The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tirah.ambo, 2022-09-10 11:11:46

KONSEP NEGARA & BANGSA : PERANAN UNTUK MENCAPAI KESEPADUAN DI MALAYSIA

ETIKA & PERADABAN

MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KONSEP NEGARA DAN BANGSA



PERANAN UNTUK MENCAPAI

KESEPADUAN DI MALAYSIA

USTAZ SHAHIDAN SHAFIE

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD NAJMI BIN MARDI
05DPE20F1046
NURUL ATHIRAH BINTI AMBO
05DPE20F1022
NORAINI BINTI RAINI @ ISMAWI
05DPE20F1028
TOK YI PING
05DPE20F1013

ISI KANDUNGAN

I. Penghargaan m/s

1

II. Pengenalan 2

III. Konsep Negara & Bangsa 3-5

IV. Peranan dalam membentuk kesepaduan di Malaysia 6-11
- Kerajaan
- Masyarakat
- Keluarga

V. Kepentingan Perpaduan 12-13

VI. Impak jika tidak ada perpaduan 14

VII. Kesimpulan 15

VIII. Rujukan 16

PENGHARGAAN









Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan . Alhamdulillah,

segala puji bagi Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta

selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-

tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,

dapat saya dan ahli kumpulan saya menyiapkan tugasan E-folio bagi subjek

Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU20132) dengan jayanya.




Dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kami

ucapakan kepada Encik Shahidan Shafie selaku pensyarah Penghayatan Etika

dan Peradaban yang telah banyak membimbing dan memberi dorongan tunjuk

ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Begitu juga rakan seperjuangan

saya yang banyak berkongsi maklumat dan motivasi untuk menyiapkan hasil

tugasan ini.




Terima kasih banyak kepada rakan sekumpulan saya yang gigih mencari

pelbagai maklumat siang dan malam dalam melengkapkan tugasan yang diberi

ini. Mereka juga telah banyak mencurah idea yang bernas untuk menyiapkan

tugasan ini.




Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung. Semoga segala kerjasama yang diberikan ini

akan diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil tugasan kami ini dapat memberi

manfaat kepada kita semua.



1

PENGENALAN

Konsep negara dan bangsa mendapat perhatian selepas Perdana
Menteri ke 4, Tun Mahathir Muhammad memperkenalkannya
pada tahun1991. Pengertian negara dan bangsa menurit Kamus
Dewan ialah frasa negara merujuk kepada sekumpulan
masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai
kedaulatan politik dan juga aparat pemerintahan manakala
istillah bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu
persatuan politik yang mempunyai identiti budaya, pemahaman,
agama dan bahasa mereka sendiri. Justeru, konsep negara
bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang dicipta oleh
sesebuah negara melalui konsep satu bangsa yang mempunyai
identiti tersendiri.

Konsep negara dan bangsa juga membawa kepada sebuah
negara yang mempunyai tanah air,rakyat, kemerdekaan,
kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang
mulia di mana rakyatnya hidup bersatu padu tanpa wujud
sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya,
wilayah dan sebagainya yang boleh menyebabkan perpecahan
dan permusuhan antara kaum. Elemen pelengkap ini akan
memperkukuh lagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.

2

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

KONSEP BANGSA

Istillah bangsa merujuk kepada tempat kelahiran
seseorang individu dan seterusnya membentuk
sekumpulan besar manusia. Penggunaan istillah
bangsa biasanya digunakan untuk menggambarkan
kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti
sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa
sering berkongsi pertalian darah dan keturunan,
bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah
yang sama. Walaupun terdapat pelbagai teori tentang
bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, unsur
kebersamaan juga merupakan satu sentimen dalam
membentuk sesebuah bangsa. Dari sini dapat
disimpulkan bahawa bangsa adalah hubungan yang
erat yang diwujudkan rasa kekitaan sekolongan besar
masyarakat dalam sesebuah negara.

