noridah wahab created by makanan tradisi malaysia Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat berbilang kaum. Bukan sahaja terdapat kaum Melayu, Cina dan India, namun terdapat juga kaum – kaum lain yang mendiami bumi Malaysia.
nasi lemak
Roti canai atau roti cane termasuk dalam flatbread yang banyak ditemukan di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Roti canai ini diduga berasal dari Malaysi dibuat oleh pekerja India di Malaysia. Roti ini terbuat dari tepung maida (tepung protein rendah), air dan ghee atau minyak samin. Adonan roti canai ini direnggangkan sampai tipis kemudian dilipat berulang kali. Roti canai punya tekstur flaky dan ketika setelah digoreng akan mengembang. Roti canai biasa dimakan bersama dengan kari daging. Roti canai
Kuih Bulan Kuih bulan (Jawi: بولن كويه ;bahasa Cina: ⽉饼 ) ialah salah sebuah kuih tradisional Cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.
Hinava Hinava merupakan hidangan tradisional bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia membawa maksud hidangan yang dimasak tanpa menggunakan api. Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan bersama biji buah bambangan yang diparut. Selain itu, bahan lain seperti cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam juga dicampurkan. Ia juga turut dikenali dengan nama Hinava Ginapan. Isi ikan yang digunakan adalah mentah dan tidak perlu dimasak kerana ia akan dimasak secara semulajadi menggunakan perahan jus limau. Ikan yang boleh dijadikan hidangan ini biasanya ikan tenggiri ataupun isi ikan yu. Selain ikan, ia juga boleh digantikan dengan udang atau sotong bagi menyediakan hidangan ini.
UMAI Umai ialah hidangan tradisional asli orang Melanau di Sarawak, Malaysia, yang biasanya dimakan oleh nelayan. Umai ialah hidangan ikan mentah yang dihiris dengan campuran bawang, cili, cuka, garam dan jus limau.