The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-08-01 23:36:40

Minit HEM BIL.2 2018

Minit HEM BIL.2 2018

SK.TANJUNG BATU KERAMAT

Peti Surat 1474

91008 TAWAU Tel: 089-765 413
Faks: 089-765412
E-mail: [email protected]

Ruj: SKTBKT/700-0( 7 )
Tarikh: 11 Mei 2018

MINIT MESYUARAT HEM BIL.2/2018

Tarikh : 07 Mei 2018
Hari : Isnin
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Rafflesia

KEHADIRAN:

1. En. Rahmat Ariffin - Guru Besar

2. Pn. Afian Manupe - Pen. Kanan HEM

3. En. Saharun Yusop - Pen. Kanan 1/Pentadbiran

4. Pn. Beda Jeking - Pen. Kanan Kokurikulum

5. Pn.Jumiati Supu

6. Cik Siti Nuraishah Hussin

7. Cik Nor Saadah Ab. Halim

8. Pn. Fatima Lahaji

9. Pn. Azimah Mohamed

10. Pn. Nooraida Mansur

11. En. Misdifian Uddin

12. Pn. Dhora Dabal

13. En. Herri Taleba

14. En. Hamatan Sahari

15. Pn. Habibah Mohd Kassim

16. Pn. Dg Zurain Asdelina Ag Paun

17. Pn. Fatimah Diun

18. En. Zul Fahmi Mohd Yusof

19. Pn. Rozianah Nahar

20. En. Mohd Faudzeli Mohd Salleh

21. Pn. Sarifah Mappa

22. Pn. Yusnitah Yasso

23. Pn. Noor Fadzilah Che Zainul Abidin

24. Pn. Rossilah Dullah

25. Pn. Hamsiah Lenter

1

26. Pn. Norainie Ag Damit - Mesyuarat Fasilitator KBS PPKI Peringkat Negeri
27. Pn. Zainon Sidik - Mesyuarat Fasilitator KBS PPKI Peringkat Negeri
28. Pn. Hamsia Suruki - Mesyuarat Fasilitator KBS PPKI Peringkat Negeri
29. Pn. Saddiah Bachok - Mesyuarat Fasilitator KBS PPKI Peringkat Negeri
30. Pn. Rusdianah Ahmad - Mesyuarat Fasilitator KBS PPKI Peringkat Negeri
31. En. Saiful Azmi Md Desa - Hospital
32. Cik Aqilah Nasir - Hospital
33. Pn. Vivi Octavia Othman - Hospital
34. Cik Nurul Afiqah Mahyuddin - Cuti Sakit
35. En. Mohd Azman Junus - Sakit
36. Pn. Emiliah Kusasih@Kusasi - CRK
37. En. Nasir Lanus - Tiada Makluman
38. En. Kamil Mahmud
39. Pn. Raziah Jalil
40. Pn. Roseyanti Madda
41. Pn.Rosnani Syed Aidit
42. Pn. Suaibah Setopal
43. Pn. Marlinah Madong
44. Pn. Masaniah Ahmad
45. Pn. Haslina Harith
46. Pn. Rosmah Matli
47. En. Asir Atong
48. Hj. Maddimunri Lahama
49. Pn. Khamsiah Abdul Rachman
50. Pn. Noor Hafizah Hoton
51. En. Nordin Abdullah

Tidak Hadir :

1. Hj. Mazlan Mohd Noor
2. En. Mustamin Latipah
3. En. Mohd Esham Arafat Abd Mumin
4. Cik Sofiah Baharin
5. En. Mohd Hapipi Azhar Sapiling
6. Pn. Mariyanti Sardi
7. Pn. Norliewati Hassan
8. Hj. Abelto @ Mohd Afif Hj. Atawi
9. Pn. Nurul Asmah Alif Mohd Nordin
10. Pn. Radimah OT Abd. Rahman
11. Pn. Patriciawati Pelipos Beo
12. En. Ruslan Abd. Majid

2

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2018
4. Perkara Berbangkit
5. Skpmg2 – Standard 3.3
6. Laporan Unit Hem Sem 1 (Jan-April)
7. Literasi Undang-Undang
8. SSDM
9. E-Rekod Kesihatan Murid (E-RKM)
10. PPDa Dan Program Kotak
11. SPKS- Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah
12. Hal-Hal Lain

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan dengan surah Al-Fatihah.

1.2 Terima kasih kehadiran guru-guru

1.3 Terima kasih kepada semua Unit HEM atas pelaksanaan program sepanjang
Januari hingga April 2018.

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam Program Jelajah KPM di
Eastern Plaza pada 05-06 Mei 2018.

