JULAI -DISEMBER 2023 | EDISI 2/2023 PROMISING, PROGRESSIVE, IMPRESSIVE KECEKAPAN TENAGA, PENYAHKARBONAN & PENGURUSAN FASILITI PASCORP PAPER INDUSTRIES BERHAD SUPPLY AGREEMENT WITH RENEWABLE ENERGY PPIB, TNB & GSPARX SDN BHD ENVIRONMENTAL, SOCIAL & GOVERNANCE
"Bertanggungjawab atas segala aduan anda" Jabatan Sumber Manusia E-ADUAN CADANGAN ANDA DIALU-ALUKAN BACA SAYA Imbas kod QR ini untuk sebarang aduan ke Jabatan Sumber Manusia BILA-BILA MASA DI MANA JUA Pandangan anda penting untuk kami
PASCORP PAPER INDUSTRIES BERHAD VISI KAMI MISI KAMI Pascorp Paper Industries Berhad hendaklah menghasilkan kertas coklat industri untuk keperluan Malaysia melalui harga yang kompetitif di peringkat global, meningkatkan pendekatan pembuatan mesra alam iaitu melalui proses kitar semula. Pascorp Paper akan kekal sebagai pengeluar kertas yang bereputasi dan boleh dipercayai. Untuk memuaskan hati pemegang 1 saham atas pelaburan mereka Untuk memenuhi kehendak 2 pelanggan Untuk membantu Malaysia mencapai kemandirian dalam membekalkan kertas perang industri 3
PASCORP PAPER IND. BHD ISI KANDUNGAN KORPORAT KEKELUARGAAN, KEBAJIKAN DAN SUKAN UNDANG-UNDANG & KESELAMATAN 07 08 12 15 17 18 19 20 21 25 27 28 29 30 JUALAN PENGGAL KEDUA 2023 ISO 45001 : 2018 REMOTE AUDIT KOMITMEN TERHADAP ESG SAFE RIDING MOTORCYCLE LIGA EMAS BENTONG 2023 PASCORP FC PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR PPIB VS AADK KEJOHANAN BOLING TERTUTUP PKNP PERTANDINGAN BOLING WANITA PPIB SUMBANGAN KEPADA WARGA PPIB LATIHAN KEBAKARAN PPIB PROGRAM DERMA DARAH PPIB SESI 2/2023 ANCAMAN COVID 19 DAN DEMAM DENGGI SARINGAN KESIHATAN PERKESO KAWALAN KUCING TERBIAR 5S DAN LAIN-LAIN LAWATAN KE PREMIS PELANGGAN TAKLIMAT UBAT KAWALAN JENTIK-JENTIK & GOTONG ROYONG TAZKIRAH : SOLAT SUNAT TAHLIL DAN BACAAN YAASIN 31 32 33 34 'SPOTLIGHT' SUPPLY AGREEMENT WITH RENEWABLE ENERGY (SARE) PPIB, TNB DAN GSPARX BERHAD / p13 LENSA JURUTERA KECEKAPAN TENAGA, PENYAHKARBON DAN PENGURUSAN FASILITI /p09 FIRE DRILL GALERI ANTARA AKTIVITI TAHUNAN PPIB /p35 TAKLIMAT & LATIHAN KEBAKARAN /p25
En. Muhammad Mustaqim Azwan bin Muhammad Azami Pn. Nur Syahira binti Nasaruddin En. Muhammad Haziq bin Jumari Editor 1 2 3 4 5 6 Pn. Norhidayu bt Rahim Pn. Nurhayati binti Mohd Talib Cik Noor Suzilawati binti A. Majid Pn. Nurul Jannah bt Zainal Abidin Korporat Pn Natasya Edora binti Ismail En Mohamad Syamsul Arif bin Endi Rahman En Muhamad Hamirul Shah bin Abd Razak En. Mohd Fazlin bin Jamaludin Undang-Undang & Keselamatan En Ahmad Hafis bin Ramli Pn Izzah Farhani binti Mohd Zaini En Muhammad Naím bin Abd Malek Pn Fatin Nur Nabila bt Rebuan Kekeluargaan, Kebajikan & Sukan Pengerusi En Mohd Azri bin Zainudin Penasihat Tn. Hj. Ir Burhanud-din bin Ishak 7 En Othman bin Mohd Sabri En. Mohd Safwan bin Mohamad Nur Izzalia binti Mohd Sabri Mohd En. Amirul Zaki bin Mustafa 5S dan Lain-Lain 8 Setiausaha Pn. Nurul Hayani bt. Ahmad Pozi Sidang Redaksi Buletin 2023
Dalam edisi kali ini, pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang pertengahan kedua 2023. Tidak lupa juga, informasi tentang ESG yang amat berguna dan membantu syarikat kita dalam mencapai kegemilangan di masa hadapan. Justeru, sama-sama kita meneroka segalanya dalam buletin kali ini. Assalamualaikum w.b.t, Salam Madani, Dengan menyebut nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami panjatkan puji dan syukur atas kehadirat-Nya, yang telah melimpahkan rahmat, hidayah, dan inayah-Nya kepada kami, sehingga kami dapat menghasilkan Buletin Edisi Kedua sesi 2023 ini. Adalah menjadi komitmen kami dan seluruh Sidang Redaksi Buletin untuk sentiasa menyediakan kandungan terbaharu dan informatif serta bermanfaat kerana kami percaya warga Pascorp berhak mendapat yang terbaik. Buletin kali ini telah disusun dengan maksimal dan mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak maka dengan rasa rendah diri, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kontribusi secara langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan buletin ini. Kami menyedari sepenuhnya bahawa masih ada kekurangan penerbitan buletin ini. Oleh itu, dengan tangan terbuka kami menerima segala saranan dan kritik daripada pembaca Buletin khususnya wara PPIB agar kami dapat memperbaiki makalah ini. Akhir kata kami berharap semoga makalah ilmiah tentang limbah dan manfaatnya untuk masyarakat ini dapat memberikan manfaat maupun inspirasi terhadap pembaca. KATA BULETIN PASCORP PAPER IND BHD Ketua Editor Edisi 02/2023 PENGANTAR Syahira 5
KATA Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sidang Pengarang kerana memberi laluan kepada saya untuk mencoret serba sedikit isu-isu pencapaian perniagaan kita pada tahun 2023 dan seterusnya harapan saya untuk tahun 2024. Tidak dinafikan suasana ekonomi diseluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya masih dikekang kesan-kesan negatif pandemic Covid-19. Kadar pengangguran dan inflasi semakin meningkat, daya saing dan daya beli semakin menurun, kos sara hidup semakin tinggi dan banyak lagi. Keadaan politik dunia juga tidak begitu stabil seperti renggangnya hubungan di antara dua kuasa besar ekonomi dunia iaitu Amerika dan China, pergolakan di Ukraine, ketidakstabilan di Timur Tengah, pertumbuhan ekonomi yang perlahan di blok Eropah (EU), juga Jepun/Korea/Amerika Selatan yang kesemuanya menjejaskan eksport Malaysia. Akibatnya, sektor pembuatan tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana tiada pertumbuhan ekonomi malah banyak negara yang mengalami angka negatif. Kilang-kilang seperti kita juga tidak dapat mengoptimakan pengeluaran kerana pasaran yang lemah. Secara tidak langsung perniagaan kita juga turut terjejas terutama sejak tahun 2022 dan 2023. Pastinya faktor persaingan pasaran menjadi fokus utama untuk kita terus relevan dan berdaya saing. Justeru itu, untuk memperbaiki