INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS RAJANG, 96509 BINTANGOR SARAWAK EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN PENGHASILAN PRODUK Nama : ALEXANDRA VALERIE ANAK DOMNIC No. K/P : 030311130396 Angka Giliran : 2021032340151 Program : PISMP Ambilan : AMBILAN JUN 2021/ 2026 Unit : BAHASA IBAN Nama Pensyarah : PN PUTERI HARYATI BINTI RADEN ABDUL MUIN Tarikh Hantar : 18 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecualinukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah sayarujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 KESAN-KESAN STRAFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN 2 DI MALAYSIA 2.1 Ketaksamaan Akses Dan Peluang 2 2.2 Wujud Pengkelasan Sekolah 2 2.3 Kualiti Pendidikan Yang Berbeza 3 3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA 4 3.1 Bangsa 4 3.2 Adat Resam Dan Budaya 4 3.3 Seni Dan Budaya Tradisional 4 4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN 6 4.1 Mewujudkan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman 6 4.2 Meningkatkan Pemahaman Dan Penerimaan Antara Budaya 6 4.3 Meningkatkan Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Di Sekolah 7 5.0 KESIMPULAN 8 RUJUKAN 9
1 1.0 PENGENALAN Di Malaysia strafikasi sosial dapat diertikan sebagai lapisan masyarakat yang dikelompokkan dalam kelas-kelas yang telah disusun secara bertingkat. Strafikasi sosial juga merupakan suatu konsep dalam sosiologi yang melihat bagaimana anggota masyarakat dibezakan berdasarkan status yang dimiliki. Misalnya, status yang telah dimiliki oleh setiap anggota masyarakat ada yang didapatkan dengan suatu usaha (achievement status) dan ada yang didapatkan tanpa suatu usaha (ascribed status). Pengelompokan individu-individu ke dalam lapisan- lapisan atau strata-strata ini berdasarkan faktor-faktor tertentu seperti status ekonomi, pendidikan, pekerjaan atau kekuasaan. Pergolongan kelas masyarakat ini lebih bersifat kepada hierarki vertikal di mana telah memunculkan istilah kelas sosial atas dan bawah. Setiap masyarakat di dunia ini telah mengklasifikasikan orang-orangnya ke dalam kategori-kategori. Melalui kelas-kelas sosial yang berbeza oleh setiap masyarakat, layanan dan hak serta kewajipan yang diberikan juga berbeza dalam suatu lapisan sosial (Chozin & Prasetyo, 2021). Oleh sebab itu, unsur stratifikasi sosial ialah wujudnya kedudukan status merupakan kedudukan seseorang dalam kelompok sosial, wujudnya peranan, iaitu peranan merupakan aspek kedudukan yang dinamik. Manakala asas yang memupuk stratifikasi sosial ialah wang, harta, tanah, kuasa, ilmu, dan sebagainya.
2 2.0 KESAN-KESAN STRAFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA 2.1 Ketaksamaan Akses Dan Peluang Strafikasi sosial ini boleh membawa kepada ketaksamaan dalam akses dan peluang pendidikan dan ini sering berlaku kepada murid-murid yang berada di sekolah pedalaman. Nasib dan layanan yang diberikan kepada mereka sangat berbeza dan menyebabkan mereka tidak berpeluang dan bernasib untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Murid daripada strata sosioekononomi rendah sering menghadapi halangan untuk mendapatkan pendidikan berkualiti kerana keterbatasan ekonomi dan akses kepada sumber pendidikan yang mencukupi (Rosliah et al., 2018). Ketaksamaan tersebut dapat diperhatikan dari segi penyediaan infrastruktur dan juga rumah penempatan guru terutamanya di sekolah kawasan pedalaman. Jurang digital melibatkan isu dalam aspek teknologi seperti kepenggunaan, keupayaan , ketersediaan teknologi digital dan kos yang tinggi tetapi turut berkaitan dengan isu sosioekonomi. Oleh sebab itu, akibat daripada prasana dan kemudahan yang tidak mencukupi menyebabkan murid-murid kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer dan peluang mereka untuk meneroka dunia-dunia di luar juga sangat terhad. 