Terbit edisi e-buku, Julai 2020 Kemaskini, Jun 2023 © Angkatan Belia Islam Malaysia Judul Asal: Faḍl al-‘Ishr al-Awā’il min Dhī al-Ḥijjah Pengarang: Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī Ḥafiẓahullāh Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail Penyunting dan transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail Reka Bentuk Kulit: Muhammad Aiman Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN) No. 6, Jalan TC 2A/2 Taman Cemerlang 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA No. Telefon (P): +603-4108 4500 No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299 No. Faks: +603-41082400 Emel: [email protected] Laman Sesawang: www.abimpress.com FB: www.facebook.com/abimpressmy Lihat juga pelbagai judul E-Buku yang lain yang boleh dimuatturun secara percuma di halaman FB Abim Press: ABIM PRESS
3 MUQADDIMAH PENTERJEMAH Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam buat kekasih. Segala puji bagi Allāh, sepertimana yang layak bagi-Nya Yang Azali nan Abadi, amin, atas segala kurnia-Nya, mengizinkan kita menterjemahkan karya ringkas Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī ini, yang mengingatkan kita tentang ketibaan hari-hari yang mulia, yaknilah 10 hari terawal Zulhijjah. Meskipun dalam kekangan PKPP, tetaplah tidak menghalang kita daripada meraih keberkatan hari-hari ini, dengan amalan-amalan khas seperti puasa, solat-solat sunat, berzikir, dan yang terutamanya ialah puasa Hari ‘Arafah, di mana Rasūlullāh menjanjikan bahawa amalan tersebut akan mengampunkan dosa dua tahun: tahun sebelum dan tahun selepasnya.
4 Begitu juga, kita yakin bahawa amalan baik di musim susah ini, lebih banyak pahala dan keberkatannya, berbanding amalan baik di musim senang. Sepertimana yang sabit dalam Qawā‘id Fiqh, “Al-Ajr ‘alā qadr al-Mashaqqah” (Pahala itu sesuai dengan kadar kesusahan pelaksanaannya). Maka bergandagandalah pahalanya pula, amalan baik pada 10 hari terawal Zulhijjah ini, yang tidak wajar dilepaskan tanpa direbut oleh setiap muslim untuk memperbanyakkan bekal Akhiratnya. Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara gratis nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja, dan digunakan dalam kajian-kajian. Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān. Allāh Maha Mengetahui. Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail) Syuruq 25 Zulkaedah 1441H / 16 Julai 2020M Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah.
5 FADILAT 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH Oleh: Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan yang suci, bulan Zulhijjah, yaknilah salah satu daripada bulanbulan al-ḥurum (yang suci dan terhormat) dan juga (salah satu daripada) bulan-bulan haji. Berkenaan hari-hari terawal bulan yang mulia ini, 10 harinya, Allāh bersumpah dengannya di dalam kitab-Nya: ٢ ٍ ْ َش ال ع ٍ َ َ َل ِ ١ و ر ْ َج ف ْ َال و “Demi Fajar, dan demi malam yang sepuluh.” (Sūrah al-Fajr, ayat 1-2)
