The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD ARIF AMMIR 6UPM (IKATAN BANTU MULA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yanaskbk, 2021-04-11 12:33:53

MUHAMMAD ARIF AMMIR 6UPM (IKATAN BANTU MULA)

MUHAMMAD ARIF AMMIR 6UPM (IKATAN BANTU MULA)

IKATAN KETIKA
BANTU MULA
DALAM KECEMASAN

DISEDIAKAN OLEH : LANS KOPERAL MUHAMMAD ARIF AMMIR BIN ASMAN

SEKOLAH : SK LKTP BUKIT KUANTAN

KELAS : 6 UPM

BANTUAN KECEMASAN

 Bantuan kecemasan ialah

bantuan awal atau

pertolongan serta-merta yang

diberikan kepada orang yang

sakit atau orang yang cedera

(dipanggil pesakit) sebelum

ketibaan ambulans atau pakar

kelayakan.

OBJEKTIF

 Untuk menyelamatkan nyawa.
 Jika tidak sedarkan diri (pengsan)

pastikan bahawa saluran udaranya

tidak terganggu.
 Pastikan bahawa pesakit bernafas.
 Hentikan pendarahan.
 Bantuan kecemasan kepada lain-lain

kecederaan mengikut keutamaan.

ANDUH

Terdapat 5 jenis balutan anduh:
1) Anduh lengan
2) Anduh kepala
3) Anduh lutut/siku
4) Anduh pergelangan tangan
5) Anduh tapak kaki

 Kesemua balutan-balutan di atas
hendaklah menggunakan ikatan
buku sila.

ANDUH LENGAN
 Bucu atas kain anduh

hendaklah diletakkan pada
siku lengan yang tercedera.
 Kemudian ikatan buku sila
diikat pada atas bahu.
 Bucu atas kain anduh yang
diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam untuk
lebih kemas.

ANDUH LUTUT

 Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya
(seperti gambarajah di bawah) di atas lutut
yang tercedera.

 Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi
bawah lutut kemudian ikatkan buku sila
pada atas bahagian lutut (seperti gambar
rajah di bawah).

 Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain
anduh untuk lebih kemas.

ANDUH KEPALA
 Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan

letakkannya pada atas dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di
belakang kepala.
 Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan
silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke
dahi dan diikat buku sila.
 Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih
kemas.

ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI

 Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di
atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.

 Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh
di atas dan bawah.

 Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas
pergelangan tangan.

 Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika
terdapat kecerderaan pada bahagian kaki.


Click to View FlipBook Version