3

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Untuk mencapai konsep negara dan bangsa yang sebenar,
ia perlu memenuhi ciri-ciri negara dan bangsa tersebut.
Antara ciri-ciri negara bangsa ialah:

Kehidupan bermasyarakat di negara tersebut adalah
bersatu-padu tanpa perpecahan ataupun diskriminasi
antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Berpegang teguh kepada satu semangat kenegaraan
yang utuh melalui lambang integriti seperti bendera
Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan lain-
lain.
Semua bangsa dan kaum berkongsi kepercayaan
terhadap ideologi politik.
Setiap rakyat mempunyai kepercayaan dan keyakinan
penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-
undang negara.

4

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

KONSEP NEGARA

Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang
mendiami di sesuatu kawasan dan mempunyai kerajaan
yang memerintah.Konsep negara ialah sebuah kerajaan
yang bebas dan mempunyai kedaulatan politik dan
pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat ula memiliki taraf kewarganegaraan
yang sah mengikut undang-undang. Rakyat merupakan
elemen yang penting dalam sesebuah negara kerana
rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara.
Kewujudan rakyat yang akan membentuk satu bangsa
kepada sesebuah negara.

Antara ciri-ciri utama dalam pembentukan sesebuah
negara adalah penduduk, sempadan, kerajaan dan
kedaulatan. Sesebuah negara juga mempunyai sistem
politik yng ditubuhkan sekumpulan manusia yang
membentuk kerajaan yang berkesan dan diiktiraf oleh
pihak luar.

5

KERAJAAN

PERANAN DALAM MEMBENTUK
KESEPADUAN DI MALAYSIA

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan
keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai
dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara
yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan
mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.
Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha memupuk
perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam
kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13
Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah
menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang
telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak
wujudnya semangat perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya mereka
berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara mereka.
Sesungguhnya, pihak kerajaan menyedari betapa pentingnya pemupukan perpaduan
dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan usaha-usaha dan
langkah-langkah dengan memperkenalkan dasar-dasar dan pelan tindakan untuk
melaksanakan agenda ini.




6

KERAJAAN

PERANAN DALAM MEMBENTUK
KESEPADUAN DI MALAYSIA

Perpaduan bermaksud telah benar-benar Misi jabatan ini pula ialah untuk

bersatu dan integrasi pula membawa memupuk kefahaman dan semangat

maksud penggabungan dua atau beberapa muhibah melalui jaringan dan interaksi

unsur seperti penggabungan antara kaum sosial ke arah pembentukan Bangsa

yang menjadi satu kesatuan yang kukuh Malaysia yang bersatu padu dan

dan kuat beridentiti nasional. Moto bagi jabatan

ini pula ialah “Bersatu Kita maju”.

Antara langkah dan usaha yang telah

diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

memupuk perpaduan dan integrasi di Nasional juga berperanan untuk

Malaysia ialah dengan menubuhkan mengukuhkan perpaduan Negara dan

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Integrasi Nasional, menerapkan nilai-

Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang nilai kewarganegaraan ke arah

dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan pembentukan suatu bangsa Malaysia

Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan yang bersatu padu. Selain itu, JPNIN

sebuah agensi di bawah Kementerian juga berfungsi untuk mencegah konflik

Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan antara kaum, masyarakat dan wilayah

Warisan (KPKKW). serta memantau, mengesan dan menilai

perhubungan antara kaum dan

masyarakat. Peranan lain yang turut

Tujuan utama kerajaan menubuhkan dijalankan oleh JPNIN ialah

jabatan ini adalah untuk memelihara, menyelaraskan program dan aktiviti

meningkat dan mengukuhkan perpaduan perpaduan dengan agensi-agensi

rakyat dan integrasi nasional selaras kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain,

dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan dan yang paling utama adalah berusaha

Perlembagaan Persekutuan dan Rukun merapatkan masyarakat daripada semua

Negara. JPNIN juga mempunyai visi untuk negeri di Malaysia khususnya di antara

menjadi sebuah agensi kerajaan yang Semenanjung Malaysia dengan Sabah

unggul dalam melahirkan bangsa Malaysia dan Sarawak.

yang bersatu padu, berwawasan dan

berdaya maju.