2.2 Tahniah kepada penerima APC 2017, semoga memberi suntikan untuk lebih
cemerlang.

2.3 Mesyuarat HEM adalah satu platform untuk guru-guru bersuara berkenaaan
sahsiah dan kebajikan murid.

2.4 Tahap disiplin dan kehadiran murid SK Tg Batu Keramat berada di tahap yang
cemerlang dan telah menjadi bualan orang luar.
Tindakan : Makluman

2.5 Diharapkan tiada keciciran dan terlepas pandang murid yang memang layak
menerima bantuan.

2.6 Unit Bantuan perlu menyediakan takwim dalam pengurusan borang terutama
borang kosan dan tidak perlu tunggu arahan daripada PPDT. Sediakan awal dan
bila data diminta, unit bantuan boleh menghantar dengan kadar segera.

Tindakan : Unit Bantuan

3

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Disahkan Oleh : En. Kamil Mahmud
3.2 Disokong Oleh :En. Zul Fahmi Mohd Yusof

4.0 PERKARA BERBANGKIT
4.1 Guru diminta mematuhi SOP penghantaran e-RPH dan sekiranya menghadapi
masalah penghantaran sila maklumkan kepada Guru Besar.

4.2 Baiki cara penulisan aktiviti dan refleksi dalam e-RPH dan contoh penulisan akan
dimasukkan ke telegram Keramat Official.
Tindakan : Semua Guru

5.0 SKPMg2-STANDARD 3.3
5.1 Sesebuah sekolah akan terurus sekiranya mampu mengambil tindakan
berdasarkan SKPMg2.

5.2 Unit HEM perlu berkongsi pekeliling dengan guru-guru dalam mesyuarat bagi
menambah pengetahuan guru.

5.3 Standard 3.3 : Pengurusan Hal Ehwal Murid
1. Aspek 3.3.1 : Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
2. Aspek 3.3.2 : Pengurusan Disiplin Murid
3. Aspek 3.3.3 : Pengurusan Keselamatan Murid
4. Aspek 3.3.4 : Pengurusan Kesihatan Murid
5. Aspek 3.3.5 : Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
6. Aspek 3.3.6 : Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(Bimbingan dan Kaunseling)
7. Aspek 3.3.7 : Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(Pentaksiran Psikometrik)
Tindakan : Makluman

6.0 LAPORAN UNIT HEM SEMESTER 1 (JAN-FEB)
• Rujuk Lampiran.

7.0 LITERASI UNDANG-UNDANG
7.1 Guru hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan supaya tidak
terjerumus dalam kes mahkamah.

7.2 Jahil Undang-Undang tidak boleh dijadikan alasan untuk membebaskan diri dari
tindakan undang-undang.

7.3 Rujuk :
1. Undang-undang mengawal profesion perguruan – Akta Pendidikan 1996
(Akta 550)
2. Undang-undang sedia ada – Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Peraturan-
Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959 Peraturan 5 dalam
Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959.

4

7.4 Peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di bilik darjah dan papan kenyataan
sekolah serta ambil sedikit masa untuk memberi penerangan kepada murid, ini
adalah salah satu bukti pembelaan kepada guru sekiranya menghadapi tindakan
undang-undang.

7.5 Penambahbaikan pada masa akan datang ibubapa yang datang ke sekolah untuk
mengambil buku peraturan sekolah dan tandatangan pengambilan.

7.6 Nasihat peguam kepada guru-guru:
1. Hubungan guru dan murid mesti intim
2. Kenalpasti konflik dan selesaikan
3. Elakkan diri daripada nafsu marah dan bertindak terburu-buru.

7.7 Peringatan daripada Guru Besar kepada guru-guru :
Sekiranya guru mendenda pelajar, dendalah di dalam kelas bukan diluar kelas
untuk elak penyebaran gambar daripada individu yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya mendenda pelajar yang tidak siapkan kerja rumah duduk diluar kelas
dan elakkan denda ketuk ketampi.

7.8 Hukuman Yang Dilaporkan Media:
- pelajar dijemur di tengah panas
- melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan
- mencubit hingga berdarah
- merotan hingga melukai dan mencederakan
- berlari dengan memakai seluar dalam
- menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.
- pengucapan kata-kata yang kesat dan penyingkiran pelajar-pelajar dengan
cara memandang sepi .