rekod negatif bagi tahun 2022 dan 2023, pihak Lembaga Pengarah telah bersetuju supaya pihak Pengurusan kita mengutamakan:- 1) Pengeluaran daripada sekurang-kurangnya 2 buah kilang, berjumlah sekurang-kurangnya sebanyak 10,000 mt sebulan; 2) Jualan sekurang-kurangnya sebanyak 10,000 mt sebulan untuk sasaran jualan bernilai RM20 juta sebulan; 3) Keutamaan menjaga kualiti produk; 4) Mempertingkatkan aktiviti penjimatan kos dalam proses pengeluaran seperti (yield target : 1.20), mengurangkan kos elektrik, stim, air, bahan kimia dan seumpamanya; 5) Membudayakan cara kerja yang telus, bertanggungjawab, jujur dan sangat berdisiplin, sentiasa bekerja sebagai satu pasukan, berteraskan SOP serta ISO yang telah ditauliahkan serta berbekalkan keyakinan dan motivasi yang tinggi. Insya Allah jika kita sentiasa peka dengan langkah-langkah yang digariskan, kita mampu untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan kita seperti mana sebelum tahun 2022 yang lalu. Marilah kita sama-sama berazam untuk mencapai keuntungan yang setimpal mulai tahun 2024 ini juga. CHALLENGE! MUTIARA Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, YH Dato’ Hj Masu't bin Hj Awang Samah Deputy Executive Chairman Selain faktor-faktor di atas, industri kertas seperti kita terpaksa bersaing dengan kilang-kilang baru daripada negara China seperti BERT (Lee & Man), ND Paper dan Xin Ding yang kesemuanya telah mula beroperasi di Banting sejak tahun 2022. Mereka juga mengeluarkan produk yang sama dengan kita dan lebih menakutkan, kapasiti mereka adalah 10 kali ganda lebih besar. Sementara itu, Oji Paper (GSP) juga telah menambah satu kilang baru yang turut menyaingi pasaran tempatan. Sehingga akhir tahun 2023, Malaysia telah mempunyai keupayaan mengeluarkan kertas pembungkusan industri seperti kita melebihi 4 juta metrik ton setahun, yakni 4 kali ganda jumlah keperluan di Malaysia. Pascorp Paper hanya mampu menyumbang 5% sahaja daripada jumlah keseluruhan kapasiti negara (jika ketiga-tiga kilang kita beroperasi). SELAMAT TAHUN BARU 2024 6
TEMPATAN EKSPORT JUMLAH BULAN JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH 0 10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 JUALAN PENGGAL KEDUA 2023 Berdasarkan graf diatas, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan hasil jualan bagi jualan tempatan dan juga eksport. Peningkatan hasil jualan ini adalah selari dengan penurunan harga jualan. Melalui pendekatan ini dapat dilihat bahawa pembeli cenderung untuk meningkatkan kuantiti pesanan mereka seterusnya menyumbang kepada kadar kenaikan hasil jualan Pascorp Paper IndBhd. Bukan itu sahaja, Pascorp Paper Ind Bhd juga berjaya meningkatkan hasil jualan eksport bagi bulan Ogos, Oktober Dan Disember 2023. Justeru, diharapkan agar Pascorp Paper Ind Bhd mampu mengekalkan hasil jualan yang memberangsangkan bagitahun 2024. K O R P O R A T 7
K O R P O R A T Tujuan RemoteAudit peringkat pertama: Menilai semua dokumentasi yang berkait dengan Pengurusan Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan (OSH), Menilai status semasa dan pemahaman tentang keperluan ISO 45001:2018 dan pengumpulan maklumat berkenaan dengan skop sistem pengurusan, proses, lokasi sebelum seterusnya Fasa audit kedua - 5hb & 6hb Mac 2024, menumpukan kepada operasi di setiap Premis PPIB. BENTONG, 14 NOVEMBER 2023 - Dalam peralihan ke arah Persijilan ISO 45001:2018, terkini Pascorp Paper Industries Bhd (PPIB) telah melalui fasa Remote Audit Peringkat Pertama yang dijalankan oleh pihak Independent European Certification (M) Sdn Bhd diketuai oleh Mr. GB Chua bersama pembantunya Ms. WH Cheah secara dalam talian bersama dengan wakil-wakil daripada PPIB. ISO 45001:2018 REMOTE AUDIT 8
KECEKAPAN TENAGA, PENYAHKARBON DAN PENGURUSAN FASILITI emanasan global mendorong kepada perubahan iklim luar biasa, yang jelas menjejaskan ekosistem di bumi. Ia bukan sahaja menyebabkan peningkatan suhu bumi dalam tempoh tertentu, malah menjadi punca kepada pencairan glasier di kawasan pergunungan, pencairan ais di sekitar kawasan kutub dan menyebabkan peningkatan paras air laut yang menjejaskan pembiakan haiwan serta musim pengeluaran hasil tumbuhan. Selain itu, ia juga dipercayai menjadi punca keruntuhan tamadun manusia silam akibat bencana alam yang sangatteruk. Kesan perubahan iklim juga dapat dirasai di Malaysia dengan berlakunya musim kemarau dan hujan yang berpanjangan serta tidak menentu. Kejadian ini dikaitkan dengan perubahan suhu antara permukaan lautan dan atmosfera di Lautan Pasifik (fenomena El Nino dan La Nina) yang mengakibatkan cuaca panas melampau dan taburan hujan yang banyak. Bagi mengurangkan kesan drastik kenaikan suhu global melebihi 1.5°C menjelang 2030, hampir kesemua ekonomi dunia komited dalam usaha penyahkarbonan, kemampanan, kecekapan tenaga (EE), teknologi hijau dan neutraliti karbon termasuklah di Malaysia. Pada tahun 2019, sejumlah 158,603 GWj tenaga elektrik telah digunakan di sektor kediaman, komersial, industri, pengangkutan dan pertanian, dalam nisbah 21%, 28.8%, 49.5%, 0.3% dan 0.4% masing-masing. LEN S A JU R U TER A Dalam konteks penggunaan elektrik bagi kemudahan dan jentera dalam persekitaran binaan sektor kediaman, komersial dan perindustrian, sebanyak 157,462 GWj telah digunakan. Ini menyebabkan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 92,115 ktCO2. Selain tenaga elektrik, penggunaaan tenaga seperti bahan api fosil, dalam bentuk gas asli, jumlah produk petroleum, arang batu & kok, daripada sektor perindustrian sahaja ialah 12,173 ktoe. Hal ini mengakibatkan pembebasan karbon dioksida bertambah sebanyak 33,393 ktCO2, kepada statistik pelepasan GHG. Gabungan pelepasan CO2 daripada sektor ini ialah 48.4% daripada jumlah pelepasan CO2 iaitu sebanyak 259,326 ktCO2, daripada hasil jumlah penggunaan tenaga negara kita. Dalam Perjanjian