7

PERANAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT
KESEPADUAN DI MALAYSIA

STRATEGI MEDIA MASSA
Perkembangan media massa telah memapu menghubungkan hampir semua
rakyat di negara kita termasuklah masyarakat terpencil di kawasan pendalaman.

Media massa penting an berkesan untuk membantu memupuk perpaduan
negara melalui penyampain maklumat, pembentukan sikap dan pandangan
rakyat serta penerangan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat
perpaduan




STRATEGI KESUKANAN
Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan
intergrasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, umur dan taraf
sosioekonomi.

Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan
interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk
semagat persaudaraan dan solidari tanpa mengira kaum dan keturunan.

STRATEGI PEMASYARAKATAN

PERPADUAN

Konsep pemasyarakatan perpaduan diperkenalkan pada tahun 1998 ialah satu
strategi kerajaan ke arah menerapkan ciri identiti nasional bagi
membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan
semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerepan nilai-nilai
murni mengenai perpaduan dalam kalangan smua lapisan masyarakat dengan
menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai bagi
maksud proses penerapan tersebut

8

PERANAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT
KESEPADUAN DI MALAYSIA

STRATEGI PERTUBUHAN SUKARELA
Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan persatuan
penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan
nilai-nilai murni, perpaduan dan intergrasi nasional melalui aktiviti
kemasyarakatan yang terancang

STRATEGI PENYELIDIKAN DAN

PENERBITAN BAHAN BACAAN
Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan intergrasi
nasional adalah sangat perlu bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa.
Pengesan ini dapat diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan-bahan
bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat Malaysia

9

PERANAN DALAM MEMBENTUK
KESEPADUAN DI MALAYSIA

KELUARGA

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, iaitu Melayu,
Cina dan India. Rentatan itu, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah
amat mustahak. Walau bagaimanpun, kita mendapati semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat semakin merosot dari semasa ke semasa.

Apakah langkah yang efektif perlu kita lakukan untuk menanam semangat
perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak?

Langkah yang berkesan untuk menyemai semangat perpaduan dalam jitu anak-anak
ialah mulakannya dari rumah. Dari segi ini, ibu bapa memainkan karakter yang
sangat penting. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui
hubungan dengan jiran tetangga sejak kecil-kecil lagi, kerana "melentur buluh
biarlah dari rebungnya". Ibu bapa perlu bertegur sapa dengan jiran
tetangga pada pertemuan setiap kali.
Sehubungan itu, sekiranya jiran kita
mengalami apa-apa masalah, sebagai
seorang “role model”, ibu bapa harus
menghulurkan tangan kepada jiran
tetangga dengan hati yang ikhlas.

Di samping itu, ibu bapa perlu megajak
anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga
untuk bersama-sama menyambut perayaan
kaum dan agama. Janganlah ibu bapa
meninggalkan anak-anak di rumah, hal ini akan menyebabkan anak-anak terlalu
bergantung kepada rumah. Sekiranya anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga
dan meraikan perayaan bersama-sama dengan jiran, hubungan silaturahim akan
menjadi erat dan juga dapat memulihkan semangat perpaduan yang semakin merosot.

10

PERANAN DALAM MEMBENTUK
KESEPADUAN DI MALAYSIA

KELUARGA

Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk
menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contoh
aktiviti ialah program PLKN dan RIMUP yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Dalam proses program-program ini, anak-anak dapat berinteraksi dengan
pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Anak-anak juga dapat
berkenal dengan kawan baharu dalam program-program tersebut.

Demi menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu
menjelaskan kepada anak-anak tentang scenario masyarakat majmuk di
Malaysia dan juga bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia
kepada anak-anak. Ibu bapa harus bercerita tentang bagaimana tokoh-tokoh
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dapat memperjuangkan
kemerdekaan bersama-sama dan juga semua warganegara bercita-cita mencapai
Wawasan 2020.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak
menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum. Selain itu,
ibu bapa juga perlu menemani anak-anak menonton filem tersebut kerana ibu
bapa dapat menerangkan kepentingan perpaduan kepada anak-anak. Selain
daripada filem, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mendengar lagu-
lagu yang berkaitan dengan perpaduan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
menjelaskan makna yang didapati dalam lagu tersebut supaya anak-anak dapat
mengetahui kepentingan perpaduan.

Usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak yang
bermula dari rumah, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab ini. Sekiranya
anak-anak dapat menggembleng tenaga dengan ibu bapa, semangat perpaduan
dalam diri anak-anak mesti dapat dipupukkan. Boleh ibu bapa lakukan? Tepuk
dada Tanya selera.

11

KEPENTINGAN PERPADUAN

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik
lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia
tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-
pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-
padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan
sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di
dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran
Malaysia.Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang
belakang kepada kegemilangan Malaysia.

Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan
perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar
kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam hal ini, perpaduan kaum amat
penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam
setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran
Malaysia.

Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana
banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia.
Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang
lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global.
Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

12

KEPENTINGAN PERPADUAN

Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan
politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah
Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia. Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin
Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada
berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa
Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan
kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta
ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur
untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta.

Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan
yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan
keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa
perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju
yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada
segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan
untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan
keharmonian negara.

13

IMPAK JIKA TIDAK ADA PERPADUAN

Perpaduan di Malaysia sangat penting bagi rakyat adn neraranya sendiri . Hal ini
kerana negara ini mempunyai berbilang kamu entik dan bangsa . Dalam wikipedia
mengatakan selama 5 abad , Malaysia di diami oleh hampir 80 etnik yang berbeza
dari pelbagai pelusuk negeri samada di semenanjung tanah melayu atau di borneo .
Jika Malaysia tidak memupuk perpaduan secara sistemaik maka banyak masalah
yang akan timbul dan tercetus yang perlu di atasi dengan cepat agar tidak merugikan
mana mana pihak. Contohnya, dapat mencetuskan pergaduhan sehingga
pertumpahan darah yang menyebabkan perpecahan masyarakat . Jika masalah ini
berlaku , maka kesepaduan dan kesepakatan akan hilang dan sukar untuk di bentuk
demi kepentingan rakyat sejagat dan kemajuan negara . Hal ini menyebabkan
Malaysia tidak mahu akan peristiwa berdarah berulang lagi selepas 52 tahun yang
lalu akibat hasil perkembangan etnopopulisme iaitu fahaman yang mengarah kepada
pembahagian masyarakat kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama yang
berpotensi bersengketa antara satu sama yang lain . Maka daripada itu juga sektor
ekonomi akan menjadi perlahan dan kurang rancak akibat ketidakharmonian antara
dengan yang lain .

14

Kesimpulan

Rakyat telah di satukan oleh hasil usaha-usaha yang telah di jalankan oleh
setiap pihak . Sebagai negara yang harmoni lagi aman dan sentosa dengan
berbilang kaum , kita seharusnya mengekalkan kesepaduan atau
kesepakatan ini sehingga berterusan ke generasi seterusnya supaya mereka
juga faham akan kesepaduan di negara ini agar semangat ini tidak di telan
zaman . Berjalan seiring dengan kemajuan tekonologi , nilai kesepaduan
haruslah di pupuk agar kesefahaman dapat dibuat agar mengelakkan pihak
lain bercanggah idea dan berlakunya perpecahan. Oleh itu , kita sepatutnya
mengajar mereka dari sejak kecil lagi , “meluntur buluh biarla dari
rebungnya” . Tanpa generasi seterusnya , siapalah yang akan meneruskan
semangat ini.

15

http://khookaykeat.blogspot.com/2009/09/langkah-langkah-untuk-memupuk-
semangat.html?m=1
http://adam-jebat.blogspot.com/2011/05/dasar-dasar-dan-pelan-tindakan-
kerajaan.html?m=1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia

16

"MANUSIA YANG LEMAH

SEKALIPUN JIKA BERSATU


PADU AKAN DAPAT

MENGGONCANGKAN

DUNIA. DEMIKIANLAH

KESANNYA PERPADUAN".

Tun Dr. Mahathir Mohamad


Click to View FlipBook Version