SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NUR AFIFAH ZAFIRAH BINTI YUSELI
NAMA : NUR AFIFAH ZAFIRAH BINTI YUSELI OPSYEN : BM (SK) KOD KURSUS : BMMB1074 NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
PENGENALAN Setiap bangsa di dunia ini memiliki bahasa pertuturan tersendiri yang merangkumi kosa katanya sendiri, cara penyampaian, istilah dan nahu. Bahasa merupakan perantara maklumat dan komunikasi antara bangsa itu sendiri. Tanpa bahasa, setiap maklumat yang hendak disampaikan tidak tercapai dan komunikasi yang diharapkan hanya menjadi sia-sia. Bahasa boleh dikategorikan seperti bahasa lisan, bahasa tulisan dan bahasa isyarat.
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU https://www.youtube.com/watch?v=Knijhxq7a2c
Menurut Wikipedia (2021), tulisan Pallawa merupakan suatu sistem tulisan abjad suku kata yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush. Tulisan ini juga dikenali sebagai “tulisan bulat”. Tulisan Pallawa dan tulisan Pallava adalah sama. TULISAN PALLAWA
TULISAN PALLAWA Nama aksara Pallawa ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di selatan India antara abad ke-4 hingga abad ke-9 Masehi. Dinasti Pallava merupakan sebuah dinasti yang memeluk aliran Jainisme Tulisan Pallawa merupakan sistem tulisan yang terawal digunakan di Kepulauasn Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. Ia terdiri daripada 46 abjad. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini adalah terhad. Ia hanya disebar di kalangan golongan istana sahaja kerana tiada kemudahan asas untuk mengajar orang yang ramai untuk membaca dan menulis Aksara Pallawa juga digunakan di dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan abad ke-5. Dokumen inilah yang merupakan bukti penggunaan aksara Pallawa serta sebagai tanda aksara ini telah berkembang di Nusantara
TULISAN KAWI Menurut Kamus Dewan (2017), Kawi bermaksud bahasa Jawa Kuno yang sering digunakan dalam kesusasteraan.
TULISAN KAWI Tulisan Kawi ialah sistem tulisan yang wujud awal di Kepulauan Melayu. Ia merupakan tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8 masihi lagi. Tulisan Kawi berasal dari Jawa dan digunakan di Kerajaan Singahasari di Jawa. Tulisan ini telah merebak ke seluruh wilayah Asia Tenggara dan digunakan sehingga ke adad ke-16 masihi. Tulisan Kawi merupakan tulisan yang dikembangkan dari tulisan Pallawa. Ia digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit dan Jawa Kuno. Huruf-huruf Kawi digunakan oleh orangorang Melayu Kuno dengan menulisnya di atas kulit kayu, daun lontar, kayu logam dan pada batu bersurat. Aksara Kawi ialah sebuah huruf yang digubah dari huruf India Selatan. Aksara Kawi ditulis secara tanpa jarak antara kata-kata lengkap. Ia memiliki sekitar 47 huruf, namun terdapat sejumlah huruf yang bentuk dan penggunaannya tidak diketahui kerana contohnya yang sedikit ditemukan dalam mempraktikkan sistem bertulis Kawi.
TULISAN JAWI Menurut Kamus Dewan (2017), tulisan Jawi merupakan tulisan yang menggunakan huruf Jawi yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
TULISAN JAWI Tulisan Jawi merupakan antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan Jawi berasal daripada Arab dan wujud di Kepulauan Melayu selepas kedatangan Islam. Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia dan bertutur dalam bahasa Mealyu klasik. Ia mula berkembang sejak zaman kerajaan Parsi. Tulisan Jawi digunakan dalam urusan pentadbiran dan adat istiadat. Tulisan Jawi merupakan tulisan yang membangunkan tamadun Melayu ke ambang Melayu moden. Tulisan Jawi mempunyai 36 aksara iaitu aksara yang dipinjam dari Arab dan 6 aksara dari abjad tambahan. Ia mempunyai huruf bersambung dan berbaris serta mempunyai titik. Tulisan Jawi bersifat ligatur.
