CABARAN-CABARAN DALAM
MEMBENTUK MASYARAKAT
MALAYSIA TENTANG
JENAYAH SIBER
MPU23042:NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
AHLI KUMPULAN 5:
-JEREMIAH CALIX JAMES
(05DEE20F1069)
-WILLIE DAVE LUTHER ANAK HARPER
(05DEE20F1075)
-EVANGELISTA AUDREY MANUCHIHR
(05DEE20F1002)
-MACCURE ANAK DADI@DAMI
(05DEE20F1066)
Nama Pensyarah : Mohamad Faizal Ahmad
PENA PENASIHAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt dengan taufik dan
hidayahnya diberi kesempatan untuk memberi sedikit kata-kata aluan
sebagai penasihat dalam penghasilan e-folio ini. Penulisan ini selaras
dengan lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-
KPT) iaitu menghasilkan bahan penyelidikan dan penulisan serta
bahan ilmiah. E-Folio ini merupakan salah satu platform yang terbaik
membolehkan perkongsian hasil penulisan pelajar.
E-folio adalah tugasan berbentuk penulisan ilmiah atau kreatif yang
memberi impak kepada pembaca. Dengan terhasilnya e-folio ini
diharapkan dapat memberi manfaat dan kefahaman yang mendalam
dalam sesuatu isu yang dikupas. Selain itu, e-folio ini boleh dijadikan
sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kepada pensyarah atau pelajar
bagi meningkatkan kefahaman dalam pengajaran.
Tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus dalam
menghasilkan efolio yang manarik minat pembaca. Semoga segala
usaha yang dibuat mendapat balasan yang setimpal. Saya berdoa
semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat daripada
penghasilan e-folio ini.
ISI
KANDUNGAN
01 Objektif
02 Pengenalan
03 Apakah Jenayah
Siber?
04 Punca Jenayah
Siber
05 Kesan
Jenayah Siber
06 Langkah
Menangani
07 JENIS-JENIS JENAYAH
SIBER
Objektif
Dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat mengenai jenayah siber.
Dapat mengenalpasti masalah-
masalah mengenai jenayah siber dan
cara-cara untuk mencegahnya.
Dapat melahirkan masyarakat yang
berakhlak mulia dan berfikiran
rasional sebelum melakukan sesuatu.
Membantu masyarakat untuk
mengelak jadi mangsa jenayah siber.
PENGENALAN
Dalam meniti arus kemodenan, era globalisasi dunia telah
mencetuskan pelbagai perubahan dalam menghayati kehidupan
selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup
berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan
kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan
corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan
penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas
seiring dengan hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari
terdapat pelbagai hasil ciptaan dan inovasi baharu yang berasaskan
teknologi. Teknologi dan maklumat ini telah berjaya menghapuskan
batasan sempadan sesebuah negara. Malahan, ia berjaya merubah
bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan pelbagai elemen luar
memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. Dunia
siber kini telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan
manusia dan mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia.
Walaubagaimanapun, dunia siber tidak hanya memberikan kesan
positif, malahan boleh mendatangkan kesan negatif terhadap
masyarakat pengguna terutamanya golongan remaja yang mudah
terdedah kepada pelakuan jenayah.
Apakah Jenayah Siber?
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang
baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada
unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian
program atau data komputer, pencurian maklumat,
penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet
sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah
penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan
maklumat. Dikarenakan tiada yang dapat mengawal
arus perjalanan maklumat dalam dunia siber, berjuta-
juta laman web telah wujud. Pelbagai maklumat sahih
dan tidak sahih, idea, ideologi, propaganda dan tidak
kurang juga pornografi mampu disebarkan melalui
Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang
dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun
bagi pihak pentadbiran sesetengah negara yang
selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara,
berfikir dan berpendapat penduduk mereka.
Punca Jenayah Siber
Internet sebagai alat komunikasi zaman kini
Pelbagai laman web sosial yang dicipta
seperti ‘Instagram’ dan ‘Facebook’ telah
mendorong seseorang individu untuk
mendedahkan maklumat peribadi seperti
alamat, nombor telefon dan gambar.
