ISI KANDUNGAN
1. Hari Apresiasi Pelajar
2. Job Training Pelajar
3. Patah Tumbuh Hilang Berganti
4. Audit dalaman SPKKV
5. Program Permata Cemerlang
6. Peperiksaan Percubaan SPMV
7. Selamat Datang ke KV DUHMS
8. Pelantikan Watikah Pembimbing Rakan Sebaya
9. Program Kongsi Rezeki
10. Peperiksaan Percubaan SVM
11. Ihya’ Ramadhan
12. Program 10 Minit Membaca
13. Program Iftar Ramadhan
14. Program Khidmat Komuniti
15. Tahniah & Terima Kasih
16. Hari Guru & Jalinan Aidilfitri 2022
17. Program Selangkah Ke Hadapan
18. Pasukan Silat KV DUHMS
19. International Innovative Competition 2022
20. Bengkel Pembinaan Item & Vetting
21. KV DUHMS Care
22. Pertandingan Go Green
23. Reunion SRT Rembau Batch 94 – 97
24. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021
25. Program Pemantapan Diri
26. Anugerah Cemerlang 2021
27. Penyampaian Hadiah & Sijil Inovasi KV DUHMS
28. Lawatan Minggu TVET Negara
29. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
30. 3 Silver & 1 Bronze Award
31. Penilaian Akhir SKM Tahap 3 Kohort 2020
32. Live Showcase Le Gouter
33. Pendaftaran Pelajar & Program IBE Diploma 1
34. Majlis Pembubaran MPP Sesi 2021/2022
35. Sambutan Hari Raya Aidiladha KV DUHMS
36. Karnival Pendidikan Negeri Sembilan 2022
37. Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia
38. Program Falak
2
39. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021
40. Program Pemantapan Diri
41. Anugerah Cemerlang 2021
42. Penyampaian Hadiah & Sijil Inovasi KV DUHMS
43. Lawatan Minggu TVET Negara
44. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
45. 3 Silver & 1 Bronze Award
46. Penilaian Akhir SKM Tahap 3 Kohort 2020
47. Live Showcase Le Gouter
48. Pendaftaran Pelajar & Program IBE Diploma 1
49. Majlis Pembubaran MPP Sesi 2021/2022
50. Sambutan Hari Raya Aidiladha KV DUHMS
51. Karnival Pendidikan Negeri Sembilan 2022
52. Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia
53. Program Falak
54. KV SKILLS Zon Melaka/Negeri Sembilan 2022
55. Khidmat Jalinan Komuniti
56. Temuduga Pencalonan MPP
57. Pertandingan Catur MSSDR
58. Audit SPKKV Kali Kedua, 2022
59. Minggu Sains & Mate
60. Seminar Kerjaya Hire Me Now SVM 2
61. Audit Penilaian Pengurusan Kewangan Kendiri
62. Foof Festival Negeri Sembilan 2022
63. Pilihan Raya MPP
64. Bulan Kelahiran AKP & Pensyarah
ü Jun
ü Julai
ü Ogos
3
MAJLIS APRESIASI PELAJAR
Pada 1 April 2022, telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Pelajar. Ia
bertujuan untuk meraikan para pelajar diploma yang menerima
Anugerah Pengarah dalam akademik dan pelajar yang menerima
Anugerah Terbaik Program. Semoga semua pelajar terus berjaya di
luar sana.
“ KEJAYAAN ADALAH LANGKAH PERTAMA, LANGKAH KEDUA
ADALAH MENGEKALKAN KEJAYAAN “
4
SELAMAT MAJU JAYA !
"Go For Expertise"
Pada 4 April pelajar tahun akhir Kolej
Vokasional Dato' Haji Muhamad Sharip
telah menjalani praktikal mengikut
program yang ditetapkan. Hal ini
adalah bertujuan supaya para pelajar
merasai pengalaman bekerja di
industri sebelum memasuki dunia
pekerjaan sebenar. Para pelajar akan
menjalani tempoh praktikal selama 5
ONbulan. JOB
TRAINING
Mereka akan di pantau sebanyak 2 kali oleh
pensyarah. Ini bertujuan bagi memastikan
latihan praktikal yang dilaksanakan berjalan
lancar. Pemantauan yang dibuat juga dapat
memastikan permasalahan yang dihadapi
dapat ditangani dengan baik. Usaha, doa,
tawakal dan keberkatan. Insya-Allah kejayaan
menjdi milik anda semua.
“Jangan Menolak Perubahan, Tolaklah Kemalasan “ 5
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Pada 4 April 2022, 2 orang guru baharu telah melapor diri di Kolej
Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip, Rembau. Warga KV DUHMS
mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru baharu di atas penempatan
ke kolej. Semoga dapat mendidik yang sabar dengan cabaran dan dugaan
dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar dengan sebaiknya.
Puan Wan Noor Hasmas binti Wan Adam
Pensyarah Mata Pelajaran Sejarah
Jabatan Pendidikan Umum
Banyak Bocah Sedang Bergurau,
Belajar Sambil Berpetualang,
Selamat Datang Ke Daerah Rembau,
Selamat Bertugas Dan Berjuang.
Puan Norhazidahni binti Zamani
Pensyarah Kursus Kosmetologi
Jabatan Hospitaliti
Biar Penat Berdiri, Jangan Penat Memberi, Biar Lelah Terduduk, Jangan
Lelah Membentuk, Biar Penat Bercakap, Jangan Penat Berharap.
