P ENYYAAKKIT
Nama: Thiew Boon Sew
Tingkatan : 2 Dedikasi
Nama guru : Puan Dzakiyatul Husna
Tajuk : Penyakit - Demam Denggi
Isi Kandungan
No. Perkara Muka surat
1 Jadual Kerja 1
2 Penghargaan 2
3 Pendahulan/Obejektif Kajian 3
4 Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia 4-5
5 Penyakit Berjangkit Di Malaysia
6 Definisi Demam Denggi 6-7
7 Tanda Gejala/Simptom 8-9
8 Cara Perabakan/Pencegahan 10
9 Langkah Pencegahan Demam Denggi 11
10 Kemahiran Membuat Keputusan 12
11 Pengetahuan 13
12 Kesimpulan/Sumber maklumat atau Rujukan
13 Rumusan 14
14 Lapiran Bergambar 16
16
17
i
JADUAL KERJA
TARIKH AKTIVITI
23 November 2021
25 November 2021 • Mendengar arahan tentang kajian penyakit berjangkit daripada
26 November 2021 guru mata pelajaran
• Mencari maklumat berkaitan penyakit berjangkit
27 November 2021 • Menentukan penyakit berjangkit yang ingin dikaji
29 November 2021 • Mengumpul maklumat tentang penyakit yang ingin dikaji melalui
30 November 2021 pembacaan,merujuk pelbagai sumber(buku teks,buku rujukan, internet)
01 Disember 2021
• Memulakan penghasilan PDF
03 Disember 2021 • Menyenaraikan maklumat yang telah dikumpul
• Membuat pendahuluan,penghargaan dan objektik kajian
04 Disember 2021
06 Disember 2021 • Menyatakan definisi, simpton dan tanda gejala demam denggi
• Menerangkan cara perabaran dan langkah pencegahan
penyakit
• Membuat Keputusan, Pengetahuan dan Meramalkan Perkembangan
Penyakit Berdasarkan Graf Statistik Kementerian Kesihatan
• Membuat kesimpulan berkenaan Demam Denggi
• Mencari lampiran
• Senaraikan sumber rujukan
• Print laporan
• Menghantar laporan kepada guru matapelajaran
1
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja
Sains Tingkatan 2.Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru mata pelajaran Sains saya iaitu cikgu
Dzakiyatul Husna kerana memberi tunjuk ajar kepada saya
untuk menjalankan folio ini. Saya juga ingin berterima
kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi bantuan
kewangan untuk menghabiskan folio ini.Akhir sekali,
penghargaan juga diberikan kepada semua individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
memberikan kerjasama kepada saya untuk menyelesaikan
tugasan ini.
2
PENDAHULUAN
Apakah itu 'PENYAKIT ' ?
Penyakit merupakan keadaan tidak normal pada badan atau
minda yang menyebabkan ketidakselesaan, sukar berfungsi
atau memberi tekanan/stress kepada orang yang terbabit atau
berhubung rapat dengannya.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia.
Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus,
racun, kegagalan fungsi organ dan juga penyakit baka dan
keturunan.
Penyakit boleh dibahagikan kepada dua jenis laitu
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
Definis :
- Penyakit ini tidak berpindah daripada seorang individu kepada individu yang lain.
- Penyakit berlaku disebabkan oleh
faktor genetik atau gaya hidup.
PENYAKIT BERJANGKIT
Definis :
- Penyakit ini boleh berpindah daripada seseorang individu kepada individu yang lain.
- Penyakit berlaku disebabkan jangkitan daripada patogen secara langsung atau
melalui medium dan vektor.
OBEJEKTIF KAJIAN
Diharap daripada yang dijalankan,kami dapat
,i.mengetahui maksud penyakit penyakit berjangkit dan penyakit tidak
berjangkit.
ii.menyatakan definisi dan simptom-simptom penyakit.
iii.dapat menggetahui langkah langkah pencegahan penyakit.