2.2 Wujud Pengkelasan Sekolah Di Malaysia, pengkelasan sekolah bagi setiap murid dapat dibahagikan kepada beberapa sekolah iaitu sekolah elit, kluster, sekolah harian dan sekolah antarabangsa. Melalui pengkelasan sekolah tersebut, kelas sosial masyarakat akan mempengaruhi kemasukan murid ke dalam sekolah. Tambahan pula, pengkelasan sekolah ini merujuk kepada amalan menempatkan pelajar ke sekolah berdasarkan pencapaian akademik atau kriteria lain, boleh dipengaruhi oleh strafikasi sosial. Misalnya, pelajar dari strata sosial yang lebih rendah mungkin mendapati sukar untuk berpindah ke sekolah yang lebih berkualiti, walaupun mereka mempunyai potensi akademik yang tinggi, disebabkan oleh halangan seperti yuran tambahan atau syarat kemasukan yang ketat. Selain itu, pelajar dari kelas sosial yang lebih tinggi mampu ditempatkan di sekolah elit iaitu sekolah yang berkualiti dan cenderung mempunyai lebih banyak peluang untuk membangun dan mencapai kejayaan akademik dengan keselesaan suasana persekitaran di sekolah. Melalui perkara ini, dapat diperhatikan keputusan setiap murid daripada perbezaan sekolah adalah sangat jauh berbeza. Ia lebih menampakkan sekolah elit melahirkan individu yang berjaya dengan sangat cemerlang.
3 2.3 Kualiti Pendidikan Yang Berbeza Perbezaan kualiti pendidikan antara sekolah daripada strata sosial yang berbeza boleh membawa kepada perbezaan dalam pencapaian akademik. Pelajar dari strata sosial rendah mungkin menerima pendidikan yang tidak mencukupi , yang boleh menjejaskan peluang mereka untuk kejayaan akademik dan professional masa depan. Misalnya, kualiti pengajaran yang dimiliki oleh guru-guru di sekolah elit adalah sangat bagus dan mampu membentuk murid yang menjana idea yang lebih berkualiti dan produktif. Profesyen perguruan perlu berkembang dengan lebih progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara (Said et al., 2023). Oleh sebab itu, melalui strafikasi sosial ini, kualiti pendidikan yang berbeza telah memberi impak negatif kepada pembentukan insan yang lebih berkembang dan berkualiti dalam pendidikan.
4 3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA 3.1 Bangsa Malaysia merupakan salah satu negara yang terkenal dengan pelbagai enik , kaum dan budaya. Misalnya, di Sarawak terdapat pelbagai bangsa seperti Iban, Cina, Melayu, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan lain-lain lagi. Sekiranya sekolah tersebut menerima murid yang pelbagai kaum, maka kepelbagaian sosiobudaya dapat diwujudkan dan ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk memperluaskan keindahan dalam budaya mereka kepada murid-murid yang berbangsa lain. Kepelbagaian budaya dalam negara adalah faktor daripada pendatang China dan India sehingga membawa masuk budaya negara asal mereka. Melalui kefahaman terhadap identiti bangsa yang berbilang kaum dapat mewujudkan toleransi dan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum (Yusoff, 2023). 3.2 Adat Resam Dan Budaya Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik termasuk Melayu, Cina, India, Orang Asli, dan suku kaum peribumi lain di Sabah dan Sarawak. Setiap kumpulan etnik ini membawa bersama mereka warisan budaya, tradisi, bahasa dan adat resam yang unik , yang bersama-sama membentuk kepelbagaian sosiobudaya negara. Adat resam dalam setiap kaum merupakan kebiasan cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Selain itu, adat yang merangkumi seluruh aspek daripada kelahiran, perkahwinan sehingga kematian terdapat dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Melalui kepelbagaian adat resam dan budaya ini, masyarakat dapat memahami dan mendalami budaya masing-masing dan mewujudkan perpaduan yang kukuh dalam kemasyarakatan (Anastasya et al., 2024) . Berbeza kaum maka berbeza juga adat dan budaya yang diamalkan oleh setiap kaum dan ini menggambarkan kepelbagaian sosiobudaya. 3.3 Seni Dan Budaya Tradisional Setiap kumpulan etnik di Malaysia mempunyai seni dan budaya tradisional masingmasing, seperti tarian, muzik, pakaian tradisional, ukiran dan sebagainya. Keunikan budaya di Malaysia mampu menjadi tarikan utama pelancong datang ke Malaysia. Ini telah memberi peluang kepada setiap kaum untuk mempersembahkan setiap seni dan budaya tradisional masing-masing. Contohnya, di Sarawak terdapat satu tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong iaitu Kampung Budaya, di mana ia mempamerkan segala seni tarian dan budaya hidup kaum pribumi di Sarawak. Melalui
5 inisiatif yang telah dijalankan oleh Kampung Budaya ini sekaligus dapat melestarikan warisan seni budaya setiap kaum untuk dilihat oleh generasi akan datang.. Sejak berzaman lagi, bidang seni dan kebudayaan ini telah memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan masyarakat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti mereka. Kepelbagaian seni dan budaya ini menggambarkan kekayaan warisan budaya negara dan menambah warna kepada landskap sosiobudaya (Mukmin, 2018) .