Paris 2015, Malaysia membuat deklarasi tanpa syarat untuk mengurangkan keamatan karbonnya sebanyak 35% pada tahun 2030 berbanding pada tahun 2005. Dalam usaha penuh cita-cita ini, semasa COP26 pada tahun 2021, Malaysia masih teguh dengan misinya untuk mengurangkan intensiti karbon sebanyak 45%. Pada 2021, Kerajaan memperkenalkan Pelan Peralihan Tenaga Malaysia 2021-2040, yang menetapkan sasaran untuk tenaga boleh diperbaharui (RE) mencapai 31% kapasiti digunakan pada 2025 dan 40% menjelang 2035 terutamanya tenaga solar. Pada tahun lepas, Kerajaan memperkenalkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040, yang memfokuskan kepada keselamatan tenaga, kemampuan tenaga, kelestarian alam sekitar, memanfaatkan teknologi baru, struktur tadbir urus, modal insan, dan pembiayaan serta pelaburan ke arah mencapai Aspirasi Negara Karbon Rendah (LCNA) 2040. Pada asasnya, LCNA menyasarkan 11% penjimatan tenaga daripada sektor komersial dan perindustrian dan 10% daripada sektor kediaman melalui EE. Disediakan oleh: Ir. Burhanud-din bin Ishak SEng, MIEM, PE. Deputy CEO of Manufacturing P 9
perubahan iklim, Malaysia, pada 2015, menyokong Matlamat Pembangunan Kelestarian PBB dalam menandatangani Perjanjian Paris. Seiring dengan matlamat itu, kebanyakan jurutera reka bentuk dan profesional bangunan telah mereka bentuk bangunan cekap tenaga berdasarkan pelbagai piawaian, kod amalan, peraturan dan garis panduan seperti MS1525, UBBL, ASHRAE Standard 90.1, 189.1. Beberapa pemilik bangunan malah bersepakat untuk meneruskan sistem naik taraf bangunan hijau yang menekankan aspek kecekapan tenaga. Sebagai contoh, penekanan parameter reka bentuk yang menghalang pembebasan CO2 di dalam persekitaran bangunan, indeks Building Energy Intensity (BEI) berteknologi hijau yang rendah dan penggunaan panel solar. Selain itu, pelan rentas sektor lain ialah Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Nasional (NEEAP), yang bermula pada 2016 dan akan berakhir pada 2025. NEEAP menyasarkan untuk mencapai penjimatan sehingga 8% daripada penggunaan tahunan pada tahun ke-10 pelaksanaannya. Jumlah kumulatif penjimatan tenaga berjumlah 52,233 GWj dan pengurangan CO2 kumulatif sebanyak 34,886 ktCO2. NEEAP terdiri daripada lima inisiatif EE yang meliputi tiga sektor utama penggunaan elektrik: sektor perindustrian, komersial dan kediaman. Dalam usaha berterusan untuk melanjutkan pelaksanaan inisiatif EE dari tahun 2026-2035, Suruhanjaya Tenaga sedang mengusahakan NEEAP 2.0 untuk meneruskan perlaksanaan EE. PE memainkan peranan penting dalam penyahkarbonan persekitaran binaan bagitiga sektor. Bagi memenuhi misi kita menjelang 2040 sebagai negara rendah karbon, pendekatan pengurusan fasiliti konvesional (FM) perlu diubah. Perubahan ini penting bagi merealisasikan pembangunan lestari yang memanfaatkan pengguna, proses, keselesaan di tempat kerja dan penggunaan teknologi. Walaupun keempat-empat aspek ini saling berkait untuk operasi, penyelenggaraan, keselesaan, keselamatan dan kesihatan, keperluan untuk penjimatan EE yang mampan harus dimulakan secara berstruktur. Untuk menyusun strategi bagi membina lebih banyak bangunan cekap tenaga, Kerajaan memberi insentif kepada pemilik bangunan dengan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) sejak 2014. Sedar akan kesan buruk GHG terhadap Jurutera awam terutama bahagian kemudahan perlu mempercepatkan pengubahsuaian untuk menambah baik EE apabila isu kewangan dapat ditangani oleh pemilik bangunan dengan cekap. Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) membiayai keseluruhan perbelanjaan modal dan kos projek, reka bentuk, perolehan, pemasangan, pentauliahan dan penyelenggaraan pengubahsuaian peralatan atau sistem yang tidak cekap. Semua risiko yang berkaitan dengan projek ditanggung sepenuhnya oleh ESCO. Pemilik bangunan hanya bertanggungjawab untuk membayar ESCO setiap bulan dalam tempoh kontrak berdasarkan prinsip perkongsian keuntungan yang dipersetujui (tolak perkhidmatan hutang) yang diperolehi hanya daripada tenaga yang dijimatkan melalui pengubahsuaian. Walau bagaimanapun, perolehan dan pemasangan EE dan RE masih lagi terbatas dengan isu kewangan yang masih tidak mencukupi walaupun telah diberi pelbagai faedah dan manfaat daripada Kerajaan. Pengurusan fasiliti (FM) ini secara tidak langsung telah memberi impak yang signifikan kepada penyahkarbonan dan EE untuk kitaran hayat bangunan komersial, perindustrian dan kediaman. Sebagai contoh, penyaman udara menggunakan antara 45% dan 55% dan kira-kira 30% daripada jumlah penggunaan tenaga masing-masing di bangunan pejabat dan kilang industri ringan. Penjimatan tenaga yang banyak boleh dicapai dengan mudah apabila penyaman udara dikendalikan mengikut perisian yang direka bentuk mengikut tetapan dan parameter yang disahkan dan direkodkan dalam manual sistem selepas kemudahan diuji dan diiktiraf secara profesional. Bagi melestarikan penjimatan tenaga, sistem penggunaan tenaga yang tinggi seperti chiller plant dan peralatan sampingannya perlu diselenggara dengan baik melalui rejim penyelenggaraan dan mengoptimumkan penggunaan sistem. Penjimatan antara 5% dan 10% boleh dicapai dengan mudah apabila pengeluaran air sejuk dioptimumkan. Selain itu, peralatan dan jentera tidak efisien harus digantikan secara berperingkat kerana peralatan dan jentera yang berteknologi canggih sentiasa lebih baik dan lebih cekap tenaga. Walau bagaimanapun, kadar penggantian atau pemasangan semula peralatan yang tidak cekap masih lambat. Hal ini kerana terdapat halangan seperti kekurangan pembiayaan, tempoh ROI yang panjang dan risiko prestasi peralatan. NOTAKAKI GHG : Greenhouses Gaseous EE : Energy Efficency FM : Facility Management RE : Renewable Energy ESCO : Energy Service Company NEEAP : National Energy Efficiency Action Plan LEN S A JU R U TER A 10