3
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
DI MALAYSIA
Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi
(NHMS) 2019 Penyakit Tidak Berjangkit, Permintaan Jagaan Kesihatan
dan Literasi Kesihatan di dapati, 3 penyakit utama Penyakit Tidak
Berjangkit di Malaysia ialah seperti berikut
i. Diabetes
ii. Hipertensi
iii. Hiperkolesterolemia (Kolesterol tinggi)
Sumber:https://mpaeds.my/wp-content/uploads/2020/05/4.-Infographic-Booklet-NHMS-2019-BMs.pdf
4
Berikut adalah infografik mengenai Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia
(Rujukan:NHMS 2019)
5
PENYAKIT BERJANGKIT
DI MALAYSIA
Penyakit berjangkit ini adalah istilah umum yang merujuk kepada
penyakit yang disebabkan oleh mikro-organisma yang disebarkan
dari manusia ke manusia (dari kahak, STD, hepatitis), atau daripada
gigitan serangga (vektor) seperti nyamuk (denggi), atau melalui air
dan makanan yang tercemar. (WHO)
Berikut adalah Kadar insiden dan Kematian Akibat Penyakit
Berjangkit di Malaysia yang dilaporkan pada tahun 2019:
Sumber:https://www.moh.gov.my
6
Pada tahun 2020,penyakit berjangkit yang menjadi pandemik ialah
Penyakit Coronavirus 2019(Covid-19)
Sumber:https://covid-
19.moh.gov.my/user/p
ages/02.terkini/01.2021
/11.11/situasi-terkini-
covid-19-di-malaysia-
sehingga-
29112021/covidnow-
stat2.jpg
7
Penyakit : Demam Denggi 29 November 2021
DEFINISI:
Demam denggi (DF)ialah jangkitan arboviral yang paling cepat muncul yang disebarkan oleh nyamuk
Aedes aegypti dengan kesan kesihatan awam yang besar untuk berjuta-juta orang di seluruh dunia, dan
khususnya Asia Tenggara dan Wilayah Asia Pasifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( SIAPA). Daripada
2.5 bilion orang di seluruh dunia berisiko DF dan bentuk teruknya demam denggi berdarah (DHF)dan
sindrom kejutan denggi (D SS)Asia Tenggara menyumbang kira-kira 1.3 bilion atau 52%. Apabila
penyakit itu merebak ke kawasan geografi baharu, kekerapan wabak telah meningkat seiring dengan
epidemiologi penyakit yang berubah dengan pantas. Sebagai tindak balas kepada resolusi Perhimpunan
Kesihatan Sedunia Keempat Puluh Enam yang menggesa Negara Anggota untuk mengukuhkan
program nasional untuk mengawal DF/DHF, beberapa dokumen telah dibangunkan oleh pejabat
serantau WHO, termasuk Asia Tenggara.
Pada tahun 1999 Pejabat Serantau WHO untuk Asia Tenggara menerbitkan Garis Panduan Serantau
untuk Pencegahan dan Kawalan DF/DHF. Sejak itu strategi dan perkembangan baharu dalam kawalan
demam denggi, DHF dan DSS telah terbongkar. Garis Panduan Serantau telah disemak secara meluas,
dikemas kini dan diperluaskan dengan tumpuan pada topik baharu dan tambahan yang berkaitan
semasa dengan populasi Negara Anggota Wilayah. Mereka kemudiannya dinamakan semula Garis
Panduan Komprehensif untuk Pencegahan dan Kawalan Demam Denggi dan Demam Berdarah Denggi.
Edisi Garis Panduan Komprehensif yang disemak dan diperluas ini bertujuan untuk memberi panduan
kepada pengurus program peringkat kebangsaan dan tempatan serta pegawai kesihatan awam Negara
Anggota, serta pihak berkepentingan lain, termasuk pengamal kesihatan, kakitangan makmal dan
rakan kongsi pelbagai sektor, mengenai perancangan strategik, pelaksanaan, pemantauan dan
penilaian, dan mengukuhkan tindak balas terhadap pencegahan dan kawalan denggi di negara mereka.
