The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS UNTUK MURID TINGKATAN 3 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nik Sue, 2020-09-02 22:55:48

MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS UNTUK MURID TINGKATAN 3 2020

MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS UNTUK MURID TINGKATAN 3 2020

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

PENTAKSIRAN
KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

(PKSK)

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

LATAR BELAKANG

• Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke
Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM).

• Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:
• Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single
entry point
• Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke
Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

FORMAT PKSK

PERKARA BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C
KECERDASAN KECERDASAN ARTIKULASI PENULISAN
KAEDAH
JENIS ITEM INSANIAH INTELEK BERTULIS (BERSEMUKA)
CAKUPAN ISI SUBJEKTIF
KANDUNGAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)
WAJARAN SKOR (RESPON TERBUKA)
OBJEKTIF ANEKA PILIHAN (MCQ)
TAJUK DITETAPKAN
EQ, SQ, SSQ IQ, PENGETAHUAN AM,
20% PENYELESAIAN MASALAH 10%

70%

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

SEKOLAH KHUSUS

BIL. JENIS SEKOLAH JUMLAH JENIS SEKOLAH KAPASITI
SEKOLAH
L&P L P TING. 1 TING. 4

1. Sekolah Berasrama Penuh 69 57 6 6 9350 2450
(SBP) 60
9
Sekolah Menengah 54 2 4 9014 3550
2. Kebangsaan Agama

(SMKA)

3. Sekolah Menengah Teknik 9- - - 2850
(SMT) 87 - - - 17189
-1 - - 250
4. Kolej Vokasional (KV) 87

5. Maktab Tentera Diraja 1
(MTD)

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

TARIKH-TARIKH PENTING PKSK

BIL PERKARA TINGKATAN 1 TINGKATAN 4
1. Permohonan dalam talian 07 Sept- 02 Okt 2020 07 Sept- 02 Okt 2020
2. Semakan Pusat PKSK 12 Okt - 06 Nov 2020
3. Pelaksanaan PKSK 07-23 Okt 2020 26 Okt - 06 Nov 2020
4. Keputusan Tawaran 12-23 Okt 2020
5. Pendaftaran 05 Feb 2021
6. Rayuan 15 Jan 2021 23 Feb 2021
16 Feb 2021 05 - 19 Feb 2021
15 - 29 Jan 2021

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses

Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

FASA PROSES PENGAMBILAN

PERMOHONAN PEMILIHAN RAYUAN

• Tingkatan : 1 • Tingkatan : 4 Bergantung kepada Bahagian-Bahagian • Tingkatan 1
• https://spskt1.moe.gov.my • https://spskt4.moe.gov.my dan Agensi berkaitan 15 – 29 Januari 2021
• 07 September – 02 Oktober • 07 September – 02 Oktober https://spskt1.moe.gov.my

2020 2020 • Tingkatan 4
05 – 19 Februari 2021
https://spskt4.moe.gov.my

• Semakan Pusat PKSK • Semakan Pusat PKSK Keputusan Tawaran :
Tingkatan 4
Tingkatan 1 12 Oktober – 06 Tingkatan 1 Tingkatan 4
November 2020
07 – 23 Oktober 2020 15 Januari 2021 5 Februari 2021
• Tarikh PKSK • Tarikh PKSK
26 Oktober – 06 https://spskt1.moe.gov.my https://spskt4.moe.gov.my
12 – 23 Oktober 2020 November 2020

PKSK TAWARAN

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

PERSEDIAAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN

• Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad
Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan
dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

• Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan
serta beberapa butiran lain yang diperlukan

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

PERSEDIAAN PEMOHON SEMASA PENTAKSIRAN

SEMAK & CETAK SERAGAM SEKOLAH

Slip Menduduki PKSK di • Berpakaian seragam
https://spskt1.moe.gov.my sekolah lengkap
https://spskt4.moe.gov.my sepanjang PKSK

