The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 ETIKA & PERADABAN
MUHAMMAD HAZIQ ZIQRI
SRI SUNANTHA
NUR AMIRA BALQIS
NURFATIMAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfatimahkhalid8, 2021-05-20 12:23:37

PERISTIWA 13 MEI

MPU21032 ETIKA & PERADABAN
MUHAMMAD HAZIQ ZIQRI
SRI SUNANTHA
NUR AMIRA BALQIS
NURFATIMAH

20/5/2021 PERISTIWA 13 MEI 1

MPU23012 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PUAN DR.SALWA AMIRAH BINTI AWANG

15DAT20F20 | MUHAMMAD HAZIQ ZIQRI
15DAT20F20 | SRI SUNANTHA
15DAT20F20 | NUR AMIRA BALQIS
15DAT20F20 | NURFATIMAH

HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH

ISI 1. Pengenalan.....................................................................................3
KANDUNGAN 2.Pihak yang terlibat...........................................................................4
3.Latar belakang..................................................................................5
4.Punca peristiwa 13 Mei....................................................................6
5.Kronologi........................................................................................11
6. Cara penyelesaian.........................................................................16
7.Impak.............................................................................................18
8.Pengajaran.....................................................................................19
9.Harapan.........................................................................................20
10.Rujukan........................................................................................21

5/20/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 2

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan yang berlaku sebagai
kemuncak masalah perpaduan yang merupakan satu tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan yang berkait rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969”
merupakan satu titik hitam dalam sejarah Melayu Malaysia.

5/20/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 3

PIHAK YANG TERLIBAT

❑ Majlis Gerakan Negara (Mageran)

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
• Melayu : 86 orang
• Cina : 342 orang
• Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka
melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 4

LATAR BELAKANG

“Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.”
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen
pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.
Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi
pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-
pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25
buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi
oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh
kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 5

PUNCA PERISTIWA 13 MEI

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman penduduk Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya
telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih
segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang
mengaitkannya dengan beberapa factor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polariarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-
kawasan lombong sebagai pelombongdan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Manakala orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-
orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputer
akhususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan yang berbeza
telah menjadikan sosio-ekonomi mereka yang tidak seimbang.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 6

3. Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusny aperistiwa 13 Mei. Hari ini berlakiu apabila system
Pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Sekolah melayu
menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa
dari Negeri Chins dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian eynik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 7

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat(Petir) atau PAP Singapura telah turut
serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tuanku Abdul
Rahman dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan
raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun, apabila pilihan raya itu
berlangsung PAP telah meletak caalonnya seramai Sembilan orang.
Bagaimanapun, setelah Tuannku membuat peristiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan
orang-orang Melayu. Mereka mula dengan menyerang UMNO dan orang-orang
Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal
dalam pilihan raya, PAP telah menub8uhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM)
dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM
juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia” (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau Bumiputra
dihapuskan.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 8

5. Perasaan tidak puas HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 9
hati terhadap hak
istimewa orang melayu.

PAP telah secara lantang
menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap apa yang disebut sebagai
hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan. Mereka mendakwa
hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan. Oleh sebab itu,
menurut Jomo dalam bukunya
“Pembangunan Ekonomi dan Kelas
Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa
13 Mei adalah perasaan tidak puas
hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun, hakikat sebenarnya
kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terbawah berbanding
dengan kaum Cina.

20/5/2021

6. Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara

Berikutan penisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan behasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas 10 tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan
bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggugurkannya dengan status bahasa rasmi
dan hanya bahasa melayu sahajayang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk
mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa melayu. Antara kempen
yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu Bahasa Kebangsaan dan
Bulan Bahasa kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin
Ismail.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 10

kronologi

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
sensitif berkaitan dengan :

i. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

ii. Kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera).

iii. Hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC)mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti
Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pada 10 Mei 1969 - Berikutan pengumuman keputusan pilihan raya, penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah
mengutuk dan menghina orang-orang melayu semasa megadakan perarakan meraikan kemenangan di jalan raya sekitar Kuala
Lumpur.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan
kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan ini hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung
Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan
kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 11

Kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka
menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat
yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan
menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat
Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang
mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi
jalan.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina
Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan
memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan
semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Pada pagi 13 Mei 1969 - UMNO telah mengadakan perarakan balas
yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana
perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua
pihak.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 12

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru,
Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-
rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina juga
lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang dan rusuhan besar terjadi.

Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar
Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan
ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan
orang Melayu semakin meradang. Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Malangnya, ramai orang cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 13

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa Cina. Kesan daripada itu, pemuda-
pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan
membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat
mengerikan. Manakala di pasar pula askar Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung dengan
kereta perisai mereka.

Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuh raya tersebut dan
mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut
dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah
terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga
dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras
Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Namun rusuhan kaum tidak terjadi
di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan.
Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan
di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 14

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah
pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis
tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang
memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi
Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 15

CARA 1. Mengisytiharkan Darurat
PENYELESAIAN § Kerajaan telah mengistiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara untuk

menenangkan keadaan yang tidak terkawal, dan untuk memberi masa kepada pihak
yang terlibat untuk berfikir secara rasional

2. Membentuk Majlis Gerakan Negara MAGERAN
§ Mageran diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Abdul

Razak.
§ Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-

pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya
ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah,
Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, dan Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin
§ Tujuan MAGERAN untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, dan
menentukan pentadbiran yang sempurna

3. Menubuhkan Majlis Perundangan Negara
§ Mula ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaun

di Malaysia
§ Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan

negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan
pelbagai kaum
§ Bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang
bersangkutan dengan perhubungan dan intergrasi kaun di Malaysia

5/20/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 16

4. Memperkenalkan Rukun Negara
▪ Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat

tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama
▪ Konsep rukun negara dibentuk oleh MAGERAN untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip

hidup yang telah wujud .

