The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Membincangkan tentang peranan sekolah dalam memupuk semangat nasional dan intergrasi dalam kalangan murid.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Az Fz, 2023-04-15 10:19:11

Peranan sekolah dalam memperkasakan integrasi nasional(perpaduan).

Membincangkan tentang peranan sekolah dalam memupuk semangat nasional dan intergrasi dalam kalangan murid.

Keywords: Peranan sekolah

1 MPU23012 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Peranan Sekolah dalam memperkasakan integrasi nasional (perpaduan) Pensyarah : Dr Chan Suet Fong


2 AHLI KUMPULAN KUMPULAN 7 1. 2. MOHAMMAD KAMARUL HAFIZUL BIN ROHAIZI MUHAMMAD ALI HATIM BIN MOHD ALI RAINI 15DAD20F2025 15DAD20F2053


3 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1.1 DEFINISI INTEGRASI NASIONAL 1.2 DEFINISI PENDIDIKAN 2.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL 2.1 PENGENALAN TENTANG PERANAN SEKOLAH DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL 2.2 USAHA-USAHA PELBAGAI PIHAK DALAM MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL MELALUI PERSEKOLAHAN 2.3 USAHA GURU-GURU DALAM MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL MELALUI PENDIDIKAN 2.4 MEMBENTUK KEPERIBADIAN DAN NILAI NILAI MURNI DALAM DIRI MURID 2.5 STRATEGI RANCANGAN PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.0 MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) DALAM MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL 3.1 PENGENALAN TENTANG PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN 3.2 OBJEKTIF PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN 3.3 CABARAN PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN 3.4 LANGKAH-LANGKAH PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN 3.5 RUMUSAN TENTANG PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN 4.0 KESIMPULAN 5.0 RUJUKAN


PENGENALAN 1.0 4


5 1.1 DEFINISI INTEGRASI NASIONAL Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri.


6 1.2 DEFINISI PENDIDIKAN Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah perihal mendidik. Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi daripada perkatan 'didik' yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Menurut Mok Soon Sang (1991), di dalam bukunya "Pendidikan di Malaysia" merumuskan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi. Menurut Tokoh Islam pula, Amar al-Shaibani berpendapat bahawa pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati. Justeru itu, Pendidikan amatlah penting bagi kesemua masyarakat Malaysia demi untuk mengembangkan ilmu pengetahuan terhadap yang baik dan buruk. Bukan itu sahaja, Pendidikan juga penting demi untuk melahirkan generasi bijak pandai serta berpengetahuan tinggi yang mampu memimpin negara pada masa akan datang.


PERANAN SEKOLAH DALAM MEMPERKASAKA N INTEGRASI NASIONAL 2.0 7


8 2.1 Pengenalan tentang peranan Sekolah dalam memperkasakan Integrasi Nasional Sistem Pendidikan melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.


9 2.2 USAHA-USAHA PELBAGAI PIHAK DALAM MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL MELALUI PERSEKOLAHAN 2.2.1 Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) adalah hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum serta sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Oleh itu, di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2003-2010) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar dari sekolah yang terdiri daripada satu kaum untuk berinteraksi dengan pelajar kaum yang lain dari sekolah yang lain. Justeru, program RIMUP yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah merupakan salah satu usaha murni kerajaan memupuk semangat perpaduan bermula tahap awal proses pembelajaran dengan harapan dapat membentuk generasi yang lebih bersatu padu pada masa hadapan. https://www.researchgate.net/publication/325247620_Pemupukan_Kesepaduan_ Sosial_Melalui_Kurikulum_Persekolahan_di_Malaysia


10 Objektif kerajaan menubuhkan program RIMUP Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatankegiatan khas secara bersamsama. https://www.coursehero.com/file/p12f81s/7-Program-RIMUP-mempunyai-tiga-komponenutama-iaitu-akademik-kokurikulum-dan/