6
AUDIT DALAMAN SPKKV
Pengauditan bukan merupakan proses improvisasi. Ini melibatkan
siasatan menyeluruh terhadap keseluruhan proses yang diaudit, yang
mana dari tinjauan masalah sebelumnya yang telah dibentangkan ke
senarai semak yang akan membimbing akta.
Audit dalaman SPKKV telah dijalankan buat
pertama kali untuk tahun 2022 di Kolej
Vokasional Dato’ Haji Muhamad Sharip,
Rembau pada 6 April 2022 oleh pihak auditor
dan audit. Semua audit mesti berdasarkan
undang-undang, piawaian dan peraturan
etika.
Bulat Air Kerana Pembuluh,
Bulat Kata Kerana Muafakat,
Kuat Dan Tajir Kerana Berpeluh,
Kuat Tertata Kerana Sepakat.
7
Good Luck ! Program
Permata Cemerlang
Program ini merupakan perjumpaan antara para pelajar SVM Semester 4
bersama Timbalan Pengarah Akademik dan Unit Psikologi dan Kerjaya. Tujuan
perjumpaan ini adalah untuk memberi semangat dan nasihat kepada para
pelajar untuk menghadapi persediaan Peperiksaan Percubaan Sijil Vokasional
Malaysia. Pertemuan ini telah dilaksanakan pada 6 April 2022 di Astaka KV
DUHMS.
Do The Best And
Never Give Up
Allah Is Always
With Us
Kejayaan itu bukan menjadi sekelip mata, tapi ianya hadir melalui sebuah
usaha yang berterusan. Teruslah berusaha demi kejayaan kalian. Para
pensyarah sentiasa mendoakan kejayaan buat anda semua.
8
SELAMAT DATANG KE KV DUHMS
Pendaftaran Pelajar Baharu sesi 2022/2023
dilaksanakan pada 7 April 2022 manakala
Program Minggu Serasi Bersama pelajar
baharu SVM Tahun 1 diadakan pada 8 dan 11
April 2022. Program ini ertujuan memberi
pendedahan awal buat mereka di KV DUMAS.
Pendaftaran Pelajar Baharu &
Program
Serasi Bersama Pelajar
Baharu
Tidak Penting Di Mana Anda Bermula, Yang Penting Di Aman Anda
Berakhir.
9
PELANTIKAN WATIKAH PRS
Pada 19 April 2022, perlantikan watikah bagi Jawatankuasa Majlis Tertinggi
dan Ahli Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya telah dilaksanakan di Bilik
Kaunseling. Perlantikan ini dilaksanakan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya KV
DUHMS.
Syabas dan tahniah buat ahli
Pembimbing Rakan Sebaya yang telah
diberikan kepercayaan oleh rakan-
rakan untuk menerajui kepimpinan
Pembmbing Rakan Sebaya di KV
DUHMS. Semoga semua pelajar yang
telah dilantik, dapat melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan
penuh dedikasi dan amanah. Selamat
maju jaya buat semua.
10
PROGRAM KONGSI REZEKI
Program Amalan Guru Penyayang telah dilaksanakan pada 21 April 2022, Anjuran
program di bawah Unit Psikologi dan Kerjaya KV DUHMS. Program ini dilaksanakan
atas slogan "Program Berkongsi Rezeki" . Ia dilaksanakan di hadapan pintu pagar
kolej semasa menerima kehadiran para pelajar masuk ke perkarangan kolej.
Para pelajar di beri cenderahati daripada pengarah dan
para pensyarah. Para pelajar berasa gembira dengan
sambutan daripada pengarah dan para pensyarah di
hadapan pagar kolej. Diharap dengan perkongsian itu dapat
menjadikan ukhwah antara para pensyarah dan pelajar
menjadi lebih kuat dan mesra.
“ Pelajar Disayangi, Pensyarah
Dihormati “
‘Amalan Guru Penyayang’
“ Semakin Banyak Kita Berkongsi Rezeki, Semakin Banyak Rezeki Yang
Akan Dikurnaiakan Kepada Kita, Dalam Rezeki Kita, Adakalanya Ada
Rezeki Orang Lain”
11
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SVM
"Go For Expertise"
Pelajar SVM Semester 4 telah
menduduki Peperiksaan SVM yang
berjalan selama 2 hari. Sebelum
peperiksaan berjalan, para
pensyarah telah memberikan tips
dan kata-kata semangat kepada
mereka untuk menjawab dengan
tenang dan jayanya. Selain itu juga,
para pelajar diingatkan untuk
mengikuti jadual yang telah
ditetapkan dan mengikut SOP
sepanjang peperiksaan berjalan.
“Semakin Banyak Ilmu, Semakin Lapang Hidup,
Semakin Kurang Ilmu, Semakin Sempit Hidup”
12
IHYA’
RAMADHAN
Program Ihya ' Ramadhan dijalankan
sepanjang bulan Ramadhan. Antara
aktiviti yang dijalankan adalah Solat
Terawih Berjemaah, Tadarus Al Quran
dan Khatam Al Quran, Soul Searching
dan Tazkirah, Tinta Ramadhan dan Kuiz
Ramadhan, Risalah Ramadhan, Ukhuwah
Ramadhan, Iftar Jama’ie dan Masih Ada
Yang Sayang.
KV DUHMS telah merangka
program Ihya’ Ramadhan untuk
menghidupkan hari-hari dan
malam-malam Ramadhan dengan
amalan dan ibadat sunat yang
dapat meningkatkan keabdian dan
ketakwaan seorang abid terhadap
KhaliqNya.