5. Pembentukan Majlis Muhibah
▪ Majlis Muhibah telah dibutuhkan atas arahan MAGERAN
▪ Majlis ini diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah, negeri

dan kawasan
▪ Bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia

6. Penyusunan Semula Politik
▪ Barisan Nasional – dibentuk selepas kesedaran hadir untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13

Mei 1969
▪ Tujuan Barisan Nasional dibentuk ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan

Perlembagaan 1971

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 17

IMPAK

• Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan
dan perbalahan antara kaum melayu dan kaum cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar
malah yang paling malang ilah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalkan kesan dan
pengajaran yang pahit dan gertir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

• Sentimen yang digunakan oleh parti politik sebagai taktik mendapatkan undi bagi memenangi telah
mengahasut fikiran rakyat untuk berpecah belah.

• Apabila berlakunya masalh 13 Mei, kebanakan parti-parti politik mula menyedari kepentingan bersatu
dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas
kesedaran untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969.

• Barisan Nasional ini dianggotai oleh Pertubuhan Kebangaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia
(PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik.

• Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpechan politik dan sesuai dengan
pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah Berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kersana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 18

PENGAJARAN

• Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan
rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isu-isu yang sensitif, terutama isu
perkauman.

• Trajedi ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan nasional antara kaum untuk
dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secaraa aman dan sentiasa
bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati,
bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang keji seperti berdengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di
antara kaum. Apabila terdapat pelbagai jenis kaum,agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia maka peristiwa ini pasti
berulang sekirannya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif.

• Oleh itu, kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum melayu dan mewujudkan
suasana yang harmoni di kalangan masyarakat. Pendek kata tanggungjawab memupuk perpaduan adalah tanggungjawab
semua pihak.

• Trajedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia
terperangkap dalam berlengu kemiskinan dan jurang ekonomi yang besar, lebih-lebih lagi apabila majority kadar kemiskinan
penduduk itu terletak hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukkan
bahawa majoriti penduduk bumi putera yang tinggal di luar bandar adalah berpendapatn rendah dan miskin. Oleh itu, satu
dasar pragmatic iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakkan satu dasar jangka panjang
(1970-1990) yang mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat. Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum lain.
Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurng perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang
kaya. Objektif yang lain ialah menghapuskan identiti perkerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam Malaysia.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 19

HARAPAN

• Kita semua perlulah cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan mencuba memahami antara satu sama lain
dengan semangat persefhaman, hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan
negara.

• Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta
kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan
kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

• Kita haruslah bertindak dengan lebih waras dan tidak mengambil keputusan yang tidak bersesuain agar ia tidak
mengancam keamanan masyarakat negara kita.

• Kita mestilah, mementingkan perpaduan antara kaum dan pertimbangkan keamanan negara kita apabila
menghadapi ancaman atau konflik.

• Kita hendaklah, mengambil Peristiwa 13 Mei ini sebagai sebuah contoh agar kita tidak mengulangi kesilapan
yang sama dan dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang akan dicontohi oleh semua negara yang lain.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 20

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 21

RUJUKAN

• Nur Alina Binti Ahmad Bakri, A.A.B, Riza Noorzakiah Binti Rizal R.N.R, Nur Maisarah Binti Hassan N.M.H, Nur Abilla Binti
Mokhlis N.A.M,( September 2018) HURAIAN SEJARAH BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI DI MALAYSIA, KESAN DAN
PENNGAJARANNYA, Http://Pmdep1a.Blogspot.Com/2014/09/Huraian-sejarah-berlakunya-peristiwa-13.Html) Dilayari 18
Mei 2021

• Aida Zainal Binti Zakar A.Z (2016)https://Www.Sinarharian.Com.My/Article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-mei-
pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu Dilayari Pada 18 Mei 2021.

• Muhammad Firdaus Bin Azhari M.F.A, Tuan Muhammad Syamir Bin Tuan Johari T.M.S.J, Muhammad Danial Hakimi Bin
Hairunanwar M.D.H (JUN 2018), HURAIKAN SEJARAH BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI DI MALAYSIA, KESAN DAN
PENGAJARANNYA Http://Sejarahhitam13mei1969.Blogspot.Com/2018/10/ Dilayari Pada 18 Mei 2021.

• Cenangau.(2010). Tregedi 13 Mei. http://Cenangau.Blogspot.Com/2010/05/Tragedi-13-mei-satu-kronologi-yang.Html?M=1
. Dilayari Pada 10 Mei 2021.

• Aidila Razak.(2019). 13 Mei, Moga Tak Berulang. https://Pages.Malaysiakini.Com/May13/My/ . Dilayari Pada 10 Mei 2021.
• Farhana Hisham.(2012). Peristiwa Berdarah 13 Mei. https://www.Slideshare.Net/Farhanahisham/13-mei-1969-12566836 .

Dilayari Pada 10 Mei 2021.
• Saliza.(2015).Latar Belakang Peristiwa 13 Mei 1969. http://Saliza13pengajianmalaysia.Blogspot.Com/2016/02/Latar-

belakang-peristiwa-13-mei-1969.Html . Dilayari 11 Mei 2021.
• Ammar Syafiq,mei 13,2021,http://My13mei.Blogspot.Com/P/Kesimpulan.Html. Dilayari Pada 8 Mei 2021.

20/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 22

21/5/2021 HAZIQ,SRI,AMIRA,FATIMAH 23


Click to View FlipBook Version