The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abuluqman75, 2023-06-27 23:16:26

BULAN SYAABAN

BULAN SYAABAN

51 Puasa Selepas Nisfu Sya’ban Terdapat larangan dari berpuasa selepas berlalu setengah Sya’ban melainkan bagi sesiapa yang sememangnya telah terbiasa dengan berpuasa. Hal ini berdasarkan beberapa hadis antaranya diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: ُ واحتى يكون رمضان ُ وم َص َ ت َل ُ ف َان ب ْ َ ع َ ش َف َص ت ْ َ ا ان ِذ إ Maksudnya: “Apabila pertengahan Sya’ban, maka jangan kamu semua berpuasa sehinggalah masuknya Ramadhan.” (Sahih al-Jami’. bil. 397) Demikian juga hadis yang diriwayatkan daripada Abi Salamah, daripada Abu Hurairah RA yang berkata, Nabi SAW pernah bersabda: َ َ ان ٌ ك ُ ل َ ج َّ ر ِل ِن، إ ْ ي َ ْ م َو َ ي َ ل ْ مٍ و َو ْ مِ ي َ و ِص َ ب َ ان َ ض َ م ُ وا ر َّ م َ د ق َ ُ ال ت ْه ُم َص ي ْ ل َ ً ا ف ْ م َ و ُ ص ُ وم َص ي Maksudnya: “Jangan kamu semua mendahulukan puasa Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari lebih awal, melainkan bagi seseorang yang sememangnya hari tersebut hari dia berpuasa, maka bagi dia boleh berpuasa.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Al-Imam al-Nawawi berkata: “Di dalam hadis ini adalah menjelaskan larangan menyambut Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari lebih awal bagi sesiapa yang hari tersebut bukan bertepatan dengan kebiasaan hari dia berpuasa atau menyambung puasa yang telah dilakukannya sebelum itu, maka bagi orang yang sebegini puasa tersebut adalah haram. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab kami berdasarkan hadis ini dan hadis lain yang terdapat di dalam Sunan Abi Daud dan selainnya yang menyatakan:


52 إذا انتصف شعبان فال صيام حتى يكون رمضان Maksudnya: “Apabila pertengahan Sya’ban, maka tiada puasa lagi hinggalah masuknya Ramadhan.” Namun jika dia menyambung dengan puasa yang telah dilakukan sebelumnya atau hari tersebut bertepatan dengan kebiasaan dia berpuasa, seperti kebiasaannya berpuasa pada hari Isnin atau seumpamanya, lalu hari tersebut bertepatan dengan hari Isnin, lalu dia berpuasa sunat dengan niat tersebut (sunat Isnin) maka ia adalah harus berdasarkan hadis ini.” (Syarh Sahih Muslim oleh alNawawi 7/194) Al-Munawi pula berkata di dalam al-Faidh al-Qadir: “Hikmah larangan ini adalah untuk memberi kekuatan melakukan ibadah puasa Ramadhan, dan menyambut kehadirannya dengan cergas dan kesungguhan penuh. Telah berlaku perbezaan pendapat tentang puasa sunat selepas setengah Sya’ban kepada 4 pandangan: 1) Harus secara mutlak sama ada pada hari Syak atau sebelumnya. Sama ada puasa pada keseluruhan hari selepas setengah Syaban atau dipisahkan dengan sehari tidak berpuasa atau meninggalkan puasa pada hari syak sahaja atau pada hari-hari yang lain selepas setengah Syaaban. 2) Ibn ‘Abd al-Barr berkata dan inilah pandangan para imam yang memberi fatwa iaitulah tidak mengapa berpuasa sunat pada hari syak seperti yang dikatakan oleh Malik. 3) Tidak boleh. Sama ada pada hari syak atau sebelumnya selepas setengah Syaaban melainkan bagi mereka yang menyambung puasa sunat yang telah dimulakan sebelum setengah syaaban atau hari itu bertepatan dengan hari kebiasaan dia berpuasa. Inilah pandangan Asah di sisi para ulama mazhab Syafie.