Perkara ini akan membolehkan seseorang
individu berkongsi butiran peribadi
kepada penjenayah siber tanpa disedari.
Penjenayah siber akan menggunakan
butiran peribadi untuk kegiatan yang
tidak baik seperti menggunakan identiti
orang lain, menggodam akaun-akaun
bank dan seumpamanya. Kemunculan
Internet juga menyebabkan maklumat
disebarkan tanpa mengetahui
kesahihannya. Maklumat yang
disebarkan akan menyebabkan orang
ramai mempercayai maklumat tersebut.
Punca Jenayah Siber
Penggunaan perbankan atas talian secara
meluas
Terdapat pihak yang tidak
bertanggungjawab mengambil
kesempatan dalam kemajuan teknologi
ini dengan menggunakan taktik
pemalsuan. Penjenayah siber
menghasilkan laman web perbankan
palsu yang menyerupai laman web
sebenar. Hal ini akan menyebabkan
seseorang individu memasukkan data
peribadi ke dalam laman web tersebut
dan data tersebut akan digunakan
penjenayah siber untuk mendapatkan
duit dengan cara yang mudah. Maka,
duit individu tersebut akan hilang dalam
sekelip mata dan hal ini akan
menyebabkan individu hilang
kepercayaan untuk melakukan aktiviti
perbankan secara atas talian.
Punca Jenayah Siber
Kekurangan ilmu tentang pengendalian internet
dan komputer
Masyarakat yang kekurangan pengetahuan
dalam pengendalian komputer juga
merupakan faktor berlakunya jenayah siber.
Kebanyakan penjenayah merupakan golongan
yang professional dan berpengetahuan. Ramai
orang manjadi sasaran kerana mereka tidak
tahu langkah-langkah bagi mengelakkan diri
daripada ancaman siber. Oleh itu, penting
bagi seseorang individu untuk mengambil
langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri
daripada ancaman siber. Kejadian yang sering
berlaku adalah penjenayah siber mencipta
laman web atau aplikasi telefon pintar tiru dan
pengguna yang kurang mahir dalam komputer
dan internet sering ditipu. Selain itu, mereka
yang tidak sedar akan risiko di sebalik
perkongsian peribadi melalui media sosial
seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-
lain juga menjadi faktor jenayah siber berlaku.
Punca Jenayah Siber
Penjenayah siber sukar untuk dikenalpasti
Antara punca jenayah siber berlaku adalah
penjenayah sukar untuk dikenalpasti.
Perbuatan mereka seperti menggodam,
mencuri maklumat, menyebarkan perisian
virus, menghantar mesej rawak dan
pencerobohan sukar untuk dikenalpasti.
Pihak yang berkuasa sukar untuk
membanteras ancaman siber seperti
ancaman fizikal kerana sulit untuk
menjejak siapa dan motif serangan
mereka. Golongan penjenayah siber
biasanya terdiri daripada golongan yang
berpengetahuan ataupun profesional.
Berkemungkinan rakan kita , pelajar,
ataupun orang berpangkat. Kebiasaan,
mereka akan melakukan jenayah siber
terhadap institusi pesaing atau mereka
diupah oleh pihak tertentu.
Punca Jenayah Siber
Kerakusan manusia
Sifat tamak manusia merupakan faktor
yang mendorong kepada jenayah siber.
Antaranya, keinginan untuk menjadi kaya
dalam jangka waktu yang singkat
dengan menggunakan kaedah mudah.
Pelbagai laman web yang memaparkan
maklumat yang sahih dan tidak sahih
memudahkan penjenayah siber
menggunakan laman web tersebut untuk
mencari mangsa. Sesetengah manusia
hanya mementingkan hasil dan mereka
tidak peduli tentang kaedah demi
mendapat hasil tersebut. Oleh itu,
mereka sanggup melakukan jenayah
siber semata-mata untuk mendapatkan
hasil dengan cepat dan mudah kerana
jenayah siber tidak melibatkan tenaga
fizikal yang banyak seperti jenayah
merompak.
KESAN-KESAN JENAYAH
SIBER
Kurangnya pendedahan dalam penggunaan
teknologi internet dengan selamat.