11 Dapatan kajian menunjukkan pelajar Melayu secara signifikannya menerima baik keseluruhan aktviti yang dilaksanakan dalam program RIMUP. Namun, penerimaan dalam kalangan pelajar Cina pula didapati kurang memuaskan. Bagaimanapun, terdapat tiga aktiviti dikesan diterima baik oleh kedua-dua etnik tersebut, iaitu aktviti sukan dan permainan, aktviti perayaan dan perhimpunan, dan aktviti perkhemahan dan lawatan. Ketiga tiga aktviti tersebut dikesan mempunyai potensi memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan etnik yang dikaji. Sukan dan Perpaduan Melalui Pendidikan : • Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) • Menggalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan yang digemari, • Dapat memupuk semangat setia kawan dan berpasukan. • Dasar ini juga mampu melahirkn atlet yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa. https://www.coursehero.com/file/p12f81s/7-Program-RIMUP-mempunyai-tiga-komponenutama-iaitu-akademik-kokurikulum-dan/


12 2.2.2 Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berbeza aliran di dalam satu kawasan yang sama. Sekolah Wawasan ini telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu kompleks sekolah yang sama. Setiap murid daripada sekolah-sekolah tersebut akan berkongsi kemudahan dan prasarana sekolah seperti padang, kantin dan koperasi sekolah yang sama. Dalam pelaksanaan Kertas Konsep dan pelaksanaan Sekolah Wawasan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyenaraikan empat matlamat


13 Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berbeza aliran di dalam satu kawasan yang sama. Sekolah Wawasan ini telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu kompleks sekolah yang sama. Setiap murid daripada sekolah-sekolah tersebut akan berkongsi kemudahan dan prasarana sekolah seperti padang, kantin dan koperasi sekolah yang sama. Dalam pelaksanaan Kertas Konsep dan pelaksanaan Sekolah Wawasan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyenaraikan empat matlamat .


14 Matlamat Sekolah wawasan: Untuk memupuk semangat integrasi antara murid dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti di sekolah. Ahmad Nabil (2016, Jun), From https://news.ump.edu.my/experts/sekolah-wawasan-pemangkin atau-pemusnah-perpaduan


15 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu:


16 Sekolah Kebangsaan Wawasan Pekan Baru adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini dua buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan di dalam kawasan yang sama, Tiap-tiap buah sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu dengan lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Di Pekan Baru, Parit Buntar kompleks sekolah wawasan terdiri daripada Sekolah Wawasan Pekan Baru (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Saint Mary's dan Pejabat Pentadbiran Pelajaran Daerah Kerian. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Sekolah Kebangsaan Wawasan Pekan Baru mula beroperasi secara rasminya pada 9 Jun 2003. Murid muridnya adalah pembahagian dari sekolahsekolah rendah yang berhampiran seperti Sekolah Kebangsaan Seri Kerian, Sekolah Kebangsaan Methodist dan dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar. Jumlah murid pada tahun 2003 ialah seramai 136 orang dan jumlah guru seramai 9.


17 Pada 19 Ogos 2015, satu pertandingan menghias basikal telah diadakan sempena menyambut bulan kemerdekaan kali ke-58. Pertandingan ini disertai oleh pelajar tahun 4 dan tahun 5 yang bertempat di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Wawasan. Lebih 19 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli menyertai pertandingan ini. Pertandingan Menghias Basikal (19/8/2015)


18 Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Sebuah sekolah yang terletak dalam Kompleks Sekolah Wawasan yang pertama di Kedah dan dipelopori semasa Dr.Mahathir menjadi Menteri Pendidikan . Dalam kompleks sekolah wawasan ini pada asalnya ingin di tempatkan lagi 2 buah sekolah iaitu SJK(Tamil) Thiruvalluvar dan SJK(Cina) Soon Jian,namun SJK(Cina) Soon Jian tidak mahu berpindah dari tapak asal mereka, jadi hanya SK Taman Aman dan SJK(Tamil) Thiruvalluvar sahaja yang berada dalam kompleks ini. Bangunan yang sepatutnya digunakan oleh SJK(Cina) Soon Jian diambil alih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk di jadikan pusat penginapan di bawah seliaan Unit Sukan JPN Kedah,Stor Unit Peperiksaan JPN Kedah,dan juga dewan taklimat serta kursus di bawah seliaan PPD Kota Setar. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Taman_Aman


19 Program My Mobile Planetarium Program ini melibatkan pelajar Sekolah Wawasan Taman Aman supaya mereka dapat didedahkan dengan ruang angkasa. https://www.facebook.com/sk.tmn.aman?locale=ms_MY