Mematuhi Tarikh, Masa & Sesi KEPERLUAN KESIHATAN
PKSK

PUSAT PKSK PAKAIAN PASTIKAN

BAWA BERSAMA • Sihat
• Tidak Bergejala
• MyKid / MyKad • Memakai Pelitup Muka
• Slip Menduduki PKSK • Mengamalkan Penjarakan
• Alat Tulis
Fizikal

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

JADUAL SESI PENTAKSIRAN

01 SESI I 7.30 – 8.00 pagi 8.00 – 8.45 pagi 9.00 – 10.30 pagi
03 Pendaftaran Calon
03 Bahagian C : Artikulasi Bahagian A & B :
Penulisan Soalan Pelbagai
Pilihan Jawapan

SESI II 9.45 – 10.15 pagi 10.30 – 11.15 pagi 11.30 – 1.00 ptg
Pendaftaran Calon
Bahagian C : Artikulasi Bahagian A & B :
Penulisan Soalan Pelbagai
Pilihan Jawapan

SESI III 1.30 – 2.00 ptg 2.00 – 2.45 ptg 3.00 – 4.30 ptg
Pendaftaran Calon
Bahagian C : Artikulasi Bahagian A & B :
Penulisan Soalan Pelbagai
Pilihan Jawapan

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

MAKTAB TENTERA DIRAJA

UNIT PENGAMBILAN DAN PROMOSI
JABATAN PENDIDIKAN TENTERA
MAKTAB TENTERA DIRAJA
KEM PERDANA SUNGAI BESI
57000 KUALA LUMPUR
03 89465562 / 5565

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

FAQ
PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan
4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Apa yang dimaksudkan dengan single entry point ?
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian
bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia
layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online
untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)
PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya
merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan
kepada prestasi akademik semata-mata.

Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20% Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am
dan Penyelesaian Masalah) -70% Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.
Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan
bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit
bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk
mengakses sistem.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?
Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).

Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan
https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.

Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem berbeza daripada maklumat asal, apakah tindakan
yang perlu saya lakukan?
Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat diri dalam APDM melalui sekolah
masing-masing.

Selain daripada permohonan secara dalam talian (online), adakah pemohon juga boleh membuat permohonan
secara offline (secara manual)?
Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).

Adakah murid yang memohon secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK masih berpeluang untuk
ditawarkan ke Sekolah Khusus?
Murid yang telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK tidak akan
dipertimbangkan untuk kemasukan ke mana - mana Sekolah Khusus.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Adakah murid masih boleh memohon selepas tarikh tutup permohonan dalam talian?
Tidak. Permohonan hanya diambil kira dalam tempoh waktu permohonan yang telah ditetapkan sahaja.

Bagaimana dan bilakah semakan status kelayakan untuk menduduki PKSK boleh dilakukan?
Semua murid yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my pada 07 hingga 23 Oktober 2020 bagi
Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober hingga 06 Nov 2020 bagi
Tingkatan 4 (Empat).

Dimanakah dan bilakah PKSK akan dijalankan?
PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada 12 hingga 23
Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).

Bilakah keputusan PKSK akan diumumkan?
Keputusan PKSK tidak akan diumumkan.

Setelah menduduki PKSK, bilakah saya boleh membuat semakan status permohonan ?
Keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 15 Januari 2021 di
pautan https://spskt1.moe.gov.my manakala bagi Tingkatan 4 pada 05 Februari 2021 di pautan
https://spskt4.moe.gov.my

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Sekiranya pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana Sekolah Khusus apakah yang perlu dilakukan?

Calon Tingkatan 1 yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus boleh membuat rayuan di pautan

https://spskt1.moe.gov.my bermula 15 hingga 27 Januari 2021 dan menyemak keputusan rayuan di pautan yang

sama.

Manakala bagi calon Tingkatan 4 yang tidak ditawaran ke mana-mana sekolah khusus boleh membuat rayuan di atas

talian di https://spskt4.moe.gov.my bermula 05 hingga 19 Februari 2021 dan menyemak keputusan

rayuan di pautan yang sama.

Benarkah seorang calon hanya ditawarkan satu tempat sahaja di mana- mana sekolah khusus?
Benar, hanya satu tempat sahaja akan ditawarkan bagi setiap calon.