53 4) Diharamkan puasa pada hari syak sahaja dan tidak diharamkan pada hari yang lain selepas setengah syaaban. Inilah pandangan kebanyakan ulama. ‘Ali al-Qariy berkata di dalam al-Mirqah: Larangan itu adalah larangan tanzih (Makruh) sebagai satu rahmat ke atas ummat supaya mereka tidak mengabaikan hak melaksanakan puasa Ramadhan dalam bentuk penuh dengan kecergasan. Namun hukum ini tidak berlaku dalam 3 keadaan: 1) Bagi sesiapa yang telah terbiasa berpuasa pada hari tersebut, sekalipun telah masuk sebahagian Syaaban, berdasarkan hadis: َ َ ان ٌ ك ُ ل َ ج َّ ر ِل ِن، إ ْ ي َ ْ م َو َ ي َ ل ْ مٍ و َو ْ مِ ي َ و ِص َ ب َ ان َ ض َ م ُ وا ر َّ م َ د ق َ ُ ال ت ْه ُم َص ي ْ ل َ ً ا ف ْ م َ و ُ ص ُ وم َص ي Maksudnya: “Jangan kamu semua mendahulukan puasa Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari lebih awal, melainkan bagi seseorang yang sememangnya hari tersebut hari dia berpuasa, maka bagi dia boleh berpuasa.” (HR al-Bukhari dan Muslim) 2) Bagi sesiapa yang hendak berpuasa pada kebanyakan hari dalam bulan Syaaban seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW. 3) Sesiapa yang ada puasa qadha yang masih belum dilaksanakan. Maka baginya wajib menunaikan qadha tersebut sekalipun telah berlalu sebahagian Syaaban.


54 Peristiwa Perubahan Kiblat Berlaku Dalam Bulam Syaaban Ibn Ishak berkata: “Dikatakan bahawa kiblat diubah dalam bulan Syaaban penghujung bulan ke-18 sampai baginda Rasul SAW ke Madinah.” Pandangan ini juga dinyatakan oleh Ibn Jarir dari jalan al-Sudiy dengan sanadnya daripada Ibn ‘Abbas, Ibn Mas’ud dan sekumpulan sahabat lainnya. Beliau juga berkata inilah pandangan majority ulama, dimana perubahan kiblat berlaku pada setengah Syaaban penghujung bulan ke18 hijrah. Al-Imam al-Bukhari berkata: “Menceritakan kepada kami Abu Nu’aim, beliau mendengar Zuhair daripada Abi Ishak daripada al-Barra’: “(Yang berkata) Bahawa Nabi SAW menunaikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan. Manakala baginda lebih teruja jika kiblat baginda menghadap ke al-Bait (Haram Mekah). Ketikamana baginda menunaikan solat ‘Asar (suatu hari), orang ramai juga menunaikan solat bersama dengan baginda. Maka keluar seorang lelaki yang solat bersama baginda (setelah selesai solat), dan menemui jemaah masjid (yang lain di Quba’), ketika itu mereka sedang rukuk. Lalu lelaki itu berkata: أشهد باهلل لقد صليت مع النبي صلىاهلل عليه وسلم قبل مكةفداروا كما هم قبل البيت وكان الذي مات على القبلة قبل أنتحول رجال قتلوا لم ندر ما نقول فيهم فأنزل هللا: » وما كان هللا ليضيع إيمانكم إناهلل بالناس لرءوف رحيم


55 Maksudnya: “Aku bersaksikan dengan Allah, sesungguhnya aku telah menunaikan solat bersama Nabi SAW (sebentar tadi) dengan menghadap ke arah Mekah. Lalu mereka semua bergerak menghadap ke arah Mekah. (bahagian mereka ada yang berkata) Terdapat beberapa orang lelaki yang meninggal dunia sebelum perubahan Kiblat, kami tidak tahu bagaimana keadaan solat mereka.lalu Allah menurunkan ayat (yang bermaksud): “Dan tidaklah Allah akan mensia-siakan solat kamu semua (yang dilakukan sebelum perubahan kiblat), sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