20 Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang Kompleks sekolah wawasan ini terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tasek Permai atau nama ringkasnya SJK(T) Tasek Permai, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Kompleks Sekolah Wawasan, Jalan Tasek. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tasek Permai memiliki 151 pelajar lelaki dan 177 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 328 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Jenis_Kebangsaan_(T)_Tasek_Permai


21 Hari Sukan Sekolah Tasik Permai Melibatkan kesemua pelajar yang berbilang kaum untuk menjayakan hari sukan ini.


22 Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar atau nama ringkasnya SK Dato' Onn Jaafar (SKDOJ), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mula beroperasi pada Januari 2003, seramai 400 murid dengan 19 guru dan 2 kakitangan sekolah bagi sesi persekolahan pertama di sekolah ini dalam Kompleks Sekolah Wawasan USJ15 merupakan Kompleks Sekolah Wawasan yang pertama di Malaysia. Pada 2009, SKDOJ memiliki 364 pelajar lelaki dan 309 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang dengan seramai 39 orang guru. Setakat tahun 2016, SKDOJ mempunyai 740 murid, 47 guru dan 6 kakitangan sekolah. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Dato%27_ Onn_Jaafar


23 Program Hari kokurikulum, Hari Kanak-Kanak dan Hari Guru Program Hari Kokurikulum yang juga Hari Kanak-Kanak Sedunia, Hari Keusahawanan dan Hari Guru Penyayang yang dianjur sendiri oleh pihak sekolah tanpa menggunakan khidmat pengurus acara.


24 Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Mukim Pundut atau nama ringkasnya SJK(T) Mukim Pundut, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Kompleks Sekolah Wawasan Manjung. Sekolah ini berkeluasan 2.83 Hektar bersamaan dengan 7 Ekar. Pada 2022, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Mukim Pundut memiliki 174 pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ia mempunyai seramai 20 orang guru dan 3 Anggota Kumpulan Pelaksana. Sekolah ini juga mempunya 2 kelas pra sekolah yang setiap kelas mempunya 25 orang murid dan 50 orang murid keseluruhannya. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Jenis_Kebangsaan_(T)_ Mukim_Pundut


25 Aktiviti Gotong Royong di Sekolah Pundut Lumut Aktiviti Gotong Royong di Sekolah Pundut Lumut melibatkan kesemua pelajar dan staf sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan guru yang berbilang kaum. https://www.flickr.com/photos/130806933@N08/albums/with/721 57678777753804


26 2.3 Usaha guru-guru dalam memupuk integrasi nasional melalui pendidikan https://www.slideshare.net/MUHAMMADTAUFIQAKMALB/peranan-gurumemupuk-integrasi-nasional-kearah-perpaduan-sekolahdocx Sambutan Bulan Kemerdekaan yang saban tahun dijalankan di setiap sekolah seluruh Malaysia dapat memupuk semangat patriotisma. Murid akan dapat menghayati semangat ini melalui acara-acara seperti aktiviti mendeklamasikan sajak, pidato, sayembara puisi, syair dan nyanyian patriotik serta karya kreatif murid-murid. Selain itu, guru dan juga sekolah boleh menerapkan konsep Malaysia dimana konsep ini membina negara serta bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan juga kekitaan disamping mengamalkan sikap menghormati, ikhlas dan saling percaya tanpa mengira bangsa dan juga kaum. Disamping itu, ia akan memberikan sebuah peluang kepada murid pelbagai kaum mereka juga untuk berinteraksi dalam pelbagai aktiviti di sekolah. Serta akan dapat membina jati diri dan menanam semangat cintakan kepada bangsa dan negara.


27 2.4 Membentuk keperibadian dan nilai nilai murni dalam diri murid Abd Rahim (2019, Februari) Nilai murni Murid From https://www.slideshare.net/MUHAMMADTAUFIQAKMALB/peranan-gurumemupuk-integrasi-nasional-kearah-perpaduan-sekolahdocx Guru juga berperanan dalam menyemaikan nilai murni termasuklah nilai perpaduan kaum kepada pelajar di sekolah. Penghayatan nilai murni merupakan satu dasar yang boleh memberikan keseimbangan dalam ekonomi dan sosial dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia (Norlin 2009). Nilai-nilai murni boleh diterapkan melalui kurikulum Pendidikan Agama Islam & Pendidikan Moral, Kurikulum Sejarah dan lain-lain. Nilai murni menyatu padukan semua kaum serta memberi peluang berinteraksi walaupun aliran fahaman dan pemikiran yang berlainan antara satu sama lain. Pemupukan nilai murni di sekolah penting sebagai penggerak utama dalam pembinaan insan. Peranan pihak sekolah dan guru dalam menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar adalah lebih berkesan berbanding dengan pihak lain kerana pelajar menerima pendidikan secara sistematik di sekolah (Abd Rahim 2001).