Arah tuju ke FM mampan tenaga bermula dengan Dasar Tenaga yang mewakili pengisytiharan komitmen untuk rejim EE dan penyahkarbonan daripada semua pihak berkepentingan. Di bawah EnMS, kakitangan daripada pelbagai jabatan dan pengkhususan, yang mempunyai matlamat yang sama, dipilih untuk mengambil bahagian dalam pasukan pengurusan tenaga yang diketuai oleh pengurus tenaga. Setiap ahli pasukan perlu memahami peranan, tanggungjawab dan kuasa mereka dalam melaksanakan tugas. Dalam konteks Perancangan dan Pelaksanaan Tenaga, penubuhan satu jawatankuasa lain yang dinamakan penggunaan tenaga yang signifikan (SEU), sama ada bekerja secara individu atau berkumpulan telah ditugaskan untuk mengendali, menyelenggara, kejuruteraan serta pengurusan peralatan dan jentera yang memakan tenaga yang tinggi. Tunjang FM yang lain adalah proses, yang penting untuk kebolehulangan, prestasi, jaminan kualiti, dan mematuhi undang-undang dan SOP. Di bawah EnMS, prosedur, SOP, senarai semak, borang, permintaan perubahan, dan sebagainya mesti didokumenkan dan dikemas kini secara berterusan. Parameter kritikal dan aliran kerja terbukti yang dihasilkan daripada proses perancangan tenaga, penubuhan pemacu tenaga, penunjuk prestasi tenaga (EnPI), garis dasar, metrik, peluang yang dikenal pasti dan sasaran yang dibangunkan adalah maklumat teras sesebuah organisasi, sebahagian daripadanya adalah hak milik organisasi tersebut. Langkah ini dapat membantu organisasi dalam mengekalkan maklumat-maklumat tertentu malah memudahkan untuk diakses apabila diperlukan dalam jangka masa panjang. PAkhir kata, FM memainkan peranan penting dalam kecekapan tenaga kerana penjimatan tenaga boleh dicapai melalui keseluruhan kitaran hayat dalam kemudahan dan bangunan. Apabila draf rang undang-undang EECA dibaca dan diluluskan di Parlimen dengan kebolehlaksanaan oleh Kerajaan, EE-centric FM akan disumbangkan dengan signifikan kepada unjuran pengurangan penggunaan elektrik dan bahan api fosil, dengan pelepasan CO2. Pada akhir tempoh kontrak, aset akan dipindahkan kepada pemilik bangunan. Pada asasnya, mekanisme ini adalah jawapan kepada keraguan ramai pemilik bangunan terhadap perbelanjaan modal. EPC juga digalakkan oleh Kerajaan kita. Memandangkan peningkatan bayaran tambahan ICPT kepada RM0.20/kWj mulai Januari 2023, pemilik bangunan harus memanfaatkan potensi EPC untuk menurunkan bil tenaga elektrik mereka dan sama-sama menyokong usaha penyahkarbonan. Walaupun setiap aktiviti berasaskan tugas dan program khusus projek ini akan mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon yang lebih rendah, ia tidak cukup holistik untuk mengintegrasikan manusia, proses, teknologi dan ekosistem FM secara mampan apabila dipertimbangkan daripada aspek EE dan penyahkarbonan. Keperluan untuk terus mengkaji prestasi tenaga dan mengambil tindakan pembaikan untuk mengemudi EE ke arah sasaran yang ditetapkan dan mempunyai komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada kebanyakan, jika bukan semua, pihak berkepentingan dalam organisasi secara berterusan hanya boleh dipenuhi dengan penggunaan sistem pengurusan tenaga (EnMS) iaitu ISO 50001 atau Skim Pengurusan Tenaga ASEAN (AEMAS). Intipati sistem pengurusan tenaga terletak pada enam konsep utama iaitu Pengurusan Tanggungjawab, Polisi, Perancangan, Pelaksanaan & Operasi, Semakan dan Kajian Semula Pengurusan. RUJUKAN 1: Year 2019 data is the latest publisheddata of Suruhanjaya Tenaga 2: ktoe is kilo tonneof oil equivalent. 1 ktoe is equivalentto 11.63GWh 3: Sourced from 4thBUR Report of NRECC 4: National EnergyPolicy 2022-2040 5: The EECA bill may be read in Parliamentin July-August 2023 6: Demand Side Management Preliminary Study report,published by MESTECC& UNDP, 2018 7. Ir. Ong Ching Loon. The Ingenieur. Vol 94. April-June 2023. Building Service. Magazine oftheBoard of Engineers Malaysia, NOTAKAKI GHG : Greenhouses Gaseous EE : Energy Efficency FM : Facility Management RE : Renewable Energy ESCO : Energy Service Company EPC : Engineering, procurement and construction EECA : Eastern Europe and Central Asia LEN S A JU R U TER A 11
K O R P O R A T SG singkatan kepada ‘’environment’’ (alamsekitar), “safety” (keselamatan) dan “governance” (tadbir urus). Ianya adalah rangka kerja yang digunakan oleh pelabur dan syarikat untuk menilai kesan kemampanan dan etika kepada operasi dan pelaburan syarikat. Secara ringkas, ESG merupakan dokumentasi komitmen sebuah syarikat tentang bagaimana ianya beroperasi dan membuat keputusan berkaitan moral dan etika. ESG juga melihat bagaimana pelbagai pemegang saham yang berkaitan dengan syarikat tersebut dilayan termasuk pelabur, warga kerja, serta rantaian pembekal seperti vendor dan kontraktor. Tidak lupa juga komuniti sekeliling tempat perniagaan itu beroperasi. KOMITMEN TERHADAP ESG c) Faktor tadbir urus lebih menumpukan kepada suktur pengurusan syarikat, akauntabiliti, ketelusan dan etika tingkah laku. Perkara utama ini untuk menilai kesan dan memastikan kesan sebenar dibuat kepada komuniti, pihak berkepentingan dan alam sekitar. Ini membuatkan kriteria ESG lebih jelas. Ianya digunakan untuk menilai pelaburan, potensi risiko dan peluang berkaitan dengan pelabur atau syarikat tertentu. Kepentingan mengambil kira ESG semakin meningkat di kalangan pelabur yang ingin melabur di dalam syarikat yang memberikan kesan positif kepada alam sekitar dan sosial sambil menguruskan risiko secara efektif. Syarikat semakin dijangka akan mengamalkan amalan dan piawai ESG untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap kesan sosial yang mampan. Ini memberikan mereka lebih berdaya saing berbanding dalam menghasilkan penyelesaian untuk menangani risiko berasakan kemampanan dalam operasi mereka. Kemampanan – walaupun mempunyai banyak definisi, secara umumnya tentang memenuhi keperluan semasa tanpa menghiraukan atau mengorbankan keperluan untuk generasi akan datang. Tiga terasutama ESG adalah: a) Faktor alam sekitar merujuk kepada kesan syarikat kepada alam semula jadi seperti pelepasan karbon CO2, penggunaan tenaga, pengurusan sisa dan pemuliharaan sumber. b) Faktor keselamatan berkaitan dengan kesan syarikat kepada orang awam dan social dimana termasuk layanan terhadap pekerja, rahsia pelanggan, hak pengguna dan hubungan komuniti. E 12
