JURNAL PRAKTIKUM Oleh: Yusnor Zarul Izzudin bin Mohamad Yusof Minggu : 1 Hari/Tarikh : Jumaat, 16 Jun 2023 Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa dalam sesi PdP 1. Isu yang difokuskan: Pada minggu ini saya telah mengenal pasti masalah pengurusan masa tidak sebagaimana yang telah dirancang. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang dengan sistematik tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu, 2. Analisis Isu yang Difokuskan (Faktor dan Kesan): Masalah ini timbul apabila aktiviti perbincangan secara berkumpulan yang telah saya jalankan itu kadang kala melebihi masa yang diperuntukkan. Saya dapati murid mengambil masa terlalu panjang untuk menyiapkan hasil perbincangan dan semasa membentangkan hasil perbincangan tersebut, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menjelaskan dengan lancar dan baik. 3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas): Menurut Wan Ali Akbar (2020), kekangan masa adalah masalah paling utama yang diakui oleh kebanyakan guru. Hal ini diakui oleh beberapa Guru Inovatif Pendidikan Islam melalui sesi temubual. Menurut Wan lagi, guru perlu menguruskan masa dan mengutamakan apa-apa yang perlu diutamakan agar ada ruang masa untuk penyediaan bahan pengajaran selaras dengan kemampuan dan minat murid. 4. Cadangan Tindakan Susulan: Saya perlu memperbanyak bahan bacaan berkaitan pengurusan masa dalam mengendalikan proses PdP agar dapat merancang dan mengurus masa dengan baik. Selain itu, saya akan
menyediakan Plan A dan Plan B pada waktu-waktu tertentu terutama sekali pada hari yang melibatkan perhimpunan atau program-program rasmi sekolah supaya proses PdP dapat berjalan dengan masa yag telah dirancang. Di samping itu, bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan murid tentang baki masa yang ada dan mengingatkan ketua kumpulan untuk membuat pembentangan hasil dapatan dalam masa yang ditetapkan. Akhir sekali, saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah. 5. Tempoh Masa Tindakan Susulan: Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran sesi PDP. 6. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada): Masa yang ada perlu diurus mengikut keutamaan tugasan. Rujukan Abdullah, W. A. A. W., Razak, K. A. & Hamzah, M. I. (2020). Pengurusan Masa Guru Inovatif Pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education, 8(2), 34-39. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama : En. Roslan bin Ramli Tarikh : Disemak oleh Pensyarah Tandatangan : Nama : Pn. Asma Nabihah binti Abd Rahman Tarikh :