Bolehkah PKSK dilaksanakan di rumah masing-masing?
Tidak boleh. PKSK hanya boleh dilaksanakan di pusat-pusat PKSK yang telah ditetapkan.

Bolehkah calon menukar pusat PKSK sekiranya pusat yang ditetapkan itu terletak jauh dari rumah.
Calon tidak dibenarkan untuk menukar Pusat PKSK kerana pusat yang ditetapkan untuk menduduki PKSK adalah
berdasarkan pilihan calon.

Adakah calon dikenakan bayaran untuk menduduki PKSK?
Tidak, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan tersebut.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Apakah persediaan yang perlu untuk menduduki PKSK?
Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:
membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
www.moe.gov.my pada 07 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober hingga 06 Nov
2020 bagi Tingkatan 4 (Empat)

• mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
• membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK

membawa peralatan tulis

memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK

Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19

Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM)

Amalkan penjarakan fizikal

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Jika saya bergejala Covid-19 bolehkah saya menduduki PKSK?
Calon yang bergejala tidak boleh menduduki PKSK selaras dengan arahan KKM.
Apa yang boleh saya lakukan jika saya bergejala Covid-19?
Jalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik KKM berhampiran dan dapatkan pengesahan daripada pengamal
perubatan bertauliah. Maklumkan kepada Pusat Ujian agar PKSK Khas dijadualkan semula untuk anda kelak.
Jika saya telah disahkan positif Covid-19, bolehkah saya menduduki PKSK?.
Tidak boleh, Maklumkan kepada Pusat Ujian, PKSK Khas akan dijalankan selepas pesakit disahkan sembuh oleh
pengamal perubatan bertauliah.
Jarak rumah saya dengan pusat PKSK terlalu jauh, apa yang perlu saya lakukan?
Anda perlu berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM
(FAQ)

PENGAMBILAN MURID
TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4
KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AMBILAN 2021

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

SOALAN-SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?
Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang single entry point
kemasukan ke sekolah-sekolah khusus berikut:

Permohonan ke Tingkatan 1 SBP Permohonan ke Tingkatan 4 SBP

https://spskt1.moe.gov.my https://spskt4.moe.gov.my

Siapakah yang boleh memohon?
Murid Tahun Enam 2020 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Murid Tingkatan Tiga 2020 yang yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.

Bilakah permohonan mula dibuka?

Permohonan ke Tingkatan 1 SBP Permohonan ke Tingkatan 4 SBP

07 September 2020 hingga 02 Oktober 2020 07 September 2020 hingga 02 Oktober 2020

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?
Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk
mengakses sistem.

Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?
Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM). Sebarang perubahan maklumat yang sedia tertera di dalam sistem permohonan bolehlah dibuat melalui
APDM juga.

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?
Pemilihan Murid Tingkatan 1:

Murid mestilah warganegara Malaysia.
Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Murid cemerlang akademik
Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4:
Murid mestilah warganegara Malaysia.
Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Murid cemerlang akademik
Murid aktif dalam kokurikulum.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model Ulul Albab):-

Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model
Ulul Albab)?
Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.

Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak
dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga.

Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?
Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam
proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian sebelum tarikh tutup
permohonan akan dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?
Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBP kerana maklumat penglibatan murid di
dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia (BSKK, KPM).

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK):-

Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
PKSK adalah satu mekanisme saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai
salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan 4 (Empat). PKSK akan dilaksanakan dalam
tempoh yang ditetapkan. Tiada ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian
tersebut.

Apakah kesan PKSK kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?
PKSK merupakan salah satu syarat utama kemasukan ke SBP.

Adakah murid yang tidak menduduki PKSK masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?
Murid yang tidak menduduki PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP.