6 4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN 4.1 Mewujudkan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Melalui kepelbagaian sosiobudaya, guru di sekolah boleh menggunakan pengalaman dan latar belakang murid untuk memupuk pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna (Urfany et al., 2020) . Tambahan pula , kepelbagaian sosiobudaya mengambil kira pengalaman dan latar belakang budaya pelajar yang berbeza seperti kepelbagaian etnik, bahasa, agama, tradisi dan nilai sosial yang wujud dalam komuniti sekolah. Pendekatan ini membantu menyokong pembelajaran aktif dan meningkatkan motivasi dalam kalangan murid. Pengalaman pembelajaran berasaskan pengalaman boleh diperkaya dengan memilih konteks yang relevan dengan budaya pelajar. Sebagai contoh, dalam pengajaran sains guru boleh memilih contoh kajian kes yang relevan dengan budaya atau alam sekeliling pelajar. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka persekitaran di sekeliling mereka. Selain itu, guru boleh membina hubungan dengan komuniti tempatan yang pelbagai budaya untuk menyediakan pengalaman pembelajaran berpusatkan komuniti. Misalnya, boleh menjemput pakar tempatan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka, atau mengadakan acara kebudayaan di sekolah. Hal ini demikian dapat mengeratkan hubungan silaturahim anatara pelbagai etnik agar perpaduan kuat dapat dibentuk dengan berjaya. 4.2 Meningkatkan Pemahaman Dan Penerimaan Antara Budaya Pemahaman dan penerimaan antara budaya memainkan peranan penting dalam konteks kepelbagaian sosiobudaya di sekolah dan pendidikan. Perkara inj penting dalam dunia yang semakin moden dan maju ini, di mana keupayaan untuk berinteraksi dan bekerja dengan orang dari latar belakang yang berbeza menjadi semakin penting. Di sekolah, pelbagai program dapat dijalankan untuk melibatkan kerjasama antara budaya. Misalnya, pihak sekolah menggalakkan kerjasama antara murid dari latar belakang budaya yang berbeza dalam projek pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Ini membantu memupuk pemahaman dan penghayatan kepelbagaian budaya. Selain itu, dapat memupuk jati diri positif dalam kalangan murid dari pelbagai latar belakang budaya dengan menghargai warisan budaya mereka dan memberi mereka ruang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan komuniti sekolah. Penerimaan pandangan antara budaya adalah sangat penting untuk memupuk hubungan silaturahim yang kuat. Nilai pelbagai budaya seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam sistem sosial sesebuah masyarakat (Hani
7 Hassan, 2022). Melalui Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam kepelbagaian budaya adalah untuk mewujdukan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia agar dapat menghapuskan prasangka dan strerotaip kaum dalam usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, dan budaya. 4.3 Meningkatkan Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Sekolah Komuniti adalah suatu kumpulan yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Kepelbagaian sosiobudaya juga mempengaruhi hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Perkumpulan seperti ini sering bantu-membantu dalam sesuatu tugas dan belajar sesama mereka. Pihak sekolah mesti menyedari kepentingan penglibatan ibu bapa daripada pelbagai latar belakang budaya dalam proses pendidikan. Ini mungkin termasuk menerima pakai program atau aktiviti yang menggalakkan penyertaan ibu bapa daripada pelbagai kumpulan budaya. Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada kemajuan sekolah jika diatur dengan bijaksana, Misalnya, PIBG di sekolah adalah sangat digalakkan memberi sumbangan dan sokongan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah agar dapat berlangsung dengan sempurna. Dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung memberikan sokongan kepada anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan keyakinan mereka (Lo & M. Yasin, 2022). Oleh sebab itu, komuniti sekolah boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif, menyokong dan menyediakan pelajar untuk berjaya dalam dunia yang semakin kompleks dan pelbagai.