28 2.5 Strategi rancangan pengajaran dalam bilik darjah semasa proses Pengajaran dan pembelajaran Guru perlu sentiasa mencipta suatu keadaan status yang sama terutamanya melibatkan pelajar dari kaum yang berlainan supaya mereka akan mempunyai matlamat yang sama semasa guru memberikan suatu tugasan. Walaupun bukan semua jenis hubungan dapat mewujudkan perpaduan hubungan sama status yang mendalam, persefahaman dan saling menghormati di antara kumpulan kaum yang berbeza (Kassim 2008). Oleh itu, pelajar akan digalakkan dan dipupuk kerjasama antara kaum oleh guru dalam menyiapkan tugasan bersama-sama demi mencapai matlamat bersama. Bagi memupuk semangat perpaduan dan integrasi national semasa proses pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah, setiap aktiviti-aktiviti secara berkumpulan yang melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan. Ini memberikan peluang kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk berinteraksi antara satu sama lain serta melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) DALAM MEMUPUK 3.0 INTEGRASI NASIONAL 31


30 3.1 PENGENALAN TENTANG PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional dapat dicapai. Salah satunya ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia 2006 - 2010. Salah satu fokusnya ialah meperkasakan Sekolah Kebangsaan. Tujuan pelaksanaan program ini adalah agar Sekolah Kebangsaan dapat menjadi salah satu teras pelaksanaan bagi merealisasikan Sekolah Kebangsaan sebagai tempat memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukan akademik. Dasar Memperkasakan SK bertujuan supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Ini kerana dengan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, diharap rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dapat memilih untuk menempatkan anak mereka di satu sekolah di mana pelajarnya dapat berinteraksi dan bergaul dengan kaum yang lain. Usaha ini diharap dapat memupuk integrasi dan menjalin perpaduan kaum di peringkat persekolahan lagi.


31 Namun, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya sekolahsekolah yang terdapat di negara ini iaitu Sekolah Kebangsaan yang sedia ada ataupun Sekolah Jenis Kebangsaan masih lagi berpegang kepada kepentingan kaum masing-masing. Ini kerana masih terdapat sekolahsekolah yang masih mengekalkan identiti vernakular seperti yang terdapat pada zaman penjajahan British dahulu. Pemikiran sebegini seharusnya dibuang, kerana di era teknologi maklumat dan globalisasi ini, pendidikan lebih bersifat global. Pelajar-pelajar harus didedahkan dengan kemahiran untuk berinteraksi dan bekerja sama dengan kaum yang terdiri daripda pelbagai latar belakang agar dapat menyiapkan diri mereka untuk menghadapi alam pekerjaan suatu hari nanti. Cabaran bagi mencapai Wawasan 2020 sebenarnya terletak di tangan masyarakat Malaysia khasnya ibubapa dan pendidik untuk mencorak pemikiran pelajar bagi memenuhi aspirasi nasional untuk mencapai perpaduan kaum.


32 3.2 OBJEKTIF PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN pusat pendidikan yang unggul merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah bagi warganegara Malaysia . pusat memupuk perpaduan warganegara Malaysia sebagai warganegara yang mempunyai aspirasi yang sama dan semangat patriotisme yang tinggi dan saling memahami budaya masingmasing School of choice Warganegara Malaysia dan memberikan pendidikan berkualiti Abdul Shukor Abdullah. (2004, Jan). Kepimpinan Unggul Tonggak PengurusanPendidikan Cemerlang From https://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan#


33 Abdul Shukor Abdullah. (2004, Mei). Kepimpinan Unggul Tonggak PengurusanPendidikan Cemerlang From https://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan# 3.3 CABARAN PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN Menjadikan Sekolah Kebangsaan lebih menarik untuk semua kaum dan agama. Menyediakan kurikulum yang relevan dengan keperluan hidup dan mempunyainilai ekonomi. Memastikan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan terbaik. Memastikan kemudahan mempelajari bahasa ibunda dan bahasa asing disediakan