Dalam teknologi komunikasi dan maklumat ICT,
masyarakat kurang didedahkan dengan melindungi hak
mereka sebagai pengguna. Ramai pengguna cuai dalam
penggunaan laman sosial seperti mempamerkan butiran
peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat
rumah dan sebagainya. Oleh yang demikian, individu
yang tidak bertanggungjawab akan mencuri atau
menyamar sebagai mangsa secara atas talian untuk
keuntungan peribadi atau menjatuhkan individu lain.
Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah
siber semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau
salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang
juga pornografi disebarkan melalui Internet.
Dengan hanya satu klik, pengguna bebas
menghantar dan menerima maklumat tanpa
penapisan, yang akan memudahkan jenayah siber.
Sebagai contoh, dalam kes pihak tidak
bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu
mengenai kematian Ketua Polis Diraja Malaysia Tan
Sri Ismail Omar. Penyelewengan maklumat itu
menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai dan
pentadbiran di dalam dan luar negara. Maka
daripada kes ini, jelaslah bahawa penghantaran dan
penerimaan maklumat yang tidak ditapis boleh
membawa kepada gejala jenayah siber.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
JENAYAH SIBER
Mengkaji dan mewujudkan undang-
undang siber.
Pihak berkuasa boleh mengkaji dan memperkenalkan
undang-undang siber yang baharu untuk
meningkatkan lagi pengawalan siber serta mampu
mengurangkan kes jenayah siber . Keselamatan siber
menjadi isu topik di masa kini dan menjadi perbualan
atau perbincangan di kalangan masyarakat. Oleh itu ,
ahli yang pakar dalam bidang teknologi perlu
diperluaskan agar bekerjasama dalam mengatasi atau
membendung kes jenayah siber.
Masyarakat perlulah berkerjasama dalam
membendung atau mengatasi masalah kes
jenayah siber.
Dengan pelbagai cara ialah menyelidik dan berhati-
hati menggunakan peralatan teknologi dengan
benar.Hal ini dapat menyelamatkan anda mahupun
yang lain, dari ancaman siber.Selain itu, meningkatkan
kefahaman ideologi masing-masing untuk
menghormati kaum lain juga dapat mengelakkan dari
pergaduhan laman sosial mahupun di luaran. Hal ini
juga dapat mengelakkan kes jenayah siber.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
JENAYAH SIBER
Memberikan kesederan melalui
kempen dan iklan.
Dengan mseenbyeendaarr
kjeannayoarhansgiberarmyaaingtenbtoalenhg
ancaman
memudaratkan identiti mangsa. Kempen
melalui pengiklanan media cetak dan digital
perlu berkembang dan menjangkau masyarakat
secara keseluruhan. Pelbagai taktik atau taktik
yang digunakan oleh penjenayah siber untuk
memperdaya mangsa. Justeru, kempen dan
iklan adalah penting untuk orang ramai benar-
benar faham, sekurang-kurangnya dapat
mengelak daripada menjadi mangsa atau
menyedarkan mereka bahawa jenayah siber
amat berbahaya pada zaman moden ini.
JENIS-JENIS JENAYAH SIBER
1. " Phishing " atau pancingan data
Phishing atau pancingan data menggunakan mesej e-mel palsu
untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada pengguna
internet. Lalu, maklumat tersebut digunakan atas tujuan
jualan atau di ekspoitasikan,
Dengan menipu penerima e-mel supaya mempercayai bahawa
mesej itu adalah sesuatu yang mereka inginkan atau perlukan
seperti permintaan daripada bank atau nota daripada
seseorang dalam syarikat mereka, penerima akan klik pautan
atau memuat turun lampiran yang disediakan dalam emel
tersebut.
Beza emel pishing dari emel tulen ialah bentuk mesej yang
diambil: emel phishing menyamar sebagai entiti yang dipercayai,
selalunya orang sebenar atau boleh dipercayai, atau syarikat yang
mungkin berurusan dengan mangsa seperti bank, badan kerjaan,
syarikat telefon dan lain lain lagi.
2. Kecurian Identiti
Penyalahgunaan maklumat peribadi dengan mencuri identiti
seseorang termasuk menggunakan gambar orang lain
dengan menggunakan nama palsu.