56 Larangan Mengkhususkan Malam Nisfu Syaaban Dengan Sesuatu Ibadah Ibn Taimiyyah dan al-Haitami ada menyebut terdapat sebahagian Salaf yang mengkhususkan ibadah pada malam Nisfu Syaaban.Namun terdapat juga sebahagian daripada mereka yang melarangnya. Al-Haitami berkata di dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra: ْت ِم ل َ ْ ع د َ َ ق َ ا – ليلة النصف - و ته َ ل ْ ي َ ِة ل َ ُ وص ْ ص خ َْ ِة ال َ َّ وأما الصل َّ ن َ َ أ َ اء ْ ج ِن َ إ َ ا، و ه ُ ِاعل َ َ ا ف ه ْ من ِ ُ ع َ ْ ن ُم ٌ ي َة ُ وم م ْ َ ذ ٌ م َة ِيح ب َ ٌ ق َة ْ ع ِد َ ا ب ه َّ ن َ َ أ َ ان ْم ق ُ َ ل َ و َ ان ْد َع ْنِ م ِ ِد ب َ ال َ خ ُ ٍول و ْ ح َ ك م َ َّ امِ ك ِل الش ْ ه َ ْ أ من ِ َ ِ ِعين َّاب َ الت َ ذ خ َ ْ أ ُ م ه ْ ن َ َ ع ِة، و َ َاد ِعب ْ ِال َ ا ب فيه ِ َ ُ ون ِ د ه َ ت ْ َج َ ي َ ا و ه َ ُ ون ِ م ّ َظ ُع ْ ي ِ ِهم ْر ي َ َ غ و ٍ صِحيح ِ ٍيل َ ل َ ِ د َ ل ِك ل َ ِي ذ ُ وا ف ِد ن َ ْ ت َس ْ ي م َ َ ل َ ا و فيه ِ ُ ُ وه َ ع َد ت ْ َ ا اب َّ ُ اس م َّ الن م َ ْ ث ِمن َ ٍة و َّ ِي ِيل َ ائ ْ ر ٍ إس َار ِآث ُ وا ب َد ن َ ْ ت َ ا اس م َّ ْ إن ُ م ه َّ ن َ َ أ قيل ِ َّ م َ ْ ث ِمن َ َ و ة َ ْك ي َ ُ ل ِي م ب َ ْنِ أ َ اب ٍاء و َ َط ع َ ِ ك َ از ِحج ْ َ اء ال م َ ل ُ ُ ع ر َ ث ْ ك َ ْ أ ِ م ه ْ ي َ ل َ َ ع ِك ل َ َ ذ ر َ ْك ن َ ْ أ ِ ِهم ْر ي َ َ غ ِ ٍك و َ ال َ م ِ و ّ َّ ِافِعي َ ِ اب الش َ ْصح ُ أ ْ ل و َ َ ق ُ و َ ه َة و ِدين َْ َ اء ال ه َ ق ُ َ ف و َّ ى َ ل ِ ص ّ ِ ي ب َّ ْ الن َن ٌ ع ْء َي َ ا �ش ُ ِت فيه ب ْ ث َ ْ ي م َ ْ ل ٌ؛ إذ َة ْ ع ِد ُ ب ه ُّ ل ُ َ ك ِك ل َ َ ذ ُوا: و ال َ ق ِ ِه َ اب َ ْصح ْ أ من ٍد ِ َ ح َ ْ أ َن َ ع َ ل َ و م َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ هللا ع Maksudnya: “Adapun solat yang khusus pada malam nisfu Syaaban, maka telah anda ketahui bahawa ianya adalah bid’ah yang buruk lagi tercela, ditegak dari melakukannya. Sekalipun terdapat para tabi’ien dari kalangan ahli Syam seperti Makhul, Khalid bin Ma’dan, Luqman dan