34 3.4 LANGKAH-LANGKAH PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN 3.4.1 Melalui Latihan Mengikut Wexley dan Latham (1991). latihan merujuk kepada satu usaha yang terancang oleh sesebuah organisasi untuk membantu pembelajaran dan perlakuan para pekerja yang berkaitan dengan kerja. Untuk menjalankan pelbagai tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan, maka seseorang pegawai itu mesti memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dan dalam konteks ini,pegawai tersebut mesti mempunyai keupayaan menguruskan segala aspek berkaitan dengan memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Melalui latihan yang berfokus, diharapkan penambahan pengetahuan, peningkatan kemahiran dan ketrampilan, perubahan sikap dan tingkah laku yang lebih positif berlaku kepada seseorang pegawai. Untuk latihan yang berkualiti, proses-proses pelaksanaan


35 Amir Md Noor (2004, Mei). Kepimpinan Ke Arah Kecemerlangan From scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan# Latihan oleh Pejabat Pelajaran Daerah mesti mematuhi prosedurprosedur seperti melaksanakan analisis keperluan, menetapkan objektif latihan, mereka bentuk latihan dan penilaian program latihan. Latihan dalam bentuk kursus, bengkel dan seminar boleh dirancang dan dilaksana. Antara fokus-fokus latihan yang melibatkan memperkasakan Sekolah kebangsaan adalah seperti berikut: Perancangan Strategik Pengurusan Kualiti Menyeluruh Pemantauan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


36 3.4.2 Melalui pemantauan Pemantauan ialah proses pengesanan yang berterusan pada setiap peringkat pelaksanaan sesuatu program. Keberkesanan dalam apa jua program yang dilaksanakan banyak bergantung kepada sistem pemantauan. Dengan adanya pemantauan, faedah-faedah berikut diperolehi iaitu: • Menolong memastikan usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan yangdilaksana adalah selari dengan apa yang dirancang dan dijalankan dengan jayanya di atas landasan yang betul. • Membolehkan tindakan pembetulan (yang perlu) dilakukan semasa pelaksanaan. Ini akan memperkemaskan bukan sahaja strategi tetapi juga terhadap proses perancangan. • Meningkatkan semangat kerja berpasukan antara unitunit di Pejabat Pelajaran Daerah melalui kesepaduan aktiviti yang berterusan


37 Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di SMK . Gotongroyong telah melibat semua pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa. Tujuan diadakan aktiviti gotong-royong adalah untuk menyemai cintakan kebersihan dan keindahan ke dalam diri pelajar SMK . Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihan kawasan sekolah, memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik, menghias kelas dan mengecat. Pihak sekolah telah mendapat kerjasama dari Majlis Daerah untuk memungut sampah yang dikumpulkan di kawasan Sekolah . Pihak majlis telah menghantar lori bagi memungut dan membuang sampah sepanjang aktiviti gotong-royong ini . Makanan disediakan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar yang terlibat sebaik sahaja aktiviti gotong-royong berakhir . Semoga aktiviti barfaedah ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang .


38 Amalan gotong royong memberikan pelbagai kebaikan secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu, setiap organisasi khususnya yang melibatkan masyarakat dan golongan muda seharusnya menggalakkan aktiviti gotong royong dalam gerak kerja yang boleh dilaksanakan. Ia mampu memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada individu yang terlibat tetapi mewujudkan suasana yang harmoni dan meriah dalam komuniti yang mengamalkan gotong royong. Malah, keharmonian antara masyarakat dalam negara akan kekal utuh dan menjadi tunjang kepada kemajuan negara pada masa kini dan masa hadapan . Semoga Masayarakat yang madani dan inteligensia dapat dilahirkan hasil daripada penglibatan dalam aktiviti gotong royong dalam membantu meringankan ujian atau musibah yang melanda negara kita. Bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