“ Ramadhan ! Permulaannya Rahmat, Pertengahannya Keampunan Dan 13
Pengakhirannya Di Jauhkan Api Neraka”
BANGKIT, BACA & BERSYUKUR
Sebagai langkah pertama ke arah
menjenama inisiatif membaca dengan
tujuan menjadikan satu budaya membaca
dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
Sejajar dengan visi tersebut satu program
‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ telah
diadakan pada 21 April (Khamis) di KV
DUHMS.
Antara objektif program ini ialah
murid dapat meningkatkan
minat membaca untuk
mencintai dan mendalami ilmu
pengetahuan.
Adalah diharapkan program dan JOM
amalan murni ‘Jom Baca Bersama BACA
Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan 10 MINIT
dan menjadi penanda aras para
pelajar lebih proaktif dan berilmu.
Semakin aku banyak membaca, semakin aku banyak berfikir, semakin
aku banyak belajar, semakin banyak aku sedar bahawa aku tidak
mengetahui apa pun “ 14
Program Ihya' Ramadan dilaksanakan pada 21
April 2022 ( Khamis) pada jam 6.30 petang.
Program ini hanya melibatkan para pensyarah,
AKP dan para pelajar asrama kerana mengikut
SOP kementerian Pendidikan Malaysia. Program
ini disemarakkan dengan kerjasama antara para
pensyarah dan pelajar. Semoga kerjasama ini
menjadikan titik silaturahim yang akan
menguatkan hubungan antara pensyarah dan
pelajar.
Aturcara Program: The Propet SAW Said “ Who Ever Feeds A
6.30pm - Ketibaan tetamu Person Who Is Breaking His Fast Will Earn The
6.45pm - Tazkirah/zikir Same Reward As Him Without Anything Being
7.17pm - Berbuka puasa di astaka
7.30pm - Solat maghrib Lessened From The Reward Of The Fasting
7.45pm - Jamuan berbuka ( Restoran) Person “ – At-tarmidhi
8.45pm - Solat isyak dan terawih
Salam Ramadhan Dari Warga KV DUHMS 15
BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI
Program khidmat komuniti telah PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI
dilaksanakan pada 23 April 2022
dibawah unit 3K, hasil dari
kerjasama dengan unit keselamatan
dan para pelajar SVM Tahun 2.
Program khidmat komuniti dgn
kerjasama 3K Bahagian Keceriaan,
Keselamatan dan pelajar DVM 1
Semester 2 Kosmetologi
Projek menceriakan bahagian
belakang surau KV DUHMS. Ia juga
merupakan satu program yang
mendidik pelajar rasa
bertanggungjawab menjaga hak
bersama
“Sepakat MeMbawa berkat”
Sesuai dengan slogan ini untuk menggambarkan kerjasama
antara semua pihak. Semoga surau KV DUHMS akan lebih ceria
dan memberi manfaat untuk semua pensyarah dan pelajar
Buah Salak Di Dalam Kantung, Turun Ke Paya Bersama Pak Jadum,
Kulitnya Keras Isinya Kelat, Parang dibawa Bersama Hulunya,
Bulat Air Kerana Pembentung, Bergotong-royong Warga KV DUHMS,
Bulat Manusia Kerana Muafakat. Hidup Muafakat Sejahtera Sentiasa.
16
TAHNIAH & TERIMA KASIH
Pada 18 Mei 2022 sebahagian pelajar SVM tahun 1
Program Seni Kulinari kerana telah memberi
khidmat sebagai Pramusaji di Majlis Sambutan Hari
Guru dan Hari Raya Aidilfitri peringkat Daerah
Seremban. Walaupun pelajar-pelajar ini masih
baharu di KV DUHMS, mereka telah mampu untuk
melaksanakan tugas sebagai pramusaji dengan baik.
“Hari ini yang datang adalah pengalaman dan
pengajaran, hari esok yang bakal datang penuhkan
dengan amalan “
Bubur Kacang Ubi Keladi,
Lemak Manis Santan Kelapa,
Terima Kasih Jasa Dan Budi,
Sentiasa Tersemut Tidak Kan Lupa.
Semoga kalian menjadi apa yang diimpikan, berjaya di
dunia dan di akhirat.
17
Hari Guru & Jalinan Aidilfitri 2022
Sambutan Hari Guru merupakan
sambutan yang diadakan bagi
meraikan guru-guru yang banyak
berjasa dalam bidang pendidikan. Ia
merupakan program tahunan yang
wajib dijalankan. Melalui aktiviti
Sambutan Hari Guru, murid dapat
berinteraksi dengan guru selaku
mentor mereka secara santai tetapi
penuh penghayatan dan pengajaran
di sebalik aktiviti yang dijalankan.
Pada tanggal 20 Mei 2022 KV DUHMS telah
meraikan Sambutan Hari Guru dan Jalinan
Aidilfitri. Sambutan yang penuh meriah
setelah 2 tahun berturut-turut tidak dapat
meraikan kerana musim PKP. Secara tidak
langsung, jalinan kasih sayang antara
pensyarah dan pelajar begitu dekat di hati.