6 Ia merupakan antara hari-hari yang termulia di sisi Allāh, dan amal soleh padanya berganda-ganda pahalanya kurniaan daripada Allāh. Bulan-bulan yang terhormat itu lebih mulia di sisi Allāh subḥānahu wa ta‘ālā berbanding bulan-bulan selainnya, sepertimana firman-Nya ta‘ālā: َ ِ اب ا ِف كِت ً ر ْ ه َ َش َ َ ش ا ع َ ن ْ ِ اث َّ َ الل ِ ِعند ُور ه ُّ َ الش ة َّ َّ ِعد ِن إ ۚ ٌ ُم ُر ٌ ح ة َ ع َ ب ْ ر َ ا أ َ ه ْ َ ِمن ْض ر َْ َال َ ِ ات و َاو َّم َ الس ق َ ل َ َ خ م ْ و َ ِ ي َّ الل “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allāh ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allāh semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.” (Sūrah alTawbah, ayat 36) Bulan-bulan terhormat yang mulia di sisi Allāh itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Firman-Nya subḥānahu wa ta‘ālā: ۚ ْ ُ م َ ك ُس نف َ َّ أ ِن ُوا فِيه لِم ْ ظ َ َ ت َل ۚ ف ُ ِم ّ ي َ ق ْ ُ ال ِين ّ َ ادل لِك ٰ َ ذ “Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).” (Sūrah al-Tawbah, ayat 36)
7 Perbuatan menzalimi diri sendiri itu tentulah haram nan terlarang pada kesemua bulan (yakni setiap masa), akan tetapi, ia (perbuatan zalim itu) pada bulan-bulan ini lebihlah tegas (penekanan hukumnya). 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah ini dimuliakan, kerana ia merupakan daripada bulan-bulan terhormat – bulan Zulhijjah – dan kerana ia sendiri merupakan bulan Zulhijjah, yang mana ia menghimpunkan dua perkara: ia merupakan bulan haji, dan bulan terhormat. Allāh subḥānahu wa ta‘ālā berfirman: ۚ ٌ َات ُوم ل ْ ع َّ ٌ م ُر ه ْ ش َ ُّ أ َج ْ ال “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.” (Sūrah al-Baqarah, ayat 197) Yakni, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Syawal adalah daripada bulan haji sahaja, bukan bulan terhormat. Akan tetapi, Zulhijjah, terhimpun padanya dua perkara ini (bulan haji dan bulan terhormat) – ia dan bulan Zulkaedah juga daripada bulan terhormat dan bulan haji. Demikian juga, hari-hari ini (10 hari terawal Zulkaedah), di mana kebanyakan amalan-amalan haji dilaksanakan. Hari Tarwiyah pada 10 hari (terawal) Zulhijjah (yakni 8 Zulhijjah), Hari ‘Arafah pada 10 hari (terawal) Zulhijjah (yakni 9 Zulhijjah), dan Hari al-Ḥajj al-Akbar yakni Hari
8 Kesepuluh dan Hari Raya (Aidil Adha) dan Hari al-Naḥr, juga pada 10 hari (terawal) Zulhijjah ini. Sebaik-baik hari dalam setahun itu ialah pada 10 hari (terawal) Zulhijjah ini, yaknilah Hari ‘Arafah. Laylatul Qadar merupakan sebaik-baik malam dalam setahun, secara mutlak. Hari ‘Arafah pula adalah sebaik-baik hari dalam setahun, secara mutlak. Sepertimana 10 malam (terakhir) Ramadhan merupakan sebaik-baik malam, maka 10 hari (terawal) Zulhijah ini juga merupakan sebaik-baik hari pula. Berikut ini merupakan sebahagian fadilat hari-hari yang agung ini, yang sabit sahih di dalam hadis-hadis daripada Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, dengan peringatan (baginda) berkenaannya, dan gesaan agar mentaati Allāh (yakni memperbanyakkan amal taat) padanya (10 hari terawal Zulhijjah ini). Pada 10 hari (terawal) Zulhijjah ini, Allāh memuliakan nan melebihkan amalan-amalan padanya, melebihi selainnya (yang dilakukan pada selain 10 hari terawal Zulhijjah ini). Ini merupakan kurnia Allāh subḥānahu wa ta‘ālā dan rahmat kasih-Nya, sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis: َ ا َ ُ وا ل َ رَّض َع ت َ َ ٍ ات، ف َح ف َ ُ ن ِك َهر َّ ِم د ي� َ ِي أ ف � ُ ِك ّ ِ لرَ ب َّ ِن إ “Sesungguhnya Tuhan kalian, pada hari-hari tertentu dalam tahun kalian itu, akan memiliki musim tiupannya (kebaikannya). Maka rebutlah ia.” (H.R. al-Ṭabrānī)