39 Semua unit di Pejabat Pelajaran mesti dilibatkan dalam Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Pihak kepimpinan mesti memainkan peranan utama bagi mengerakkan dan memastikan semua anggota jawatankuasa program ini melaksanakan tugas yang diamanahkan di bawah bidang masing-masing. Oleh kerana setiap unit di Pejabat Pelajaran Daerah lebih menumpu kepada pelaksanaan sasaran kerja tahunan unit-unit masing-masing, maka sudah tentu keadaan ini memberi kesan kepada usahausaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Keadaan ini dan juga faktor-faktor lain yang telah dijelaskan di atasmesti disedari dan diambil tindakan oleh pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran. Dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah dicadangkandi atas, kelemahankelemahan dan masalah-masalah yang wujud dapat diatasi ataudikurangkan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan di daerah. Amir Md Noor (2004, Jan). Kepimpinan Ke Arah Kecemerlangan From scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan#


40 Sambutan Kemerdekaan Sambutan bulan kemerdekaan disambut dengan meriah di peringkat sekolah. Pelancaran bulan kemerdekaan ini dirasmikan oleh guru besar Puan. Hasmah Binti Ismail pada majlis yang gilang gemilang. Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. Semoga sambutan kemerdekaan yang ke 59 ini meninggalkan kesan yang positif pada warga STaC. Isu-isu yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kerap menjadi paparan di surat khabar, khususnya pada bulan Ogos setiap tahun. Hal ini kerana pada 31 Ogos setiap tahun, Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada pendapat saya, setiap lapisan masyarakat mesti bersamasama menjayakan sambutan kemerdekaan yang diadakan. Pelbagai program juga trut diatur ole pihak sekolah untuk menjayakan sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah. Antara program yang diadakan di peringkat sekolah ialah majlis pelancaran. Majlis pelancaran ini akan diadakan di dalam dewan tau tempat lapang. Majlis pelancaran ini dihadiri ole pelajar, guru-guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Dalam majlis pelancaran in tuan pengetua akan memberikan ucapan manakala pelajar akan menyanyikan beberapa lagu patriotik. https://www.scribd.com/doc/272839874/Aktiviti-Sambutan-Bulan-Kemerdekaan-DiSekolah


41 Sambutan Hari Guru Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangancadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. •Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. •Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. •Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminarseminar, persidanganpersidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. •Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.


42 Sambutan Tahun Baru Di Sekolah Beberapa aktiviti akan dilaksanakan di peringkat panitia. Semangat hidup bersatu padu dalam sebuah masyarakat majmuk di negara ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dan hidup bermasyarakat dengan harmoni” katanya semasa merasmikan program sambutan Tahun Baru di Sekolah . Menurutnya lagi, sempena Perayaan Tahun Baru Cina ini, Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan mengadakan Pertandingan menulis Karangan berdasarkan Pengalaman Meraikan Perayaan Tahun Baru Cina. Panitia Pendidikan Seni akan mengadakan pertandingan mewarna , melukis poster dan membuat tanglung manakala Panitia Reka Bentuk Teknologi dan Sejarah diamanahkan untuk menyediakan Sudut Perpaduan Tahun Baru Cina. Kesemua ini merupakan Elemen Perpaduan Merentas Kurikulum yang diubahsuai mengikut Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran masing-masing.


43 3.4.3 Melalui pendekatan pengurusan strategik dalam pengurusan dan pentadbiran Pengurusan strategik organisasi sangat penting kerana menjadikan pengurusan dan pentadbiran organisasi lebih cekap dan berkesan. Mengikut David (1997), pengurusan strategik adalah satu seni membentuk, melaksana dan menilaikeputusan untuk mencapai objektif organisasi. Proses yang terlibat adalah berasaskan kepercayaan bahawa organisasi perlu menganalisa persekitaran luaran dan dalaman untuk membawa perubahan. Melalui pengurusan strategik, pihak pengurusan seperti di Pejabat Pelajaran Daerah akan mendapatkan gambaran jelasdan lebih bermakna tentang kedudukan strategik semasa, pengaruh luaran semasa,pengaruh luaran masa depan dan harapan pihak-pihak yang berkepentingan. Kepentingan pengurusan strategik dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan .


44 3.4.4 OBJEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN STRATEGIK DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Menentukan tahap semangat patriotisme senegara Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan berdasarkan etnik Menganalisis hubungan proses pengurusan persekitaran pembangunan semangat patriotisme senegara dengan sikap pelajar sekolah menengah kebangsaan. Mengkaji kesan proses pengurusan pembangunan semangat patriotisme terhadap konsep perpaduan. Menganalisis hubungan proses pengurusan persekitaran pembangunan semangat patriotisme sebangsa dengan sikap pelajar sekolah menengah kebangsaan Abdul Rahim Abd Rashid (1999, Jan). Belia ketandusan semangat perjuangan From https://www.researchgate.net/publication/321947213_Pengurusan_Pembangunan _Konsen_Perpaduan_Dalam_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah_Kebangsaan_S atu_Kajian_Di_Klang_Selangor


45 Menyediakan peluang penglibatan pelbagai unit di Pejabat Pelajaran Daerah dalam proses pemikiran dalam menangani perubahan. • Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan penghayatan hala tuju yang sama. • Membuat keputusan pada hari ini bagi menentukan pencapaian pada masa depan. Dengan diikuti oleh pemikiran strategik maka kekuatan organisasi dapat di manfaat dan kelemahannya dapat dipulihkan. Dengan ini, kecekapan dan keberkesanan organisasi dapat dijamin. Fasa-fasa yang berkaitan dengan pengurusan strategik untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah: • merekabentuk dan membina perancangan. • Pelaksanaan perancangan strategik • Penilaian terhadap pelaksanaan perancangan Perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan ini memberi fokus kepada proses pengurusan pembangunan konsep perpaduan dalam organisasi pendidikan. Perpaduan penting bagi pembangunan pendidikan negara. Berdasarkan Sufean (2002), 44


46 Sejak dari Rancangan Malaysia Pertama iaitu pada tahun 1966 sehingga 1970, kerajaan Malaysia telah merangka objektif pendidikan yang merangkumi: Memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi menggalakkan perpaduan kaum melalui bidang sosial, kebudayaan, dan politik . Mengadakan kemudahan-kemudahan khususnya untuk pendidikan menengah bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah untuk pendidikan jenis ini . Memperbaiki taraf pendidikan dan memperluaskan peluang pendidiikan dengan cara yang lebih menyeluruh perindustrian, dan teknologi . Memajukan pendidikan dan latihan guru bagi mempercepatkan pengeluaran guru terlatih yang mencukupi di sekolah rendah dan menengah.


47 3.5 RUMUSAN TENTANG PEMERKASAAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dapatan kajian yang diperoleh secara keseluruhannya menunjukkan pendidikan di sekolah rendah pada masa ini mewariskan ciri yang jelas masih menonjolkan ciri perkauman, yang cuba lari dari hakikat pembinaan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri berlandaskan semangat keharmonian, kesejahteraan, cinta kasih sesama umat manusia, persefahaman dan perpaduan. Jika ditinjau secara keseluruhannya, pendidikan di sekolah rendah di negara ini adalah unik sekali. Hal ini demikian kerana terkesan dengan fenomena keetnikan dan polarisasi yang pada dasarnya pula berlawanan dengan segala usaha pembinaan masyarakat yang bersatu padu. Apa yang sangat menakutkan adalah pendidikan tersebut menyemaikan bibit polarisasi pada awal perkembangan kanak-kanak lagi dan paling merisaukan ialah pendidikan itu tidak berlaku tetapi sebaliknya indoktrinasi yang berlaku (Sufean Hussin, 2008). Cheow Yin Thay. (2008 jun). Tahap Hubungan Etnik: Kajian di Kalangan Pelajar Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan From file:///C:/Users/LENOVO/Downloads/BAB+2A_Final_MANU+28.pdf


KESIMPULAN 4.0 45


49 Perbincangan ini hanya berkisar mengenai maksud pendidikan, kaedah dan mencari hala tuju sebenar pendidikan di negara kita. Ibu bapa dan para pendidik perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan sebenarnya. Pendidikan secara formal dan tidak formal sebenarnya saling berkaitan, menjurus kepada mengembangkan segala potensi individu secara keseluruhannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Apa yang penting matlamat akhir dalam konteks tulisan ini ialah untuk membina kebenaran segagat (universal), iaitu kebenaran yang diukur dengan ilmu wahyu. Dengan kebenaran ini para pendidik perlu memberi bimbingan yang sebenarbenarnya kepada pelajar. Pelajar juga perlu dibimbing menggunakan daya intelektual secara maksima dan menterjemah maksud ilmu yang tersirat menggunakan potensi rohani secara seimbang. Dengan ini, sistem pendidikan kita dapat membina generasi yang bersifat universal dan membina kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat bersesuaian dengan kerangka .


RUJUKAN 5.0 49


Click to View FlipBook Version