7.9 Guru dinasihatkan melibatkan diri dalam kesatuan yang berdaftar, kesatuan yang
aktif di Tawau ialah KGKS (Kesatuan Guru Kakitangan Sabah) yang boleh membela
guru-guru sekiranya terlibat pertuduhan undang-undang.

7.10 Hendaklah berhati-hati dengan tindakan terhadap murid-murid kerana guru-
guru sekarang semakin didekati oleh undang-undang.

Tindakan : Semua Guru

8.0 SSDM

8.1 Sistem ini berfungsi sebagai merekod kebaikan dan kesalahan murid.

8.2 Guru boleh mengakses sistem ini melalui www.ssdm.gov.com dan masukkan
ID : XBA3072
Password : DISPXBA3072

8.3 Tidak perlu rekod dalam SSDM sekiranya kesalahan murid boleh selesai di
peringkat sekolah bagi kes disiplin.

5

8.4 Kategori Amalan Baik yang boleh diisi oleh guru:
1. Menzahirkan amalan baik
2. Sukarela membantu guru
3. Sukarela melaporkan kes salah laku
4. Membantu kerja lanskap
5. Membantu mengemas bilik khas
6. Membersih kawasan / bilik khas
7. Kerja mengecat
8. Menyertai aktiviti kaunseling

8.5 Cadangan daripada Unit Disiplin;
Pengisian amalan baik murid dilaksanakan pada setiap hari rabu bagi
meningkatkan ranking penggunaan SSDM sekolah.

8.6 Carta alir perekodan amalan baik

Tindakan : Semua Guru
9.0 e-REKOD KESIHATAN MURID (e-RKM)

9.1 Guru kelas tahun 4 diminta untuk mengutip buku imunisasi dari murid untuk
dihantar kepada Unit Kesihatan.

9.2 Timbang dan ukur murid mesti dibuat 2 kali setahun dan direkodkan.
9.3 e-RKM - Buku daftar ini dibangunkan untuk membantu anggota kesihatan

mengurus data dan maklumat buku daftar morbiditi, rekod imunisasi, pengesanan
dan pengesahan masalah pembelajaran dan buku daftar lawatan ke rumah untuk
murid sekolah.

6

9.4 Aliran Kerja e-RKM

9.5 Cadangan murid yang sakit kritikal menggunakan vest merah sebagai pengenalan
dan tidak dilibatkan dalam aktiviti sekolah.

Tindakan : Makluman

10.0 PPDa DAN PROGRAM KOTAK
10.1 Program KOTAK (Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok) adalah program bersama
dengan Unit Bimbingan & Kaunseling.

10.2 SK Tg Batu Keramat adalah kawasan zon larangan merokok dan mohon guru-
guru tidak merokok di sekolah dan terlihat oleh murid-murid.

10.3 Rujuk Lampiran.

Tindakan : Makluman

11.0 SPKS – SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH
11.1 Penilaian penarafan keselamatan sekolah dengan mengisi dan melengkapkan
instrumen sebanyak dua kali dalam setahun iaitu :
1. Fasa 1 : bermula 1 hingga 30 April 2018
2. Fasa 2 : bermula 1 hingga 31 Ogos 2018

11.2 Telefon kecemasan lekat di Pondok Keselamatan Sekolah dan di Bilik Guru.

11.3 Unit Keselamatan ambil tindakan berdasarkan instrumen-instrumen yang
dinilai dalam SPKS secara atas talian.
Tindakan : Unit Keselamatan

12.0 HAL-HAL LAIN
12.1 Sambutan hari guru peringkat sekolah akan berlangsung pada 16 Mei 2018

dengan kerjasama PIBG.

7

12.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) akan dijalankan pada 17,18, 21, 22 dan
23 Mei 2018.

12.3 Taklimat Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran oleh Pertubuhan Pencegah
Kebakaran Kuala Lumpur pada 14.05.2018 (Isnin) pukul 1.30 -3.00 petang
Tindakan : Makluman

13.0 PENUTUP
13.1 Terima kasih UBK atas pelantikan Pengawas PRS di Perhimpunan Rasmi hari ini.

13.2 Terima kasih sekali lagi atas kehadiran guru-guru.

13.3 Mesyuarat ditamatkan pada pukul 4.35 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………………… ……………………….. …………………………..
(SITI NURAISHAH HUSSIN) (AFIAN MANUPE) (RAHMAT ARIFFIN)
Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM Guru Besar

Dicadangkan Oleh, Disokong Oleh,

............................................. ................................................
() ()

8


Click to View FlipBook Version