Warga KV DUHMS mengucapkan Selamat Hari Guru
& Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
18
PROGRAM SELANGKAH KE HADAPAN
“alone we can do so little, together we can do so much”
Program Selangkah Ke Hadapan terdiri daripada pelajar Diploma
Semester 2 yang dilaksanakan pada 25 Mei 2022. Program ini
dibawah kelolaan Unit Psikologi dan Kerjaya bersama pelajar Diploma
Semester 2. Aktiviti team building bagi meningkatkan kerjasama
berkumpulan dan keyakinan diri dI kalangan pelajar. Semoga ilmu
yang dikongsikan bermanfaat buat semua pelajar
KELEBIHAN & FAEDAH
KERJA BERPASUKAN :
1. Memupuk sikap bekerjasama
2. Membuat keputusan &
penyelesaian masalah
3. Sumber manusia lebih produktif
4. Hasil kerja berkualiti
5. Sangat bermotivasi
6. Kepuasan bekerja
7. Komunikasi lebih berkesan
19
paSUkaN SILat kV DUHMS
Pasukan Silat KV DUHMS telah mendapat jemputan untuk membuat
persembahan silat sempena Majlis Apresiasi Tautan Budi BPLTV pada 31
Mei 2022 di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks Kerajaan
Parcel E.
Tahniah kepada pasukan silat kolej terutama Puan Pengarah, barisan
pengurusan, pensyarah-pensyarah pembimbing dan anak-anak pelajar yang
telah menyumbang tenaga dalam merealisasikan persembahan yang
memukau dan terbaik sempena majlis tersebut.
Tak Tumbuh Tak Melata, Berdentum guruh di langit, merekah bumi
Akar Kayu Selalu DICARI, dipijak. “PENDEKAR TAKKAN UNDUR
Pencak Silat Budaya Kita, SETAPAK”
Jadikan Amalan Pertahanan Diri. 20
INterNatIONaL INNOVatIVe
COMpetItION 2022 (IIC)
KV DUHMS menyahut cabaran lagi untuk tahun 2022 bagi pertandingan
inovasi Peringkat Antarabangsa. Penyertaan melibatkan 3 buah negara iaitu
Malaysia Thailand dan Indonesia, sebanyak 274 penyertaan termasuk KV
DUHMS.
Kejayaan 2 pasukan kolej :-
§ EASY SEAM MARKER (Program Seni Reka Fesyen)
§ CARROT ROUSONG (Program Seni Kulinari)
Lakaran kejayaan terukir indah di peringkat Antarabangsa, 4 projek inovasi
melibatkan 2 kumpulan inovasi pensyarah dan pelajar. Tahniah !
"Inspiring and reviving the creative and innovative mind in the soul of participants"
21
beNgkeL peMbINaaN IteM
DaN VettINg
Pada 18 Jun 2021, KV DUHMS telah menjemput Dr Hj Nor Hairul bin Palal yang
merupakan pensyarah di Politeknik Tun Syed Nasir Ismail dari Jabatan
Teknologi Kimia dan Makanan. Beliau mempunyai pengalaman dalam
mengajar kursus berkaitan makanan. Beliau juga telah memenangi 5 pingat
emas melalui Pertandingan Inovasi dalam PdPc dan pingat emas melalui
Projek Terbaik untuk Pelajar Tahun Akhir di Politeknik.
Objektif bengkel ini bertujuan :-
• Memberi pendedahan kepada para
pensyarah untuk membina item
terutamanya item penilaian
berterusan (PB) bagi setiap kursus.
• Melaksanakan proses vetting dengan
betul bagi setiap kursus.
22
kV DUHMS Care
Program Tawan Hatiku ini dikendalikan oleh Unit Psikologi & Kerjaya
KV DUHMS. Program ini bermatlamat untuk memupuk rasa ambil
berat para pensyarah terhadap semua pelajar. Ia merupakan aktiviti
“share & care”. Aktiviti seperti ini juga dapat memupuk rasa selamat
di dalam diri pelajar. Program ini melibatkan semua pensyarah dan
pelajar KV DUHMS. Mereka boleh memilih masa dan tempat
pertemuan di mana-mana sahaja yang bersesuaian.
Bak kata pepatah “ Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya”. Ia membuktikan
sekolah juga ada peranan dalam membentuk pelajar sesuai dengan cogan kata
“ Budaya Penyayang, Pelajar Terbilang”
Kaedah pelaksanaan :
✅Pensyarah berbual atau bertanya khabar dengan mana-mana pelajar
secara santai. Fokus perbualan bergantung kepada para pensyarah.
✅Aktiviti dijalankan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
✅Jika terdapat sebarang isu yang perlu diambil tindakan, para pensyarah
boleh melaporkan pada pautan google form yang disediakan
“BUDAYA PENYAYANG, PELAJAR TERBILANG” 23
PROGRAM DARVIH
Aspek pendidikan dan pencegahan
dadah amat penting memandangkan
generasi pelapis negara khususnya kini
berdepan dengan ancaman gejala
dadah yang sangat serius. Malaysia
sebagai sebuah negara yang
mendukung tanggungjawab
memastikan kelestarian dan
kesejahteraan hidup rakyatnya,
mengakui dan sedar akan bahaya dan
kesan masalah dadah. Oleh yang
demikian, kesedaran tentang DARVIH
(Dadah, Arak, Rokok, Vape, Inhalant,
HIV dan AIDS) di peringkat awal perlu
diterapkan bagi melahirkan generasi
bersahsiah unggul.
Unit Psikologi & Kerjaya telah
melaksanakan program DARVIH
bermula 9 Mei 2022 sehingga 13 Mei
2022. Majlis penutup bagi Program
DARVIH dirasmikan oleh Pengarah KV
DUHMS iaitu Puan Hajah Yusni binti
Abdul Murad di Dewan KV DUHMS.
“JANGAN BIARKAN DADAH MENGUSAI HIDUP ANDA. HIDUP SIHAT TANPA DADAH” 24
Pertandingan Go Green
Warga Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip akan menyertai
Pertandingan Kitar Semula Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2022
anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Garnier Malaysia di
bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS). Pertandingan ini bermula
bulan Jun – September 2022.