Kecurian identiti berlaku apabila seseorang mencuri
maklumat peribadi anda untuk melakukan penipuan.
Pencuri identiti mungkin menggunakan maklumat anda
untuk memohon kredit, memfailkan cukai atau
mendapatkan perkhidmatan perubatan. Tindakan ini boleh
merosakkan status kredit anda, dan memerlukan masa dan
wang untuk memulihkan nama baik anda.
Jika anda telah memberi maklumat peribadi anda kepada
sesebuah pihak, anda harus membaca kesemua syarat dan
terma serta akui akan Personal Data Protection Act (PDPA)
iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi untuk menghidari diri
dari di eksploitasi.
3. Penggodaman
Penggodaman atau lebih dikenali sebagai ‘hacking’ dijalankan
dengan menutup atau menyalahgunakan laman web atau
rangkaian komputer dengan mengenal pasti dan
mengeksploitasi kelemahan dalam sistem tersebut.
Penggodaman tanpa akses atau kebenaran dari pemilik adalah
sebuah jenayah yang terjatuh bawah Seksyen 5, Akta Jenayah
Komputer 1997. Namun sebegitu, Penggodaman Beretika
adalah mengenai meningkatkan keselamatan sistem komputer
dan/atau rangkaian komputer dan tidak salah dari sisi undang-
undang.
4. Pengedaran Pornografi Kanak-kanak
Pengedaran, pengeluaran dan tontonan pornografi kanak-
kanak serta ‘Child grooming’ iaitu membuat dan mengajar
perkara seksual kepada kanak-kanak di bawah umur secara
atas talian adalah kesalahan besar mengikut Seksyen 4 hingga
10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Merujuk kepada pornografi kanak-kanak ditetapkan dalam
Bahagian 4, yang secara amnya meliputi semua bentuk media
visual, pendengaran atau bertulis. Oleh itu, ia bukan sahaja
termasuk video atau gambar lucah, tetapi klip audio dan
dokumen bertulis juga.
5. Salinan cetak rompak
Pengedaran serta pencetakan sesebuah kandungan atau
perisian yang tidak dibenarkan oleh pencipta atau pemilik
adalah salah satu kesalahan siber yang merugikan dan memberi
impak berat terhadap kewangan negara. Di atas sebab muat
turun kandungan lokal, kerugian tahunan disebabkan jenayah
itu dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada industri media dan
hiburan kita.
Sesawang internet membuka sempadan kepada ilmu dan berita
namun masih ramai menyalahgunakan dengan berkongsi
maklumat yang tidak sahih serta menipu dan menjalankan
aktiviti haram. Sebagai pengguna, kita haruslah sentiasa
berwaspada dan merepotkan aktiviti yang mencurigakan demi
kebaikan rakyat bersama.
KESIMPULAN
Jenayah siber boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja kerana di internet, anda boleh menyamar
tanpa identiti khusus. Jadi,undang-undang siber
dan undang-undang kerajaan elektronik amat
penting untuk melindungi pengguna biasa dari
ancaman penjenayah siber yang amat bijak.
Undang-undang siber tidak seharusnya kita
harapkan untuk melindungi kita dari ancaman
jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan,
serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh
orang beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari
kalangan orang yang berhampiran dengan kita.
Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan
untuk menbanteras kes-kes jenayah siber semakin
berleluasa pada zaman era kini.
RUJUKAN
https://anyflip.com/negis/wvqr/basic
https://anyflip.com/pcxpe/cijd/basic
https://dokument.pub/e-folio-group-5-flipbook-pdf.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
https://www.coursehero.com/file/44857762/FAKTOR-PENINGKATAN-
JENAYAH-SIBERdocx/
https://karangan.net/punca-jenayah-siber/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-
mara/bahasa-melayu-undang-undang-1/jenayah-siber-penulisan-
artikel/14778976
https://www.sinarharian.com.my/article/219437/berita/nasional/keraja
an-ambil-langkah-ofensif-tangani-jenayah-siber
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/jenayah-siber-cari-
punca-kenapa-data-peribadi-boleh-bocor/
https://www.britannica.com/topic/cybercrime
https://www.techtarget.com/searchsecurity/definition/cybercrime