8 5.0 KESIMPULAN Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia memberikan kesan kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan suasana pembelajaran secara khasnya. Kepelbagaian antara budaya itu penting dalam mewujudkan warna-warni dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, sekiranya kepelbagaian itu mewujudkan perbezaan yang ketara dan perbezaan itu tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, maka akan menimbulkan kontroversi atau konflik sosial. Justeru itu, kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam sesebuah masyarakat dan negara seharusnya diberikan perhatian dan seterusnya memberi pendedahan awal khususnya kepada masyarakat muda pada hari ini melalui pendidikan.
9 RUJUKAN Aji, R. H. S. (2016). Stratifikasi sosial dan kesadaran kelas. Repository.uinjkt.ac.id. http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/handle/123456789/31358 Anastasya, W. D., Say, W., Wahyuni, D. S., & Januar. (2024). Kesenjangan Prestasi di Sekolah: Faktor-Faktor Stratifikasi yang Berperan. JURNAL PENDIDIKAN DAN ILMU SOSIAL (JUPENDIS), 2(1), 171–181. https://doi.org/10.54066/jupendis.v2i1.1187 Chozin, A., & Prasetyo, T. A. (2021). PENDIDIKAN MASYARAKAT DAN STRATIFIKASI SOSIAL DALAM PRESPEKTIF ISLAM. Mamba’ul 'Ulum, 17(2), 1–12. https://doi.org/10.54090/mu.42 Hani Hassan, F. (2022). Kesan Pendedahan Konsep Kepelbagaian Budaya terhadap Tahap Kompetensi dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah Sains Rehabilitasi (Effects of Exposure to Cultural Diversity Concepts on the Competency Level of Rehabilitation Sciences Undergraduate Students). Jurnal Personalia Pelajar, 25(2), 161–168. https://journalarticle.ukm.my/21238/1/pp_18.pdf Lo, M., & M. Yasin, R. (2022). Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti serta Hubungannya dengan Motivasi Murid SJKC Sepanjang PdPR. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001426. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1426 Mukmin, T. (2018). HUBUNGAN PENDIDIKAN DAN STRATIFIKASI SOSIAL. El-Ghiroh : Jurnal Studi Keislaman, 15(2), 27–42. https://doi.org/10.37092/el-ghiroh.v15i2.64 Rosliah, S., Rashid, A., & Samat, N. (2018). KEMISKINAN KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP TAHAP PENDIDIKAN RENDAH MASYARAKAT LUAR BANDAR: KAJIAN KES DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN. 13(2), 1823–1884. https://journalarticle.ukm.my/20666/1/26796-80866-1-SM.pdf Said, A. R. M., Omar, M. C., Omar, N., & Ghazali, M. A. (2023). Meningkatkan Pembangunan Profesional dan Kompetensi Guru Kementerian Pendidikan Malaysia: Satu Analisis Kritis. Global Journal of Educational Research and Management, 3(1), 63–71. https://jurnal.nun-g.com/index.php/germane/article/view/13/13 Urfany, N., Afifah, A., & Nuryani, N. (2020). Teori Konstruktivistivisme dalam Pembelajaran. PANDAWA, 2(1), 109–116. https://ejournal.stitpn.ac.id/index.php/pandawa/article/view/625/394 Yusoff, D. A. N. M. (2023, September 6). Membina Malaysia cemerlang melalui perpaduan kaum. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/09/06/membina-malaysiacemerlang-melalui-perpaduan-kaum/