Warga KV DUHMS bersama-sama berganding
bahu dalam menjayakan pertandingan Kitar
Semula Plastik Sekali Guna bagi Tahun 2022.
Semoga kejayaan milik kita bersama .
“Reuse, Reduce, Recycle” 25
“Fikir Dahulu Sebelum Buang”
REUNION SRT REMBAU
BATCH 94 - 97
Program Reunion yang telah diadakan pada 20 Jun 2022 di KV
DUHMS 2022 (Batch 1974-1977) merupakan program yang julung-
julung kali diadakan oleh pihak alumni. Program Reunion ini
merupakan aktiviti pertemuan bagi mengimbau nostalgia di kolej.
Pucuk pauh dihayun-hayun,
Anak sembilang di tapak tangan,
Terpisah lama berpuluh tahun,
Hilang di mata di hati jangan.
Kami warga kolej mengucapkan jutaan 26
terima kasih kepada semua alumni yang
hadir. 1001 suasana, rasa dan perasaan
yang tercipta, tidak boleh digambarkan.
Kegembiraan bersama air mata bersatu
dalam satu rasa.
Bagi alumni-alumni terdahulu, kami
sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda
ke sekolah atau kolej, pintu sentiasa
terbuka luas untuk semua.
“Titipan Memori Sejambak Kasih”
PROGRAM
PEMANTAPAN DIRI
Program Pemantapan Diri ini melibatkan pelajar SVM Semester 2.
Program ini berlangsung selama 5 hari iaitu pada 20 – 24 Jun 2022 di
Dewan KV DUHMS. Program dilaksanakan dengan bertujuan
mengukuhkan jati diri para pelajar menerusi pengwujudan semangat
kerjasama dalam pasukan, membina keyakinan diri, memupuk
pemikiran positif dan mengeratkan silaturahim antara pelajar. Selain itu,
program ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
pembentukan sahsiah para belia agar menjadi insan yang cemerlang
pada masa hadapan.
Antara objektif program ini adalah;
1.Memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar untuk
meneruskan pembelajaran selepas tamat SVM Semester 2.
2. Membantu pelajar meningkatkan jati diri dan keyakinan diri untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun sosial.
3. Membantu peserta meningkatkan semangat untuk belajar melalui
slot timeline secara menyeluruh.
4. Memantapkan jati diri peserta untuk bertindak dengan baik dalam
apa jua keputusan melalui pelaksanaan aktiviti yang berteraskan
kepimpinan secara sistematik.
perumpamaan mengatakan 27
“Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan ,
Alang-alang berdakwat biar hitam”
aNUgeraH
perkHIDMataN
CerMerLaNg 2021
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) 2021 di Sky Ballroom Palm Hotel Seremban sempena
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kolej Vokasional & Sekolah
Menengah Teknik Zon Melaka Negeri Sembilan) pada 21 Jun 2022.
Penerima APC 2021 :
1. En Hasanar Kunju bin Mohamad Kunju
2. Pn Roslinda binti Rosli
3. Pn Hema binti Dahdi
4. Pn Wan Noor Shahida binti Wan Isa@Wan Ismail
5. Pn Nur Aqilah binti Abdullah
6. En Wan Amirul bin Wan Mohd Radzuan
SetiTnaghgni-iatihnggi Semoga terus cemerlang dan dapat
&
bersama-sama membantu kemenjadiaan
PeSnegkhaalurgnagan
pelajar, kejayaan pelajar serta
memartabatkan lagi kolej ke arah
kecemerlangan dalam setiap aspek
kecemerlangan. 28
Penyampaian Hadiah
&
Sijil Pertandingan Inovasi
Pada 23 Jun 2022, KV DUHMS telak melaksanakan satu Majlis
Penyampaian Hadiah Dan Sijil bagi Pertandingan Inovasi yang telah
disertai oleh para pensyarah dan pelajar. Majlis ini bertujuan untuk
menghargai usaha dan meraikan kemenangan yang telah dirangkul oleh
mereka. Justeru memberi sokongan dan inspirasi kepada semua
pensyarah dan pelajar untuk menyertai pertandingan inovasi yang telah
dianjurkan oleh mana-mana badan atau kementerian bagi menaikkan
prestasi kecemerlangan KV DUHMS.
Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah dan
pelajar yang telah berjaya mendapat tempat dalam
pertandingan inovasi peringkat Antarabangsa,
Kebangsaan, Daerah dan Kolej.
29
“ Tidak perlu menjadi HEBAT untuk memulakan sesuatu tetapi kita perlu BERANI untuk memulaknnya”
LAWATAN
MINGGU TVET
Pada 23 Jun 2022 satu Lawatan Minggu TVET Negara ke Politeknik
Sultan Salahudin Abd Aziz, Shah Alam telah dilaksanakan yang diwakili
oleh 15 orang pensyarah dan 32 orang pelajar dari kelas SVM dan
DVM.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para
pelajar dalam produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh institusi-
institusi yang terlibat bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran
pelajar. Justeru menghayati, mendampingi, menghayati dan
menyokong agenda TVET Negara.
30
MESYUARAT
AGUNG PIBG
PIBG merupakan salah satu
wadah kepada pembangunan
institusi pendidikan di peringkat
kolej. Mesyuarat kali ini berfokus
membincangkan isu-isu untuk
membantu pihak Kolej dan
pelajar mencapai kecemerlangan
yang optimum.
Kerjasama antara pihak ibu bapa
dan kolej ini diharapkan dapat
diteruskan dalam melahirkan
anak-anak pelajar yang
mempunyai ciri-ciri modal insan
pada masa hadapan.