SISTEM EJAAN ZA’BA Ia merupakan sistem ejaan pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh orang yang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu-Jawi 1949. Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia. Sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi sehingga tahun 50 an sebelum digantkan dengan sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan telah dihasilkan di SITC iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris dan juga merupakan sistem rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu. Sistem ejaan Za ’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hanya melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui hurufhuruf rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES Sistem Ejaan Rumi Kongres wujud selepas Ejaan Rumi Za ’ba. Ia diwujudkan dengan persetujuan Kongres Bahasa Mealyu dan Persuratan Melayu III pada 16 hingga 21 September. Terdapat 16 ketetapan dalam ejaan bahasa Melayu, iaitu dua daripada itu mengenai bunyi bahasa dan tulisan Jawi. Terdapat 17 konsonan asli dan lima kosnonan pinjaman. Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah dengan menggunakan sistem fonologi dan bukan fonetik iaitu melambangkan satu fonem dengan grafem atau huruf sahaja. Tanda sempang dihapuskan penggunaannya kecuali pada kes-kes tertentu. Terdapat juga pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu kerana ejaan kongres menetapkan agar perkataan yang dieja berdasarkan sebutan yang asal.
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Pada tahun 1957, hasil daripada perjanjian penyatuan ejaan rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia telah dipersetujui. Ia mula dilaksanakan pada tahun 1972 hasil daripada kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia di Malaysia. Jawatankuasa di bawah pengurusan Dewan Bahasa Pustaka memainkan peranan yang penting dalam menyusun pedoman ejaan rumi di Malaysia.
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKAN & PASCAMERDEKA https://www.youtube.com/watch?v=ZOLPs3rmO80
ditubuhkan pada tahun 1924. diasaskan oleh Zainal Abidin Ahmad (Za`ba) dan O.T Dussek iaitu Pengetua MPSI pada ketika itu. mendapat kerjasama daripada R.O. Winstedt iaitu Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. PEJABAT KARANG MENGARANG
PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG menghasilkan bahan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan menganjurkan bengkel penulisan dan kursus penterjemahan untuk memperluas budaya ilmu kepada masyarakat menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik serta membuka peluang kepada mereka untuk meluaskan bidang ilmu
PAKATAN BELAJARMENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (PBMPB) memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu membawa satu perubahan baru dalam memperkasakan lagi peranan bahasa Melayu dan memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu megkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu lebih mudah disebarkan kepada orang ramai memelihara tulisan Jawi dan mencipta perkataan baru serta mengadakan perpustakaan mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan mengeluarkan peredar atau dikenali jurnal 6 bulan sekali dan menghasilkan buku PERANAN
PERANAN ASAS 50 memperluas dan meninggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama bahasa dan kesusasteraan dijadikan dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan kesusateraan perlu mengubah nilai yang asing kepada yang baru membantu sasterawan dalam memajukan citacita dan kewangan
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN LAPORAN BARNES (1951) LAPORAN FENN-WU (1951) ORDINAN PELAJARA N (1952) LAPORANRAZAK(1956)
LAPORAN BARNES (1951) Jawatankuasa Pelajaran Melayu dipengerusikan oleh L.J. Barnes Menekankan kepentingan sekolah rendah untuk membina satu rupa bangsa penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal yang kekal dan tumpuan taat setia Antara kandungan Laporan Barnes ialah : > Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar > Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
diterbitkan berikutan dengan bantahan daripada masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes Mengkaji pendidikan Cina Mencadangkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah Cina sebagai institusi yang memberikan faedah kepada penduduk Tanah Melayu Antara kandungan Laporan Fenn-Wu ialah : > Sekolah cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan > Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu LAPORAN FENN-WU (1951)
ORDINAN PELAJARAN (1952) diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti LaporanBarnes dan Laporan Fenn-Wu. Ordinan ini bertujuan membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan. Semua murid daripada pelbagai bangsa disatukan dalam satu sistem berorientasikan Tanah Melayu. Antara perkara yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1952 ialah : > Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. > Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama. > Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, iaitu Menteri Pelajaran dan ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada serta mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baru. La[oran ini mengemukakan teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan dengan hasrat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, iaitu melalui : Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan Antara cadangan yang dicadagkan ialah : Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil LAPORAN RAZAK (1956)
PERANAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan mengawasi penggunaan bahasa khususnya penggunaan istilah dan ejaan di sektor awam dan swasta menyusun Kamus Am dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi yang berkesan dan cekap dalam semua bidang
KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 bagi memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan peringkat serantau. Pada tahun 1985, Brunei Darussalam menyertai penubuhan pakatan ini sekaligus MBIM dipertua menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBDIM). MBIM dan MABBDIM ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di rantau ini. Kerjasama ini telah menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan, penyeragaman pedoman pembentukan istilah dan penyeragaman istilah-istilah ilmu tinggi peringkat profesional.