SUPPLY AGREEMENT WITH RENEWABLE ENERGY (SARE) PPIB, TNB DAN GSPARX SDN BHD S P O T LIG H T BENTONG, 23 NOVEMBER 2023 - Satu sesi menandatangani perjanjian Supply Agreement with Renewable Energy (SARE) di antara Pascorp Paper Industries Berhad (PPIB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan GSPRAX Berhad bagi penjanaan projek “Solar Project (2,826.4 kWp)” telah diadakan di Pascorp Paper IndustriesBerhad (PPIB). Projek solar 2,826.4 kWp ini akan memanfaatkan sebanyak 50% hingga 60% penjimatan bil elektrik yang digunakan PPIB. Usaha ini akan mengekalkan kelestarian sumber kewangan di samping menyokong langkah penjimatan yang telah digariskan di Pascorp Paper IndustriesBerhad (PPIB). 13
SPO TLIG H T Kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Timbalan Pengerusi Eksekutif PPIB, YH Dato’ Haji Mas’ut bin Awang Samah, Ketua Pegawai Retail TNB, Tn Ir. Redzuan bin Zainal Abidin dan Pegawai Undang-undang GSPARX, Puan Norizzatul Atiqah binti Ramlan ini disaksikan oleh Pengurus Tapak Projek GSPARX, Puan Khairunnisa bintiBaharin. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai atasan PPIB iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, En Rosli bin Mat Derus, Timbalan Ketua Pegawai Ekskutif Bahagian Pengeluaran, Tn Ir. Hj Burhanud-din bin Ishak, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Perkhidmatan Korporat, Pn Shaliza binti Sabidin dan pegawai-pegawai kanan PPIB serta wakil daripada GSPARX dan TNB. 14
K O R P O R A T BENTONG, 18 & 19 DISEMBER 2023 - Jabatan Sumber Manusia telah mengatur satu latihan dalaman “Safe Riding Motorcycle” khusus untuk kakitangan yang menunggang motosikal ke tempat kerja. Secara amnya, tujuan latihan adalah untuk memastikan kakitangan menunggang motosikal dengan berhemah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Sehubungan itu, kesinambungan daripada kursus ini kita dapat mengurangkan kemalangan jalanraya yang melibatkan kakitangan Pascorp Paper terutama kepada mereka yang pergi dan balik kerja menunggang motosikal. Seramai lebih kurang 25 orang kakitangan daripada setiap Jabatan telah menghadiri kursus ini selama 2 hari di PPI3. Pada hari pertama, kakitangan mengikuti kelas teori kemudian diikuti kelas praktikal pada hari kedua bersama kelengkapan keselamatan menunggang motosikal turut disediakan. Jurulatih yang kompeten daripada Medicare OSH Sdn.Bhd telah diturunkan untuk memastikan kursus yang dijalankan berjalan dengan lancar dan baik dan mencapai matlamat kursus. SAFE RIDING MOTORCYCLE 15
Encourage employees to socialize 01 02 03 04 Encourage employees to give back Promote a positive work-life balance Celebrate successes One way to improve company culture is to encourage employees to socialize with one another. This can be done by hosting company-wide events or providing opportunities for employees to interact on a daily basis. One final way to improve company culture is to encourage employees to give back. This can be done through volunteering, donation drives, or other charitable initiatives. Another way to improve company culture is to promote a positive work-life balance. This can be done by offering flexible work hours, telecommuting options, and generous vacation days. Celebrating successes is a great way to improve company culture. This can be done by hosting team- building activities, giving out awards, or simply showing appreciation for a job well done. HOW TO IMPROVE COMPANY CULTURE
LIGA EMAS BENTONG 2023 PASCORP FC PADANG TRAS, BENTONG, SEPT - NOV 2023 - Liga Emas Bentong bagi musim 2023 telah diadakan selama 4 bulan dan melabuhkan tirai pada 10 November 2023. Sebanyak 14 pasukan telah bersaing bagi merebut gelaran juara Liga EmasBentong 2023. Bagi musim ini juga, Pascorp FC telah menyertai saingan Liga Emas Bentong bagi kali kedua dan pelbagai pengalaman baru yang ditimba bagi pasukan ini. Pasukan Pascorp FC telah menunjukkan kesungguhan dan prestasi masing-masing sepanjang liga berlangsung. Diharapkan Pascorp FC dapat meneruskan kesinambungan dan teruskan berlatih dan tingkatkan prestasi di dalam permainan akan datang dan dapat mengharumkan nama PPIB. Belakang dari kiri: Nizam, Ammar, Helmi, Hanif, Raja, Asyraf Depan dari kiri: Azroy, Haikal, Hakimi, Na'im, Shamsul S U K A N 17
BENTONG, 27 Disember 2023 - Satu perlawanan persahabatan bola tampar di mana membabitkan pasukan bola tampar PPIB bertemu dengan pasukan bola tampar AADK. Perlawanan tersebut telah berlangsung di Gelanggang Sukan Belia Pejabat Daerah dan TanahBentong. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara staf PPIB dengan staf dari agensi kerajaan lain termasuklah AADK. Selain itu, dengan adanya aktiviti sebegini dapat memupuk semangat kesukanan di antara pemain dan dapat mencungkil bakat dalam sukan bola tampar. Diharapkan semoga aktiviti sihat sebegini dapat dijalankan dengan lebih kerap dengan melibatkan pasukan daripada agensi kerajaan lain. Mungkin juga boleh dianjurkan satu kejohanan bola tampar peringkat tempatan secara tahunan supaya ia menjadi medium untuk menyatupadukan warga Bentong di samping dapat mencungkil bakat dalam sukan bola tampar tersebut. Berikut adalah beberapa aksi yang sempat dirakam oleh lensa kamera S U K A N PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR PPIB VS AADK BENTONG 18
