The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizzytl, 2024-05-17 11:16:48

TEKS-UCAPAN-YDP-PIBG SKSJ-2024 FINAL-docx

TEKS-UCAPAN-YDP-PIBG-2024 FINAL-docx

TEKS UCAPAN YDP PIBG BERSEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SKSJ YANG KE-45 2024


TEKS UCAPAN YDP PIBG BERSEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SKSJ YANG KE-45 2024 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berusaha Pn. Hayati Binti Yusoff, Guru Besar SK Seri Jemerli. Barisan Penolong-Penolong Kanan. Guru-guru dan ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2024 selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Disamping dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SKSJ. Mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada keduadua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan


pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke samasa. Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian, Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuantuan dan puan sekiranya di sepanjang ucapan saya terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan. Izinkan saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun: Bunga dipetik di puncak gunung, Letaknya tinggi nun jauh di barat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version