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN Cabaran di bidang pendidikan ialah apabila bahasa Inggeris mula digunakan sebagai bahasa pengantar di institut-institut tinggi. Menurut Haji Musa (2004) dalam Majdi Ibrahim Mohammad Kamil dan Maliati Mohamad (2020) menyatakan bahawa hal ini telah mewujudkan penambahan pengguna bahasa Inggeris di Institut Pebdidikan Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, masa depan bahasa Melayu yang murni ini tidak akan tercapai kerana tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dalam usaha memartabatkan bahasa itu sendiri.
EKONOMI Perniagaan kini memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untyk berkomunikasi dan berinteraksi dalam urusan jual beli. Hal ini kerana terdapat banyak bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi semasa aktiviti perniagaan menyebabkan bahasa Melayu tercicir dari landasan. Menurut Hafizah Iszahanid (2019), bahasa Melayu dipandang rendah kerana dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu tidak akan maju sekiranya tidak digunakan dengan cara yang betul.
PENTADBIRAN KERAJAAN Dalam pentadibran kerajaan, kita dapat melihat sikap pemimpinpemimpin yang bertutur dengan menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini akan menyebabkan rakyat mencontohi sikap pemimpin dalam mengagung-agungkan bahasa asing. Menurut Hasan Baseri Budiman (2013), bahasa Melayu akan menjadi lemah jika pemimpin tertinggi sendiri tidak mencintai bahasa itu sendiri. Oleh itu, perannan bahasa Melayu ini akan meusnah jika pemimpin sendiri tidak mengaplikasikannya dalam membangunkan sesebuah negara.
KERANCURAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL Kerancuran bahasa di media sosial iaitu pengunaan perkataan yang disingkatkan. Hal ini berlaku dalam semua aplikasi yang terdapat di media sosial. Contohnya, perkataan ‘macam’ yang disingkatkan menjadi ‘mcm’. Penggunaan bahasa rojak juga kian menular dengan mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian. Hal ini akan menyebabkan identiti bahasa Melayu asli hilang. Oleh itu, setiap pihak perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian.
PENCAMPURAN KOD Pencampuran kod berlaku apabila seseorang menukarkan kod semasa berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka. Hal ini berlaku kerana masyarakat yang berbilang kaum mempunyai pelbagai bahasa yang dituturkan. Contohnya, pelajar bangsa Melayu bertutur dalam bahasa Inggeris dan mencampuradukkan dengan bahasa Melayu dengan perbendaharaan kata yang salah. Oleh itu, pencampuran kod ini menggambarkan keadaan bahasa sebenar yang banyak dilakukan oleh masyarakat pada hari ini.
SLANGA Slanga ialah penggunaan dialek yang dituturkan oleh masyarakat. Hal ini kerana setiap negeri di Malaysia mempunyai dialek yang tersendiri sehingga sebahagian daripada mereka tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu yang betul kerana sudah terbiasa dengan dialek yang digunakan sejak kecil lagi. Oleh itu, kita perlulah ,mencari inisiatif untuk memperbaiki semula kemahiran bahasa Melayu kita.
KESIMPULAN Kesimpulannya, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan daripada zaman purba hinnga ke zaman moden. Peubahan ini menjadikan bahasa Melayu lebih mantap dan dipandang tinggi oleh seluruh negara. Hal ini berlaku kerana kedatangan pengaruh yang datang dari luar, terutamanya dari Barat seperti Belanda dan Inggeris yang meresap dalam bahasa Melayu. Pengaruh ini membuahkan hasil yang sangat baik dengan adanya perluasan kosa kata dan istilah-istilah dalam bahasa Melayu. Pertengahan abad ke-19 dan ke-20 adalah penting dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan bahasa ilmu pada abad ini.
TERIMA KASIH