Mesyuarat Agung PIBG Kali-45
telah dilaksanakan pada 24 Jun
2022 di Dewan KV DUHMS yang
dirasmikan oleh Pengerusi
KV/SMT Zon Melaka/Negeri
Sembilan iaitu Puan Hajah Baiha
binti Haron.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung 31
dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.
3 SILVER & 1 BRONZE
AWARD
Lakaran kejayaan terukir indah di peringkat Antarabangsa, 4 projek
inovasi melibatkan 4 kumpulan inovasi pensyarah dan pelajar.
Tahniah kepada semua pensyarah dan pelajar yang mengambil
bahagian
Semoga banyak lagi lakaran kejayaan bakal
dilakar dalam pertandingan yang akan
datang
"Inspiring and reviving the creative and
innovative mind in the soul of
participants"
“Kejayaan Adalah Suatu Perjalanan Bukan Suatu Destinasi” 32
Pada 27-29 Jun 2022 telah berlangsungnya Penilaian Akhir PENILAIAN AKHIR SKM TAHAP 3 KOHORT 2020
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Kohort 2020 ( SVM 4).
Alhamdulillah selesai satu perjuangan bagi para pelajar untu
mendapatkan SKM Tahap 3, dimana mereka dinilai oleh
Pegawai Penilai Luar yang pakar dalam bidang dan
berkaliber.
Terima kasih tidak terhingga 33
kepada pihak pengurusan,
penyelaras SKM, jawatankuasa,
pensyarah yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung
sepanjang perjalanan
peperiksaan teori dan amali ini
dijalankan. Sesungguhnya apa
yang diperjuangkan tidak lain
tidak bukan untuk
kecemerlangan pelajar dan
memberikan satu nilai tambah
kepada pelajar untuk digunakan
selepas tamat pengajian kelak.
Penat dan susah akan berbayar
dengan kejayaan
LIVE SHOWCASE LE GOUTER
SENI KULINARI BAKERI & PASTRI
Program ini dilaksanakan pada 8 Julai 2022, di
Kolej Vokasional Sulatan Abdul Samad, Banting
Selangor. Seramai 5 orang pelajar program Seni
Kulinari dan 3 pensyarah KV DUHMS telah
melakarkan
Program ini dilaksanakan pada 8 Julai 2022, di
Kolej Vokasional Sulatan Abdul Samad, Banting
Selangor. Seramai 5 orang pelajar program Seni
Kulinari dan 3 pensyarah KV DUHMS telah
melakarkan
34
PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM OBE PELAJAR DIPLOMA 1
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar yang
berjaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Vokasional
Malaysia di KV DUHMS. Pendaftaran pelajar Diploma 1 di laksanakan
pada 13 Julai 2022 dengan Kerjasama pensyarah-pensyarah serta pelajar
DVM 2 sesi pendaftaran berajalan lancar dan jayanya.
Program Outcome-Based Education Pelajar Diploma Tahun 1 bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar akan program, peperiksaan penilaian
akhir dan hal berkaitan tentang peraturan dan Pdpc .
“ Genggam bara api, biar sampai jadi arang “ 35
MAJLIS PEMBUBARAN MPP SESI
2021/2022
Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional atau ringkasnya MPP Kolej
Vokasional merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Kolej
Vokasional. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan dalam membangunkan
personaliti dan idea seorang pemimpin dalam kalangan pelajar. Pemilihan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KV DUHMS telah dijalankan pada 1 Jun 2021.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KV DUHMS mempunyai ahli seramai 20 orang.
Pelantikan ini adalah bagi sesi 2021/2022.
Matlamat Program Pembubaran MPP :
§ Mengaplikasikan amalan demokrasi dalam kalangan pelajar pada peringkat
kolej.
§ Menerapkan nilai murni kepimpinan dalam kalangan pelajar kolej selain
mampu mengurus diri dan orang lain untuk keharmonian bersama.
Pencetus Wadah Kepimpinan Pelajar KV DUHMS 36
SAMBUTAN HARI RAYA ADIDILADHA
KV DUHMS
Sambutan Hari Raya Aidiladha KV DUHMS dilaksanakan pada 13 Julai 2022.
Antara pengisian ialah ceramah agama bertajuk ‘Rahsia Ibadah Korban’ oleh
Ustaz Abdul Fattah bin Riddzwan. Kemeriahan sambutan lebih terasa meriah
dengan aktiviti korban dan rewang. Antara menu yang di masak ialah sup
tulang, daging goreng kunyit dan masak asam tetel.
Hukum asal ibadat korban itu adalah sunat
momruaaamnkgpkauydaintiuagitjmuikasamudnpiaaut.tyMiadnaagkkrsumahnegblaaaktgudikiotaurnannktugotrybbaaangngi.
Walau bagaimanapun, jika ditinggalkannya
tanpa sebarang keuzuran, tidaklah ia satu dosa.
“Tidak wajib menyembelih korban, melainkan
hanya bagi mereka yang mampu. “
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah,
maka hendaklah dia mentaatinya. Sesiapa
yang bernazar menderhakai Allah s.w.t, maka
janganlah ia m e nderhaka i- Nya.” (H adith
riwayat Bukhari)
“ Qurban Sebagai Tanda Kesyukuran” 37
Karnival Pendidikan
Negeri Sembilan 2022
Karnival Pendidikan yang telah dilaksanakan di Hotel Royale Chulan Seremban
pada 16 Julai 2022. KV DUHMS telah menghantar wakil pensyarah dan pelajar
dari Program Kosmetologi, Seni Reka Fesyen dan Seni Kulinari bagi
mempamerkan produk dari KV DUHMS.
