterusnya akan
dan menyerahkan dokumen yang dibentangkan kepada Ketua Pengarah
• Mendapatkan bilangan pegawai yang berkaitan kepada pihak yang berkenaan. Kastam
akan menghadiri bengkel tersebut.

3. 4. 9.

• Mendapatkan tarikh/tempat/kos untuk • Menyediakan dan menghantar dokumen • Setelah mendapat kelulusan, JP&P akan
melaksanakan bengkel buku program kewangan kepada Unit Kewangan AKMAL menyerahkan kepada JICT untuk
tersebut. dan Ibu Pejabat. memuatnaik ke dalam laman web AKMAL
dan AKMAL2U.
• Menempah secara tidak formal sebelum
mendapat kelulusan daripada pihak
atasan.

Rajah 20 : Proses Kerja Penyediaan Buku Program Semasa

6.1.4 Status Perkembangan
Persediaan buku program pada tahun ini adalah di proses kerja nombor
tiga dalam Rajah 13 berkenaan. Walau bagaimanapun, proses kerja
tersebut telah melalui proses pembaharuan dengan mengambilkira faktor
pandamik Covid-19 yang melanda seluruh Malaysia pada masa sekarang.
JP&P akan melaksanakan bengkel dan persediaan program tahunan
AKMAL untuk tahun 2022 secara dalam talian melainkan AKMAL Melaka
berada dalam fasa ke-tiga di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
Sehubungan itu, status perkembangan persediaan buku program tahun ini
sedang berada di proses kerja nombor tujuh (7).

6.1.5 Kesimpulan
Secara keseluruhanya, AKMAL sentiasa mengorak langkah dengan
pelbagai inisiatif dan tindakan proaktif untuk memastikan AKMAL sentiasa
bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan pada masa yang
sama mengekalkan pengiktirafan yang telah diperolehinya.

65

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

Lampiran 1 : Surat Lantikan Pengerusi SPP

66

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

Lampiran 2 : Surat Lantikan Ahli Pasukan SPP

67

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

Lampiran 3 : Minit Pelaksanaan Perintah Am Jabatan Bil 112-Standard Perilaku Pegawai
AKMAL Melaka Bilangan 1/2021

68

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

69

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

70

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

Lampiran 4 : Minit Pelaksanaan Perintah Am Jabatan Bil 112-Standard Perilaku Pegawai
AKMAL Melaka Bilangan 2/2021

71

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA MELAKA

72


Click to View FlipBook Version