S U K A N KUANTAN, 13 JANUARI 2023 - Puspanita PKNP dengan kerjasama Kelab Keluarga Kumpulan PKNP telah mengadakan Kejohanan Boling Tertutup PKNP bertempat di Premium Lanes, Kuantan Plaza. PPIB juga dijemput bagi memeriahkan Kejohanan Boling Tertutup ini. Kehebatan pemain bowling PPIB terserlah apabila menduduki Tempat Ke-4 Kejohanan Bowling Tertutup PKNP. PPIB yang diwakili Zamin Amri Bin Samsudin dari Jabatan Chemical dan Mohd Faizal Iskandar Bin Anuar dari Jabatan Waste Water Treatment. Sekalung penghargaan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi 1 Puspanita PKNP, YBhg. Datin Hajjah Noraskin binti Jamaludin & Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan), En Mohd Razif bin Abdul Malek atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejohanan tertutup ini adalah salah satu usaha meneruskan hubungan antara PKNP dan PPIB. Terima kasih juga diucapkan kepada Puspanita PKNP atas kerjasama menganjurkan kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ! KEJOHANAN BOLING TERTUTUP PKNP 19
KUALA LUMPUR, 18 November 2023 - Kelab Sukan & Kebajikan Pekerja Pascorp Paper Industries Berhad telah menganjurkan satu pertandingan boling dalam kalangan staf Wanita PPIB yang bertempat di Ampang Superbowl Ampang Point, Kuala Lumpur. Pertandingan ini disertai oleh 20 orang staf Wanita PPIB yang terdiri daripada bahagian pentadbiran dan bahagian kilang serta membentuk 5 kumpulan. Pertandingan boling ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menerapkan rutin gaya hidup sihat dalam kalangan staf wanita, mengurangkan tekanan tempat kerja dengan aktiviti senaman dan dapat mengeratkan silaturrahim antara staf. NAIB JOHAN Cik Norazimah Pn. Nurhayati Pn. Salmiah KELIMA Pn. Hani Rosslen Pn. Nurul Jannah Cik Noor Suzilawati Pn. Julaiha KEEMPAT Cik Siti Nur Hafifie Pn. Fatin Nur Nabila Pn. Nurul Hayani Cik Fathiah JOHAN Cik Nur Izzalia Pn Noraida Pn Nurulyiana KETIGA Pn. Norazmaniza Pn. Nurul Ain Pn. Siti Karmila Cik Maziani S U K A N PERTANDINGAN BOLING WANITA PPIB 20
K E B AJIK A N Pn Hani Rosslen binti Ahmad Mustafa (Manager, Jabatan Lab / QA) SumbangandiberikankepadawargaPPIB: Kehilanganahlikeluarga Kemalanganjalanraya Kemalangansewaktubekerja Kemasukan ke hospital atas faktor kesihatan En. Rosli bin Mat Derus (CE0) En. Mohd Fazlin bin Jamaludin (Jabatan Keselamatan) Pihak Pengurusan Pascorp Paper IndBhd menerusi Kelab Kebajikan & Sukan PPIBtelah memberikan sumbangan kepada warga PPIByang dalam jangka 6 bulan yang lepas. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu warga PPIB walaupun dalam keadaan sukar. SUMBANGAN KEPADA WARGA PPIB Pn. Norhidayu binti Rahim (Jabatan Jualan) 21
Hulurkan tangan, ringankan beban En. Mohd Noor Kamil bin Mat Zin (Jabatan Secondary Fibre) En Mohd Nur Firdaus bin Ab Rahman (Jabatan WWTP) En. Mohd Hafiz bin Abd Razak (Jabatan PM3) En. Rusli bin Kasim (Jabatan Warehouse) En. Mohamad Rafie bin Muhamad Jamail (Jabatan Warehouse) En.Muhamad Khalid bin Yusoff (Jabatan Secondary Fibre) 22
anggal 24 Oktober 2023, warga Pascorp Paper Industries Bhd telah dikejutkan dengan perkhabaran pemergian Kamarudin Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Abang Din. Mengungkap kembali sejarah Abang Din ketika masih berkhidmat di PPIB, Abang Din merupakan seorang yang komited, berdisiplin dan sangat dikenali dengan kepakarannya dalam proses pembuatan produk kertas untuk PPIB. Walaupun Abang Din telah meninggalkan kita untuk kembali ke Maha Pencipta, usaha dan kesungguhan beliau dalam mencipta legasi PPIB sehingga ke hari ini wajar dikenang oleh semua warga PPIB baik yang pernah berkhidmat bersama atau tidak. Semoga almarhum Abang Din mendapat rahmat dari Maha Pencipta dan ditempatkan di kalangan orangorang yang beriman dan beramal soleh.Amin. Abang Din merupakan salah seorang staf terawal yang memulakan pengoperasian dan membina nama PPIB dalam sektor pembuatan kertas sejak 1992. Komitmen yang ditunjukkan almarhum wajar menjadi contoh untuk generasi baru PPIB dalam meneruskan legasi yang telah dicipta. Tidak hanya pakar dalam pengoperasian mesin, Abang Din juga seorang yang mudah ramah dan mesra walaupun terhadap generasi yang jauh lebih muda. Abang Din tidak lokek dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ditimba daripada pengalamannya yang luas. Tidak hanya itu, Abang Din juga seorang yang tidak sombong untuk bertegur sapa, bergurau senda walaupun beliau seorang yang tegas dalam pekerjaan. T 23
The trully happy people are actually the ones who have stopped breathing but Allah's reward for them continues Ibnu Qudamah
LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) PPIB KESELA M A T A N LOKASI PPIB 1 PPIB 2 PPIB 3 TARIKH 19 NOV 2023 12 DIS 2023 29 DIS 2023 MASA 09.38 PAGI 09.00 PAGI 09.30 PAGI STAF TERLIBAT 104 PEKERJA 6 KONTRAKTOR 30 PEKERJA 2 KONTRAKTOR 30 PEKERJA MASA YANG DIAMBIL UNTUK KELUAR DARI BANGUNAN 10 MINIT 16 SAAT 4 MINIT 3 SAAT 2 MINIT 33 SAAT Latihan kebakaran adalah penting di mana-mana tempat kerja atau bangunan awam untuk berlatih apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Ini juga adalah keperluan undang-undang dan semua pekerja dalam syarikat mesti mengambil bahagian. Jabatan Keselamatan PPIB telah melaksanakan latihan kebakaran yang melibatkan semua warga kerja PPIB di setiap lokasi kawasan PPIB. Latihan ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaBentong. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepda semua warga PPIB di dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran , dapat menguji laluan menyelamatkan diri dan keberkesanannya dan memastikan fungsi sistem penggera dalam keadaan yang baik. 25