Para saintis dan penyelidik yang terlibat dalam pembangunan vaksin dan ubat antivirus juga akan
mencari maklumat asas yang penting dalam dokumen ini.
Sumber:https://www.imr.gov.my/wolbachia/wp-content/uploads/2017/01/aedes.jpg
8
Penyakit : Demam Denggi
Pada tahun 2019, sebanyak 130,101 kes Demam Denggi dilaporkan
berbanding 80,615 kes bagi tempoh yang sama tahun 2018, iaitu
peningkatan sebanyak 61.4 peratus (49,486 kes). Kadar insiden
kes Demam Denggi bagi tahun 2019 adalah 390 bagi setiap 100,000
penduduk berbanding tahun 2018 iaitu 245 kes bagi setiap 100,000
penduduk. Bagi kematian, sebanyak 182 kematian telah
dilaporkan pada tahun 2019 berbanding 147 kematian bagi tempoh
yang sama tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 23.8 peratus
(35 kematian). Kadar kematian kes pula adalah sebanyak 0.14
peratus pada tahun 2019 berbanding 0.18 peratus pada tahun 2018.
Analisis kejadian kes Denggi pada tahun 2019 juga mendapati
sebanyak 68 peratus kes Demam Denggi dan 36 peratus kematian
Demam Denggi berlaku di Lembah Klang yang melibatkan negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya.
Analisa juga mendapati 88 peratus daripada kes yang dilaporkan
berlaku di kawasan bandar dan 86 peratus lokaliti wabak
mempunyai indeks pembiakan Aedes yang melebihi tahap yang
ditetapkan oleh WHO iaitu 1 peratus.
Laporan Tuhunan
KKM 2019
9
Penyakit : Demam Denggi
TANDA GEJALA:
•Demam tinggi ( suhu : 40-41° celcius) yang mengejut, berlarutan selama 2 hingga 7
hari.Kadang kala boleh menyebabkan pesakit mendapat Sawan Febrile.
(Sawan yang berpunca dari demam yang tinggi)
•Sakit pada bahagian belakang mata
•Keletihan ; sakit pada sendi-sendi dan otot
(dikenali sebagai :" breakbone fever")
•Sakit kepala yang teruk
•Muntah dan kurang selera makan
•Ruam "Petechiae" akan mula timbul pada hari ke 3 atau 4 bermula demam
•Epitaxis (pendarahan hidung) dan pendarahan gusi
•Sakit perut terutama di bahagian atas kiri (kedudukan bahagian hati)
•Cirit birit
Ruam(rash) di badan
Sumber:https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/infografik/jpeg/Denggi%20-%20Simptom.jpg
SIMPTOM:
Gejala biasanya bermula kira-kira 4 hingga 7 hari selepas jangkitan awal. Ada juga kes
yang menunjukkan gejala akan berlarutan sehingga hari yang ke 10 jangkitan.
10
Penyakit : Demam Denggi 30 November 2021
CARA PERABAKAN:
Demam denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk yang mengandungi virus
denggi. Nyamuk itu dijangkiti apabila ia menggigit orang dengan virus denggi
dalam darah mereka. la tidak boleh disebarkan secara terus dari manusia ke
manusia.
PENCEGAHAN:
Telah ada vaksin pencegah denggi tetapi di Malaysia masih menunggu ‘safety
profile’ vaksin tersebut sebelum dianjurkan pengambilan.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
• Gunakan ubat nyamuk.
• Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
• Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30
petang-8.00 malam).
• Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada
rumah.
• Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
MENGHAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK:
• Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh
menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik
dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
• Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
11
Penyakit : Demam Denggi
LANGKAH PENCEGAHAN DEMAM DENGGI :
✔Membuang air yang bertakung seperti pelapik pasu supaya
nyamuk aedes tidak bertelur.
✔Mengurangkan sampah sarap untuk dikitar semula.
✔Menutup bekas air yang terdedah supaya dapat
mengelakkan nyamuk aedes membiak.
✔Membersihkan longkang yang dipenuhi sampah sarap
supaya aliran air tidak tersumbat.