57 selain mereka mengagungkannya dan bersungguh-sungguh beribadah pada malam nisfu Syaaban. Daripada mereka ini orang ramai mengambil apa-apa yang diada-adakan pada malam tersebut, dan mereka tidak menyandarkannya kepada satu dalil yang sahih (sama sekali). dikatakan mereka menyandarkan perkara tersebut dengan athar israiliyyah, kerana itu ramai ulama Hijaz yang telah mengingkari mereka seperti ‘Ato’, Ibn Abi Mulaikah dan para fuqaha Madinah. Inilah juga pandangan para sahabat al-Syafie, Malik dan selainnya. Mereka berkata: “Semua perkara tersebut adalah bid’ah.” Kerana tidak thabit tentangnya sesuatupun dari Nabi SAW, tidak juga dari salah seorang sahabat baginda.” (al-Fatawa al-Fiqhiyya al-Kubra 2/80) Di dalam al-quran Allah SWT berfirman: ِى ل ْ و ُ َ أ َ و ُ ول َّ س ْ ٱلر ُوا ِطيع َ َ أ ََّ و ْ ٱلل ُوا ِطيع َ ْ أ ٓ ا ُو َ ن َ ام َ ء ِذين َّ َ ا ٱل ہ ُّ ي َ أ ٓ ٰ ـ َ ي ُ ِول َّ س َ ٱلر ِ و َّ َى ٱلل ِ ل ُ إ وه ُّ ُ د ر َ ۬ ف ٍء ۡ َى ِى �ش ۡ ف ُم ت ۡ َ ع ز ٰ ـ َ ن َ ِن ت إ َ ۡۖ ف ُ م منك ِ ِ ۡ ر م َ ۡ ُ ٱل َ ن ۡ س ح َ َ أ ۬ و ٌ ۡر ي َ َ خ ِك َ ٲل ِۚ ذ ِخر َ ۡ ۡ مِ ٱل َو ي ۡ َ ٱل ِ و َّ ِٱلل َ ب ُون ِمن ۡ ُؤ ۡ ت ُم ُ نت ِن ك إ )٩٥( ً ِ يال و ۡ أ َ ت Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”(al-Nisa’: 59)


58 Justeru, di dalam ayat ini mengarahkan supaya dirujuk kepada Allah dan al-Rasul jika terdapat sesuatu perselisihan. Maka kita akan dapati bahawa Rasul SAW juga telah melarang dari melakukan sesuatu perkara rekaan iaitulah perkara atau amalan yang tiada dalil atau petunjuk dari Nabi Muhammad SAW. baginda bersabda: ٌّ َ د َ ر ُ و ه َ ف ِيه ف ْ َس ِ ي َ َ ا ل َ ا م َ ذ َا ه ِ ن ْ ر م َ ِي أ َ ف َ ث ْ د ح َ ْ أ َ ن م Maksudnya: “Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini sesuatu yang bukan darinya, maka perkara itu adalah tertolak.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Oleh yang demikian itu, kita dilarang mengkhususkan malam Nisfu Syaaban dengan sebarang ibadat ataupun mengkhususkan siangnya dengan berpuasa kerana perbuatan itu tidak dikhususkan oleh Nabi SAW. Sesuatu ibadah pada masa ataupun tempat tertentu yang tidak dikhususkan oleh baginda SAW adalah satu larangan. Contoh dalam larangan ini ialah hadis Baginda SAW: صوا ُّ ُ َخ َ ت َ ل ِي، و َال ي َّ ِن الل ْ ي َ ْ ب من َامٍ ِ ِ ِقي ِة ب َ ُع ُم ْ ج َ ال ة َ ل ْ ي َ صوا ل ُّ َ ت ْ َخ َ ت ل ْ مٍ َ و ِي ص َ ف ُ ون َك ْ ي ن َ َّ أ ِل َّامِ ، إ ي َ ْ ِن ال ْ ي َ ْ ب من َامٍ ِ ِ ِصي ِة ب َ ُع ُم ْ ج َ ال ْ م َو ْ ي ُ م ُك َ د ح َ ُ أ ُه ُ وم َص ي Maksudnya: “Jangan kamu semua mengkhususkan pada malam Jumaat dengan berqiyamullail berbanding malam-malam yang lain. Jangan juga kamu semua mengkhususkan puasa pada hari jumaat berbanding pada hari-hari yang lain, melainkan bagi sesiapa yang puasanya jatuh pada hari tersebut.” (HR Muslim) Wallahu a’lam.


59


Click to View FlipBook Version