SELAMAT MENDUDUKI
PEPERIKSAAN STPM
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING D’MASS
SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN
✓ Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok.
✓ Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran
tersebut.
✓ Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan di dalam satu beg dan
tempat yang mudah diambil. (Pastikan ! IC dan alat tulis telah disediakan)
✓ Pakaian telah disediakan awal.
✓ Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.
✓ Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk
memberi kesegaran pada hari esoknya.
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
✓ Bangun awal dan lakukan solat tahajud, solat hajat dan solat subuh. (jika sempat mengaji sebentar
sekurang-kurangnya satu muka surat)
✓ Jangan lupa untuk bersarapan.
✓ Pastikan anda membawa : IC dan alat tulis
✓ Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.
✓ Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan
memberi ketenangan kepada anda.
DI DEWAN / KELAS PEPERIKSAAN
✓ Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk
ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
✓ Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang
cemerlang.
✓ Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
✓ Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
✓ Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya
anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.
SELEPAS PEPERIKSAAN
Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan,
ELAKKAN untuk berbincang tentang soalan
atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi
mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk
menjawab kertas peperiksaan seterusnya.
“ Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat
penting untuk menduduki peperiksaan. Semoga beroleh
kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan. Hadiahkanlah
kejayaan ini untuk ibu bapa yang telah berkorban demi
kamu sejak kecil hingga dewasa juga sebagai hadiah buat
guru-guru dan rakan-rakan kamu yang memberi
sokongan selama ini "
Good Luck on your Exam !
Give your best shot on it. I am pretty
confident that you can make it. My best
wishes are with you!