✔Melakukan semburan asap di sekitar kawasan tempat
tinggal
✔Membubuh ubat pembunuh jentik-jentik ke tempat takungan
air seperti kolah dan tempayan.
✔Bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal
kita.
12
Penyakit : Demam Denggi 1 Disember 2021
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Gejala denggi lebih kurang dengan chikungun dan Zika, penyakit yang
disebarkan oleh nyamuk yang sama yang menyebarkan denggi. Perbezaan
denggi dengan chikungunya mungkin sukar dibezakan kerana kedua-duanya
adalah penyakit virus yang tersebar oleh gigitan nyamuk Aedes.
Terdapat tiga jenis ujian makmal yang boleh digunakan bagi tujuan
pengesahan diagnosa, iaitu serologi, isolasi virus dan teknik molekular (PCR)
dimana sampel darah atau serum diperlukan. Bagi kes yang mempunyai gejala
meningoencephalitis, cecair serebrospinal boleh diambil sebagai sampel.
13
Penyakit : Demam Denggi
PENGETAHUAN
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang
merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti dan nyamuk
Aedes Albopictus yang telah dijangkiti.Terdapat empat jenis
virus yang boleh menyebabkan demam denggi ; DEN 1, DEN 2,
DEN 3 dan DEN 4.
Jangkitan oleh salah satu jenis virus di atas akan memberikan
imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tingal di
kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari
sekali seumur hidupnya. Adalah tidak mustahil untuk seseorang
mendapat kesemua empat virus denggi dalam hidup.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika
Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah
denggi.
Dengue blood smear
14
Penyakit : Demam Denggi
MERAMALKAN PERKEMBANGAN PENYAKIT BERDASARKAN
GRAF STATISTIK KEMENTERIAN KESIHATAN
Berdasarkan data dan graf statistik Kementerian Kesihatan
Malaysia,bilangan kes Demam Denggi di Malaysia daripada 2015 hingga 2020
mengalami penambahan dan pengurangan kes.Turut dilaporkan 2015(120,836
)kes hingga 2019(130,101 kes),jumlah kes semakin bertambah bergantung
:kepada beberapa faktor seperti
1. Berlaku banjir di mana kawasan yang dilanda banjir boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
2.Tempat pembiakan nyamuk Aedes yang ditemui adalah di longgokan sampah haram, di lot kosong
terbiar, premis kosong tidak berpenghuni (terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,
PKP).
3.Indeks pembiakan Aedes yang tinggi di lokaliti terbabit.
Dengan semua usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia bersama pihak yang membantu, ianya diramalkan bahawa kes Demam
Dengue akan berkurangan terutamanya jika tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan ditamatkan. Walau bagaimanapun, langkah pencegahan melalui
aktiviti kawalan vektor seperti pemusnahan tempat-tempat pembiakan Aedes,
semburan racun serangga dan "larviciding' perlu dilaksanakan supaya kes
penyakit ini tidak akan terus meningkat
15
Penyakit : Demam Denggi 3 Disember 2021
KESIMPULAN
Secara umumnya, penyakit Demam denggi tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang
membawa maut. Tetapi, jika menghadapi mana-mana simptom penyakit ini dan keadaan
kesihatan semakin teruk, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang
selanjutnya.
SUMBER MAKLUMAT ATAU RUJUKAN
i. https://apps.who.int/iris/handle/10665/204894
ii. https://www.who.int/zh/news-room/fact-sheets/detail/dengue-and-severe-dengue
iii. http://www.myhealth.gov.my/demam-denggi/
iv. https://www.infosihat.gov.my/demam-denggi.html
v. http://jknperak.moh.gov.my/v4/index.php/my/arkib-berita/69-informasi-
kesihatan/39-apa-itu-demam-denggi.html
RUMUSAN
Saya telah lebih memahami dan mengetahui tentang Penyakit Demam Denggi selepas
membuat kerja kursus ini.
16
Penyakit : Demam Denggi
LAMPIRAN BERGAMBAR
17