Terima kasih kepada semua pensyarah dan pelajar yang terlibat menjayakan
pameran ini. Diharap ia menjadi pemangkin semangat kepada warga KV
DUHMS untuk mempamerkan lagi bakat-bakat yang ada pada para pelajar KV
DUHMS supaya menjadi permata yang bersinar di luar kelak. Secara tidak
langsung ia dapat melahirkan warga pendidik yang berkemahiran tinggi,
berpemikiran kreatif dan kritis.
JOM, MASUK KV DUHMS !
38
SAMBUTAN HARI KESELAMATAN
MAKANAN SEDUNIA
Pada 17 Julai 2022, KV DUHMS telah
menghantar 9 orang pelajar Seni Kulinari di
dalam Pertandingan "Cake Decoration"
yang telah dianjurkan sempena Sambutan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia di
Peringkat Negeri Sembilan 2022. Sekaligus
ia dapat memberi peluang dan mengasah
kemahiran para pelajar bukan hanya
dipamerkan di peringkat kolej, malah
ditonjolkan di peringkat luar juga bagi
melahirkan kemenjadian pelajar Kolej
Vokasional sentiasa akan dipandang hebat
seiring dengan misi dan visi kolej untuk
memartabatkan Pendidikan Teknikal dan
Vokasional.
Tahniah diucapkan kepada :
• NUR ALISA NAZIRA BINTI NOLISAM (Johan)
• SHIKIN BINTI ALI (Tempat ke -2)
• NURSYUKRIAH BINTI MOHAMMED
AFFENDY (Tempat ke -3).
“Setiap Kejayaan Bermula Dari Perasaan Ingin Mencuba”
39
PROGRAM FALAK :
PENENTUAN ARAH KIBLAT
Program ini dilaksanakan pada 29
Julai 2022 di Surau AN Nur KV
DUHMS. Program ini adalah
bertujuan untuk menentukan arah
kiblat di Surau An Nur yang
dilaksanakan oleh wakil Jabatan
MUFTI Negeri Sembilan dan secara
tidak langsung para pelajar dan
pensyarah dapat mengetahui
kepentingan Kiblat dalam ibadah
melalui ceramah yang telah
disampaikan oleh Bilal dari Masjid
Rantau Negeri Sembilan.
Proses penyemakan arah itu
dilaksanakan dengan menegakkan
objek yang lurus di kawasan lapang
dan menerima cahaya matahari,
kemudian perhatikan pula bayangnya.
Garisan daripada bayang matahari
tersebut, akan menunjukkan ke arah
Kaabah dan seterusnya boleh
ditandakan sebagai panduan rujukan
khususnya untuk tujuan ibadah solat.
40
KV SKILLS ZON
MELAKA/NEGERI SEMBILAN 2022
KV SKILLS Zon Melaka/Negeri Sembilan
2022 telah dilaksanakan di KV DUHMS
pada 20 Julai 2022. 2 kategori yang telah
dijalankan iaitu “Beauty Theraphy dan
Fashion Technology”.
Tahniah diucapkan kepada :
- NURLISA AMYRA BINTI SHUHAIMI DVM 1
(Johan Beauty Theraphy)
- NUR NAJWA BINTI NOR HALIM DVM 1
(Johan Fashion Technology)
Mereka akan mewakili Zon Melaka/ Negeri
Sembilan ke Peringkat Kebangsaan yang
dijangka akan berlangsung pada bulan
Oktober nanti.
Adat pertandingan, ada yang berjaya dan
sebaliknya, tetapi pengalaman dan objektif
pertandingan itu paling utama, yang mana
ia bertujuan untuk meningkatkan tahap
kemahiran dan mencungkil bakat pelajar itu
sendiri dapat dicapai.
” Andamheabkaatt!idsaekkirkairnayaapkaitpaupnerycaanyga dkaitpaatakhaenntmikeannjasdemi oarnagnagt ykaitnag ”berjaya, 41
KHIDMAT JALINAN KOMUNITI
(PERKEP IPD REMBAU)
Tahniah kepada 7 orang pelajar Program
Kosmetologi KV DUHMS yang terlibat untuk
menjadi jurumekap PERKEP IPD Rembau
sempena Majlis Hi-tea PERKEP Kontinjen
Negeri Sembilan di tempat Country Club
pada 22 Julai 2022 dan kumpulan KOIR
PERKEP IPD Rembau ini telah mendapat
Naib Johan. Terima kasih kepada pihak
PERKEP IPD Rembau yang mempercayai
khidmat jurusolek pelajar Kosmetologi KV
DUHMS.
Program ini bertujuan meningkatkan
kemenjadian pelajar itu sendiri dalam
melihat situasi sebenar apabila bekerja
kelak dan secara tidak langsung ia selaras
dengan misi kolej iaitu "Memperkasa
pendidikan teknikal dan vokasional
melalui pelaksanaan program yang
berkualiti”
Di langit ada pelangi,
Tak lupa dihitung warnanya,
Cukup sekian dari kami,
Terim akasih khidmatnya. 42
TEMUDUGA PENCALONAN MPP
Pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) telak melaksanakan temuduga
bagi calon-calon pelajar yang terpilih.
Temuduga ini dilaksanakan pada 21
Julai 2022 di Dewan KVDUHMS.
Pencalonan ini terdiri daripada para
pelajar dari program Kosmetologi,
Seni Kulinari dan Seni Reka Fesyen.