9 Allāh subḥānahu wa ta‘ālā, dari masa ke masa, memberikan kita peluang dengan musim-musim kebaikan, musim orang-orang yang taat nan bertakwa. Sepertimana juga, di dunia ini, ada musimnya yang direbut oleh orang-orangnya, di mana mereka memperbanyakkan kegiatan mereka untuk beroleh dapatan keuntungan dan harta daripadanya, maka, Allāh subḥānahu wa ta‘ālā juga menjadikan bagi orang-orang (pendamba) Akhirat musim-musimnya (untuk berebut kebaikan). Bulan Ramadhan itu satu musim (kebaikan), 10 hari (terawal) Zulhijjah itu juga satu musim (kebaikan), bulan-bulan terhormat itu pula satu musim (kebaikan) juga. Inilah ia sebahagian musim-musim kebaikan, yang dikurniakan Allāh subḥānahu wa ta‘ālā. Makna ia (hari-hari mulia ini) sebagai ‘musim’: Manusia berusaha untuk memperbanyakkan padanya segala macam usaha mendekatkan diri kepada Allāh subḥānahu wa ta‘ālā, dengan amal kebaikan, dan menjauhi kejahatan. Di antara amal soleh yang diriwayatkan daripada Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, khusus berkenaan 10 hari ini, ialah sabdanya: ِ ِي� َّ كب َ الت ِل ِيل و َّ َ ال�ت َّ ِحم ِيد و َ الت ِ و ِيح َّسب َّ ِ من الت ِ ن ُ ِوا في� ِ َ ك� ث أ َ ف “Perbanyakkanlah padanya (10 hari terawal Zulhijjah itu) dengan tasbīḥ (ucapan SubḥānAllāh), taḥmīd (ucapan Alḥamdulillāh),
10 tahlīl (ucapan Lā ilāha illAllāh), dan takbīr (ucapan Allāhu Akbar).” (H.R. al-Ṭabrānī) Yakni, amalan berzikir mengingati Allāh subḥānahu wa ta‘ālā. Oleh kerana itu, para Sahabat berzikir mengingati Allāh pada 10 hari (terawal) Zulhijjah ini.. mereka berzikir mengingati Allāh subḥānahu wa ta‘ālā, hatta di dalam kawasan pasar, ketikamana mereka bertemu satu sama lain, mereka bertakbir, “Allāhu akbar, Allāhu akbar!”, hinggalah kawasan pasar tersebut bergema dengan takbir.. Begitu juga, sedekah pada hari-hari ini, pahalanya berganda-ganda. Serta, disunatkan untuk berpuasa pada 9 hari (terawal – bermula daripada 1-9) Zulhijjah, dan yang paling dituntut ialah puasa Hari ‘Arafah (yakni pada 9 Zulhijjah). Kerana, Nabi ‘alayhi aṣṣalātu wassalām bersabda: ِرَ ّ ف َ ُك َن ي َ أ َ ال ع َ َ ِ الهل ت َل ِس ُب ع َ َحت َ ا ة َ َرَ ف َ ِوم ع ُ ي َ ام ِصي ُ َ ه َعد ب ً ة َ َ ن َ س ُ و َ بل َ ق ً ة َ َ ن ِ ، س ن ي� َ ـت َ َ ن وب س َ ُ ن ُ ذ “Puasa Hari ‘Arafah, daku mengharapkan agar Allāh ta‘ālā mengampunkan dosa dua tahun (kerana puasa itu), tahun sebelumnya dan tahun selepasnya.” (H.R. Muslim) Adapun bagi mereka yang mengerjakan haji, tidak disunatkan untuk mereka berpuasa pada hari ini (Hari ‘Arafah). Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam tidak berpuasa
11 di ‘Arafah, dan minum di hadapan orang ramai, agar mereka mengetahui bahawa baginda tidak berpuasa. Kerana demikian (tidak berpuasa ‘Arafah bagi mereka yang mengerjakan haji), menjadikan manusia lebih kuat untuk melaksanakan ketaatan kepada Allāh, dan tidak penat pada hari itu. Demikian juga, di antara amalan yang disunatkan pada hari-hari ini (10 hari terawal Zulhijjah), ialah menghubungkan silaturahim antara sesama, dan ziarah menziarahi antara mukminin, khususnya pada Hari ‘Īd (Aidil Adha 10 Zulhijjah). *** Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan selamanya, atas penyempurnaan terjemahan bagi karangan Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī ini, yang dijudulkan sebagai, Fadilat 10 Hari Terawal Zulhijjah, pada syuruq 25 Zulkaedah 1441H, bersamaan Selasa 16.7.2020M, di Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah, di tangan empunya segala dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi. Semoga Allāh yang baik menerimanya dan mengumumkan manfaatnya kepada seluruh umat.