INFOKERKAITAN KECEMASAN ● Tempoh masa melarikan diri ke tempat selamat adalah selama 3 minit. Jika melibatkan fizikal bangunan seperti bangunan tinggi, tempoh masa 3 minit diambil kira sehingga seseorang individu berjaya keluar daripada pintu rintangan api. ● Pelan laluan kecemasan perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh pentadbir. Setiap individu perlu tahu arah sebenar laluan kecemasan seperti pelan kecemasan yang telah ditetapkan. ● Semua warga perlu menyimpan nombor telefon agensi penting sebagai persediaan kecemasan mengikutlokasiterdekat. Di PPIB 1, para anggota bomba menunjukkan demonstarasi pengendalian pemadam api jenis ABC yang sesuai digunakan jika terdapat kebakaran di dalam kawasan kilang. Pemadam api jenis ABC adalah lebih sesuai digunakan di kawasan kilang atas faktor keluasan dan jenis bahan di kilang. Penggunaan pemadam api CO2 pula lebih sesuai digunakan di dalam pejabat atas faktor bahan elektronik dan lebih mudah dibersihkan. Di kawasan PPIB 2 pula, pasukan ERT menunjukkan demo menggunakan hose reel. Staf juga diberi peluang untuk mencuba mengendalikan hose reel bagi tujuan memadam keabakaran. Di PPI 3, Encik Hanafi, salah seorang daripada anggota bomba memberikan taklimat mengenai tindakan awal sekiranya terjadinya keabakaran, utamakan nyawa dan peka loaasi pintu kecemasan, utamakan orang yang mempunyai isu kesihatan dan lain-lain. Encik Engku pula memberi penerangan tentang cara mengendalikan kebakaran di dapur yang melibatkan tong gas memasak. Jika terhidu bau gas, segera buka tingkap untuk memaksimumkan pengudaraan dan menggunakan kain basah untuk menghalang api daripada merebak. KESELA M A T A N 26
BENTONG, 5 Disember 2023 - Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama kelab keluarga Pascorp Paper IndustriesBerhad telah mengadakan derma darah di Bilik Mesyuarat PPIB1 pada pukul 9.00 pagi – 1.00 petang. Derma darah ini dianjurkan oleh pihak Hospital Bentong. Jumlah keseluruhan yang hadir bagi aktiviti derma darah 59 orang pekerja. Selepas melakukan saringan hanya 48 orang pekerja sahaja yang layak untuk menderma darah. PROGRAM DERMA DARAH PPIB SESI 2/2023 KESELA M A T A N 27
ANCAMAN WABAK COVID-19 DAN DENGGI DI PPIB Tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Jabatan Keselamatan PPIB bagi memutuskan rantaian pembiakannyamuk: Memeriksa dan memastikan kawasan tempat kerja tiada bekas-bekas takungan air yang boleh memudahkan proses pembiakan nyamuk Aedes. Menjalankan aktiviti gotong-royong secara berkala Mengadakan semburan kabus (fogging) secara berkaladi semuapremisPPIB. KESEL A MA T A N Wabak Covid-19 telah menunjukkan penularannya di Malaysia dan Pascorp Paper Industries Bhd (PPIB) juga tidak terkecuali. Sehubungan dengan itu, pelbagai tindakan dan langkah pencegahan telah dirangka oleh pihak Pengurusan PPIB termasuklah menyediakan pelitup muka, membekalkan kit ujian kendiri Covid-19, mematuhi langkah pencegahan covid-19 di tempat kerja mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Setiap lapisan masyarakat perlu mengambil tanggungjawab dan bertindak secara proaktif dalam usaha mengurangkan kejadian kes demamdenggiyangkianmeningkatketikaini TanSri Dr Noorhisham Situasi kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan membabitkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital, selain tiada varian baharu Covid-19 yang dikesandinegaraini. DatukSeriDrDzulkeflyAhmad MenteriKesihatan 28
BENTONG, 16 November 2023 - Program Saringan Kesihatan Perkeso telah dilakukan oleh Panel Klinik yang dilantik oleh Pihak PERKESO di Bilik Mesyuarat PPI1. Seramai lebih kurang 83 orang kakitangan PPIB telah menjalani ujian saringan. Antara saringan yang dilakukan adalah Pemeriksaan Kesihatan General Pemeriksaan Darah (Darah secara keseluruhan Full Blood Count, Fungsi Buah Pinggang, Fungsi Hati, Gula Dalam Darah, Gula 3 Bulan dalam darah HBA1C, kolestrol dalam darah, dan cancer marker untuk usus pancreas). Saringan ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tahap Kesihatan kakitangan supaya lebih berjaga-jaga terutamanya berkaitan pemakanan dan amalan gaya hidup sihat. “Kesihatanadalahkekayaaan”. Maka benarlah juga sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ‘’Dua Nikmat yang sering dilalaikan oleh manusia adalah kesihatan dan waktu lapang” Aspek memelihara dan menjaga Kesihatan badan agar kekal sihattidak boleh dipandang sebelah mata sahaja, sebaliknya ia seharusnya sentiasa dijadikan agenda peribadi yang utama. Justeru itu, saringan yang dijalankan amat penting untuk mengetahui tahap kesihatan setiap individu terutamanya kakitangan Pascorp Paper IndustriesBerhad. SARINGAN KESIHATAN KESEL PERKESO A M A T A N 29
K E S E L A M A T A N BENTONG, OGOS 2023 - Komitee Keselamatan bersama dengan jabatan-jabatan yang terlibat di PPIB telah bergerak dan bekerjasama untuk mengawal masalah kucing yang semakin bertambah di kawasan dalam kilang PPIB. KAWALAN KUCING TERBIAR PPIB Populasi kucing untuk meningkat adalah dengan kadar yang singkat dan ini menimbulkan masalah kerana boleh menganggu operasi kilang Kucing yang telah ditangkap diberi kepada individu yang sudi membela 1 UNTUK MENGAWAL POPULASI KUCING LIAR DAN TERBIAR DI KAWASAN KILANG Menghindarkan masalah bau seperti kencing dan tinja kucing yang dijumpai merata-rata. Kes kutu kucing merebak menyebabkan penyakit dan jangkitan kulit pada kakitangan PPIB 2 MENGHINDAR DAN MENGELAKKAN PENYAKIT JANGKITAN DARIPADA KUCING-KUCING Risiko dilanggar jentera Terhimpit pada bundel dan juga roll Termasuk ke dalam mesin-mesin di kilang yang sedang beroperasi (Kes berat) 3 MENGELAKKAN KEMALANGAN YANG TIDAK DIINGINI Memastikan imej PPIB yang mementingkan kebersihan dan keselamatan terutama dalam memastikan tiada haiwan-haiwan berkeliaran di dalam kawasan kilang 4 MENJAGA IMEJ PPIB TERUTAMANYA KEPADA PELANGGAN PRODUK PPIB 30