“ Peluang itu tidak datang dengan sendiri, tetapi anda
yang cipta ”
Penemuduga pencalonan MPP telah
dilakukan oleh pensyarah-pensyarah
di bawah MPP yang berkaliber.
Temuduga telah dilaksanakan dengan
jayanya seperti yang dirancangkan.
43
PERTANDINGAN CATUR
MSSDR
Julung-julung kali pelajar KVDUHMS memenangi tempat bagi Pertandingan
Catur di peringkat MSSDR . Pertandingan ini telah dilaksanakan pada 21 Julai
2022 di SMK Pedas. Tahniah di ucapkan kepada Ayeesha Qistina binti Azman
SVM 1 SRF yang menjadi johan dalam Kejohanan Catur MSSD Rembau 2022.
Pelajar ini akan mewakili Daerah Rembau ke peringkat Negeri Sembilan di
Gemencheh.
“ usah gentar kejayaan semakin dekat”
44
AUDIT SPKKV
KALI KE 2, 2022
Audit SPKKV telah dilaksanakan dengan penuh
dedikasi oleh ahli jawatankuasa audit dalaman
pada 25 Julai 2022 bagi ketiga-tiga program di
KVDUHMS. Audit ini adalah bertujuan membantu
meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan
pendidikan di KVDUHMS.
45
MINGGU SAINS & MATE
Minggu Sains dan Matematik yang dilaksanakan
bermula 25 Julai 2022 sehingga 10 Ogos 2022 yang
melibatkan para pelajar KV DUHMS di bawah anjuran
Unit Sains dan Matematik KV DUHMS.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah
dirancang bagi Minggu Sains dan Mate ini
antaranya ialah :-
• Pop Kuiz Sains
• Pop Kuiz Matematik
• Cabaran Kalkulator Kahoot
• Bengkel AJAR
• Pertandingan Teka Silang Kata
• Pertandingan Roket Air
• Young Scientist
• Pertandingan Peta Konsep Mini Malaysia
ke Marikh
• Pertandingan Explorace
• Pelancaran Penutupan
46
Seminar Kerjaya Hire Me Now
SVM 2
Seminar Kerjaya Hire Me Now ini dilaksanakan pada 27 Julai 2022 di Dewan KV
DUHMS bagi pelajar-pelajar SVM 2. Perkongsian berkaitan usahawan muda
bersama saudara Muhammad Nasrullah bin Yahya, Usahawan Berjaya TVET.
Terima kasih diucapakan kepada i-LEAD, Kementerian Belia & Sukan kerana
memberikan peluang perkongsian ilmu kepada para pelajar KV DUHMS.
Semoga para pelajar KV DUHMS terus cemerlang pada masa akan datang.
“ Jika berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah
untuk menaiki tangga tersebut”
47
AUDIT PENILAIAN PENGURUSAN
KEWANGAN KENDIRI (PPKK)
Audit Penilaian Pengurusan Kewangan Kendiri (PPKK) telah dilaksanakan pada
27 Julai 2022 di Bilik Gerakan KVDUHMS oleh Kementerian dari Unit Audit
Dalaman (AUD) yang terdiri daripada 4 orang pegawai. Segala persiapan fail
yang akan disemak telah disediakan sehari sebelum Kehadiran pihak AUD.
Pengurusan sepanjang audit berjalan dengan baik dan mendapat maklum balas
yang positif dan yang kurang akan ditambah baik pada masa akan datang untuk
kecermerlangan dalam Pengurusan di KV DUHMS. Terima kasih di atas segala
teguran dan bimbingan.
“GoForExpertise”
48
FOOD FESTIVAL
NEGERI SEMBILAN 2022
Seramai 5 orang pelajar daripada
program Seni Kulinari mewakili KV
DUHMS bagi pertandingan Ukiran Buah-
buahan di Food Festival Negeri Sembilan
yang dilaksanakan pada 28 Julai 2022 di
Nilai.
Mereka telah mendapat tempat kedua
dan ketiga bagi pertandingan tersebut. Ia
menjadi satu kejayaan yang paling
bermakna buat warga KV DUHMS bagi
melahirkan para pelajar yang
berkemahiran dan berpotensi dalam
pekerjaan sebenar kelak.
Tahniah buat pelajar :-
• Tempat ke-2-Nurin Maisarah
• Tempat ke-3-Nur Lyliyana
Tahniah diucapkan juga kepada Puan
Shafiza bt Suhaimay (Pensyarah Seni
Kulinari) yang telah mendapat johan di
dalam pertandingan memasak anjuran
Negeri Sembilan Festival 2022.
49
PILIHAN RAYA MPP
Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kini
berlangsung bermula Julai sehingga Ogos 2022.
Pilihan Raya ini bertujuan untuk para pelajar
memilih bakal pemimpin mereka di KV DUHMS
dalam merealisasikan kehendak dan kecemerlangan
mereka dalam membantu pensyarah-pensyarah
melahirkan generasi yang hebat-hebat di dalam
kalangan mereka di KV DUHMS.
Pilihan Raya ini juga telah dilaksanakan secara besar-
besaran di sekitar kawan KV DUHMS bagi menaikkan
semangat para pelajar dalam memilih bakal
pemimpin mereka mengikut program.
Tahniah dan semoga berjaya bagi semua pencalonan
MPP. Jika akan datang anda adalah pemimpin jadilah
pemimpin yang berwibawa dan berkaliber dalam
memenangi hati rakyat.
“ sebelum menjadi pemimpin, berjayalah dahulu
dengan dirimu sendiri, jadilah pemimpin yang
hebat”
50