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki PKSK?
Semua murid yang telah membuat permohonan boleh menyemak tarikh, masa dan pusat PKSK yang ditetapkan
melalui laman sesawang (seperti perkara 1) pada 07-23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober
– 06 November 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Dimanakah dan bilakah PKSK akan dijalankan?
PKSK bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan pada 12 hingga
23 Oktober 2020
PKSK bagi Tingkatan 4 (Empat) pula akan dilaksanakan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan pada
26 Oktober hingga 06 November 2020
Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 15 Januari 2021.
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya 05 Februari 2021.
Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?
Tidak.
Bilakah e-Rayuan dibuka?
e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman tawaran ke SBP ambilan pertama.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?
Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat
permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:

• Masuk ke laman sesawang seperti perkara 1.
• Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
• Masukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama.
• Perubahan maklumat boleh dilakukan.
• Klik pada e-rayuan.
• Hantar.

Bolehkah pemohon yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?
Boleh. Walau bagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.

Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?
Semakan boleh dibuat melalui:

Laman sesawang KPM: seperti perkara 1.
Talian hotline BPSBP: 03-8321 7400

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?
• Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
• Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
• Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak

pendaftaran tersebut.

Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod
permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai
rujukan pemohon.

Adakah pertukaran tawaran antara SBP dibenarkan?
Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain
tidak akan dipertimbangkan.

Bolehkah murid menukar pakej mata pelajaran?
Sebarang pertukaran pakej mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?
Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran
akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau mana-mana
sekolah khusus?
Benar.
Benarkah seorang murid yang ditawarkan ke SBP atau mana-mana sekolah khusus jika didapati
memalsukan apa-apa sahaja maklumat termasuk laporan perubatan, maka tawaran kemasukan akan
terbatal serta merta?
Benar.

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP?
A) Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan 1 (Satu) SBP adalah seperti berikut:

SAINS AGAMA TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

 Bahasa Melayu  Bahasa Melayu  Bahasa Melayu

 Bahasa Inggeris  Bahasa Inggeris  Bahasa Inggeris

 Sejarah  Bahasa Arab  Bahasa Arab

 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral  Sejarah  Sejarah

 Matematik  Pendidikan Islam  Pendidikan Islam

 Sains  Matematik  Matematik

 Geografi  Sains  Sains

 Asas Sains Komputer/ Rekabentuk  Geografi  Geografi

Teknologi  Asas Sains Komputer/ Rekabentuk  Asas Sains Komputer/ Rekabentuk

 Bahasa Antarabangsa: Teknologi Teknologi

(*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi /  Bahasa Antarabangsa:  Hifz Al-Quran

Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa (*Pilihan: Bahasa Jepun / Bahasa Perancis /  Maharat Al-Quran

Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi /  Bahasa Antarabangsa:

Korea) Bahasa Korea) (*Pilihan: Bahasa Jepun / Bahasa Perancis /

Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi/

KEMENT ERIA N PENDIDIKA N Bahasa Korea)

MALAYSIA

B) Pakej mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan 4 (Empat) SBP adalah seperti berikut :

PAKEJ STEM (Sains Tulen) PAKEJ STEM AGAMA (Sains Tulen Agama)
 Bahasa Melayu  Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris  Bahasa Inggeris
 Sejarah  Sejarah
 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral  Matematik
 Matematik  Bahasa Arab
 Matematik Tambahan  Matematik Tambahan
 Fizik  Fizik
 Kimia  Kimia
 Biologi dan/atau tanpa  Biologi
 Mata pelajaran elektif (Bahasa Arab, Pend. Seni Visual, Prinsip  Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syariah Islamiah
Perakaunan)

PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN (Agama Ikhtisas) PAKEJ STEM TMUA (TMUA-Sains)
 Bahasa Melayu  Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris  Bahasa Inggeris
 Sejarah  Sejarah
 Matematik  Pendidikan Islam
 Sains  Bahasa Arab
 Bahasa Arab  Matematik
 Matematik Tambahan  Matematik Tambahan
 Prinsip Perakaunan  Fizik
 Ekonomi  Kimia
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah  Biologi
 Pendidikan Syariah Islamiah  Hifz Al-Quran

Maharat Al-Quran

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA

K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N MALAYSIA


Click to View FlipBook Version