LAIN-LAIN Pelanggan adalah individu yang sangat penting untuk sesuatu perniagaan bagi memastikan perniagaan sentiasa berdaya saing dan kekal di dalam pasaran. Bagi mencapai tujuan tersebut, hubungan dengan pelanggan haruslah baik. Lawatan ke premis pelanggan adalah salah satu perkara yang dapat meningkatkan hubungan yang baik dengan pelanggan. Lawatan ini dapat menawarkan peluang yang unik dan tidak ternilai seterusnya akan meningkatkan hubungan dengan pelanggan dan juga jualan sesuatu produk.Disampingitupelangganakan merasakan peniaga lebih bertanggungjawab kerana setiap keluhan atau permintaan pelanggan tentang produk akan dibincangkan semasa perjumpaan itu. Begitu juga dengan peniaga PASCORP PAPER IND. BHD. sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan, sentiasa mendengar keluhan pelanggan dan sentisa meningkatkan kualiti produk dari masa ke semasa bagi memastikan kepuasan pelanggan terjamin. KE PREMIS PELANGGAN Di kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia Bumblebee Eco Solutions Sdn.Bhd. Pulau Pinang Kweng Hong Packaging Sdn.Bhd. Kedah, Golden Frontier Packaging sdn. bhd. Pulau Pinang, Jishan Pack Sdn.Bhd. Pulau Pinang Master-Pack Sdn.Bhd. Pulau Pinang Ornapaper Industry Sdn.Bhd. Perak Public Packages (NT) Sdn.Bhd. Pulau Pinang. Di kawasan wilayah tengah Daiko Pack sdn. bhd. Selangor Inter Pacific Packaging Sdn.Bhd. Selangor, Kweng Hong Packaging Sdn.Bhd. Selangor Rengo Packaging (Malaysia) Sdn.Bhd. Selangor Power Paper & Packaging Sdn.Bhd. Selangor Innovative Packaging Sdn.Bhd. Selangor Far East Corrugated Carton Industrial Sdn.Bhd. Selangor. Kawasan wilayah Selatan Papermas Packaging (JB) Sdn.Bhd. Johor, Ornapaper Industry (M) Sdn.Bhd. Melaka Real PaperBoard Sdn.Bhd. Johor. Akhir kata, lawatan pelanggan ini sangat penting bagi meningkatkan jualan sesuatu produk. LAWATAN Pelanggan luar negara seperti di Singapura, Thailand, China, Vietnam dan banyak lagi. 31
TAKLIMAT UBAT KAWALAN JENTIK – JENTIK & GOTONG – ROYONG 5 S BENTONG, 18 NOVEMBER 2023 - Satu program taklimat ubat kawalan jentik – jentik dan gotong royong anjuran bersama Pascorp Paper Industries Berhad dan Pejabat Kesihatan Daerah Bentong telah dijalankan. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan penerangan dari pegawai pejabat Kesihatan mengenai ubat kawalan jentik – jentik Tidak membersihkan bekas takungan air tempat nyamuk membiak di samping melupus sampah secara tidak sempurna akan menyebabkan jentik-jentik mudah membiak dan menyumbang kepada bertambahnya kes demam denggi. Aktiviti gotong-royong yang dijalankan dapat membersihkan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk seperti membuang bekas yang boleh menakung air dan membersihkan kawasan longkang yang tersumbat. 32
JENIS SOLAT SUNAT Solat tahajjud boleh dibuat apabila terjaga di waktu malam selepas tertidur sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu. 1 SOLAT TAHAJJUD S n o a l ik at l D eb h i u h ha ku b r e a r n m g ak s s e u ti d ng s g o i la s t e s b u a n t a a t ng ya g n a g la d h ike ( r k j ir a a k - a k n ir p a ad 2 a 0 w m a i k n t i u t d s h e u le h p a a , s iai t t e u r p b a it da m s a a t a a t ha m r a i t ) ah h a in r g i g t a el l a a h h 2 matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur). Boleh buat 2 rakaat atau lebih (sehingga 6 rakaat). SOLAT DHUHA (PEMBUKA REZEKI) Solat hajat dan doa sebenarnya adalah senjata umat Islam. Sembahyang sunat atau solat sunat hajat biasanya dilakukan apabila seseorang Muslim itu memiliki sebarang hajat atau kehendak yang ingin dipinta 3 terus kepada Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu. SOLAT HAJAT Solat sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat sunat tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam. Jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam. Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat. 4 SOLAT SUNAT TASBIH Solat Sunat Istikharah adalah sejenis solat sunat yang dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Muslim. Tujuan utama didirikan solat ini adalah untuk meminta petunjuk yang baik dari Allah. Orang Muslim biasanya yang berada dalam keadaan dilema untuk menentukan pilihan yang sebenar dan tepat, ataupun apabila seseorang muslim itu dalam keadaan ragu-ragu, samada perkara yang dihajatinya atau yang diputusknanya itu akan membawa kepada kebaikan, atau keburukan jika ia memilihnya. 5 SOLAT SUNAT ISTIKHARAH LAIN-LAIN Solat adalah perkara WAJIB ke atas setiap umat Islam yang berakal dan baligh. Betapa pentingnya ibadah solat lima waktu sehari semalam ini, ia merupakan rukun Islam ke kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Perkara pertama akan disoal di akhirat kelak adalah solat. Justeru itu, ibadah solat tidak boleh dipandang remeh sama sekali oleh setiap umat Islam. Di samping solat lima waktu sehari semalam, kita juga disarankan untuk melakukan solat sunat yang boleh memberikan ganjaran pahala bagi yang melakukannya. Malah ia adalah jawapan kepada semua masalah yang kita hadapi. SOLAT SUNAT 33
Sepanjang tahun 2023, Pascorp Paper Ind Bhd telah beberapa kali menganjurkan tahlil dan bacaan yaasin. Antaranya ialah: I. 16/05/2023 di workshop elektrical II. 07/07/2023 di hadapan dryer PM1 III. 10/08/2023 di Workshop elektrikal IV. 20/10/2023 di workshop elektrikal V. 24/11/2023 di workshop elektrikal Tahlil dan bacaan yaasin telah dianjurkan oleh jabatan yang berasingan mengikuttempat yang ditetapkan oleh penganjur. Tahlil dan bacaan yaasin yang diadakan sempena menyambut ketibaan syawaL 1444H dan dapat mengeratkan tali silaturrahim di kalangan warga Pascorp Paper.Aktiviti Tahlil dan bacaan yaasin diketuai olehAGM Mekanikal dan Utilities Mohd. Zamri b.Tiron. Dalam majlis tahlil dan bacaan yaasin, warga Pascorp Paper mendoakan kesejahteraan semua warga dan syarikat sentiasa kukuh pada masa akan datang. Diharapkan aktivititahlil dan bacaan yaasin akan kerap diadakan dari masa ke semasa oleh setiap jabatan pada masa akan datang. LAIN-LAIN TAHLIL & BACAAN YAASIN 34
GALERI
GALERI